Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4985

Bila Berjalan Jauh, Ibu Mengandung Elakkan Beriba Anak & Kena Kerap Ubah Posisi Duduk

Melakukan perjalanan jarak jauh serta dalam tempoh yang lama untuk ke sesuatu tempat, sudah tentu memenatkan. Tambahan lagi kepada ibu sedang mengandung, ia juga boleh memberi risiko kepada golongan tersebut.Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

Perjalanan jauh undang risiko wanita hamil Panduan perjalanan untuk ibu mengandung

Seperti kisah yang dikongsikan oleh seorang doktor ini pada hantaran Facebook, beliau menceritakan pesakit wanita sedang hamil mengalami bilateral pulmonary embolism with cardiogenic shock (darah beku di saluran paru-paru). Ikuti perkongsikan oleh Dr Hameeth Shah Abdul Wahid ini. 

Perjalanan jauh undang risiko wanita hamil

“Baru balik daripada cuti hari raya, 13 jam memandu pulang dari Kelantan dengan hanya berhenti di satu tempat sepanjang tempoh itu. Anak berusia 3 tahun di pangkuan ibu sepanjang perjalanan,” demikian cerita yang dikongsikan.

Susulan itu, beliau turut meninggalkan nasihat dan pesanan:

1- Sekiranya ibu mengandung mengikut perjalanan yang jauh, berhenti dengan kerap sekurang-kurangnya setiap 2 jam dan berjalan-jalan di kawasan rehat dan rawat (R&R).

2- Jangan beri ibu mengandung memegang anak lain di atas riba di sepanjang perjalanan kerana ia boleh mengganggu peredaran darah ke kaki. Tolong letakkan anak kecil anda di kerusi khas keselamatan kanak-kanak, selamat untuk bayi dan ibu.

3- Selain itu, ibu mengandung juga boleh memakai sarung kaki TED (compression stocking) jika mahu mengikuti perjalanan jauh.

Panduan perjalanan untuk ibu mengandung

Terdapat beberapa panduan boleh diikuti oleh ibu hamil yang mahu melakukan perjalanan jauh dengan aman dan selesa. 

1- Lakukan perjalanan pada trimester kedua

Ia adalah waktu paling sesuai dan selamat untuk ibu mengandung melakukan perjalanan jauh iaitu ketika usia kandungan 4 hingga 6 bulan.

Selain itu, sekiranya tidak ada masalah, penerbangan dengan pesawat juga boleh dilakukan setelah kehamilan 28 minggu. Bagaimanapun, perlu selidik dahulu syarat daripada syarikat penerbangan dan ikuti nasihat doktor.

2- Periksa kehamilan sebelum berangkat

Adalah disarankan kepada ibu mengandung untuk melakukan pemeriksaan kehamilan terlebih dahulu sebelum mengikuti perjalanan jauh. Ia untuk membantu ibu mengetahui keadaan bayi yang dikandung.

Jika keadaan usia kandungan sihat dan stabil manakala ibu dalam keadaan baik, biasanya tidak ada masalah melakukan perjalanan jauh. Bagi penerbangan pula, penting mendapatkan surat daripada doktor yang merawat.

3- Gunakan pengangkutan yang selamat

Jika menggunakan kenderaan sendiri, pastikan keadaan di dalamnya mempunyai ruang untuk anda bergerak. Ibu juga perlu berehat setiap beberapa jam dan menggerakkan badan.

Sekiranya menaiki pengangkutan awam, pilih tempat duduk yang mempunyai ruang cukup untuk bergerak. Seboleh-bolehnya pilih yang berdekatan dengan tandas.

4- Kerap ubah posisi duduk

Disarankan kepada ibu mengandung supaya kerap mengubah posisi duduk. Gerakkan badan setiap 30 minit bagi mengelakkan pembekuan darah lebih-lebih lagi jika ibu melalui perjalanan lebih 5 jam.

5- Gunakan pakaian longgar

Pakaian dan kasut yang sesuai membuatkan ibu mengandung berasa selesa dan selamat sepanjang perjalanan. Dinasihatkan untuk mengelakkan daripada memakai pakaian ketat dan pilihlah pakaian longgar supaya ibu mudah bergerak.

Facebook Hameeth Shah Abdul Wahid, IDX Channel.com

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Tip Travel Ketika Balik Kampung

Baca juga: Bila Semua Balik Kampung Jangan Biar Satu Keluarga Saja Beli Barang Dapur, Masing-Masing Keluarkan Bahagian Sendiri

Baca juga: Drive Sendiri Balik Kampung Dengan Anak, Ibu Ini Kongsi 8 Tips Jalan Jauh Dengan Tenang


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4985

Trending Articles


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


“BAHAY KUBO HUGOT”


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


EASY COME, EASY GO


HOY PANGIT, MAGBAYAD KA!


Girasoles para colorear


Presence Quotes – Positive Quotes


“Tado” Jimenez Quotes Collections Online


Papa Jack Tagalog Love Quotes and Advice for you


Top 10 Best Tagalog Friendship Quotes and Sayings | mrbolero


“Mali man na ikaw ay ibigin ko, akoy iibig padin sayo”


RE: Mutton Pies (frankie241)


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>