Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all 4985 articles
Browse latest View live

7 Cara Mengesan Berita Palsu Untuk Lindungi Keluarga Anda

$
0
0

"Berita tergempar!" "Berita yang TIDAK HARUS anda lepaskan!" "Berita sensasi".

Anda pasti sudah biasa dengan tajuk sebegini. Tajuk yang "berjaya memancing anda" untuk mempercayai mana-mana berita. Teknologi nyata lebih canggih daripada manusia. Jika anda sering membaca dan mendapatkan berita daripada media sosial dan secara online, anda perlu lebih berhati-hati.

Tahun lepas, seorang bayi hampir maut di Indonesia selepas ibu bapanya mempercayai berita palsu tentang suntikan vaksin. Akibat percaya berita palsu itu secara membuta-tuli, mereka mempertaruhkan nyawa insan tersayang.

Jangan jadi begini. Jangan mudah percaya dan jatuh kepada sebarang berita palsu yang sengaja ingin "memancing" anda. Tapi, dengan arus teknologi yang semakin canggih -- anda sendiri bingung untuk membezakan mana berita sebenar dan yang mana berita palsu.

Sebab itu kami di sini ingin mengajar anda cara untuk mengesan berita palsu! Mari ikut 7 langkah di bawah bagi melindungi keluarga anda dari ancaman berbahaya ini.

#1 Semak kebenaran fakta

Sebelum anda kongsi sebarang berita, semak kebenaran fakta yang telah dilaporkan. Anda boleh guna pelbagai cara untuk menyemak fakta ini -- seperti menggunakan Snopes, Wikipedia atau Google.

#2 Semak tarikh berita

Semua orang sering terlepas pandang benda ini. Berita yang lama tidak harus dikitar semula untuk "mencetuskan panik" pada pembaca umum. Jika tarikh berita adalah tarikh terkini, pastikan semua maklumat dalam berita adalah berita terkini.

#3 Semak URL atau nama laman web

Berita palsu mahu kelihatan seperti berita sebenar. Jadi, cuba semak URL walaupun pautan namanya berakhir dengan "lo" atau ".com.co"

 #4 Perhati tulisan dalam berita

Adakah ada sebarang kesalahan ejaan, atau huruf besar yang sengaja dibesarkan di bahagian tak sepatutnya? Atau mungkin tajuk utama berita memiliki kesalahan tatabahasa?

Berita palsu akan menggunakan taktik kesalahan ejaan dan tatabahasa untuk mengaburi mata pembaca. Peka dengan benda ini!

Perhati juga jika terdapat sebarang kenyataan berani tanpa sebarang sumber bernas. Selalunya, berita palsu akan menggunakan imej yang sensasi untuk menarik pembaca.

#5 Bagaimana emosi anda?

Adakah berita itu membuatkan anda terlampau risau, serabut dan sedih? Berita palsu sering mensasarkan emosi pembaca untuk mengelirukan mereka.

#6 Semak bahagian "Tentang Kami"

Mungkin anda tidak biasa dengan mana-mana laman web yang memaparkan berita secara online. Jadi, cuba semak bahagian "tentang kami" dalam laman web rasmi mereka.

#7 Semak laman berita lain

Jika berita yang dilaporkan adalah benar, laman berita online lain pasti ada melaporkannya. Cuba semak dengan mana-mana laman web berita yang boleh dipercayai.

Saya masih ingat kekecohan yang terjadi di rumah apabila mak saya panik dengan berita palsu tentang "tisu basah boleh membahayakan bayi".

Sedangkan berita itu adalah berita lama! Ayuh berhati-hati, ibu bapa sekalian. Usah terjatuh dalam perangkap yang sengaja dipasang untuk kita.

 

Sumber rujukan: Detik News, Common Sense Media, dan USA Today

The post 7 Cara Mengesan Berita Palsu Untuk Lindungi Keluarga Anda appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.


Orang Kurang Upaya (OKU) Bukan Satu Bentuk Pembelaan

$
0
0

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan polis mengesahkan pemandu remaja yang memecut melawan arah trafik di Lebuhraya Utara-Selatan sehingga menyebabkan seorang lelaki maut adalah orang kurang upaya (OKU).

Pada mulanya ujian kencing suspek positif methamphetamine. Tetapi sekarang polis berkata “ia bukan methamphetamine, sebaliknya hanya amfetamina”.

Amfetamina ialah ubat yang lazim digunakan untuk gangguan defisit perhatian (ADD).

Reaksi Awal Netizin

Ramai yang menyalahkan dan mengecam pemandu remaja tersebut sebagai pembunuh. Ibubapa suspek turut disalahkan. Macam-macam telah dispekulasi sehingga isu perkauman pun dibangkitkan. Ramai yang marah kenapa kejadian ini boleh terjadi. Menyayat hati betul terfikirkan nasib isteri mangsa kejadian itu.

Tetapi disebabkan spekulasi dan dengar kata orang, istilah OKU kini seperti alasan untuk tidak disabitkan kesalahan. Topik ini kini hangat dibincangkan di laman Facebook Autisme Malaysia. Ramai ibubapa dalam kumpulan itu telah berkongsi rasa sedih apabila membaca komen-komen yang negatif.

Sebagai ibu bapa yang dianugerahkan anak yang normal, kita tidak akan memahami dengan sepenuhnya:

  • keinginan OKU untuk berdikari tanpa bantuan dan sokongan orang lain,
  • derita OKU dalam menyesuaikan diri dengan masyarakat,
  • cabaran yang dihadapi ibu bapa yang mempunyai anak OKU,
  • reaksi negatif masyarakat terhadap golongan OKU.

Orang ramai selalu terlalu cepat untuk bertindak balas dan membuat andaian secara negatif. Bahkan mereka sendiri bukan ibubapa kepada kanak-kanak istimewa.

 

Adakah Orang Kurang Upaya boleh membawa kereta?

sumber gambar : Hippocampus Magazine

Jawapannya boleh. OKU terdapat banyak kategori dan boleh dibahagikan kepada pelbagai jenis. OKU dengan masalah pembelajaran seperti Autisme (Autistic Spectrum Diorder), Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) dan Attention Deficit Disorder(ADD) boleh membawa kereta.

Mereka hanya perlu untuk mendapatkan surat permohonan pemeriksaan kesihatan daripada JPJ dan membuat pemeriksaan doktor yang boleh mengesahkan pemohon layak memandu tanpa mendatangkan bahaya kepada diri sendiri dan pengguna jalanraya.

Syarat-syarat lesen OKU

  • Memiliki Kad OKU
  • Laporan pemeriksaan Pegawai Perubatan mengesahkan layak mendapatkan lesen memandu dan menggunakan kenderaan yang telah diubahsuai mengikut keupayaan fizikal
  • Perlu mendapat pengesahan dari Bahagian Kejuruteraan Automotif JPJ bagi pengubahsuaian kenderaan OKU
  • Bagi yang telah memiliki lesen memandu Kelas A atau A1 dan memohon tambah kelas pemohon perlu mendaftar di JPJ

 

Undang-undang tidak menyatakan OKU satu bentuk pembelaan

sumber gambar : Sinar Harian

Saya bukan nak menyebelahi mana-mana pihak, tetapi cuma nak semua orang bawa bertenang dan untuk menunggu keputusan siasatan.

Mengikut Syukri Khairiena, seorang pegawai polis yang telah memberi komen di Autisme Malaysia, "Siasatan ke atas tahanan itu secara menyeluruh. Maksudnya kalau dia ada penyakit, kita kena ambil tahu. Sepanjang saya buat siasatan ia adalah normal utk kita ambil tahu / dapatkan pengesahan sekiranya ada kad oku/perubatan/mental dan sebagainya.

"Dalam kes ini, penama ada dua kesalahan di bawah Sek 41(1) apj 1987 iaitu memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kematian dan juga sek 15(1)(a) adb 1952 - memasukkan dadah dalam badan. "

"Kad oku ini adalah sebagai pengesahan dan tidak ada dalam undang2 yang menyatakan ianya adalah satu bentuk pembelaan. Saya percaya artikel disebarkan untuk menarik populariti. "

"Kalau pun boleh digunakan untuk pembelaan pada sek 15(1)(a) adb 1952, namun dengan adanya preskripsi doktor. Maka berhentilah menghukum dan memfitnah yang menyiasat. Kita semua tidak mengetahui apa sebenar terjadi."

 

Sumber: FreeMalaysiaToday, JPJ

The post Orang Kurang Upaya (OKU) Bukan Satu Bentuk Pembelaan appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.

Pelaku Seksual Di LRT Kelana Jaya Ditahan Prasarana

$
0
0

Polis bantuan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) telah menahan seorang lelaki yang disyaki mengganggu seorang penumpang wanita secara seksual di dalam kereta api LRT Kelana Jaya pada Isnin Mac 13.

"Pasukan polis bantuan kami telah mula bertindak sebaik sahaja dimaklumkan mengenai kejadian itu ... apabila penumpang wanita, Nur Dini Van Haeren, seorang pelajar berusia 21 tahun di sebuah universiti swasta di Lembah Klang, mencatatkan status (dalam) Facebook.

"Kami bercakap dengan Dini untuk mendapatkan maklumat lanjut dan rakaman suspek dari rakaman CCTV kami.

"Kami cuba mencari suspek untuk beberapa hari kebelakangan ini, dan kami gembira untuk berkongsi bahawa dia telah berjaya ditahan di stesen LRT Taman Jaya semalam," kata Dato Ir. Zohari Sulaiman, Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail Sdn Bhd, anak syarikat Prasarana yang mengendalikan perkhidmatan rel bandar Rapid KL.

Suspek berusia 37 tahun dari Lembah Subang, Selangor, telah menyerah diri kepada polis selepas dikenalpasti oleh Dini semalam.

Pada 13 Mac, Dini telah menaiki kereta api di Stesen LRT Kelana Jaya, dalam perjalanan ke pusat bandar. Selepas memasuki kereta api, dia ternampak suspek melihat dia dengan muka yang miang dan kemudiannya telah membisik kata-kata lucah terhadapnya.

Dini, bagaimanapun, terlalu takut dan malu untuk bertindak balas.

Kemudian hari itu, Dini berkongsi pengalaman beliau di Facebook, mengatakan bahawa dia sepatutnya melakukan lebih untuk melindungi dirinya pada ketika itu, seperti menjerit atau memberitahu penumpang lain mengenai pelaku beliau di tempat kejadian.

Dini berkata pasukan Prasarana itu bertindak balas terhadap mesej beliau di Facebook, dan mereka juga menghantar e-mel kepada beliau dengan cara yang paling cepat dan paling berkesan.

"Mereka terus meghubungi saya mengenai kejadian itu, dan mereka mengambil perkara itu dengan serius. Ibu bapa saya dan saya sangat kagum, dan sudah tentu, bersyukur.

"Pasukan itu bersama saya sepanjang proses itu, selepas kejadian itu dilaporkan kepada mereka. Kami mengagumi dedikasi dan usaha mereka yang berterusan dalam menangkap pelakunya, dan juga profesionalisme mereka dalam mengendalikan perkara itu, " kata Dini dan ibu bapanya semalam.

Zohari mengingatkan penumpang untuk tetap waspada dan tenang sekiranya mereka menghadapi sebarang keadaan yang tidak menyenangkan dan maklumkan kakitangan dengan segera untuk mendapat sokongan dan bantuan daripada polis bantuan, atau penumpang berdekatan.

Gambar dan rencana daripada Malay Mail Online

Rencana juga diterjemahkan daripada NST.

The post Pelaku Seksual Di LRT Kelana Jaya Ditahan Prasarana appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.

Bayi ini dilahirkan ‘tanpa otak’: Tiga tahun kemudian, doktor tidak percaya dengan keputusan imbasannya

$
0
0

Melahirkan merupakan pengalaman yang melibatkan semua orang. Namun, tekanan dan keresahan apabila hampir dengan hari kelahiran lebih kuat apabila kesihatan si kecil yang bakal lahir berisiko.

Satu contoh yang ekstrem ialah kisah Noah yang empat tahun lalu dilahirkan dengan kekurangan yang parah disebabkan oleh hydrocephalus. Hasil dari kekurangan ini, beliau keluar dari rahim ibunya dengan kepala yang bengkak dan hampir tiada otak.

Foto dari CATERS NEWS - Noah semasa di dalam rahim ibunya

Sebelum melahirkan, doktor telah memberi amaran kepada Shelly yang Noah kemungkinan besar tidak dapat bertahan lama selepas dilahirkan dan jika dia bertahan, kualiti hidupnya adalah sangat rendah.

