Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4986

55 Nama Bayi Perempuan Islam Dalam Al-Quran Dengan Makna Baik & Berpuitis

$
0
0

Seronoknya bila tiba waktu memilih nama untuk bayi kan? Lagi-lagi bayi perempuan mestilah nak nama-nama yang indah dan puitis!

Dalam keterujaan nak pilih nama anak yang comel-comel dan best ibu bapa mestilah kena peka dengan maksudnya juga. Yang terbaik adalah rujuk pada nama-nama yang disebut dalam Al-Quran.

Terdapat banyak nama bayi perempuan Islam dalam Al-Quran yang boleh dijadikan inspirasi. Nanti apabila anak-anak tanya siapakah nama kita di Al Quran, bolehlah anda memberitahu mereka maksud yang baik-baik ini.

Senarai nama bayi perempuan Islam dalam Al-Quran

1. Kamila

Muncul dalam Surah Al-Baqarah ayat 196, yang mana Kamila memberi maksud sempurna.

2. Mubsira

Nama bayi perempuan menurut Islam dan Al-Qur’an ini bermaksud kecerdasan, ia dilihat dalam Surah An Naml, ayat 13.

3. Khalisa

Muncul dalam surah Al-A’raf ayat 32 yang mana Khalisa bermaksud suci, murni dan berish dari dosa.

4. Maisara

Terdapat di dalam Surah Al-Baqarah, ayat 280. Maisara bermaksud orang yang diberi kemudahan, kekuatan serta kesabaran dalam menjalani kehidupan.

5. Laila

Yang bermaksud malam hari, nama Laila cukup puitis dan sungguh indah diberikan pada bayi yang dilahirkan waktu malam.

6. Ilmi

Tertera di dalam Surah Al-Baqarah, ayat 47. Ilmi seperti yang anda boleh agak, bermaksud ilmu pengetahuan.

7. Muhita

Terdapat di dalam Surah Al-Ankabut, ayat 54 yang bermaksud orang yang sedar kemudian dia bertaubat.

8. Maryam

Punyai satu surahnya sendiri di dalam Al-Quran. Menceritakan seorang wanita yang kuat, patuh kepada Allah SWT dan seorang wanita yang mulia. Maryam juga adalah ibu kepada Nabi Isa.

9. Riza

Orang yang menjaga kehormatan kerana takut pada Allah SWT.

10. Rihanna

Perempuan yang wangi.

11. Faiqah

Perempuan yang memiliki kedudukan yang tertinggi.

12. Abidah

Wanita yang suka beriadah.

13. Mawaddah

Nama panjang bayi perempuan menurut Al Quran ini bermaksud perempuan yang penuh kasih sayang.

14. Ruwa

Anak perempuan yang indah penampilannya.

15. Tayyibah

Perempuan suci.

16. Zahira

Anak perempuan berwajah cantik.

17. Rania

Sedapkan nama ini? Nama bayi perempuan dalam Al-Quran ini bermaksud perempuan yang berjaya.

18. Zahrotusyita

Bunga di musim dingin.

19. Nur

Cahaya.

20. Aiza

Aiza terdapat dalam Surah Al Maidah, ayat 54 yang mana memilik maksud perkasa, dihormati dan mulia.

21. Hilya

Hilya, bermakna perhiasan, nama ini terdapat di dalam surah An-Nahl, ayat 14.

22. Mafaza

Ia memberi maksud satu kejayaan besar, ia tertulis di dalam Surah Ali Imran, ayat 188 dan Az Zumar, ayat 61.

23. Nuha

Dalam Al-Quran, Nuha disebut sebanyak dua kali, iaitu dalam Surah Thaha, ayat 54 dan 128. Nuha bermaksud rasa, fikiran, kecerdasan dan kemampuan untuk berfikir.

24. Marzia

Nama ini tercantum dalam Surah Al Fajr, ayat 28. Maksudnya cukuplah sempurna, iaitu dia yang diredhai Allah SWT.

25. Dafiyah

Perawi (orang yang meriwayatkan) hadis.

26. Daneen

Puteri raja.

27. Faizah

Kemenangan.

28. Fakhirah

Anak yang berharga dan menjadi kebanggaan orang tua.

29. Ghufrana

Pengampunan dari Tuhan. Wah, memang benar-benar nama bayi dalam Al-Quran yang jarang digunakan!

30. Hadiya

Nama perempuan dalam Al Quran ini pula bermaksud petunjuk kebenaran.

31. Habibah

Anak perempuan yang dicintai.

32. Lafiza

Sedalam lautan

33. Jahidah

Penolong orang yang lemah.

34. Rafiqah

Anak perempuan yang baik dan penuh kelembutan.

35. Jannah

Maksudnya syurga. Sejuk perut ibu mendengar nama bayi perempuan menurut Islam dan Alquran ini.

36. Kaifiya

Anak perempuan yang penuh keceriaan dan riang gembira.

37. Ghadah

Anak perempuan yang cantik.

38. Majidah

Perempuan yang dihormati dan memiliki kemuliaan.

39. Mahnur

Nama dalam Al Quran ini bermakna cahaya bulan.

40. Bahriatul ulum

Lautan ilmu.

41. Omira

Perempuan yang memiliki akhlak terbaik.

42. Qariah

Pelantun ayat suci Al-Quran.

43. Riyah

Perempuan yang memiliki kekuatan.

44. Yamina

Anak perempuan yang dirahmati Allah.

45. Waniyah

Wah, maksud nama bayi perempuan Islami dalam Al-Qur’an ini ialah angin sepoi yang bertiup dengan lembut.

46. Yasira

Dianugerahkan kemudahan.

47. Safiyah

Anak perempuan yang suci.

48. Salamah

Anak perempuan yang tidak memiliki cela.

49. Urwah

Pohon yang selalu hijau daunnya.

50. Nihala

Anak perempuan yang mulia.

51. Karima

Anak perempuan yang dermawan dan mulia.

52. Eshal

Nama bunga di dalam syurga.

53. Chafia

Nama bayi Al Quran ini bermaksud orang yang diperhatikan.

54. Aabira

Melewati atau menyeberangi.

55. Khayr

Kebaikan atau kelakuan baik.

Kami harap artikel tentang nama bayi perempuan dan artinya menurut Al Quran ini dapat membantu anda memilih nama yang sesuai untuk puteri kesayangan. Kami juga doakan agar dia membesar dengan akhlak yang baik-baik saja.

Semoga bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Teknik Pernafasan Bersalin Yang Betul, Ibu Boleh Berlatih Sejak Hamil Lagi!

Baca juga: Dah Tak Larat Solat Berdiri Ketika Hamil? Ini Panduan Solat Ketika Hamil Untuk Memudahkan

Baca juga: Pilihan Nama Pembawa Rezeki Dalam Islam, Bawa Kebahagiaan Dalam Rumah Tangga


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4986

Trending Articles


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


KASAMBAHAY BILL IN THE HOUSE


Girasoles para colorear


Presence Quotes – Positive Quotes


EASY COME, EASY GO


Love with Heart Breaking Quotes


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


FORTUITOUS EVENT


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Smile Quotes


Letting Go Quotes


Love Song lyrics that marks your Heart


RE: Mutton Pies (frankie241)


Hato lada ym dei namar ka jingpyrshah jong U JJM Nichols Roy (Bah Joy) ngin...


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>