Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all 4986 articles
Browse latest View live

Pemandu Tidak Berhemah Hanya Akan Meninggikan Risiko Kemalangan Jalan Raya

$
0
0

Setiap kali kita membawa kenderaan, kita akan menghadapi risiko kemalangan jalan raya.

Sebuah video rakaman yang dimuat naik di Instagram oleh Tunku Khalsom Ibrahim (@khalsomsom) telah mendapat perhatian orang ramai dan media sosial.

Video berkenaan menunjukkan pemandu bas lelaki syarikat Darul Naim Express memandu dalam keadaan berbahaya, mengejar kenderaan Tunku Khalsom.

Ketika itu, ibunya yang membawa kenderaan pickup tersebut dan kedua-dua kenderaan sedang menuju ke Kuala Lumpur, di Lebuh Raya Karak, Pahang.

sumber: Facebook

Marah apabila kena hon

Pemandu bas yang memandu dengan laju telah mengejutkan semua orang di dalam kereta mereka. Ibu Tunku Khalsom telah membunyikan hon agar pemandu bas itu boleh memperlahankan permanduannya. Tetapi sebaliknya, pemandu itu telah membalas dengan menggunakan honnya pula.

Ibu Tunku Khalsom telah bertindak menjauhkan kenderaan mereka dari bas tersebut, memandangkan anak Tunku Khalsom yang berusia satu tahun bersama dalam kereta.

Situasi semakin mencemaskan apabila pemandu bas ekspres itu seolah-olah tidak berpuas hati dan bertindak mengejar kenderaan dipandu ibunya. Pemandu tersebut telah cuba beberapa kali untuk memotong kenderaan mereka.

“Dia langsung tidak memberi isyarat (ketika menukar lorong), dan telah tukar dari satu lorong ke lorong yang lain dengan meleluru" hujar Tunku Khalsom.

sumber: Facebook

Akhirnya pemandu bas samseng itu telah berjaya memintas kenderaan mereka. Ibunya telah memperlahankan kereta and berjaya menjauhkan diri dari pemandu bas ekspres itu selepas melepasi tol.

Video berkenaan telah mendapat perhatian pihak SPAD dan syarikat bas itu. Pemandu bas ekspres terbabit telah digantung kerja serta merta.

Pemandu yang berhemah untuk mengelakkan risiko kemalangan

Seringkali kita melihat situasi dimana kenderaan besar mengambil kesempatan dengan memandu seperti raja di jalanan tanpa menghiraukan keselamatan pengguna jalan yang lain.

Sebenarnya pemandu kereta juga tak kurang yang memandu secara merbahaya, memotong sesuka hati dan tidak menitikberatkan risiko kemalangan.

Orang Malaysia dikenali sebagai pemandu jalan raya yang ganas, tidak sabar, pentingkan diri dan tidak mematuhi undang-undang jalan raya.

Maka tidak hairanlah jika negara kita mempunyai kadar jumlah kemalangan yang tinggi terutama apabila tiba di musim-musim perayaan atau cuti panjang.

sumber: maryland

Walaupun ramai pemandu lain yang bersikap sabar, berhemah dan mematuhi undang-undang. Tetapi oleh kerana sikap segelintir ini, ramai yang marah dan rasa tidak puas hati.

Malangnya, ada yang akhirnya turut bertindak sedemikian. "Meluat betul dengan pemandu macam ni. Rasa nak buat balik je, biar dia rasakan."

Sebagai pemandu, kita perlu sedar yang kita kongsi gunakan jalan raya. Kita sepatutnya berusaha untuk menjadi pemandu yang berhemah dan bersopan santun. Kita boleh mengurangkan risiko kemalangan dengan mengikuti peraturan dan keselamatan jalan.

Jangan selalu ingatkan diri sahaja. Pemandu-pemandu lain mungkin seorang bapa, isteri, ataupun anak orang. Kadang-kadang, nyawa sekeluarga dalam satu kereta.

Jangan memandu secara membuta tuli dan bawa bersabar semasa di jalan. Berhati-hatilah di jalan raya, sepanjang cuti sekolah ini. Malang tidak berbau, sesal kemudian tiada gunanya.

 

Road rage: Family allegedly terrorised by bus driver

Road rage: Family allegedly terrorised by bus driverA bus has been captured on video, allegedly speeding recklessly and threatening to run a car with at least three passengers including a one-year-old child into a road divider along the Kuala Lumpur-Genting Highlands highway near here.The 51-second video, posted by Facebook user Khalsom Som on Sunday, also showed the driver of a red bus gesturing angrily at the driver of car when his vehicle drew abreast of them on the highway.In the video, the bus can be seen pursuing the car and weaving in and out between traffic on the three-lane highway.After the bus overtakes the car, the bus driver prevents them from moving forward by veering into their path on the rightmost lane.Khalsom said the harrowing ordeal took place on March 18 while she was returning to Kuala Lumpur from a wedding near Genting Highlands.She said she was approaching a two-lane tunnel when the bus bearing the license plate number WWU 5909 sped into the tunnel on the fast lane.Her mother, who was driving the car, then honked at the bus."He immediately started honking back as he flew into the left lane just ahead of us."Furious and concerned as we had my one-year-old baby in the car with us, my mother tried to 'get away'," she said.Khalsom said that after the bus overtook them, she told her mother to slow down as her baby was in the car."He drove right ahead of us, intermittently slamming on the brakes and did not allow us to get past him," she alleged, adding that the bus "tried to squash us into the divider."Khalsom said they finally lost the bus when they reached a toll plaza.The Land Public Transport Commission (SPAD) has since responded to her Instagram post and said that action was being taken against the bus driver."Notice 79 has been issued for dangerous driving," the Commission said, adding that the vehicle's permit has been revoked pending the investigation.SPAD also said it would be interviewing the bus operator and the complainant immediately.

Posted by Urban Lites on Monday, 20 March 2017

 

Sumber: Star, Mynewshub

The post Pemandu Tidak Berhemah Hanya Akan Meninggikan Risiko Kemalangan Jalan Raya appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.


13 Bukti Hubungan Seks Buat Wanita Makin Cantik

$
0
0

Semua wanita ada beberapa persamaan: suka pencuci mulut (sebab manis dan comel), suka clearance sale dan ingin sentiasa tampil muda, sihat dan cantik.

Sebab itu ramai yang sanggup melabur untuk perkara ini. Trend terhangat sekarang adalah trend kecantikan. Ada Sephora, gudang yang penuh dengan pelbagai produk (jika tak google nama produk, anda tak tahu ia wujud pun!)

Tapi, sebenarnya... anda tahu tak ada cara mudah untuk kekal muda, sihat dan jelita dalam satu pakej?

Ya, dengan hubungan seks! Tak percaya? Jom baca 13 bukti yang diulas doktor pakar tentang manfaat hubungan seks dalam membuatkan anda lebih cantik di bawah ini.

Lepas ini, kena praktis teknik godaan yang mampu menggugat nafsu suami, lah. Bukan untuk orang lain! Untuk kita kekal cantik juga, hehe.

Dr Mehmet Oz, doktor ternama daripada Amerika Syarikat mengulas

"seks satu jalan mudah untuk wanita kekal sihat, muda, dan cantik."

Mengapa? Kerana...

1. Kulit kekal muda dan sihat

Hubungan seks meningkatkan pengaliran darah. Oksigen akan lebih dipam membuatkan kulit anda akan kelihatan lebih cerah. Glowing, gitu!

2. Awet muda

Healthsite melaporkan seks boleh buat kedutan hilang dan... anda boleh jadi awet muda! Waktu bersetubuh, anda akan melepaskan hormon yang boleh mengekalkan keanjalan kulit. Bebas kedutan lagi.

Nikmat orgasm mampu buat kita kekal awet muda? Wow, bertuah sungguh!

3. Tingkatkan imun badan

Perumpamaan "an apple a day keeps the doctor away" mungkin patut tukar kepada "having sex keeps the doctor away!" Sebab apa?

Sebab lebih kerap anda melakukan hubungan seks, lebih banyak antibodi immunoglobin terhasil. Immunoglobin adalah antibodi badan yang melawan selesema dan jangkitan!

4. Payudara lebih pejal

Dr Michael Roizen, Pengarah Klinik Cleveland Roizen menjelaskan seks mampu buat payudara anda lebih pejal. Payudara anda boleh membesar sehingga 25 peratus, dan puting akan lebih tinggi setengah inci.

Tak perlu lagi push-up bra!

5. Rambut lebih berkilat

Cantiknya rambut hitam berkilat! Tak payah pakai minyak kelapa atau produk syampu yang mahal lagi. Seks pun boleh buat rambut anda lebih cantik!

Kajian menunjukkan "hubungan yang semua orang suka ini" menggalakkan penerimaan nutrien dalam badan. Setiap folikel rambut berhubung dengan saluran darah. Lebih banyak pengaliran darah (sebab seks) lebih berkilat rambut anda!

6. Kuku lebih sihat dan kuat

Hello, jangan lupa tentang kuku! Seks yang boleh buat anda awet muda ini juga boleh buat kuku lebih sihat dan kuat. Lepas ini tak payah pergi manicure berkali-kali.

7. Sexexercise

Gim? Memang taklah! Lagipun, Dr Roizen menjelaskan hubungan seks sama seperti anda bersenam Zumba! Bersenam atas katil lah nampaknya, selepas ini.

8. Meredakan stress

Hidup ini memang stress. Tapi ada bukti yang mengatakan seks mampu meredakan stress! Ia sebab hubungan seks boleh merendahkan tahap tekanan darah. Tak payah stress lagi, okay?

Kredit gambar: Pexel

9. Tiada lagi masalah muka

Masalah muka di sini adalah: muka berjerawat, kusam dan kering. Dan dengan seks, anda tak akan hadapi semua masalah ini lagi, pasti!

Tambahan lagi, hubungan seks yang aktif menggalakkan pengeluaran peluh. Ia bagus untuk menghapus kotoran dalam pori muka.

10. Bertindak sebagai pain killer semulajadi

Oxytocin, salah satu bahan kimia yang dilepaskan ketika bersetubuh meningkatkan endorfin dan mampu mengurangkan sakit kepala.

Seks juga mempercepatkan penyembuhan luka! Sebelum anda ke kabinet mencari ubat, apa kata cuba... quickie, dulu? Hehe...

11. Buang lemak badan!

Ini yang paling seronok! Hubungan seks mungkin tak mampu turunkan berat badan anda seperti senaman kardio, tapi ia mampu membakar kira-kira 170 kalori!

12. Orgasma meleperkan perut

Terima kasih kepada oxytoxin, anda boleh atasi masalah perut buncit!

13. Tidur dengan cukup

Semua orang tahu manfaat mendapatkan tidur yang mencukupi. Tapi satu perkara anda tidak tahu. Hubungan seks boleh membuatkan tidur anda lebih tenang dan mudah! Sebab itu suami pun tiada masa nak cuddle, terus tidur!

Semua kebaikan di atas belum termasuk dengan kebaikan hubungan seks kepada suami anda! Hakikatnya, hubungan intim yang aktif menghasilkan sperma yang lebih sihat, mengurangkan kanser prostat dan meningkatkan kesihatan jantung.

Macam win-win situation. Anda semakin cantik, suami semakin sihat. Pakej lengkap untuk hidup bahagia, tanpa melabur wang yang banyak!

Alamak, anda tidur dengan anak-anak (co-sleeping), macam mana nak "nakal-nakal" selalu? Siapa kata!

Jom baca panduan seks berguna untuk ibu bapa yang tidur bersama anak ini. Tiada alasan lagi mengapa anda tidak boleh kekal muda, sihat dan cantik!

 

Sumber rujukan: Healthsite, Your Tango, dan You Beauty

The post 13 Bukti Hubungan Seks Buat Wanita Makin Cantik appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.

4 Cara Kendali Anak Demam Selepas Suntikan Imunisasi

$
0
0

Imunisasi adalah salah satu cara utama untuk mencegah sebarang penyakit. Oleh sebab itu, bayi akan disuntik dengan imunisasi sebelum usianya masuk 1 tahun. Terdapat 9 jenis imunisasi yang wajib diberi kepada anak anda.

Akan tetapi, suntikan imunisasi sering mengakibatkan anak demam panas. Dan perkara ini merisaukan ramai ibu bapa.

Jangan risau ibu bapa semua. Kami akan berkongsikan 4 cara bagaimana anda boleh menangani masalah anak demam selepas diberi suntikan imunisasi.

Cara ini disyorkan oleh doktor pakar. Namun, sebelum anda mempelajari 4 cara ini, mari ketahui apakah kesan-kesan selepas imunisasi.

Kesan sampingan suntikan imunisasi

Immunisation Scotland berkongsi kesan-kesan sampingan yang biasa terjadi selepas suntikan diberi. Antaranya ialah:

  • bengkak
  • kemerah-merahan
  • sedikit ketulan kecil yang keras.
  • demam

Maka, demam adalah kesan sampingan normal selepas suntikan. Oleh itu, ibu bapa disarankan untuk tidak terlalu risau.

Dr Roliza Ibrahim, seorang doktor pakar kanak-kanak di DEMC Specialist Hospital Shah Alam mengulas

"Demam yang dialami selepas suntikan adalah disebabkan oleh reaksi badan terhadap suntikan."

Biasanya, kesan-kesan sampingan ini akan hilang dalam beberapa hari. Mereka akan meragam dalam tempoh 48 jam selepas suntikan. Jika mereka meragam, cuba:

  • tenangkan mereka
  • beri mereka minuman
  • bawa berjalan untuk hirup udara segar

Jika kawasan suntikan membengkak, demah dengan kain bersih selama lebih kurang 5 hingga 10 minit.

Cara tangani demam

Biasanya kanak-kanak memamg akan demam tapi tidak terlalu teruk.