Mereka juga menasihatkan Shelly untuk membuang kandungannya dari mengambil risiko mempunyai anak yang sama ada tidak dapat bertahan atau hidup dengan penuh kesakitan. Tetapi, Shelly masih mahu melihat anaknya dilahirkan ke dunia walau apa pun risikonya. Dia percaya yang perkara akan terjadi.

Seperti yang dijangka, Noah dilahirkan dengan 98% otaknya tidak berfungsi hasil dari cecair rosak akibat hydrocephalus. Namun, apa yang terjadi kemudian adalah keajaiban. Walaupun keadaannya tidak dapat diperbetulkan, otak Noah mula bertumbuh sendiri secara berperingkat.

Foto dari CATERS NEWS - Imbasan kiri merupakan semasa Noah baru dilahirkan menunjukkan 2% otak berfungsi dan di kanan merupakan imbasan semasa otakknya hampir penuh.

Walaupun proses perkembangannya mengambil masa lebih lama dari seorang kanak-kanak tanpa isu kesihatan sepertinya, dia masih mampu belajar bercakap diusia empat tahun dan mempunyai otak yang sama seperti kanak-kanak seusianya.

Sementara dia menghadapi komplikasi kesihatan yang ekstrem akibat spina bifida, keadaan Noah ialah satu di dalam sejuta yang bakal digunakan sebagai kes pengajaran. Dia juga akan menjadi subjek dokumentari BBC bertajuk The Boy With No Brain yang berkisar tentang keajaiban pemulihannya.

Foto dari HELEN BARRINGTON / CATERS NEWS - Noah pada usia 3 tahun

Cerita seumpama ini mengingatkan kita untuk tidak terlalu sinis dan lebih terbuka minda dan hati dengan sebarang kemungkinan di dunia.

Walaupun keputusan Shelly semasa hamil merupakan risiko yang besar, semuanya berbaloi dengan kisah Noah yang telah memberi inspirasi kepada jutaan orang di seluruh dunia dan memberi peluang seorang kanak-kanak lelaki mempunyai kehidupan.

Hydroceohalus

Hydrocephalus istilah ini berasal dari perkataan Greek "hidro" yang bererti air dan "cephalus" yang bermaksud kepala. Seperti namanya, ia adalah suatu keadaan di mana ciri-ciri utama adalah pengumpulan berlebihan cecair di dalam otak.

Walaupun hydrocephalus pernah dikenali sebagai "air di dalam otak," "air" di sini sebenarnya cecair serebrospina (CSF) - cecair yang jernih yang mengelilingi otak dan saraf tunjang.

Pengumpulan CSF berlebihan menyebabkan pelebaran abnormal ruang dalam ventrikel otak. Pelebaran ini mewujudkan tekanan yang berbahaya pada tisu otak.

Sistem ventrikel terdiri daripada empat ventrikel dihubungkan dengan laluan sempit. Lazimnya, CSF mengalir melalui ventrikel, keluar ke dalam cistern (ruang tertutup yang berfungsi sebagai takungan) pada pangkal otak, menerangi permukaan otak dan saraf tunjang, dan kemudian diserap semula ke dalam aliran darah.

CSF mempunyai tiga fungsi hidup mengekalkan penting:

  1. untuk mengekalkan tisu otak yang cergas, yang bertindak sebagai kusyen atau 'penyerap hentakan';
  2. untuk bertindak sebagai kenderaan untuk menyampaikan nutrien ke otak dan membuang sisa;
  3. mengalir antara tengkorak dan tulang belakang dan mengimbangi perubahan dalam jumlah darah intrakranial (jumlah darah dalam otak).

Keseimbangan antara pengeluaran dan penyerapan CSF adalah amat penting. Kerana CSF dibuat secara berterusan, keadaan perubatan yang menghalang aliran biasa atau penyerapan akan menyebabkan pengumpulan-alih CSF. Tekanan menyebabkan bendalir terhadap tisu otak adalah apa yang menyebabkan hydrocephalus.

Apakah penyebab hydrocephalus?

Di dalam keadaan normal, CSF akan mengalir melalui otak dan saraf tunjang. Di dalam keadaan tertentu, kuantiti CSF di dalam otak bertambah. Ia bertambah apabila:

  • terdapat sekatan yang menghalang CSF mengalir secara normal
  • terdapat pengurangan dalam penyerapan oleh saluran darah
  • otak menghasilkan cecair berlebihan.

Cecair yang terlalu banyak menyebabkan tekanan pada otak dan tekanan ini menyebabkan bengkak yang merosakkan tisu otak.

Di dalam sesetengah kes, hydrocephalus terjadi pada bayi sebelum ia dilahirkan. Ini terjadi akibat:

  • kecacatan semasa lahir iaitu ruangan tulang belakang (spinal column) tidak tertutup
  • genetik abnormal
  • jangkitan semasa hamil seperti rubella

 Sumber: hareably , NIH, medicine.net, healthline

The post Bayi ini dilahirkan ‘tanpa otak’: Tiga tahun kemudian, doktor tidak percaya dengan keputusan imbasannya appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.

Langkah-Langkah Keselamatan Untuk Mengelak Keracunan Merkuri

$
0
0

Kebelakangan ini kita selalu baca tentang banyak kejadian tumpahan merkuri di sekolah, di rumah, di makmal, bahkan di hospital.

Pada hari Sabtu lepas, sepasukan Unit Pasukan Menangani Bencana Bahan Kimia (Hazmat) telah bertindak pantas untuk membendung tumpahan cecair merkuri di sebuah rumah yang didiami oleh seorang lelaki dan anak perempuannya.

Ayah kepada anak perempuan tersebut, telah menjatuhkan termometer itu dengan tidak sengaja, selepas menyukat suhu anaknya yang tidak sihat.

Pasukan Hazmat telah mengambil masa kira-kira satu jam untuk membersihkan tumpahan tersebut.

Apakah Merkuri?

Secara umum logam merkuri wujud dalam bentuk cecair pada suhu blik sekitar 25 darjah celcius dengan takat beku -39 darjah celcius. Ia terkandung dalam banyak produk, termasuk:

  • bateri
  • termometer, dan alat-alat pengukur lain
  • suis elektrik
  • lampu
  • amalgam gigi (untuk tampalan gigi)
  • terutamanya produk yang memutihkan kulit dan kosmetik lain

Sumber gambar: Nota Tercicir.blogspot

WHO menganggap logam cair ini sebagai salah satu daripada sepuluh bahan kimia utama yang memudaratkan kesihatan awam. Ia juga bahan yang berbahaya kepada manusia, terutamanya bayi, kanak-kanak kecil, ibu mengandung dan janin. Ibu-ibu yang hamil boleh melahirkan bayi-bayi yang cacat mental atau fizikal.

Merkuri adalah sejenis neurotoksin iaitu toksin yang berupaya merosakkan sistem saraf. Apabila ia mengalir dalam darah, ia juga boleh merosakkan otak, tulang belakang dan saraf-saraf lain.

Merkuri biasanya masuk ke dalam tubuh manusia melalui makanan atau minuman, tetapi ia juga boleh masuk melalui penafasan kerana ia unsur yang senang meruap.

Kanak-kanak yang cacat mental atau fizikal disebabkan keracunan merkuri di negara Jepun. Sumber gambar - slideshare

 

Langkah-langkah keselamatan

  1. Buka tingkap, pintu, jika ada aircond atau kipas tutup semua. Biar udara beredar semulajadi daripada luar.
  2. Hubungi pihak Bomba untuk pertolongan.
  3. Tanggalkan pakaian yang tercemar dan masukkan dalam beg plastik.
  4. Jika terkena kulit atau badan, cuci dengan air selama 15 minit untuk mengeluarkan sebanyak merkuri yang mungkin. Dapatkan rawatan segera.
  5. Jika anda secara tidak sengaja memecahkan termometer, jangan gunakan vakum untuk bersihkannya kerana haba sedutan boleh menyebabkan gas merkuri meruap dan merebak ke seluruh rumah.
  6. Pembersihan biasanya dilakukan dengan menggunakan serbuk sulfur dan peluntur tetapi jika ada tidak pasti langkah pembersihan yang betul, tunggu pihak Bomba tunjukkan.
  7. Jika mangsa berhenti bernafas, gunakan beg dan mask untuk memberi udara.  Jangan melakukan pernafasan mulut-ke-mulut, kerana ini akan mencemarkan penyelamat juga.
  8. Bawa mangsa untuk pemeriksaan di klinik atau hospital berdekatan.
  9. Pantau kesihatan mangsa berkenaan untuk ciri-ciri mual, muntah, demam atau lemah-lemah tubuh badan terutamanya bahagian kaki selama 2 minggu.

Kejadian merkuri tumpah ini mungkin nampak remeh tetapi sebenarnya ia satu perkara yang serius dan merbahaya. Mereka yang alami kejadian ini perlu tenang dan hubungi pihak sepatutnya untuk dapatkan pertolongan segera.

 

Sumber: MStar, WHO

The post Langkah-Langkah Keselamatan Untuk Mengelak Keracunan Merkuri appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.

14 Perkara Lucu Ketika Membesarkan Anak Lelaki

$
0
0

Membesarkan anak lelaki atau anak perempuan masing-masing ada cabaran yang tersendiri. Walaupun kadang-kadang cabaran itu memenatkan, tapi saya anggap ia berbaloi buat memori. Lagipun, bukan semua cabaran memenatkan. Ada juga cabaran yang penuh dengan kisah lucu disebaliknya.

Saya ketawa riang mendengar cerita ibu mertua tentang pengalamannya mengurus suami saya dan 3 lagi abangnya ketika mereka kecil. Dikelilingi oleh semua anak lelaki mampu menduga kesabaran dengan pelbagai keletah aneh.

Cuba bayangkan, ketika anda sedang leka termenung di kerusi sambil baca buku resepi, tiba-tiba anda diserang dari belakang. Bau kain buruk yang busuk menusuk hidung. Itu bau kain buruk dengan kimia, kan???!!!

Ibu kepada semua anak lelaki pasti faham kekacauan yang boleh terjadi di rumah. Mari baca apa yang Familyshare telah kongsi tentang 14 perkara lucu hanya ibu kepada anak lelaki yang akan faham!

1. Bilik mandi bau air kencing

Tak kisahlah sama ada bilik mandi itu baru dibersihkan semalam atau hari ini. Pasti akan berbau air kencing! Sebab... air kencing akan terkena penutup tandas, bahagian luar mangkuk tandas, lantai atau dinding! Pasti.

2. Kencing di mana-mana

Atau lebih kacau, mereka tak perlu bilik mandi pun untuk kencing. Mereka boleh kencing di mana-mana!

3. Hidup Star Wars!

Kalau anda tidak biasa dengan filem arahan George Lucas ini, pasti kini anda tahu tentang Darth Vader atau Darth Maul dari anak anda. Filem ini seperti satu filem wajib bagi lelaki, dan anda terkena tempiasnya.

4. Poket serbaguna

Macam-macam benda boleh ada dalam poket mereka. Kadang-kadang, ada serangga, reptilia atau binatang kecil. Seronok cuci baju sambil jumpa semua benda aneh mereka simpan.

5. Alat sulit ada "nama"

Ya, ada nama pelik. Anak rakan baik saya menjerit "Mak, tengok Superman saya tengah menangis!" sambil kencing di sofa.

6. Semua benda boleh jadi senapang/senjata

Anda mungkin tidak akan membeli barang permainan seperti senapang atau senjata. Tapi, mereka penuh imaginasi! Jadi, semua benda boleh jadi senjata. Saya pernah lihat anak saya guna pensil dan kapur untuk jadi senjata dalam permainan perang.

7. Lasak... dan sangat lasak!

Ya, semua tentang lelaki melibatkan fizikal. Sebab itu mereka akan panjat kerusi, lompat atas badan adik-beradik atau bertumbuk tanpa sebab. Kadang, pelukan dengan abang sendiri pun boleh tiba-tiba jadi adegan WWE pula.

 8. Biasa dengan kentut

Kentut seperti gelak. Mereka akan kentut di mana-mana saja, pada bila-bila masa. Kalau lebih ramai adik-beradik, lebih meriah jadinya! Kentut boleh jadi satu pertandingan!

9. Baju? Apa itu?

Pernah sekali, anak saya tak pakai baju ketika kami ingin keluar ke pasaraya. Nasib saya sempat tengok!

