Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all 4975 articles
Browse latest View live

Pengakuan Suami Yang Membuka Mata: “Aku Tidak Membantu Isteriku”

$
0
0

Pengakuan suami tentang tugas isteri 

Kita selalu dengar bahawa tugas isteri itu adalah di dapur. Dialah yang menguruskan makanan, cucian baju, menjaga anak-anak, serta urusan keperluan batin suami.

Kita juga dengar bahawa tugas si suami itu pula adalah mencari nafkah di luar, tanpa perlu membantu isteri di rumah.

Ramai para suami di luar sana yang merasakan bahawa ketika dia melaksanakan hal tugasan di rumah, maka dia sedang membantu isterinya.

Padahal, ia adalah anggapan yang salah kerana sesungguhnya, hal tugasan di rumah tidak pernah digolongkan berdasarkan jenis jantina.

Menganggap semua tugasan rumah tangga itu harus dikerjakan oleh si isteri seorang merupakan satu tanggapan yang tidak benar.

Pengakuan seorang suami ini menjelaskan mengapa si lelaki juga harus memainkan peranan dalam hal urusan rumah tangga.

Masyarakat juga perlu berhenti mengatakan bahawa apabila si suami melaksanakan hal tugasan rumah, dia sedang membantu isterinya.

***

Mengapa suami tidak membantu isteri?

Seorang rakan datang ke rumahku untuk minum kopi. Kami duduk dan bersembang tentang banyak perkara berkenaan kehidupan.

Ketika kami ralit bersembang, aku berkata, “Aku basuh pinggan dulu ya, nanti aku datang balik.”

Rakan aku melihat aku seolah-olah aku akan pergi bina roket untuk ke angkasa.

Kemudian, dia menyatakan rasa kagumnya kepadaku sambil mukanya masih kelihatan sedikit pelik:

“Aku seronok tengok kamu bantu isteri kamu. Aku tak membantu isteriku sebab bila aku buat, dia tidak memujiku pun. Minggu lepas, aku mop lantai tapi tiada pun ucapan terima kasih darinya.”

Aku pun duduk semula dan menjelaskan kepadanya kenapa aku tidak “membantu” isteriku.

Sebenarnya, isteri aku tak memerlukan bantuan, tapi dia perlukan pasangan.

Aku adalah pasangannya di rumah dan walaupun dalam masyarakat kita ini, suami isteri ada peranan masing-masing, tetapi ini bukanlah sejenis “bantuan” dalam hal rumah tangga.

Aku tidak membantu isteriku membersihkan rumah kerana aku juga tinggal di sini, sebab itulah aku perlu membersihkannya juga.

Aku tidak membantu isteriku memasak kerana aku juga ingin makan, sebab itulah aku perlu memasak.

Aku tidak membantu isteriku membasuh pinggan selepas makan kerana aku juga akan menggunakan pinggan itu nanti.

Aku tidak membantu isteriku mengasuh anak-anak kerana mereka juga anakku dan ia adalah tugasku sebagai seorang ayah.

Aku tidak membantu isteriku untuk mencuci, menjemur dan melipat baju kerana pakaian itu juga milik aku dan anak-anakku.

Aku tidak membantu di rumah, aku adalah sebahagian dari rumah!

Dan soal pujiannya tadi, aku bertanya semula kepada rakanku bilakah kali terakhir dia mengucapkan terima kasih selepas isterinya selesai membersihkan rumah, mencuci pakaian, mengganti cadar, memandikan anaknya, memasak, mengemas, dan macam-macam lagi.

Terima kasih itu dalam bentuk: Wow, sayang!! Kamu luar biasa!!

Adakah itu nampak seperti tidak masuk akal bagimu? Apakah kamu berasa pelik?

Hanya kerana baru sekali dalam seumur hidupmu membersihkan lantai, kamu terus mengharapkan pujian melambung tinggi? Kenapa? 

Sahabat, pernahkah kamu memikirkan hal itu?

Mungkin kerana bagimu, budaya macho telah menunjukkan kepadamu bahawa semua itu adalah pekerjaan isterimu sahaja.

Mungkin kamu telah dibesarkan dan diajar bahawa semua itu harus siap, tanpa kamu menggerakkan jarimu?

Pujilah isterimu, sebagaimana kamu ingin dipuji, dengan cara yang sama, dengan ucapan kasih sayang yang sama.

Berilah bantuan kepadanya, bersikaplah sebagai pendamping yang sejati, dan bukan sebagai tetamu yang hanya pulang ke rumah untuk makan, tidur, mandi dan memuaskan keinginan batinmu…

Rasakanlah seperti kamu berada di rumah; di rumahmu sendiri.

Perubahan ketara dalam masyarakat perlu bermula dari rumah kita sendiri. Marilah kita mengajar anak lelaki serta anak perempuan kita tentang erti kerjasama yang sebenar!

***

Jika anda seorang ayah, relakah anda apabila anak perempuan anda diperlakukan sebagai pembantu di rumah sendiri kelak?

Sedangkan, si suami pula sedap bergoyang kaki sambil minta dilayani, hanya kerana dialah yang telah membayar segala bil bulanan rumah (yang kadangkala turut dibayar separuh oleh isteri yang bekerja!)

Jika anda tidak ingin anak perempuan anda dilayan seperti seorang pembantu oleh suaminya, dan anda tidak ingin anak lelaki anda memperlakukan isterinya sedemikian rupa, maka sebaiknya anda menjadi contoh mulai hari ini.

Berilah tanggapan kepada anak anda bahawa anda seorang yang sedar tentang tanggungjawab bersama, dan mampu menggalas tugas sebagai seorang suami dan ayah yang baik!

Jadi, bagaimana ayah sekalian? Anda berani untuk melawan tanggapan biasa masyarakat bahawa suami itu “membantu” isteri, di rumahnya sendiri?

Apa pandangan para isteri pula?

Sumber: The Asian Parent Indonesia

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Surat Terbuka Si Suami Buat Isterinya Yang Menjaga Anak di Rumah

The post Pengakuan Suami Yang Membuka Mata: “Aku Tidak Membantu Isteriku” appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.


Kejam! Kanak-Kanak 3 Tahun Dipukul Tanpa Belas Kasihan Oleh Guru Tuisyen

$
0
0

Kanak-kanak ini dipukul tanpa belas kasihan

Kejam. Hanya itu yang tertutur di bibir saya sekarang.

Sementara kita masih bersedih dengan kejadian sekolah tahfiz terbakar dan ramai ibu bapa kehilangan anak-anak tercinta, malah kes buli di hadapan 50 pelajar yang membunuh seorang kanak-kanak, kes ini pula terjadi.

Kali ini, seorang kanak-kanak lelaki berusia 3 tahun pula dipukul tanpa belas kasihan oleh guru tuisyennya. 

Beliau bernama Dev Kashyap dan kejadian ini berlaku di Pune, India. 

Di mana sifat kasih sayang yang sepatutnya diberikan pada anak-anak kecil? Apa sekarang anak-anak kecil ini gemar dijadikan target sasaran kerana mereka lemah?

Kashyap dilaporkan telah dipukul dengan bertubi-tubi menggunakan batang kayu. Beliau bukan saja dipukul di muka, malah di beberapa bahagian badan hingga naik kesan bengkak!

Yang kasihannya, kesan bengkak itu sungguh teruk dan tak surut hingga 3 hari. Ya Tuhan…

Kanak-kanak dipukul dan dibiarkan pengsan

Laxmi, 24 tahun – ibu kepada mangsa memberitahu pihak media, sebelum dia ke tempat kerja, dia meminta suaminya menghantar anak mereka ke pusat tuisyen tersebut.

Pusat tersebut dijadikan tempat untuk belajar, sama seperti tadika.

Namun, petang itu ibu mertua Laxmi ingin mengambil cucunya pulang. Setibanya di pusat tersebut, dia terkejut melihat Kashyap tak sedarkan diri!

Nenek yang ketakutan itu pantas membawa cucunya pulang ke rumah dan memberikan beliau air. Ketika itu, bengkak di muka dan badan mangsa kelihatan teruk.

Kashyap juga mula muntah-muntah

Apabila Laxmi tiba di rumah ibu mertuanya, dia terkejut melihat keadaan anak lelakinya itu. Kawasan di sekitar mata Kashyap kelihatan merah dan beliau tak beri sebarang respon apabila dipanggil.

Sekitar pukul 9 malam, ibu bapa Kashyap terus membawanya ke hospital.

Guru tuisyen memukul kanak-kanak hingga muka bengkak

Oleh sebab kesan lebam di sekitar muka dan badan Kashyap jelas kelihatan, kedua ibu bapanya menyoal perkara ini pada anaknya. 

Anak kecil yang tak bersalah itu terus mengatakan bagaimana guru tuisyen beliau memukulnya dengan batang kayu. Beliau dipukul di tangan, belakang badan, muka dan kepala.

Terkejut dengan penjelasan mangsa, ibu bapa terbabit pantas melaporkan perkara ini pada pihak polis.

Guru tuisyen itu hanya berusia 19 tahun!

Namun yang menyedihkan, setelah ibu bapa mangsa tahu hal ini, guru tuisyen itu meminta laporan ditarik dan dia sanggup bayar kos perubatan kanak-kanak itu! 

Tapi, ibu bapa mangsa tekad. Sebaik saja polis menerima laporan, guru tersebut terus ditahan di dalam lokap. 

Kini, dia disabitkan dengan kesalahan di bawah undang-undang juvanil atas kesalahan sengaja mendatangkan kecederaan.

kanak-kanak dipukul

Kredit: The Daddy Files

Penderaan ke atas kanak-kanak makin meningkat!

Tempoh hari, kami melaporkan kes bayi 11 bulan diculik dan dirogol dan bayi dicampak oleh pengasuh.

Hal ini mencetuskan kerisauan di hati ibu bapa. Adakah kanak-kanak tidak lagi selamat? 

Mereka bukan saja tak selamat di sekolah, tapi kadang-kadang dekat rumah pun tak! Lihatlah apa yang terjadi pada seorang kanak-kanak yang dirogol sebanyak 623 kali oleh bapanya sendiri di rumah mereka.

Dera bukan setakat patah tulang atau kesan lebam

Ingat ibu bapa semua: dera bukan sekadar keganasan seksual atau fizikal.

Dera bermaksud melayan dengan penuh kekejaman dan keganasan secara berulang-ulang.

Penderaan emosi juga dikira sebagai satu bentuk dera. Malah, ia boleh mendatangkan trauma pada hidup mangsa.

Ibu bapa juga diingatkan untuk sentiasa bersifat menyokong. Ikut peraturan ini:

  • Jangan ambil mudah kes penderaan kanak-kanak
  • Pastikan anak-anak tahu jika mereka cerita perkara sebenar, mereka tak salah
  • Tunjuk yang anda percaya anak-anak
  • Pastikan mereka rasa selamat
  • Sentiasa tahu aktiviti yang dilakukan anak-anak

Sumber rujukan: theIndusparent

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Rang Undang-Undang Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017

 

The post Kejam! Kanak-Kanak 3 Tahun Dipukul Tanpa Belas Kasihan Oleh Guru Tuisyen appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.

[Video] Pembedahan Buang Janin Pada Kehamilan Ektopik (Hamil Luar Rahim)

$
0
0

Kehamilan ektopik atau hamil luar rahim

Ibu-ibu tentu pernah dengar tentang hamil di luar rahim atau juga dikenali sebagai kehamilan ektopik, kan?

Ini terjadi apabila telur yang telah disenyawakan menempel di luar dinding rahim dan bukan di dalam rahim.

Kredit: PregMed

Kes kehamilan ektopik memang jarang terjadi namun ia tetap tidak mustahil.

Dianggarkan dalam 50 kehamilan, satu daripadanya adalah kehamilan ektopik. Dan kehamilan ini harus segera dirawat kerana ia boleh membahayakan nyawa ibu.

Bagi kehamilan ektopik, walaupun sel telur telah disenyawakan, janin tidak dapat kekal hidup kerana posisinya yang berada di luar rahim.

Jika keadaan ini dibiarkan, ibu akan mengalami masalah kesihatan yang serius.

Membuang janin dalam kes kehamilan ektopik

Jadi, tindakan medikal diperlukan untuk menangani kes kehamilan ektopik.

Salah satu cara paling cepat ialah dengan membuang embrio dan pembedahan tiub fallopian. Pembedahan merupakan satu-satunya jalan jika ibu sudah mengalami pendarahan dalaman.

