Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4986

Panduan bergambar 6 cara untuk ajar anak lelaki kencing berdiri, berguna untuk ibu bapa!

$
0
0

Latihan menggunakan tandas adalah antara sebahagian perkembangan yang penting untuk anak anda. Pada ibu bapa yang ada anak lelaki, satu  perkembangan yang perlu kita hadapi adalah bagaimana untuk ajar anak lelaki kencing berdiri.

Untuk ajar anak lelaki kencing berdiri, pertama sekali anda kena pastikan yang anak anda telah bersedia untuk melakukan perubahan ini. Bagaimana ibu bapa nak tahu jika anak sudah bersedia atau belum?

Apabila anak sudah boleh kencing duduk, ini masa yang sesuai untuk ajar anak lelaki kencing berdiri

ajar anak lelaki kencing berdiri, anak lelaki, kencing berdiri, tabiat kencing berdiri

sumber gambar: pixabay

Apabila anak anda sudah pandai kencing duduk, itu bermakna dia sudah bersedia untuk kencing berdiri. Biarkan anak anda membiasakan diri dengan duduk di tandas semasa kencing dulu.

Beberapa budak akan kencing merata-merata walaupun sedang duduk. Ajar anak anda untuk menolak zakar mereka ke bawah dan halakan ke dalam mangkuk tandas. 

Apabila mereka sudah boleh berbuat demikian, biasanya mereka sudah bersedia untuk kencing berdiri.

Sekitar umur 3 tahun, mereka selalunya menunjukkan tanda-tanda yang mereka sudah bersedia. Ini adalah beberapa cara untuk ajar anak lelaki kencing berdiri:

1. Ajar anak lelaki kencing berdiri: Bercakap dengan anak

ajar anak lelaki kencing berdiri, anak lelaki, kencing berdiri, tabiat kencing berdiri

Beberapa tanda yang anak anda sudah bersedia adalah dengan memerhatikan perkembangan motor dan kognitif anak seperti: adakah anak tahu mengapa mereka perlu ke tandas? Adakah anak boleh duduk di atas mangkuk tandas sehingga dia selesai kencing?

Apabila anak sudah bersedia, belikan mereka seluar dalam, atau mereka akan kencing merata-rata. Apabila mereka sudah bersedia, anda tidak boleh memakaikan mereka lampin. 

Jawab soalan anak dengan sabar dan dengan jawapan yang mudah difahami.

2. Ajar anak lelaki kencing berdiri: Bimbing mereka

ajar anak lelaki kencing berdiri, anak lelaki, kencing berdiri, tabiat kencing berdiri

Ibu-ibu mungkin akan mengalami kesukaran untuk mengajar anak menghalakan zakarnya ke mangkuk tandas.

Jika zakar anak menghala ke arah yang jauh dari mangkuk tandas, mungkin lebih sukar untuk anda mengajar mereka kencing berdiri.

Sentiasa bimbing anak apabila mereka sedang berusaha untuk menghalakan zakar ke dalam mangkuk tandas. Jika dia terlalu kecil untuk sampai ke mangkuk tandas, bangku kecil boleh bantu mereka.

3. Ajar anak lelaki kencing berdiri: Biar mereka cuba sendiri

ajar anak lelaki kencing berdiri, anak lelaki, kencing berdiri, tabiat kencing berdiri

Biarkan anak anda belajar sendiri. Banyak perkara yang perlu dibuat ketika mengajar anak anda. Jika mereka boleh buka seluar mereka, anda patut biarkan anak tengok bagaimana anda melakukannya.

Pastikan anak tahu perbezaan antara kencing dan buang air besar. Buang air besar memerlukan mereka untuk duduk di atas mangkuk tandas.

Kadangkala, anak lelaki terlupa yang mereka juga perlu buang air besar dan ini akan menyebabkan mereka sembelit.

4. Ajar anak lelaki kencing berdiri: “practice makes perfect”

ajar anak lelaki kencing berdiri, anak lelaki, kencing berdiri, tabiat kencing berdiri

Biar anak anda berlatih sendiri. Kalau mereka takut melakukannya di depan mangkuk tandas, biar mereka cuba di tempat lain.

“Saya biarkan anak saya kencing di tempat mandi dulu, sebab budak-budak takut dengan mangkuk tandas,” terang Vincent.

Bersabar dengan anak anda. 

5. Ajar anak lelaki kencing berdiri: Dorong anak jika dia terlepas hala ke mangkuk tandas

ajar anak lelaki kencing berdiri, anak lelaki, kencing berdiri, tabiat kencing berdiri

Anda perlu bersedia dengan fikiran yang anak anda akan kencing bersepah.

“Banyak ‘kemalangan’ yang akan berlaku pada hari-hari pertama. Sediakan tuala!” Vincent beri amaran.

“Pada awalnya memang akan bersepah, tapi semuanya berbaloi,” Camille bersetuju.

6. Ajar anak lelaki kencing berdiri: Ajar mereka tentang kebersihan

ajar anak lelaki kencing berdiri, anak lelaki, kencing berdiri, tabiat kencing berdiri

Akhir sekali, selepas mereka sudah pandai untuk kencing berdiri, ajar mereka untuk basuh tangan dan buang tisu yang sudah digunakan ke dalam tong sampah.

Membasuh tangan dan memastikan tandas sentiasa bersih akan menanamkan tabiat yang baik dalam diri anak anda.

Bagaimana anda ajar anak anda kencing berdiri? Beritahu kami di ruangan komen!

 

 

 

 

Ilustrasi oleh: Angga Ristawan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: theAsianparent Singapore

Baca juga

Ajar Anak Anda Guna Tandas Dalam Masa 3 Hari Sahaja – Kaedah Potty Training Ini Sangat Berkesan!

The post Panduan bergambar 6 cara untuk ajar anak lelaki kencing berdiri, berguna untuk ibu bapa! appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4986

Trending Articles


Girasoles para colorear


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


Pokemon para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


The business quotes | Inspirational and Motivational Quotes for you


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


EASY COME, EASY GO


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


HOY PANGIT, MAGBAYAD KA!


Sapos para colorear


Smile Quotes


Patama lines and Tagalog Quotes Pinoy Sayings


Tropa Quotes


“Mali man na ikaw ay ibigin ko, akoy iibig padin sayo”


RE: Mutton Pies (frankie241)


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>