10. Sakit pijak LEGO!

Lego DI MANA-MANA! Lego atas karpet, dalam mulut bayi, dalam vakum, atau paling teruk... bawah kaki anda ketika anda terbangun di tengah malam!

11. Semua benda runtuh/rosak

Tak perlu buat penghadang untuk apa-apa. Mereka akan robohkannya.

12. Pelukan ikhlas

Pelukan dari anak lelaki lebih ikhlas, tanpa sebarang agenda. Mereka akan peluk anda tanpa memikirkan apa-apa.

13. Jadi ibu yang istimewa

Seronoknya jadi queen bee dalam satu koloni. Anak lelaki sanggup buat apa saja demi ibu mereka. Anak perempuan akan cenderung ingin jadi "seperti" ibu mereka, tetapi anak lelaki hanya ingin melindungi ibunya.

14. Marvel atau DC. Pilih siap-siap.

Anak lelaki anda akan ada pilihannya yang sendiri. Tapi, anda kena buat pilihan siap-siap juga, kerana mereka akan menyoal pilihan anda!

Walaupun anak lelaki memiliki pelbagai gelagat dan keletah aneh yang kadang-kadang membawa kekacauan pada minda semua ibu, tapi saya amat bangga dengan anak lelaki saya. Siapa sangka, anak lelaki yang buas, degil dan memiliki keletah aneh ini akan jadi pelindung utama anda, kelak?

 

Sumberu rujukan: Familyshare

The post 14 Perkara Lucu Ketika Membesarkan Anak Lelaki appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.

Persediaan Penting Sebelum Beri Puting Kosong Pada Bayi

$
0
0

Biasanya, ibu akan menggunakan puting kosong untuk menenangkan si manja yang meragam dan menangis. Namun, ada sesetengah ibu tidak bersetuju dengan penggunaannya. Sebenarnya, patut atau tidak memberi puting pada bayi?

Tiada bukti jelas yang menyatakan puting mengganggu kesihatan bayi secara langsung. Tapi, pakar perubatan runsing tentang kesan apabila memberi puting terlalu awal kepada bayi.

Panduan ini dikongsi oleh Baby Center. Saya turut sertakan kesan selepas pemberian puting terlebih awal seperti bayi keliru atau tidak mahu berpisah dengan puting dan panduan untuk mengelaknya.

Semoga perkongsian ini mampu membantu ibu bapa di luar sana yang menghadapi masalah sama.

Puting kosong itu apa?

Puting kosong adalah alat penenang yang diperkenalkan oleh Joaquin Martinez bagi menangani masalah wanita tidak dapat tidur kerana bayi meragam. Alat penenang ini selamat untuk dihisap oleh bayi kerana ia dibuat dari silikon atau getah standard.

Bila ibu harus beri puting pada bayi?

Kebiasaannya, ibu akan memberi puting apabila bayi mereka berusia dua atau tiga bulan. Perbuatan ini salah, lebih-lebih lagi jika anda memberi susu badan! Ia kerana bayi akan mengalami masalah keliru puting.

Keliru puting itu apa?

Keliru puting terjadi apabila bayi yang baru lahir, diberi susu badan malah diperkenalkan dengan puting botol atau puting kosong secara serentak. Selalunya, hal ini terjadi kerana ibu kurang susu, ingin berhenti menyusu atau mengepam susu badan ke dalam botol.

Maka, bayi akan lebih suka puting botol atau puting kosong daripada menghisap susu badan. Anda tahu betapa penting susu badan untuk perkembangan bayi anda, bukan?

Jadi, untuk mengelak si manja anda mengalami keliru puting -- kurangkan penggunaan puting kosong/puting botol ketika bayi masih menyusu badan. Hentikan penggunaannya bila bayi semakin membesar (dalam 6 bulan hingga setahun).

Keburukan & kebaikan beri puting kosong

Selain mengalami masalah keliru puting, bayi juga cenderung sukar untuk "melepaskan" puting setelah biasa dengannya. Akibatnya -- pertumbuhan gigi yang tidak sekata/jongang. Selain itu, bayi juga terbuka untuk memiliki masalah pertuturan kerana mereka tidak dapat membina kemahiran bahasa.

Professor Steve Field dari Royal College of GPs, United Kingdom memberitahu ada bukti kajian yang menunjukkan kesan pemberian puting dengan jangkitan kuman pada telinga bayi.

Akan tetapi, puting kosong juga membawa beberapa faedah seperti:

  • Menenangkan bayi yang menangis
  • Menghisap puting membantu bayi pramatang untuk membiasakan diri beralih daripada tiub kepada penyusuan botol.
  • Memberi perlindungan daripada SIDS (sudden infant death)

Nyata, pemberian puting kosong ada keburukan dan kebaikan yang tersendiri. Oleh itu, tiada siapa yang akan menghukum keputusan anda. Sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab, apa yang penting adalah persediaan. Mari pastikan anda bersedia!

Ingin beri puting kosong pada bayi?

Jika anda anda ingin memberi puting kosong pada si manja, pastikan anda:

  • guna puting ortodontik;
  • bersihkan puting selalu -- steril macam puting botol
  • ganti puting kosong dengan kerap -- jangan ada lubang, retak atau pecah, nanti kuman boleh bertakung!
  • jangan salut puting dengan makanan manis;
  • cuba hadkan penggunaan puting -- hanya bila bayi menangis;
  • jangan beri puting secara tiba-tiba. Tunggu hingga bayi anda minta;
  • cuba pisahkan bayi dari puting sebelum usia satu tahun.

Jika bayi tidak mahu lepaskan puting kosong...

Ini masalah yang sering terjadi bila bayi anda sudah biasa menghisap puting kosong. Mereka tidak mahu melepaskan puting itu!

Jika anda sudah cuba pelbagai cara untuk memisahkan puting daripada anak, mari cuba idea-idea baru ini pula. Mana tahu ada yang berkesan.

  1. Kurangkan masa anak anda boleh guna puting
  2. Hadkan penggunaan puting pada masa tertentu saja. Bertegas!
  3. Beri ganjaran jika mereka melepaskan puting. Tapi jangan beri gula-gula! Cuba buat aktiviti menark ke...
  4. Tunjukkan model kanak-kanak lain yang tidak guna puting lagi. Mereka akan rasa lebih tua.
  5. Yakinkan mereka untuk melepaskan puting.

Jika anda tidak pasti bila waktu yang sesuai untuk berhenti menyusu si manja anda, sila rujuk artikel ini.

Sumber rujukan: Baby Center, Wikipedia, dan Nipple Confusion

 

The post Persediaan Penting Sebelum Beri Puting Kosong Pada Bayi appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.

Tonton Video Seorang Doktor Memperbetulkan Kedudukan Songsang Bayi Hanya Dalam Masa 2 Minit

$
0
0

“Maaf, bayi puan berkedudukan songsang. Kami terpaksa melakukan pembedahan C-seksyen untuk melahirkan bayi ini.” Ini adalah perkara terakhir yang bakal ibu ingin dengar, kan?

Namun, dalam video yang kami kongsikan di sini, kita dapat melihat bagaimana seorang doktor telah berjaya melakukan ECV (External Cephalic Version) bagi membetulkan kedudukan songsang bayi hanya dalam masa 2 minit!

Tonton Video Bagaimana Seorang Doktor Melakukan ECV

Video YouTube ini sebenarnya sudah dimuatnaik pada 2013, namun baru-baru ini ia mula dikongsikan semula. Ramai yang memuji kepakaran doktor dari Royal Sussex, Brighton, UK, ini dalam membetulkan kedudukan songsang bayi.

Dalam rakaman ini, kita boleh lihat bagaimana doktor ini menggunakan tapak tangannya untuk menggerak dan memusingkan bayi ini. Wanita tersebut juga tenang dan bersahaja, malah turut tertawa.

ECV adalah satu prosedur memperbetulkan posisi terbalik bayi. Walaupun dari video ini ia nampak mudah, tetapi ia patut dilakukan dengan pengetahuan dan kepakaran.

Jika tidak dilakukan dengan betul dan sempurna, proses tersebut boleh menimbulkan kesakitan pada bayi dan ibu!

Apakah Itu Kedudukan Songsang?

Kedudukan bayi songsang adalah satu posisi bayi di mana kaki atau punggungnya berada di bawah berbanding kepala. Selalunya, pada usia antara 36 hingga 42 minggu, bayi akan secara semulajadi berpusing dengan kepala di bawah, sebagai tanda bersiap sedia untuk dilahirkan.

Namun, statistik menunjukkan kira-kira 3% peratus kalangan bayi akan berada pada kedudukan songsang dan perlu dialihkan bagi memudahkan proses kelahiran.

Mengapakah Bayi Boleh Berkedudukan Songsang?

Ada beberapa sebab mengapa bayi boleh berada pada kedudukan songsang. Antara dua sebab utama adalah: terlampau banyak atau terlampau sedikit cecair amniotik dalam uterus.

Terlampau banyak air akan menyebabkan bayi mempunyai banyak ruang dalam rahim sehingga membolehkannya bergerak dan berpusing.

Manakala, terlampau sedikit cecair juga menyukarkan bayi untuk berpusing ke posisi kepala di bawah apabila menjelang usia kelahiran.

Apakah Masalah yang Mungkin Timbul Jika Berlaku Kedudukan Songsang Bayi?

Terdapat beberapa komplikasi yang boleh berlaku jika bayi lahir dalam kedudukan terbalik sebegini. Antaranya ialah:

  • Bayi mudah cedera terutamanya pada bahagian punggung dan tulang paha
  • Tali pusat mudah tersepit dan menyekat pengaliran oksigen pada bayi
  • Berlaku kerosakan saraf dan otak jika oksigen tidak mencukupi dan bayi lemas

Apakah Cara Memperbetulkan Kedudukan Bayi yang Songsang?

Seperti yang anda lihat dalam video di atas, ECV adalah salah satu cara untuk memperbetulkan posisi baik yang terbalik, iaitu kepala di atas dan kaki atau punggung di bawah.

Source: Pregmed.org

Antara cara lain untuk memperbetulkan kedudukan songsang bayi adalah:

  • Bertinggung dengan posisi lutut ke dada – Berlutut atas lantai dan menaikkan punggung dengan kepala dan dada rata dengan lantai. Ia untuk memberi lebih ruang kepada bayi untuk berpusing. Kekal dalam posisi ini selama 15 minit.
  • Baring dan naikkan punggung – Letakkan bantal di bawah punggung dan bengkokkan lutut. Lakukan ini selalu bagi menggalakkan bayi anda berpusing, sekurang-kurangnya tiga ke empat kali sehari selama 10 minit.

Jika bayi anda masih kekal dalam posisi terbalik sehingga usia 36 minggu, anda perlu mendapatkan nasihat daripada doktor sakit puan anda. Dia mungkin akan melakukan rawatan ECV kepada anda.

Adakah ECV Sesuai untuk Anda?

Namun, bukan semua wanita boleh melakukan ECV. Jika anda mengalami beberapa simptom di bawah, mungkin ia tidak sesuai untuk anda.

  • Mengandung anak kembar dua atau lebih
  • Bayi mempunyai degup jantung yang laju
  • Placenta pada kedudukan pintu rahim
  • Pendarahan bawah di bahagian vagina
  • Cecair dalam rahim yang sedikit

Jika anda tergolong dalam golongan yang boleh diberikan ECV, jangan risau. Ianya tidak berbahaya dan mempunyai kadar kejayaan yang tinggi iaitu setinggi 58%!

Yang paling penting, berbincanglah dengan doktor anda dan ikutilah nasihatnya.

Adakah anda mempunyai pengalaman mengandungkan bayi berkedudukan songsang? Kongsikan tip dan cadangan anda dengan kami! Pasti ibu lain mendapat manfaat daripada anda!

The post Tonton Video Seorang Doktor Memperbetulkan Kedudukan Songsang Bayi Hanya Dalam Masa 2 Minit appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.


May, ibu seorang wira Singapura

$
0
0

Joseph Schooling merupakan anak muda kelahiran Singapura yang mempunyai cita-cita yang tinggi. Seawal usia 13 tahun beliau sudah berupaya menetapkan sasaran untuk menyertai Olimpik. Ianya kedengaran mustahil bagi seorang anak muda biasa.

Namun hari ini, Joseph Schooling bukan nama yang asing di mata dunia. Beliau telah berjaya merangkul pingat emas di kejohanan Olimpik 2016 melalui acara renang kuak kupu-kupu. Masa kemenangan beliau iaitu 50.39saat itu merupakan rekod baru Nasional, Asian dan Olimpik.

