Selain asid folik, susu ibu mengandung sangat penting dalam tempoh seawal kita baru mula hamil. Ibu perlu memastikan mendapat nutrisi yang secukupnya, baik kepada janin mahupun kepada kesihatan ibu itu sendiri.
Memang ada di antara kita yang tidak sukakan susu, namun susu juga adalah sumber penting untuk membekalkan nutrien yang penting seperti Omega 3, Omega 6, Vitamin B6, DHA, EPA dan zat besi.
Lagi-lagi dalam tempoh kehamilan kerana ibu hamil memerlukan kalsium yang tinggi. Iaitu kira-kira 1000-1300 mg kalsium setiap hari.
Apatah lagi, jika ibu mengalami mual, kurang tenaga dan tidak berselera pada trimester pertama.
Khasiat Susu Untuk Ibu Hamil Mencegah Osteoporisis. Osteoporisis adalah penyakit tulang reput yang boleh menyebabkan patah tulang. Oleh itu, untuk mengurangkan risiko ibu mendapat penyakit osteoporosis, pastikan mengambil cukup makanan yang berkalsium tinggi. Menguatkan tulang dan gigi. Semasa mengandung, bayi yang sedang berkembang dalam rahim menyerap nutrisi yang banyak dalam tubuh badan ibu. Susu kaya dengan kalsium yang dapat membina tulang dan gigi yang kuat serta dapat menambah bekalan kalsium dalam tubuh. Semasa berbadan dua, berat badan bertambah maka protein dan kalsium dari susu dapat membantu tisu serta otot yang sihat. Menyokong proses perkembangan janin. Jika tidak mengambil kalsium yang secukupnya, ia boleh membantutkan pembentukan dan tumbesaran tulang dan gigi bayi. Mengurangkan risiko penyakit diabetes Tahap 2. Doktor menyarankan ibu mengandung mengambil 2-3 cawan setiap hari. Meningkatkan IQ Bayi. Kandungan iodine yang terdapat dalam susu membantu merangsang perkembangan otak dan melahirkan anak yang bijak dan cerdas. Mengelakkan masalah gastrik pada ibu. Membekalkan air pada badan ibu hamil. Anak membesar dengan ketinggian yang sihat dan terhindar dari risiko kencing manis apabila dewasa kelak. Antara kebaikan protein dalam susu seperti pembentukan rahim, penghasilan darah yang baik, payudara bersedia mengeluarkan susu badan, perkembangan bayi jadi sihat dan mengawal paras gula dalam darah serta selera makan. Pentingnya Pengambilan Susu Ibu Mengandung Dalam Tempoh KehamilanNak dikatakan, memang ramai ibu yang tak suka minum susu, tapi kena juga minum bila sudah tahu diri hamil. Sebenarnya susu ibu mengandung ini perlu diamalkan supaya tubuh ibu mendapat bekalan kalsium yang mencukupi.
Namun begitu, ramai ibu yang baru hamil tidak tahu jenama susu ibu mengandung yang terbaik dan boleh diamalkan sepanjang sembilan bulan kehamilan.
Untuk itu, kami di theAsianparent Malaysia ingin berkongsi jenama susu yang terbaik buat anda.
12 Susu Ibu Mengandung Yang Anda Boleh CubaMemang terdapat banyak pilihan susu ibu mengandung di pasaran yang anda boleh cuba, tapi di sini kami senaraikan 12 susu ibu mengandung yang menjadi pilihan dan sesuai dengan bajet untuk ibu mengandung!
Mamil Mama Susu ibu mengandung terbaik untuk menyokong kesihatan ibuDumex Mamil Mama ini mempunyai rumusan bagi menyokong kesihatan ibu hamil dan menyusu secara keseluruhan. Malah, ia boleh menjadi milk booster untuk tambah susu badan.
Mamil Mama ini juga dirumus khas dengan Sistem Nutrisi PreciNutri dan kombinasi prebiotik GOS/ IcFos serta dipatenkan antarabangsa. Lebih menarik lagi, susu ini menyokong kesihatan usus ibu hamil dan memenuhi keperluan pemakanan anak.
Apa yang kami suka?
Kurang manis dan berkhasiat Diformulasi dengan sistem Nutrisi PreciNutri dan kombinasi prebiotik GOS / lcFos dalam nisbah 9: 1 Boleh jadikan sebagai milk booster untuk penyusuan Enfamama A+ Susu ibu mengandung terbaik untuk menyokong tumbesaran janinSusu ini bagus untuk ibu hamil yang berada dalam fasa trimester satu hingga tiga. Susu ini kaya dengan kandungan asid folik yang berfungsi untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangan janin. Selain itu, ia mampu mengurangkan risiko kecacatan kongenital.
Ia juga memiliki kandungan kalsium yang tinggi, zat besi, Vitamin B complex dan Vitamin C.
