Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4985

Apa yang perlu dilakukan apabila ahli keluarga diserang penyakit kayap

$
0
0

Kebanyakan kaum ibu di Malaysia sudah fasih tanda-tanda dan pertua merawat apabila anak mereka diserang penyakit HFMD dan cacar air. Tetapi apabila bercakap tentang penyakit kayap, tidak ramai yang benar-benar tahu mengenai jangkitan tersebut.

10 hari yang lalu suami saya diserang penyakit Kayap. Pada mulanya, kami tidak tahu apa yang menyebabkan dia rasa kesakitan yang berdenyut-denyut di belakang kepala dan lehernya. Selepas lawatan ke klinik, doktor pengganti yang bertugas pada hari itu telah memberi ubat penahan sakit dan ubat sakit otot kerana ingatkan sakit otot biasa.

Sehari selepas itu, ruam berbentuk lepuh berisi cecair mula merebak dari bibirnya. Khuathir suami saya terkena HFMD, saya terus minta dia tunjukkan tapak tangan dan kakinya: tiada ruam pun. Kerana kurang pasti penyakit apa yang menyebabkan ruam lepuh itu, saya dan dua anak perempuan saya telah menjauhkan diri.

"Ini Ruam Penyakit Kayap"

Day 5

Hari - 5

Kayap, dikenali sebagai zoster atau herpes zoster, adalah ruam kulit yang disebabkan oleh jangkitan virus saraf Virus Varicella Zoster (VZV). Ada yang mengenalinya sebagai cacar ular kerana ia biasanya muncul ruam lepuh yang menjalar sepanjang saraf. Kayap biasa melibatkan satu bahagian badan sahaja: bahagian dada atau muka.

shingles3

Penyakit ini jarang menjangkiti kanak-kanak dan remaja dengan sistem imun yang sihat. Kalau anak terjangkit pun ruam lebuh kulit yang ringan sahaja. Kes ruam lebuh yang teruk yang menyakitkan biasanya berlaku pada orang tua atau orang yang mempunyai imuniti yang sangat lemah.

Penghuni Virus Yang Tidak Aktif

Sesiapa yang pernah menghidap penyakit cacar air adalah penghuni kepada Virus Varicella Zoster (VZV). Selepas sembuh dari cacar air, virus ini akan berkumpul di pusat saraf dalam keadaan tidak aktif. Untuk kebanyakan orang, virus ini jarang kembali.

Tetapi apabila sistem imun menjadi lemah, barulah virus ini akan menjadi aktif semula dan mula menyerang urat saraf dan menyebabkan keradangan saraf.

Adakah Kayap Berjangkit?

Ya dan tidak.

Ya, kerana virus itu merebak melalui sentuhan langsung dengan cecair daripada lepuh ruam. Jadi fasa lepuh adalah masa yang paling mudah berjangkit. Kayap tidak mudah berjangkit sebelum lepuh muncul dan selepas ruam telah kering.

image credit : http://m.patient.media/ Blisters at crusting stage

kredit : http://m.patient.media/ Ruam yang sudah kering

Tidak, kerana anda tidak boleh dijangkit penyakit Kayap. Sebaliknya, anda boleh dijangkiti penyakit cacar air, jika belum kena cacar air sebelum ini.

Kedua-dua anak-anak perempuan saya belum menghidap penyakit cacar air lagi. Hanya anak sulung saya telah diberi vaksin untuk cacar air jadi saya benar-benar bimbang untuk yang bongsu tu. Ticket penerbangan untuk balik ke kampung pun sudah  lama dibeli.  Jika kedua-dua mereka dijangkiti cacar air, hancurlah hasrat nak balik ni.

Tiada Ubat Penawar untuk Kayap

Doktor memberi ubat anti-virus, ubat untuk meningkatkan imuniti, ubat tahan kesakitan, krim topikal, dan krim mulut. Sementara menunggu fasa lepuh kering:

  • Saya telah asingkan anak dan meminta mereka untuk elakkan berdekatan dengan bapa mereka
  • Suapkan suami vitamin C sebanyak 8000 cc sehari
  • Pastikan anak memakan vitamin mereka juga
  • Suami pula telah membaca mengenai pertua menggunakan ubat gigi untuk mempercepatkan pengeringan ruam lebuhnya
  • Saya juga telah mengambil langkah-langkah tambahan untuk mempertingkatkan kebersihan di rumah - contohnya peralatan makan, pinggang mangkuk dan mencuci pakaian dengan berasingan
  • Kuarantin di rumah
  • Terus menyusukan anak bongsu dengan susu badan dengan harapan untuk meningkatkan imunitinya
Day 9

Hari - 9

Hari ini hari kesebelas dan saya bersyukur kerana kedua-dua anak bebas cacar.

Kayap Tidak Mengancam Nyawa

Anda tidak akan mati disebabkan penyakit Kayap, tetapi terdapat banyak komplikasi penyakit saraf yang boleh berlaku. Ia boleh memberi kesan kepada sistem saraf anda dan kesakitan yang dialami semasa menghidap penyakit Kayap, boleh kekal untuk jangka masa yang berpanjangan walaupun lepuh sudah lama sembuh.

Kira-kira 15 daripada setiap 100 orang yang menghidap penyakit kayap mempunyai lepuh yang berada di sekitar mata. Virus yang menyerang saraf penglihatan mungkin boleh menyebabkan penglihatan berkurangan dan dalam kes teruk, orang itu mungkin akan buta.

Semua ini boleh dielakkan dengan mengambil vaksin Kayap yang disyorkan untuk mereka yang berumur 50 ke atas. Ini kerana pada usia sebegini, ketahanan sistem imun semakin berkurangan untuk melawan penyakit Kayap. Wanita yang hamil TIDAK boleh mengambil vaksin ini.

Jika anda mengesyaki anda mempunyai Kayap, dapatkan rawatan awal, kerana ia boleh membantu mengurangkan keradangan saraf dan risiko komplikasi.

kredit: The Malaysian Times, Kids Health Org, Children’s Hospital of Philadelphia.

The post Apa yang perlu dilakukan apabila ahli keluarga diserang penyakit kayap appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4985

Trending Articles


Re:Mutton Pies (lleechef)


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Maganda Quotes – tagalog Quotes – Inggit Quotes


“Tado” Jimenez Quotes Collections Online


Patama Quotes – Tanga love tagalog quotes


Mga Patama sa mga Nagmamahal the Best Tagalog love quotes for you


Tropa Quotes


RE: Mutton Pies (frankie241)


EASY COME, EASY GO


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Girasoles para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Patama tagalog quotes – Move On Quotes


Ligaw Quotes – Courting Quotes – Sweet Tagalog Quotes


Hugot Lines 2020 Patama : ML Edition


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>