Cuba lakukan perkara ini, jika si manja anda demam:

  1. Beri dia minum air yang banyak
  2. Jangan pakaikan mereka dengan pakaian tebal.
  3. Matikan pemanas haba dalam rumah
  4. Memberi makan ubat demam

Anda tidak perlu memandikan mereka dengan air sejuk atau menyapu badan mereka.

Dr Roliza menyarankan ibu bapa memberi ubat demam kepada anak 4 jam sebelum suntikan diberi. Anda boleh memberi lagi ubat demam selepas itu.

Pemberian ubat demam bergantung kepada usia anak anda. Jangan terlebih memberi ubat atau memberi ubat aspirin pula! Bahaya itu. Jika anda tidak pasti berapa dos ubat demam harus diberikan kepada mereka, cuba baca pautan pdf ini.

Dapatkan doktor jika...

Demam bukan bermaksud anak anda menghidapi penyakit serius. Sebenarnya, demam membantu sistem imun badan untuk melawan jangkitan.

Akan tetapi, menurut NPS Medicine Wise, dapatkan nasihat doktor pakar jika anak anda menunjukkan tanda-tanda berikut selepas demam:

  • berusia bawah daripada 6 bulan
  • demam lebih dari 2 hari
  • masalah menelan makanan/cecair
  • masalah pernafasan
  • leher seakan tegang
  • cahaya menyakitkan mata mereka
  • ada benjolan pada kepala bayi
  • terlebih mengantuk

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda!

Sumber rujukan: NPS Medicine WiseFDA Consumer Health Information, dan Immunisation Scotland

Baca juga: Fakta Penting Tentang Demam Bayi dan 5 Simptom Bahaya Ketika Demam Yang Tidak Harus Dihiraukan!

The post 4 Cara Kendali Anak Demam Selepas Suntikan Imunisasi appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.

Bapa Kepada Mangsa Penderaan Seks Dihukum Penjara 23 Tahun

$
0
0

Seorang lelaki berusia 42 tahun yang telah melakukan penderaan seks terhadap anak perempuan kandungnya, dijatuhi hukuman penjara 23 setengah tahun serta hukuman maksimum 24 sebatan rotan.

Mangsa didapati telah didera beberapa kali akhir tahun 2011 dan April 2014.

Penderaan seks bermula ketika gadis itu berumur 11 tahun. Kebanyakan penderaan itu berlaku apabila dia menggunakan komputer yang berada di bilik tidur ibu bapanya.

Bapanya akan memastikan pintu ditutup dan dikunci sebelum menyuruhnya untuk melakukan pelbagai perbuatan seksual.

Tangannya akan ditarik dan dia akan dipaksa untuk menyentuh bapanya. Setiap kali dia didera, penderaan seks itu akan meningkat menjadi lebih teruk.

Pada mulanya dia berdiam sahaja kerana takut keluarganya akan berpecah. Tetapi selepas didera lagi pada April 2014, dia telah memutuskan untuk memberitahu ibunya.

sumber : 23 WIFR

Tidak Mengaku

Lelaki itu enggan mengaku kesalahannya. Malah dia telah mengatakan ia adalah perkara yang mustahil, alasan keadaan zakarnya yang cacat akibat menjalani prosedur membesarkan zakar.

Dia didapati bersalah atas 10 tuduhan penderaan seks terhadap anak perempuannya:

  • 1 tuduhan melakukan perbuatan tidak senonoh dengan kanak-kanak,
  • 5 tuduhan mencabul kehormatan, dan
  • 4 tuduhan serangan seks dengan penembusan.

Apakah Kesan Penderaan Seks Kepada Kanak-Kanak

Kanak-kanak yang didera secara seksual akan berasa dirinya berbeza dengan kanak-kanak lain. Mereka akan rasa keliru dan emosi mereka akan sentiasa berubah.

Kadang-kadang mereka akan mengurung dan memencilkan diri kerana sukar untuk menceritakan tentang penderaan yang dialami. Mereka akan selalu berasa bersalah atau marah kerana rasa dirinya dibelot orang yang dipercayai.

sumber: Kickstarter

Yang sedihnya, ada diantara mereka yang tidak sedar mereka adalah mangsa penderaan seks. Pelaku telah "groom" pemikiran kanak-kanak ini bahawa apa yang mereka lakukan adalah perkara yang biasa.

Mereka akan menjadi rapat dengan pelaku dan takut kehilangan orang dewasa yang rapat dengan mereka, jika perbuatan mereka diketahui.

Kanak-kanak yang tidak bersalah ini, tidak tahu bagaimana untuk menghentikan penderaan seks. Ada yang berfikir merekalah yang menyebabkan masalah ini dan akan terus merahsiakan perbuatan pelaku.

Kita perlu sentiasa mengingatkan anak kita yang tiada orang dibenarkan untuk menyentuh kawasan aurat mereka, terutamanya kawasan payu dara, dubur, zakar dan faraj. Ajarkan perbezaan antara sentuhan yang betul, sentuhan yang tidak selesa, dan sentuhan yang salah.

Ajar mereka untuk katakan "TIDAK" dengan suara yang kuat jika seseorang telah menyentuh mereka dengan cara yang salah.

Tetapi perkara paling penting yang kita kena ingatkan:  Mereka perlu BERITAHU orang dewasa yang dipercayai jika seseorang telah melakukan perkara yang tidak senonoh kepada mereka.

Jika anda tahu atau mengesyaki siapa-siapa yang mangsa dera. Hulurkan pertolongan, atau hubungi Talian Nur.

Sumber: The Star, Women's Centre for Change

The post Bapa Kepada Mangsa Penderaan Seks Dihukum Penjara 23 Tahun appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.

Doktor Pakar di Mexico Berjaya Membuang Cyst Yang Sama Berat dengan 10 Bayi!

$
0
0

Baru-baru ini, gempar satu dunia akan berita tentang seorang wanita yang mengalami masalah cyst. Dan, ia bukanlah masalah cyst yang biasa-biasa. Ketumbuhan yang dialaminya adalah sama berat dengan hampir 10 orang bayi – 33kg!

Pada tahun lalu, seorang wanita dari Mexico yang baru berusia 24 tahun mula perasan yang beratnya semakin meningkat. Walaupun telah cuba untuk diet, tiada langsung perubahan berlaku.

Apabila berjumpa dengan pakar dan selepas membuat scan, barulah dia sedar yang dia mengalami ketumbuhan sista. Keadaan yang dialami oleh wanita terbabit semakin teruk apabila ia mula membesar sehingga mengambil 95% ruang abdomen badannya.

Komplikasi kesihatan yang dialami akibat masalah cyst

Malah, ia turut memberi tekanan kepada jantung dan beberapa organ lain. Aktiviti semudah bernafas, makan dan berjalan menjadi sukar. Malah, ada kebarangkalian untuk wanita terbabit mengalami masalah jantung.

Yang menariknya lagi, selepas wanita tersebut mula melakukan diet bagi mengurangkan berat badan, anggota tangan, muka, dan kakinya semakin mengecil, tetapi tidak di bahagian perut.

Pecah rekod: Ia cyst terbesar pernah dibedah secara keseluruhan

Doktor pakar yang membedahnya, Dr. Erik Hanson Viana, dari Hospital Besar Mexico, menyatakan yang ia adalah pembedahan cyst terbesar yang pernah dilakukannya.

Source: NYpost.com

Menurut beliau, cyst yang berjaya dikeluarkan itu mungkin yang terbesar dalam sejarah perubatan dunia. Ia dikeluarkan secara keseluruhan dan tanpa dipecahkan terlebih dahulu.

Menurut kajian rekod, cyst paling besar yang terakhir pernah dibedah adalah 145kg! Tetapi, ia dipecahkan terlebih dahulu. Sista ini direkod pada tahun 1902 dan mengambil masa beberapa hari untuk dikecutkan!

Menurut Dr Erik, kes wanita ini adalah satu keajaiban kerana penangguhan pembedahan, walaupun sebentar, mampu untuk meragut nyawanya

Keadaan wanita terbabit selepas pembedahan cyst

Source: NYPost.com

Walaupun pada mulanya wanita tersebut terseksa setiap kali mengambil selangkah dua ataupun berasa padat perutnya hanya selepas mengambil sedikit makanan, kini tidak lagi.

Dua hari selepas pembedahan, elok sahaja dia berdiri dan bergerak. Anggota abdomen juga mula mengecut.

Pemeriksaan susulan 6 bulan kemudian juga menunjukkan yang parut di perut telah sembuh dan disahkan sihat sepenuhnya.

Cara-Cara Mengelak Ketumbuhan Cyst

Daripada kes ini, kita boleh mengambil beberapa iktibar. Pertamanya, bersyukur atas kesihatan yang dikurniakan oleh Tuhan.

Kedua, jom kita ambil langkah proaktif bagi mengelakkan daripada perkara sebegini berlaku pada kita. Di sini, saya akan kongsikan beberapa cara untuk mengelak ketumbuhan cyst, endometriosis, dan penyakit peranakan yang lain.

Cadangan ini dibuat berdasarkan nasihat dan pandangan dari Pakar Sakit Puan, Dr. Hamid Arshat.

  • Kurangkan makan snek ringan atau junk food
  • Banyakkan makan buah seperti buah jambu batu, betik, tembikai, buah naga, epal hijau, anggur, delima, buah strawberi dan keroma
  • Makan sayur dan ulam. Elok dimakan mentah-mentah sebagai salad atau rojak. Untuk dressing salad, guna extra virgin olive oil
  • Ambil suplemen Vitamin C 1 gm sehari untuk menangkis penyakit dan Vitamin E 400 ke 800 IU sehari untuk meningkatkan imun badan
  • Dapatkan nasihat doktor dan ambil hormon progesteron tambahan jika perlu
  • Jauhi stress dan tekanan berlebihan
  • Banyakkan bersenam
  • Jauhi bahan kimia seperti racun rumpai, pewangi dari sumber kimia, dan asap kereta
  • Kopi dan teh patut dijauhi. Boleh ambil teh hijau sebagai alternatif.

Mulakan langkah pencegahan dari hari ini dan jom amalkan cara hidup sihat. Mencegah lebih baik dari mengubati, kan?

Sumber: Dailymail.co.uk

The post Doktor Pakar di Mexico Berjaya Membuang Cyst Yang Sama Berat dengan 10 Bayi! appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.

Surat Terbuka Si Suami Buat Isterinya Yang Menjaga Anak di Rumah

$
0
0

“Isteri kamu duduk di rumah jaga anak? Untungla…” Ramai yang beranggapan isteri yang duduk di rumah menjaga anak menghadapi hidup yang tenang dan mudah.

Yelah, mereka tidak perlu bergelumang dengan masalah kerja dan politik di pejabat…kan? Jika anda berfikiran begini, anda mungkin terlepas pandang akan lumrah sebenar menjadi suri rumah.

Tetapi, tidak bagi seorang suami ini. Suami kepada Kate Douglas menyedari dan menghargai beban kerja rumah dan cabaran menjaga anak setiap hari. Anda ingin tahu apa yang ditulis oleh suami Kate? Baca lebih lanjut.

Source: Kate Douglas di FB

Surat Terbuka Dari Si Suami buat Isteri yang Menjaga Anak di Rumah

“Selepas sepanjang hari bekerja di pejabat, tiada apa yang lebih seronok daripada punch card. Kadangkala, saya pulang ke rumah dan melihat keadaan isteri saya yang kepenatan, kecewa dan perit dengan cabaran menjadi seorang ibu.

Tidak seperti saya, dia tiada masa tetap untuk punch card di penghujung hari atau diberi ganjaran kerana kerja lebih masa, atau bonus atas setiap kerja dan usaha extra yang dia lakukan ketika di rumah.

Dia tidak mengumpul cuti sakit, cuti hujung minggu, atau cuti umum. Dia juga tiada cuti khas seperti pekerja lain.

Source: FB Kate Douglas

Pada tarikh 5 Mac 2011, dia mula bertugas sebagai seorang ibu (dengan kelahiran anak pertama) dan 8 Jun 2014, dia mula bekerja lebih masa (anak kedua).

Dua anak lelaki, ya, dua anak lelaki yang tidak pernah berhenti. Yang selalu mencabar tugasnya sebagai ibu, namun dia tidak pernah meminta kenaikan gaji atau mencari kerja lain.

Jadi, walaupun hari ini adalah hari yang sukar dan anda rasa tidak dihargai atau tidak pasti sama ada anda ada membuat sebarang perubahan positif dalam hidup anak anda, beginilah sebenarnya kehidupan anda (melalui kaca mata suami)…

Anak lelaki anda bangun tidur daripada katil yang empuk dan selesa yang anda telah siapkan dan kemas dengan penuh kasih sayang.

Mereka kemudiannya makan sarapan pagi, iaitu hidangan yang telah  anda rancang rapi seminggu awal ketika anda pergi membeli barang dapur.

Anda menyediakan bekal makan tengah hari untuk anak anda bawa ke pusat jagaan dan anda kemudiannya bertanya, “Cukup ke makanan ni? Berkhasiat tak makanan ni?” sambil si bongsu duduk bergayut di kaki sebelah lagi.

Anda menghantar si sulung ke pusat jagaan dan kemudian menghabiskan masa hampir sejam cuba menenangkannya kerana dia tidak mahu berada di situ. Anda memujuk sambil memberitahu yang ibu sentiasa ada di sisi.

Anda kemudiannya pulang ke rumah dan meluangkan masa dengan seorang lagi anak, kini berusia 2 tahun, berbual dan melatihnya menggunakan tandas. Anda mengajar si kecil anda untuk berubah daripada seorang kanak-kanak menjadi budak lelaki dewasa.