Pembedahan selalunya dilakukan dengan membuat belahan kecil serta teknik laparoskopi. Pembedahan seumpama ini akan memerlukan masa pemulihan yang lebih singkat.

Berikut adalah video bagaimana pembedahan ini dilakukan.

Kami ingin mengingatkan yang video ini mempunyai banyak klip dengan darah serta klip yang kurang selesa untuk ditonton bagi sesetengah orang.

Pastikan anda benar-benar bersedia untuk melihat video ini.

Pembedahan kehamilan ektopik boleh dilakukan dengan dua cara iaitu:

  • Salpingostomi. Embrio dibuang melalui belahan kecil di tiub falopian.
    Belahan tersebut kemudiannya dibiarkan tertutup sendiri atau dijahit.
  • Salpingektomi. Pembedahan ini membuang tiub falopian yang rosak akibat peregangan semasa kehamilan ektopik. Manakala tiub yang sihat akan dibiarkan.

Selain dengan cara pembedahan, kehamilan ektopik juga boleh ditangani dengan memakan ubat yang menyebabkan embrio gugur dengan sendirinya.

Apapun tindakan yang ingin dipilih oleh si ibu untuk menangani kes hamil diluar rahim, dapatkan nasihat dari doktor terlebih dahulu.

Semoga maklumat ini bermanfaat. 

Anda mungkin juga berminat dengan: 

Praeklampsia: Tanda, Risiko Dan Cara Pencegahan Yang Ibu Hamil Perlu Tahu

Penemuan: Demam Ketika Hamil Tingkatkan Risiko Autisme Pada Anak

Keguguran dan kehamilan berisiko tinggi

Sumber: theAsianParent Indonesia

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Kes 1-Dalam-625-Juta: Ibu Kehamilan Ektopik Berjaya Melahirkan Anak Cukup Umur

The post [Video] Pembedahan Buang Janin Pada Kehamilan Ektopik (Hamil Luar Rahim) appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.

Cara Betul & Selamat Untuk Pakai Tali Pinggang Keledar Semasa Hamil

$
0
0

Kepentingan memakai tali pinggang keledar

Setiap pemandu dan penumpang kenderaan bermotor diwajibkan untuk memakai tali pinggang keledar ketika dalam perjalanan menggunakan kereta.

Tetapi jika anda ibu hamil, ini mungkin satu cabaran terutamanya kalau perut anda sudah semakin besar. 

Adakah lebih selamat untuk meletakkan tali pinggang melentang pada perut?

Adakah cara ini akan memudaratkan bayi dalam kandungan jika berlakunya kemalangan?

Jangan bimbang, hari ini kita akan bincang tentang cara betul dan selamat untuk memakai tali pinggang keledar semasa hamil.

Apakah cara yang betul untuk memakai tali pinggang keledar ketika hamil?

Tali pinggang keledar sebenarnya adalah “car seat” pertama bayi anda.

Apabila dipakai dengan betul, ia boleh menjaga keselamatan anda dan bayi anda jika berlakunya kemalangan.

Semua orang, tidak kira sama ada anda hamil ataupun tidak, sepatutnya memakai tali pinggang keledar dengan cara yang sama.

Berikut adalah bagaimana anda perlu pakai tali pinggang keledar ketika anda hamil:

Kajian mendapati bawa kira-kira 200 janin boleh diselamatkan setiap tahun jika ibu hamil telah memakai tali pinggang keledar. Sumber gambar: GuideForMum.com

Tali pinggang yang melintang sepatutnya berada di bawah perut ibu hamil, dengan rata dan tidak terbelit. 

Ini untuk memastikan tali pinggang itu berada pada tulang punggung dan tidak melintang pada perut ibu. 

Jika berlakunya kemalangan dan tali itu melintang pada perut ibu hamil, ia boleh menyebabkan kecederaan pada buah pinggang, hati, limpa, usus, saraf tunjang tulang belakang, plasenta serta janin.

  1. SENTIASA pakai tali pinggang keledar anda, walaupun duduk di belakang
  2. Angkat perut dan pastikan tali pinggang dalam keadaan rata and berada di atas paha tetapi di bawah perut
  3. Ketatkan tali pinggang dan pastikan tali pinggang yang melintang di bawah perut adalah cukup ketat.
  4. Tali pinggang bahu sepatutnya berada di celah-celah payudara ibu hamil.
  5. Jika ibu hamil adalah pemandu, laraskan kedudukan roda stereng ke atas.
  6. Tegakkan kerusi anda sebanyak yang mungkin. Kerusi yang terlalu rendah akan meninggikan risiko tali pinggang mencederakan rahim dalam kemalangan.
  7. Jika ibu hamil adalah penunggang hadapan, laras kerusi anda ke belakang sebanyak yang mungkin untuk mengelak dari terlalu dekat dengan airbag.

Produk tali pinggang keledar tambahan untuk wanita hamil

Jauhi produk-produk yang mengatakan mereka boleh menukarkan kedudukan tali pinggang keledar untuk wanita hamil agar mereka lebih selesa dan “selamat”.

Produk-produk ini tidak mempunyai kelulusan dan tidak pernah diuji dalam ujian kemalangan maka mereka tidak selamat untuk digunakan.

Jangan percaya gimik pemasaran mereka kerana ini soal keselamatan ibu hamil dan bayi dalam kandungan.

Dengan mengubah posisi atau menukarkan fungsi tali pinggang keledar, ia boleh menyebabkan tali pinggang menjadi longgar dan berbahaya.

Reka bentuk produk-produk ini juga tidak bagus dan akan menempatkan tali pinggang melintang atas rahim dan memudaratkan.

Jika ia diuji dengan patung ujian kemalangan, ujian itu masih tidak tepat dan tidak dapat mengukur sejauh mana risiko kecederaan kepada janin. 

Kajian menunjukan penggunaan tali pinggang keledar yang betul dapat mengurangkan kecederaan kepada ibu hamil TANPA menggunakan produk tambahan

Risiko kecederaan janin juga dapat dikurangkan sebanyak 50%.

Bagaimana pula dengan airbag kereta?

Untuk wanita hamil yang bimbang airbag kereta boleh mencederakan bayi dalam kandungan, jangan bimbang lagi.

Hasil kajian ini menunjukkan kesan penggunaan airbag dan tali pinggang keledar sama seperti penggunaan tali pinggang keledar sahaja. Airbag kereta tidak akan mendatangkan kesan.

Semoga ini akan membantu dan menjaga keselamatan semua ibu-ibu hamil yang membaca. Sebarkan untuk keselamatan semua.

Sumber: The Car Seat Lady

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Selama Ini Kita Telah Membawa Car Seat Dengan Cara Yang Salah

 

The post Cara Betul & Selamat Untuk Pakai Tali Pinggang Keledar Semasa Hamil appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.

10 Makanan Superfood Untuk Jaga Power Mata Anak

$
0
0

Waktu saya kecil dulu, saya masih ingat yang mak ayah saya selalu cakap, “Makan ini! Elok untuk mata!

Mereka pun letak seaneka sayuran dalam pinggan saya termasuklah lobak (saya tak berapa minat) sebagai hidangan.

Saya selalu tertanya-tanya, betul ke apa yang mereka cakap ini? Betul ke sayuran itu bagus untuk mata saya, atau ia hanya sekadar helah supaya saya makan sayur?

Kini, baru saya tahu, ada benar apa yang mereka cakap!

Bagaimana caranya jaga power mata anak?

Menurut Shania Khialani, seorang pakar nutrisi dan diet dari Pusat Dietitians Marie-Claire O Shea di Australia, ada banyak kajian yang telah dibuat tentang hal ini.

Ternyata, kita boleh memperbaiki power mata kita dengan mengambil beberapa jenis makanan, terutamanya yang tinggi kandungan Vitamin A.

Khialani menjelaskan bahawa satu kajian pada tahun 2011 yang dijalankan oleh Universiti Oxford telah membuktikan kaitan antara Vitamin A dengan pengurangan masalah mata.

Antara masalah penglihatan yang dapat dikurangkan jika kita ambil banyak Vitamin A adalah seperti rabun malam dan xerophthalmia (satu keadaan di mana mata kita gagal menghasilkan air mata).

Jadi, sebagai seorang ibu dan ayah pada hari ini, amatlah wajar untuk anda memberikan makanan superfood yang tinggi kandungan Vitamin A kepada anak anda, supaya tahap penglihatan dan power matanya terjaga!

10 makanan superfood untuk jaga power mata anak

Jika anda perlukan sedikit saranan tentang jenis makanan apa yang anda boleh masukkan dalam diet harian si kecil anda supaya power mata anak anda terjaga, mari lihat senarai di bawah!

1. Lobak

makanan untuk mata anak - 1

Sumber: Superhealthykids.com

Sememangnya, lobak adalah antara makanan yang sering dikaitkan dengan penglihatan yang bagus.

Kalau anda nak tahu, sayuran dan buahan berwarna oren dan kuning mempunyai beta karotene yang tinggi.

Ia adalah sejenis Vitamin A yang boleh dijumpai dalam tumbuhan yang dapat membantu melindungi mata anda.

Selalunya, anak kecil memang suka lobak kerana warnanya yang terang dan cantik. Jadi, ambil kesempatan ini dan beri anak anda makan lobak banyak-banyak ya!

Cadangan: Masukkan hirisan lobak dalam hidangan sup ayam, bubur nasi, pasta, atau salad.

2. Sayuran hijau yang berdaun

Khialani turut menerangkan yang sayuran berwarna hijau serta berdaun seperti parsli, bayam dan kale mempunyai kandungan lutein dan zeaxanthin yang tinggi.

Dua bahan ini membantu meningkatkan tahap penglihatan kerana ia menjadi makanan utama karotenoid yang ada pada retina mata manusia.

Malah, ia turut melindungi mata dari pancaran matahari yang berbahaya kerana fungsi antioksidan tinggi yang turut ada pada bahan ini.

Cadangan: Jangan masak sayuran hijau ini terlalu lama kerana khasiatnya akan berkurangan jika terlebih masak. Celur atau tumis beberapa minit sahaja sebelum menghidangkannya pada si kecil anda.

3. Salmon

makanan untuk mata anak - salmon

Sumber: Thecountrylass.com

Diet yang tinggi kandungan asid lemak omega 3 juga dikatakan dapat memberikan kesan positif pada retina mata kita.

Kebanyakan minyak ikan seperti salmon sangat kaya dengan asid lemak omega 3, yang membantu retina mengatasi masalah keradangan.

Cadangan: Untuk hidangan yang ringkas dan cepat, anda hanya perlu bakar atau grill salmon dalam periuk pan bersama mentega sehingga keperangan. Ia sangat mudah untuk disediakan dan kebanyakan kanak-kanak akan menyukainya!

4. Avokado

Ini lagi satu superfood yang dapat membantu menjaga power mata anak anda. Avokado dikatakan mempunyai kandungan lutein yang tinggi berbanding semua sayuran dan buahan lain!

Jika diambil selalu dan dalam jangka masa yang panjang, avokado dapat mencegah risiko katarak dan penyusutan makula.

Cadangan: Lenyekkan avokado dan buat hidangan makanan pejal bayi anda. Atau, hiris avokado dan masukkan dalam hidangan sandwich supaya dia mendapat bekalan lemak dan Vitamin E yang baik untuk matanya!

5. Telur

makanan untuk mata anak - telur

Sumber: Youtube.com

Haa…ini adalah antara bahan yang mudah untuk dijumpai di dapur anda, kan? Ia memberikan banyak khasiat pada mata dan juga seluruh badan kita.

Apabila anda memberikan telur kepada anak anda, pastikan dia turut memakan bahagian kuning.

Ini kerana, warna kuning itu kaya dengan khasiat dan nutrien. Semakin pekat warna kuning telur itu, semakin berkhasiat dan bagus untuk si kecil anda!

Cadangan: Rebus telur dan hancurkan bersama lada hitam dan mayonis. Buat sandwich dan berikannya kepada si keci anda. Atau, berinya telur separuh masak dan makan bersama roti kaya – yummy!

6. Lada Benggal (Capsicum)

Selalunya, lada benggal, atau capsicum, boleh didapati dalam pelbagai warna (seperti warna traffic light!) iaitu merah, kuning dan hijau.

Capsicum mengandungi Vitamin A yang bagus untuk penglihatan dan menjaga mata dari terkena penyakit.

