Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4985

Tempoh Daraf Nifas Berapa Hari? Ini Perkara Penting Yang Ibu Lepas Bersalin Wajib Ambil Tahu

$
0
0

Menjadi kebiasaan untuk para ibu, anda akan keluar darah selepas bersalin. Darah selepas bersalin itu dikenali sebagai post-natal bleeding atau darah nifas. Soalan cepumas yang sering ramai bakal ibu tanya ialah darah nifas berapa hari tempohnya.

Namun sebelum itu, untuk pengetahuan anda dari segi bahasa, nifas datang dari perkataan “na fi sa” yang bermaksud melahirkan. Dari segi saintifik pula, darah nifas ini ialah darah yang keluar dari rahim wanita selepas beranak atau darah selepas bersalin.

Di sini ada panduan lengkap tentang darah selepas bersalin (darah nifas) yang dijawab oleh Dr Zubaidi Ahmad. Semoga perkongsian ini dapat menjawab persoalan yang bermain di minda anda.

Dalam artikel ini, anda akan ketahui lebih lanjut tentang:

Darah nifas berapa hari tempoh selepas bersalin (untuk bersalin normal, caesar dan keguguran) Hukum bagi wanita yang dalam keadaan nifas Cara mandi wajib dan bila dapat haid pertama Darah nifas berapa hari tempohnya selepas bersalin?

Menurut mazhab Syafi’i, darah nifas1 ialah darah yang keluar selepas bersalin. Sekiranya darah keluar sebelum bersalin (dan bayi masih belum keluar sepenuhnya), itu bukanlah darah selepas bersalin.

Tempoh minimum bagi darah selepas bersalin ialah satu titik selepas bersalin atau dalam tempoh tiga hari. Tempoh ini boleh berlanjutan sehingga 60 hari. Biasanya, wanita yang dalam proses berpantang akan mengalami darah nifas selama 40 hari. Darah yang keluar lebih 60 hari dikira sebagai istihadah3 (darah penyakit).

Darah anda akan berwarna merah terang, dan anda mungkin melihat beberapa gumpalan2 untuk beberapa hari pertama selepas anda bersalin.

Ia tidak sepatutnya terlalu besar daripada satu perempat. Anda perlu memakai pad yang tebal kapasnya kerana pada ketika ini darah akan keluar dengan banyak pada permulaan. Tetapi anda sepatutnya boleh kembali ke pad biasa kemudian.

Anda mungkin berdarah lebih sedikit apabila anda membawa bayi anda pulang. Ini mungkin kerana anda banyak bergerak. Jika ini berlaku, cuba berehat sedikit.

Ia juga normal untuk kadang-kadang merasakan darah keluar dengan laju apabila anda berdiri. Ini kerana cara keadaan faraj yang seperti menakung. Darah terkumpul di kawasan seperti kawasan seperti takungan semasa anda duduk atau berbaring. Disebabkan itu, apabila anda berdiri, ia akan keluar dengan laju dan anda rasa seperti sesuatu meluncur.

Selepas kira-kira 10 hari, anda sepatutnya semakin mengalami keadaan darah yang sudah semakin berkurang. Anda mungkin mengalami pendarahan ringan atau bertompok sehingga 6 minggu selepas bersalin.

Anda hanya boleh menggunakan tuala wanita pada masa ini. Tampon boleh menyebabkan jangkitan kerana ia perlu dijolok dalam perineum.

Bagaimana darah nifas wanita yang bersalin caesar?

Kredit: gbmc.org

Ada wanita yang tidak boleh bersalin normal kerana komplikasi tertentu lalu terpaksa dibedah. Bagaimana dengan darah selepas bersalin mereka?

Dalam kes ini, hukum bagi wanita yang bersalin caesar sama seperti wanita bersalin normal. Apabila ada darah keluar, ia adalah darah selepas bersalin. Ibu hendaklah meninggalkan solat dan puasa.

Walaupun anda bersalin secara pembedahan, anda sama juga seperti semua wanita bersalin yang akan ada keluarnya darah nifas. Jadi samalah juga tempohnya dengan wanita bersalin secara normal.

Darah nifas untuk wanita keguguran

Bagi wanita yang keguguran, jika bayi telah cukup sifatnya, maka darah yang keluar ialah darah selepas bersalin (darah nifas). Namun, jika janin masih dalam keadaan segumpal darah atau daging, maka darah yang keluar itu dikira sebagai darah haid.

