Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4986

Doktor pakar sakit puan yang popular di Malaysia

$
0
0

Bagi pasangan yang mempunyai masalah kesuburan dan melahirkan zuriat atau untuk pemeriksaan kesihatan, di sini di cadangkan beberapa doktor pakar sakit tuan/puan yang boleh dirujuk untuk mengatasi masalah yang dihadapi.

Dr Ang Chin Guan

Kepada pasangan yang bakal menjadi seorang bapa dan ibu dan mempunyai bajet kewangan yang rendah, Doktor Ang Chin Guan sangat sesuai untuk mereka kerana mengenakan bayaran yang berpatutan terhadap setiap masalah yang dihadapi pesakit. Doktor ini masih bekerja di Subang Jaya Medical Center.

Dr Siti Zaleha

Dr Siti Zaleha juga rakan sejawatan Dr Ang Chin Guan di SJMC. Berikutan kesibukan bekerja setiap hari, pesakit amat susah untuk menunggu dan menetapkan temunjanji untuk berjumpa doktor pakar tersebut.

Oleh kerana ketelitiannya dalam memberikan cadangan dan rawatan, beliau mengambil masa sedikit lama untuk memberikan khidmat nasihat untuk memastikan khidmat nasihatnya kepada pesakit telus dan tepat.

Pesakit yang hendak membuat ujian kehamilan dengan beliau mestilah berjumpa dengannya jika kandungan sudah memasuki 6 bulan. Untuk setiap khidmat rawatan hanyalah dikenakan bayaran sebanyak RM 80 sehingga Rm 150.

Dr Mahes Sittapalam

berpengalaman dalam bidang sakit tuan dan perbidanan sejak tahun 1999. Selain itu, beliau pernah berkhidmat di Hospital Johor Bahru sebelum berkhidmat selama 17 tahun di Damai Hospital yang terletak di Jalan Ipoh.

Dr Chong Kuo Hsiang

Dr Chong Kuo Hsiang merupakan rakan sejawat Dr Mahes Sittapalam yang bekerja di hospital yang sama, iaitu Damai Hospital. Beliau sangat menggalakkan pesakit untuk bersalin secara normal.

Mempunyai isteri yang bekerja dan pakar dalam bidang pemakanan dan Nutrisi susu ibu juga menyebabkan beliau menyokong bakal ibu untuk menyusukan bayinya dengan susu badan.

Dr Jean Woo Lee See

Dr Jean Woo Lee See dari Hospital Glenagles, Ampang adalah seorang doktor yang amat cekap dalam mengesan dan mendiagnose masalah yang dihadapi pesakit walaupun pesakit datang bertubi-tubi.

Tambahan pula, beliau adalah seorang yang berterus terang dalam menerangkan masalah yang dihadapi pesakit. Sifat telus dapat memberikan maklumat adalah salah satu sebab mengapa beliau disukai dan disayangi pesakitnya. Beliau berpengalaman dalam mengendalikan masalah kesuburan dan perbidanan.

Dr Lim Lei Jun

Dr Lim Lei Jun bekerja di Sunway Medical Center dan Sunfert Fertility Center. Untuk pasangan terutamanya perempuan yamg selesa berdampingan dengan doktor perempuan, beliau adalah pilihan terbaik. Beliau sangat berpengalaman dalam membantu pesakit yang mempunyai masalah kesuburan.

Walau bagaimanapun, beliau mengenakan bayaran sedikit mahal berbanding doktor yang lain. Tetapi ini amat berbaloi bagi pasangan yang menginginkan khidmat doktor pakar sakit puan/tuan yang terbaik. Beliau juga berpengalaman bekerja di hospital kerajaan berpuluh tahun.

Dato Dr. Sivamohan N

Dato Dr. Siva adalah seorang Perunding Obstetrican & Ginekologi (sub khusus dalam sakit puan-Onkologi) di Hospital Pakar Damansara. Selain daripada penglibatan beliau sekarang, beliau telah dilantik sebagai Pengarah Perubatan / Consultant Obstetrian & Ginekologi (subspeciality dalam sakit puan-Onkologi) di KPJ Klang.

Beliau sangat peramah dan selalu menjelaskan keadaan pesakitnya dengan menyeluruh dan penuh kesabaran.

The post Doktor pakar sakit puan yang popular di Malaysia appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4986

Trending Articles


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


KASAMBAHAY BILL IN THE HOUSE


Girasoles para colorear


Presence Quotes – Positive Quotes


EASY COME, EASY GO


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


FORTUITOUS EVENT


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Smile Quotes


Tiwala Quotes and Selos Quotes Collections


Love with Heart Breaking Quotes


RE: Mutton Pies (frankie241)


Hato lada ym dei namar ka jingpyrshah jong U JJM Nichols Roy (Bah Joy) ngin...


Maganda Quotes – tagalog Quotes – Inggit Quotes



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>