Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4986

Tidur bersama anak umur 1 tahun ke atas BAHAYA untuk kesihatan mental ibu – kajian

$
0
0

Patut atau tidak untuk kita tidur bersama anak yang sudah berumur 1 tahun ke atas? Jika ya, berapa lama?

Kebanyakkan ibu bapa merasakan tidur bersama anak adalah amalan yang sihat dan memang banyak kelebihan tidur bersama anak ini.

Tapi, kajian juga mendedahkan tidur bersama-sama anak umur 1 tahun ke atas akan beri kesan buruk pada kesihatan mental ibu!

Kenapa ibu bapa pilih untuk tidur bersama anak?

  • Ibu bapa percaya tidur bersama anak adalah pendekatan yang sihat dan semulajadi 
  • Lebih mudah untuk ibu menyusu anak.
  • Kadang-kadang anak akan datang ke bilik ibu bapa untuk tidur sekali.

Setiap keluarga mempunyai pengalaman yang berbeza tentang tidur bersama anak. Ada yang merasakan ia satu pengalaman positif dan ada juga yang tidak. 

Akademi Pakar Kanak-Kanak Amerika (AAP) menyarankan untuk tidur bersama anak pada tahun pertama bagi mengurangkan risiko bayi mati mengejut (SIDS). 

Walaupun banyak kajian dilakukan tentang aspek keselamatan apabila tidur bersama anak, tapi kesan tidur bersama anak kepada ibu bapa jarang kita ketahui.

Tapi baru-baru ini, satu kajian tentang tidur bersama anak umur 1 tahun ke atas telah membuktikan kesan negatif yang akan terjadi kepada kesihatan mental ibu. Mengapa ia terjadi?

Bagaimana ia boleh menjejaskan kesihatan mental ibu?

Related image

Pada tahun 2017, Jurnal Perkembangan dan Tingkah Laku Kanak-Kanak telah mengeluarkan kajian tentang kesan tidur bersama anak umur satu tahun ke atas kepada kesihatan mental ibu.

Hasil kajian mendapati, ibu bapa akan terkesan dengan anak yang ada masalah untuk tidur, lagi-lagi pada ibu. Ibu bapa tidak mendapat tidur yang mencukupi merupakan kesan sampingan “biasa” apabila tidur dengan anak umur 1 tahun ke atas.

Kajian awal turut mendapati  adanya perhubungan antara bayi susah tidur dengan kesihatan mental ibu yang terjejas. Oleh itu, kajian lebih spesifik telah dibuat untuk memahami kesan yang sama terhadap ibu yang tidur bersama anak umur 1 tahun ke atas.

Ibu-ibu berpendapatan rendah dengan anak  dalam lingkungan umur 12 hingga 32 bulan telah menyertai kajian ini. Mereka telah menjawab soalan-soalan berkaitan dengan tabiat tidur anak mereka.

Soalan-soalan kesihatan mental juga merangkumi topik seperti kemurungan, kebimbangan dan tekanan.

Tidur bersama anak umur 1 tahun ke atas: Apakah hasil dari kajian ini?

Hasil kajian menyatakan anak yang mengalami masalah susah tidur juga menggangu tidur ibu.

Purata masa tidur bagi ibu yang tidur bersama anak yang mempunyai masalah susah tidur ini adalah kurang 51 minit dari ibu yang lain.

Tidur mereka selalunya terganggu apabila anak melakukan pergerakan di atas katil atau mengejutkan mereka dari tidur.

Ibu yang tidur bersama anak umur satu tahun ke atas juga menunjukkan simptom kemurungan, kebimbangan dan tekanan. Ibu yang tidak tidur bersama anak umur satu tahun ke atas tidak menunjukkan banyak masalah kesihatan mental seperti ini.

Bagaimana menggalakkan anak tidur sendiri?

tidur bersama anak umur satu tahun ke atas, tidur bersama anak, mental ibu, co-sleeping

Jika anda mencari bagaimana cara untuk anak anda belajar untuk tidur sendiri, ini adalah beberapa tips:

  1. Apabila anda merasakan yang anak sudah bersedia untuk tidur sendiri, bincang masa tidur mereka semasa hari siang. Anda tidak dinasihatkan untuk terus menyuruh anak tidur sendiri semasa waktu tidur. 
  2. Mulakan dengan perkara mudah seperti tidak baring di atas katil mereka. Anda juga boleh duduk sebelah mereka dan membacakan buku-buku cerita dengan lampu yang malap untuk membuatkan mereka tertidur.
  3. Tetapkan masa berapa lama anda patut duduk bersama anak di bilik mereka. Mungkin anda boleh tunggu bersama mereka untuk 5-10 minit dan beritahu mereka yang anda akan datang semula untuk periksa mereka.
  4. Periksa anak anda sebanyak yang perlu tapi dalam keadaan yang senyap. Jika anak ternampak anda, katakan yang anda akan datang kembali.
  5. Akhir sekali, bagi anak anda masa untuk biasakan diri dengan rutin tidur mereka yang baru. Setiap anak akan memberi reaksi yang berbeza. Jika perlu, anda boleh meminta doktor anda untuk menerangkan perubahan ini kepada anak anda.

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Panduan Seks Berguna Untuk Ibu Bapa Yang Tidur Bersama Anak

The post Tidur bersama anak umur 1 tahun ke atas BAHAYA untuk kesihatan mental ibu – kajian appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4986

Trending Articles


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Love Quotes Tagalog


Two timer Sad tagalog Love quotes


Top 7 Lies of Boys


Re:Mutton Pies (lleechef)


Hato lada ym dei namar ka jingpyrshah jong U JJM Nichols Roy (Bah Joy) ngin...


EASY COME, EASY GO


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


HOY PANGIT, MAGBAYAD KA!


Girasoles para colorear


Presence Quotes – Positive Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tropa Quotes


“Mali man na ikaw ay ibigin ko, akoy iibig padin sayo”


RE: Mutton Pies (frankie241)


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>