Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4985

Kontroversi susu formula tiruan di Johor: 210 kotak susu dirampas

$
0
0

Rampasan susu formula tiruan

Sebagai ibu ayah, kita sentiasa ingin memastikan kesihatan si kecil kita terjamin. Kita mencari susu formula terbaik, tanpa mengira jenama dan harga.

Asalkan ia membekalkan nutrisi sempurna untuk anak, kita pasti akan membelinya. Tapi, kali ini, berita tentang susu formula tiruan amat mengecewakan kita.

Baru-baru ini, pihak berkuasa telah merampas hampir 210 kotak susu formula tiruan “berjenama” selepas mengadakan operasi serbuan di  beberapa premis di Johor Bahru.

Antara kawasan yang telah dikenalpasti kerana menjual susu formula bayi tiruan adalah Iskandar Puteri dan Skudai. Dan, jumlah rampasan tersebut dikatakan mencecah nilai RM42,000.

Aduan dibuat apabila ada bayi muntah teruk selepas minum susu tiruan

susu formula terbaik bayi

Operasi oleh pihak berkuasa ini telah dijalankan selepas mereka menerima aduan daripada pengeluar asal jenama susu formula terbabit. Malah, satu laporan turut dibuat apabila seorang bayi dikatakan telah mengalami muntah-muntah yang teruk selepas diberikan susu terbabit.

Jadi ibu ayah sekalian, pastikan kita peka tentang keadaan anak kecil kita selepas memberikannya susu formula.

Amat penting untuk kita melihat kepada kesan-kesan alahan dan keracunan. Ini kerana keracunan makanan bukan sahaja terjadi pada orang dewasa, malah pada bayi juga.

Jika terlampau serius, ia boleh membawa kepada maut.

Kes susu formula tiruan di China

susu formula bayi tiruan keracunan

Kredit: Mashable.com

Kontroversi susu bayi tiruan bukanlah isu yang baru. Sebelum ini, perkara yang sama pernah berlaku di China.

Kes ini sungguh serius sehingga ia menyebabkan kematian 6 orang bayi! Apa yang terjadi adalah pihak yang tidak bertanggungjawab telah mencampurkan satu ramuan iaitu Melamime.

Ramuan ini dikatakan telah digunakan untuk meningkatkan tahap protein dalam makanan.

Yang paling teruk, ia juga adalah bahan yang digunakan untuk membuat plastik dan boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang jika diambil!

Apakah tanda keracunan makanan pada bayi?

Antara tanda keracunan makanan pada bayi yang perlu anda perhatikan adalah seperti berikut:

  • Muntah
  • Cirit-birit
  • Meragam tanpa henti
  • Demam

Anda juga perlu tahu yang tanda keracunan akan terjadi dalam masa dua 2 ke 48 jam selepas termakan atau terminum makanan yang tercemar, dalam kes ini, susu formula tiruan.

Langkah berwaspada ketika membeli tepung susu bayi

susu formula terbaik untuk bayi

Kredit: Allsingaporestuff.com

Semasa membeli susu formula untuk bayi anda di kedai, pastikan anda menyemak beberapa perkara penting berikut:

  • Kotak atau tin elok berbungkus tanpa pecah, kemek atau tanda yang ianya sudah dibuka
  • Semak jenama, pengilang, dan info ramuan pada label kotak. Jika anda berasa ragu, jangan membelinya
  • Pastikan anda membeli kotak susu formula bayi yang belum luput tarikh
  • Jika anda sudah pun membelinya tetapi berasa ragu-ragu atau tidak sedap hati, telefon careline atau pusat operasi syarikat susu terbabit untuk bertanya dan mendapatkan kepastian

Selepas ini, apabila anda pergi membeli-belah susu formula untuk si kecil anda, pastikan anda melihat betul-betul ramuan dan tarikh luput pada label.

Jika anda berasa sangsi, buat laporan, bertanyakan pada pengeluar susu melalui telefon atau emel, dan jangan membelinya ya.

 

 

 

Sumber: Berita Harian, Mashable

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Susu Formula Kanak-Kanak: Semua Persoalan Terjawab!

The post Kontroversi susu formula tiruan di Johor: 210 kotak susu dirampas appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4985

Trending Articles


EASY COME, EASY GO


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Patama tagalog quotes – Move On Quotes


Ligaw Quotes – Courting Quotes – Sweet Tagalog Quotes


Tropa Quotes


Hugot Lines 2020 Patama : ML Edition


Re:Mutton Pies (lleechef)


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Girasoles para colorear


Gwapo Quotes : Babaero Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Boy Banat Patama Tagalog Love Quotes for you


Inggit Quotes and Kabit Quotes – Tagalog Patama Quotes


INUMAN QUOTES


kasama kang tumanda


RE: Mutton Pies (frankie241)


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>