Lada ini tidaklah pedas, maka ia sesuai untuk si kecil anda.

Cadangan: Potong lada benggal kecil-kecil dan tumis. Campurnya dalam hidangan sup atau nasi anak anda.

7. Kekacang

makanan untuk mata anak - kekacang

Sumber: Bristolpost.co.uk

Kekacang juga adalah sejenis powerfood yang sesuai untuk dimasukkan dalam hidangan anak anda demi menjaga power matanya.

Antara contoh kekacang yang bagus adalah seperti almond dan kacang gajus kerana ia kaya dengan Vitamin E dan asid lemak omega 3. Ia membantu mengurangkan kekeringan mata.

Cadangan: Jadikan kekacang sebagai snek untuk si kecil anda makan sementara menunggu waktu hidangan utama. Jika anak anda gemar makan bubur, masukkan kacang ini ke dalam hidangan buburnya itu.

8. Blueberry

Kalau anak anda suka makan buah, berikannya buah blueberry! Ia mengandungi bahan magikal yang dikenali sebagai anthocyanosides.

Bahan ini selalunya ada pada retina mata kita dan membantu meningkatkan power mata untuk penglihatan waktu malam.

Jika diambil selama 2 bulan, anda pasti akan dapat melihat perbezaannya pada penglihatan anda pada waktu malam. Maka, berikannya kepada anak anda, demi menjaga power matanya.

Cadangan: Disebabkan buah blueberry tidaklah mudah untuk diperolehi di kedai runcit atau supermarket, mungkin anda boleh membelinya dalam bentuk kapsul atau pil. Cadangan kandungan yang patut anak anda ambil setiap hari adalah 600mg.

9. Dark Chocolate

makanan untuk mata anak - dark coklat chocolate

Sumber: Fanpop.com

Kalau anak anda gemar coklat pula, ambil kesempatan ini dan berikannya dark chocolate (bukannya coklat bersusu yang biasa).

Dark chocolate kaya dengan flavonoid yang dapat membantu melindungi saluran darah dalam mata dan menguatkan lensa serta kornea mata.

Cadangan: Berikan dark chocolate sebagai snek harian si kecil anda. Malah, anda turut boleh membuat minuman coklat panas menggunakan dark chocolate.

10. Wolfberry

Ini lagi satu jenis berry yang anda boleh berikan kepada si kecil anda. Turut dikenali sebagai buah beri Goji, buahan yang kecil, merah dan manis ini kaya dengan tonik yang dapat menjelaskan penglihatan mata.

Ia turut dijadikan sebagai satu bahan remedi bagi masalah power mata yang tinggi, mata kering, dan penglihatan kabur.

Ia disebabkan oleh kandungan beta karotena, Vitamin B, Vitamin C, serta asid linoleik yang ada di dalam buah beri Goji ini.

Cadangan: Masukkan buah wolfberry ke dalam air lai ci kang bersama dengan longan dan kurma untuk meningkatkan kesihatan mata dan menjaga power mata anak anda!

Jadi, cuba semua cadangan hidangan di atas dan lihat bagaimana ia membantu mengekalkan kesihatan mata untuk si kecil anda!

Sumber: The Asian Parent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Terdedah Berpanjangan Pada Skrin Digital, Menyebabkan Mata Tidak Sihat

The post 10 Makanan Superfood Untuk Jaga Power Mata Anak appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.

8 Isu Pengancam Perkahwinan Yang Kita Sering Terlepas Pandang

$
0
0

Rasanya, ramai antara kita yang sudah tahu tentang perkara-perkara negatif yang dapat mengancam kedamaian dan kesejahteraan rumah tangga kita.

Antaranya adalah kegagalan untuk berkomunikasi, menjalinkan hubungan affair atau curang, serta masalah kewangan yang tidak diuruskan dengan baik.

Tetapi, kalau ibu ayah semua hendak tahu, selain daripada perkara yang biasa terjadi di atas, ada beberapa lagi isu yang dapat mengancam perkahwinan anda.

Di bawah ini merupakan perkongsian pendapat oleh pakar terapi dan kaunselor perkahwinan tentang hal-hal yang dapat mengancam perkahwinan.

1. Kita fikir jika kita bercakap secara jujur 100%, ia adalah perkara baik

masalah perkahwinan

Sumber: Crosswalk.com

Ya, kejujuran adalah satu sifat yang patut dipuji. Tetapi, anda juga perlu lihat pada keadaan dan tempatnya.

Mengatakan sesuatu yang benar secara terbuka dan jujur 100% – ditambah dengan nada yang sarkastik – hanya akan melukakan hati pasangan anda.

Ia bukanlah satu perkara yang baik dalam rumah tangga, itu penjelasan Bonnie Kennan, seorang kaunselor perkahwinan dari Southern California, Amerika Syarikat.

“Apabila seseorang itu merasakan yang dia boleh berkata apa sahaja yang dia rasa, dengan cara yang salah, dia sebenarnya merosakkan lagi perhubungan mereka dan kadangkala, ia tidak dapat diperbaiki lagi!”

 Dalam erti kata lain, alasan anda bahawa “saya akan bersifat jujur tentang apa yang saya rasa” tidak sesuai dalam sesuatu perhubungan. Terutamanya jika ia dilakukan tanpa mengambil kira perasaan suami atau isteri kita!

2. Berfikir yang perkahwinan akan mengubah sifat buruk seseorang

Ini merupakan lagi satu isu yang dapat mengancam perkahwinan seseorang.

Menurut Profesor Karl Pillemer dari Universiti Cornell, ia adalah satu kesalahan besar dalam perkahwinan apabila kita merasakan yang kita dapat mengubah pasangan kita sepenuhnya.

Menurut beliau lagi, sijil perkahwinan atau rumah tangga itu sendiri tidak dapat menyelesaikan masalah dalam hubungan anda atau membuatkan anda serta pasangan sesuai untuk satu sama lain.

Semuanya terpulang kepada usaha dan keinginan kita untuk berkompromi terhadap kekurangan dan kelemahan diri serta pasangan; dan bukannya mengharapkan yang si dia akan mengubah dirinya demi untuk memuaskan hati anda.

3. Percaya yang anda dapat mengubah pendapat keluarga anda tentang pasangan anda

masalah suami isteri

Source: Zeppfeed.com

Apabila anda merasakan yang anda pasti dapat mengubah pendapat ibu atau ayah anda tentang suami atau isteri anda, maka ia hanyalah akan membuatkan anda semakin tertekan.

Sehinggakan, jika tidak dikawal rasa tekanan itu, anda akan sentiasa dalam keadaan stress.

Malah, ada kemungkinan juga untuk anda menyalahkan pasangan kerana tidak bekerjasama dengan anda bagi mengubah apa yang ahli keluarga anda rasakan.

Percayalah, kita sesekali tidak akan pernah mampu untuk mengubah pendirian seseorang, melainkan orang itu sendiri berfikiran terbuka untuk menukar pendapatnya sendiri!

Dengan berusaha sedaya yang anda mampu dan apabila tiba masanya, pasti keluarga anda akan berubah fikiran juga.

4. Mengabaikan impian dan keinginan pasangan anda

Semua orang memasuki ke alam perkahwinan bersama dengan impian dan keinginan masing-masing.

Antara perkara yang dapat mengancam hubungan anda dan suami adalah anda mengabaikan cita-cita dan visi dirinya.

“Jika pasangan anda memberitahu anda yang dia belum sedia untuk mempunyai anak, mahu sambung belajar, atau mahu bertukar karier atau perniagaan, maka dengar dan sokonglah dia.”

Itu adalah nasihat daripada Becky Whetstone, seorang Terapi Perkahwinan dan Keluarga dari Little Rock, Arkansas.

5. Menganggap perkahwinan itu adalah perkara mudah

perkara ancam perkahwinan

Sumber: Reader’s Digest

Memang seronok apabila kita baru sahaja mendirikan rumah tangga bersama. Namun, kita perlu sedar bahawa akan ada banyak cabaran yang bakal mendatang.

Antara perkara yang dapat mengancam keharmonian sesebuah perkahwinan adalah apabila salah seorang daripada pasangan itu menganggap rumah tangga itu adalah perkara yang mudah untuk diuruskan.

Mereka terlupa bahawa mereka perlu bekerja keras untuk mengubah diri menjadi lebih baik buat pasangan dan sentiasa bekerjasama dalam melayari bahtera rumah tangga.

“Untuk kita kekal berkahwin, ketabahan, semangat dan disiplin amat diperlukan. Ia memerlukan dua orang insan yang matang yang dapat bersama mengharungi susah payah tanpa rasa putus asa.”

Itu kata Profesor Karl Pillemer.

6. Mengharapkan kesempurnaan dari suami atau isteri

Apabila kita mengharapkan sesuatu yang sempurna dari pasangan kita, maka kita telah meletakkan diri dalam keadaan yang sangat berbahaya.

Kita akan mudah rasa kecewa, marah dan putus asa jika suami atau isteri kita (yang hanya insan biasa, penuh dengan kesilapan) jika dia tidak bertindak atau berkelakuan sesempurna yang kita harapkan.

Menurut kata Whetstone,

“Masalahnya apabila kita menganggap pasangan kita sempurna, lambat-laun kita akan sedar yang dia bukanlah seperti yang kita sangkakan seperti dalam imaginasi kita. Maka, amat mudah untuk kita berputus asa, sehingga mampu meruntuhkan rumah tangga.”

7. Tidak menetapkan limit tentang apa yang boleh dikongsi dengan orang lain

kongsi masalah di sosial media

Source: Sfgate.com

Hari ini, amat mudah untuk kita berkongsi cerita dengan orang lain. Tidak perlu buat panggilan telefon.

Twitter, Facebook, Whatsapp dan segala dunia digital lain boleh digunakan sebagai platform untuk meluahkan perasaan.

Apabila kita tidak menetapkan bersama dengan pasangan tentang apa yang boleh dikongsi dan apa yang patut kekal antara pasangan sahaja, maka amat mudah untuk persengketaan antara suami isteri melarat dan menjadi teruk.

Bonnie Kennan menasihatkan:

“Setiap pasangan patut berbincang dan menetapkan hal ini dengan jelas. Ini supaya jika pergaduhan berlaku, kita boleh mengingat semula perjanjian ini dan mengelak daripada menyebarkan hal antara pasangan dengan orang luar (yang kadangkala tidak membantu!)”

8. Terlalu percaya bahawa sikap yang berlawanan itu menarik untuk sesuatu hubungan

Mat saleh ada cakap:  “Opposite attracts”. Jika anda seorang yang sangat mempercayai kata-kata ini, fikir semula!

Kita menyangka bahawa ia membuatkan sesuatu hubungan itu lebih menarik dan mencabar.

Kita lupa bahawa sifat yang berlawan itu, jika tidak pandai diuruskan, hanya akan menyebakan permasalahan dalam rumah tangga.

Contohnya, anda seorang yang gemar melancong tetapi suami atau isteri anda seorang yang suka duduk di rumah.

Pada mulanya, anda mungkin boleh berkompromi. Tetapi, lambat-laun, pasti akan ada rasa tidak puas hati juga.

Profesor Karl berkata:

“Saya telah berkonsultasi dengan ramai suami isteri. Mereka telah berkahwin bertahun-tahun lamanya dan antara nasihat yang mereka akan selalu kata adalah: ‘Kahwinilah seseorang yang sama sifatnya dengan anda!'”

Perkahwinan bukan perkara mudah. Namun, ia boleh menjadi senang dan tenang jika anda berkongsi hidup dengan seseorang yang sekufu dengan anda.

Maksudnya, adalah baik jika si dia itu datang dari latar belakang yang sama, berkongsi minat yang sama, serta ada misi dan visi kehidupan, kerjaya, cita-cita, dan pendapat tentang kekeluargaan yang sama.

Jadi ibu ayah sekalian, pertimbangkan 8 perkara di atas. Adakah ia ada pada diri atau pasangan? Jika ya, ambil jalan untuk berubah, demi kesejahteraan rumah tangga anda.

Sumber: Huffingtonpost.com

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Sains Buktikan Rahsia Perkahwinan Bahagia Terletak Di Tangan Suami Yang Bijak!

The post 8 Isu Pengancam Perkahwinan Yang Kita Sering Terlepas Pandang appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.

10 Rahsia Gaya Tidur Dengan Pasangan Yang Menceritakan Situasi Perkahwinan Anda

$
0
0

Gaya tidur dengan pasangan

Tahukah anda yang posisi tidur antara anda dan pasangan boleh menceritakan banyak perkara tentang perkahwinan anda itu?