Anda kemudian menidurkannya pada waktu tengah hari supaya si kecil itu kembali bertenaga bagi menghadapi baki hari tersebut sambil menyedari yang anda sendiri tiada masa untuk berehat. Terlalu banyak urusan rumah yang belum selesai.

Selepas menidurkan anda, anda keluar semula menjemput si sulung dari pusat jagaan dan kemudian membawanya berjumpa doktor, bagi memastikan dia cukup sihat.

Anda juga memastikan mereka makan malam. Pada waktu itu, barulah anda ada peluang untuk berbual dengan orang dewasa (suami anda) selepas seharian menguruskan hal rumah dan anak-anak.

Jadi, apabila anda merasakan yang anda melalui hari yang sukar (dan ingin berputus asa), yang saya dapat lihat adalah seorang wanita yang tidak pernah bercuti sakit, tidak pernah berhenti menjadi ibu, tidak pernah meninggalkan keluarga pada saat sukar dan masih lagi mampu untuk tidur malam, walaupun anda tahu besok, anda akan melalui hari yang sama – semuanya sekali lagi.

Walaupun anda merasakan yang anda seorang ibu yang gagal atau tidak hebat, anda sebenarnya seorang insan yang sangat hebat di mata anak-anak kita dan kami sayangkan anda, di atas segala pengorbanan yang anda lakukan!”

Wahai Suri Rumah Sekalian, Anda Wanita Hebat

Terharu tak membaca surat di atas? Jika kita lihat dan baca semula surat itu, kita akan perasan yang kehidupan seorang ibu, yang duduk di rumah menguruskan rumah tangga dan anak, sibuk dengan hal urusan ahli keluarganya dan sangat sedikit berkenaan dengan dirinya.

Wahai suami dan anak-anak sekalian, hargailah pengorbanan isteri dan ibu anda! Dan, wahai suri rumah sekalian, ketahuilah bahawa anda adalah seorang wanita yang hebat – tiada cuti, tiada pencen, dan kurang rehat. Memang hebat!

Sumber: Country Living

The post Surat Terbuka Si Suami Buat Isterinya Yang Menjaga Anak di Rumah appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.

Ganja menyebabkan seorang lelaki membakar anak perempuan berusia 3 tahun hidup-hidup

$
0
0

Edward John Herbert, 42,  telah dituduh menuang minyak petrol ke atas kedua-dua anak perempuannya, dan menyalakan api yang membakar anak perempuannya yang berumur 3 tahun. Anak perempuan autistik seorang lagi yang berusia 7 tahun, adalah kakak kepada mangsa.

Kejadian tersebut telah belaku di Doubleview, di utara Perth, di negara Australia pada bulan Ogos 2015. Pada masa itu, Konstabel Stephanie Bochorsky tidak bertugas dan sedang menonton televisyen di rumah jiran apabila terdengar perbalahan antara Herbert dan pasangannya.

Terlalu Cantik

Herbert telah mengejar pasangannya dengan sebilah pisau dan mengancam untuk meletupkan rumah sebelum menyalakan api pada anak perempuannya atas sebab "dia terlalu cantik."

Stephanie telah menutup kanak-kanak yang terbakar tersebut dalam selimut, untuk memadamkan api. Dia telah melihat Herbert mencurahkan petrol ke atas anak gadis yang lebih tua di katilnya. Stephanie telah menyuruh Herbert untuk menjauhi anaknya, tetapi dia berdiri bercegat disitu dan tidak bergerak.

Stephanie berjaya mengheret anaknya yang lebih tua dari katil, dan bergegas keluar dari rumah.

sumber: abc.net.au

Pengguna Ganja

Pendakwa telah memberitahu mahkamah, Herbert adalah seorang pengguna ganja dan kaki botol. Herbert juga telah berkelakuan pelik dan dengan mood yang tidak stabil sebelum kejadian itu.

Menurut kenyataan mahkamah pasangannya, Herbert seolah-olah sedang bercakap dengan diri sendiri. Dia rasa takut dan telah cuba untuk menenangkan keadaan, tetapi Herbert telah memberitahunya "werewolf akan datang sebelum tengah malam," dan selepas itu, "saya akan membunuh anda."

Anak perempuannya telah mengalami luka terbakar yang teruk kepada 13% daripada badannya. Ibunya telah berkata dia boleh 'hidu bau daging yang terbakar' dan anaknya kelihatan terkejut, menjerit dan menangis kesakitan.

Bapa kepada tiga orang anak, kini menghadapi 5 tuduhan termasuk tuduhan mencederakan, tuduhan cuba mencederakan anaknya, tuduhan bersenjatakan pisau dan tuduhan menuang minyak petrol ke atas kedua-dua anaknya. Dia juga telah dihantar untuk penilaian kesihatan mental.

sumber: thesun

 

Ganja boleh menyebabkan Gangguan Bipolar dengan ciri-ciri Psikosis

Mengikut kajian ini, mabuk ganja boleh menyebabkan psikosis yang teruk. Keadaan orang yang sudah berpenyakit psikotik juga akan bertambah teruk.

Penggunaan ganja boleh menyebabkan orang itu depersonalization (keadaan di mana pemikiran dan perasaan seseorang seolah-olah tidak benar atau tidak milik sendiri, atau orang yang kehilangan semua rasa identiti), takut mati, rasa cemas yang tidak rasional serta idea-idea gila ketakutan.

Kajian telah melaporkan bahawa 15% daripada pengguna ganja telah mengalami ciri-ciri psikosis, seperti mendengar suara orang atau mempunyai perasaan penganiayaan yang tidak wajar.

Gangguan Afektif Bipolar

Herbert telah menulis surat kepada pasangannya dari penjara untuk meminta maaf atas kejadian tersebut. Herbert juga memberitahu pasangannya bahawa dia tidak dapat mengingati peristiwa yang berlaku pada 28 Ogos 2015.

"Mereka berkata saya mempunyai penyakit mental dan merokok ganja telah menjadikan keadaan saya lebih teruk." katanya dalam surat itu.

Doktor Steve Patchett telah memberitahu mahkamah, Herbert berkemungkinan telah mengalami gangguan afektif bipolar.

Dr Patchett berkata terdapat "bukti psikosis" pada hari dan malam kejadian itu, boleh dikaitkan dengan alkohol dan ganja yang digunakan oleh Herbert.

 

Sumber: ABC, Mirror

The post Ganja menyebabkan seorang lelaki membakar anak perempuan berusia 3 tahun hidup-hidup appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.

Isu Natasha Qisty: Sindrom Tall Poppy dan Pembulian Siber

$
0
0

Baru-baru ini keputusan SPM telah pun dikeluarkan dan media-media dipenuhi dengan pelbagai perkongsian tentang SPM. Tahniah buat semua yang berjaya menamatkan SPM anda.

Salah satu cerita SPM yang menjadi perhatian ramai ialah temu bual bersama adik Natasha Qisty Mohd Ridzuan yang memperolehi keputusan cemerlang 9A+ dalam peperiksaan SPM 2016.

Malangnya, ramai yang telah memandang negatif hasil temu bual bersama pelajar cemerlang itu dengan memberikan pelbagai komen negatif serta menyebabkan adik Natasha Qisty menutup akaun media sosialnya.

Puan Noor Afidah Abu Bakar yang merupakan Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK) telah mengulas sedikit tentang isu ini melalui akaun Parent Connect.

Antara komen negatif yang dikeluarkan:

 

Ulasan Puan Noor Afidah Abu Bakar tentang hal ini:

 

"ADIK NATASHA QISTY DAN SINDROM TALL POPPY.

Sudah lama saya mendengar tentang Sindrom 'Tall Poppy' yang sering diperkatakan di Australia ketika saya tinggal di sana lebih kurang 15 tahun lalu. 'Tall poppy' adalah bahasa slanga di Australia yang merujuk kepada orang yang berjaya.
Hari ini kita menyaksikan bagaimana Sindrom Tall Poppy ini berlaku di negara kita sendiri apabila adik Natasha Qisty Mohd Ridzuan yang memperolehi keputusan cemerlang 9A+ dalam peperiksaan SPM 2016 dikecam dengan hebat oleh segelintir netizen kerana penampilannya. Wajarkah?
Saya difahamkan adik Natasha menutup akaun media sosialnya kerana menjadi mangsa pembuli siber.

Ada dua isu di sini sebenarnya

1) Sindrom Tall Poppy
2) Buli siber (Cyber bullying).

Sindrom Tall Poppy (STP) ini bukanlah isu orang Melayu sahaja. Sindrom ini juga dikenali sebagai ‘The politics of envy’. Ia berkaitan dengan psikologi dan tingkah laku manusia yang tidak boleh melihat orang berdiri lebih tinggi daripadanya dan tidak senang melihat adanya 'tall poppies'. Orang yang berjaya akan diperlekehkan dan dibuli dengan kecaman-kecaman yang tidak berasas dan tiada kena mengena dengan kejayaan yang mereka capai.
Artikel ini ( http://theconversation.com/cutting-down-the-tall-poppies-fe… ) mendedahkan bahawa ada pelajar di Australia dibuli secara fizikal dan verbal sehingga mengalami gangguan mental dan emosi yang berpanjangan.
Adalah juga menjadi lumrah apabila dua ‘tall poppies’ dibanding-bandingkan oleh pengidap sindrom untuk membuktikan kebenaran hujah mereka yang tidak tercapai dek akal itu.

APA MASALAH PENGIDAP SINDROM TALL POPPY?

Menurut kajian yang dibuat di Flinders University of South Australia dan diterbitkan oleh Australian Journal of Psychology pada tahun 1989, mereka yang mengalami STP ini terdiri daripada mereka yang tidak meletakkan prioriti yang tinggi pada aspek kejayaan tersebut. Dalam konteks ini, mereka yang membuli adik Natasha tidak menjadikan akademik sebagai prioriti mereka sebelum ini.

Dalam kajian tersebut juga didapati STP ini banyak dihadapi oleh mereka yang mempunyai percaya diri (self esteem) yang rendah. Mereka merasa inferior. Percaya diri yang rendah boleh berlaku apabila kayu ukur yang digunakan untuk mengukur kelebihan seseorang adalah terlampau sempit. Ia bermula apabila orang dewasa hanya memfokuskan pada kelemahan anak, dan menghukum kelemahan tanpa mempunyai inisiatif dan keinginan untuk melihat pada kelebihan seseorang anak itu. Individu ini akan membesar sebagai seorang yang akan meneruskan tradisi yang sama.

Mereka mencapai kepuasan dengan merendah-rendahkan orang lain supaya 'tall poppy' ini berdiri sama rendah dengan mereka. Kelakuan yang sebegini akan mengurangkan kekecewaan mereka dengan diri mereka sendiri. Mereka lebih merasa puas jika dapat menyebarkannya kepada orang lain – di alam siber yang 'public'. Sedih bukan?
Mereka yang mempunyai percaya diri yang tinggi dan yakin dengan kelebihan yang dimiliki selalunya terhindar dari menghidap STP ini.

OLEH ITU :

1) Latihlah diri kita sebagai orang dewasa untuk melihat kelebihan yang dimiliki oleh seseorang anak dan pelajar supaya mereka juga berupaya untuk melihat kelebihan dan kejayaan orang lain tanpa iri. Allah itu Maha Adil, setiap anak mempunyai kelebihan masing-masing. Cari kelebihan tersebut, raikan kelebihan tersebut dan gunakan kelebihan tersebut bagi membantu mereka mengatasi apa saja kelemahan yang mungkin mereka miliki kerana manusia itu sifatnya tidak sempurna. Jangan menggunakan kelemahan seorang anak untuk menidakkan kelebihan mereka.

2) Latihlah anak-anak untuk mengagumi dan meraikan kelebihan rakan-rakan dan percaya bahawa mereka juga mempunyai kelebihan yang tersendiri.

3) Bimbinglah juga anak-anak supaya menjadi seorang yang berhemah dan bertanggungjawab di alam siber.

Selepas ini setiap kali apabila kita menyaksikan buli siber berlaku terhadap mereka yang berjaya dalam bidangnya seperti adik Natasha Qisty, tahulah kita bahawa ini adalah SINDROM TALL POPPY.

Tahniah diucapkan kepada semua yang mendapat keputusan peperiksaan SPM 2016 baru-baru ini. Ini adalah satu permulaan. Semoga menjadi individu yang boleh berbakti kepada keluarga, masyarakat dan ummah dengan kelebihan masing-masing.

Noor Afidah Abu Bakar
Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)"

Sindrom Tall Poppy

Seperti yang dikatakan oleh Puan Noor Afidah Abu Bakar, sindrom Tall Poppy ialah fenomena sosial di mana sesorang itu diserang, dikutuk dan dikritik hanya kerana beliau mempunyai pencapaian yang cemerlang.

Mereka yang mempunyai sindrom ini akan fokus kepada perkara yang tidak berkaitan dengan kejayaan individual itu dan memperlekehkan pada perkara lain.

Terdapat kajian menunjukkan mereka yang mempunyai sindrom Tall Poppy ini sebenarnya rasa tidak selamat dengan kelebihan orang lain. Dengan erti kata lain, mereka yang cemburu dengan pencapaian orang lain.

Pembulian Siber

Apa kaitannya sindrom Tall Poppy dengan pembulian siber? Disebabkan mereka dapat 'menyorokk' di belakang keyboard, maka, mereka menggunakan medium media sosial untuk menunjukkan rasa tidak puas hati mereka ini. "Keyboard warrior" salah satu terma yang sering digunakan sekarang.

Contoh di dalam hal ini, seperti apa yang berlaku pada adik Natasha Qisty. Tujuan temu bual ringkas itu untuk menunjukkan pencapaian beliau semasa mengambil keputusan SPM baru-baru ini, namun, ramai netizen memberi komen yang negatif tentang pemakaiannya, solekannya, cara percakapan dan cita-citanya untuk menjadi doktor.

