Apakah cara hilang stretch mark yang terbaik?
Apabila hamil, banyak perubahan yang akan dialami dari segi emosi dan fizikal oleh si ibu. Penambahan berat badan secara mendadak menyebabkan stretch mark, juga dikenali sebagai striae, disebabkan oleh peregangan kulit sama ada melalui kehamilan, kenaikan berat badan secara umum atau bahkan pertumbuhan yang mendadak.
Stretch mark muncul di beberapa bahagian seperti perut, lengan, pinggul dan paha. Ini adalah perkara normal namun hakikatnya boleh menyebabkan seseorang wanita kurang keyakinan diri. Lazimnya wanita akan mengalami kegusaran untuk menghilangkan kesan regangan tersebut hanya selepas melahirkan anak.
Cara Hilang Stretch Mark: Memilih Krim Stretch Mark Yang Bagus
Jangan risau ya ibu kerana kesan stretch mark sedia ada ini sebenarnya boleh dipudarkan dengan mudah, namun akan mengambil masa. Jalan terbaik untuk mengatasinya adalah dengan mendapatkan krim stretch mark terbaik di pasaran untuk disapukan pada bahagian tubuh semasa sedang hamil.
Ada beberapa perkara yang perlu diambil kira sebelum mendapatkan krim stretch mark, antaranya:
- Kandungan bahan
Wanita hamil perlu berhati-hati dalam pengambilan sebarang jenis ubat bagi mengelakkan risiko pada bayi dalam kandungan. Kandungan krim sebaik-baiknya dari bahan semulajadi atau bahan kimia yang disarankan oleh pihak bertauliah sahaja dan bebas dari paraben.
- Selesa untuk kulit
Krim yang bagus sudah tentu yang memberikan kelembapan pada kulit si ibu, dan tidak mengeringkan kulit. Pastikan krim stretch mark tersebut tidak memberi rengsa pada kulit yang sensitif.
Di sini kami senaraikan beberapa krim stretch mark yang menjadi pilihan di Malaysia.
#1 Mama’s Choice Stretch Mark Cream
Pilihan pertama kami adalah Mama’s Choice Stretch Mark Cream yang bertindak melembapkan kulit yang terkesan akibat stretch mark dan melegakan kegatalan. Krim ini sesuai digunakan semasa hamil, selepas bersalin dan juga selamat semasa menyusukan si manja. Diyakini untuk memberikan keselesaan pada perut, pinggul dan payudara yang meregang.
Apa yang kami suka:
Kandungan bahan:
- Campuran bahan semula jadi dari lipobelle soyaglycone
- Lidah buaya meningkatkan keanjalan kulit dan menjadikan kulit lembut, terhidrat dan kenyal sepanjang hari.
- Diperkaya dengan shea butter, minyak zaitun dan minyak jojoba,
- Kaya dengan antioksidan dan komponen pembinaan kolagen.
Selesa untuk kulit:
- Melegakan kegatalan
- Tekstur yang cukup lembut untuk disapu pada bahagian kulit yang paling sensitif
#2 Pureen Stretch Mark Lotion
Pureen merupakan salah satu jenama barangan keperluan ibu dan anak yang dipercayai di Malaysia. Pureen Stretch Mark Lotion merupakan krim stretch mark yang dihasilkan dengan TRIPLE ACTION FORMULA membantu mencegah dan mengurangkan tanda regangan.
Apa yang kami suka:
Kandungan bahan:
- Cocoa butter, shea butter, minyak zaitun dan Rose Hip Seed
- Kolagen dan Sodium Hyaluronate untuk menguatkan kulit dan meningkatkan keanjalannya.
- Vitamin E untuk memberi perlindungan antioksidan.
Selesa untuk kulit:
- Mengandungi minyak untuk melembapkan kulit.
- Dapat melegakan kegatalan akibat kekeringan kulit.
#3 Palmer’s Cocoa Butter Massage Lotion for Stretch Marks
Palmer’s Cocoa Butter Formula Massage Lotion membantu meningkatkan keanjalan kulit dan mengurangkan penampilan stretch mark. Krim ini sangat disyorkan untuk stretch mark semasa dan selepas kehamilan atau perubahan berat badan yang mendadak dan boleh digunakan di seluruh tubuh badan. Yang menariknya, krim ini bukan sahaja mengurangkan stretch mark, namun membetulkan ton dan tekstur kulit.
