Ketika hamil, ramai bakal ibu yang tidak mempunyai ilmu yang meluas mengenai kehamilan, bersalin dan penjagaan anak. Ada sesetengah wanita yang mengambil kelas kehamilan, belajar sendiri melalui pembacaan dalam talian, mendengar pengalaman orang terdekat dan mendapatkan buku panduan kehamilan.
Buku panduan kehamilan bukan sahaja mudah didapati, malah penuh dengan maklumat tentang kehamilan, panduan perkembangan si manja dalam rahim dan ada jugak yang memberi info tentang bersalin dan seterusnya.
Apa Yang Perlu Dicari Dalam Buku Kehamilan?
Terdapat banyak buku panduan kehamilan di pasaran, jadi para ibu perlu mencari yang memenuhi citarasa anda dengan meneliti isi kandungan terlebih dahulu ya. Kini banyak buku panduan kehamilan yang boleh didapati terjual atas talian dan di kedai-kedai buku.
Semak perkara-perkara di bawah sebelum membeli buku pilihan anda:
- Maklumat Yang Tepat – Pastikan buku yang anda beli berdasarkan maklumat sains, maklumat perubatan, dan sumber yang terkenal. Tidak semestinya buku tersebut ditulis oleh seorang doktor, yang penting untuk semak siapa pengarangnya bagi memastikan buku itu sah.
- Kandungan Yang Menepati Keperluan – Pastikan anda menyemak kandungan buku supaya memenuhi apa yang diinginkan. Contohnya, perkembangan bayi di dalam rahim selama 9 bulan, panduan pemakanan atau info tambahan lain seperti komplikasi semasa hamil, info tentang pembedahan czer dan lain-lain.
5 Buku Panduan Kehamilan Terbaik di Malaysia
#1 What To Expect When You’re Expecting
Buku edisi ke 5 ini ni merangkumi bab mengenai maklumat tertentu seperti simptom kehamilan, gaya hidup kehamilan, maklumat untuk ayah, mengandungkan kembar, dan juga maklumat perkembangan minggu demi minggu.
Info:
- Penulis: Heidi Murkoff
- Terbitan: Workman Publishing; Edisi ke-5 (1 Mei 2016)
- Bilangan mukasurat: 656 halaman
Apa yang kami suka tentang buku ini?
- Meliputi semua yang perlu anda ketahui, dari konsepsi hingga kelahiran dan seterusnya.
- Pemerhatian bayi minggu demi.
- Info terbaru mengenai ujian genetik dan pemeriksaan pranatal.
- Liputan mengenai kehamilan IVF dan bab lengkap mengenai mengandung anak kembar.
- Nasihat gaya hidup, dari tips pemakanan dan senaman yang sihat hingga trend kehamilan terkini.
#2 Tahniah, Anda Hamil!
Buku “Tahniah, Anda Hamil!” ini hadir untuk membantu semua golongan masyarakat khususnya para ibu dalam mengetahui proses kehamilan yang betul dan penjagaan bayi menurut peringkat umur sehingga usia 3 tahun.
Dengan ilustrasi yang kemas, pembacaan menjadi lebih menarik dengan gambar dan infografik yang mudah
Info:
- Penulis: Muhammad Mawardi bin Zakaria
- Terbitan: Telaga Biru
- Bilangan mukasurat: 616 halaman
Apa yang kami suka tentang buku ini?
- Memberi fokus utama terhadap aspek kehamilan, kelahiran, kesihatan, dan keselamatan anak.
- Sarat dengan hukum-hakam kelahiran serta didikan anak menurut perspektif Islam.
- Pelbagai kisah teladan yang boleh dihayati sebagai motivasi pembentukan anak yang soleh dan solehah
- Setiap maklumat diakui oleh pakar bidang yang bertauliah.
- Kehamilan: menerangkan proses perkembangan janin dan panduan yang perlu dilakukan sepanjang hamil.
- Kelahiran: apa yang perlu diketahui oleh pasangan ketika pasca kelahiran dan selepas bayi lahir.
- Penjagaan: panduan langkah demi langkah (step by step) dalam menguruskan bayi berserta info bergambar.
- Syariah: dilengkapi tips dan doa dalam Islam ketika menimang cahaya mata.
