Setiap saat, ada sahaja bayi yang baru dilahirkan ke dunia dan pada saat ini, anda mungkin sedang menanti kelahiran cahaya mata anda juga. Namun, suatu perkara yang agak sukar untuk dibuat ialah memilih nama-nama cantik untuk diberikan kepada si manja anda.
Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?
Nama-nama cantik bagi anak lelaki mengikut abjad Nama yang cantik untuk anak perempuan mengikut abjad Ada sebab mengapa ibu ayah perlu beri nama-nama cantik pada anak, jadi hati-hati ketika memilih namaSekiranya anda masih dalam dilema hendak menamakan anak anda, kami di theAsianparent Malaysia ingin membantu anda dengan berkongsi beberapa nama-nama yang boleh diberi kepada si manja, berserta maksudnya sekali!
Nama-nama cantik bagi anak lelaki mengikut abjadKredit: Shutterstock
Kini, sudah menjadi trend untuk memberi nama anak seringkas yang mungkin. Ada yang hanya menamakan anak dengan sekadar satu nama sahaja. Tetapi, ia terpulang kepada ibu dan ayah dalam menamakan si manja, yang penting ia membawa maksud yang baik-baik!
Jadi inilah senarai nama anak yang boleh anda berikan pada hero anda nanti!
Ali. Yang mulia, tinggi kedudukannya Aathif. Belas kasih Abid. Yang beribadat, beribadah Adel. Adil Affan. Pendaki, bijak, cerdas Afnan. Pepohonan yang berbuah, kecantikan atau seri Badrun. Bulan penuh, bulan purnama Bahri. Kegemilanganku Bahzi. Pembelaku Basil. Berani Bazli. Kebijaksanaanku, kepakaranku Dahlan. Nama belakang ulama Daiyan. Hakim, pelindung, penjaga Daris. Pembaca, pelajar Dhaffa. Pembela, banyak memiliki pertahanan diri Dhawi. Bersinar Dhiya. Cahaya, sinar Dizhwar. Gagah Durrani. Permataku Ehsan. Kehebatan Emir. Arahan Emran. Kemajuan, prestasi Essam. Melindungi Faeyza. Kejayaan Fahri. Kemegahanku, kebanggaan Faiz. Berjaya, menang Falah. Berjaya, beruntung Fannan. Seniman Farhan. Bergembira Faruq. Pembeza antara benar dan salah Fatih. Pembuka, perintis, pemenang, penakluk Fudail. Kelebihanku, kemuliaan Ghaffur. Pengampun Ghufran. Keampunan, pengampunan Hadif. Yang mempunyai matlamat Hafuza. Pemberi semangat Harraz. Yang amat warak Inas. Kebaikan, keramah-tamahan, kelembutan Jameel. Yang tampan, indah Kaisar. Pemimpin Luthfi. Keramah-tamahan Mifzal. Teramat mulia Nafiy. Yang berguna Omar. Panjang umur Rasyad. Memperolah petunjuk Rayyan. Kepuasan; pintu syurga untuk orang yang berpuasa Waail. Perteduhan, perlindungan, kembali berlindung kepada Allah, Pemurah, hujan lebat Yamin. Yang berkat Yusuf. Nama Nabi Zayne. Bagus, perhiasan, perhiasanku Nama yang cantik untuk anak perempuan mengikut abjadKredit: Shutterstock
Sekiranya anda dikurniakan seorang puteri, ini adalah antara nama-nama yang anda boleh pilih untuk menamakan anak anda.
Aaira. Mulia, dihormati Aazeen. Cantik Adara. Perawan, cantik (Greek) Azra. Dara, perawan Baheera. Cantik, berseri, elok, indah Bazla. Yang bijak Bussaina. Cantik menarik Dalili. Petunjuk, manja, memanjakan Daliyah. Pohon anggur Darisa. Pembaca, pelajar Ermina. Peramah Fadiyah. Menyelamatkan, tebusan Fakeehah. Menyenangkan, sedap Falilah. Yang beruntung Farhah. Kegirangan Fateen. Bijak Ghina. Kekayaan Hadfah. Yang mempunyai matlamat Hafiya. Sangat baik Hamani. Memberi semangat Hamra. Kemerah-merahan Hanan. Kesayangan, kecintaan, rezki, berkah Hanini. Kerinduan Hasya. Kesempurnaan Iftinan. Mengagumkan, menarik perhatian Iman. Iman, keimanan Inaam. Pemberian kenikmatan Inara. Berkarisma, pintar Iris. Bunga Jaizah. Ijazah, piala Jasmin. Bunga Jidah. Kemewahan Juhainah. Taman, kebun Kaisara. Permaisuri Kamilia. Pepohonan yang selalu hijau Kayyisa. Wanita cerdik dan bijaksana Laela. Malam yang gelap Luthfia. Lemah lembut Majeeda. Mulia, Dihormati Mariya. Yang indah, asli Nafeesa. Yang amat berharga; berkedudukan tinggi Najiyah. Selamat Najiyah. Selamat Nisrin. Harum bunga mawar Shafaa. Kejernihan Widad. Kasih sayang, cinta, cita-cita Yusrina. Kesenangan kami Zahsy. Nama seorang perempuan ahli syurga (Zaenab Al Zahsy) Zulfa. Kedudukan yang dekat Zuyyin. Dijadikan indah Ada sebab mengapa ibu ayah perlu beri nama-nama cantik pada anak, jadi hati-hati ketika memilih namaIslam menyeru umatnya untuk memberi nama anak dengan nama-nama yang cantik dan indah kerana pada hari kiamat kelak, anak-anak anda akan diseru dengan nama tersebut.
Berdasarkan sebuah hadis daripada Abu al-Darda’ RA bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya kamu semua akan diseru pada hari kiamat kelak dengan nama kamu dan nama bapa-bapa kamu. Maka perelokkanlah nama kamu.” (Riwayat Abu Daud – 4948)
Justeru itu, ibu ayah perlulah perlulah menamakan anak dengan nama yang baik maksudnya agar tidak menjadi aib pada hari kiamat kelak.
Semoga bermanfaat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Pilihan Nama Anak Lelaki Islam Bermula Huruf A-L Yang Moden & Popular Tahun 2022
Baca juga: Senarai Nama Anak Dengan Maksud Yang Tidak Elok, Ibu Ayah Sila Elakkan Nama Ini!
Baca juga: Tak Kisah Letak Nama Anak ‘Iblis’, Dalam Bahasa Greek Bermakna Pembawa Cahaya!
The post Nama-Nama Cantik Bayi Perempuan & Lelaki Mengikut Abjad, Maksud Nama Cukup Indah! appeared first on theAsianparent-Panduan Untuk Kehamilan, Bayi & Besarkan Anak.