Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4977

Anda Mempunyai 23 Tanda-Tanda Ini? Anda Mungkin Hamil! Ini Yang Anda Perlu Tahu

$
0
0

Setiap kehamilan adalah berbeza, sama ada ia kehamilan yang pertama mahupun yang seterusnya. Kadang-kadang, kita tidak perasan yang sebenarnya kita hamil. Apatah lagi ini mereka yang tidak mempunyai pengalaman hamil, mesti anda akan tertanya-tanya apa tanda mengandung yang perlu tahu. 

Jadi, mari kita lihat 23 tanda awal kehamilan yang menunjukkan yang anda hamil atau simptom mengandung yang harus anda tahu.

tanda mengandung

Kredit: iStock

23 Tanda Mengandung Yang Akan Dialami Oleh Wanita

Tanda mengandung 1# Anda terlepas haid

tanda mengandung

Tanda tanda mengandung ini mungkin tidak sesuai bagi mereka yang mempunyai haid yang tidak teratur.

Tetapi anda boleh membuat anggaran berapa lama maksimum masa anda lambat datang bulan dan bandingkan. Mereka yang hamil akan berhenti mengalami haid sehingga selepas bersalin.

Tanda mengandung 2# Spotting/keluar darah sedikit

tanda mengandung

Kredit: prevention.com

Ramai wanita yang terlepas tanda awal kehamilan ini kerana menyangka mereka “datang haid” seperti biasa, sedangkan hanya tompokan darah sedikit saja yang keluar.

Tompokan darah sedikit ini dikenali sebagai spotting – dab biasanya tidak terlalu banyak hingga memenuhi pantyliner. Kenapa ia berlaku? Ia kerana telur cuba melekat pada lapisan dalam rahim, lalu mengakibatkan spotting

Tanda mengandung 3# Kejang bahagian abdomen

tanda mengandung

Kredit: freepik.com

Salah satu tanda yang biasanya di alami di awal kehamilan ialah mengalami kekejangan di bahagian abdomen. Ini kerana, penempelan sedang berlaku di dalam rahim dan perubahan ini kadang-kala menyebabkan kekejangan.

Tanda mengandung 4# Mengidam makanan yang bukan-bukan

tanda mengandung

Kredit: helpguide.org

Alamak! Kenapa tetiba mengidam nak makan rojak pasembor Penang pula tiba-tiba ni… Ha, itu satu lagi tanda awal kehamilan. 

Ada kes suami yang tiba-tiba mengidam. Tapi selalunya, si isteri memang akan mengidam teruk! Makanan yang sebelum ini tidak pernah disukai pun tiba-tiba boleh mengidam.

Kalau anda mengalami alahan yang teruk seperti mual, jeruk selalu menjadi makanan mengidam yang boleh mengatasinya. Namun hati-hati ya, jeruk ada pelbagai kandungan pengawet dan garam. Ia beri kesan yang tidak elok pada anak.

Baca juga: 7 Jenis Makanan Sihat Perlu Diambil Ketika Hamil Trimester Pertama, Ibu Sila Take Note!

Tanda mengandung 5# Perubahan mood yang mendadak

tanda mengandung

Kredit: healthline.com

Dalam perkataan lain ‘mood swing‘. Wanita sangat sinonim dengan perubahan mood yang mendadak di awal kehamilan.

Ini kerana, mereka sedang mengalami perubahan hormon yang mendadak. Jadi, perubahan mood adalah salah satu simptom yang normal.

Tanda mengandung 6# Perubahan selera makan

Kredit: freepik.com

Terdapat dua kategori, sama ada anda menjadi semakin berselera makan atau langsung tidak berselera makan.

Sesetengah wanita akan mengalami alahan semasa hamil yang menyebabkan mereka muntah-muntah dan hilang selera makan semasa trimester pertama. Namun, 1 per 3 dari wanita hamil bernasib baik kerana tidak akan melalui alahan seperti ini.

7# Cepat lesu

Kredit: freepik.com

Disebabkan badan sedang mengalami perubahan hormon dan fizikal, wanita hamil akan lebih mudah rasa penat dan lesu.

Mereka akan mula banyak tidur dan berehat kerana tidak bertenaga.