Mungkin ramai yang tidak sedar atau pura-pura tidak sedar yang pembulian siber boleh memberi impak besar yang sangat teruk terhadap seseorang individual. Pernahkah anda baca tentang kisah Pembulian siber terus mengganggu seorang remaja di atas talian selepas kematiannyaTentang seorang remaja perempuan yang membunuh diri kerana pembulian siber.

Apa yang boleh kita lakukan sebagai ibu bapa?

Sebelum kita ingin membentuk anak-anak kita, kita harus pastikan yang kita tidak mempamerkan tingkah laku yang tidak elok ini kepada mereka. Barulah mereka dapat belajar dari contoh dan bukan sekadar kata-kata. Perbuatan lebih besar impaknya berbanding kata-kata.

  • pupukkan di dalam diri mereka untuk tidak iri hati dengan pencapaian orang lain. Serta sama-sama gembira dengan kejayaan rakan-rakan
  • jika anak anda menunjukkan tanda-tanda tidak menggemari kejayaan orang lain, bantu mereka mengatasi perasaan tersebut
  • fahamkan mereka yang setiap orang mempunyai keistimewaan sendiri termasuk diri mereka.
  • jangan membanding-bandingkan mereka dengan kejayaan orang lain
  • jangan merendahkan pencapaian mereka serta jangan tunjukkan yang anda kecewa dengan mereka

Semoga sindrom Tall Poppy dan pembulian siber tidak menjadi budaya kita. Semuanya bermula dari kita. Jika kita membanyakkan budaya positif, lama kelamaan, perkara yang buruk boleh ditenggelamkan.

Kepada adik Natasha Qisty, tahniah! Anda hebat. Semoga dapat mengabaikan segala komen negatif dan jadikan semua itu sebagai pemangkin untuk mencapai cita-cita 🙂

Foto ehsan Tracy Paper

The post Isu Natasha Qisty: Sindrom Tall Poppy dan Pembulian Siber appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.


Tips Untuk Mengelakkan Pemangsa Mencari Gambar Anak Anda

$
0
0

Kita hidup dalam era digital dan ramai ahli keluarga terdekat dan rakan-rakan tinggal jauh daripada kami, di negara-negara di seluruh dunia.

Walaupun mereka tinggal berdekatan, terlalu sibuk dengan kehidupan harian mengakibatkan (terutamanya dengan kanak-kanak), interaksi dan komunikasi menjadi jarang.

Disebabkan ini, pelbagai saluran media sosial seperti Facebook dan Instagram telah cepat menjadi platform yang ideal untuk ibu bapa untuk berkongsi gambar-gambar anak-anak mereka dengan orang tersayang, yang mungkin tidak dapat berjumpa dengan mereka selalu.

Media sosial adalah cara yang mudah untuk berkongsi gambar comel anak-anak kita, tetapi kebanyakan (secara ideal 'semua') ibu bapa tidak menyedari risiko menggunakan media sosial untuk tujuan ini.

Salah satu ancaman terbesar yang terlibat dalam berkongsi gambar-gambar anak-anak kita dalam talian adalah potensi pendedahan mereka kepada pemangsa.

Perkara yang menakutkan adalah bahawa pemangsa ini semakin celik dalam apa yang mereka lakukan - terdapat juga laman web yang mengajar penjenayah itu bagaimana untuk menutup jejak mereka.

Tetapi jika anda, sebagai ibu bapa, tahu apa yang dicari oleh pemangsa dalam gambar kanak-kanak untuk menggunakannya untuk tujuan sesat mereka sendiri, anda boleh memastikan anak anda selamat walaupun anda terus berkongsi gambar-gambar ini dalam talian.

Kita harus mendidik diri kita sendiri, ibu dan bapa! Berikut adalah apa yang pemangsa kerap mencari dalam talian:

#1 Lokasi

Klik, pos, klik, pos - mengambil gambar dengan telefon pintar adalah satu cara mudah untuk berkongsi gambar-gambar anak-anak anda.

Tetapi menurut sumber, "metadata tertanam secara automatik dalam foto yang diambil dengan telefon pintar dan beberapa kamera digital boleh diakses oleh pengguna-pengguna lain apabila anda meletakkannya di  laman web seperti Facebook. Metadata akan rekod foto dan tarikh, serta lokasi, menggunakan koordinasi geografi."

Ini bermakna bahawa  dengan menangkap satu gambar sahaja adalah mudah untuk kanak-kanak anda mendedahkan timbunan maklumat tersembunyi untuk pemangsa, begitu juga apabila anda menyatakan lokasi anda.

#2 Gambar jelas

Bayi tidak memakai baju atau separuh bogel adalah begitu comel. Ada sesuatu tentang bum-bum atau paha bayi yang membuat kebanyakan kita cair.

Dan sebagainya, ibu bapa yang tidak curiga, bangga dengan gulung bayi mereka akan menyiarkan gambar anak mereka, telanjang atau hanya dalam lampin, dengan kapsyen seperti "lihatlah ini gulungan Michelin!".

Ia hanya mengambil seorang untuk kongsikan gambar ini  di atas talian  dan gambar ini akan jatuh ke tangan seseorang yang juga menyukai gambar itu, tetapi untuk sebab-sebab yang berbeza.

Ibu dan bapa, walaupun anda menutup aurat bayi anda dalam gambar dengan muka smiley yang ditempatkan secara strategik, pemangsa boleh Photoshop ia keluar, dan photoshop dalam kemaluan, untuk membuat imej yang lebih 'menarik' untuk kesukaan mereka yang berfikiran kotor atau untuk keseronokan jahat mereka sendiri.

Begitu juga dengan gambar kanak-kanak yang lebih tua memakai pakaian mandi.

#3 Gambar tidak jelas

Pemangsa mempunyai fikiran yang dipintal. Apabila anda menyiarkan gambar gadis kecil anda berpakaian dan kelihatan sedikit lebih tua daripada usianya, pemangsa boleh memanipulasikan ia kelihatan seperti dia sedang mengambil bahagian dalam perbuatan seksual.

Pemangsa juga boleh menindih seorang dewasa yang terangsang pada gambar ini dan ia benar-benar mudah. Mereka boleh mengubahnya menjadi meme lucah dengan menambah teks lucah.

Kadang-kadang, kanak-kanak tidak perlu berpakaian untuk pemangsa merasa terangsang - dan akses pemangsa pada foto seperti ini bergantung kepada tetapan privasi anda.

Bagaimana untuk mengalahkan pemangsa dalam permainan mereka

Ilmu memberi kuasa dan dengan mengetahui bagaimana untuk mengalahkan pemangsa dalam permainan mereka sendiri memberi kuasa kepada anda, sebagai ibu bapa.

Simpanlah tips berikut:

  • Matikan geotagging telefon pintar apabila mengambil gambar anak anda. Ingat, ia mungkin bukan pemangsa yang berada jauh yang ingin tahu lokasi anda dan anak anda. Ia berkemungkinan besar adalah seseorang tempatan yang anda kenali. Seperti banyak kes penderaan seksual kanak-kanak, pelakunya seringkali bukan orang yang tidak dikenali, tetapi orang yang dikenali atau kenalan rapat.
  • Tiada gambar bogel kanak-kanak ... atau separuh bogel untuk gambar yang perlu disiarkan di media sosial. Jika anda perlu berkongsi gambar comel bayi anda, e-mel gambar atau hantarkan melalui mesej peribadi.
  • Berhati-hati dengan posisi anak anda dan ruang dalam foto. 'Duck face' bersama anak anda mungkin menyeronokkan tetapi ia mungkin dilihat sebagai lucah dan tidak senonoh oleh pemangsa. Satu gambar gadis kecil memakai rantai dan bersolek seperti ibunya yang mempunyai ruang kosong bersebelahan dengan kanak-kanak itu, boleh diubah untuk mempunyai seorang dewasa yang terangsang.
  • Menukar tetapan privasi anda supaya gambar anda tidak boleh disiarkan secara terbuka di laman Facebook. Ingatlah untuk memeriksa imej atau post itu hanya boleh diakses oleh 'kawan' dan bukan 'rakan kepada rakan anda'. Walaupun anda diberitahu oleh platform media sosial apabila pos anda telah dikongsikan oleh seseorang, ini tidak berlaku dengan screenshot, jadi anda tidak akan tahu jika seseorang screenshot gambar anak anda. Ini merupakan satu lagi sebab untuk anda menyemak tetapan privasi anda hari ini.

Ibu bapa, artikel ini bukan bermaksud untuk membuat anda paranoid atau berhenti berkongsi imej-imej indah anak-anak anda.

Tujuannya adalah untuk memberi pengetahuan dan maklumat yang diharapkan akan meningkatkan kesedaran mengenai bahaya-bahaya pemangsa dalam talian, dan bagaimana anda boleh mengambil tindakan berjaga-untuk menangani pemangsa kanak-kanak.

Rencana diterjemahkan daripada The Asian Parent Singapore.

The post Tips Untuk Mengelakkan Pemangsa Mencari Gambar Anak Anda appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.

YA TUHAN! Budak kecil menaiki skuter dilanggar teksi di Singapura!

$
0
0

Kemalangan mengejutkan

Kami melihat video ini di Roads.sg, kemalangan yang berlaku di Punggol, beberapa hari lepas. Seorang budak lelaki dilihat telah melintasi di seberang jalan di menggunakan skuter sepakan beliau, di lintasan trafik, seolah-olah tidak sedar bahawa lampu sudah bertukar hijau untuk kereta untuk meneruskan.

Kanak ini begitu pantas telah bertembung terus dengan teksi yang datang dari arah bertentangan.

Apa yang berlaku seterusnya adalah di luar bidang penglihatan kamera kereta. Tetapi kita berharap dan berdoa bahawa budak ini baik-baik saja, dan tidak mengalami kecederaan serius. Tontonilah video berikut:

OMG. Parents, please take care of your children when crossing the road. Never leave them unattended. Happened a few days ago in Punggol. Hope child is okay!Boon Hui

Posted by ROADS.sg on Monday, 20 March 2017

Banyak penumpang cemas dilihat keluar dari kereta mereka untuk membantu. Kita juga melihat kanak-kanak itu sedang diangkat oleh seorang dewasa (bapanya?).

Pengguna media telah menyatakan kemarahan mereka pada cara yang cuai kanak-kanak ini telah dibenarkan untuk menyeberangi jalan tampa diselia oleh seorang dewasa. Ada juga yang telah menyalahkan pemandu teksi kerana tidak menekan brek dengan cepat.

Untuk berlaku adil, mungkin anak itu tidak memberi perhatian kepada arahan ibu bapanya? Dan pemandu teksi tidak sedar oleh skuter yang dipandu laju yang datang secara tiba-tiba?

Mengajar peraturan keselamatan jalan raya kepada kanak-kanak

Kejadian ini mengingatkan kita mengapa pengajaran peraturan keselamatan jalan raya untuk anak-anak kita adalah WAJIB. Kita perlu memulakan latihan mereka dari kecil, dan mengukuhkan peraturan ini. Berikut adalah beberapa asas setiap kanak-kanak perlu beri perhatian:

  • Mencari 'orang hijau' di lintasan pejalan kaki: Kanak-kanak perlu memahami bahawa jika 'orang hijau' tidak dihidupkan, dia tidak boleh menyeberang jalan. Jika kanak-kanak itu terlalu muda untuk memahaminya, pegang tangannya (dan janganlah sekali-kali melepaskan tangannya) ketika melintas jalan.
  • Melihat ke kanan, melihat kiri, melihat ke kanan lagi ketika melintas jalan: Walaupun ada seorang lelaki hijau, dan walaupun mereka lintasan pejalan kaki. Ia adalah sentiasa lebih selamat untuk memeriksa jalan adalah selamat untuk dilintasi beberapa kali Terdapat begitu banyak contoh di mana kereta terlalu sibuk untuk memberi laluan kepada pejalan kaki; mengajar anak anda untuk melihat ke kiri dan kanan sebelum melintas membantu anak anda di mana sahaja dia pergi.
  • Jangan melintas jalan sesuka hati: Banyak masa kita terdorong untuk melintas jalan begitu sahaja, untuk menjimatkan beberapa minit masa kita. Kanak-kanak belajar daripada kami, jadi jika mereka melihat kita melintas jalan ketika trafik masih lagi berjalan, kemungkinan besar mereka akan terdorong untuk melakukannya apabila mereka bersendirian. Satu langkah yang salah boleh menyebabkan nyawa mereka.
  • Mengangkat tangan anda ketika menyeberang jalan: Meningkatkan tangan anda membolehkan pengguna jalan raya untuk menyedari bahawa seseorang itu sedang melintas. Ini terutamanya penting bagi anak-anak kecil, kerana mereka mungkin berada di bawah garis penglihatan pengguna jalan raya.
  • Jangan sekali-kali menggunakan skuter sepakan anda di jalan raya: Sepakan skuter tidak dibenarkan untuk digunakan di jalan raya. Walaupun di lintasan pejalan kaki, LTA mengesyorkan bahawa anda menolak mainan itu.
  • Berjalan di laluan pejalan kaki.
  • Jangan menyeberang di selekoh jalan: Elakkan melintas di selekoh jalan kerana pandangan anda dihalang buat sementara waktu. Anda tidak akan dapat melihat kenderaan dari arah depan, dan mereka tidak boleh melihat anda. Sentiasa menyeberang dari kawasan di mana anda mempunyai pandangan yang penuh dengan lalu lintas.

Rencana diterjemahkan daripada The Asian Parent Singapore.

The post YA TUHAN! Budak kecil menaiki skuter dilanggar teksi di Singapura! appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.