Beliau kini sedang belajar di Universiti Texas, Austin di mana beliau merupakan ahli pasukan renang Texas Longhorns. Menurut ibunya, May Schooling, Joseph menyasarkan dirinya untuk menyertai sekurang-kurang dua lagi kejohanan Olimpik.

Sejak itu, ibu bapanya, Colin, 69, tinggi dan rapi, dan May, 62 keibuan dan ramah, menjadi ibu bapa Singapura yang paling popular. Mereka dikenali ke mana sahaja mereka pergi.

Kerana Joseph tidak bersama mereka, mereka juga menerima anugerah bagi pihaknya, termasuklah Atlet Tahunan The Straits Times.

Keluarga itu juga memenangi anugerah Warga Singapura Tahunan The Straits Times (The Straits Times Singaporean of the Year award) bulan lalu.

Latar belakang ibu

Mari kita lihat tulang belakang utama kejayaan Joseph iaitu ibunya May Schooling yang turut sama semakin dikenali di Singapura.

May Schooling merupakan warganegara Malaysia yang membesar di Ipoh di mana beliau telah terlibat dengan lakonan teater dan debat semasa bersekolah di Sekolah Perempuan Methodist.

Beliau dikenali dengan perwatakkan yang sedikit kelelakian dan gemar bersukan serta bagus di dalam sukan. Beliau pernah mewakili Perak untuk tenis, bola jaring dan sukan lain - serta bermain softball pada peringkat negeri dan negara.

Namun, berenang adalah sukan yang beliau tidak main. Beliau hanya belajar berenang selepas Joseph dilahirkan dan hanyalah perenang kebiasaan. "Saya dari keluarga yang miskin. Kami tidak pernah berfikir tentang berenang." kata May.

Arwah ayahnya merupakan kerani am yang kemudiannya menjadi bendahari negeri Perak. Ibunya pula bakal menyambut ulang tahun kelahiran ke 89 tahun ini dan masih menetap di Ipoh.

Beliau merupakan anak kedua dari lima adik beradik, empat perempuan dan seorang lelaki. Walaupun dari keluarga yang tidak kaya, ibunya memastikan beliau dan adik-beradiknya mendapat pelajaran di dalam tarian dan piano. Ibunya terpaksa berjimat-cermat bagi melaksanakan hal ini, dan hasilnya, dua beradik May menjadi guru piano.

Beliau juga bermain piano dan layak untuk mengajar. Tetapi beliau merasakan yang beliau tidak mempunyai kesabaran untuk mengajar dan piano adalah sebagai tempat melepaskan tekanan.

Apa yang beliau lebih minat ialah sukan. Jadi untuk membayar alatan sukannya, beliau mengajar tuisyen dan bermain piano di kelas-kelas ballet.

"Awak boleh mendapat beberapa ratus dolar sebulan dan begitulah bagaimana saya membayar untuk permainan saya." Melalui sukanlah bagaimana beliau berjumpa dengan Colin.

Mereka berjumpa semasa beliau berusia 13 tahun dan Colin 20, di pertandingan softball di Pesta Sukan Penang. Beliau merupakan sebahagian dari pasukan Perak dan Colin bermain untuk Singapura untuk pasukan Pirates.

Dia menyedarikan Colin dahulu, kemudian pasukan mereka ditemukan pada tahun berikutnya dan beliau dapat mengenali Colin dan keluarganya.

Selepas menyambung diploma akaun di Ipoh dan Kuala Lumpur, beliau datang ke Singapura dan menyertai firma akaun, kemudian menyambung pelajaran untuk kelayakan Association of Chartered Certified Accountants.

Kerana masih menggilai sukan, beliau menyertai Kelab Rekreasi Singapura untuk bermain softball. Dan di sana, Colin muncul lagi. "Semasa dia muda, dia seperti versi Putera Charles yang lebih baik," tambahnya.

Mereka berkahwin pada tahun 1983. Beliau telah mengalami tiga kali keguguran sebelum Joseph dilahirkan pada tahun 1995, iaitu 12 tahun selepas berkahwin dan ketika beliau berusia 40 dan suaminya 47.

Cabaran

"Kehidupan telah berubah dari sudut yang baik. Saya sangat gembira yang Singapura meraikan apa yang Joseph telah lakukan dan saya sungguh gembira dia telah membanggakan Singapura. Namun perhatian tidak semuanya positif. Terdapat komen-komen teruk di atas talian terutamanya sebelum dia memenangi Olimpik." ujar May.

Walaupun di momok dengan pelbagai komen negatif, May sering mengingatkan Joseph yang mereka itu hanya segelintir manusia yang gemar membuat masalah dan mereka tidak perlu kisahkan mereka.

Tetapi sebenarnya, beliau kisah, kerana seterusnya beliau menyatakan yang harapan untuk melawan semua pahlawan papan kekunci ini dan jatuhkan mereka.

"Saya sangat melindungi," katanya. "Tetapi ianya ok. Kami terima mereka juga, Kami berharap dapat mengubah mereka. Sebab itu saya memberitahu Joseph, 'Asalkan awak terus buat yang terbaik, mereka boleh cakap apa yang mereka mahu'."

 

Di usia muda, Joseph tahu yang beliau mahu menjadi juara Olimpik dan ibu bapanya menghantarnya ke Amerika Syarikat semasa usianya 14 tahun untuk belajar berenang. Mereka bergilir-gilir ke sana untuk bersamanya.

Beliau berasa geram apabila orang mengatakan ianya kejam untuk menghantar Joseph pada usia yang muda. "Saya yang berkata, 'Jangan pergi, tunggu sekurang-kurangnya hingga tingkatan 4. Tetapi dia kata, 'Tidak, ibu. Saya mesti pergi sekarang', kerana dia menyasarkan untuk menyertai Olimpik - bukan saya."

Dikatakan mereka telah berbelanja 1 juta S$ (RM 3.26 juta) untuk mencapai impian Olimpik Joseph. Beliau memberitahu yang yuran sekolah dan berenang, rumah, tiket kapal terbang untuk keluarga pergi dan kembali adalah lebih kurang US$100,000 (RM443,750) setahun. Ia sudah lapan tahun.

"Saya tidak pernah betul-betul kira. Yang saya tahu, saya sentiasa mencari duit. Tetapi Joseph bernasib baik bagaimana perkara berada ditempatnya. Apabila kami memerlukan duit, duit muncul. Itu sebabnya saya berkata Tuhan bersamanya sepanjang jalan."

Beliau juga telah ditanya mengapa pengajian dan latihan Joseph tidak dibiayai oleh kerajaan.

"Saya diberitahu, 'Kenapa bodoh sangat? Jika Singapura mahu anak awak berenang untuk mereka, mereka patut bayar.' Saya menjawab, 'Tan ku ku' (frasa Hokkien yang bermaksud, "ia tidak akan terjadi").

"Itulah sebabnya saya sering memberitahu semua orang, jika awak rasa anak awak mempunyai potensi, terpulang pada anda untuk menyokongnya. Jika anda mahu menunggu, jangan lakukannya, okay?"

Beliau masih bersyukur dengan sokongan yang ditunjukkan terhadap Joseph dan mahu lakukan bahagiannya.

May yang juga merupakan penduduk tetap, berhasrat untuk membuka akademi sukan untuk membantu dan memberi inspirasi kepada anak muda untuk mengambil kira sukan sebagai tahap bersaing.

"Kami mahu memberitahu semua anak-anak muda, yang tidak kira apa sukan yang anda lakukan, jika anda berlatih keras untuknya, anda akan mencapai apa sahaja tahap yang anda sasarkan. Ia mungkin Olimpik, tetapi sekurang-kurangnya, cuba memasuki pasukan negara."

"Saya rasa semua orang boleh dilatih. Serius. Satu-satunya yang anak-anak ini perlu ialah keberanian... bakat hanyalah 10% dari persamaan ini."

Kerja keras, bagaimanapun, akan mengubah segalanya.

Beliau percaya, jumlah pingat emas yang bakal diperolehi oleh Jospeh bergantung pada "berapa yang dia mahukan".

Walaupun jarak yang memisahkan jauh, mereka akan bercakap sekurang-kurangnya dua kali sehari walaupun sekadar 'selamat pagi dan selamat malam sayang'.

Pengajaran

Begitu besar peranan ibu bapa di dalam membentuk masa depan anak-anak. Sekiranya minat mereka itu bukanlah sesuatu yang memudaratkan. Bantu mereka untuk lakukan yang terbaik dan mereka pasti akan dapat mencapai yang terbaik.

Melalui kisah May dan Joseph, kita dapat lihat yang untuk berjaya, usaha berseorangan tidak akan berjaya. Kita memerlukan sokongan keluarga. Sebab itu, penting kita sebagai ibu bapa untuk melihat potensi anak-anak dan bantu mengembangkan potensi mereka.

Melalui kisah mereka juga, kita dapat yang untuk berjaya, kita tidak harus mendengar komen-komen negatif orang luar. Mereka masih di takuk yang lama dan jika kita terlalu memikirkan mereka, kita juga tidak akan dapat maju mencapai sasaran kita.

Selain itu, apa yang dapat dilihat ialah, di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya. Seperti May yang sentiasa mencari duit bagi membiayai pembelajaran dan latihan Joseph di Amerika Syarikat. Namun ketika memerlukan duit, duit tiba-tiba apa.

Mari kita berpegang dengan apa yang diperkatakan oleh May, kerja keras yang akan mengubah segalanya. Kita akan dapat apa yang kita usahakan. Jika kita bersungguh-sungguh, maka hasilnya juga akan memberansangkan.

Semoga kisah keluarga Schooling ini dapat memberi inspirasi kepada kita.

Sumber: The Star, The Straits Times/Asia News Network
Sumber foto: Mediacorp

The post May, ibu seorang wira Singapura appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.

Seorang budak lelaki menarik tali colinya di sekolah, apa yang dilakukannya kemudian mengkagumkan

$
0
0

Cerita ini akan membuatkan anda marah, tetapi saya pasti yang anda akan berpuas hati dengan pengakhirannya.

Seorang pelajar perempuan dari Amerika Syarikat menegakkan haknya dan enggan dibuli...dan apabila ibunya tiba – beliau mempertahankan tindakan anak perempuannya dengan sempurna!

Wanita tidak harus berdepan dengan situasi seperti ini, jadi mengapa biarkan anak kita melaluinya?

Saya merupakan jururawat bilik kecemasan dan kami tidak dibenarkan untuk membawa telefon bimbit bersama kami; ia harus disimpan di dalam loker. Sebuah panggilan masuk ke resepsi hospital di atas talian peribadi untuk saya.

Telefon: "Saya ialah [cikgu] dari [sekolah]. Terdapat satu insiden melibatkan [anak perempuan saya]. Kami perlukan puan di sini.

Saya: "Adakah dia sakit atau cedera? Bolehkah ia tunggu sehingga shif saya tamat lagi dua jam?"

Telefon: "[Anak perempuan saya] telah menolak pelajar lain. Kami telah mencuba menelefon puan selama 45 minit. Ianya sangat serius."

Saya pergi ke sekolah dan saya dibawa ke pejabat pengetua. Saya lihat anak perempuan saya, penasihatnya, seorang cikgu lelaki, pengetua, seorang budak lelaki dengan darah di hidungnya dan muka yang merah, dan ibu bapanya.

Pengetua: "Puan [nama saya], baiknya puan AKHIRNYA menyertai kami!"

Saya: "Ya, keadaan sangat sibuk di ER. Saya telah menghabiskan sejam yang lepas memantau lebih 40 jahitan kepada seorang budak lelaki yang dipukul ibunya dengan senduk besi dan kemudian saya terpaksa berdepan dengan pihak polis untuk hal tersebut. Maaf atas kesukaran."

(Selepas melihat dia cuba untuk tidak menunjukkan rasa malu, dia memberitahu saya apa yang telah terjadi. Pelajar lelaki tersebut telah menarik bra anak perempuan saya dan kemudian anak saya menumbuknya di muka...dua kali. Saya dapat melihat reaksi mereka yang lebih marah dengan anak saya berbanding budak lelaki tersebut.)

Saya: "Oh. Dan anda mahu tahu sama ada saya akan menyaman dia kerana telah membuat gangguan seksual terhadap anak perempuan saya dan terhadap sekolah kerana membenarkan ia terjadi?"

(Mereka semua gelisah apabila saya menyebut gangguan seksual dan mula bercakap.)

Cikgu: "Saya tidak rasa ia sebegitu serius."

Penasihat: "Mari kita tidak melebih-lebih."

Pengetua: "Saya rasa anda terlepas isi utama."

