Saat paling menakjubkan buat ibu baru adalah kali pertama kita merasakan bayi dalam kandungan bergerak. Tapi tahukah anda apabila anak semakin membesar, lebih senang untuk kita meneka kedudukan bayi dalam kandungan?
Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?
Kedudukan bayi dalam kandungan, ini yang ibu kena tahu 7 cara tentukan kedudukan janin dalam kandunganLambat laun ibu hamil akan menjadi lebih fasih dan pandai mengenali beza antara tendangan kaki dan jolokkan siku bayi. Semua ini serta ruang dalam rahim yang semakin kecil pada akhir kehamilan akan memberi petunjuk tentang kedudukan janin dalam kandungan.
Kedudukan bayi dalam kandungan, ini yang ibu kena tahuSebelum kita mula teka kedudukan bayi, minumlah segelas jus oren segar dahulu untuk menggalakkan bayi dalam kandungan menjadi lebih aktif.
Kenapa pula ibu bapa perlu tahu kedudukan bayi dalam kandungan? Tak adalah sebab utama yang penting sangat pun, cuma untuk mereka yang curious sahaja.
Lagipun kan bagus kalau suara ayah dapat di dengar dengan jelas apabila bayi dalam perut diajak bersembang? Ataupun muzik yang dipasang dengan headphone?
Sebelum mengesan kedudukan janin dalam kandungan, ibu perlu perhati bagaimana keadaan perut, pusat, arah tendangan bayi dan sebagainya.
7 cara tentukan kedudukan janin dalam kandungan
# 1 – Kedudukan bayi dalam kandungan mengikut minggu- Anterior
Situasi: Perut dan pusat nampak terkeluar ataupun ibu dapat merasakan tendangan di bawah tulang rusuk
Kedudukan janin dalam kandungan: ada kemungkinan bayi anda berada di kedudukan anterior, dengan punggungnya menghadap ke depan.
#2 – Posterior
Situasi: Perut kelihatan lebih rata dan ibu dapat rasakan kebanyakkan tendangan bayi di bahagian depan perut.
Kedudukan bayi: Bayi anda mungkin berada di kedudukan posterior, dengan mukanya menghadap ke depan.
#3- Itu punggung ke kepala bayi?
Jika ibu dapat merasakan benjol di bahagian atas perut (biasanya pada satu sisi sahaja), cuba tolak dengan ringan.
Situasi: Ibu merasakan seluruh badan bayi bergerak.
Kedudukan bayi: kepala bayi sedang menghala ke bawah dan bahagian yang di cucuk ibu tadi adalah punggung bayi dalam kandungan.
Situasi: Ibu merasakan benjol itu sahaja yang bergerak, tanpa pergerakkan dari bahagian badan
Kedudukan bayi: Kepala bayi menghala ke atas dan benjol itu adalah kepala bayi yang sedang bergerak dengan bebas.
#4 – Kedudukan bayi lelaki dalam kandungan- Sedu
Situasi: Ibu merasakan bayi sedang sedu di bahagian bawah perut.
Kedudukan bayi: Kepala bayi menghala ke bawah.
Situasi: Ibu merasakan bayi sedang sedu di bahagian atas pusat perut.
Kedudukan bayi: Kepala bayi menghala ke atas.
#5 – Bayi dalam kedudukan betul untuk kelahiran
Situasi: Tendangan bayi di bahagian atas pusat perut pada penghujung kehamilan. Perut sesetengah ibu mungkin nampak lebih turun.
Kedudukan bayi: Kepala bayi sudah turun dan dalam kedudukan yang baik dan bersedia untuk kelahiran.
#6 – Bayi songsang
Situasi: Rasa sakit yang sangat teruk di bahagian tulang rusuk dan sesak nafas pada penghujung kehamilan
Kedudukan bayi: Kepala bayi mungkin menghala ke atas dan berdekatan dengan tulang rusuk. Juga dikenali sebagai bayi songsang
#7 – Kedudukan bayi dalam kandungan 7 bulan- Denyutan jantung bayi
Jika denyutan jantung bayi dapat dikesan di bahagian bawah, maka kedudukan kepala bayi dalam kandungan ialah menghala ke bawah. Tetapi apabila denyutan jantung bayi lebih kedengaran di bahagian atas atau berdekatan dengan pusat ibu, maka kepada bayi masih menghala ke atas.Bayi dalam kandungan sangat aktif bergerak
Sebelum dilahirkan, bayi di dalam kandungan akan bergerak dan berpusing dengan kerap. Jadi kedudukan mereka sering berubah dan tidak sama seperti kedudukannya beberapa jam kemudian.
Ibu-ibu hanya boleh mula merasa pergerakan bayi dari pertengahan kehamilan, tetapi apabila mereka semakin besar boleh lah ayah anda ibu mula bermain dan meneka kedudukan mereka!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Akibat Suka Keluar Malam Ketika Mengandung, Bayi Dilahirkan Bermasalah & Kerap Menangis
Baca juga: Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!
Baca juga: Jantung Bayi Lemah & Tiada Pergerakan, Ibu Jangan Paksa Diri Berpuasa Jika Mengandung