Ha… sebenarnya, ia sebab bahasa tubuh. Anda tak boleh mengawal dan menipu bahasa tubuh ketika tidur.

Ketika tidur, kawalan diri anda diturunkan. Anda akan paling jujur. Jadi, dari situ boleh lihat apa yang terjadi dalam perkahwinan anda sekarang.

Malah menurut pakar psikologi Corrine Sweet, gaya tidur bersama boleh memperlihatkan sebarang perubahan dalam hubungan.

gaya tidur dengan pasangan

Apa gaya tidur anda dengan pasangan? Kredit: The Telegraph

10 rahsia posisi tidur ini sengaja kami bongkarkan untuk anda bagi menyelamatkan mana-mana perkahwinan yang bermasalah.

Kalau anda dan pasangan bijak mengesan masalah dengan lebih awal, bolehlah kalian atasinya dan kembali bina mahligai bahagia!

Selesaikan sebarang perselisihan faham sebelum tidur

Tambah Sweet lagi, biasanya – perselisihan faham menyebabkan pasangan tak mahu bermesra ketika ingin tidur. Mereka akan tidur berjauhan

Yang sehabis baik adalah menyelesaikan pergaduhan sebelum tidur. Marah sebelum tidur juga tak bagus untuk hubungan!

Jom tengok apa 10 rahsia posisi tidur antara pasangan yang biasa berlaku dan maksudnya.

1. Kebebasan 

Dalam posisi ini, pasangan tidur membelakangi masing-masing. Namun, mereka tak bersentuhan.

gaya tidur dengan pasangan

Nampak macam dingin dan tak mesra, kan? 

Rahsia perkahwinan: Tapi sebenarnya, ini melambangkan pasangan sangat “bersatu” namun bijak berdikari dan berdiri atas kaki sendiri.

2. Gaya meraikan

gaya tidur dengan pasangan

Kredit: The Good Men Project

Sama macam posisi kebebasan, posisi ini membelakangi pasangan, tapi bersentuhan.

Rahsia perkahwinan: Ia melambangkan pasangan sangat selesa, intim dan santai di antara satu sama lain. 

3. Pillow-talk

Posisi pillow talk adalah posisi di mana pasangan saling bersemuka

gaya tidur dengan pasangan

Rahsia perkahwinan: Pasangan pasti gemar berintiman malah suka bersembang sebelum tidur. Ini rahsia perkahwinan bahagia.

4. Bersatu seperti kekasih

Posisi ini seakan sama seperti posisi tidur pillow talk, tapi kaki atau tangan anda dan pasangan akan saling bertaut selama beberapa minit sebelum berpisah untuk tidur. 

gaya tidur dengan pasangan

Kredit: Daily Mail

Rahsia perkahwinan: Menurut pakar hubungan, posisi ini melambangkan pasangan sangat bergantung diantara satu sama lain.

Malah, mereka sangat rapat, sayang satu sama lain dan gemar berhubungan intim.

5. Spooning (lelaki)

Menurut Google, spooning adalah posisi tidur yang rapat antara satu sama lain dan melekat seperti “sudu”. 

gaya tidur dengan pasangan

Gaya suami memeluk isteri dari belakang adalah yang paling terkenal.

Rahsia perkahwinan: Ini melambangkan hubungan yang sangat sihat, selamat dan penuh kegembiraan.

6. Spooning (wanita)

Spooning wanita pula di mana isteri yang memeluk suami dari belakang

gaya tidur dengan pasangan

Kredit: Indiatimes.com

Rahsia perkahwinan: Nampaknya, dalam hubungan ini, isteri adalah yang lebih berkuasa dan lebih melindungi pasangan.

7. Seperti pasangan bercinta

Posisi tidur ini pasti terjadi pada awal hubungan. Kaki atau tangan anda dan pasangan akan bertaut dan tak lepas langsung.

gaya tidur dengan pasangan

Kredit: Pinterest

Rahsia perkahwinan: Ia melambangkan keinginan untuk sentiasa menyentuh pasangan, terutamanya ketika dimabuk cinta, hehe.

8. Romantik

Anda selalu tertidur atas tangan atau dada suami? Ha… itu posisi romantik namanya! Isteri akan kerap membaringkan kepalanya di atas suami.

gaya tidur dengan pasangan

Kredit: Independent.ie

Rahsia perkahwinan: Cinta yang tak berbelah bahagi dan rasa romantik dalam perhubungan.

9. Superwoman

Isteri selalu ambil lebih kawasan di atas katil? Ini posisi superwoman namanya! Namun, pasangan pula boleh saja tidur di sebelahnya.

gaya tidur dengan pasangan

Kredit: fitnessvsweightloss.com

Rahsia perkahwinan: Bilik tidur adalah “kawasan utama” isteri. Tapi, pasangan tak  kisah dan cool saja.

10. Superman

Posisi ini terbalik daripada posisi superwoman. Lelaki pula yang ambil lebih kawasan di atas katil. Tapi, isteri juga tak kisah.

gaya tidur dengan pasangan

Kredit: Daily Mail

Rahsia perkahwinan: Di sini, suami adalah king, dan isterinya pun tak kisah. Janji bahagia. 

Macam mana? Apa posisi tidur anda dan pasangan?

Sekarang anda sudah tahu rahsia perkahwinan kalian menerusi posisi tidur antara anda dan pasangan, jom kongsikan pada mereka!

Sumber rujukan: theAsianparent Singapore

Kredit gambar: Psychology Today 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

6 Perangai Isteri Yang Buat Suami Makin Sayang Dan Jatuh Cinta Setiap Hari

The post 10 Rahsia Gaya Tidur Dengan Pasangan Yang Menceritakan Situasi Perkahwinan Anda appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.

5 Trik Asmara Yang Isteri Wajib Cuba Untuk Goda Dan Bikin Suami “Wow”

$
0
0

Goda suami dan tambat hatinya dengan hubungan intim yang “panas”!

Anda rasa bosan dengan hubungan intim yang sering dijalankan? Ataupun suami macam nak tak nak, dan seperti hilang “minat” dengan anda?

Ha… sekarang sudah tiba masanya untuk anda cuba trik rahsia ini! Ia bukan saja terbukti mampu menggoda suami, malah ia juga boleh bikin suami “tak tentu arah” dan berjaya tertambat di bawah kuasa anda.

Nak tahu apa 5 trik asmara tersebut yang boleh buat suami “wow”? Jom baca lebih lanjut seperti di bawah:

1. Teknik kemut dan lepas

isteri goda suami

Perhatikan suami anda ketika sedang berintiman. Adakah nafasnya turun naik? Adakah dia akan capai orgasma?

Jika anda rasa suami akan mencapai orgasma, waktu itulah anda perlu mengemut dan melepaskan otot vagina. Otot ini akan memberi “tekanan” pada senjata suami.

Kami janji anda dan pasangan akan mengalami klimaks yang paling sedap sekali! (melainkan anda pernah cuba teknik ini :P)

Artikel berkaitan: Teknik urutan Yoni, rahsia untuk mengikat kebahagian rumah tangga

2. Buat kejutan pada malam tertentu

goda suami

Kredit: Pinterest

Pastikan si manja anda semua dah tidur sebelum anda nak buat sebarang “kejutan panas” pada suami, ya! Nanti tak memasal terkejut pula anak-anak, hehe.

Okay, rancangan yang anda boleh untuk beri kejutan pada suami seperti anda “menghadiahkan” diri anda pada pasangan. 

Contohnya berbogel (tiba-tiba) dan ikat reben pada tangan anda. Taraa! Suami pasti speechless dan senyum nakal tak sabar nak “bersatu” dengan hadiah yang dia terima.

Kalau itu pun anda pernah cuba, apa kata cuba 7 kejutan lain ini pula, hehe!

3. Isteri, naik atas suami dan ambil kawalan!

goda suami

Ha… suami pasti tergoda kalau anda tiba-tiba lebih agresif daripada biasa. Apa kata anda cuba naik ke atas pasangan, dan ambil kawalan sepenuhnya.

Kalau tak berasmara sambil baring pun takpa. Cuba berdiri, dengan tangan diletakkan pada dinding untuk beri sokongan tambahan.

Anda perlu berdayung sambil menikmati keenakan zakar suami dalam vagina anda. Suami pasti tergoda apabila anda sedikit nakal dan kelihatan cantik dalam posisi seks ini.

Baca juga: 6 posisi seks yang buat wanita kelihatan makin seksi dan menarik

4. Pernah guna prop lain tak?

goda suami

Jangan tak tahu keberkesanan prop ketika berhubungan intim, tau! Lagipun, ada pelbagai prop yang boleh anda cuba. Ia semua dijual di pasaran.

Anda boleh beli gari mainan, atau penutup mata ataupun pakaian dalam yang “terlebih seksi“. 

Semarakkan lagi rasa cinta kalian dengan menutup mata pasangan. Beri sensasi panas ditemani lagu romantik dan lilin wangi… atau anda boleh saja cuba usik pasangan seperti yang dia suka.

Suami pasti tunduk pada anda lepas ini!

5. Cermin!

goda suami

Lelaki ini manusia yang suka membayangkan. Jadi, bila suami anda dapat lihat apa aksi yang sedang kalian “jalankan” sewaktu berasmara, dia akan lebih seronok dan tergoda!

Dia mungkin akan bayang anda dan dia berlakon dalam filem eksotik… ehem!

Apa kata satu pagi ini, ketika suami tengah gosok gigi, anda berbogel dan pergi kepadanya. 

Naik ke atas singki dan cuba goda pasangan. Pasti suami akan terbayang-bayang aksi itu di kemudian hari.

Bonus: Anda juga boleh mengusik suami dengan menghantar gambar tubuh badan anda. Contohnya hantar gambar telinga dan suruh pasangan jilat, atau gambar kaki… well, faham-fahamlah ya!

Jom cuba aksi-aksi ini! Nanti saya kongsikan bagaimana suami boleh menggoda isteri pula. 

Sumber rujukan: theAsianparent Singapore

Kredit gambar: Dissolve

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

(Video) 6 Posisi Bermadu Kasih Terbaik Untuk Suami Dengan “Ehem” Saiz Biasa

 

The post 5 Trik Asmara Yang Isteri Wajib Cuba Untuk Goda Dan Bikin Suami “Wow” appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.


Ibu Hamil Jangan Keliru Antara Hyperemesis Gravidarum Dengan Mabuk Hamil Biasa

$
0
0

Ada beza ke antara Hyperemesis Gravidarum dengan mabuk hamil biasa?

Hyperemesis gravidarum (HG) adalah komplikasi kehamilan yang menyebabkan rasa loya, muntah-muntah, turun berat badan dan mengalami dehidrasi semasa kehamilan. 

Baru-baru ini hyperemesis gravidarum telah mendapat pendedahan yang lebih meluas selepas Kate Middleton didiagnosis dengan komplikasi ini.

Walaupun selepas pendedahan itu, ramai yang masih fikir ibu hamil dengan gejala HG hanya berlakon berlebih-lebihan

Ada yang memberi komen di The Daily Mail – 

“Kenapa perlu heboh-hebohkan mabuk hamil?”

Tetapi pihak media telah memberi gambaran yang HG adalah versi mabuk hamil yang lebih teruk dan boleh merbahayakan ibu-ibu hamil.

Gambaran sebenar gejala Hyperemesis Gravidarum

Seorang ibu bernama Thembi Johnson telah berkongsi pengalamannya dengan hyperemesis gravidarum:

Semua makanan yang dimasukkan ke dalam mulut akan dimuntah keluar. Setiap bau akan menyebabkan rasa mual.

Apabila Johnson berjumpa doktor, dia didiagnosis dengan hyperemesis gravidarum (HG).

2 minggu selepas dia didiagnosis, Johnson dikejar ke hospital akibat dehidrasi teruk. Tidak lama selepas itu, dia masuk hospital lagi, dan kali ini Johnson terpaksa tinggal di hospital hampir sebulan. 

Akhirnya, Johnson dapat pertolongan seorang jururawat yang membuat lawatan ke rumah untuk memberi Johnson nutrisi secara intravena.

Johnson juga disambungkan ke sebuah pam mudah alih yang memberikan ubat anti mual secara berterusan. Dia tidak makan makanan pejal selama lebih daripada sebulan.