#3 Bumpin’ – The Modern Guide To Pregnancy
Penulis mengubah perjalanan peribadinya ke dalam buku ini, yang ditulis ketika dia hamil, dengan bantuan rangkaian pakar yang dia konsultasikan di sepanjang jalan, termasuk doula, ob-gyns, bidan, terapis, pelatih pranatal, dan pakar pemakanan.
Hangat, lucu, dan tidak menghakimi, Bumpin ‘akan membuat anda merasa bersedia dan bersedia untuk menangani apa sahaja yang sesuai dengan anda.
Info:
- Penulis: Leslie Schrock
- Terbitan: Tiller Press; 1st edition (December 17, 2019)
- Bilangan mukasurat: 384 halaman
Apa yang kami suka tentang buku ini?
- Gambaran keseluruhan trimester demi trimester dari sifar trimester (konsepsi) hingga tempoh selepas bersalin dan kembali bekerja
- Selidiki topik seperti vaksinasi, penyusuan, dan senaman
- Ilmu di sebalik perubahan fizikal, kebocoran, keringat, dan setiap gejala kehamilan yang tidak dijangka – dan bagaimana menguruskannya untuk meningkatkan kesihatan jangka panjang anda
- Keutamaan kelahiran dan persediaan untuk perubahan yang tidak dapat diramalkan
- Cabaran menavigasi cuti ibu bapa dan kembali bekerja
- Nasihat unik untuk rakan kongsi
- Belanjawan, petua kewangan, daftar bayi dan senarai semak hospital
#4 Nasihat Pak Bidan Untuk Wanita
Buku ni menerangkan secara umum tentang kesihatan wanita dan peranakan. Cara pemakanan, gaya hidup dan pengetahuan asas tentang peranakan juga diterangan dengan teliti dan mudah difahami.
Ramai berpendapat buku ini membantu kita lebih mengenali badan kita sendiri, tambahan lagi ia dijelaskan dalam bahasa yang serasi dengan penduduk Malaysia.
Info:
- Penulis: Prof Dato’ Dr Hamid Arshat
- Terbitan: Galeri Ilmu (2018)
- Bilangan mukasurat: 176 halaman
Apa yang kami suka tentang buku ini?
- Ditulis oleh pakar perbidanan Malaysia
- Panduan untuk hamil
- Merancang jantina bayi
- Perkembangan janin
- Rangsangan sensori prenatal
- Panduan makanan terbaik semasa kehamilan
- Penjelasan tentang komplikasi semasa hamil.
#5 Diari Hamil
DIARI HAMIL ini disusun untuk kegunaan dan rujukan ibu dan bakal ibu sepanjang tempoh mengandung orang baru yang bakal lahir.
Bakal ibu boleh menggunakan buku ini bagi mengetahui perkembangan si manja dalam kandungan, tips untuk si ayah, panduan aktiviti selamat untuk ibu dan banyak lagi!
Info:
- Penulis: Khairun Niza’ Zakaria/Mohd Mawardi Zakaria/Khulwana Hanapi
- Terbitan: Telaga Biru
- Bilangan mukasurat: 200 halaman
Apa yang kami suka tentang buku ini?
- Panduan perkembangan semasa bayi dan ibu sepanjang masa
- Melancarkan aktiviti ibu semasa hamil dan menyediakan sendiri proses bersalin
- Tip-tip berguna kepada suami dan bakal ayah
- Panduan dan amalan sebagai seorang Muslim
- Senarai ‘checklist’, catatan ibu, memo ibu, ruang-ruang gambar gambar ultrasound bayi anda dan lain-lain
- Sesuai dijadikan hadiah buat bayi yang bakal lahir dilahirkan sejak dewasa si dia juga dapat menghayati saat-saat manis dan pahit ibu mengandungkannya
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Kisah Benar 3 Wanita Hebat Ini Kongsi Pengalaman Mengandung Penuh Cabaran & Dugaan
The post 5 Buku Panduan Kehamilan Yang Terbaik Untuk Bakal Ibu, Jom Siapkan Diri Sebelum Tiba EDD! appeared first on theAsianparent-Panduan Untuk Kehamilan, Bayi & Besarkan Anak.