Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all 4975 articles
Browse latest View live

11 Tanda Yang Anak Anda Lebih Bijak Dari Kanak-Kanak Lain

$
0
0

Setiap anak itu ada keistimewaannya yang tersendiri.

Jika anda tertanya-tanya sama ada kebijakan adalah antara keistimewaan anak anda, para pengkaji ada menyediakan beberapa petunjuk untuk anda lihat dan semak.

Ya, kepandaian anak anda boleh diketahui dengan lebih awal, sebelum mereka mula mengambil peperiksaan di sekolah lagi!

Jadi, jom kita tengok 11 petanda awal yang anak anda seorang yang bijak, melebihi dari kanak-kanak biasa yang lain.

1. Anak anda mudah ingat

Satu cara mudah untuk mengetahui sama ada anak anda itu genius atau tidak adalah dengan melihat kebolehan dirinya untuk mengingat sesuatu.

Menurut pakar dari New Kid’s Center, jika anak anda mudah untuk mengingat di mana dia letakkan mainan, kenal wajah orang lain dengan mudah, atau ingat sesuatu tempat yang dia pernah pergi, itu adalah petanda yang si kecil anda itu bijak orangnya.

Cuba anda uji ingatan anak anda. Lakukan games atau aktiviti berdasarkan memori.

Dengan cara ini, bukan sahaja anda boleh lihat sama ada anak anda mempunyai kepandaian dari kecil, malah dapat membantu menguatkan lagi daya ingatannya

2. Anak anda suka termenung

cara buat anak cepat pandai

Sumber: Thedailybeast.com

Pernah tak anda perasan yang si kecil anda suka termenung? Jika ya, ada kemungkinan besar yang pada ketika itu, dia sedang berfikir dalam-dalam dan memfokuskan dirinya pada sesuatu.

Dr. Deborah L. Ruf, seorang konsultant akademik menerangkan yang anak yang pintar suka melihat dan memberi penumpuan pada sesuatu sedari usia muda! 

Sudah tentu, sebagai kanak-kanak, renungan itu mungkin juga renungan kosong. Tetapi, ada ketikanya, dia bukan termenung tanpa berfikir.

Boleh jadi dia sedang berfikir secara mendalam dan sedang mempelajari sesuatu.

Menurut Dr Ruf lagi:

“Mereka sebenarnya memerhatikan sekeliling mereka, dan kita orang dewasa kadangkala boleh terkejut apabila mengetahui apa sebenarnya yang mereka sedang fikirkan!”

3. Anak anda boleh membuat rumusan tentang sesuatu perkara

Kemahiran anak anda untuk berfikir dan membuat rumusan tentang sesuatu hal juga boleh menjadi petunjuk yang si kecil anda itu bijak orangnya.

Contohnya, apabila dia melihat seseorang sedang membuat sandwich, dia pasti boleh merumuskan bahawa orang itu sedang lapar dan akan makan roti sandwich tersebut.

Bagi kita, perkara ini sangat mudah dan bukan sesuatu untuk dibangga, tapi jika anak anda mampu berfikir sedemikian, maka itu adalah sesuatu yang memberangsangkan!

Menurut pakar dari What to Expect When You’re Expecting, kemampuan anak kecil untuk membuat hubungan antara satu perbuatan dengan perbuatan lain dan memberikan rumusan berdasarkan pemerhatian adalah satu tanda kepandaian.

4. Anak anda suka bermain dengan kanak-kanak yang lebih besar

cara buat anak cepat pandai

Sumber: Reader’s Digest

Jika anak anda gemar bermain dengan kanak-kanak yang lebih besar darinya, maka itu juga boleh menjadi petanda yang anak anda itu bijak budaknya.

Lyn Kendall, seorang konsultant dari British Mensa berkata yang kanak-kanak bijak suka bergaul dengan orang lebih berusia darinya.

Mereka bukan sahaja matang, malah dapat belajar dari kanak-kanak yang lebih berusia darinya. 