Doktor Pakar Minta Semua Ibu Bapa Berhenti Buat 8 Perkara Ini!

$
0
0

Ya betul. Proses keibubapaan bukan datang dengan buku panduan. Oleh sebab itu, ramai ibu bapa masih terkapai-kapai dan perlu menyelesaikan masalah tentang anak mereka dengan sendiri.

Kadang, ibu bapa akan mendapatkan nasihat dari sumber, seperti: dari kawan, internet atau ibu bapa mereka. Akan tetapi, semua sumber ini mungkin tidak memberi maklumat yang tepat dan terkini.

Sebab itu ibu bapa akan lebih kerap berjumpa doktor pakar. Doktor pakar banyak membantu dalam bermacam hal. Tapi, ada sesetengah perkara yang doktor pakar harap semua ibu bapa boleh berhenti buat. Perkara-perkara tersebut tidak berfaedah kepada ibu bapa malah anak mereka juga!

Dr Bill Bush, doktor pakar kanak-kanak dari Helen DeVos Children's Hospital telah berkongsi 8 perkara yang harus ibu bapa berhenti buat menerusi laman web Parents.

Mari baca apa nasihat yang telah diberi!

#1 Berhenti cakap anak demam bila dia sejuk

Anda tidak boleh mendiagnosis demam hanya melalui sentuhan atau meletakkan bibir anda pada dahinya.

Kadang-kadang bila anak demam, ibu bapa akan mudah risau. Lebih-lebih lagi jika anak tersebut masih kecil dan belum diberi suntikan vaksin. Tapi, demam adalah perkara bagus untuk anak. Ia bermaksud badan sihat sedang melawan jangkitan.

Apa patut anda buat: Demam harus diukur dengan termometer dengan suhu 1oo.4 darjah ke atas.

#2 Berhenti diagnosis anak dari "kajian" anda dapat dalam Google

Ya, Google padat dengan pelbagai maklumat. Sebab itu ia jadi lokasi pertama semua ibu bapa pergi, apabila mereka panik melihat tanda-tanda sesuatu pada anak mereka. Tapi bila anda bawa segala "kajian" yang anda baca kepada doktor, mereka akan lebih serabut.

Kredit gambar: Pixabay

"Ada ibu bapa suruh saya baca sesetengah laman web sebab mereka pasti anak mereka ada penyakit X, Y, atau Z. Saya harus menjalankan tugas untuk periksa anak mereka. Tapi semua diagnosis berdasarkan pemeriksaan perubatan, bukan dari internet," ujar Dr Bush.

Apa patut anda buat: Jangan panik, biar doktor buat kerja mereka. Cuba baca maklumat kesihatan dari laman web yang boleh dipercayai seperti American Academy of Pediatrics.

#3 Berhenti datang temu janji dengan doktor tanpa persediaan

Anda mungkin dibelenggu dengan pelbagai soalan. Tapi anda lupa untuk bertanya pada doktor ketika temujanji kalian. Sebab itu, anda kini semakin keliru.

Apa patut anda buat: Catat semua soalan yang ingin ditanya. Rekod rakaman jika anda ingin menunjukkan "sesuatu" yang tidak kena tentang anak anda.

#4 Berhenti ke Wad Kecemasan untuk semua perkara

Menurut Dr Bush lagi, hanya pergi ke Wad Kecemasan jika ia benar-benar diperlukan, atau anda melalui kecemasan terlampau. Hal ini sebab kadang-kadang, ibu bapa hanya panik atas perkara kecil.

Apa patut anda buat: Hubungi doktor peribadi sebelum ke wad kecemasan. Atau pergi ke pejabat doktor pakar keesokan harinya (selepas kejadian).

#5 Berhenti minta antibiotik

Memang semua ibu bapa mahu anaknya sihat dengan cepat. Tapi antibiotik bukan jawapan untuk semua perkara. Sesetengah jangkitan bakteria mungkin memerlukan antibiotik, tapi bukan penyakit seperti selesema dan batuk.

Kredit gambar: Pixabay

Lagipun, jika antibiotik diberi secara berlebihan, bakteria yang mampu menangani antibiotik pula akan terhasil. Lagi susah!

Apa patut anda buat: Jika anak anda selesema dan batuk, cuba beri masa untuk ia sembuh sendiri. Atau anda boleh guna cara semulajadi untuk merawatnya!

#6 Berhenti tidak mahu beri vaksin atau minta vaksin ditangguhkan

Sesetengah ibu bapa tergesa-gesa untuk mendapatkan ubat. Tapi ada sesetengah lagi enggan memberi vaksin pada anak mereka. Malahan, ada juga ibu bapa yang risau jika vaksin diberi terlalu banyak, lalu meminta jadual vaksin ditangguhkan.

Vaksin terbukti mampu mencegah penyakit. Menurut Dr Bush, jika mana-mana ibu bapa melambatkan proses pemberian vaksin, kanak-kanak tidak akan dilindungi dalam tempoh yang panjang. Ini membahayakan!

Apa patut anda buat: Jangan tangguh pemberian vaksin atau tidak ingin memberi vaksin pada anak anda!

#7 Berhenti salahkan anak selesema sebab tak pakai baju

Anak selesema sebab tak pakai baju adalah satu mitos. Jadi, tak payah lagi susah-susah untuk menyalahkan anak anda.

Virus selesema terjadi kerana penyebaran kuman. Kanak-kanak akan cenderung memegang semua benda. Selepas itu mereka memegang mata, hidung dan mulut mereka. Hal ini yang menyebarkan kuman.

#8 Berhenti guna pemutik kapas (cotton bud) untuk cuci telinga anak anda

Anda tahu Q-tip atau pemutik kapas tidak bagus untuk mencuci dan mengorek telinga, kan? Pemutik kapas akan menolak taik telinga masuk lebih dalam dan susah untuk dibawa keluar.

Apa patut anda buat: masukkan sedikit air dalam telinga anak anda ketika mandi. Lembapan akan membantu taik telinga lebih lembut dan mudah untuk dikeluarkan.

Kredit gambar: Pixabay

Kami tahu -- anda hanya ingin menjadi ibu bapa yang terbaik untuk anak anda. Oleh sebab itu, kami tidak pernah menghukum. Akan tetapi, mari kita guna nasihat daripada doktor pakar ini untuk memudahkan kehidupan, okay?

Lagipun semua nasihat ini adalah benar.

Sumber rujukan: Parents dan Helen DeVos Children's Hospital

The post Doktor Pakar Minta Semua Ibu Bapa Berhenti Buat 8 Perkara Ini! appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.

Adakah Bekas Plastik Anda Selamat?

$
0
0

Pernahkah anda perasan simbol kitar semula yang terletak dibahagain bawah setiap bekas plastik anda?

Terdapat 7 kategori plastik, masing-masing dengan kegunaan yang berbeza dan ciri-ciri keselamatannya tersendiri. Sebagai pengguna, ia adalah penting untuk memahami perbezaan diantara 7 kategori ini.

Ya, ia adalah benar: bahan kimia dari botol dan bekas plastik boleh bocor dan bercampur dengan isi kandungannya. Apabila kandungannya seperti makanan atau minuman, dimakan, bahan kimia ini akan meresap ke dalam badan kita.

Inilah sebabnya ramai ibu telah disyorkan membeli botol susu yang BPA Free, dan ada pula yang telah menukarkan semua botol susu anak mereka ke jenis gelas.

Jadi mari kita berbincang mengenai plastik hari ini. Kenali jenis bekas atau botol yang hanya boleh dipakai sekali sahaja dan mana yang selamat untuk digunakan untuk membawa bekal makanan anak kesayangan.

sumber: Youtube

 

 Polyethylene terephthalate (PET atau PETE atau polyester)

PET banyak digunakan untuk membuat bekas kegunaan rumah seperti botol (air, minuman ringan, jus, pencuci mulut, salad dressing), botol mentega kacang dan botol jem.

PET sebenarnya jenis plastic yang tidak tahan panas. Bahan kimia antimony boleh bocor apabila cecair ditinggalkan dalam bekas PET untuk masa yang lama dan dalam kawasan yang bersuhu panas(dalam kereta di bawah matahari terik).

Ramai menganggap PET plastik yang agak selamat digunakan. Jika anda menggunakannya, pastikan ia jauh daripada haba dan agap ia sebagai bekas pakai buang.

sumber: onegreenplanet.org

 

 High density polyethylene (HDPE)

HDPE biasanya digunakan untuk beg plastik runcit, botol susu, air dan jus yang legap, botol peluntur, bahan pencuci dan syampu, beg sampah, pinggan mangkuk, bekas yogurt dan marjerin, pelapik kotak bijirin serta beberapa botol ubat.

Sebagai jenis plastik yang agak stabil, ia dianggap lebih selamat untuk menakung makanan dan minuman. Beberapa kajian telah menunjukkan HDPE boleh membocorkan bahan toksik endocrine disruptor nonylphenol apabila terdedah kepada cahaya UV seperti cahaya matahari. Tetapi secara keseluruahan ia masih plastic yang agak selamat digunakan.

Makanan yang tidak panas selamat disimpan dalam bekas jenis HDPE. Tetapi ia tidak selamat untuk digunakan untuk menyimpan bahan makanan, jika kandungan asalnya bukan makanan atau minuman.

 

 Polyvinyl chloride (V or Vinyl or PVC)

 

Sumber: gizmodo

 

PVC yang telah dilembutkan dengan plasticizers, biasanya digunakan dalam mainan kanak-kanak, bekas tapau makanan yang jelas, clingwrap, botol minyak masak , tirai mandi, beg darah dan tiub perubatan.

Ia juga digunakan sebagai kain pelapik sofa dan alas belakang untuk permaidani. Kajian menunjukkan plastik jenis ini sangat merbahaya.

Ia mungkin mengandungi atau boleh membocorkan pelbagai bahan kimia toksik termasuk: Bisphenol A (BPA), phthalates, plumbum, dioksin, merkuri, dan kadmium.

Jauhi dari menggunakan bekas yang diperbuat dari plastik ini.

 

 Low density polyethylene (LDPE)

LDPE banyak digunakan dalam barang kegunaan rumah dan plastik ini jenis yang stabil dan selamat digunakan untuk menyimpan makanan. Ia juga sama seperti HDPE  dan boleh membocorkan bahan toksik endocrine disruptor nonylphenol apabila terdedah kepada cahaya UV.

Ianya juga jenis plastik yang sukar untuk di kitar semula.

 

 Polypropylene (PP)

sumber: Mind - Body - Soul

PP digunakan dengan cara yang sama seperti LDPE, tetapi PP adalah lebih keras dan tahan panas - jadi ia sering digunakan untuk menyimpan makanan panas.

Ini mungkin pilihan yang paling selamat apabila ibu bapa sedang mecari bekas bekal untuk si manja. Jika nak juga menggunakan bekas plastik, pastikan bekas comel yang telah dibeli, adalah jenis PP.

 

 Polystyrene (PS)

Beberapa negeri di Malaysia sudah mengharam penggunaan Polystyrene. Jelaslah kita harus berhenti menggunakan semua perkakas yang dibuat dari plastik ini. Ia boleh membocorkan styrene, yang merupakan toksin otak dan sistem saraf dan berkemungkinan boleh mengakibatkan kanser.

 

 Other (O) - Plastik lain-lain

Penggunaan polikarbonat telah semakin berkurangan kebelakangan ini, disebabkan oleh masalah kesihatan yang berkaitan dengan Bisphenol A (BPA).

Plastic jenis ini biasanya digunakan untuk membuat botol susu bayi, cawan sippy, beg ketuhar untuk baking, resit kertas yang tidak menggunakan karbon, kanta kaca mata dan pengedap pergigian.

 

Penutup

Sentiasa belikan produk yang lebih selamat untuk bayi yang lebih sihat.

Jauhkan semua plastik dari sumber haba yang panas dan jangan panaskan makanan dalam bekas plastik walaupun ia selamat digunakan di ketuhar gelombang mikro.

Buangkan semua bekas-bekas lama yang mempunyai kesan calar. Pilihlah untuk menggunakan bekas kaca atau bekas keluli tahan karat(stainless steel) untuk menyimpan makanan. Ia adalah pilihan yang lebih selamat and bekas-bekas ini boleh diguna semula berkali-kali.

 

Sumber: Life Without Plastic

The post Adakah Bekas Plastik Anda Selamat? appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.

5 Tip Penting Dari Doktor Pakar Untuk Kehamilan Yang Sihat

$
0
0

Serabutnya ketika dalam proses kehamilan ini. Memang dengan bantuan teknologi, semua maklumat boleh diperoleh. Tapi, sebab banyak sangat maklumat, semua benda seakan bercanggah di antara satu sama lain.

Hal ini buat ibu hamil semakin keliru! Kan seronok jika ada tip mudah untuk mendapat kehamilan yang sihat dari doktor pakar.

Sebab itu saya ingin kongsi 5 tip untuk kehamilan yang sihat dari Dr Sears ini!

Doktor William Sears adalah doktor pakar kanak-kanak dan profesor klinikal yang terkenal kerana kewibawaannya. Beliau telah menulis hampir 30 buku tentang keibubapaan dan sering dijemput memberi ceramah di televisyen.

Perkongsian Dr Sears dalam New Parent telah membantu ramai wanita mencapai proses kehamilan yang sihat! Doktor William kini bertugas di University of California Irvine sambil aktif di media atas talian melalui laman web Ask Dr Sears.

Mari semak 5 tip penting untuk kehamilan yang sihat dari doktor ini. Mana tahu ia berguna untuk anda dan kandungan!

