Soalan yang selalu ditanya apabila sedang hamil adalah jantina bayi. Sebab itu, ada beberapa cara nak tahu anak lelaki atau perempuan ini seperti alahan ibu, saiz perut, cara ibu mengidam dan lain-lain.
Sudah tentu dengan mengetahui jantina bayi, ia memudahkan anda untuk membeli pakaian si kecil itu. Namun, ada juga bayi sorokkan jantina mereka setiap kali imbasan dilakukan sehingga ibu ayah ternanti-nanti. Justeru kami kongsikan beberapa cara untuk mengesan sama ada anda mengandung anak lelaki atau perempuan.
Cara nak tahu anak lelaki atau perempuan

credit to sources
#1. Suka makan manis atau masam
Kata orang, kalau ibu suka makan benda manis, pedas dan yang sedap sahaja, itu tandanya ibu mengandung bayi perempuan. Manakala kalau ibu suka makan benda yang masam, masin dan makanan ringan, itu tandanya hamil anak lelaki.
#2. Denyutan jantung bayi
Semasa melakukan pemeriksaan kesihatan di klinik kesihatan, jururawat atau doktor akan membaca denyutan jantung anak.
Jika denyutan jantung bayi 140 dan ke atas, itu maknya ibu hamil anak perempuan. Kalau denyutan jantung bayi berada bawah 140, itu tandanya bayi lelaki.
#3. Wajah berseri atau tak?
Orang tua yang berpengalaman melahirkan anak juga mengatakan kalau wajah ibu kelihatan kusam itu tandanya hamil anak perempuan. Kata mereka, anak yang dikandung itu tarik seri wajah ibu. Betul tak ye?
#4. Ibu alami morning sickness
Jika anda mengandungkan bayi perempuan, maka kemungkinan untuk mengalami morning sickness, jauh lebih teruk berbanding anak lelaki.
Malah ada ibu yang langsung tidak mengalami morning sickness semasa hamil bayi lelaki. Wah, untungnya badan!
#5. Payudara kiri atau kanan mengalami pembesaran yang ketara
Perubahan pada payudara semasa hamil memang tidak dapat dielakkan. Sebab itu, kalau payudara kiri lebih besar, tandanya hamil bayi lelaki. Kalau sebelah kanan lebih besar itu maksudnya ibu mengandung anak perempuan.
#6. Emosi ibu, suka marah atau tidak?

credit to sources
Emosi ibu semasa hamil juga berperanan dalam menentukan jantina bayi. Katanya kalau ibu suka marah-marah, cepat melenting atau lekas naik angin itu tandanya mengandung anak perempuan.
Tapi, kalau ibu lebih tenang dan cepat cool tanda hamil bayi lelaki. Setuju tak ibu?
#7. Suka tidur mengiring kiri atau kanan
Semasa tidur atau ketika bangun tidur, ibu boleh perhatikan sama ada anda suka mengiring tidur sebelah kiri atau kanan.
Ini kerana, jika cenderung mengiring sebelah kiri tandanya bayi lelaki. Manakala kalau suka sangat tidur mengiring ke sebelah kanan, itu tandanya ibu hamil anak perempuan.
#8. Cara nak tahu anak lelaki atau perempuan- Bentuk perut ibu
Mengikut orang lama dahulu, jika perut ibu condong ke depan, maka diramalkan ibu sedang mengandung anak lelaki.
Sebaliknya jika perut lebih melebar ke bawah, ia dikaitkan dengan jantina bayi perempuan. Malah perut juga kelihatan bulat dan lebih rata.
#9. Penampilan semasa hamil
Ibu yang tidak suka bersolek, tak nak berhias, malas mandi dan sebagainya dikaitkan dengan kehamilan bayi lelaki.
Manakala itu kalau ibu mudah bersiap, pandai bergaya dan suka pakai cantik-cantik itu tandanya ibu sedang mengandungkan anak perempuan.
#10. Sifat ibu semasa hamil
Ada yang berpendapat, jika ibu hamil bayi lelaki mereka akan memiliki sifat atau karakter yang lebih tegas, kuat berpendirian dan lain-lain.
Namun, ia akan berlaku sebaliknya jika ibu hamil bayi perempuan seperti mudah sensitif, kuat menangis dan sebagainya.
#11. Pergerakan bayi

credit to sources
Pergerakan bayi yang tidak terjangka sering dikaitkan dengan anak perempuan manakala pegerakan yang lebih teratur dikaitkan dengan hamil anak lelaki.
Petua lain untuk kenal hamil bayi perempuan menurut petua orang lama
- Perut cenderung membulat dan mengalami morning sickness.
- Selalu mual pada hidangan yang beraroma tajam.
- Wajah tidak berseri namun kulit lebih lembut dan rambut sedikit menipis.
- Punggung kelihatan lebih besar
- Mengidam makanan yang berjus, manis dan buah-buahan.
- Emosi tak stabil seperti kuat menangis, sensitif, marah-marah dan lain-lain.
- Bayi suka mengiring sebelah kiri.
- Garis perut dari bawah ke atas nampak lebih cerah dan terputus-putus
- Jika anda mendukung anak perempuan orang lain, si kecil itu mudah menangis.
- Ambil cincin perkahwinan, kemudian gantung atas perut selepas itu lihat ia bergerak ke kiri atau kanan. Kalau kanan itu bermaksud hamil bayi perempuan.
- Samalah juga kalau anda kencing dalam air bikarbonat kalau tidak berbuih maksudnya bayi perempuan.
Kredit foto: Google Images
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 7 Cara Power Hamil Bayi Perempuan Secara Semula Jadi, Betulkan Teknik Ini Dulu!
Baca juga: Selain Suka Makanan Manis, Ini 11 Tanda Hamil Anak Perempuan Sering Dialami Ibu!
Baca juga: Payudara Kiri Atau Kanan Lebih Besar? Jika Kiri Anda Mungkin Mengandung Bayi Lelaki!
The post Bayi Sorokkan Jantina Bila Scan? Ini 22 Cara Nak Tahu Anda Hamil Lelaki Atau Perempuan appeared first on theAsianparent-Panduan Untuk Kehamilan, Bayi & Besarkan Anak.