(Ibu lelaki tersebut mula menangis. Saya memandang anak saya untuk mendapat tahu apa yang terjadi.)

Anak perempuan: "Dia asyik menarik bra saya. Saya meminta dia berhenti berbuat demikian tetapi dia tidak berhenti, jadi saya memberitahu En. [cikgu]. Dia memberitahu saya untuk membiarkannya. [Budak lelaki] buat lagi dan membuka bra saya jadi saya memukulnya. Kemudian dia berhenti."

(Saya memandang cikgu).

Saya: "Awak biarkan dia berbuat demikian? Kenapa awak tidak memberhentikannya? Mari sini dan biar saya pegang bahagian depan seluar awak."

Cikgu: "Apa?! Tidak boleh!"

Saya: "Adakah itu tidak sesuai pada awak? Kenapa awak tidak pergi dan menarik bra Puan [penasihat] sekarang. Lihat bertapa seronoknya ia untuk dia. Atau pada bra ibu budak lelaki tersebut. Atau saya. Awak fikir hanya kerana mereka adalah budak-budak, ianya seronok?"

Pengetua: "Puan [nama saya]. Dengan segala hormatnya, [anak perempuan] masih telah memukul budak lain."

Saya: "Tidak. Dia mempertahankan dirinya dari gangguan seksual dari pelajar lain. Lihat mereka; dia hampir 6 kaki dan 160 paun. Anak saya 5 kaki dan 84 paun. Dia satu kaki lebih tinggi dari anak saya dan dua kali ganda lebih berat. Berapa kali harus anak saya biarkan dia menyentuhnya? Jika orang yang sepatutnya membantu dan melindungi dia di dalam kelas tidak menghiraukannya, apa yang dia patut lakukan sebenarnya? Dia menarik tali branya sungguh kuat hingga ia terbuka."

(Ibu budak lelaki tersebut masih menangis dan ayahnya kelihatan marah dan malu. Cikgunya tidak mampu melihat mata saya. Saya melihat ke arah pengetua.)

Saya: "Saya akan membawa anak saya pulang. Saya rasa budak lelaki ini telah mendapat pengajaran. Dan saya berharap tidak apa perkara seperti ini terjadi lagi, bukan sahaja terhadap anak saya, tetapi pada semua pelajar perempuan sekolah ini. Anda tidak akan membenarkan dia melakukannya pada staf jadi apa yang membuatkan anda fikir dia boleh lakukannya pada gadis 15 tahun. Saya akan melaporkan hal ini pada administrasi sekolah ini. Dan jika wak - *memandang budak lelaki itu* - menyentuh anak perempuan saya lagi, saya akan PASTIKAN awak ditangkap atas kesalahan gangguan seksual. Awak faham?"

Saya sangat marah, saya mengumpul barang-barang anak saya dan pergi. Saya laporkan hal ini pada Lembaga Sekolah, yang sebahagiannya saya kenal dan pastikan hal ini dikendalikan dengan serius.

Anak perempuan saya diletakkan di dalam kelas yang lain untuk subjek tersebut dan jauh dari cikgu dan budak lelaki tersebut.

Gangguan seksual

Walaupun kejadian tersebut berlaku di Amerika Syarikat, gangguan seksual boleh terjadi pada sesiapa pun, sama ada perempuan, mahupun lelaki. Dan ia juga boleh terjadi di mana-mana sahaja, sekolah, tempat kerja, di dalam bas, di dalam tandas, di mana sahaja yang anda boleh terfikir.

Namun, gangguan seumpama ini tidak dipandang serius apabila terjadi di tempat seperti sekolah hanya kerana mereka merupakan pelajar sekolah.

Terdapat segelintir guru, pelajar dan pihak penjaga yang masih tidak tahu apakah itu gangguan seksual. Ikuti perkongsian dari akhbar tempatan, Utusan Malaysia yang telah ditulis berdasarkan tulisan  Lt.Kol.(Dr) Lofti Anuar, seorang Pakar Perunding Psikiatri Am dan Aviasi, Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Kuala Lumpur.

Foto ehsan bicaradariaku

Berikut adalah jenis-jenis gangguan seksual yang berlaku di sekolah:

  • Menulis, mempamer atau mengedar bahan bukan pengajaran yang berbentuk lucah
  • Bercerita atau membuat lawak jenaka berbau lucah
  • Membuat perlakuan atau isyarat lucah
  • Mengejek atau menggelar pelajar dengan panggilan lucah
  • Memaksa atau mempengaruhi pelajar membuat perlakuan lucah.
  • Menawar ganjaran tertentu atau upah atas perlakuan lucah.
  • Melakukan sentuhan yang berunsur seksual
  • Memegang kemaluan sendiri di hadapan pelajar
  • Menyebar khabar angin berunsur seksual.

Ejekan seksual merupakan jenis gangguan seksual yang paling popular terhadap pelajar perempuan. Manakala gangguan terhadap pelajar lelaki pula biasanya berlaku di asrama dan kebiasaanya bercorak perlakuan homoseksual atau onani.

Foto ehsan bicaradariaku

Panduan buat ibu bapa dan guru

Gangguan seksual menyebabkan trauma psikologi kepada pelajar. Perasaan malu dan takut menyebabkan kebanyakan mereka memilih untuk mendiamkan diri.

Di peringkat awal, tekanan emosi akan menyebabkan mangsa merasa malu dan rendah diri. Tambahan khabar angin yang cepat tersebar dalam kalangan pelajar lain.
Ini menyebabkan mereka  memilih untuk selalu ponteng sekolah atau tidak menghadiri aktiviti kokurikulum. Jika mangsa belajar di sekolah asrama penuh, mereka akan meminta untuk ditukarkan ke sekolah harian.
Bagi mangsa sekolah harian, di rumah mereka akan kelihatan murung dan kerap menyendiri. Kadang-kala mangsa akan menjadi pemarah dan mula membuli adik yang lebih kecil.  Malah ada yang bertindak untuk lari dari rumah.
Di sekolah pula, mangsa akan kelihatan cemas dan takut. Mereka selalu kelihatan termenung semasa sesi pembelajaran, menyebabkan prestasi akademik menurun dengan mendadak.
Ada juga mangsa yang bertindak diluar sedar seperti mengadu sakit kepala dan perut serta mengalami histeria. Ini kerana mereka tidak dapat meluahkan apa yang dilalui dengan terbuka.
Bagi sesetengah remaja, mereka akan mula mempunyai masalah tingkah laku sebagai tanpa protes. Mereka mula merokok dan mengambil dadah.
Dalam kes pencabulan seksual atau perkosaan, perubahan tingkahlaku yang ditunjukkan berbeza mengikut umur.
Kanak-kanak selalunya akan tiba-tiba tidak suka atau takut akan seseorang. Mereka seakan tidak selesa dengan individu tersebut. Bagi yang telah dicabul, mereka tidak membenarkan ibu bapa mereka menyentuh bahagian kemaluan semasa mandi.
Mereka juga akan mengadu sakit di kawasan kemaluan atau anal. Jika diperiksa, akan terdapat tanda kecederaan seperti kemerahan dan pengeluaran cairan dari kemaluan boleh dilihat.
Pelajar remaja pula biasanya gagal menyembunyikan tanda-tanda kehamilan sekiranya ia berlaku. Perubahan bentuk badan, penambahan berat badan dan muntah-muntah pastinya mengundang kecurigaan. Ibu bapa dinasihatkan agar mencatat tarikh haid terakhir pelajar.
Trauma yang dialami oleh remaja yang mengandung luar nikah ini boleh menyebabkan kemurungan yang teruk dan perubahan sikap yang mendadak. Malah ada yang cuba membunuh diri.
Gangguan seksual bukanlah sesuatu yang boleh dianggap ringan. Ia perlu ditangani dengan serius bagi mengelakkan lebih banyak mangsa yang terlibat. Malah jika tidak dipandang serius, masyarakat akan mula menganggap gangguan seksual adalah sesuatu yang normal. Laporkan pada pihak atasan, dan jika tidak dipandang serius, laporkan pada pihak berwajib.

Sumber: stuffhappens, utusan

The post Seorang budak lelaki menarik tali colinya di sekolah, apa yang dilakukannya kemudian mengkagumkan appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.

4 Rahsia Animasi Pixar Untuk Mengajar Anak Anda Handal Bercerita

$
0
0

Walaupun ianya sebuah filem animasi yang menyasarkan penonton kanak-kanak, tetapi umum mengetahui bahawa filem-filem ini membawa mesej-mesej yang signifikan dan bermakna.

Filem-filem animasi ini datang daripada penerbit yang sama, iaitu Studio Animasi Pixar. Pixar adalah sebuah subsidiari kepada The Walt Disney Company. Jadi, tidak hairanlah jika Pixar berjaya menerbitkan filem-filem animasi yang digred A di laman reviu filem.

Sumber: Pinterest

Terdapat pelbagai cara untuk memupuk rasa ingin tahu dalam anak-anak. Salah satunya ialah melalui aktiviti bercerita atau ‘storytelling’.

Aktiviti bercerita juga mampu menjadikan anak-anak anda kreatif daripada kecil. Sama ada dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris, kaedah ini sangat membantu ibu bapa yang kebuntuan idea.

Rangka kerja Pixar dalam bercerita

Sumber: Causevox

Pixar menggunakan rangka kerja yang sama untuk setiap filem yang dihasilkan. Rangka kerja ini diaplikasikan untuk setiap filem yang dihasilkan. Berikut adalah contoh rangka kerja menggunakan jalan cerita Finding Nemo.

  1. Pada suatu masa dahulu, terdapat seekor ikan yang tidak mempunyai isteri yang bernama Marlin. Marlin sangat melindungi anak tunggalnya, Nemo.
  2. Setiap hari, Marlin memberi amaran kepada Nemo tentang bahaya laut meminta Nemo supaya tidak berenang terlalu jauh.
  3. Satu hari, Nemo yang degil menghiraukan amaran bapanya dan berenang ke laut luas.
  4. Disebabkan kejadian itu, Nemo ditangkap oleh seorang penyelam dan akhirnya diletakkan di dalam tangki ikan seorang doktor gigi di Sydney.
  5. Disebabkan kejadian itu, Marlin bertekad untuk keluar mencari Nemo, dengan menggunakan bantuan daripada makhluk laut yang dijumpainya sepanjang perjalanan.
  6. Sehinggalah akhirnya, Marlin menemui Nemo dan mengambil pengajaran bahawa kasih sayang bergantung kepada kepercayaan.

Sumber: Causevox

Anda boleh mencuba kaedah ini untuk mencipta cerita anda sendiri, atau sebagai latihan kepada anak-anak.

Aktiviti ini dapat memupuk pemikiran kritikal dalam diri anak anda kerana mereka harus ‘brainstorm” idea yang sesuai dengan rangka kerja tersebut. Apabila aktiviti ini diamalkan, anak anda dapat menjadi seorang pencerita yang handal dan kreatif.

Sumber: Pixar Wiki

Meletakkan ciri bertentangan dengan karakter anak anda

Dalam mencipta watak untuk cerita anda, manipulasikan sumber utama iaitu anak anda untuk menjadikan pengalaman bercerita lebih menarik. Cipta watak utama cerita anda bertentangan dengan karakter anak anda.

Contohnya, sekiranya anak anda seorang yang kemas dan tersusun, jadikan wataknya dalam cerita rekaan anda sebagai seorang yang spontan dan aktif.

Sumber: Dakhlia

Kaedah ini menjadikan anak anda sebagai seorang yang ‘adaptive’- mudah sesuai dengan suasana yang baru. Jadi, dalam waktu peralihan daripada tadika ke sekolah rendah, anak anda dapat menyesuaikan diri dalam masa yang singkat.

Malah, keupayaannya untuk memanipulasikan personaliti dirinya bersesuaian dengan suasana dapat menjadikannya seorang pelajar yang menonjol.

Memahami emosi dalam cerita tersebut

Sekiranya anda telah menonton filem Inside Out dan Wall-E, anda dapat mengalami sendiri perubahan emosi dalam cerita tersebut. Bermula dengan sesuatu yang gembira, cerita itu bermain dengan emosi anda dengan ‘plot-twist’ yang membuat anda menaiki ‘roller coaster’ emosi.

Dengan mengajar anak anda memahami emosi yang dialami oleh watak-watak filem tersebut, anda dapat membentuk anak anda menjadi seorang yang empati dan perseptif dalam dunia sebenar.