1) Makan makanan laut dan minyak omega-3

  • Hampir 60% kandungan dalam otak bayi adalah lemak. Maka, pemilihan lemak yang tepat adalah penting.
  • Kajian menunjukkan ibu yang banyak menikmati makanan laut (terutamanya ikan) atau minyak omega-3 ketika hamil, melahirkan anak dengan IQ yang lebih tinggi.
  • Lemak dalam makanan laut membantu perkembangan minda bayi.
  • Walaubagaimanapun, lemak trans dan lemak tepu pula tidak bagus kerana ia menyumbatkan sel membran otak.

2) Makan dalam kuantiti sederhana

  • Makan dalam kuantiti sederhana boleh mengelak masalah refluks, sembelit dan paras gula dalam darah rendah.
  • Bataskan saiz makanan anda. Cuba kurangkan saiz hingga sebesar penumbuk tangan anda.
  • Pilih sumber makanan yang bagus seperti ikan, kacang, telur, avokado, yogurt, sayur-sayuran dan oatmeal.
  • Untuk panduan makanan sihat ketika hamil, cuba baca maklumat di sini.

3) Bergerak!

  • Anda perlu bergerak atau bersenam! Badan anda kini umpama satu farmasi gergasi yang memiliki kaki. Dengan bergerak atau bersenam, anda membenarkan badan berfungsi, bertindak balas dan melindungi kandungan.
  • Kajian juga mendapati wanita yang bersenam ketika hamil memiliki tahap ketahanan sakit yang lebih tinggi.
  • Endorfin (hormon) akan dibebaskan dengan lebih banyak dalam darah menjadikan wanita kurang sakit ketika hamil.

4) Pilih bahan semulajadi

  • Go green! Toksin dari alam sekitar boleh membahayakan kandungan terutama ketika trimester pertama.
  • Jauhi dadah, alkohol dan nikotin. Amalkan pemakanan sihat ketika hamil.
  • Elak juga monosodium glutamat (MSG), aspartame (pengganti gula) dan sirap jagung berfruktosa tinggi.

5) Pertimbangkan untuk bersalin dalam air

  • Proses bersalin adalah satu proses penting.
  • Oleh itu, anda digalakkan untuk bersalin dalam air.
  • Air melepaskan ketegangan otot rahim, dan menjimatkan tenaga anda.
  • Berada dalam tab mandi akan melegakan fikiran, mengurangkan hormon tekanan dan membolehkan anda bertenang.
  • Malah, hormon melegakan kesakitan juga ada!
  • Sebab itu, bersalin dalam air digalakkan. Ia umpama satu urutan badan yang berterusan.

Kredit gambar: Kathy Rosario Photography

Bagaimana? Puas hati dengan 5 tip penting untuk kehamilan yang sihat dari Dr Sears ini? Anda boleh menyoal Dr Sears sendiri jika anda mahu! Atau belajar tentang menu makanan sihat untuk dimakan ketika hamil!

Semoga kandungan anda membesar dengan sihat dan proses bersalin anda berjalan lancar. Selamat berjaya ibu semua!

Baca juga: Menu Untuk Wanita Hamil Yang Selalu Lapar, Mengikut Cadangan Doktor

 

Sumber rujukan: The Asianparent Malaysia, New Parent, NBC News, Ask Dr Sears, dan Wikipedia.

 

The post 5 Tip Penting Dari Doktor Pakar Untuk Kehamilan Yang Sihat appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.

Mengapa video kanak-kanak berjaya memasang zip jaketnya ini sungguh bermakna

$
0
0

8 Mac lalu, Mandy Farmer yang merupakan seorang ibu dan blogger telah memuat naik sebuah video anaknya yang berusia 6 tahun berjaya memasang zip jaketnya di Facebook. Kemudian, kapsyen video tersebut, dia menerangkan mengapa video ini memberi makna yang besar.

You know how we say autism families don't take things for granted? This is what we mean. E is 6.5. Fine motor skills are so very far behind. He can't write yet or draw a square. And honestly those things don't concern me as much as the self-care fine motor issues. Opening packages, dressing, feeding himself with a utensil. People have no idea how hard our kids have to work to be able to accomplish these tasks consistently. There are so many therapies that can help, but so many do not have access to those therapies. He has been doing this program for about a month and is now zipping independently, but I want you to be mindful of how much effort it still takes. When we give our kids the opportunity they can work hard and reach a higher potential. The policy makers, school districts and insurance companies that refuse to invest in these therapies now are keeping these amazing individuals from becoming the most independent version of themselves. It is so exciting to see him meet these milestones, even if they're met on a different timeline than that of his peers.

Posted by From Motherhood by Mandy Farmer on Wednesday, 8 March 2017

"Anda tahu bukan yang bagaimana kami keluarga austism tidak pernah mengambil kesempatan dengan apa-apa? Inilah maksud kami," tulis beliau.

Beliau menceritakan yang skil motor halus anaknya ketinggalan berbanding kanak-kanak seusianya. Dia tidak dapat menulis atau melukis dan bergelut untuk menyudahkan kerja penjagaan diri seperti membuka pakej, memakai baju atau makan sendiri menggunakan garfu.

"Orang tidak tahu bertapa susahnya anak kami harus bekerja untuk mencapai kerja-kerja ini secara konsisten," tulis Farmer. "Terdapat banyak ahli terapi yang boleh membantu tetapi tidak ramai yang mempunyai akses kepada ahli-ahli terapi itu.

"Dia telah mengikuti program ini selama sebulan dan sekarang  boleh memasang zip jaketnya sendiri, tetapi saya mahu anda sedar bertapa banyak usaha yang masih diperlukan."

"Para pembuat polisi, sekolah-sekolah dan syarikat-syarikat insurans yang enggan melabur ke dalam terapi-terapi ini sebenarnya telah menghadkan individu-individu menakjubkan ini dari menjadi diri mereka yang paling boleh berdikari," tulis beliau lagi.

"Ia sungguh mengujakan untuk melihat dia mencapai semua pencapaian ini, walaupun ia dicapai pada masa yang berlainan dari rakan sebayanya."

Foto ehsan From Motherhood by Mandy Farmer

 

Farmer juga gembira kerana videonya telah meningkatkan kesedaran tentang sudut ini. "Saya berharap penguatkuasa akan melihat ini dan sedar apabila mereka memotong bantuan pendidikan, bantuan intervensi awal dan bantuan medikal, inilah orang-orang yang akan mereka lukai - mereka yang mempunyai potensi jika diberikan alat yang betul untuk mencapai potensi itu," katanya.

"Saya harap syarikat-syarikat insurans melihat ini dan sedar yang apabila mereka menolak anak autistik atau anak yang mempunyai dyspraxia atau terapi cerebral palsy, inilah proses yang akan tergendala," sambungnya.

"Saya harap ahli terapi dan pendidik istimewa akan melihat ia dan berbangga kerana berjaya membuat perubahan di dalam hidup individu autistik.

"Dan saya berharap kanak-kanak lain dengan keperluan istimewa akan terdorong dan tahu yang pencapaian akan tiba mengikut masa mereka dan dengan usaha keras, yang mustahil adalah tidak mustahil."

Foto ehsan From Motherhood by Mandy Farmer

Former kemudian mengakhiri postnya dengan memberitahu yang pencapaian ini ialah hasil dari memberi kanak-kanak keperluan istimewa peluang untuk mencapai potensi yang lebih tinggi.

Ikuti media sosial milik Former, “From Motherhood by Mandy Farmer,” untuk belajar lebih banyak tentang realiti membesarkan anak autism.

Di kesempatan ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk berkongsi sedikit ilmu, apa itu autism.

Autism

Autism, atau gangguan spektrum autism, merujuk pada pelbagai jenis kategori keadaan seperti cabaran dengan kemahiran sosial, tingkah laku repetitif, percakapan dan komunikasi nonverbal, malah ada juga yang mempunyai keistimewaan dan kekuatan yang unik.

Kita tahu sekarang terdapat banyak jenis austim dan berpunca dari pelbagai kombinasi pengaruh genetik dan persekitaran.

Individu dengan autism tidak semestinya kelihatan berbeza, tetapi, mungkin akan kekurangan dari segi percakapan, kelakuan, pembelajaran dan cara mereka melihat dunia sekeliling mereka.

Terma spektrum yang digunakan untuk menunjukan variasi yang sangat luas dalam cabaran dan kekuatan setiap individu autism.

Austim akan menunjukkan tanda-tanda yang ketara sekitar usia dua dan tiga tahun. Di dalam beberapa kes, ia boleh didiagnos seawal 18 bulan. Sesetengah penangguhan pertumbuhan yang berkaitan dengan autism dapat dikenali dan dikesan lebih awal.

Menurut CDC Amerika Syarikat (Julai 2016), kelaziman gangguan spektrum autism ialah pada kadar 1 di dalam 68 kanak-kanak, 4.5 lebih biasa dikalangan lelaki, dan terjadi apa setiap bangsa, etnik dan kumpulan sosioekonomi.

Autism dapat dibantu dengan lebih banyak jika dapat dikesan lebih awal. Kita tidak boleh menidakkan hak mereka didunia kita. Mereka adalah manusia seperti kita cuma, lebih istimewa.

Bagi anda yang ingin tahu lebih lanjut mengenai autism atau mengenali mereka yang memerlukan bantuan seperti ini, hubungi organisasi bukan berkeuntungan, Early Autism Project.

Sumber: Autism Speaks, The Huffington post

The post Mengapa video kanak-kanak berjaya memasang zip jaketnya ini sungguh bermakna appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.

8 Perkara Tentang Mengandung Yang Akan Anda Rindui

$
0
0

Fasa mengandung adalah satu fasa yang ditunggu-tunggu oleh setiap wanita. Ia merupakan keajaiban dan anugerah Tuhan yang tiada tolok bandingnya.

Rasa mual, loya, bengkak kaki, sakit pinggang, dan naik berat badan adalah antara cabaran yang perlu kita hadapi, namun keseronokan mengandung melebihi segalanya. Di sini, kami kongsikan 8 perkara tentang mengandung yang akan anda rindui.

1.    Layanan Istimewa Dari yang Tersayang

Mungkin ramai yang bersetuju dengan perkara ini. Sebaik sahaja menerima berita yang kita hamil, antara orang pertama yang akan melayan kita dengan penuh kasih sayang dan keistimewaan adalah suami kita – layanan bak permaisuri!

Malah, ahli keluarga yang lain turut bergembira. Kadang-kadang, ibu atau ibu mertua siap memasak makanan kegemaran kita dan menghantarnya dari jauh.

2.    Rasa Bayi Bergerak dalam Rahim

Antara perkara tentang mengandung yang akan anda rindui adalah rasa pergerakan bayi dalam rahim. Walaupun kita hanya boleh merasa tendangan dan ‘flip’ bayi dalam rahim antara 16 ke 25 minggu selepas mengandung, namun ia cukup membuatkan kita teruja.

Pada mulanya, mungkin kita merasakan ia angin dalam perut, namun selepas beberapa lama, barulah kita sedar yang bayi itu sedang bergembira dalam perut kita. Bahagian mana yang menendang perut kita pun, kita boleh tahu. Ia sememangnya sesuatu yang dirindui.

3.    Masa Tidur dan Rehat yang Mencukupi

Hanya ketika kita mengandung sahaja kita dibenarkan untuk berehat dan tidur berjam-jam. Tiada siapa yang akan menyalahkan kita atau memanggil kita pemalas.

Kenapa? Kerana sememangnya keadaan perubahan pada badan kita membuatkan penat dan letih itu selalu berlaku.

Sebaik sahaja bayi dilahirkan dan kita mula meneruskan rutin harian seperti biasa, agak sukar untuk memperoleh waktu tidur dan rehat sebegini.

4.    Mengidam dan Makan Tanpa Rasa Bersalah

Source: Motherandbaby.co.uk

Selepas melahirkan anak dan ketika berada dalam pantang, pilihan makanan kita adalah sangat terhad. Selepas berpantang dan memulakan kerja, kita tidak boleh makan sebarangan (diet katanya).

Nah, ketika mengandung? Mintalah apa sahaja, pasti kita akan dapat. Suami akan berusaha untuk mencari daging rusa panggang atau jeruk manga asam boi, walaupun lewat malam!

Rasa mengidam juga sememangnya sinonim dengan perangai ibu mengandung. Memang seronok rasanya dapat merasa pelbagai jenis makanan – tanpa rasa bersalah! Tidak perlu terlampau risau tentang isu berat badan.

5.    Seri Ibu Mengandung

Ini merupakan satu lagi perkara tentang mengandung yang akan anda rindui. Tidak semua orang berpeluang untuk mengalami pengalaman ini. Hanya sesetengah orang sahaja dapat merasainya iaitu seri ibu mengandung.

Menurut American Pregnancy Association, seri ibu mengandung adalah perubahan psiologikal yang disebabkan oleh peningkatan hormon ketika mengandung.

Malah seri mengandung juga disebabkan oleh penambahan penghasilan darah sehingga 50% ketika hamil. Sebab itulah wajah kita bukan sahaja berseri kerana gembira tetapi juga kerana perubahan psiologikal yang diterangkan di atas.

6.    Membeli-Belah Baju Mengandung

Kalau sudah namanya wanita, aktiviti membeli-belah pasti menjadi satu kerinduan. Sewaktu mengandung, kita cukup suka pergi ke pusat membeli-belah dan keluar masuk ke kedai baju ibu mengandung dan ruang baju dan barangan bayi.

Geram rasanya apabila melihat baju-baju bayi yang comel, barangan bayi yang paling terkini, serta baju ibu mengandung yang cantik dan stylo.

Selepas melahirkan anak dan apabila lalu di kedai-kedai begini, anda pasti teringin untuk masuk dan membelinya, kan?

7.    Merasai Hubungan Istimewa Dengan Insan dalam Badan Kita

Ini lagi satu perkara tentang mengandung yang akan anda rindui – merasai hubungan istimewa dengan insan yang sedang membesar dalam badan kita.

