Sebuah sekolah di daerah Dallas telah dituduh menggunakan paksaan ekstrem terhadapa seorang kanak-kanak istimewa berusia 7 tahun untuk menahannya.
Yosio Lopez telah digari, ditazer dan dilebamkan oleh polis sekolah persendirian daerah Dallas (Dallas Independent School District (DISD) Police) selepas kanak-kanak itu mula menghantukan kepala ke dinding kelas. Seorang penyiasat yang bekerja untuk peguam keluarga Lopez memberitahu pihak CNN.

Foto ehsan Dallas Wekkly
Apakah perkara yang boleh membantu pelajar keperluan khas di sekolah?
- Mengekalkan bilik darjah yang tersusuun dan kurang gangguan.
Jika terlalu banyak gangguan seperti hiasan yang tidak sepatutnya, mereka akan lebih sukar untuk fokus. - Menggunakan alunan muzik atau nada suara.
Gunakan lagu ringkas sebelum bertukar aktiviti. Tona suara yang berbeza boleh membantu mereka memberi respon yang lebih baik. - Pecahkan arahan menjadi lebih ringkas dan mudah dilakukan.
Jika menggunakan ayat yang lebih mudah, ringkas dan konkrit, ianya lebih mudah difahami dan arahan tersampai. Minta mereka mengulangi arahan dan mendemonstrasikan arahan tersebut bagi memastikan mereka faham juga boleh membantu. - Strategi multi sensori
Mereka mungkin kurang dari satu sudut namun mempunyai kelebihan dari sudut lain. Gunakan pelbagai jenis pendekatan untu meransang mereka. Mungkin dari sudut visual, auditori mahupun sentuhan. - Berikan mereka peluang
Mereka juga mempunyai kelebihan mereka tersendiri. Berikan mereka peluang dengan membantu mereka mencari kelebihan mereka. Berikan ganjaran jika mereka berjaya melakukan sesuatu untuk mendorong mereka.
Ini hanyalah cadangan secara kasar. Walaupun ianya cadangan untuk bilik darjah atau sekolah, namun cadangan-cadangan ini juga boleh diaplikasikan juga di rumah.
The post Polis sekolah di Dallas menggunakan gari untuk menahan seorang kanak-kanak berusia 7 tahun appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.