Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4977

Fakta tentang anda yang tidak mengalami alahan walaupun hamil

$
0
0

Alahan semasa hamil atau 'morning sickness' di dalam bahasa medikal ialah mual dan muntah semasa kehamilan. Selalunya, alahan kehamilan ini boleh terjadi seawal empat minggu usia kehamilan.

Dan tidak seperti namanya, 'morning sickness' tidak semestinya berlaku di waktu pagi sahaja. Ia juga boleh berlarutan hingga ke malam.

Muntah-muntah akibat alahan semasa hamil terutamanya bagi trimester pertama ialah sangat biasa kita dengari. Namun, terdapat juga ibu-ibu bertuah yang tidak mengalaminya.

Jangan risau, sebenarnya ramai yang seperti anda. Mari kita lihat fakta tentang anda yang tidak mengalami alahan walaupun hamil.

1. 1 daripada 3 wanita hamil melaluinya

Tahukah anda sebenarnya 1 daripada 3 wanita hamil tidak mengalami alahan semasa hamil. Jika anda salah seorang dari wanita ini, andalah seorang yang bertuah itu!

2. Genetik

Foto ehsan Discover Magazine

Berterima kasihlah kepada ibu anda kerana genetik juga memainkan peranan. Terdapat kajian mengatakan yang kemungkinan seseorang itu tidak mengalami alahan semasa hamil adalah kerana faktor genetik.

3. Belum masanya

Memang kebiasaannya alahan semasa hamil berlaku semasa awal kehamilan iaitu trimester pertama. Namun terdapat juga beberapa kes di mana ibu hamil mengalami alahan semasa trimester kedua atau ketiga.

4. Lelaki

Foto ehsan babycenter

Kajian menunjukkan yang kebanyakkan ibu yang tidak mengalami alahan teruk mendapat anak lelaki. Anda mungkin boleh mula memilih nama anak lelaki.

5. Lain kehamilan lain keadaannya

Tidak semestinya kehamilan yang pertama anda tidak mengalami alahan, kehamilan yang seterusnya juga begitu. Setiap kehamilan, walaupun anak pertama dan kedua, pasti akan ada perbezaan sama ada dari segi alahan ataupun hal lain.

Sekiranya anda tidak mengalami sebarang alahan, ia bukanlah bermakna kehamilan anda bermasalah. Selagi pemeriksaan dengan doktor menunjukkan keputusan yang normal dan tidak mempunyai masalah, anda boleh terus menikmati perjalanan kehamilan anda tanpa muntah!

Ini hanyalah fakta seronok yang dikongsikan sebagai informasi tambahan dan bukanlah untuk sesuatu yang dipandang serius. Malah bukan juga untuk digunakan sebagai rujukan serius. Bagi yang pernah mengalami kehamilan tanpa alahan, kongsikan cerita anda 🙂

Sumber: Parents, babycenter

The post Fakta tentang anda yang tidak mengalami alahan walaupun hamil appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4977


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>