Bagaimana jika tiada darah selepas bersalin?

Situasi seperti ini pernah dialami oleh puteri Rasulullah s.a.w, iaitu Fatimah r.a di mana beliau tidak keluar sebarang darah selepas beranak.

Adakah wanita yang mengalami keadaan ini dianggap suci dari darah nifas? Jawapannya ya. Wanita ini dianggap suci dan diwajibkan beribadat seperti biasa selepas mandi wiladah.

Apa perlu buat jika darah semakin banyak?

Dalam tempoh hari-hari terakhir nifas, warna darah nifas atau warna darah selepas bersalin akhir anda akan secara perlahan-lahan berubah kepada warna yang lebih cerah.

Para ulama juga bersepakat bahawa terdapat dua jenis cara untuk memastikan seseorang wanita itu suci daripada haid dan juga nifas iaitu:

#1. Keluar cairan putih

Sebaik sahaja warna darah berubah menjadi lebih cerah, pada hari terakhir akan turut sama keluar cecair putih. Hal ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Malik:

Beberapa wanita mengirim kain kapas berwarna kekuningan bekas darah haid. Mereka bertanya, ‘Apakah mereka sudah boleh mengerjakan solat?’ Mendengar soalan itu, Aisyah menjawab: ‘Jangan terburu-buru hingga kamu melihat cairan berwarna putih.”

#2. Kering

Selain daripada tanda sebelum ini iaitu keluarnya cairan berwarna putih, ia juga hendaklah kering daripada warna darah. Untuk memeriksanya, anda boleh masukkan kain kapas yang berwarna putih ke dalam faraj anda.

Jika dengan melakukan sedemikian tiada tanda darah yang keluar, maka anda boleh bersegera untuk mandi wajib darah nifas.

Jika darah keluar semakin banyak iaitu pada hari ke-60 ia adalah darah wiladah atau menandakan ada yang tidak normal pada diri anda. Seeloknya eloknya anda berjumpa dengan doktor sakit puan untuk mendapatkan rawatan kesihatan.

Apa hukum bagi wanita yang dalam keadaan nifas?

Hukum bagi wanita yang dalam keadaan nifas sama seperti keadaan ketika datang haid. Suami tidak boleh menggauli isteri sepanjang tempoh nifas.

Wanita itu pula tidak boleh solat, sujud tilawah, sujud syukur, bertawaf, berpuasa, iktikaf di masjid mahupun membaca al-Quran.

Cara mandi wajib selepas nifas

Terdapat dua perbezaan mandi ini. Selepas bersalin, ada dua istilah yang sering digunakan oleh ibu selepas bersalin:

Wiladah – Satu keadaan di mana seorang ibu itu baru lepas melahirkan anak. Nifas – Darah yang keluar selepas seorang ibu itu baru lepas melahirkan anak.

Jika anda bersalin atau keguguran, tapi tak keluar darah, anda perlu mandi wiladah.

Jika selepas anda wiladah (baru lepas bersalin) dan keluar darah selama 40 ke 60 hari, anda perlu mandi wiladah dan nifas dalam satu mandian sahaja. Niat mandi nifas ini hendaklah dilafazkan dalam hati. Namun jika sukar, anda juga boleh lafazkan secara lisan.

Niat mandi wajib:

Nawaitul ghusla lirofi’i hadatsinnafaasi lillaahi ta’aala.

Maksudnya: Sahaja aku mandi untuk menghilangkan hadas nifas kerana Allah ta’ala.

Cara untuk doa mandi nifas setelah 40 hari melahirkan. Ia hampir sama dengan mandi wajib atau mandi junub.

Siapkan air, syampu dan sabun mandi Niat dalam hati seperti niat di atas (atau secara lisan) Baca kalimah basmallah (bismillahirrahmaanirrahiim) Berwuduk dengan sempurna Menyiram air di kepala sebanyak tiga kali dan gosokkan sehingga mencapai akar rambut Menyiram air ke seluruh badan Membasuh kaki Wuduk akan terbatal sekiranya anda menyentuh kemaluan anda semasa mandi nifas dan perlu mengambil wuduk semula selepas mandi jika anda perlu berada dalam keadaan berwuduk selepas mandi. Bila akan dapat period pertama selepas bersalin?

