Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4977

Tips Untuk Menyendawakan Bayi Selepas Minum Susu

$
0
0

Pernahkah bayi anda merengek apabila ataupun selepas mereka minum susu? Ataupun enggan menyusu walaupun minum sedikit sahaja?

Mengapa saya perlu menyendawakan bayi saya?

Apabila bayi menyusu, kemungkinan besar dia tertelan sedikit udara bersama-sama dengan susu ibu atau formula. Udara yang terperangkap dalam perut boleh memberi ilusi rasa kenyang serta menyebabkan bayi rasa kembung dan tidak selesa.

“Ini lebih kerap berlaku kepada bayi yang menyusu dengan botol, kerana mereka minum dengan lebih cepat,” kata Dr Landau. “Tetapi bayi yang minum susu payudara ibu menelan udara juga, terutamanya jika ibu mempunyai susu yang banyak atau bayi itu sangat lapar dan ingin minum dengan cepat.”

Apakah posisi paling baik untuk menyendawakan bayi

Sandarkan pada bahu – Dukung bayi dengan tangan dan sandarkan bayi pada bahu. Tepuk belakang bayi secara perlahan-lahan sehingga bayi itu bersendawa:

Sumber: Francesca Russell

Cara meniarap – Tiarapkan bayi atas paha. Pegang bahagian dada dengan sebelah tangan kemudian tepuk dan urut belakang bayi dengan perlahan-lahan:

Sumber: BabyCare Mag

Dudukan Bayi atas paha – Dudukan bayi atas paha atau di pangkuan anda dan sokong bahagian bawah tulang rahang bayi tersebut dengan sebelah tangan. Tepuk atau urut belakang bayi dengan perlahan-lahan sehingga bayi bersendawa.

Sumber: Pinterest

Tips untuk menyendawakan bayi

  • Lindungi pakaian anda dengan kain apabila menyendawakan bayi
  • Selalu sediakan kain, atau bib dalam jangkauan tangan sekiranya bayi muntah.
  • Tepukan yang lembut atau gosokkan biasanya boleh menyebabkan sendawa itu keluar, tetapi untuk sesetengah bayi mungkin tepukan yang kuat sedikit diperlukan.
  • Tumpukan tepukan anda pada bahagian kiri belakang bayi, kerana perut bayi terletak berdekatan situ.
  • Jika bayi merengek semasa menyusu, ini mungkin disebabkan oleh rasa tidak selesa dari udara yang ditelan. Berhenti menyusu sebentar dan cuba sendawakan bayi dulu sebelum memberinya susu lagi.

Sumber: What To Expect, Parents

The post Tips Untuk Menyendawakan Bayi Selepas Minum Susu appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4977


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>