Cipta karakter yang mempunyai pendirian yang kukuh

Mencipta sebuah karakter yang rata mungkin mudah bagi anak-anak, tetapi, mereka tidak dapat belajar banyak daripada aktiviti tersebut dan penonton juga kurang gemar watak yang rata dan tiada dinamik.

Latih anak anda untuk mencipta sebuah karakter yang dinamik, mempunyai prinsip teguh yang menjadi pertaruhan dalam cerita yang anda dan anak anda cipta.

Anak anda dapat membentuk keyakinan diri dari watak tersebut. Jadi, selain mencipta karakter untuk watak dongeng anda, anak-anak juga dapat mencipta karakter untuk diri sendiri.

Selain daripada EMPAT kaedah yang saya senaraikan di atas, Pixar mendedahkan 22 teknik untuk storytelling yang lebih menarik dan penuh emosi.

Sekiranya anda merasakan sesi storytelling anda ‘kosong’, tambahkan prop yang boleh dibina menggunakan fischer TiP. Pengalaman bercerita pasti akan menjadi lebih menarik.

Sumber: Montreal Families

Jika anda memerlukan panduan untuk melakukan sesi storytelling bersama anak anda atau ingin kongsikan pengalaman anda, boleh email saya di fatimah@brainbytes.org.

The post 4 Rahsia Animasi Pixar Untuk Mengajar Anak Anda Handal Bercerita appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.

5 jenis ibubapa Malaysia, anda jenis yang mana?

$
0
0

Di Malaysia, terdapat banyak budaya yang mempengaruhi beberapa gaya keibubapaan yang unik yang boleh diteladani.

Gaya keibubapaan di Malaysia telah berubah sejak zaman nenek moyang kita dan masih dalam keadaan perkembangan hari ini. Dengan kemunculan Internet dan media sosial, ia adalah satu cabaran baru untuk ibu bapa kerana mereka kini lebih terbuka untuk dikritik tentang gaya keibubapaan mereka.

Syukurlah bahawa ibu bapa boleh mendapat nasihat dan panduan dari laman web tempatan seperti theasianparent.com dan Positive Parenting, atau berkongsi pengalaman mereka di forum-forum.

Berikut adalah lima jenis gaya keibubapaan di Malaysia.

Ibu Bapa “Cool”

Cara ibu bapa “cool” membesarkan anak-anak mereka adalah sangat lembut dan mesra. Mereka berkawan dengan anak-anak mereka, mengekalkan saluran komunikasi yang terbuka dan memahami karenah anak mereka.

Mereka sering berkomunikasi bersama, dan kadang kala, menghisap rokok atau meminum bir bersama-sama.

Ibu Bapa Manja

Gaya keibubapaan ini adalah sangat memanjakan. Mereka sering menyediakan mainan, alat tulis, pakaian, beg terbaik untuk anak mereka.

Mereka menghabiskan banyak wang untuk memanjakan anak-anak mereka dan membawa mereka ke cuti mahal kerana mereka rasa bersalah untuk tidak meluangkan masa bersama anak mereka.

Ibu Bapa Kuno

dating single mum

Ibu bapa yang buta huruf komputer lebih cenderung untuk generalisasi remaja sebagai pemberontak dan tidak terkawal, ia sangat berbahaya dan mudah untuk mengundang bahaya kerana anak mereka akan rasa ibu bapa mereka bodoh.

Ibu bapa kuno juga sering keliru dan ia mengecewakan anak mereka.

Ibu Bapa Rotan

Di Malaysia, penggunaan hukuman korporal masih sah di rumah dan di sekolah. Walaupun pelik, sekolah hanya membenarkan kanak-kanak lelaki disebat.

Tetapi sementara itu, banyak kumpulan kanak-kanak menentang hukuman sebat dan berharap amalan ini akan dihapuskan dalam masyarakat Malaysia.

Penyelaras program, Protect and Save The Children, B. Vijay, mahu hukuman korporal diharamkan kerana ia satu amalan yang berbahaya.

Walau bagaimanapun, banyak ibu bapa di Malaysia mengatakan bahawa mereka tidak bersedia untuk menghapuskan hukuman sebat lagi.

Ibu Bapa Tegas

Jika anda berada di Malaysia, maka anda berkemungkinan untuk mengikut gaya keibubapaan Asia ini. Siapakah yang lebih baik untuk memberi kita gambaran tentang keibubapaan harimau daripada penulis dan ibu harimau sendiri, Amy Chua.

Amy menulis 'Battle Hymn of the Tiger Mother', sebuah memoir mengenai teknik disiplin yang ketat beliau, yang dia digambarkan sebagai tradisional Cina.

Dalam buku itu, dia menjelaskan mengapa dia percaya gaya keibubapaan ini adalah "lebih bagus”. Ia adalah satu garis nipis antara disiplin dan penderaan.

Rencana dipetik daripada Cilisos.

The post 5 jenis ibubapa Malaysia, anda jenis yang mana? appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.

Breath Holding Spells – Perkongsian Si Ibu di FB tentang anaknya yang tidak sedarkan diri selepas menangis

$
0
0

Malang sememangnya tidak berbau. Itulah yang terjadi kepada Puan Zuraihan Selina Suharin baru-baru ini. Anak kecilnya, Janna, yang baru berusia 9 bulan kedengaran menangis di dalam bilik permainannya.

Beliau kemudian masuk ke bilik anaknya dan mendapat si kecil itu tertiarap di lantai, tidak begerak.

Source: FB Puan Zuraihan

Apabila diterbalikkan anaknya, Janna mula kelihatan biru. Dalam keadaan panik, beliau teringat tentang CPR (Cardiopulmonary Resuscitation). Segera dilakukan CPR kepada si kecil.

Di saat beliau sudah mula berputus asa, Janna tiba-tiba terbatuk dan menangis. Sebagai rawatan susulan, beliau membawa si kecil berjumpa dengan doktor.

Ketika inilah beliau tahu tentang gejala Breath Holding Spells.

Apakah Itu Breath Holding Spells?

Breath Holding Spells, ataupun gejala nafas terhenti atau tertahan untuk beberapa ketika, adalah satu perkara yang agak biasa terjadi pada kanak-kanak – sama ada kita sedar atau tidak.

Menurut Dr. Sarah Roddy, Profesor dari Sekolah Perubatan Universiti Loma Linda dari California, ia boleh berlaku pada kira-kira 4 ke 5% kanak-kanak.

Ia adalah situasi yang berlaku selepas anak kecil menangis dengan teruk di atas beberapa sebab seperti sakit, ketakutan, terkejut, lapar, atau marah, dan kemudiannya hilang sedar. Beberapa ketika selepas itu, anda akan mula perasan yang bibir atau wajahnya bertukar pucat dan biru.

Ada juga laporan yang menyatakan ia terjadi akibat kekurang zat besi (iron) dalam badan.

Adakah Gejala Breath Holding Spells Berbahaya?

Apabila membaca keterangan di atas, kedengaran seperti ia adalah sesuatu yang berbahaya kepada kanak-kanak, bukan?

Source: Youtube.com

Jangan risau, menurut Dr. Roddy, ia tidak berpanjangan. Selalunya, ia berlaku dalam masa seminit dua sahaja. Ia adalah sesuatu yang berlaku pada anak-anak dan di luar kawalan mereka.

Kebiasaannya, gejala nafas terhenti ini berlaku pada anak-anak pada usia 6 hingga 18 bulan, dan akan berhenti sendiri apabila dia mencecah usia 4 ke 7 tahun.

Bolehkah Gejala Nafas Terhenti Seketika ini Merosakkan Otak Anak Saya?

Tidak. Gejala nafas terhenti seketika ini tidak akan menyebabkan kerosakan pada otak. Ia juga bukan sejenis penyakit sawan.

Cumanya, apabila ia berlaku pada anak kita, ibu bapa pasti akan berasa panik. Pengalaman melihat anak kaku dan bertukar pucat boleh menyebabkan trauma pada ibu atau bapa.

Jika ia berlanjutan terlalu kerap dan menyebabkan anda tertekan, mungkin bantuan dari pakar terapi profesional atau kaunselor dapat membantu memberikan kekuatan mental buat anda.

Apakah yang Boleh Saya Lakukan Apabila Anak Terkena Breath Holding Spells?

Jika situasi ini terjadi pada anak anda, ada beberapa perkara yang anda boleh lakukan.

  • Pertama sekali, bertenang – Memang kedengaran senang, tetapi saya tahu tidak mudah untuk dilakukan. Namun, anda patut cuba. Bertenang dan cuba langkah yang seterusnya ini.
  • Baring dan mengerengkan anak di lantai – Ini dapat membantu mempercepatkan pengaliran darah ke kepala supaya dia lekas sedar. Selalunya, mereka akan mula sedar beberapa minit kemudian.
  • Lakukan CPR – Jika nafas yang terhenti secara automatik ini berlanjutan melebihi 3 minit, anda patut memulakan proses CPR – seperti yang dilakukan oleh Puan Zuraihan. Proses ini berbeza di antara bayi dan kanak-kanak. Jadi, pastikan anda belajar tentang ilmu CPR bagi kedua-dua kumpulan ini.

Dalam video di atas, kami kongsikan cara-cara melakukan CPR kepada bayi dan anak kecil. Perhatikan perbezaan pada kedua-duanya.

Jika anda berasa risau tentang keadaan anak anda, bawanya berjumpa dengan doktor segera. Mungkin ada rawatan perubatan yang boleh diberikan jika doktor anda merasakan yang ianya bersesuaian.

Pernahkah anda mengalami situasi panik seperti ini? Adakah anak anda cenderung kepada gejala nafas tertahan seketika seperti kisah yang dikongsikan di atas? Kongsi pengalaman anda di ruang komen supaya ibu bapa lain dapat mengambil manfaat dari perkongsian anda!

The post Breath Holding Spells – Perkongsian Si Ibu di FB tentang anaknya yang tidak sedarkan diri selepas menangis appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.

Bayi berumur 3 bulan meninggal akibat pernafasan tersekat oleh headband

$
0
0

Holly dan ibunya baru balik dari berjalan-jalan, dan Holly telah tertidur di dalam carry cot yang dibawa. Ketika itu, Holly sedang memakai sebuah headband yang berbentuk bow.

Memandangkan anaknya nyenyak tidur, ibu Holly terlupa untuk menanggalkan headband tersebut dan telah pergi mandi.

Aksesori rambut yang boleh menyebabkan Bayi Tercekik dan Lemas

Apabila ibu Holly sedar bahawa headband itu telah tergelincir dan menutup hidung dan mulut anaknya, ia sudah terlambat. Holly sudah tidak bergerak dan telah meninggal dunia. Siasatan telah menunjukkan Holly telah meninggal akibat lemas.

Leanne Wilson, bagi pihak ibu Holly, telah berkongsi tentang kejadian tersebut di Facebook, sebagai amaran kepada semua ibu bapa yang mempunyai bayi muda.

Walaupun ia adalah perkara biasa untuk memakaikan aksesori rambut seperti clip rambut dan headband yang comel pada bayi, ibu bapa perlu sedar ia boleh menyebabkan bayi tercekik dan lemas.

"Bayi dan kanak-kanak boleh tertelan, tersedut atau tercekik pada apa jua benda yang berada dalam jangkauan mereka. Ia adalah refleksi semula jadi untuk menggenggam dan memasukkan benda ke dalam mulut mereka. Sebaik sahaja benda itu masuk ke dalam mulut, mereka mungkin akan menghadapi kesukaran untuk mengeluarkannya.

Ibu bapa boleh mencegah risiko tercekik dan lemas dengan memastikan objek-objek kecil dijauhkan daripada jangkauan kanak-kanak di bawah umur tiga," katanya.

sumber: Pinterest

Pendapat Orang Lain

Sesetengah ibu telah memberitahu bahawa beberapa doktor pakar kanak-kanak telah berkata headband yang ketat tidak patut dikat pada kepala bayi kecil sehingga selepas tulang tengkorak bersatu. Elastik ketat yang sering dipakai boleh menyebabkan bentuk tengkorak yang pelik.

Dalam kes lain, seorang bayi telah menarik salah satu kelopak bunga pada headband yang dipakai, dan memasukannya ke dalam mulut. Ibu kepada bayi itu sempat menyelamatkan anaknya dari tercekik.

Kadang-kadang ia bukan disebabkan band elastik itu sendiri, tetapi bunga dan barang hiasan kecil-kecil yang dilekatkan pada headband, yang boleh memudaratkan.

