Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4986

Dah Dua Kali Buat IUI, Tapi Tak Berjaya, Adakah Patut Terus Buat IVF? Ikuti Saranan Pakar Ini

$
0
0

Buat pasangan yang masih cuba mendapatkan cahaya mata terutama melalui rawatan kesuburan seperti kaedah IUI atau IVF pasti tertanya-tanya mengenai perkara ini.

Jika sudah beberapa kali cuba IUI tetapi tidak berjaya, patutkah beralih kepada IVF? Berapa kali percubaan sepatutnya dibuat untuk rawatan kesuburan ini sebelum ia menjadi?

Semua ini pasti bermain-main di fikiran terutama bagi mereka yang sedang merancang untuk mendapatkan cahaya mata. Jadi kali ini kami kongsikan cadangan pakar ini yang mungkin boleh membantu anda dan pasangan membuat keputusan selanjutnya.

IUI dah dua kali tak berjaya, adakah patut teruskan saja IVF?

IUI

Kredit: medicalnewstoday

Bukan sedikit wang yang perlu dilaburkan, tetapi demi hasrat memiliki cahaya mata, digagahi juga walau apa cara sekalipun. Jadi persoalannya di sini, rawatan ini yang biasanya dimulakan secara berperingkat, jika tidak berjaya adakah wajar diteruskan ke peringkat seterusnya?

IUI adalah semaian benih dalam rahim atau Intrauterine Insemination (IUI) yang juga dikenali sebagai pemanis beradas manakala IVF adalah persenyawaan in-vitro atau bayi tabung uji. 

IUI dibuat dengan cara meletakkan sperma suami yang bergerak pantas ke dalam rahim isteri semasa ovulasi. Ia melibatkan prosedur makmal untuk memisahkan sperma yang bergerak cepat dari sperma kurang bergerak atau tidak bergerak. Tiub fallopian mestilah normal dan tidak tersumbat untuk IUI.

Persenyawaan in vitro atau IVF yang sebenarnya bermaksud ‘persenyawaan di kaca’ adalah sinonim dengan istilah ‘bayi tabung uji’. Semasa proses IVF, telur dikeluarkan dari ovari dan disenyawakan dengan sperma dalam makmal. Embrio tersebut kemudiannya diletakkan di dalam rahim wanita.

Kami kongsikan jawapan Pakar Perunding Perbidanan, Sakit Puan & Fertiliti, Dr Maiza yang diharap dapat merungkai persoalan di hati mereka yang sedang berusaha memiliki cahaya mata ini.

#1. Kadar kejayaan IUI

IUI

Kredit: klfertilitycenter

Kadar kejayaan IUI bergantung kepada punca Infertiliti, umur pasangan dan ubat kesuburan yang digunakan untuk merangsang perkembangan telur.
Secara umumnya :

  •  wanita <35 tahun : 15-20 %
  • wanita 35-39 tahun : 10%
  • wanita 40-42 tahun : 4.7%
  • wanita 43-44 tahun : 1.2%

#2. Kadar kejayaan IVF

IUI

Kredit: majalahpama

Kadar kejayaan IVF secara umum:

  • wanita <35 tahun : 29%
  • wanita 35-37 tahun : 23%
  • wanita 38-39 tahun : 15%
  • wanita 40-42 tahun : 9%
  • wanita 43-44 tahun : 3%
  • wanita> 44 tahun : 2%

#3. Pengulangan kaedah rawatan kesuburan

Rawatan IUI boleh diulang sehingga 3 kali (bergantung kepada umur dan faktor infertiliti pasangan). Lazimnya kejayaan berlaku pada 3 cubaan awal IUI.

Kajian klinikal mendapati bahawa kadar kejayaan IUI adalah 16.4 % bagi setiap kitaran untuk tiga percubaan pertama.

Bagaimanapun, pada kitaran 4 hingga 6, kadar kejayaan menurun dengan ketara dan hanya tinggal 5.6 %. Kejatuhan drastik kadar kejayaan selepas tiga percubaan IUI adalah sebab utama rawatan IVF disyorkan.

Tetapi perkara ini juga ada kaitannya dengan punca ketidaksuburan. Jika ia melibatkan dual factor iaitu suami dan isteri mempunyai masalah kesuburan, IVF merupakan opsyen yang lebih baik dengan peratusan kejayaan yang lebih tinggi berbanding IUI.

Kaedah rawatan kesuburan lain

Selain IUI dan IVF, ada kaedah rawatan kesuburan lain yang boleh pasangan cuba. 

#1. Suntikan sperma intra-cytoplasmic (ICSI) 

Suntikan sperma Intra-cytoplasmic (ICSI) melibatkan menyuntik satu sperma terus ke dalam telur untuk pensenyawaan. Telur yang tersenyawa itu (embrio) kemudiannya dipindahkan ke rahim wanita. ICSI bukan jaminan bahawa persenyawaan akan berlaku.

ICSI sering digunakan jika:

  • Suami mempunyai jumlah sperma yang rendah
  • Masalah lain dengan sperma seperti rupa bentuk morfologi yang tidak normal (bentuk yang luar biasa) 
  • IVF gagal menghasilkan persenyawaan
  • Suami telah menjalankan vasectomy. Sperma dikeluarkan dari buah zakar atau epididimis (takungan air mani).
  • Suami tidak apa-apa ejakulasi sperma tetapi sperma telah dikumpul daripada buah zakar
  • Suami mempunyai masalah mendapatkan ereksi dan ejakulasi. Ini termasuk orang-orang yang mengalami kecederaan saraf tunjang, diabetes dan lain-lain.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Dr. Maiza, myhealth

Kredit foto: medicalnewstoday

Baca juga: Cara menghitung waktu subur wanita secara semulajadi

Baca juga: Belum Bersedia Tambah Anak Lagi? Ini Cara Mengira Waktu Subur Bagi Elak Kehamilan

Baca juga: 3 Tanda Wanita Sedang Subur, Ini Masa Paling Sesuai Untuk Buat Anak!

The post Dah Dua Kali Buat IUI, Tapi Tak Berjaya, Adakah Patut Terus Buat IVF? Ikuti Saranan Pakar Ini appeared first on theAsianparent-Panduan Untuk Kehamilan, Bayi & Besarkan Anak.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4986

Trending Articles


Vimeo 11.5.1 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 11.6.0 by Vimeo.com, Inc.


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Knock knock jokes


RE: Mutton Pies (frankie241)


Hato lada ym dei namar ka jingpyrshah jong U JJM Nichols Roy (Bah Joy) ngin...


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


FORTUITOUS EVENT


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Vimeo 11.8.1 by Vimeo.com, Inc.


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Patama Quotes – Tanga love tagalog quotes


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


KASAMBAHAY BILL IN THE HOUSE



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>