Apa yang kami suka?
Jenama yang dipercayai ramai Mengandungi prebiotik baik untuk usus Kaya dengan nutrisi Mengandungi DHA yang tinggi Frisomum Gold Susu ibu mengandung terbaik untuk membekalkan nutrisiSusu ini merupakan keluaran Dutch Lady yang diadun khas bagi membekalkan nutrisi dan pemakanan ibu hamil.
Antara khasiat yang terkandung seperti ALA, LA, Nucleotides, asid folik, kalsium dan zat besi. Malah ia juga dapat mengurangkan rasa mual dan menjadikan anda lebih cergas serta produktif.
Apa yang kami suka?
Perisa Vanilla Sesuai untuk ibu mengandung yang menjaga badan dan mengekalkan berat seimbang kerana mengandungi Indeks Glisemik (GI) yang rendah. Mengurangkan masalah sembelit Prenagen Mommy Susu ibu mengandung terbaik pelbagai perisaSusu ini sesuai diamalkan bermula dari satu bulan hingga sembilan bulan kehamilan. Apa yang lagi best, susu ini mempunyai perisa susu yang pelbagai seperti coklat, vanila, mocha dan strawberi.
Malah, susu ini merupakan salah satu jenama susu yang kurang gula dan natrium / garam.
Antara lain khasiatnya seperti asid folik, zat besi, protein, kalsium, Vitamin D, magnesium, fosforus, omega 3 dan 6 serta insulin.
Apa yang kami suka?
Kurang gula dan natrium/garam Sesuai untuk ibu yang kurang menggemari susu Lengkap dengan nutrien penting Anmum Materna Susu ibu mengandung terbaik tanpa gula tambahanAnmum Materna dikeluarkan oleh Fernleaf yang dapat menyokong keperluan pemakanan ibu hamil dan membantu perkembangan bayi dalam kandungan.
Ada ibu yang suka minum Anmum adalah kerana susunya berperisa asli tanpa gula tambahan. Selain rendah lemak.
Khasiat lain yang ada dalam Anmum Materna seperti Gangliosida, Asid lemak, Asid Sialik, Asid folik dan lain-lain.
Apa yang kami suka?
Jenama yang terkenal Tiada gula tambahan dan rendah lemak Diperkaya dengan zat besi, folat, kalsium, probiotik, GA & DHA Similac Mom Susu ibu mengandung terbaik untuk perkembangan otakSusu ini dirumuas khas bagi memperkuatkan pertumbuhan dan otak semasa awal kehamilan. Malah, ia juga memiliki kandungan lemak yang rendah dan sangat sesuai untuk anda.
Selain daripada itu, Similac Mom juga dirumus dengan sistem nutrisi EyeQ yang dilengkapi dengan Vitamin E dan Lutein Asli bagi mencegah pengoksidaan DHA kerana ia penting bagi pembangunan otak dan pertumbuhan bayi semasa dalam kandungan lagi.
Apa yang kami suka?
Susu rendah lemak Dirumus dengan nutrisi EyeQ Memenuhi keperluan nutrisi ibu Susu Nestle Mom & Me Susu ibu mengandung terbaik untuk pertumbuhan janinApabila sedang berbadan dua, ibu memerlukan lebih banyak protein, zat besi dan asid folik yang menjadi sumber nutrien utama bagi pertumbuhan si manja dalam rahim.
Nestle Mom & Me ini memiliki khasiat seperti bifidus BL, asid folik, kalsium, DHA, protein dan zat besi.
Apa yang kami suka?
Mengandungi Probiotik, DHA, Kalsium Protein & Asid Folik 0% Sukrosa dan rendah lemak Tinggi dalam asid folik dan kalsiumSelain dari susu lembu ibu juga boleh minum susu kambing seperti Karihome, Lazz susu kambing, Higoat, Wildan dan Momma Pregolact
Karihome Mama Milk Susu ibu mengandung terbaik sesuai untuk ibu menyusuKarihome Mama Milk adalah susu kambing yang diformulasikan dengan nutrisi yang lengkap untuk ibu mengandung. Juga sesuai untuk ibu selepas bersalin. Karihome Mama Milk yang diperbuat dari New Zealand ini berperisa vanila sesuai untuk mengurangkan rasa mual dan membantu pertumbuhan janin dalam rahim membesar dengan sihat.
Apa yang kami suka?
Sesuai untuk ibu menyusu Mengandungi DHA, Vitamin A & E Tinggi dengan kalsium Lazz Susu ibu mengandung terbaik 100% organikSiapa yang tidak menggemari susu lembu boleh bertukar kepada susu kambing jenama Lazz. Susu yang diperbuat dari Holland ini bukan dari jenis GMO (Genetically modified organics).
