Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4986

Panduan Lengkap A Hingga Z, Checklist Barangan Keperluan Bayi Baru Lahir & Keperluan Bersalin Untuk Bakal Ibu

$
0
0

Biasanya, jika mummy akan melahirkan bayi sulungmummy pasti akan sedikit teruja untuk sediakan barang baby. Kalau dah lama tak beranak tapi tiba-tiba mengandung, mummy pun rasa excited kan nak sediakan barang keperluan bayi dengan menggunakan checklist barang baby sendiri.

Kadang-kadang ‘terlupa’ atau tertinggal untuk belikan keperluan barang baby yang penting. Jadi di sini, kami ingin membantu mummy dan daddy chekclist barang baby bermula dari pakaian sehingga barang yang perlu dibawa ke hospital.

Ok jom semak list barang baby di sini! 

Checklist barang keperluan bayi: Pakaian bayi baru lahir

Kredit: Pinterest

Sebelum bayi dilahirkan, memang mummy akan beli banyak barang keperluan bayi baru lahir kerana bukan sahaja takut tak cukup, juga kerana semuanya comel-comel! Eh, tak salah pun sediakan pelbagai barang baby newborn ini kerana mereka akan guna sekurang-kurangnya sekali.

Biasanya, mummy perlu sediakan baju dan seluar panjang yang mencukupi kerana bimbang bayi dalam kesejukan malam atau berbintat dek gigitan nyamuk.

Manakala waktu siang, mummy boleh gayakan baby dengan rompers atau T-shirt dan seluar pendek supaya baby tak panas. Ini antara baju bayi baru lahir yang perlu disediakan:

5 helai baju baby lengan panjang  14 helai baju lengan pendek  12 helai seluar panjang  4 helai seluar pendek  10 helai barut baby  3 helai rompers  11 pasang mittens and booties 2 helai topi kepala  Kain bedung  Checklist barang keperluan bayi: Lampin

Kalau nak beli pampers, baby biasanya guna saiz new born tapi bila baby dah masuk ke 2 bulan ke atas, berat badan akan naik jadi ibu boleh tukar pada saiz S atau M. 

1 paket (12 helai) napkin baby  Baby pin  Pampers @ lampin pakai buang  Tisu basah  Changing mat  Nappy liners  Detergent  Nappy krim  Checklist barang keperluan bayi: Baby care & grooming 

Kredit: the bump.com

Barang mandian baby juga penting tapi test dulu di kulit bayi bimbang tak sesuai dan jangan beli terlalu banyak. Jika tak sesuai kan mummy rugi.

Jadi cukup beli yang botol kecil dahulu, kalau tak sesuai boleh tukar dengan jenama lain pula. 

Sabun mandi  Shampu bayi  Bedak bayi  Baby lotion Minyak bayi  Tab mandian bayi  Tuala mandi  Krim nappy rush  Vicks Gunting kecil  Pemotong kuku  Nasal aspirator  Termometer Sikat (guna jika perlu, kalau tak ada cukup rapikan rambut anak dengan tangan) Berus gigi (ini boleh beli bila dah ada gigi) Kapas putih (saiz baby) Checklist barang keperluan bayi: Penyusuan 

Ini juga adalah senarai barang baby yang perlu dibeli dan amat penting untuk penggunaan harian kelak. Ibu harus teliti dengan betul ya! 

Botol susu  Puting (jika perlu)  Berus pembersih botol  Cecair pencuci botol susu khas untuk bayi  Breast pump Cooler beg untuk simpan susu yang dipam (terutama ibu yang bekerja)  Bekas simpanan susu perah @ storage bottle  Nursing bra  Nursing pad  Termos Checklist barang keperluan bayi: Keperluan tidur 

Untuk mudahkan bayi tidur malam dengan mudah, ibu perlu menyediakan set tidur yang lembut dan sejuk. Supaya bayi lebih selesa dan tak kerap bangun malam. Hanya bangun untuk menyusu sahaja. 

Set tilam (yang paling best tilam organik kekabu)  Selimut kecil  Baby cot @ katil bayi  Checklist barangan asas untuk mummy 

Kredit: baby and child

Untuk si mummy pula, perlu ingat untuk menyediakan barang keperluan bersalin ini kerana anda akan gunakannya semasa berpantang.

Set selepas bersalin atau set semasa berpantang  Bengkung  Baju sejuk  Tungku moden  Selipar  Kain batik  Pad (extra besar dan panjang)  3 pasang stokin tebal  Sebotol minyak urut  Kelengkapan lain jika perlu Stroller  Car seat Baby carrier  Diapers bag Checklist beg hospital mummy  Buku rawatan merah  Kad pengenalan  Baju/tshirt  Kain batik  Tudung  Stokin  Baju dalam/ seluar dalam  Tuala muka  Peralatan mandi  Tuala mandi  Bedak, sikat.  Maternity pad, pad biasa, breastpad Baju sejuk, selipar, beg plastik kotor Minyak angin  Beg pakaian, getah rambut  Checklist barang baby ke hospital

Jangan lupa untuk sediakan senarai barang baby ke hospital tau! Ada sesetengah hospital yang sediakan kelas prenatal, jadi semasa kelas tersebut, tanya nurse siap-siap apa yang hospital galakkan bawa. Tetapi jika anda rasa ingin bawa lebih banyak barang, tak salah pun. Lihat sahaja list ini!

Pampers saiz new born  Baju siang dan malam (panjang)  Seluar siang dan malam (panjang)  Mitten & booties  Bedung  Barut  Topi Selimut  Tuala mandi baby  Tuala muka Tisu basah  Keperluan barangan mandi baby  Bedak, baby lotion, baby oil  Vicks  Minyak telon Napkin Diaper bag

Macam mana mummy, sudah lengkap checklist barang baby ini? Tak mengapa kalau belum, take note yang mana penting dahulu ok?

Semoga urusan mummy dipermudahkan 🙂 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  10 Barang Bayi Yang Ibu Bapa Selalu Lupa Beli!

Baca juga:  6 Tips Mudah & Berkesan Kurangkan Rasa Sakit Selepas Bersalin

Baca juga: Jadual Berpantang Lengkap Untuk Ibu Lepas Bersalin Penting Supaya Semuanya Teratur


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4986

Trending Articles


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Inspirational Quotes For you and Motivates you


Patama Quotes – Tanga love tagalog quotes


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 11.5.1 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 11.8.1 by Vimeo.com, Inc.


FORTUITOUS EVENT


Girasoles para colorear


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Inggit Quotes and Taray Quotes


RE: Mutton Pies (frankie241)


Hato lada ym dei namar ka jingpyrshah jong U JJM Nichols Roy (Bah Joy) ngin...


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


KASAMBAHAY BILL IN THE HOUSE