Pastikan anda sentiasa menyemak aksesori yang dipakai anak, tidak menyesak pernafasan mereka dan tiada apa-apa yang terperangkap dalam mulut. Jangan sampai lupa untuk menanggalkan segala clip rambut dan aksesori rambut lain juga apabila mereka tidur.

 

Sumber: Mumslounge

The post Bayi berumur 3 bulan meninggal akibat pernafasan tersekat oleh headband appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.

Panggung Wayang Kanak-Kanak Dengan Taman Permainan?!

$
0
0

Anak anda penuh bertenaga, tidak mahu duduk diam dan cepat marah ketika menonton wayang? Jangan risau. Sekarang, anda tak perlu susah hati untuk bawa si kecil ke panggung wayang lagi.

Syarikat pawagam Cinépolis yang berpangkalan di Mexico telah mencipta satu inovasi baru lagi bijak! -- sebuah panggung wayang kanak-kanak dengan tempat duduk dan taman permainan. 

Betul! Tak percaya, anda boleh lihat gambar yang saya sertakan di bawah.

Kredit gambar: Cinépolis

Kredit gambar: Cinépolis

Seperti yang dilaporkan Variety, panggung wayang kanak-kanak ini diberi nama Cinépolis Junior. Pembinaannya adalah sebahagian usaha untuk memberi sebuah pengalaman baru di panggung wayang untuk ibu bapa dan kanak-kanak.

Antara alat permainan yang melengkapi taman permainan dalam inovasi canggih ini adalah slaid bersaiz 55 kaki, permainan berstruktur, bean bags, kerusi lounge yang tinggi dan banyak lagi.

Kanak-kanak berusia 3 hingga 12 tahun amat dialu-alukan di sini. Pengarah Eksekutif Cinépolis di Amerika Syarikat memberitahu The LA Times yang "inovasi ini dicipta untuk memberi rasa alu-aluan pada kanak-kanak dan buat mereka selesa."

"Ideanya adalah untuk memudahkan ibu bapa membawa anak-anak mereka menonton filem, sambil membenarkan mereka (kanak-kanak) berseronok." -- Adrian.

Kredit gambar: Cinépolis

Kredit gambar: Cinépolis

Panggung wayang biasa akan cuba mengehadkan gangguan dan bunyi bising. Namun, panggung wayang ini disertakan dengan taman permainan? Tak mustahil ke?

Semestinya tak! Sebab itu panggung wayang ini dinamakan sebagai "panggung wayang kanak-kanak". Ia dicipta khas untuk memberi pengalaman, membiasakan mereka dengan filem tanpa terlupa tentang elemen yang mereka suka.

Menurut pakar analisis filem box-office, Paul Dergarabedian -- usahasama ini mungkin akan dianggap mustahil dan tidak "menghormati" filem. Tapi, ia adalah senario yang mungkin paling sesuai untuk kanak-kanak melalui pengalaman menonton.

"Kanak-kanak bukan kira filem itu bagus atau tidak. Mereka mudah bosan dan bertenaga. Kita harus tangkap perhatian mereka dengan cara tersendiri," ulas beliau lagi.

Sebenarnya, pawagam kanak-kanak ini telah lama wujud di Mexico, Sepanyol, Costa Rica dan Guatemala. Akan tetapi, baru kini ia memasuki pasaran Amerika Syarikat.

Dua panggung wayang pertama yang akan memasuki pasaran Amerika adalah di Los Angeles dan San Diego. Kedua-dua panggung wayang tersebut membawa rekaan dalaman baru dan boleh menempatkan sehingga 133 tempat duduk.

Kredit gambar: Cinépolis

Filem mesra kanak-kanak akan ditayangkan sebanyak 5 hari seminggu. Ibu bapa boleh membeli makanan ringan kegemaran anak-anak mereka termasuklah bertih jagung berperisa Cheetos, Cili, Karamel dan Zebra.

Seronoknya kalau inovasi canggih seperti ini datang ke Malaysia! Bolehlah ibu bapa membawa anak mereka ke panggung wayang tanpa rasa risau. Lagipun, ada 17 filem animasi yang keluar akan tahun ini!

Filem animasi sesuai untuk kanak-kanak

Antara 17 filem animasi terbaru tahun 2017 adalah:

  1. The Lego Batman Movie (Feb)
  2. Rock Dog (Feb)
  3. Leap! (Mac)
  4. The Boss Baby (Mac)
  5. Smurfs: The Lost Village (April)
  6. Spark (April)
  7. The Nut Job 2 (Mei)
  8. Captain Underpants (Jun)
  9. Cars 3 (Jun)
  10. Despicable Me 3 (Jun)
  11. Blazing Samurai (Ogos)
  12. The Emoji Movie (Ogos)
  13. The Lego Ninjago Movie (Sept)
  14. My Little Pony (Okt)
  15. The Star (Nov)
  16. Coco (Nov)
  17. Ferdinand (Dec)

Apa, masih tidak pernah membawa anak anda ke wayang kerana risau dengan reaksi mereka? Jangan risau. The Asianparent ada menyediakan 7 tip untuk bawa anak tengok wayang buat pertama kali. Baca dulu, okay?

Marilah berhibur sambil merapatkan hubungan dengan permata hati anda!

Sumber rujukan: Cinépolis, Variety, Los Angeles Times, Comscore, dan Hollywood Reporter

 

The post Panggung Wayang Kanak-Kanak Dengan Taman Permainan?! appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.


6 Tips Untuk Mengimbangi Kerjaya, Keluarga Dan Kanak-Kanak

$
0
0

Mengimbangi kerjaya, keluarga dan kanak-kanak sangat memenatkan, tapi, jangan risau, berikut adalah beberapa tips untuk membantu anda menjadi lebih efisien untuk mengimbangi kerjaya, keluarga dan kanak-kanak anda.

Tips berikut telah dicuba dan diuji oleh ibu-bapa berkerjaya dan amat disyorkan.

Sediakan makanan anda terlebih dahulu

Suami saya dan saya akan sentiasa memasak makan malam dengan banyak, sebagai contoh, kita memasak keseluruhan pek Spaghetti untuk makan malam, untuk 2 dewasa dan anak lelaki kami yang berumur 1 tahun.

Bakinya akan dibungkus untuk makan tengah hari di pejabat dan makan malam untuk 3 hari seterusnya! Untuk variasi, anda boleh memasak 2 hari berturut-turut dan anda ada variasi untuk makan tengah hari dan makan malam.

Tip ini menyelamatkan saya banyak masa dan wang dan ia adalah mudah bagi saya kerana saya tidak kisah untuk memakan makanan yang sama untuk beberapa hari.

Galakkan anak-anak anda untuk berkongsi kerja-kerja rumah

Apabila saya dan abang saya membesar, ibu saya yang membahagikan semua kerja-kerja rumah kepada kami. Saya akan menyapu lantai dari Isnin hingga Rabu dan adik saya akan mop dari Isnin hingga Rabu.

Pada Khamis hingga Sabtu, dia akan menyapu lantai dan saya akan mop. Kami seterika pakaian seragam kita sendiri dan memasak makanan yang ringkas untuk diri kita sendiri selepas sekolah. Jadi, pada umur 8 tahun, kami agak berdikari.

"Mainan" selamat dan boleh dimakan untuk mengalihkan perhatian anak anda

Ibu bapa yang bekerja dari rumah, sentiasa perlu untuk mengalihkan perhatian anak-anak mereka kerana mereka harus bekerja. Salah satu cara kegemaran saya adalah Mainan doh Marshmallow. Ia senang dibuat dan ia boleh dimakan! Rasanya sedikit manis tetapi tidak sedap, jadi anak anda tidak akan makan semuanya.

Anda boleh membuat ia dengan meleburkan marshmallow, tepung jagung dan minyak kelapa dalam ketuhar gelombang mikro pada setting yang tinggi selama 30 saat dan gaul rata, tambah beberapa titik pewarna dan anda selesai! Anak anda akan seronok menarik, mengolek dan main dengan doh!

Menyanyi di dalam kereta bersama-sama

Jika keluarga anda sering membuat perjalanan jarak jauh dengan kereta, anda akan memahami bahawa ia menyusahkan untuk melancong dengan anak-anak kecil.

Tidak seperti bayi, yang akan tidur sepanjang perjalanan, kanak-kanak akan mempunyai masalah untuk duduk secara diam di dalam kereta walaupun untuk 1 jam.

Untuk menjadikan perjalanan anda lebih menyeronokkan, galakkan anak anda untuk menyanyi di dalam kereta dengan mummy dan daddy.

Nyanyian dalam kereta sangat bermanfaat kepada anak anda kerana ia menggalakkan keyakinan, komunikasi, perbendaharaan kata dan celik huruf.

Galakkan mereka untuk mengemaskan mainan mereka

Anak kecil saya hanya berumur 1.5 tahun dan dia rasa kerja rumah sangat menyeronokkan! Setakat ini, dia tahu bagaimana untuk mengemaskan mainannya sendiri dan suka membantu dengan pembersih vakum sejak dia melihat mama dan ayah beliau sentiasa mengelap dan membersihkan rumah, dia memang suka mengelap meja, kabinet dan tumpahan kecil di atas lantai.

Beliau berpendapat bahawa dia sedang membantu dan dia menikmati perhatian selepas melakukan kerja rumah. Untuk menggalakkan anak anda untuk melakukan kerja rumah, pujilah anak anda, walaupun ia tidak sebersih jika dilakukan oleh anda, pujilah dan berterima kasih kepada anak anda kerana dia sudi membantu anda.

Pujian anda akan meningkatkan keyakinan mereka dan mereka lebih cenderung untuk membantu anda pada masa depan.

Sebarkan kerja rumah

serikan rumah tangga

Ia mungkin senang untuk melakukan SEMUA kerja-kerja rumah pada hari Sabtu tetapi ia bukan idea yang baik kerana anda akan kehilangan satu hari untuk menghabiskan masa dengan anak anda.

Jika anda tinggal di rumah, dengan 2 anak-anak, dan tidak ada pembantu rumah, membasuh pakaian sahaja akan mengambil masa sehari suntuk, anda juga perlu menyapu, mop, seterika pakaian, mencuci tandas dan mungkin juga memasak. Mengapa tidak menyebarkan kerja rumah selama seminggu?

Sebagai contoh, mencuci pakaian pada hari Selasa dan Jumaat, vakum dan mop pada hari Khamis, mencuci tandas pada hari Rabu dan anda hanya perlu seterika pakaian pada hujung minggu.

Dengan kerja rumah anda tersebar dan anda dapat berehat pada hujung minggu dan meluangkan masa dengan keluarga tercinta.

Rencana dipetik daripada Cilisos.

The post 6 Tips Untuk Mengimbangi Kerjaya, Keluarga Dan Kanak-Kanak appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.

Hasil kajian 5 dekad menunjukkan memukul anak menyebabkan hasil yang sama seperti mendera

$
0
0

Earth based mom baru-baru ini telah berkongsi satu penulisan tentang kajian 5 dekad yang menunjukkan memukul anak menyebabkan hasil yang sama seperti mendera anak. Penulisan ini merujuk kepada satu artikel keluaran oleh Universiti Texas yang ada menyebut analis terbaru yang paling lengkap tentang asosiasi dengan memukul anak.

"Lebih banyak kanak-kanak dipukul, lebih cenderung mereka untuk menentang ibu bapa mereka serta akan meningkatkan perilaku anti-sosial, agresif, masalah kesihatan mental dan kesukaran kognitif, menurut satu meta analisis baru yang kajiannya sudah dijalankan selama 50 tahun oleh pakar di Universiti Texas, Austin dan Universiti Michigan."

Menurut kajian ini lagi, para penyelidik ada menjelaskan yang "Lebih banyak mereka dipukul, lebih cenderung mereka mempamerkan perilaku anti-sosial dan mengalami masalah kesihatan mental.

"Mereka juga akan lebih menyokong hukuman fizikal buat anak-anak mereka, di mana menerangkan lagi salah satu kunci mengapa sikap mereka terhadap hukuman fizikal di turunkan dari generasi ke generasi."

Memukul anak memang satu isu kontroversi di dalam dunia keibubapaan. Ada yang berkata, memukul anak itu wajar dan itulah yang menjadikan mereka manusia kini. Ya, ini memang betul. Tetapi, memukul anak berlebihan bukan caranya.

Malah, di dalam Islam sendiri menekankan tatacara menegur anak nakal dan memukul merupakan salah satu jalan terakhir. Bagaimana caranya mendidik anak yang nakal atau tidak mendengar kata menurut Islam? Ikuti perkongsian berikut.