“Saya masih ingat peristiwa hari itu. Saya baru pulang dari kedai runcit dan berasa sangat lemah.

Saya masuk ke pintu depan, merangkak ke bilik mandi dan akhirnya saya baring di sana selepas muntah angin – dengan muka atas lantai jubin.

Dua jam kemudian, begitulah keadaan saya apabila suami pulang dengan pintu rumah terbuka lebar dan pintu kereta yang terbuka.

Apabila melihat kaki saya yang menjulur dari pintu tandas, dia ingat saya telah mati!”

Hyperemesis gravidarum tidak sama seperti mual hamil biasa!

Rasa sangat lemah akibat dehidrasi. Sumber gambar: Netdoctor

Tidak lama selepas kehamilan Kate Middleton diumumkan, ibu bapa di HuffPost telah meminta wanita-wanita dengan HG untuk tampil ke depan bagi berkongsi pengalaman mereka.

Dalam masa 24 jam, Huffpost telah menerima lebih daripada 100 e-mel yang menceritakan perjuangan mereka untuk mengekalkan berat badan dan kesan muntah yang teruk sehingga 20 kali sehari.

Ianya sangat jelas yang mual hamil biasa dan HG tidak sama.

Ibu-ibu ini muntah lebih daripada tiga hingga empat kali sehari, langsung tidak dapat makan dan tidak dapat mengekalkan berat badan yang sihat.

Mereka juga terpaksa masuk hospital sampai 14 kali dalam trimester pertama kerana dehidrasi yang teruk!

Yayasan Pendidikan dan Penyelidikan Hyperemesis yang berpangkalan di Oregon (HER) mengatakan ibu-ibu ini selalu kekurangan nutrisi dan mempunyai ketidakseimbangan metabolik yang boleh mengancam nyawa.

Jadi, ibu-ibu hamil semua jangan keliru antara hyperemesis gravidarum dengan mual hamil biasa, ya?

Kedua-dua ini jauh berbeza. Jika anda menunjukkan tanda-tanda seperti HG, jangan lengah, rujuk pakar secepat mungkin!

Sumber: Huffington Post

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Kekurangan Air (Dehidrasi) Ketika Hamil: Tanda-Tanda Bahaya dan Cara Mengatasi

The post Ibu Hamil Jangan Keliru Antara Hyperemesis Gravidarum Dengan Mabuk Hamil Biasa appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.

Amaran Menyayat Hati Dari Seorang Ayah Selepas Anaknya Maut Kerana Sepsis

$
0
0

Peter Howarth dan isterinya yang bergembira meraikan kelahiran anak kedua, tidak pernah menyangka mereka akan kehilangan anak sulung mereka akibat sepsis.

Hanya seminggu selepas bayi lelaki mereka dilahirkan, anak perempuan mereka Pippa yang berusia 3 tahun mula menunjukkan tanda-tanda penyakit selesema.

Dia demam, kelihatan lesu dan tidak bermaya. Kerana menganggap penyakit itu penyakit biasa, ibu bapanya telah merawat Pippa di rumah sahaja.

Sepsis

Namun, beberapa hari kemudian, mereka perasan pernafasan Pippa tidak normal

Mereka membawa Pippa ke hospital dan doktor mendapati Pippa menghidap penyakit radang paru-paru. Tanpa diketahui, Pippa juga mempunyai sepsis di dalam badannya yang tidak didiagnosis doktor.

Pippa masuk ke hospital pada pukul 7 malam dan telah menghembus nafas terakhir pada pukul 4 pagi keesokan harinya. Sepsis telah meragut nyawa kanak-kanak itu.

“Apa yang orang tidak tahu tentang sepsis adalah kelajuan dan berapa cepat bakteria ini boleh merebak dan memudaratkan badan,” kata Peter kepada Huffington Post.

Dia menerangkan kejadian nyawa anaknya diragut sepsis begini:

“Saya berada di hospital pada 10 malam. Dia dipasang dengan drip, tapi masih aktif dan mahu saya bacakan buku cerita.

Tapi sampai 3 pagi saya mula perasan ada sesuatu yang tidak kena. Pippa sedang bercakap, tapi semua yang dia katakan tidak masuk akal langsung.

Saya minta jururawat masuk. Mereka memeriksa Pippa tanpa mengesan sepsis itu. Saya duduk bersama anak saya selama setengah jam, sambil memegang tangannya.

Saya masih memegang tangannya apabila dia berhenti bernafas. Tapi, saya disuruh keluar dari bilik apabila pihak hospital cuba untuk menyelamatkannya.

Dia meninggal sebelum isteri saya tiba di hospital. Selepas kira-kira 20 minit saya dibenarkan balik ke dalam bilik, dan itulah saat hidup saya berubah.

Sepsis – Saya tidak pernah mendengar perkataan itu sehingga anak saya meninggal dunia. Kami tidak diberi peluang untuk berjuang dan menyelamatkannya.

Dia telah meninggal sebelum kami boleh cuba.”

***

Peter Howarth. Sumber: Huffington Post

Doktor merawat Pippa untuk radang paru-paru, tetapi badannya telah menyerang diri sendiri akibat sepsis. Dia memang sudah hampir mati ketika sedang dirawat doktor.

Apakah itu sepsis?

Secara ringkas, sepsis adalah sejenis jangkitan bakteria yang disebarkan melalui darah dengan cepat.

Menurut pakar perubatan, keadaan ini boleh merebak dalam dua cara: akibat sistem pertahanan diri atau melalui agen yang menjangkiti.

Apakah tanda-tanda jangkitan?

  • Denyutan jantung yang cepat
  • Demam
  • Kekeliruan
  • Pernafasan yang pendek
  • Tekanan darah rendah

Tetapi, tanda-tanda keadaan ini susah untuk didiagnosis

Peter, yang berkongsi kisah Pippa pada Hari Sepsis Dunia (13 September) berkata,

“Jika saya menyebarkan kesedaran, saya dapat membantu keluarga lain untuk menyelamatkan nyawa dan keluarga itu dantidak perlu melalui pengalaman perit yang kami alami.”

Pihak theAsianparent mengucapkan ribuan takziah kepada keluarga Pippa. Ibu bapa, ambillah maklumat penting daripada tragedi ini demi kesihatan anak-anak anda.

Sayangi dan lindungi mereka selagi kita boleh.

Sumber: Pop Sugar

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Nukilan seorang ibu yang menyayat hati apabila bayinya mati akibat Jangkitan Cronobacter

The post Amaran Menyayat Hati Dari Seorang Ayah Selepas Anaknya Maut Kerana Sepsis appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.

(Video) Prosedur Vasektomi, Kaedah Kontraseptif Kekal Untuk Lelaki Cegah Isteri Hamil

$
0
0

Apa itu prosedur vasektomi?

Prosedur vasektomi merupakan satu kaedah pembedahan memotong saluran vas deferens di bahagian alat sulit lelaki. Ini dilakukan bagi mencegah sperma dari keluar  ketika ejakulasi.

Prosedur vasektomi merupakan kaedah kontrasepsi kekal yang boleh dilakukan oleh para suami, jika isteri tidak mahu melakukan sebarang kaedah kontrasepsi.

Dan sekiranya kedua-duanya telah membuat keputusan untuk tidak lagi mahukan cahaya mata.

Bagi anda yang ingin tahu bagaimana prosedur vasektomi dilakukan, anda bolehlah menonton video di bawah ini. 

Namun, sedikit peringatan yang video ini mungkin mengandungi gambar yang kurang menyenangkan.

Jika anda tidak selesa melihat video pertama namun masih ingin mengetahui prosedur yang dijalannkan, sila lihat video kedua di bawah.

Video kedua merupakan ilustrasi prosedur vasektomi dalam gambar 3D, beserta penjelasan di dalam bahasa Inggeris.

Pembedahan vasektomi tidak menyebabkan mati pucuk

Perlu diingati, lelaki yang melakukan prosedur vasektomi tidak akan mati pucuk atau tidak mampu untuk berejakulasi seperti kepercayaan sesetengah orang.

Mereka yang menjalani vasektomi masih mampu memuaskan isteri di kamar.

Prosedur vasektomi ini hanyalah salah satu cara untuk mencegah sperma daripada masuk ke rahim wanita dan bersenyawa dengan sel telur.

Ia dapat mencegah kehamilan dengan sangat efektif. Dan suami isteri masih boleh menikmati hubungan seks tanpa gangguan walaupun telah menjalani vasektomi.

Sebenarnya, vasektomi adalah mirip dengan prosedur bersunat, sedikit sahaja bahagian zakar yang dipotong, dan ianya di bahagian dalam, bukan di luar. Anda tidak akan rasa sakit langsung.

Pada tahun 1974 di Jakarta, pemerintah mereka pernah mempromosikan vasektomi secara percuma. Ini telah dilaporkan oleh Kompas.

Harga kos vasektomi juga berbagai. Ianya bergantung kepada di mana anda menjalani prosedur ini. 

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Anda mungkin juga berminat dengan : 

Perkara Penting Yang Anda Perlu Tahu Tentang Alat Perancang Keluarga IUD (Intra-Uterine Device)

Harga Perancang Keluarga Di Malaysia

Sumber: theAsianParent Indonesia

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Isteri Yang Tak Menggunakan Pil Perancang Keluarga Lebih Seksi Bagi Suami?

The post (Video) Prosedur Vasektomi, Kaedah Kontraseptif Kekal Untuk Lelaki Cegah Isteri Hamil appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.

14 Benda Lucu Yang Semua Wanita Buat Bila Excited Tahu Diri Hamil

$
0
0

Apabila wanita tahu diri hamil

Wanita mana yang tak gembira apabila mengetahui dirinya hamil? Rasa teruja, takut, gembira, nak menangis semua bercampur-baur.

Dulu saya punya excited dan tak percaya dengan ujian kehamilan sampai saya cuba buat ujian sampai 2 kali! Punya nak confirm yang saya hamil.

Ah, indah dan lucu pula memikirkan semua itu. 

Kalau anda baca 14 benda ini yang anda buat ketika dapat tahu diri hamil, pasti anda tertawa mengenangnya. 

1 – Anda ambil gambar ujian kehamilan dan hantar dekat suami dan bff 😀

wanita hamil

Kredit: cathy.willman.com

Suami dan bff adalah orang pertama yang anda tak sabar nak beritahu. Bila anda hantar gambar itu pada mereka, tak sabar pula nak tengok reaksi apa mereka bagi!!

2 – Cari tempat untuk simpan ujian kehamilan itu selamanya…

Ya, anda nak simpan ia selamanya. Mana nak simpan? Okay simpan dalam laci khazanah yang anda ada.

3 – Asyik perhati perut membesar

Kredit: Huffington Post

Ini perkara wajib. Berdiri depan cermin sambil posing tengok perut mummy ini dah besar mana. Hihi.

4 – Nak simpan rahsia pasal hamil, tapi tak boleh tahan!

But you only tell your closest besties. And sometimes Facebook.

Tapi mungkin terlepas juga pada bff atau pada status FB, oopss!

5 – Semua salah hormon hamil sekarang

Kredit: NBC

Dan anda mula salahkan semua benda pada hormon hamil. Tak larat? Sebab hamil. Menyampah dengan seseorang yang dari dulu anda tak suka? Sebab hamil juga. Hehehe.

6 – Guna alasan hamil untuk “lepaskan diri” dari sesuatu yang anda tak mahu buat…

"So what I'm only two minutes pregnant – you should do the dishes. Think of the baby!"

Sementara baru tahu anda hamil ini, anda akan guna ia sebagai pelepas diri, hehehe. Contohnya – “Saya kan mengandung, abang. Tolong basuh pinggan?”

7 – Punya excited sampai boleh nampak muka bayi dari gambar ultrasound saja!

wanita hamil

Kredit: Creative Commons

Eh, ini nampak macam mata mama dan hidung ayah, lah! Amboi, awal betul anda nampak, kan?

8 – Anda beli semua buku tentang kehamilan

wanita hamil

Kredit: Life with a Dash of Whimsy

Pantang nampak buku tentang kehamilan, semua anda nak beli. Takut dan teruja, kan!

9 – Bagi tugas membaca dekat suami juga

wanita hamil

Kredit: The Scared Dad

Helo, bukan anda seorang kena belajar. Si suami pun kena belajar semua benda juga! Hehe

10 – Anda join semua kumpulan ibu-ibu hamil

Tapi, kemudian anda sedikit menyesal juga…

11 – Emosi dan menangis walaupun hanya tengok iklan

Because, all of a sudden, poop blowouts really touch your soul.

