Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4977

Perut Mengeras Tanda Nak Bersalin Atau Hanya Kontraksi Palsu? Ketahui Perbezaannya

$
0
0

Sebagai ibu baru, anda pasti ingin tahu tanda nak bersalin perut mengeras dan bila tiba masanya untuk pergi ke hospital.

Walaupun perut si ibu asyik mengeras, tetapi due date masih awal lagi. Jadi sudah pasti ramai wanita akan rasa bimbang. Perlu tak panggil si suami untuk bawa ke hospital? Ok tak bayi saya, kalau awal-awal sudah menunjukkan tanda nak bersalin perut mengeras macam mana?

Kebimbangan paling besar untuk kebanyakkan ibu baru ialah “apa akan terjadi kalau saya terlambat ke hospital?” Mungkin mereka banyak membaca kisah ibu-ibu yang tiba-tiba melahirkan anak di tepi jalan, di dalam laut dan di dalam kereta.

Tapi, kita tidak boleh menyalahkan ibu baru yang kurang berpengalaman untuk mengenali kontraksi sebenar. Akibat ini, ramai wanita panik dan masuk hospital terlalu awal sebelum tiba masa bersalin sebenar.

Tanda nak bersalin perut mengeras dan kontraksi palsu atau Braxton Hicks adalah 2 jenis kontraksi yang berbeza. Mari kita baca beberapa cara untuk membezakan antara kedua-dua jenis kontraksi ini.

Perbezaan antara tanda nak bersalin perut mengeras dan kontraksi Braxton Hicks

tanda nak bersalin 36 minggu, perut mengeras semasa hamil, tanda nak bersalin 39 minggu, tanda nak bersalin 38 minggu, tanda bersalin semakin hampir, tanda bersalin 8 bulan, tanda tanda bersalin 37 minggu, tanda tanda bersalin sudah dekat, tanda nak bersalin perut mengeras

Braxton Hicks boleh berlaku seawal trimester kedua. Sekali sekala bahagian depan perut si ibu akan mengeras beberapa kali sehari dengan tidak teratur, kemudian hilang sendiri.

Braxton Hicks sebenarnya tidak berbahayakan walaupun ia kerap berlaku dan sepatutnya tidak rasa sakit. Namun, ada juga ibu-ibu yang mengatakan kontraksi Braxton Hicks lebih teruk daripada kontraksi biasa.

Pakar sains tidak tahu mengapa wanita akan mengalami Braxton Hicks.  Walau bagaimanapun, mereka berpendapat kontraksi palsu adalah cara untuk menyediakan badan si ibu untuk kontraksi sebenar apabil tiba masa untuk bersalin. Lebih kurang macam trial run gitu. 

Tetapi ibu-ibu baru tidak perlulah terlalu bimbang, kerana tidak semua wanita mengandung bakal mengalami kontraksi Braxton Hicks.

kelebihan bendi

foto: alodokter

Namun ia amat berguna jika ibu-ibu dapat membezakan kedua-dua jenis kontraksi ini agar tidak panik dan bergegas ke hospital tanpa sebab. Mari kita lihat ciri-ciri tanda nak bersalin perut mengeras sebenar ataupun kontraksi semasa bersalin:

  • Kontraksi secara berkala, yang pada mulanya perlahan-lahan kemudian jaraknya semakin dekat dan dekat.
  • Setiap kontraksi akan mengambil masa sekitar 30 saat hingga 1 minit ataupun lebih.
  • Kontraksi yang semakin kuat dan meningkat.
  • Kontaksi berterusan selepas bertukar posisi walaupun berbaring ataupun berehat.
  • Wanita boleh merasakan kontraksi di bahagian lain badan contohnya punggung dan belakang.
  • Kontraksi yang berlaku bersama tanda-tanda bersalin seperti keluar darah sedikit, cecair mukus atau selepas air ketuban pecah.

Apa harus saya lakukan jika ada tanda nak bersalin perut mengeras?

tanda nak bersalin 36 minggu, perut mengeras semasa hamil, tanda nak bersalin 39 minggu, tanda nak bersalin 38 minggu, tanda bersalin semakin hampir, tanda bersalin 8 bulan, tanda tanda bersalin 37 minggu, tanda tanda bersalin sudah dekat, tanda nak bersalin perut mengeras

Untuk menangani rasa tidak selesa semasa kontraksi Braxton Hicks atau kontraksi palsu, ibu-ibu boleh cuba tukar posisi sehingga kontraksi itu hilang sendiri.

Rileks seketika, kemudian hitung pergerakan bayi dalam kandungan untuk tempoh 1 jam.

Sekiranya anda mengalami kontraksi secara berkala setiap 10 minit ataupun kurang (lebih dari 5 kali sejam), ini biasanya tanda bersalin sebenar. Selain itu, si ibu juga mungkin akan rasa sakit belakang atau sakit bahagian pelvis berserta dengankekejangan rahim yang kuat atau rasa mual.

Jika jarak kontraksi berlaku dalam lingkungan setiap 5 minit dalam sejam hubungi doktor anda dan pergi ke hospital dengan segera.

Walaupun setiap kehamilan adalah berbeza, ia adalah baik kalau ibu tahu serba sedikit cara membuat perbezaan dan keputusan betul untuk pergi ke hospital.

Untuk ibu baru, jangan terlalu bimbang kalau tak sempat. Biasanya kontraksi sebenar kali pertama akan mengambil masa untuk memasuk fasa aktif yang lebih menyakitkan.

Oleh itu jangan panik. Pastikan ibu sudah sediakan beg bersalin terlebih dahulu, supaya boleh terus ke hospital apabila menunjukkan tanda nak bersalin perut mengenas sebenar.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Siraplimau, theAsianparent Malaysia

The post Perut Mengeras Tanda Nak Bersalin Atau Hanya Kontraksi Palsu? Ketahui Perbezaannya appeared first on theAsianparent-Panduan Untuk Kehamilan, Bayi & Besarkan Anak.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4977


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>