Apa yang kami suka:
Kandungan bahan:
- Pure Cocoa Butter dan Shea Butter
- Minyak semulajadi
- Kolagen, Elastin, dan Lutein untuk menjaga kelembapan kulit dan kenyal selama 48 jam membolehkan kulit meregang dengan lebih mudah.
- Bebas minyak mineral, paraben, phthalates, alergen wangian dan pewarna
Selesa untuk kulit:
- Losyen ini tidak berminyak.
- Sesuai untuk kegunaan seluruh badan, sebagai ganti pelembap biasa anda gunakan.
#4 Bio Oil
Bio-Oil merupakan produk menghilangkan parut yang bukan sahaja sangat popular di negara ini, malahan di serata dunia. Jenama yang mempunyai makmal penyelidikan ini dikenali sebagai Bio ‑ Oil® di semua negara selain Austria, Republik Czech, Perancis, Jerman, Slovakia dan Switzerland di mana nama Bi-Oil® digunakan dan di Jepun di mana nama Bioil® digunakan.
Apa yang kami suka:
Kandungan bahan:
- Minyak Kalendula, Lavender, Rosemary dan Kamomi
- Vitamin A dan E
- Bebas dari bahan kimia dan juga tanpa bahan pengawet
Selesa untuk kulit:
- Campuran bersama PurCellin Oil™ menjadikan minyaknya tidak melekit dan ringan untuk dipadankan.
- Mudah menyerap ke dalam kulit.
#5 Burt Bees Mama Belly Butter
Krim ini menjadi pilihan kerana dirumus khas bagi menenangkan kulit sepanjang kehamilan selama 9 bulan, Belly Butter dengan tekstur krim ini akan menjaga ibu yang semakin membesar dengan kelembutan, rapi dan selesa sebelum dan selepas ketibaan si manja. Penggunaan belly butter ini semasa hamil merupakan satu cara hilang stretch mark yang bagus kerana dapat mencegahnya dari awal!
Apa yang kami suka:
Kandungan bahan:
- 99% bahan semulajadi
- Minyak bunga matahari, minyak kelapa, minyak almond, shea butter, minyak jojoba.
- Vitamin E
- Tanpa phthalates, parabens, petrolatum, dan SLS
Sesuai untuk kulit:
- Tidak melekit.
- Mudah meresap ke dalam kulit.
#6 Mustela Stretch Marks Prevention Cream
Produk Mustela ini bertujuan bagi mengelakkan munculnya stretch mark sejak kehamilan lagi. Krim ini tidak mempunyai sebarang wangian dan isi kandungan yang merbahaya untuk kandungan. Produk ini direka dengan kerjasama pakar perubatan bagi memastikan produk ini selamat untuk penggunaan ibu.
Apa yang kami suka:
Kandungan bahan:
- Peptida alpukat menguatkan keanjalan kulit dan menjadikan kulit berasa kenyal dan selesa.
- Galactoarabinan, bahan perawatan stretch mark yang dipatenkan yang diekstrak dari pokok Larch, meningkatkan keanjalan dan membantu kulit menahan regangan.
- Beeswax dan shea butter memberikan kelembapan dan khasiat yang berkekalan, menjadikan kulit terasa lembut.
Sesuai untuk kulit:
- Hypoallergenic, sesuai untuk digunakan semasa hamil dan menyusukan bayi.
- Tidak mempunyai kandungan yang tidak dibolehkan seperti parabens, phthalates, phenoxyethanol, bisphenols A/ S, kafein and alkohol.
#7 Mederma Stretch Mark Therapy
Mederma® Stretch Marks Therapy mengunci kelembapan untuk membantu mencegah kesan regangan. Krim ini boleh digunakan semasa kehamilan bermula pada trimester kedua sehingga melahirkan malah ketika menyusu badan.
Apa yang kami suka:
Kandungan bahan:
- Cepailin, sejenis ekstrak proprietari,
- Asid Hyaluronic
- Ekstrak tumbuhan Centella asiatica
Sesuai untuk kulit:
- Krim ini mudah meresap ke dalam kulit .
- Meningkatkan kelembapan kulit.
Baca juga: Khasiat Buah Anggur Untuk Ibu Hamil & Bayi, Ia Tinggi Antioksida Serta Vitamin A!
The post Ingin Kurangkan Kesan Stretch Mark Ketika Mengandung? Ini 7 Jenama Krim Stretch Mark Terbaik Untuk Membantu Anda appeared first on theAsianparent-Panduan Untuk Kehamilan, Bayi & Besarkan Anak.