Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4985

Makanan Yang Boleh & Tidak Boleh Diambil Selepas Czer, Bantu Cepatkan Luka Sembuh

$
0
0

Selepas pembedahan czer, ini adalah masa untuk memulihkan semula badan anda dari keletihan mental dan fizikal. Justeru adalah penting untuk ibu-ibu mengetahui menu berpantang bersalin czer yang boleh dan tidak boleh diambil.

Pemakanan yang bagus untuk proses penyembuhan dan meningkatkan tenaga selepas caeserean termasuklah mengandungi protein yang tinggi, vitamin, karbohidrat dan zat besi seperti diambil semasa mengandung. 

Menu berpantang bersalin czer: Makanan yang boleh diambil selepas pembedahan caeserean 

Menurut Garis Panduan Pemakanan yang diterbitkan Jabatan Pertanian US dan disahkan Persatuan Dietitik Amerika, ibu menyusu badan memerlukan pengambilan kalori harian tambahan iaitu tidak melebihi 1800 kalori sehari. 

Manakala pengambilan yang lebih tinggi disyorkan bagi wanita menyusu yang lebih dari satu bayi, kurang berat badan dan kerap melakukan aktiviti fizikal.

Oleh itu, berikut menu berpantang bersalin czer yang boleh dan tidak boleh diambil semasa fasa pemulihan ini. 

#1) Produk tenusu rendah lemak 

Susu, yogurt dan keju adalah sumber protein, kalsium, Vitamin B dan Vitamin D yang sangat baik untuk ibu menyusu. Ambil sekurang-kurangnya 50ml setiap hari. 

#2) Bijirin 

Roti bijirin, beras perang dan gandum menyediakan kalori yang diperlukan terutama bagi anda yang menyusukan si kecil. Malah ia juga meningkatkan tahap tenaga kerana mempunyai nutrien dan vitamin yang diperlukan. 

#3) Buah-buahan dan sayur-sayuran 

Buah-buahan seperti oren dan blueberries kaya dengan antioksidan dan Vitamin C yang bagus untuk proses pemulihan selepas bersalin czer. 

Manakala, sayuran hijau seperti brokoli, bayam, kekacang dan daun fenugreek juga mengandungi sumber vitamin, kalsium dan zat besi yang bagus untuk memulihkan tubuh selepas czer. 

#4) Oat 

Mengandungi serat yang tinggi bagi melegakan anda dari sembelit. Anda boleh menikmatinya bersama susu, buah-buahan kering atau kekacang. Contoh buat seperti epal, pisang dan mangga manis. 

#5) Kunyit 

Kunyit dalam hidangan mengandungi Vitamin B6, Vitamin C, serat, kalium dan magnesium.

Ia membantu mengurangkan keradangan dan menyembuhkan luka dalaman serta luaran dengan cepat. Anda juga boleh masukkan setengah sudu kunyit dalam segelas susu panas dan minum setiap hari. 

#6) Kacang badam 

Kacang badam atau almond kaya dengan sumber karbohidrat, Vitamin B12, Vitamin E, serat dan mineral seperti tembaga, kalsium, zink dan kalium. Anda boleh makan dengan cara goreng atau mentah mengikut kesukaan. 

#7) Halia dan bawang putih 

Kedua-dua ini membantu pencernaan dan mengurangkan berat badan selepas mengandung. Anda boleh menambah sedikit halia dan bawang putih dalam makanan anda semasa memasak . 

#8) Bijan putih dan hitam

Bijan kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus dan magnesium. Ia dapat mengawal pergerakan usus dengan baik. 

Makanan yang dilarang selepas bersalin czer

Anda harus mengelak semua makanan berlemak dan bergoreng yang sememangnya tidak bagus untuk proses pemulihan luka dalaman selepas bersalin. Malah, ia hanya menambahkan berat badan anda sahaja. 

Selain itu, elakkan juga makanan pedas kerana boleh menyebabkan masalah gastrik. Bahkan, bayi juga turut terkena kesan buruk kerana menyusu badan. 

Disini ada beberapa makanan yang dilarang selepas melahirkan secara czer seperti berikut: 

Minuman berkarbonat yang boleh menyebabkan gas berlebih dan kembung perut.  Minuman berkafein seperti kopi dan teh perlu diambil secara sederhana kerana kafein berlebihan dalam tubuh boleh menyebabkan masalah pertumbuhan pada bayi anda.  Mengelak minuman beralkohol kerana boleh menjejaskan keupayaan anda menghasilkan susu badan dan membawa kepada masalah perkembangan si kecil.  Elakkan makanan yang boleh menyebabkan angin seperti kobis, ubi dan lain-lain.  Jangan ambil makanan bergoreng kerana sukar dicerna terutamanya pada hari pertama bersalin kerana ia boleh menyebabkan senak perut.  Jangan ambil nasi putih sekurang-kurangnya tiga hingga empat hari selepas melahirkan terutama jika anda menglami GDM. Tukar dengan beras gandum kerana ia membekalkan tenaga dan kalori tambahan.  Elakkan minuman dan makanan sejuk kerana ia boleh memberi kesan buruk terhadap tubuh ibu. 

Tips untuk ibu yang baru melahirkan anak 

Cuba amalkan lima hingga enam hidangan kecil sepanjang hari.  Makan dengan jarak kira-kira dua jam. Sekiranya rasa lapar lebih awal, ambil snek ringan seperti buah atau kacang.  Ambil masa untuk mengunyah secara perlahan-lahan dan secara santai, kemudian minta ahli keluarga untuk menjaga bayi anda sementara waktu.  Dengan bayi baru lahir, anda mungkin tidak dapat tidur yang mencukupi, maka cuba ambil masa berehat ketika si kecil sedang tidur nyenyak.  Masak makanan di rumah kerana anda boleh menyediakan bahan-bahan segar dan sihat. 

Kini, anda sudah tahu pentingnya diet yang sihat selepas bersalin czer kerana membantu anda memulihkan diri dari dalam bahkan bayi juga lebih sihat kerana mendapat susu badan yang berkualiti. Semoga perkongsian ini bermanfaat. 

Mom Junction

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Jenis-Jenis Roti Berkhasiat & Bagus Untuk Ibu Berpantang Makan, Tak Perlulah Makan Nasi Setiap Hari

Baca juga: Menu Pantang Sendiri Berasaskan Ayam & Ikan, Tinggi Protein Bantu Pulihkan Luka Bersalin

Baca juga: Elak Sapu Sampah & Terlebih Rajin Waktu Berpantang, Wanita Ini Kongsi Pengalaman Pahit


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4985

Trending Articles


“Tado” Jimenez Quotes Collections Online


HOY PANGIT, MAGBAYAD KA!


Girasoles para colorear


Presence Quotes – Positive Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


“BAHAY KUBO HUGOT”


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


EASY COME, EASY GO


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Papa Jack Tagalog Love Quotes and Advice for you


Top 10 Best Tagalog Friendship Quotes and Sayings | mrbolero


“Mali man na ikaw ay ibigin ko, akoy iibig padin sayo”


RE: Mutton Pies (frankie241)


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>