Hasil pemerhatian yang pernah dilakukan oleh WHO, durasi jangka masa haid selepas bersalin secara umumnya ialah antara 4 hingga 10 bulan, namun ia boleh juga mencapai 15 hingga 18 bulan selepas bersalin.

Durasi period mselepas bersalin juga mungkin akan kembali boleh mencapai 18-24 bulan jika ibu menyusukan anak mereka secara esklusif.

Penyusuan ibu secara esklusif juga boleh menjadi perancangan kelahiran semulajadi (natural birth control). Perkara utama yang mempengaruhi durasi kembalinya haid selepas bersalin ialah hormon progesteron dan hormon prolaktin.

Faktor utama penyebab gangguan haid ialah ketidakseimbangan hormon. Walau bagaimanapun, apabila ibu menyusukan anak secara esklusif, dia lebih cenderung untuk tidak mendapat haid kerana terjadinya Hiperprolaktin.

Hiperprolaktin ialah situasi apabila kadar hormon prolaktin dalam darah menjadi lebih tinggi daripada kadar yang normal. Namun, jika ibu menyusu sudah mendapat haid yang normal, ini bermakna dia sudah kembali memasuki fasa subur.

Jika ingin merancang kehamilan yang seterusnya, hendaklah segera mencari bantuan perancangan keluarga yang alternatif.

Bila perlu jumpa doktor?

Ada pelbagai keadaan bagi wanita bersalin untuk keluar darah nifas tidak kira sama ada caesar atau pun bersalin normal. Malah ada juga yang mengalami keadaan di mana darah yang keluar berwarna kehitaman dan berbau.

Sekiranya keadaan ini terjadi, ia mungkin salah satu tanda berlakunya, jangkitan di dalam rahim atau kemaluan selepas bersalin; pendarahan nifas beserta jangkitan kulat seperti kandidiasis dan darah nifas yang lama teroksida.

Selain itu, boleh juga terjadinya faraj berbau, sakit perut atau senggugut teruk, bengkak atau gatal sekeliling kemaluan, sakit atau mengilu pada bahagian pelvik, demam serta rasa sakit atau panas ketika buang air kecil.

Ada baiknya cuba dapatkan pemeriksaan doktor kerana ada masalah yang lebih serius seperti jangkitan dan sebagainya. Jika anda masih teragak-agak tentang darah nifas berapa hari, anda harus berjumpa doktor untuk maklumat lanjut.

Dr Zubaidi Ahmad (August 10, 2018). Darah nifas berhenti selama 15 hari. https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=1934629156557150&id=185816391438444&_rdr webmd (December 3, 2021). Vaginal Bleeding After Birth: When to Call a Doctor. https://www.webmd.com/women/vaginal-bleeding-after-birth-when-to-call-doctor# Jabatan Mufti Negeri Sembilan (n.d.). Darah Nifas. https://muftins.gov.my/2019/06/24/darah-nifas/

Baca juga: Tumpah Darah Nifas Boleh Bawa Maut! Ini Cara Kenal Nifas Normal & Tak Normal

Baca juga: Niat Mandi Nifas & Cara Mandi Wajib Yang Lengkap Buat Para Ibu Selepas Bersalin

Baca juga: Sakit Perut & Keluar Darah Ketika Mengandung, Ibu Hati-Hati Ia Mungkin Tanda Keguguran!

The post Tempoh Daraf Nifas Berapa Hari? Ini Perkara Penting Yang Ibu Lepas Bersalin Wajib Ambil Tahu appeared first on theAsianparent-Panduan Untuk Kehamilan, Bayi & Besarkan Anak.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4985

Trending Articles


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


EASY COME, EASY GO


5 Tagalog Relationship Rules


5 Uri ng Pambobola


Best Love Life Quotes Collection


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Girasoles para colorear


Gwapo Quotes : Babaero Quotes


Love Quotes Tagalog


Two timer Sad tagalog Love quotes


Inggit Quotes and Kabit Quotes – Tagalog Patama Quotes


INUMAN QUOTES


Hugot Lines 2020 Patama : ML Edition


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ligaw Quotes – Courting Quotes – Sweet Tagalog Quotes



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>