Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4985

Psikologi di Sebalik Mainan Kegemaran – Ketahui Kenapa Anak Anda Tidak Mahu Dipisahkan Daripadanya!

$
0
0

Anak kecil sememangnya gemar akan mainan ataupun sebarang objek yang berwarna-warni dan lembut. Namun, kebanyakkan daripada mereka akan mempunyai satu mainan yang dia SANGAT gemar.

Kadangkala, langsung tidak boleh berpisah, sehinggalah kalau hendak keluar pergi ke kenduri pun dia akan bawa mainan itu sekali.

Ada juga anak kecil yang mempunyai bantal ataupun selimut kegemaran. Dari ruang tamu sehingga ke dapur, habis diseretnya bantal tersebut. Kalau anda cuba ambil daripada mereka, boleh meraung dan mengamuk seharian.

Apakah yang Boleh Dikategorikan Sebagai Mainan Kegemaran atau Bantal Busuk?

Sesuatu objek itu boleh dikatakan sebagai mainan kegemaran atau bantal busuknya jika si kecil itu selalu tidur dengannya, membawanya ke mana-mana, dan sudah berada dengannya lebih daripada 1/3 daripada umur hidupnya.

Source: Babycenter.com.au

Sebenarnya, ada psikologi disebalik mainan kegemaran tersebut. Menurut American Academy of Pediatrics, mainan kegemaran, bantal atau selimut busuk adalah perkara semulajadi yang menjadi sebahagian daripada proses pembesaran kanak-kanak.

Jadi, jika anak anda ada mainan kegemaran atau bantal busuk yang selalu dibawa ke mana-mana, anda tidak perlu risau. Anda hanya perlu senyum sahaja kerana si kecil tersebut sedang membesar secara normal!

Kenapa Anak-Anak Suka Bantal Busuk atau Permainan Kegemarannya?

Terdapat beberapa sebab mengapa anak anda suka ke hulu ke hilir dengan mainan, bantal, atau selimutnya itu. Antaranya adalah:

  • Ia adalah sebagai sokongan emosi – Sama ada anda sedar atau tidak, si manja anda memerlukan mainan tersebut sebagai sokongan emosi. Si bantal busuk itulah rakannya. Sebab itulah kadangkala, anda akan perasan yang anak anda akan memberi nama kepada mainan atau bantal itu.
  • Ia membantu memberikan identiti – Ahli psikologi juga menyatakan bahawa anak kecil, terutamanya mereka yang berusia antara 8 hingga 12 bulan, perlu beralih daripada proses kebergantungan kepada proses berdikari. Mainan kegemaran itu berfungsi sebagai objek peralihan (transitional object). Teddy, Si Teddy Bear, adalah sesuatu yang dia kenal, terasa lembut di tangan, mengingatkannya akan rumah, dan seterusnya memberikan rasa selesa dan tenang kepadanya.
  • Ia mempunyai nilai sentimental – Menurut Professor Bruce Hood dari University Bristol dan Dr. Bloom dari Yale, kanak-kanak percaya yang objek seperti mainan kegemaran, bantal, atau selimut mempunyai nilai sentimental yang unik – objek itu dirasa seperti sangat istimewa. Samalah seperti orang dewasa yang gemar mengumpul memorabilia. Kalau anda suka menyimpan mangkuk Corelle, si kecil pula suka menyimpan bantal busuknya – semudah itu!

Source: Pgeveryday.com

Bilakah Anda Perlu Memisahkan Anak Anda dengan Mainan Kegemarannya?

Sebenarnya, anda tidak perlu mengambil barangan tersebut daripadanya dan memisahkan mereka. Selalunya, kanak-kanak akan secara semulajadi berpisah dengan objek tersebut sebaik sahaja dia mula mencecah usia 2 tahun. Ada juga yang berlarutan sehingga 5 tahun.

Bilakah Mainan Kegemaran Itu Boleh Menjadi Sesuatu yang Membimbangkan?

Jika anda terasa seperti anak anda terlalu melekat dengan mainan atau bantalnya, mungkin pada waktu itulah anda patut berasa risau. Ada kemungkinan dia berasa tertekan, bimbang atau terganggu oleh sesuatu.

Sebab itulah dia terlalu memeluk, bercakap dengan mainan kegemarannya, Teddy, terlalu kerap, dan langsung tidak mahu orang lain memegang mainannya.

Cara Untuk Memisahkannya Dengan Mainan Kegemaran Secara Lembut

Walaupun anda tidak digalakkan untuk merampas barangan kegemarannya secara paksa, namun, anda masih boleh melakukan beberapa perkara bagi membantu mempermudahkan proses pemisahan tersebut buat si manja anda.

  • Tetapkan Jadual Membersih – Anak kecil sebenarnya suka akan bau bantal, selimut, atau teddy bear mereka. Namun, kita sebagai ibu bapa sudah tentu risau yang ia terlalu kotor dan boleh menyebabkan jangkitan penyakit.

    Jadi, apa yang kita boleh buat adalah menetapkan hari dan masa untuk membasuh barangan kegemaran tersebut. Cuba untuk dapatkan persetujuan si manja anda dahulu.

Source: Psychologytoday.com

  • Tetapkan Had – Jika anak anda suka membawa mainan atau bantal keluar ke kedai, tetapkan had. Katakan, “Kita tinggal Teddy di rumah ye? Nanti dia hilang atau kotor kalau bawa ke kedai.”
  • Banyakkan Memeluk Si Manja – Salah satu sebab kenapa anak anda tidak boleh berpisah dengan bantalnya adalah kerana dia merasakan yang bantal tersebut memberikan keselesaan dan ketenangan, ‘persahabatan’ dan kasih sayang yang dia perlukan. Peluklah anak anda sentiasa untuk mengingatkan dia bahawa bantal itu bukanlah satu-satunya sumber ketenangannya.
  • Buatkan Si Dia Sibuk – Lagi satu cara untuk memisahkan anak anda dengan bantal busuknya adalah dengan membuatkan dia sibuk dengan aktiviti-aktiviti lain.

    Seperti contoh, bermain Lego, puzzle, atau membuat lukisan dan mewarna. Apabila tangannya sibuk dengan aktiviti ini, kuranglah sikit dia melepek dengan bantalnya itu.

Cubalah langkah di atas ini secara perlahan-lahan dan lembut supaya anak anda tidak terasa tertekan kerana dijauhkan daripada barangan kegemarannya.

Dia hanya memerlukan barangan tersebut supaya kekal tenang dan rasa selamat. Sementara menunggu ‘hari perpisahan’ itu hadir secara semulajadi, janganlah mengejeknya dan selalulah memberikan kata kasih sayang. Lambat laun, berpisah juga!

The post Psikologi di Sebalik Mainan Kegemaran – Ketahui Kenapa Anak Anda Tidak Mahu Dipisahkan Daripadanya! appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4985

Trending Articles


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tropa Quotes


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


“BAHAY KUBO HUGOT”


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Tagalog Love Quotes – Nagmamahal


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Long distances monthsary message tagalog


Re:Mutton Pies (lleechef)


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>