Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4985

2 Kanak-kanak Maut Terjatuh Dari Tingkat 4 Pasaraya Selepas Tergelincir Dari Tangan Ibu Bapa

$
0
0

Sekejap saja dunia ini hancur. Di Tianjin, sepasang ibu bapa kehilangan dua anak tercinta dalam sekelip mata. Kanak-kanak berusia 2 dan 3 tahun itu maut di sebuah pasaraya selepas tergelincir daripada tangan ibu bapa mereka lalu terjatuh.

Ibu bapa tidak terdaya untuk membantu

Petang yang menyeronokkan di sebuah pasaraya tiba-tiba bertukar menjadi satu mimpi ngeri. Tanggal 27 Februari 2017, sebuah keluarga meluangkan masa di pasaraya Joy City berdekatan daerah Nankai.

Menurut laporan Shanghaiist, salah seorang daripada ibu bapa terbabit mendukung kedua-dua anak mereka. Ibu bapa tersebut berdiri di rel penghadang tingkat 4 sebelum tiba-tiba, salah seorang daripada anak mereka tergelincir daripada rel.

The Sun melaporkan ketika ibu bapa terbabit cuba ingin menyelamatkan anak mereka yang tergelincir, salah seorang anak yang didukung oleh mereka turut terlepas dari gengggaman lalu jatuh. Mereka tidak dapat diselamatkan.

Sehingga penulisan ini, masih kurang jelas sama ada ibu atau bapa yang mendukung kedua-dua anak malang terbabit.

Sebuah video memaparkan ibu bapa terbabit meraung di atas kehilangan dua anak kesayangan mereka telah tersebar di media sosial.

AMARAN: Footage agak mengganggu

Sesetengah masyarakat pantas mengkritik kecuaian ibu bapa tersebut, namun masih ramai meluahkan rasa simpati mereka. Anda pasti tidak akan mengagak insiden seumpama ini mampu berlaku pada anda. Kami harap ibu bapa terbabit diberi sokongan yang sepatutnya selepas kejadian ini.

Jangan pandang rendah pada persekitaran anda; sentiasa berhati-hati!

Insiden ini harus menjadi satu pengajaran dan peringatan buat semua ibu bapa -- untuk sentiasa mengawasi persekitaran, dan yang paling penting, pegang erat si manja anda itu! Anda mungkin fikir tiada bahaya di pasaraya kegemaran anda, atau taman permainan di kejiranan, atau dalam rumah anda sendiri! Sebab itu anda akan cuai untuk melihat bahaya.

Pastikan si manja anda tidak memiliki akses kepada objek-objek berbahaya yang mampu mencederakan mereka. Si manja anda masih belum mengetahui apakah itu bahaya. Maka, menjadi tugas anda untuk mengurangkan bahaya di sekeliling mereka. Kuncinya adalah peka.

 

The post 2 Kanak-kanak Maut Terjatuh Dari Tingkat 4 Pasaraya Selepas Tergelincir Dari Tangan Ibu Bapa appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4985

Trending Articles


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Tagalog Long Distance Relationship Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


“BAHAY KUBO HUGOT”


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Sapos para colorear


Tagalog Love Quotes – Nagmamahal


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


Tropa Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


Re:Mutton Pies (lleechef)


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Pokemon para colorear



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>