Sekarang semuanya makin menyentuh hati… Anda makin sensitif! Huuuuu

12 – Eh, macam sedap nama itu?

wanita hamil

Kredit: The Bull Elephant

Dalam otak asyik fikir nama apa yang sedap, ya? Nama apa yang sesuai? Apa maksudnya?

13 – Mula beli barang bayi 

wanita hamil

Kredit: Etsy

Kadang, barang itu untuk bayi, kadang juga untuk anda! Macam, anak patung unicorn yang comel itu, kan? Apa salahnya hehehe.

14 – Semua gambar/video tentang bayi menarik perhatian

Image result for gif so cute

Awww, comelnya bayi ini! Awwww, semuanya comel nak gigit semua boleh tak!!!

Keterujaan selepas mengetahui diri hamil tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Sebab itu bila kita excited sangat, macam-macam benda lucu kita buat. 

Ada tak mana-mana perbuatan lucu ini anda buat? Jom kongsi dengan ibu-ibu hamil lain! Pasti mereka teringat detik awal itu. 

Sumber rujukan: BuzzFeed

Kredit gambar: CheckPregnancy

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

6 Mitos Tentang Seks Semasa Hamil

The post 14 Benda Lucu Yang Semua Wanita Buat Bila Excited Tahu Diri Hamil appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.

Pakar Terangkan Mengapa Payudara Ibu Terus Meleleh Apabila Dengar Bayi Menangis

$
0
0

Masalah payudara meleleh 

Hampir semua ibu menyusu akan mengalami masalah payudara meleleh sebaik saja mendengar bayi menangis terutamanya pada minggu pertama selepas bersalin.

Pada masa itu payudara saya sangat senang untuk dirangsangkan.

Jika saya tinggalkan anak di rumah dengan mentua untuk pergi membeli barang keperluan, baju saya akan basah kuyup apabila saya balik.

Tetapi mengapa payudara boleh meleleh apabila mendengar bayi menangis? Adakah mereka mempunyai telinga? 

Payudara meleleh semasa “let down”

Apabila payudara anda mengalami “let down” atau  MER (“Milk Ejection Reflex”)  proses di mana payudara mengeluarkan susu, anda boleh rasa seperti ada denyutan di payudara dan kadang kala susu di payudara sebelah lagi akan turut meleleh.

Fenomena ini sangat pelik dan kadang-kala menyusahkan kerana ia di luar kawalan anda.

Ia boleh berlaku pada bila-bila masa dan di mana saja kerana apabila ibu terdengar tangisan bayi lain, ibu akan terkenangkan anak sendiri di rumah dan ini boleh mencetuskan “let down” dan menyebabkan payudara meleleh.

Tetapi orang ramai tidak akan tahu jika ibu sedang memakai breast pad untuk menyerapkan susu berlebihan.

Kebanyakan ibu mendapati kebocoran ini kerap berlaku semasa minggu pertama menyusu, apabila payudara anda masih belum menyesuaikan diri dengan jumlah bekalan susu keperluan bayi. 

Artikel berkaitan: Payudara Saya Keluar Cecair Ketika Hamil. Adakah Ia Normal?

Jadi, mengapa payudara meleleh apabila dengar bayi menangis?

Mandy Meier, pakar laktasi berkata –

“Terdapat banyak perdebatan tentang isu ini sekarang.

Tetapi kebanyakan ibu menyusu akan memberitahu anda secara hipotesis : tindak balas emosi ibu menyusu apabila mendengar bayi menangis akan mencetuskan pengeluaran hormon oxytocin dalam darah.

Ia sama dengan hormon yang memberi isyarat kepada payudara apabila seorang ibu ingin menyusu.”

Tanggisan bayi boleh mencetuskan “let down” dan menyebabkan payudara meleleh

Malah menurut Meier lagi, hormon itu bagaikan “butang ON” untuk payudara anda yang menyebabkan mereka bertindak balas dan mengeluarkan susu.

Tujuan payudara anda mengeluarkan sedikit susu ialah untuk merangsangkan keinginan bayi anda untuk menyusu apabila mereka cium bau dan dapat merasakan susu ibu.

Tetapi keadaan ini agak leceh, jika ibu tidak bersama dengan anak.

Satu kajian yang diterbitkan dalam Neuropsychopharmacology berkata wanita dengan ikatan ibu dan anak yang kuat dan stabil, boleh mengalami pembebasan hormon oxytocin yang lebih tinggi.

Tetapi kesan oxytocin dalam badan anda hanya untuk 6-7 minit sahaja. Jadi jika anda menjauhkan diri dari bayi yang menangis (dengan syarat bayi itu bukan anak sendiri), atau jika bayi itu berhenti menangis, ibu tidak perlu risau tentang aliran susu yang berterusan.

Apabila paras oxytocin berkurangan, sensasi “let-down” juga akan berkurang dan anda mungkin akan mempunyai bra pad yang basah sahaja.

Jadi, jangan risau sangat ya ibu-ibu menyusu semua!

Pernahkah ibu-ibu mengalami “let down” yang sangat hebat hingga tersembur pada muka bayi anda? Kongsi pengalaman anda di ruang komen!

Sumber: Romper dan Breastfeeding Basics

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

8 Tips Penting Untuk Ibu Yang Menyusu

 

The post Pakar Terangkan Mengapa Payudara Ibu Terus Meleleh Apabila Dengar Bayi Menangis appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.

Eratkan Ikatan Ibu Bapa Dan Anak Dengan Cadangan Masa Bonding Ini (Bergambar)

$
0
0

Bonding time dengan anak-anak

Masa bonding dan ikatan antara ibu bapa adalah penting untuk bayi.

Sehingga ke hari ini pakar masih mengkaji hubungan erat antara ibu bapa dan anak, dan kesannya kepada anak tersebut.

Setakat ini, pakar tahu hubungan erat ini boleh menyebabkan anak rasa lebih selamat dan dilindungi, serta mempunyai harga diri yang lebih positif. 

Selain itu, mereka juga mendapati respons ibu bapa dapat mempengaruhi perkembangan sosial dan kognitif anak.

Berikut ada 3 cadangan bagaimana anda boleh merapatkan hubungan kalian:

#1 Selalu memeluk dan merapatkan hubungan dengan anak 

Peluk anak pada sebelah kiri badan dan berdekatan dengan dada, supaya dia dapat mendengar degupan jantung anda.

Setelah 9 bulan mendengar bunyi jantung di dalam rahim, bayi anda akan rasa tenang dan selamat. Ini adalah cara bonding yang baik untuk bayi baru lahir.

Sentuhan kulit dengan kulit, seperti mengurut bayi juga boleh menenangkan bayi anda. Cuba gunakan beberapa titis minyak yang selamat, seperti minyak badam manis ataupun minyak zaitun.

Meniarapkan bayi atas perut dan dada anda. 

Kemudian berbual dengan anak sambil menunjukkan ekpresi wajah lucu dan pelbagai. Ini adalah cara yang baik untuk mengeratkan ikatan sambil mengajar mereka hubungan antara kata-kata dengan perasaan.

Perhatikan respons anak anda, dia mungkin akan cuba untuk meniru wajah anda!

Artikel berkaitan: Tutorial Cara-Cara Untuk Ajar Anak Anda Meniarap (Dengan Gambar)

#2 Selalu bercakap dan membaca dengan anak

Membaca dengan anak adalah cara meluangkan bonding time yang popular antara ibu bapa

Pakar mendapati bayi suka dengar percakapan orang dewasa yang mempunyai nada yang berlainan.

Jadi lain kali, cuba cakap dengan bayi anda dengan suara yang comel. Dia pasti rasa geli hati.

Ibu bapa digalakkan untuk bercerita dan membaca buku kepada anak sejak lahir juga.

Anak akan suka mendengar suara dan irama suara anda sambil meluangkan masa istimewa ini bersama-sama. Tunjukkan gambar-gambar yang menarik dengan jari anda, supaya anak boleh berlatih mengikuti objek bergerak dengan mata mereka.

Berbual dengan anak anda sepanjang hari. Anda boleh namakan benda-benda di sekeliling anda apabila sedang melakukan kerja rumah.

Sebagai contoh, sebut –

Cuba lihat, stoking siapa yang kecil comel ini?‘ atau

‘Ini buah epal’ sambil menunujuk kepada buah epal ketika keluar membeli belah.

Bayi suka mendengar perbualan ibu bapa mereka, dan selalu terpesona dengan aktiviti ibu bapa dan persekitaran mereka.

#3 Menyanyi dan bermain dengan anak semasa bonding time

 

Satu lagi cara bonding yang popular dan menyeronokkan adalah dengan menyanyi kerana ia boleh membantu membangunkan kemahiran bahasa bayi anda.

Biarpun di dalam kereta, di bilik mandi, sebelum waktu tidur  ataupun pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Hati bayi anda pasti akan terhibur dengan irama nyanyian dan akan  rasa tenang kerana suara anda.

Kerapkan senyum dengan bayi anda. Apabila dia membalas senyuman anda, ini akan merangsangkan tindakan kimia semulajadi dalam tubuhnya dan menyebabkan anak berasa nyaman.

Bahan kimia ini juga boleh membantu otak anak berkembang.

Ajak bayi anda untuk bermain Ba…Cak serta permainan yang mempunyai gerakkan.

Di samping dapat meluangkan bonding time, bermain permainan jenis ini dapat membantu pembelajaran dan meningkatkan kemahiran pergerakan bayi anda.

Sumber: Raising Children dan Kids Health

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Kajian: Berpura-Pura Memahami Cakap Bayi Boleh Membuatnya Pintar

The post Eratkan Ikatan Ibu Bapa Dan Anak Dengan Cadangan Masa Bonding Ini (Bergambar) appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.

4 Cara Penting Untuk Menjaga Dan Melindungi Kulit Bayi Yang Lembut

$
0
0

Kulit bayi baru lahir adalah sangat lembut dan salah satu ciri-ciri bayi yang paling berharga. 

Tetapi kulit bayi baru lahir sangat sensitif, dan ibu bapa perlu tahu cara yang betul serta apa yang patut dielakkan untuk menjaganya. 

Berikut kami telah sediakan pada anda tentang bagaimana anda boleh menjaga malah melindungi kulit bayi yang lembut itu:

#1 Lindungi kulit bayi baru lahir dari matahari

Gunakan krim pelindung matahari pada kulit bayi yag terdedah. Sumber gambar: Max Pixel

Menurut American Academy of Pediatrics (AAP), bayi baru lahir sebaik-baiknya perlu mengelak terdedah pada cahaya matahari secara langsung sehingga mereka berusia 6 bulan.

Apabila membawa bayi anda keluar, pastikan mereka memakai pakaian yang boleh melindungi kulit mereka dari matahari.

Tapi, jangan gunakan pakaian yang terlalu tebal supaya mereka tidak terlalu panas.

Pakaikan topi untuk melindungi kulit muka dan hidung yang senang diselar matahari.

Cari tempat berlindung, kalau tidak letakkan mereka dalam stroller yang mempunyai penutup atau gunakan payung.

Ibu bapa juga boleh menggunakan krim pelindung matahari pada kawasan kulit yang terdedah, tetapi pastikan krim yang dibeli selamat untuk bayi baru lahir.

#2 Lindungi kulit bayi baru lahir dari gigitan serangga 

Sembur pada tangan kemudian sapukan pada anak. Sumber gambar: healthychildren.org

Apabila keluar, ibu bapa tidak boleh selalu memantau semua serangga yang datang berdekatan dengan bayi kita. 

Tetapi ini tidak bermakna kita tidak boleh cuba elakkan mereka dari digigit! Pakaikan baju yang sama untuk melindungi bayi anda dari sinaran matahari dan juga akan melindungi mereka dari digigit.

Menurut AAP, adalah selamat untuk menggunakan ubat penghalau serangga dengan DEET bagi bayi yang lebih dari 2 bulan.

Sembur ubat penghalau serangga pada tangan atau gunakan yang jenis krim dan sapukan pada kulit bayi yang terdedah.

Jauhi kawasan mulut dan mata and pastikan untuk mandikan bayi anda untuk menanggalkan kesan ubat pada kulitnya.

Jangan lupa, ubat semburan penghalau serangga yang mempunyai DEET tidak selamat untuk bayi kurang dari 2 bulan serta bayi dengan G6PD

#3 Jangan guna terlalu banyak sabun 

Jika bayi anda belum lagi merangkak atau makan makanan pejal, bayi anda bukannya kotor sangat.