Terdapat banyak pilihan jenis susu Lazz, tetapi jika anda tidak sukakan perisa original boleh memilih susu untuk ibu hamil dalam Set Mak Buyong iaitu Lazzchoco dan Lazzkurma.
Apa yang kami suka?
100% Organik Tidak berbau hamis Lazat dan mempunyai pelbagai perisa Hi-goat Susu ibu mengandung terbaik untuk mengatasi HB rendahJenama susu ibu mengandung yang tidak asing lagi, Hi-goat sesuai untuk membekalkan tenaga yang cukup kepada ibu yang sedang mengandung atau ibu yang menyusu bayi.
Terdapat 3 jenis pilihan susu kambing yang sesuai untuk ibu mengandung iaitu HiGoat Original, HiGoat HiRich dan HiGoat Premium (kurma+madu).
HiGoat Original lebih kepada rasa susu kambing asli tanpa campuran pewarna tambahan. Manakala, HiRich mempunyai tambahan multimineral, mulitvitamin dan kandungan garam bukit. Sesuai untuk ibu mengandung yang mengalami masalah rendah HB (hemoglobin).
HiGoat Premium (kurma+madu) juga susu kambing asli, tapi ada campuran kurma dan madu. Sangat bagus kerana mempunyai serat yang tinggi dari kurma yang membantu mencernakan penghadaman dan tinggi dengan antioksidan.
Apa yang kami suka?
Pelbagai pilihan Halal Rendah kandungan laktosa Wildan Susu ibu mengandung terbaik dengan formulasi susu kambingWildan merupakan susu ibu mengandung yang tinggi kalsium. Ia adalah pilihan terbaik seisi keluarga dan diimport khas dari Holland. Bagi ibu yang tidak sesuai minum susu lembu, boleh beralih kepada susu kambing.
Apa yang kami suka?
Mengandungi kurma, habbatussauda’, dan arabic gum Meningkatkan sistem imunisasi badan Membantu sistem penghadaman badan Momma Pregolact Susu ibu mengandung terbaik untuk meningkatkan kualiti susu ibuMOMMA® Pregolact dirumus khas untuk susu ibu mengandung dan ibu menyusu. Ia memberikan khasiat lengkap kepada kedua-dua ibu dan bayi.
Diperkaya dengan Activ-4 Plus mengandungi khasiat semulajadi yang penting seperti DHA, Kalsium, Asid Folik, Vitamin dan Mineral tanpa krim, tanpa gula tambahan dan rendah lemak menjadikan susu ini sebagai pilihan terbaik untuk ibu mengandung diluar sana.
Apa yang kami suka?
Meningkatkan kuantiti dan kualiti susu ibu Menjaga kesihatan dan kecantikan Tidak mengandungi gula tambahan, krimer , maltodekstrin dan rendah lemak Tips Memilih Susu Ibu Mengandung Untuk Ibu Gestational Diabetes Mellitus (GDM) Pilih susu rendah lemak & tinggi proetin. Kebiasaannya ibu akan memilih susu lembu tetapi susu lembu yang rendah lemak adalah pilihan yang tepat. Sebaiknya minum susu tanpa gula dan perisa tambahan. Bagi mengelakkan sebarang tinggi gula dalam badan, anda boleh memilih susu jenis ini. Pilih susu yang kaya kalsium dan vitamin D. Pesakit kencing manis cenderung memiliki struktur tulang yang lemah. Jadi, susu yang tinggi kalsium dan vitamin D boleh membantu menyokong komposisi tulang dengan baik. Hadkan minum 1 gelas susu dalam sehari. Susu mengandungi karbohidrat, jadi pengambilan susu yang berlebihan boleh mengumpulkan gula dalam darah. Perbandingan Harga Susu Ibu Mengandung Jenama Harga (RM) BeratMamil Mama
RM34.00 600gEnfamama A+
RM62.60 900gFrisomum Gold
RM52.88 900gPrenagen Mommy
RM40.50 400gAnmum Materna
RM34.49 650gSimilac Mom
RM 33.00 900gSusu Nestle Mom & Me
RM29.17 600gKarihome Mama Milk
RM 53.70 400gLazz
RM45.00 550gHi-goat
RM18.77 21g x 15sWildan
RM79.00 500gMomma Pregolact
RM89.00 420g
Justeru, pilihlah susu mengikut kesesuaian selera anda supaya tubuh dapat menambah kalsium dan protein semasa hamil.
Meskipun ibu mungkin alami mual atau muntah setelah minum susu tapi anda mungkin boleh cuba minum susu yang berperisa supaya gejala itu hilang.
Semoga perkongsian ini bermanfaat.
Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.theAsianparent Malaysia
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Ibu hamil wajib tahu dan minum susu-susu ini jika tak mahu bayi lahir tak cukup zat
Baca juga: Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Baca juga: Susu Terbaik Untuk Ibu Hamil