1. Menegur dan menasihati dengan lembut dan baik

Ini merupakan salah satu cara yang sebenarnya paling berkesan dan banyak diamalkan oleh ramai ibu bapa. Cara ini juga sangat bermanfaat dalam membetulkan salah dan silap anak. Mengapa cara ini sangat disarankan Islam malah semua agama?

Kerana selain menunjukkan contoh yang baik pada anak-anak tentang bagaimana kita mengawal perasaan marah kita terhadap perilaku nakal mereka, mesej yang disampaikan dengan cara yang lembut lebih mudah diterima mereka.

2. Menunjukkan reaksi marah

Reaksi marah yang dikatakan ialah menunjukkan muka masam atau tidak berbicara dengan mereka untuk satu jangka masa yang pendek.

Ini akan membuatkan anak-anak sedar yang perbuatan mereka merupakan satu kesalahan dan anda tidak menyenangi perbuatannya itu.

Dengan tidak menegur mereka di dalam satu jangka masa yang pendek akan memberi mereka ruang untuk berfikir tentang kesalahan mereka.

3. Menggantungkan rotan di hadapan mereka atau memukul selain anggota badan anak

Di dalam erti kata lain, menunjukkan rotan di hadapan mereka atau memukul benda selain anggota badan anak seperti dinding atau kerusi.

Tujuan utama cara ini ialah bagi mendidik anak-anak agar mereka tahu yang kita sebagai ibu bapa tegas dan apa yang mereka lakukan itu salah.

Bukanlah mengajak ibu bapa mengugut anak-anak, namun hanya untuk menunjukkan yang kita sebagai ibu bapa tegas dengan yang salah tetap salah.

Memukul anak di dalam Islam

Ya, memang di dalam ada menyebut tentang memukul anak. Namun terdapat tatacaranya. Antara contoh larangan di dalam tatacara memukul anak di dalam Islam ialah;

  • dilarang memukul anak yang belum berupaya memahami sesuatu keadaan atau ajaran
  • dilarang memukul anak yang tidak sihat atau kurang keupayaan tubuh badan
  • dilarang memukul di dalam keadaan marah
  • dilarang memukul hingga mendatangkan kesan seperti lebam atau luka
  • dilarang memukul di anggota lebih tinggi dari betis (betis dan ke bawah sahaja).

Tiada agama yang menggalakkan kekasaran atau keganasan di dalam semua perkara apatah lagi dalam mencorak anak-anak yang umpama kain putih. Apa yang kita tunjukkan kepada mereka, itu yang pasti mereka ikuti.

Anda mungkin juga berminat membaca tentang bagaimana untuk mendisiplinkan anak tanpa perlu memukul; telah diuji sebanyak 5 kali

 

The post Hasil kajian 5 dekad menunjukkan memukul anak menyebabkan hasil yang sama seperti mendera appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.

Program Cuti Sekolah Mac 2017

$
0
0

Cuti sekolah telah pun bermula, adakah anda mahukan cuti sekolah yang bermakna untuk anak anda? Cuba tengok program-program cuti sekolah yang bakal mengisi masa dan membawa manfaat kepada anak-anak anda:

AMPAC

sumber: Program Cuti Sekolah

Program-program yang dijalankan:

  1. Zon Bahasa Inggeris
  2. Misi Bijak Berbicara
  3. Kemahiran Pelajar Cemerlang

Yuran pendaftaran adalah percuma, dan yuran penyertaan berbeza mengikut cawangan.

Sila hubungi: 03-89261297 atau 013-2719170 untuk maklumat lanjut atau layari: http://www.programcutisekolah.com/

Vision Meps: Program Motivasi dan Teambuilding di Johor

Program-program yang dijalankan:

  1. Program Khalifah Genius – Pengaktifan Otak Tengah Super. Layari: www.pengaktifanotaktengah.com
  2. Program Motivasi Kecemerlangan Pelajar 1 hari
  3. Kem SMART 3A (Akidah, Akhlak, Akademik) – Layari: http://visionmeps.com/kemcutisekolah

Untuk maklumat lanjut, hubungi talian telefon 013-7777019 / 07-2550393

sumber: http://pengaktifanotaktengah.com/

 

sumber: http://visionmeps.com

Kem Sekolah Jump Street

Anda sedang mencari aktiviti semasa cuti sekolah yang mencabar tetapi menghiburkan? Hubungi pejabat Jump Street Asia di 03-7969 1051 untuk maklumat lanjut.

* Kem ini terhad kepada 15 kanak-kanak yang berumur 5 tahun dan ke atas sahaja.

Kem Cuti Young Explorers di Mont Kiara

sumber: happygokl

Gimnasium hibrid yang menarik ini khas untuk kanak-kanak yang merangkumi Gim Gymnastics, Maze Adventure dan Playgroup jenis Montessori.

Ini adalah gimnasium yang menyumbang kepada perkembangan kognitif, fizikal dan kemahiran motor di bawah satu bumbung. Layari: www.youngexplorergym.com untuk keterangan lanjut.

EnerZ Taman Indoor Extreme

EnerZ adalah Tamn Trampolin Extreme Tertutup Terbesar Asia. Dengan lebih daripada 80,000 kaki persegi ruang, kami mempunyai pelbagai aktiviti (Trampolin, Gladiator, Meltdown, Wall Climbing, Children's Gut Builder, dan Program Edutainment) untuk semua peringkat umur.

Harga ticket masuk adalah RM58

Untuk maklumat lanjut Layari: https://www.facebook.com/Enerz.my/

Kem Cuti Wilderness Malaysia

Aktiviti selama 3 hari untuk kanak-kanak 12-17 tahun yang menyeronokkan sempena cuti sekolah pada 21, 22 & 23 Mac 2017. Setiap sesi memerlukan sekurang-kurangnya 10 peserta.

Program:
  • kayak dan keselamatan air
  • kem kraf tangan
  • alam semula jadi dan activiti berjalan kaki di kanopi
Layari Wilderness Malaysia untuk keterangan lanjut.

Kem Kraf Cuti Sekolah di Pusat Kreatif Kanak-kanak Tuanku Bainun, TTDI

Bengkel lukisan kraf yang menyeronokkan untuk kanak-kanak berumur 7-12 tahun untuk membuat lukisan kerjasama serta lukisan individu untuk dibawa pulang. Teknik yang bakal diajar diilham oleh Jackson Pollock dan Henri Matisse.
Hari: Khamis, 23 Mac 2017
Masa: 10:30am hingga 12.30pm
Yuran penyertaan: RM100
Layari Pusat Kreatif Kanak-kanak Tuanku Bainun untuk keterangan lanjut.

The post Program Cuti Sekolah Mac 2017 appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.

Mitos bersalin yang menyakitkan ianya tidak seperti yang dipercayai ramai wanita

$
0
0

Saya sendiri mengakui hal ini. Mitos bersalin yang negatif dan menyakitkan sangat banyak dan ianya memang menghantui mana-mana ibu hamil yang mendengarnya. Malah sebenarnya mitos-mitos ini memberi gambaran yang teruk.

Contohnya, kita sering kali mendengar cerita-cerita tentang bertapa lama dan sakitnya tempoh bersalin. Begitu juga cerita tentang bertapa banyak jahitan menyakitkan yang terpaksa diterima selepas bersalin.

Malah bukan sahaja semasa bersalin, selepas bersalin juga dipenuhi pelbagai cerita negatif tentang sakitnya menjalani pemulihan.

Bukan sahaja itu, terdapat juga cerita sebaliknya yang menceritakan tentang bagaimana seseorang itu kelihatan bersinar dan cantik semasa bersalin tanpa memerlukan bantuan seperti epidural.

Membuatkan, wanita yang bersalin dengan bantuan seperti epidural berasa tidak berjaya menjadi ibu yang sempurna kerana memerlukan bantuan ketika lahir.

Segala 'label' melalui cerita-cerita ini bukanlah sesuatu yang menyeronokkan untuk didengar lebih-lebih jika seseorang itu sedang hamil dan menanti masa untuk bersalin.

Dan saya rasa ini semua harus dilawan. Bukankah lebih baik jika kita sirami wanita-wanita hamil dengan kata-kata positif supaya mereka dapat memasuki dewan bersalin dengan rasa kuat dan yakin.

Kita tidak tahu sekuat masa kata-kata positif ini dapat membantu mereka nanti.

Seorang penulis dari United Kingdom, Milli Hill telah menulis sebuah buku yang bertajuk 'The Positive Birth Book' yang dikatakan penuh dengan informasi yang penting dan padu buat ibu hamil dan pasangan.

Buku tersebut dikatakan bukan sahaja menyenangkan, malah penuh dengan unsur jenaka juga.

Foto ehsan amazon

Buku ini menyarankan untuk ibu hamil memilih cara bersalin yang diingini dan berusaha untuk mencapai sasaran itu. Tidak kira sama ada di hospital atau di rumah, melalui bersalin biasa mahupun pembedahan caeserean, buku ini membantu anda mendapatkan proses bersalin yang terbaik untuk anda.

Buku seperti ini ialah apa yang ibu-ibu hamil dan pasangan mereka perlukan. Sesuatu yang positif dan membantu perjalanan kehamilan mereka. Kerana, sesuatu yang positif seperti hanya kata-kata positif boleh memberi impak yang besar.

Lihat sahaja eksperimen yang telah dijalankan oleh Dr. Masaru Emoto. Eksperimen beras yang popular sebagai cara beliau mendemonstrasikan tentang kuasa pemikiran positif (dan sebaliknya, kuasa pemikiran negatif).

Dr. Emoto telah meletakkan nasi ke dalam dua bekas. Satu bekas beliau menulis 'terima kasih' dan satu lagi 'anda bodoh'.

Beliau kemudian meminta kanak-kanak sekolah untuk mengucapkan ayat pada bekas dengan kuat terhadap nasi tersebut setiap hari. Selepas 30 hari, nasi di dalam bekas positif hampir tidak berubah, manakala di bekas negatif, ianya berkulat dan busuk.

Ianya jelas melalui eksperimen ini, membuktikan bagaimana sekecil-kecil perkataan positif boleh memberi perubahan yang besar dan begitu juga sebaliknya.

Jadi, mari kita terapkan untuk lebih banyakan ayat-ayat dorongan yang positif kepada ibu hamil bagi melawan mitos sakitnya bersalin.

The post Mitos bersalin yang menyakitkan ianya tidak seperti yang dipercayai ramai wanita appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.

Pengakhiran gembira buat peminat Beauty and the Beast

$
0
0

Kontroversi Beauty and the Beast yang baru-baru ini melanda dunia perfileman akhirnya mendapat pengakhiran gembira. Filem dari Disney yang dinanti-nanti peminat kini bakal ditayangkan di pawagam-pawagam seluruh Malaysia bermula 30 Mac.

Filem ini juga akan diklasifikasikan di bawah pengelasan PG13 (Kanak-kanak di bawah 13 tahun tidak dibenarkan menonton filem ini tanpa pengawasan orang dewasa).

Foto ehsan LPF

 

Kontroversi yang melanda filem Beauty and the Beast sebelum ini bermula selepas pengarahnya Bill Condon menyatakan yang watak LeFou yang dimainkan Josh Gad merupakan seorang gay.

Ia kemudiannya juga telah diharamkan di beberapa pawagam di Amerika Syarikat. Malah, Rusia telah melabelkan filem ini hanya boleh ditonton oleh mereka yang berumur 16 tahun ke atas sahaja.

Menurut laporan AFP, pengerusi Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPF), Datuk Abdul Halim Abdul Hamid berkata 'momen gay' yang merisaukan ialah tentang sebuah lagu menunjukan LeFou, di mana beliau "mengangkat bajunya dan menunjukkan kesan gigitan cinta (love bite) pada perut beliau".

Foto ehsan Daily Mail

Filem ini yang pada awalnya dirancang untuk ditayangkan pada 16 Mac lalu telah ditangguhkan dan telah mengecewakan ramai peminat filem tersebut.

Kemudian, menurut kenyataan pihak Lembaga Penapisan Filem (LFP), menyatakan yang mereka akan menayangkan filem muzikal fantasi tersebut selepas memotong beberapa babak yang dirasakan tidak sesuai dipertontonkan di Malaysia.

Foto ehsan worldbuzz

Walaubagaimanapun, pihak Walt Disney Co telah menegaskan mereka enggan memotong babak gay yang penuh kontroversi tersebut dan lebih memilih untuk tidak menayangkan filem Beauty and The Beast di Malaysia.

The post Pengakhiran gembira buat peminat Beauty and the Beast appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.

Viewing all 4985 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>