Oleh itu, jangan gunakan terlalu banyak sabun ketika memandikannya dan gunalah sabun yang lembut dan sesuai untuk bayi sahaja.

Penggunaan sabun yang terlalu banyak hanya menyebabkan kulit bayi menjadi kering.

Gunakan kain lap untuk mencuci di antara celah-celah kulit yang mungkin mempunyai kesan peluh atau daki dan bahagian kemaluannya. 

Artikel berkaitan: Cara Yang Betul Untuk Mandikan Bayi Baru Lahir (Dengan Gambar)

#4 Selalu cuci dulu pakaian baru sebelum anak memakainya 

Tidak perlu sabun khas kecuali kulit bayi sensitif. Sumber gambar: Reviewfrenzy

Pastikan pakaian anak bersih dan sudah dicuci sebelum mereka memakainya. Anda juga tidak tahu kalau ada sebarang bakteria, kekotoran ataupun kesan bahan kimia yang boleh memudaratkan bayi anda. 

Tetapi jangan rasa tertekan untuk membeli sabun pencuci baju yang khas untuk bayi.

Sabun biasa jarang akan menyebabkan kerengsaan kulit pada bayi dan ia adalah lebih senang jika satu keluarga menggunakan sabun pencuci yang sama.

Ibu bapa hanya perlu membeli sabun khas yang lebih lembut jika anak mempunyai masalah kulit dan jika doktor  menyarankannya.

Sumber: What to Expect

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: 

Pelampung Leher Bayi Yang Comel Ini Sebenarnya Mungkin Berbahaya Untuk Mereka

The post 4 Cara Penting Untuk Menjaga Dan Melindungi Kulit Bayi Yang Lembut appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.


5 Punca Mengapa Kebahagiaan Rumah Tangga Boleh Musnah Sekelip Mata

$
0
0

Rumah tangga yang dibina musnah di tengah jalan

Pasangan mana yang mahu rumah tangga dan mahligai indah yang dibina musnah di tengah jalan?

Seboleh-bolehnya suami apatah lagi isteri ingin menjaga keharmonian rumah tangga masing-masing. Kalau boleh, ayat bercerai itu mintalah dijauhkan!

Tapi tahukah anda? Kes penceraian di Malaysia tak kurang tingginya. Mengikut statistik, hampir 274,000 pasangan Islam di Malaysia bercerai. 

Kalau diikutkan dengan jumlah yang tinggi itu, purata sebanyak 156 kes penceraian berlaku setiap hari! Ya Allah.

rumah tangga musnah

Kredit: Today Show

Semoga Tuhan sentiasa melindungi perkahwinan kita. Tapi, kita juga kena bijak menguruskan rumah tangga ini agar ia tak kecundang.

Semuanya memerlukan usaha kedua-dua pihak: suami dan isteri

Di sini, kami berkongsi antara 5 sebab utama mengapa sesetengah rumah tangga musnah dalam sekelip mata:

1. Curang

Kes curang memang antara punca utama mengapa rumah tangga seseorang boleh musnah. Ada banyak sebab kenapa seseorang yang sudah berkahwin boleh berlaku curang.

Antaranya kerana nafsu. Namun, nafsu bukan saja penyebab kes ini.

Ada pasangan memilih untuk berlaku curang kerana tidak dipuaskan sepenuhnya, enggan bersama pasangan dan terlalu marah akan pasangan sendiri.

2. Masalah kewangan

Wang tak boleh beli kebahagiaan, itu betul. Tapi, wang boleh jadi punca pelbagai masalah juga. 

rumah tangga musnah

Antaranya ialah bercerai. Menurut laporan American Journal of Sociology, ramai pasangan mengambil keputusan untuk bercerai kerana suami tidak bekerja

Faktor ini didorong kerana tekanan tidak cukup sumber pendapatan. Malah, tekanan ini juga boleh mengakibatkan pergaduhan yang membawa kepada masalah ungkit-mengungkit. 

Pendapat yang berbeza tentang bagaimana pasangan berbelanja juga boleh memusnahkan rumah tangga dalam sekelip mata.

3. Kurang berkomunikasi

Apa faedahnya kita berkahwin dengan pasangan kalau tak boleh nak berkomunikasi dengan baik antara satu sama lain?

rumah tangga musnah

Komunikasi antara pasangan adalah kunci utama dalam mencapai kebahagiaan sesebuah rumah tangga. Pasangan yang kurang berkomunikasi akan semakin renggang dan boleh tercetus salah faham

Sebab itu mereka boleh bergaduh dan ingin bercerai.

4. Tak boleh kendali perbezaan

Setiap pasangan ada cara masing-masing. Tapi apabila kalian sudah berkahwin, perbezaan itu haruslah dikendali dengan sehabis baik. 

rumah tangga musnah

Terima perbezaan antara anda dan pasangan.

Sekarang, perbezaan ini boleh jadi antara punca utama mengapa pasangan suami isteri tak tahan di antara satu sama lain dan inginkan penceraian.

Ini sering berlaku jika pasangan berkahwin terlalu cepat dan tak sempat nak mengenali hati budi masing-masing.

Bila sudah kenal, alamak sudah terlambat pula. Sebab itu kes penceraian meningkat. Perbezaan dalam menjaga anak juga boleh jadi punca!

5. Tambah berat badan

Memang nampak remeh, kan? Tapi ini yang dijumpai oleh pakar! 

Menurut Men’s Health, pakar mendapati ramai pasangan mula menyampah dengan pasangan masing-masing apabila berat badan mereka bertambah.

rumah tangga musnah

Terutamanya selepas 3 tahun berkahwin. Jadi, kalau anda tak jaga badan anda sekarang, baik anda berusaha untuk menjaganya, mulai kini!

Atau ajak suami/isteri bersenam sama-sama. Bolehlah merapatkan hubungan kalian.

Rumah tangga musnah kerana hal-hal remeh yang tak masuk dek akal

Jangan tak tahu, ada juga kes penceraian dan rumah tangga yang musnah kerana hal-hal remeh yang tak masuk dek akal

Kalau anda tak percaya, mari lihat keratan akhbar Kosmo! yang menyiarkan informasi tentang antara sebab-sebab remeh mengapa pasangan bercerai.

Menurut Dr. Zaharuddin Abd Rahman, hal ini mungkin terjadi kerana setiap suami isteri hanya memikirkan tentang kepentingan diri sendiri saja. 

Malah, nafsu amarah juga semakin meningkat dan sukar untuk dikawal. 

Jangan ambil mudah perkongsian ini, ya suami isteri semua.

Semoga perkahwinan dan rumah tangga kita sentiasa dilindungi. Sama-samalah kita memperbaiki diri sendiri untuk menjaga keharmonian rumah tangga.

Lagipun, rumah tangga ini kan dibina oleh kita, juga? Kenapa kita ingin memusnahkannya?

Sumber rujukan: theAsianparent Singapore, Lelaki Sihat dan Facebook Dr Zaharuddin Abd Rahman

Kredit gambar: Spelllovetips.com

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga

Sains Buktikan Rahsia Perkahwinan Bahagia Terletak Di Tangan Suami Yang Bijak!

 

The post 5 Punca Mengapa Kebahagiaan Rumah Tangga Boleh Musnah Sekelip Mata appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.

10 Tanda Amaran Perkahwinan Anda Suami Isteri Mungkin Ada Masalah

$
0
0

Adakah perkahwinan anda mungkin bermasalah?

Perkahwinan memerlukan usaha kedua-dua belah pihak: iaitu suami dan isteri. Dan perkahwinan bukan melalui detik bahagia saja. Ada pasang surutnya.

Tapi, kalau salah satu daripada pasangan mula merasa ada “sesuatu yang tak kena“, mungkin memang ada masalah yang boleh tercetus dalam perkahwinan itu.

Kadang-kadang, anda boleh agak ada sesuatu yang kena, tapi anda sengaja menafikan kata hati. 

Jika hubungan anda dan pasangan mengalami tekanan sejak kebelakangan ini, cuba lihat 10 tanda berikut untuk mengenalpasti jika memang ada masalah dalam perkahwinan atau tidak.

#1 Menggoda orang lain di online/curang

perkahwinan ada masalah

Ini satu tamparan yang cukup kuat. Bayangkan anda terjumpa pasangan sibuk menghubungi malah menggoda orang lain di media sosial!

Sesebuah perkahwinan mungkin bermasalah jika salah seorang pasangan kerap log masuk media sosial, menggoda orang lain, terus berhubung dengan kekasih lama atau berjumpa seseorang dari online!

Jangan ambil mudah tanda amaran ini.

#2 Asyik mengkritik

Asyik mengkritik segala perkara yang dilakukan pasangan adalah satu lagi tanda amaran yang mungkin ada masalah dalam rumah tangga anda.

Terutamanya jika kritikan berbunyi amat kasar dan bersifat peribadi. Ini boleh merosakkan hubungan antara suami isteri.

Malah, pasangan yang asyik dikritik juga boleh tertekan dan hilang minat kerana penat bergaduh.

#3 Asyik bergaduh dan tak setuju dengan pendapat

Adakah pasangan kerap kali tak bersetuju dengan anda sekarang? Kalian selalu bergaduh kerana masalah berbeza pendapat?

Kalau kalian selalu sangat bergaduh dan berselisih pendapat, ini mungkin tanda yang perkahwinan kalian mungkin bermasalah.

Terutamanya kalau pasangan tak berkelakuan sedemikian pun sebelum ini!

#4 Kerap menipu

Tanda amaran #4 yang menunjukkan perkahwinan kalian mungkin bermasalah adalah apabila anda mengetahui pasangan kerap kali menipu.

Tak kisahlah mereka tipu tentang duit, masa atau perkara lain. Perbuatan menipu boleh membawa padah, terutamanya jika ia memberi kesan buruk pada perkahwinan.

#5 Kurang menunjukkan kasih sayang

perkahwinan ada masalah

Ya, kadangkala kita boleh terlupa untuk menunjukkan kasih sayang pada pasangan jika sibuk bekerja atau tertekan.

Tapi, kalau pasangan mula hilang minat dalam perkahwinan, mereka akan semakin kurang menunjukkan kasih sayang.

Maka tiada lagi berpegangan tangan, mencuit pipi, berpelukan malah bersenggama. Itu petanda rumah tangga anda ada masalah!

#6 Tiada lagi rahsia dan sesi bercakap benda penting

Anda mengetahui masalah atau kejayaan pasangan daripada orang lain? Bukannya dari mulut pasangan sendiri?

Itu satu lagi tanda amaran yang rumah tangga anda mungkin ada masalah. Apabila suami isteri tak lagi berkongsi rahsia atau bercakap perkara yang penting, mereka akan semakin renggang.

Malah sepatutnya suami isteri kena tahu hal peribadi masing-masing terlebih dahulu daripada orang lain!

#7 Berdiam diri dan menyalahkan antara satu sama lain

perkahwinan ada masalah

Apabila kalian enggan mendengar luahan masing-masing, kalian bukan saja akan menyebabkan hubungan makin renggang, malah mungkin memusnahkan rumah tangga ini!

Perbuatan mendiamkan diri dan menyalahkan satu sama lain amat tidak sihat. Ia juga tak menyelesaikan masalah, tapi lebih menambah masalah.

#8 Tak fokus pada perkahwinan

Bukan bermaksud apabila anda berkahwin, fokus hanya tertumpu pada perkahwinan saja. Tapi, setiap pasangan harus bijak mengimbangi antara kerjaya dan keluarga.

Kalau pasangan anda asyik fokus dengan kerjayanya dan tiada masa untuk anda sekeluarga, itu tanda amaran yang amat penting. 

#9 Tiada lagi minat yang sama seperti dulu

perkahwinan ada masalah

Semua pasangan suami isteri mengharapkan rumah tangga mereka kekal hingga ke akhir hayat. Malah, kita juga mahu hubungan ini semakin berkembang dari hari demi hari.

Tapi, kalau anda dan pasangan semakin renggang dan tiada lagi minat yang sama, kalian boleh bawa masalah dalam perkahwinan.

Tanpa minat yang sama, anda boleh hilang minat untuk berkomunikasi sama pasangan. 

#10 Mendera dan memukul

Mendera dan memukul sama ada secara emosi atau fizikal adalah tanda penting yang perkahwinan anda bermasalah. Tiada apa yang boleh mengatakan tidak!