Sewaktu mengandung, seronok rasanya apabila dapat mengusap perut kita dan berzikir atau menyanyi kepadanya. Malah, suami kita turut kerap memegang perut kita dan bercakap-cakap dengan bayi. Ia mencipta satu hubungan istimewa antara kita, ibu dan ayah, dengan anak dalam rahim.

Selepas mengandung? Pelik pula rasanya jika kita mengusap perut yang kosong atau kembung selepas makan….

8.    Rindu Bau Bayi

Source: Kidspot.com.au

Kadangkala, kita rindu hendak mengandung bukannya kerana 9 bulan tersebut, tetapi lebih kepada beberapa minggu selepas melahirkan anak. Kita rindu bau bayi!

Beberapa minggu selepas dilahirkan, bayi memang ada bau yang unik dan wangi. Orang kita menggelarkannya bau dari syurga.

Selepas beberapa tahun dan anak tersebut mula meningkat dewasa, sudah pasti kita akan teringat-ingat bau tersebut. Dan, datanglah rasa rindu untuk mengandung lagi!

Keindahan Pengalaman Mengandung

Proses mengandung selama berbulan-bulan itu sememangnya datang dengan cabaran yang tersendiri. Namun, pasti anda dan ibu-ibu yang lain setuju bahawa kebaikan dan keseronokan mengandung melebihi segala cabaran tersebut.

Ia membuatkan kita sanggup untuk menempuhi segalanya sekali lagi – kita rindu untuk mengandung!

Ibu-ibu di luar sana pula bagaimana? Rindu atau tidak pengalaman mengandung? Kongsikan dengan kami di ruangan komen!

The post 8 Perkara Tentang Mengandung Yang Akan Anda Rindui appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.


Ini Bukan Anak Patung – Dia Bayi 8-Bulan Dengan Rambut Ala Rapunzel!

$
0
0

Ketika baru dilahirkan, antara perkara pertama yang keluar dari mulut doktor yang menyambutnya lahir adalah, “Wah, lebatnya rambut!”

Inilah yang berlaku kepada bayi yang berusia 8 bulan, Bella Cole. Ketika bayi lain lahir dengan secalit rambut di kepala, bayi Bella mempunyai satu set rambut yang sangat lebat, hitam pekat, dan sedikit kerinting – bak budak setahun dua!

Bayi Berambut Lebat Ala Rapunzel

Ibunya, Phillipa Rabbitts, 27 tahun dari Essex, England, memberitahu, ketika Bella lahir, badannya adalah hanya seberat 4 pounds (1.8kg). Namun, perkara pertama yang menarik perhatian orang lain adalah rambutnya.

Source: Mirror.co.uk

Jika dibawa keluar berjalan-jalan, pasti ramai yang akan ingat dia sedang membawa anak patung, dek kerana tubuh yang kecil dan rambut yang menawan.

Bella Suka Didandan

Bella seolah-olah tahu yang keistimewaan dirinya adalah set rambut di kepalanya. Dia amat seronok jika ia dibasuh dan disikat. Malah, jika diurut kepala, dia turut gembira.

“Menyikat dan mendandan rambut Bella mengambil sedikit masa. Dia pula tidak tahu duduk diam,” kata ibunya, Phillipa.

Tetapi, mengeringkan rambut si kecil yang lebat itu agak rumit. Bella tidak suka menggunakan pengering rambut. Jadi, terpaksalah si ibunya menggunakan tuala. Disebabkan rambutnya yang sangat subur, proses itu mengambil masa yang agak lama.

Pada waktu malam pula, Phillipa selalu perasan yang Bella akan menolak rambut yang jatuh ke dahinya sambil buat mata ala diva.

Tumbesaran Badan yang Perlahan

Menurutnya lagi, doktor sedang mengawasi perkembangan Bella kerana berlaku sedikit gangguan dalam tumbesaran. Pada usia 8 bulan, badannya kekal kecil. Buat masa ini, dia makan menggunakan tiub.

Source: Goodhousekeeping.com

 

“Kami selalu bergurau. Perkara yang membesar pada Bella hanyalah rambut, bukan yang lain!,” kata Phillipa.

Kini, Bella diberi nama timangan ‘Boo’ oleh ibu bapanya. Ia diambil dari karakter kanak-kanak comel dari filem Monster Inc.

Petua Melebatkan Rambut Bayi

Cemburu pula rasanya apabila melihat rambut si kecil yang galak dan lebat ini, kan? Ia cukup lebat dan berkilat. Jika anda ingin rambut si kecil anda secantik rambut Bella dan ingin tahu petua melebatkan rambut bayi, kami akan kongsikan tip-tipnya di sini.

  • Campur sedikit madu dan sedikit minyak zaitun dan sapukan di kepala bayi setiap hari untuk melebat dan menghitamkan rambut. Biarkan seketika dan basuh hingga bersih.

Source: Ayushveda.com

  • Campur santan kelapa, madu dan buah avakado untuk dilumurkan di kepala bayi. Biarkan beberapa minit dan basuh hingga bersih.
  • Lumatkan beberapa biji pisang dan campurkan dengan sedikit madu dan minyak zaitun. Jika ada yogurt, tambahkan sekali. Lumur di kepala bayi, biarkan beberapa minit, dan basuh.

Adakah anda mempunyai petua melebatkan rambut bayi yang lain? Kongsikan dengan kami petua yang anda gunakan. Pasti ibu-ibu yang lain juga ingin tahu!

The post Ini Bukan Anak Patung – Dia Bayi 8-Bulan Dengan Rambut Ala Rapunzel! appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.

MTUC: Bapa perlu diberi cuti sebulan bagi menjaga isteri bersalin

$
0
0
Astro Awani telah melaporkan satu cadangan daripada Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) agar cuti bersalin untuk bapa diberikan selama sebulan kepada kakitangan kerajaan dan swasta dengan bayaran gaji penuh. J. Solomon, setiausaha Agung MTUC berkata, cuti sedia ada yang diperuntukkan adalah tidak mencukupi.

Pada ketika ini, cuti bersalin bagi para bapa ialah tujuh hari bagi kakitangan kerajaan dan bergantung pada majikan masing-masing untuk kakitangan swasta atau dipanggil cuti ihsan.

Menurutnya lagi, sudah tiba masanya untuk 'paternity leave' diteliti kerana pada masa ini, para pengkhidmat awam mendapat tujuh hari, malah ada negeri mendapat dua minggu dan bagi mereka yang berkhidmat di swasta mendapat lima hari atau kurang, namun banyak syarikat swasta tidak memberi peluang untuk si bapa berada di sisi isteri dan anak ketika dilahirkan.
Justeru menurutnya lagi, kerajaan perlu mewujudkan satu undang-undang bagi memastikan cuti bersalin untuk bapa dengan bayaran gaji penuh dikuatkuasa dalam akta tersebut.

"Ketika ini, tiada peruntukan dalam mana-mana akta yang memasukkan cuti bersalin bergaji untuk bapa. Malah, Akta Kerja 1955 juga tidak menyentuh mengenai paternity leave itu. Jadi kerajaan perlu mewujudkan undang-undang berkaitan demi pembangunan institusi sesebuah keluarga," tambah beliau lagi.

Cadangan dari pihak MTUC itu juga berikutan banyak kes melibatkan pospartum psikosis atau meroyan yang dihadapi ibu-ibu selepas bersalin hingga ada yang bertindak secara ganas dan kejam seperti mencederakan anak-anak malah ada yang hingga membunuh anak mereka.
Cuti yang lebih panjang dilihat sebagai salah satu cara untuk membantu mengatasi masalah perubahan emosi wanita selepas bersalin kerana para suami mempunyai lebih masa untuk menjaga mereka dan anak.
Tambah Soloman lagi, merea tidak mahu kejadian seperti yang menimpa golongan ibu selepas bersalin baru-baru ini yang bertindak membunuh bayinya dipercayai berpunca dari Postpartum Psikosis. "Jangalah kita membiarkan lebih ramai yang kehilangan nyawa baru kita hendak bertindak sesuatu,"ujar Soloman.
Oleh itu, dengan adanya cuti panjang, penjagaan ibu bersalin oleh keluarga terutamanya suami adalah lebih rapi dan dapat mengelakkan kejadian ini seumpama itu berulang.
Tambahnya, sekarang adalah masa yang sesuai untuk melaksanakan cadangan berkenaan selaras dengan keperluan institusi keluarga dan ke arah matlamat negara menuju kepada sebuah negara maju."Kerajaan harus memberi perhatian kepada perkara-perkara asas seperti memberi sebulan cuti bergaji paternity leave. Ini akan membawa satu kebaikan dan akan melahirkan generasi muda yang lebih sihat, hubungan keluarga yang sihat demi masa depan negara Malaysia," katanya lagi.

Mengikut Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), Norway direkodkan sebagai negara paling banyak memberikan cuti bersalin bergaji untuk bapa iaitu 112 hari.

Mari kita ambil kesempatan ini untuk melihat kebaikan dan keburuk jika akta paternity leave bergaji penuh selama sebulan diberikan kepada para suami.

Kebaikan paternity leave lebih lama

  1. Bagi mereka yang pertama kali menjadi ibu bapa, durasi masa ini akan dapat digunakan untuk menyesuaikan diri mereka dengan fasa baru. Jadi mereka akan sama-sama dapat belajar mengenali kehidupan sebagai ibu bapa kepada ahli baru di dalam keluarga mereka.
  2. Bagi yang sudah mempunyai anak lain, di dalam masa ini, si bapa boleh membantu menguruskan anak-anak lain bagi memberi ruang buat si isteri baru bersalin mendapatkan lebih banyak rehat. Urusan rumah seperti menyediakan makanan, menyiapkan pakai dan menghantar anak-anak ke sekolah boleh dilakukan tanpa terkejar-kejar masa ke pejabat.
  3. Tidak semua kelahiran adalah lancar, ada juga yang mengalami komplikasi dan memerlukan si ibu dan anak untuk kerap ke hospital. Kita ambil contoh paling biasa, anak demam kuning, ibu bapa akan perlu kerap membawa si kecil ke klinik atau hospital bagi memeriksa darahnya. Jadi, daripada terpaksa menyusahkan orang lain atau menaiki kenderaan awam, lebih baik jika si bapa yang menghantar mereka.
  4. Ibu selepas bersalin memerlukan rehat yang maksima, mereka harus kurangkan bergerak. Jika semua perkara harus diuruskan sendiri, mereka tidak akan dapat rehat yang secukupnya. Jadi, dengan adanya para suami menjaga mereka, mereka dapat berehat dengan lebih ideal.
  5. Jika suami mendapat cuti sebulan untuk menjaga isteri baru bersalin, ini dapat mengurangkan kos penjagaan selepas bersalin. Tahukah anda mengupah penjaga di dalam pantang boleh mencapai RM10,000 hanya untuk penjagaan selama seminggu? Jadi, jika tugas ini di ambil oleh suami sendiri, bukan sahaja dapat menjimatkan duit malah, isteri lebih selesa dijaga oleh orang yang rapat dengannya.

Keburukan paternity leave lebih lama

Tidak dinafikan, semasa cadangan ini diutarakan, ada juga yang memberi komen negatif mengatakan yang cuti seumpama ini tidak wajar. Antara alasan mereka ialah:

  1. Bagi suami yang tidak bertanggungjawab, mereka akan memilih masa ini untuk lebih banyak melepak dan berseronok diluar dan menjadi lebih malas.
  2. Jika suami dan isteri bekerja di tempat yang sama, akan mengurangkan tenaga kerja di tempat kerja.
  3. Lelaki tidak dapat bertahan duduk di rumah untuk jangka masa yang lama bagi menguruskan hal-hal penjagaan kerana mereka tidak tahu menjaga isteri di dalam pantang
  4. Takut mengganggu isteri sedang berehat seperti mengajak hubungan intim yang perlu dielakkan sepanjang tempoh berpantang.

Foto ehsan healthy living

Namun begitu, pendapat saya sendiri, berdasarkan suami yang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji bagi menjaga saya, merasakan cuti bersalin bergaji penuh buat para suami adalah perlu untuk dilaksanakan.

Ilmu penjagaan pantang boleh dicari dan dipelajari malah sudah masanya lelaki lebih mengambil tahu tentang hal-hal penjagaan pantang isteri bersalin. Ini barulah dikatakan susah senang bersama 🙂

The post MTUC: Bapa perlu diberi cuti sebulan bagi menjaga isteri bersalin appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.

Antibiotik semakin kehilangan kesan kerana penyalahgunaan

$
0
0

Menurut World Health Organisation, WHO, kebelakangan ini, kes ketahanan terhadap antibiotik semakin meningkat diseluruh dunia ke tahap yang membimbangkan.

Ini adalah sesuatu yang bahaya kerana ia mengancam keberkesanan antibiotik merawat penyakit berjangkit yang biasa menyebabkan, proses merawat penyakit yang lebih serius seperti tuberkulosis, pneumonia, dan gonorhea menjadi lebih sukar.

Apa itu antibiotik?

Foto ehsan wisegeek

Sebelum kita pergi lebih jauh mengapa terjadinya kejadian yang tidak diingini ini, mari kita lihat semula apa sebenarnya fungsi antibiotik.

Antibiotik merupakan ubatan yang digunakan untuk merawat atau mencegah jangkitan bakteria. Antibiotik menyekat pembahagian bakteria dari semakin banyak atau membunuh bakteria dari terus membiak. Ia juga membantu sistem imun semulajadi manusia untuk melawan infeksi bakteria.

Jenis antibiotik yang digunakan adalah berbeza mengikut jenis bakteria yang menjangkiti seseorang itu. Malah, jenis antibiotik yang berbeza, berfungsi berlainan.

