Cuti sekolah sudah hampir ke penghujung. Tetapi, bagi keluarga yang suka berlibur dan adik-adik yang masih menunggu keputusan SPM, banyak masa lapang boleh diisi dan antaranya ialah dengan bercuti.
Bagi keluarga yang memilih percutian bajet dan persendirian(tanpa agensi pelancongan) adalah perlu untuk membuat perancangan yang rapi termasuklah kos penginapan, perjalanan dan masa bercuti.
Di sini disertakan beberapa tempat yang boleh dilawati di Malaysia menawarkan harga yang berpatutan.
Seaventures Dive Rig, Sipadan.

Gambar: Seaventures
Penginapan Seaventures mudah dan asas tetapi mempunyai semua yang anda perlukan untuk membuat penginapan anda selesa dan membantu anda untuk mendapatkan yang terbaik daripada sesi menyelam anda. Apa yang unik tentang “hotel” ini ialah ia terletak di atas pelantar minyak di tengah lautan. Lokasi ini lebih bersesuaian dengan kanak kanak remaja.
The Cabin, Langkawi.

Gambar: The Cabin
Hotel yang bertemakan kabin yang cukup unik percutian keluarga anda. Harganya juga sangat berpatutan dengan RM160 untuk kabin yang terbesar. Lokasinya juga hanya 4 minit dari Pantai Chenang.
Japanese Village, Pahang.

Gambar: Colmar Tropicale
Di Bukit Tinggi juga terdapat Japanese Village, Pahang. Jika anda tidak berpeluang melancong ke negara Matahari terbit tersebut, anda boleh berkunjung ke Bukit Tinggi.
Panorama indah di Japanese Village diilhamkan oleh arkitek Kaio Ariizumi untuk pengunjung yang menginginkan panorama indah seperti di Jepun atau Korea. Di sini terdapat Kolam Berbatu, Kolam Ikan Koi, Taman Bunga dan Rumah Teh Jepun.
Rumah Teh Jepun di Bukit Tinggi adalah yang pertama dibina di dunia di dalam Hutan Hujan Tropika. Bayaran dikenakan adalah berbaloi kerana pengunjung disajikan dengan keindahan Kolam Ikan Koi, Spa Jepun (Tatami Spa), Ume Tatami Suite dan Ryo Zan Tei Restaurant. Bayaran dikenakan untuk setiap pengunjung adalah cuma RM 20.
Cottage Hotel/ Desa Dairy Farm Kundasang, Sabah.

Gambar: Desa Dairy Farm
Untuk merasai suasana seakan-akan New Zealand dan merasa susu lembu segar serta yoghurt, Desa Cattle Dairy Farm terletak di Kundasang menyajikan pelancong keindahan Gunung Kinabalu serta suasana seakan-akan New Zealand.
Baka lembu yang ada di sana adalah Lembu yang diimport dari New Zealand. Pengunjung boleh merasa yoghurt dan susu lembu segar daripada produk tempatan. Anda juga berpuas hati dengan layanan penduduk tempatan yang sangat ramah.
Tiket masuk hanyalah semurah RM 5. Sangat berbaloi.
Hotel yang berdekatan dengan Desa Cattle Farm ialah Cottage Hotel, dari RM115 dan hanya 5 minit dengan kereta ke Desa Cattle Farm.
Borneo Highland Resort, Kuching, Sarawak.

Gambar: Borneo Highlands Resort
Bagi anda yang mahu merasai suasana tanah tinggi Malaysia yang bersempadan dengan Indonesia, Borneo Highland Resort adalah tempat yang menarik. Pengunjung disajikan keindahan tanah tinggi di Sarawak.
Di samping itu pengunjung juga berpeluang untuk merasai keindahan tanah tinggi negara jiran juga boleh berkunjung di sini. Harga tiket adalah berpatutan iaitu RM 8 untuk memasuki Borneo Highland dan RM 10 untuk memasuki Kalimantan (Indonesian) View.
Pantai Cahaya Bulan Resort, Kelantan.

Gambar: PCB Resort
Jika anda seorang yang hanya suka bersinggah tetapi tidak suka bermalam, Pantai Cahaya Bulan, Kelantan merupakan pilihan terbaik. Di tepi pantai ini, pengunjung berpeluang merasai keenakan makanan tempatan di gerai-gerai dan merasai keindahan pantai ini. Pantai ini sangat indah dan meriah pada waktu malam. Tiada cas masuk dikenakan. Tetapi, anda tidak boleh bermandi di pantai ini.
Masbro Village, Paya Rumput, Melaka.

Gambar: Masbro Village
Paya Rumput, Melaka menyajikan panorama seakan-akan Brighton Beach di Melbourne. Anda berpeluang untuk tinggal di hotel gaya butik di Melaka berkonsepkan panorama di Australia. Jika semasa promosi, homestay ini boleh menawarkan harga semurah RM 250 untuk semalam.
Banyak pasangan yang berkahwin mengadakan foto-shoot di sini.
The post 7 Destinasi Keluarga Murah Untuk Bercuti appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.