Selamatkan diri anda dan anak-anak jika anda sering didera dan dipukul. 

Memang setiap rumah tangga ada cabaran dan pancarobanya. Namun, suami isteri harus kuat untuk menghadapi halangan ini dengan kerjasama kedua-dua pihak.

Kalau 10 tanda amaran ini ada dalam perkahwinan anda, persiapkan diri untuk berjuang menyelamatkan mahligai bahagia yang anda bina ini, ya!

Tiada apa yang mampu menyelamatkannya melainkan anda dan pasangan.

Semoga semuanya baik saja dalam perkahwinan anda.

Sumber rujukan: theAsianparent Singapore

Kredit gambar: Aktual.com

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

5 Nasihat Perkahwinan Yang Penting Dari Seorang Ayah Berumur 40-an

The post 10 Tanda Amaran Perkahwinan Anda Suami Isteri Mungkin Ada Masalah appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.

Bayi Baru Lahir Dipaksa “Menari” Dan Dipanggil “Anak Syaitan”

$
0
0

Petugas hospital didakwa mengganggu bayi baru lahir

Baru-baru ini, warga Facebook digemparkan dengan satu video yang mencetus kemarahan ibu bapa.

Video tersebut menunjukkan dua orang petugas hospital mengganggu malah mengejek seorang bayi baru lahir dengan nama “anak syaitan”.

Kedua-dua petugas terbabit dikatakan memuat naik gambar bersama kapsyen “anak syaitan” tersebut di Snapchat, sebelum ia disebarkan.

bayi baru lahir

Kredit: Facebook

Mereka bukan saja mengejek bayi baru lahir dengan nama sedemikian, malah mengganggu bayi baru lahir itu dengan mengangkat dan “menarikan” beliau dalam lagu rap.

Jururawat hospital yang mengganggu bayi baru lahir

Pada mulanya, kedua-dua wanita terbabit didakwa sebagai jururawat untuk Tentera Laut. Namun, kenyataan hospital telah dikeluarkan untuk menafikan perkara itu.

Mereka berdua hanyalah petugas hospital junior dan kini telah dipecat selepas video tersebut tersebar. 

Dalam video itu, seorang wanita didapati mengangkat seorang bayi dan cuba “menarikannya” dengan lagu rap 50 Cent.

Wanita yang merekod video terbabit pula kedengaran ketawa riang di belakang sambil sempat menyebut “matilah kita…”

Menurut laporan Fox 30, bayi tersebut baru saja lahir tak sampai beberapa jam!

Kemudian, mereka memuatnaik gambar bayi tersebut dengan isyarat carutan bersama kapsyen “anak syaitan” ke media sosial Snapchat.

bayi baru lahir

Hospital ditekan untuk memberi kenyataan

Setelah insiden itu mendapat perhatian ramai, pihak hospital ditekan untuk memberi kenyataan berhubung isu kejadian.

Satu kenyataan hospital telah keluar pada hari itu juga oleh pihak atasan hospital. Menurut kenyataan, pesalah laku bukanlah seorang jururawat, namun hanya petugas hospital.

Malah, mereka juga telah dipecat (atau dikeluarkan) daripada menguruskan hal-hal penjagaan pesakit. 

Permohonan maaf juga diselit dalam kenyataan tersebut dan pihak hospital menjelaskan tingkah laku tersebut tidak akan dimaafkan. 

Reaksi ibu bapa terhadap isu bayi baru lahir ini

Ramai ibu bapa yang marah dengan kejadian itu. Petugas hospital terbabit dikatakan “kejam” dan sangat mengotorkan.

Lihat saja kukunya yang panjang itu memegang bayi baru lahir! Bagaimana kalau bayi itu tercedera? Terkena jangkitan kuman?

Penjagaan bayi baru lahir di hospital

Malah isu ini mendatangkan kerisauan pada ibu bapa yang akan menimang cahaya mata kelak. 

Bagaimana dengan penjagaan bayi baru lahir di hospital? Adakah orang tak dikenali boleh sewenang-wenangnya mendapat kebebasan untuk menghampiri dan mengganggu bayi tersebut?

Menurut Cleveland Clinic, sebaik saja bayi anda dilahirkan, doktor akan menyedut mulut dan hidungnya untuk membuang mukus dan cecair amniotik. 

bayi baru lahir

Kredit: Newcastle Hospitals

Kemudian, si manja anda boleh mula bernafas dengan sendiri.

Selepas itu, doktor akan memotong uri dan melakukan pemeriksaan Apgar untuk melihat denyutan nadi, warna kulit, respon reflex, pergerakan otot dan pernafasan bayi.

Bayi baru lahir juga akan diberi titisan antibiotik mata untuk mengelak jangkitan mata. Vitamin K juga diberi untuk mengelak masalah. 

Jika bayi lahir pramatang, mereka akan dihantar ke NICU, atau unit rawatan rapi untuk bayi baru lahir, kerana mereka berisiko terkena jangkitan. 

Biasanya, bayi yang baru lahir dan tanpa sebarang jangkitan boleh kembali ke pangkuan ibu selepas 1 hingga 2 jam.

Semoga kejadian seperti ini tak berulang lagi.

Sumber rujukan: Daily Mail

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Cara Yang Betul Untuk Mandikan Bayi Baru Lahir (Dengan Gambar)

 

 

The post Bayi Baru Lahir Dipaksa “Menari” Dan Dipanggil “Anak Syaitan” appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.

Sebelum Memilih Untuk Menggugurkan Kandungan Anda, Tonton Video Ini Dulu

$
0
0

Menggugurkan kandungan

Dr. Anthony Levatino seorang bekas pengamal menggugurkan kandungan menerangkan yang prosedur pengguguran akan dilakukan pada trimester kedua kehamilan.

Semasa usia kehamilan mencecah 13-14 minggu, janin sudah cukup besar dan proses pengguguran akan menjadi lebih kompleks. 

Janin tidak dapat masuk ke dalam alat khas tanpa organ-organ tubuhnya dipisahkan terlebih dahulu dengan alat penyepit supaya ia dapat dikeluarkan dari rahim.

gugur kandungan

Kredit: CNS News

Walaupun proses menggugurkan kandungan boleh dilakukan secara medikal, namun bagi wanita hamil, prosedur ini mempunyai beberapa risiko atau komplikasi berikut:

  • Kebocoran rahim
  • Luka pada serviks
  • Jangkitan
  • Pendarahan

Pengguguran juga mengakibatkan wanita tidak boleh atau sukar untuk hamil lagi. Malah, wanita tersebut juga berisiko untuk mati saat melakukan proses ini.

Disebabkan itulah, Dr. Anthony yang telah melakukan lebih dari 12000 kali pengguguran, tidak menyarankan ibu hamil untuk melakukan proses pengguguran. 

Baik dari segi alasan kesihatan dan moral. Doktor tersebut menjelaskan – 

“Pada satu hari, ketika melihat jasad janin di depan saya, saya sedar yang membunuh janin di trimester apa sekalipun, ia tetap salah. “

Lihat selengkapnya mengenai proses pengguguran di sini (peringatan: video ini mengandung unsur yang kurang menyenangkan):

Penting untuk kita tahu yang secara dasarnya, setiap orang dilarang untuk melakukan pengguguran, seperti ENAKMEN 3 TAHUN 1995, ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH 1995, BAHAGIAN IV – KESALAHAN. Seksyen 85. Menggugurkan atau membunuh kandungan. 

Malah, enakmen itu juga menjelaskan:

  • Sesiapa yang dengan sengaja melakukan apa-apa perbuatan dengan niat untuk menggugurkan atau membunuh kandungan sama ada hasil dari pernikahan yang sah atau dari persetubuhan luar nikah adalah satu kesalahan dan boleh disabitkan. 
  • Terkecuali kepada para Pegawai Perubatan yang terpaksa melakukan hal ini demi kesihatan wanita hamil tersebut kerana dikuatiri kehamilan tersebut membahayakan. 
  • Apabila disabitkan, boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih daripada 5 ribu ringgit atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.

Janganlah kita menjadi orang yang mementingkan diri serta menidakkan hak untuk bayi atau janin ini hidup.

Jika belum bersedia untuk mempunyai cahaya mata, terdapat banyak cara untuk merancang keluarga yang jauh lebih baik dari bertindak untuk menggugurkan kandungan.  

Antaranya boleh dibaca di: 

Harga Perancang Keluarga Di Malaysia

Sumber: theAsianParent Indonesia dan hukumonline.com

Baca juga:

Kisah Menyayat Hati: Apa Jadi Pada Janin Yang Digugurkan?

The post Sebelum Memilih Untuk Menggugurkan Kandungan Anda, Tonton Video Ini Dulu appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.

Wanita Terberanak Tepi Jalan Kaget Tak Tahu Nak Buat Apa Apabila Bayi Terkeluar

$
0
0

Lagi kes beranak tiba-tiba tepi jalan

Ada lagi kes wanita hamil bersalin di tepi jalan

Kali ini, ibu hamil terbabit tiba-tiba bersalin di tepi jalan yang sangat sibuk dengan membuka seluarnya saja.

Selepas seluarnya dibuka, bayi itu terus terjatuh keluar! Ngerinya.

Yang paling menyedihkan, bayi baru lahir itu terjatuh dan tiada sesiapa menyambut beliau. Malah, ibu mangsa juga kelihatan agak terkejut dan kaget dengan situasi itu.

Dia kemudiannya disuruh duduk bercangkuk. Namun, pertolongan tidak juga diberikan pada ibu tersebut dan bayinya yang terdampar di atas jalan yang kotor.

Lihat video di bawah tentang bagaimana kejadian ini boleh berlaku.

Amaran: Video mungkin tidak sesuai untuk semua penonton kerana kandungan grafik yang agak keterlaluan. Tonton video atas risiko sendiri.

http://www.mirror.co.uk/news/uk-news/woman-unexpectedly-gives-birth-standing-11230734

Orang ramai turut terkejut

Kejadian ini berlaku di China. Orang ramai kedengaran menjerit-jerit memberi arahan pada wanita itu, namun tiada tindakan diambil.

Nasib baiklah ada seorang wanita tua yang memberikan kadbod untuk dijadikan pelapik, dan bayi baru lahir itu kelihatan bergerak-gerak dengan sedikit.

Ini bukan kali pertama kejadian seperti demikian berlaku di China.

Sebelum ini, seorang wanita hamil tiba-tiba bersalin di tepi jalan ketika sedang membeli barangan dapur.

Nasib baiklah ada yang membantunya! Wanita itu kemudiannya selamba balik ke rumah dengan membawa bayi baru lahir itu dan barangan dapurnya.

Apa perlu dibuat jika tiba-tiba bersalin secara kecemasan?

Kita tak boleh menentukan bila bayi boleh tiba-tiba “terkeluar“. Tapi, ada 75,000 kes kematian ibu dan anak berlaku setiap tahun akibat proses bersalin secara kecemasan yang tidak bersih.

Kebersihan amat penting, terutamanya jika berlaku proses bersalin secara kecemasan.

Sebagai seorang ibu, anda perlu melakukan beberapa perkara ini jika terbersalin secara tiba-tiba:

  1. Telefon nombor kecemasan/suami
  2. Bawa bertenang
  3. Cuci tangan, kawasan faraj dan paha
  4. Ambil alas plastik dan kain bersih untuk melapik bayi/ibu
  5. Berbaring ke sebelah kiri untuk mengurangkan tekanan 
  6. Beri sokongan pada kepala bayi
  7. JANGAN POTONG TALI PUSAT BAYI
  8. Cuba rangsang pernafasan bayi dengan mengurut lembut hidungnya.

Ingat, kebersihan adalah kunci utama dalam kes seperti ini. Pastikan tangan, permukaan untuk bersalin, perineum, alat pemotong tali pusat dan alat pengikat tali pusat berada dalam keadaan bersih.

Tempat yang bersih mampu mengelak jangkitan yang boleh mengancam nyawa.

Semoga kita mengambil ikhtibar daripada kejadian ini. 

Sumber rujukan: I Am Parit Buntar dan Mirror

Kredit gambar: I Am Parit Buntar

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Lahir Tiba-Tiba Dalam Kereta – Bayi Bertuah Dapat Grab Free Seumur Hidup

 

The post Wanita Terberanak Tepi Jalan Kaget Tak Tahu Nak Buat Apa Apabila Bayi Terkeluar appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.

Viewing all 4975 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>