Bagaimanakah ketahanan terhadap antibiotik (antibiotic resistance) terjadi?

Ketahanan terhadap antibiotik terjadi apabila ia disalah gunakan. Antaranya ialah:

  • mengelakkan dari menyebarkan jangkitan kepada orang lain (jangan pergi ke tempat orang ramai jika dijangkiti bakteria)
  • tidak mengamalkan kebersihan diri, seks selamat serta kebersihan makanan.
  • apabila antibiotik dapat dibeli sama ada untuk manusia mahupun haiwan tanpa preskripsi dari doktor.
  • pesakit yang menerima ubatan antibiotik tidak mengikut arahan preskripsi dari doktor (tidak menghabiskan mengikut masa, tidak mengikut jadual makan atau tidak menghabiskan antibiotik kerana merasakan diri sudah sihat)
  • berkongsi preskripsi antibiotik dengan orang yang tidak dirawat terus oleh doktor

Bagaimanakah cara mengatasi?

Risiko ketahanan terhadap antibiotik boleh dikurangkan dengan beberapa cara:

  • jangan menyebarkan jangkitan bakteria yang anda hidapi, kuarantinkan diri anda sehingga pulih sepenuhnya
  • menjaga kebersihan diri, makanan serta mengamalkan seks selamat
  • menghabiskan ubatan antibiotik anda jika dipreskripsikan oleh doktor
  • tidak meminta preskripsi antibiotik jika tidak perlu
  • jangan berkongsi lebihan antibiotik yang diberikan kepada orang lain
  • sebagai perawat, anda boleh menerangkan cara prevensi infeksi kepada pesakit, cara pengambilan antibiotik yang betul serta akibat jika tidak mengambil preskripsi dengan betul
  • bagi yang mempunyai haiwan peliharaan atau ternakan, berikan antibiotik hanya jika mendapat pengawasan dari pegawai veterinar

Foto ehsan WHO

Sumber: NPS, WHO

 

The post Antibiotik semakin kehilangan kesan kerana penyalahgunaan appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.

Beberapa Jam Selepas Melahirkan Kembar, Ibu Berpenyakit Kanser Serviks Meninggal Dunia

$
0
0

Sehingga hujung nyawa – ia bukan setakat tajuk drama, namun dimanifestasikan dalam kehidupan sebenar. Seorang ibu, dari Fresno California, bertarung dengan kanser serviks sebanyak dua kali.

Kali pertama, kansernya berjaya diatasi dengan rawatan kemoterapi. Beliau juga turut kehilangan satu ovari ketika bertarung dengan kanser tersebut.

Namun, tahun lalu, ketika beliau mengandungkan bayi kembar, kanser yang berjaya diatasi dahulu telah kembali, kali ini lebih agresif dan pantas.

Disebabkan keadaannya yang sarat mengandung, rawatan kimoterapi kali kedua tidak dapat dilakukan secara menyeluruh kerana bimbang akan merencatkan tumbesaran bayi dalam rahim dan juga memberikan kesan negatif lain.

Berjaya Melawan Kanser Serviks buat Kali Kedua

Abang Jamie, Chris Snider, menyatakan yang Jamie ingin mencuba apa yang termampu supaya dapat meneruskan kehidupan dengan dua orang anak perempuan sulung dan dua orang lagi bayi kembarnya yang bakal lahir.

Malah, menurut Chris lagi, Jamie sanggup berkorban nyawa semata-mata untuk melihat bayinya lahir dengan selamat.

Source: The Independent

Beberapa minggu sebelum kelahiran si kembar, doktor memberikan khabar gembira yang kansernya berjaya diatasi – kali ini, buat kali kedua!

Kembar Jamie berjaya dilahirkan melalui pembedahan c-seksyen pada usia baru mencecah 33 minggu. Berat setiap bayi hanyalah sekadar 3.5 lbs (1.58kg) sahaja!

Kegagalan Fungsi Hati Meragut Nyawa

Jamie sempat memegang dan meluangkan masa beberapa jam dengan kembarnya sebelum memulakan pembedahan kedua, iaitu pembedahan histerektomi bagi membuang saki baki kanser dalam serviksnya.

Namun, takdir telah menentukan yang dia akan pergi semasa pembedahan histerektomi itu dijalankan. Beliau meninggal dunia akibat kegagalan fungsi hati semasa dibedah – sehari selepas melahirkan bayi kembar!

Source: Dailymail.co.uk

Bayi tersebut dilaporkan telah keluar dari hospital dan kini tinggal bersama dengan ayah dan dua orang kakak mereka di Fresno, California.

Memang tragis dan menyayat hati. Kasih ibu sememangnya tidak bersempadan.

Apakah Itu Kanser Serviks dan Punca Ia Terjadi?

Kanser serviks merupakan salah satu penyakit kanser utama yang menimpa wanita di seluruh dunia selain daripada kanser payudara. Di negara kita pula, kanser serviks merupakan kanser ketiga yang sering melanda wanita Malaysia.

Menurut World Cancer Research Fund International, kanser serviks disebabkan oleh virus Human Papilloma (HPV).

Selain daripada virus HPV, antara faktor lain yang menyebabkan kanser serviks berlaku adalah sering mengambil pil perancang, selalu bertukar pasangan seksual, dan merokok.

Apakah Simptom Kanser Serviks?

Antara simptom-simpton kanser serviks adalah seperti berikut:

  • Lendir keluar dari faraj dengan kadar dan warna yang luar biasa
  • Pendarahan dari faraj yang tidak normal (bukan haid biasa)
  • Sakit dalam rahim ketika mengadakan hubungan seksual
  • Sakit di bahagian pelvik yang berpanjangan
  • Pendarahan dari faraj walaupun selepas menopause

Mencegah Lebih Elok Dari Merawat – Buatlah Pemeriksaan Awal!

Jika anda mendapati yang anda mengalami beberapa simptom di atas secara berpanjangan dan pada kadar yang luar biasa, segeralah membuat pemeriksaan di hospital.

Antara yang boleh anda lakukan untuk mengesan kanser ini terlebih awal adalah dengan menjadikan pemeriksaan pap smear sebagai rutin tahunan, atau mengikut kekerapan yang ditetapkan oleh doktor anda.

Ia dapat mengesan pertumbuhan sel yang tidak normal dan mengelakkan daripada berlakunya kanser. Penyakit kanser serviks boleh diatasi jika dikesan dan dirawat awal!

The post Beberapa Jam Selepas Melahirkan Kembar, Ibu Berpenyakit Kanser Serviks Meninggal Dunia appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.

Kanak-kanak lelaki meninggal selepas terjatuh dari ‘bas’ sekolah

$
0
0

BEIJING: Pemeriksaan akan dijalankan terhadap semua bas tadika di sebuah bandar di utara China apabila seorang kanak-kanak lelaki terjatuh dan meninggal dunia dari bas mini tadikanya menurut laporan sebuah akhbar.

Kanak-kanak lelaki yang berusia empat tahun itu meninggal dunia selepas terjatuh dari kenderaan tersebut di Ma Liu di daerah Taiqian, wilayah Henan, lapor Dahe Daily.

Bas mini tadika tersebut telah diubah suai secara haram dengan meletakkan 23 bangku kecil di belakang untuk kanak-kanak duduk.

Kemalangan tersebut terjadi pada Rabu lalu selepas kanak-kanak lelaki tersebut meninggalkan tadikanya dan terjatuh hanya beberapa meter dari rumahnya.

Menurut ibu kanak-kanak tersebut, beliau ternampak sesuatu bergolek di atas jalan raya, tetapi tidak perasan itu merupakan anaknya yang terjatuh.

Keluarga itu telah menerima 350,000 yuan (RM225, 093) sebagai pampasan dari pihak tadika.

Petugas rasmi  yang bertugas di tadika itu mengeluarkan kenyataan yang van bukanlah kenderaan sekolah yang rasmi dan kanak-kanak lelaki tersebut merupakan satu-satunya penumpang semasa kejadian itu.

Seorang guru tadika itu mengatakan yang kanak-kanak tersebut sedang duduk di tempat duduk hadapan, tetapi membuka pintu apabila van masih bergerak kerana teruja untuk berjumpa ibunya.

Pemandu van tersebut pula memberitahu pihak polis yang terdapat tiga kanak-kanak di dalam kenderaan itu dan dia tidak pasti mengapa kanak-kanak lelaki tersebut terjatuh.

Persekolahan di 12 tadika di bandar itu digantung sementara pihak polis memeriksa pengurusan pengangkutan mereka

Di Malaysia, ribuan pelajar sekolah seluruh negara juga mengambil risiko menggunakan van sekolah yang tidak berlesan untuk ke sekolah. Persekutuan Operator Bas Sekolah Malaysia telah memberi amaran berkenaan itu ini.

Setiausaha jeneral, Md Saad Mohamad mendakwa yang tiada tindakan yang telah diambil untuk menangani masalah yang telah berlarutan bertahun lamanya ini.

Menurut beliau, operator van sekolah haram ini tidak mempunyai permit dari Suruhanjaya Pengangkutan Darat (SPAD) dan tidak diinsuranskan untuk membawa penumpang.

Malahan, mereka telah mengecaj lebih tinggi berbanding ahli asosiasi kami, di antara RM100 hingga RM160 sebulan, tetapi ibubapa tidak ragu-ragu membayar mereka.

Menurut beliau lagi, ibubapa sanggup membayar tambang lebih mahal kerana operator tidak sah sanggup mengambil anak mereka lebih lewat di rumah dan menghantar mereka pulang lebih awal dari operator berlesen.
Kebanyakkan keluarga yang menggunakan perkhidmatan operator tidak berlesen ini merupakan mereka dari golong pertengahan yang mempunyai pendapatan bulanan melebihi RM6,000.

Beliau menganggarkan jumlah van tidak berlesen di kawasan urban seluruh negara sudah mencecah ribuan.

Tambah beliau lagi, Sabah dan Sarawak mempunyai bilangan tertinggi dan mereka selalunya menggunakan kenderaan pacuan 4 roda atau trak berikutan keadaan jalan yang teruk di kawasan pedalaman.

Maklum balas dari ahli asosiasi mengatakan yang kebanyakan operator tidak berlesen mendakwa yang mereka didekati oleh ibubapa di kawasan perumahan mereka untuk mengambil dan menghantar anak-anak itu.

"Jika terjadinya kemalangan, pelajar-pelajar tersebut tidak akan dilindungi oleh insurans dan tidak ada pihak yang boleh dipertanggungjawabkan" katanya lagi melalui pihak The Star.

Pelajar sekolah yang menaiki bas sekolah berlesen akan dilindungi sehingga RM100,000 seorang di abwah Skim Insurans Bas Sekolah.

Ia menawarkan perlindungan insurans untuk semua pelajar yang menggunakan bas sekolah berdaftar dengan SPAD di Semenanjung dan di bawah Badan Perlesenan Kenderaan Komersial di Sabah dan Sarawak.

Imej ehsan SPAD

 

Ia menawarkan perlindungan kematian (RM100,000), kecacatan kekal (sehingga RM100,000), pembiayaan medikal (sehingga RM3,000), kelebihan hospital (RM100 sehari selama 30 hari) dan perbelanjaan berkenaan kematian (rM2,500).

Md Saad menggesa SPAD dan Jabatan Pengangkutan Jalan Raya  untuk meningkatkan usaha untuk menghentikan van sekolah tidak berlesen dan jangan tunggu hingga terjadinya tragedi.

Beliau juga berharap agar Persatuan Ibu Bapa dan Guru untuk membantu ibubapa dan guru-guru lebih faham akan bahaya dan risiko menggunakan servis tidak berdaftar.

Imej ehsan NDTV (imej merupakan gambar di Delhi, India bukan Malaysia)

Peranan ibubapa

Jalan raya merupakan salah satu risiko terbesar ketika anak-anak ke sekolah dan sebagai ibu bapa, pasti kita mahukan yang terbaik untuk mereka.

Selain pentingnya mendapatkan kenderaan yang boleh mengambil dan menghantar mereka ke sekolah, kita juga harus menitik beratkan faktor keselamatan. Apa yang boleh kita lakukan?

  • Menyemak dahulu sama ada kenderaan dan pemandu tersebut mempunyai lesen yang sah untuk membawa pelajar sekolah
  • Mengambil butiran pemandu dan kenderaan sebagai rujukan
  • Memeriksa kenderaan yang bakal digunaakan anak anda (keselamatan)
  • Menyarankan kepada ibubapa lain tentang kepentingan menggunakan kenderaan berdaftar

Mengapa pentingnya menggunakan kenderaan berdaftar?

Mungkin ramai yang tidak pasti apa yang membezakan kenderaan berdaftar dan bukan, jadi ini sedikit perkongsian antara sebabnya mengapa anda patut memilih kenderaan berdaftar:

  • mempunyai permit dari pihak Suruhanjaya Pengangkutan Darat atau Badan Perlesenan Kenderaan Komersial
  • mereka diinsuranskan untuk membawa penumpang (jadi anak anda dilindungi oleh perlindungan insurans. Antara perlindungan yang ditawarkan ialah perlindungan kematian (RM100,000), kecacatan kekal (sehingga RM100,000), pembiayaan medikal (sehingga RM3,000), kelebihan hospital (RM100 sehari selama 30 hari) dan perbelanjaan berkenaan kematian (rM2,500).
  • mempunyai jadual yang tetap
  • menggunakan kenderaan yang dibolehkan untuk membawa penumpang (bukan kenderaan ubah suai mahupun persendirian)
  • anda mempunyai pihak berwajib untuk dirujuk jika berlaku apa-apa

Sumber: South China Morning Post

 

The post Kanak-kanak lelaki meninggal selepas terjatuh dari ‘bas’ sekolah appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.

Viewing all 4986 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>