Lebih sayang pasangan daripada anak? Mana mungkin! Anak memerlukan kasih sayang dan perhatian sepenuhnya. Tapi, pasangan boleh menjaga dirinya sendiri. Itu fikiran saya dulu. Namun perkongsian yang saya jumpa ini membuka mata saya tentang cinta adalah tunjang utama sebuah keluarga bahagia.
Jangan salah faham. Anak adalah jantung hati yang harus diberi perhatian sepenuhnya. Akan tetapi, keluarga bahagia terbentuk daripada hubungan yang sihat. Tugas membesarkan anak adalah untuk mengajar mereka erti kasih sayang dan moral supaya mereka menjadi dewasa yang berguna.
Oleh itu, hubungan suami isteri yang sihat lebih utama, bagi menghasilkan persekitaran yang bernas buat anak-anak. Ibubapa yang bermasalah menyebarkan persekitaran yang tidak sihat lalu mereka akan membesar dengan rasa takut, tidak yakin, dan trauma.
Perkahwinan yang bahagia walau dilanda pancaroba memiliki satu asas penting – CINTA. Ibu saya telah berkahwin selama 49 tahun. Saya ingat satu perkara: Bila abah pulang dari kerja, dia akan peluk ibu dulu. Bila waktu makan, saya dan ibu akan tunggu abah. Kami tunggu abah bukan untuk berkumpul, tapi sebab ibu mahu makan sama-sama dengan abah. Cinta itu suci, bukan?
Jadi mengapa anda perlu sayang pasangan lebih daripada anak? Berikut adalah sebabnya:

Keluarga bahagia hasil daripada hubungan yang sihat.
- Perkahwinan yang sihat mahkota keluarga yang bahagia
- Membentuk contoh untuk masa depan
- Mereka benih cinta anda

Meniti usia tua bersama
- Meniti usia tua bersama

Semarakkan rasa cinta anda
Cara menyemarakkan rasa sayang antara pasangan
Giuliana Rancic, wartawan The E! melaporkan hubungan cinta dalam perkahwinan sering pudar kerana - pergaduhan, masalah kewangan, perbezaan cara membesarkan anak dan masalah seks. Bagi membentuk hubungan perkahwinan yang sihat, anda boleh –- Membuat peraturan (cth: anak masuk tidur lebih awal. Nikmati masa berdua-duaan dengan pasangan)
- Peluk, pegang tangan dan katakan ‘I love you’ pada pasangan lebih kerap, di hadapan anak-anak
- Kirim pesanan ringkas untuk menggoda pasangan
- Pastikan kamar anda zon “bukan untuk anak-anak”. Terangkan pada mereka, anda perlukan ruang.
- Keluar dating berdua dengan pasangan – sebulan sekali (jika tidak sibuk)
The post 4 sebab perlu sayang pasangan lebih daripada anak appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.