Susu kambing merupakan antara minuman popular di kalangan wanita mengandung kerana khasiatnya yang memang baik untuk ibu dan bayi dalam kandungan. Tapi adakah anda tahu apa khasiat susu kambing yang boleh didapati untuk ibu hamil?
Sebenarnta ada juga yang takut minum susu ini kerana kata mereka ia susu yang panas dan dikhuatiri memudaratkan kesihatan ibu mengandung.
Minuman ini banyak khasiatnya untuk ibu mengandung malah ia mampu mewujudkan pengalaman mengandung yang lebih harmoni kerana jika anda mengalami alahan teruk ia mungkin boleh dikurangkan dengan pengambilan susu kambing.
Khasiat susu kambing kurangkan morning sickness

Kredit: popmama
Morning sickness antara perkara yang biasa menghantui setiap ibu hamil. Bezanya cuma adakah ia teruk, sederhana atau biasa-biasa saja yang mana ibu hamil masih lagi boleh bertahan dengan keadaan loya dan pening kepala.
Jika teruk ada yang terpaksa dimasukkan ke hospital kerana mengalami dehidrasi teruk setelah mengalami muntah-muntah berpanjangan yang dikhuatiri memudaratkan kesihatan ibu dna bayi dalam kandungan.
Jadi, apakah khasiat susu kambing kepada ibu hamil? Jom kami kongsikan pada anda. Mungkin ia boleh membantu anda.
Khasiat susu kambing kepada ibu hamil

Kredit: kumparan
Susu kambing mempunyai banyak khasiat yang mungkin selama ini kita pun tidak tahu. Jadi kali ini kami kongsikan pada anda, khasiat minuman ini.
#1. Baik untuk sistem imun
Kebaikan pengambilan susu kambing antaranya meningkatkan sistem imun tubuh sekaligus menyebabkan badan sukar dijangkiti penyakit.
Jadi dengan sistem imun yang tinggi, ibu hamil akan sukar dijangkiti penyakit dan sentiasa berada dalam tahap kesihatan yang terbaik bagi memastikan perkembangan kandungan normal.
Sekiranya ibu mudah dijangkiti penyakit, mereka mungkin terpaksa mengambil ubat-ubatan sepanjang tempoh kehamilan yang mungkin memberi kesan kepada bayi dalam kandungan.
Jadi untuk itu anda boleh cuba amalkan susu kambing untuk meningkatkan sistem imun tubuh anda.
#2. Bersifat alkali, kurangkan asid dalam perut
Diketahui, asid sering menyebabkan pedih ulu hati, isu biasa yang sering dialami ibu hamil terutama ketika usia kandungan semakin meningkat.
Jadi, kebaikan susu kambing yang bersifat alkali tidak akan membuatkan perut kita berasid. Makanan berasid seperti asam dan jeruk akan membuatkan perut mudah rasa tidak selesa.
Bagi ibu hamil yang mengalami morning sickness, asid dalam perut juga akan menyebabkan rasa tidak selesa dan pedih ulu hati. Jadi pengambilan susu kambing yang bersifat alkali memang sangat membantu mengurangkan ketidakselesaan akibat pedih ulu hati.
#3. Kurangkan sembelit, tingkat sistem penghadaman

Kredit: alodokter
Ibu hamil terutama yang berada pada trimester ketiga akan mula mengalami masalah sembelit kerana bayi yang semakin membesar akan menghimpit sistem pencernaan sekaligus menyebabkan pergerakan usus menjadi lebih perlahan daripada biasa.
Jadi, pengambilan susu kambing adalah alternatif yang baik untuk membantu fungsi penghadaman si ibu.
#4. Menguatkan tulang&otot
Susu kambing mengandungi kalsium yang sangat tinggi. Kalsium yang terdapat dalam susu kambing membantu menguatkan tulang, otot, sendi, kulit dan saraf ibu mengandung.
Ia membantu meningkatkan kesihatan tulang dan gigi agar tidak reput. Selain itu, kalsium dalam susu kambing juga membantu pembentukan tulang dan gigi bayi dengan sempurna.
#5. Kurangkan morning sickness
Tahukah anda bahawa terdapat satu bahan dalam susu lembu yang boleh menyebabkan ibu mengandung mengalami alahan atau morning sickness.
Bahan tersebut iaitu protein kompleks Alpha-casein & Beta-casein yang mana protein ini tidak terdapat dalam susu kambing. Oleh itu, amalan minum susu kambing semasa mengandung mengurangkan risiko anda mengalami alahan semasa mengandung.
#6. Tingkatkan tumpuan, elak lupa
Apabila mengandung, tumpuan seseorang wanita akan sedikit terjejas. Perubahan hormon yang berlaku juga kadangkala menyebabkan mereka sukar untuk memberi tumpuan.
Mereka juga mudah terlupa kerana hormon dalam tubuh yang tidak seimbang. Jadi ramai yang minum susu kambing untuk mengatasi masalah ini.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Kredit foto: nakita.id
Baca juga: Susu Kambing Sesuai Sebagai Pengganti Susu Ibu. Mitos Atau Fakta?
Baca juga: Bayi Yang Minum Susu Kambing Boleh Dapat Penyakit Berbahaya!
Baca juga: Elak Susu Kambing Untuk Bayi Kuning, Si Manja HANYA Perlukan Susu Ibu Yang Mencukupi!
The post Khasiat Susu Kambing Boleh Kurangkan Loya & Sembelit Dialami Ibu Hamil appeared first on theAsianparent-Panduan Untuk Kehamilan, Bayi & Besarkan Anak.