8# Badan rasa panas

Kredit: detmersons.com

Tahukah anda yang suhu badan anda juga mampu menentukan sama ada anda hamil atau tidak

Semuanya kerana perubahan suhu badan yang akan berlaku ketika ovulasi (waktu subur). Apabila ovulasi berlaku dan telur dilepaskan untuk pensenyawaan, suhu badan anda akan naik sedikit daripada biasa.

Sebab itu trik mencatat suhu badan adalah salah satu cara berkesan untuk ibu cuba hamil mengira waktu subur. 

9# Sakit payudara

Apabila berlakunya perubahan hormon, organ seksual juga akan mengalami perubahan.

Biasanya, pada awal kehamilan, wanita hamil akan mengalami sakit pada payudara yang jelas terasa apabila hendak mengelap badan atau memakai pakaian.

10# Kerap ke tandas

Kredit: parents.com

Anda mesti selalu lihat rakan anda yang hamil kerap ke tandas. Ya, itu yang akan anda alami ketika hamil.

Sekiranya anda mula kerap ke tandas, anda juga mungkin sedang hamil.

11# Hidung tersumbat dan selsema

Sistem tubuh badan kita dilengkapi dengan sistem kekebalan untuk mengelak jangkitan penyakit atau bakteria. Namun ketika hamil, badan anda akan mengalami satu perubahan pelik iaitu anda akan kerap demam, selesema dan hidung tersumbat. 

Ini kerana sistem imun badan anda semakin kurang berkesan. Sistem imun ini akan dicegah daripada menyerang ataupun menolak janin yang sudah terbentuk.  

Tanda mengandung 12# Kembung perut atau sembelit

Kredit: womenshealthmag.com

Ini adalah salah satu masalah biasa bagi wanita hamil.

Sama ada anda mula mengalami kembung perut yang kerap atau mula mengalami sembelit. Pastikan anda banyak mengambil sayuran hijau!

13# Kerap sakit kepala

Kredit: freepik.com

Ibu yang hamil akan mudah mendapat sakit kepala kerana hormon estrogen dan progesteron yang dihasilkan badan. 

Malah, sakit kepala ini juga mungkin disebabkan tahap gula dalam darah anda. Jika ia berlanjutan, dapatkan pemeriksaan doktor dengan segera!

14# Deria bau menjadi lebih sensitif

Anda tiba-tiba rasa semua bau lebih jelas dari biasa hingga membuatkan anda tidak senang dengan sesetengah bauan yang terlalu kuat.

Ia merupakan salah satu tanda anda hamil.

15# Perubahan warna pada faraj

Perubahan warna pada faraj antara tanda mengandung susah untuk perasan. Ia berlaku kerana peningkatan aliran darah di kawasan pelvis wanita.

Bagaimana perubahan warna ini? Faraj anda akan nampak “lebih gelap” berbanding biasa.

16# Kerap pening atau pengsan

Ini disebabkan badan anda sedang mengalami perubahan dan mungkin disebabkan terlalu penat dengan perubahan tersebut. Kerap pening atau pengsan juga adalah normal di awal kehamilan.

Tanda mengandung 17# Pedih ulu hati

Anda selalu rasa pedih ulu hati, walaupun tidak pernah mengalaminya sebelum ini? Itu mungkin tanda hamil!

Ini disebabkan oleh pengaliran balik asid dari perut. Ia menyebabkan terasa pedih di bahagian dada dan di bahagian belakang tekak.

18# Bengkak pada kaki (edema)

Kredit: healthline.com

19# Peningkatan berat badan

tanda mengandung

Kredit: edit.sundayriley.com

20# Kontraksi sederhana

21# Sukar untuk tidur

22# Sakit belakang

23# Tumbuh jerawat merata-rata

tanda mengandung

Tanda-tanda ini adalah subjektif dan tidak semua wanita mengalaminya.

Namun, ini adalah antara tanda-tanda yang biasanya terjadi pada permulaan kehamilan. Kongsikan dengan kami apakah perubahan yang anda lalui di awal kehamilan 🙂

Baca juga: Bila waktu paling sesuai untuk scan kandungan buat kali pertama?

The post Anda Mempunyai 23 Tanda-Tanda Ini? Anda Mungkin Hamil! Ini Yang Anda Perlu Tahu appeared first on theAsianparent-Panduan Untuk Kehamilan, Bayi & Besarkan Anak.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4977


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>