Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4977

Asyik Muntah & Loya Semasa Hamil? Jom Cuba 7 Tips Kurangkan Loya Ini!

$
0
0

Mengalami rasa loya ketika mengandung memang keadaan yang kerap dialami ibu hamil. Sekiranya anda menderita loya dan muntah semasa mengandung, anda mungkin tertanya-tanya mengapa semuanya berlaku, dan jika ada cara mendapat kelegaan dari alahan ini.

Walau bagaimanapun, loya ketika mengandung sangat biasa dan sebenarnya normal. Tahukah anda, muntah juga mungkin menjadi tanda hormon kehamilan anda berfungsi dengan baik?

Loya Ketika Mengandung: 7 Petua Penjagaan Diri

Kredit: iStock

Ibu, mengalami rasa loya mungkin kelihatan seperti cara yang teruk untuk memulakan perjalanan kehamilan anda, tapi jangan risau ya.

Perubahan gaya hidup mudah dan beberapa petua penjagaan diri ini mungkin membantu anda untuk mendapatkan kelegaan dari loya ketika mengandung. Jom kita semak!

Atasi Loya Ketika Mengandung #1: Makan Dalam Kuantiti yang Kecil Tetapi Kerap

Sebenarnya, perut yang kosong boleh membuat rasa loya lebih teruk, jadi pastikan anda makan awal, dan tepat pada waktunya. Anda juga dinasihatkan untuk tidak mengambil makanan terlalu banyak yang boleh membuat perut terlalu kenyang.

Ibu mengandung juga disarankan memilih makanan dalam kuantiti yang kecil dan makan secara kerap. Jangan makan “untuk dua orang” ya! Itu satu mitos.

Makan perlahan-lahan dan ambil masa untuk mengunyah makanan anda.

Atasi Loya Ketika Mengandung #2: Pilih makanan dengan betul

Elak makanan atau bau yang boleh membuat anda loya. Pemilihan makanan juga penting, jadi elakkan makanan berminyak, berlemak dan pedas.

Sebaliknya, anda harus pilih makanan yang tinggi kandungan protein dan karbohidrat, rendah lemak dan mudah dicerna. Pisang, beras, keropok, epal dan roti bakar adalah beberapa pilihan yang baik.

Selain itu, pengambilan makanan masin juga boleh membantu, dan begitu juga makanan yang mengandungi halia.

Atasi Loya Ketika Mengandung #3: Perbanyakkan Minum Air

loya ketika mengandung, tips ibu mengandung, cara hilangkan muntah, morning sickness, alahan semasa mengandung, tanda hamil kembar, mual muntah saat hamil pertanda janin kuat, tips hilangkan alahan mengandung,alahan mengandung pada suami, alahan mengandung anak perempuan, alahan mengandung anak lelaki,

Seperti makanan, mengambil jumlah air yang mencukupi sepanjang hari mungkin dapat membantu. Tetapkan untuk minum 6-8 cawan cecair tidak berkafein setiap hari.

Elakkan minuman yang terlalu sejuk atau manis. Elakkan alkohol kerana ia tidak baik untuk bayi malah akan menyebabkan morning sickness semakin teruk!

Atasi Loya Ketika Mengandung #4: Banyakkan Tidur dan Rehat

Pastikan anda tidur sekurang-kurangnya 8 jam setiap malam, kerana keletihan boleh menyebabkan loya ketika mengandung jadi lebih teruk. Anda boleh tidur sekejap (nap) sekiranya perlu.

Elakkan tergesa-gesa terjaga dan bangun dari katil terlalu cepat.

Atasi Loya Ketika Mengandung #5: Elakkan Tekanan

loya ketika mengandung, tips ibu mengandung, cara hilangkan muntah, morning sickness, alahan semasa mengandung, tanda hamil kembar, mual muntah saat hamil pertanda janin kuat, tips hilangkan alahan mengandung,alahan mengandung pada suami, alahan mengandung anak perempuan, alahan mengandung anak lelaki,

Tekanan boleh membuatkan alahan anda menjadi lebih teruk. Sekiranya anda berasa terlalu tertekan, cuba kurangkan beban kerja dengan membahagikan masa dengan lebih efektif.

Luangkan sedikit masa untuk berehat dan de-stress setiap hari. Meditasi mungkin membantu anda berehat dan menghilangkan pemikiran negatif.

Atasi Loya Ketika Mengandung #6 Jangan Merokok, dan Jauhkan Diri Dari Asap Rokok 

Selain meningkatkan rasa loya, merokok semasa hamil akan memberi kesan negatif kepada anda dan kesihatan bayi.

Malah kesan kepada kandungan akibat merokok adalah sebelum, semasa, dan selepas bayi anda dilahirkan!

Merokok boleh menyebabkan kelahiran pramatang dan kecacatan kelahiran. Ia juga merupakan faktor risiko Sudden Death Infant Syndrome (SIDS).

Begitu juga sekiranya ibu terdedah kepada asap rokok semasa mengandung. Mereka mempunyai peluang untuk melahirkan bayi stillborn, bayi dengan berat lahir rendah, kecacatan bayi dan komplikasi kehamilan yang lain.

Atasi Loya Ketika Mengandung #7: Hirup Udara Segar

Pastikan bilik anda mempunyai sistem pengudaraan yang baik. Cari masa untuk berjalan-jalan di luar. Berjalan dan sedang bergerak juga senaman yang bagus untuk peredaran darah.

Hilangkan Loya dengan Kaedah Semula Jadi

loya ketika mengandung, tips ibu mengandung, cara hilangkan muntah, morning sickness, alahan semasa mengandung, tanda hamil kembar, mual muntah saat hamil pertanda janin kuat, tips hilangkan alahan mengandung,alahan mengandung pada suami, alahan mengandung anak perempuan, alahan mengandung anak lelaki,

Cuba buat sendiri minuman halia dengan didih kepingan halia segar untuk membuat teh halia yang bebas kafein dan selamat diminum.

Selain itu, cuba hisap gula-gula peppermint yang bukan sahaja boleh menyegarkan mulut, malah menyingkirkan rasa loya.

Ramai ibu hamil sering mengidamkan makanan masam, dan mungkin sebahagian daripada sebabnya adalah makanan masam boleh mengurangkan loya.

Selain daripada buah-buahan sitrik seperti  limau, limau gedang dan beri, anda juga boleh cuba memakan makanan yang dipelihara seperti jeruk dan selai.

Rasa Loya Ketika Hamil: Bila Anda Perlu Dapatkan Rawatan Segera?

Ibu, anda harus segera mendapatkan rawatan perubatan jika anda:

Kesemua di atas merupakan tanda dehidrasi ataupun jangkitan kencing kotor.

Semoga bermaafaat! Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Artikel ini asalnya ditulis oleh Jaya dan mendapat keizinan theAsianparent Singapore untuk diterjemah.

The post Asyik Muntah & Loya Semasa Hamil? Jom Cuba 7 Tips Kurangkan Loya Ini! appeared first on theAsianparent-Panduan Untuk Kehamilan, Bayi & Besarkan Anak.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4977


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>