Malah, kemahiran berfikir juga mampu berkembang pesat jika dia terus bergaul dengan cara ini.

5. Anak anda petah bercakap

Kanak-kanak yang petah bercakap dan pandai bersembang pada usia muda juga dikatakan lebih bijak dari kanak-kanak yang seusia dengannya.

Menurut Institut Davidson, kemahiran bahasa yang tinggi adalah antara ciri yang selalu ada pada kanak-kanak genius.

Pada anda, mungkin si kecil anda itu bak ‘burung murai’, tapi sebenarnya, ia adalah keupayaan si kecil anda dalam mengekspresikan pemikiran dan perasaannya! 

6. Anak anda susah untuk tidur

Ini lagi satu petanda yang anak anda itu seorang yang bijak.

Mungkin pada anda, ia adalah satu masalah kanak-kanak. Tetapi sebenarnya, anak yang bijak memang sukar untuk lena!

Menurut Dr. Ruf, ini adalah kerana otaknya sedang ligat berfikir, sehinggakan dia tidak mampu untuk lena dek pemikiran tanpa henti itu.

7. Anak anda gemar bersosial

cara buat anak bijak

Sumber: Rd.com

Ada kanak-kanak pemalu sifatnya. Ada juga pendiam dan tidak pandai bermain dengan kanak-kanak lain.

Tapi, kalau anak anda suka berkawan dan tidak suka duduk diam bila berjumpa dengan rakan sebaya dengannya, maka ini juga petanda yang anak anda itu bakal menjadi orang yang pandai.

Lyn Kendall dari Mensa menerangkan yang sifat suka bermain, bergurau dan bersosial adalah ciri yang ada pada kanak-kanak bijak.

Jadi, jika anak anda memeriahkan suasana anda ketika berkawan, ketahuilah bahawa anak anda itu ada bakat istimewa.

8. Anak anda menunjukkan pelbagai emosi

Kemahiran untuk meluahkan pelbagai perasaan juga adalah antara ciri yang ada pada kanak-kanak bijak.

Dr. David Palmer, seorang ahli psikologi menjelaskan kepada Psychology Today bahawa anak yang bijak itu lebih beremosi dari kanak-kanak biasa.

Mereka sensitif dan mampu menunjukkan rasa simpati dan empati pada orang lain.

Jadi, ibu ayah, jika anda perasan yang anak anda sering berubah emosinya, ketahuilah bahawa dia sedang meningkatkan kemahiran emosi serta kognitifnya.

9. Anak anda sentiasa banyak tenaga

Banyak bergerak, bermain serta mempunyai tenaga yang tinggi bukanlah ciri-ciri yang ada pada kanak-kanak hiperaktif semata-mata.

Tetapi, ia juga boleh menjadi petanda yang anak anda itu bijak orangnya.

Dr. Hillary Hettinger Steiner dan Dr. Martha Carr menjelaskan yang stimulasi mental serta fizikal adalah tanda kepandaian pada kanak-kanak!

10. Anak anda minat pada sesuatu perkara dari usia kecil

tanda anak bijak - featured

Sumber: The Asian Parent Philippines

Kanak-kanak gemar bertukar minat. Tapi, kalau anak anda sukakan sesuatu perkara untuk masa yang lama, ini adalah tanda kebijaksanaan.

Contohnya, walaupun anak anda masih kecil, tapi dia sudah ada hobi tersendiri – lagi-lagi kalau dia memang berbakat dalam hobi yang diminatinya itu!

Menurut Baby Center, anak anda mungkin berbakat jika dia mahir dalam sesuatu aktiviti, contohnya seni, sukan atau pandai bermain dengan nombor.

11. Anak anda suka buku

Bukan semua kanak-kanak gemarkan buku. Hanya yang istimewa sahaja tertarik dengan buku – menyelak setiap halaman, melihat gambar dan membacanya!

Jika anda perasan dari awal yang si kecil anda gemarkan buku, berbanding alat mainan lain, maka, ketahuilah bahawa anak anda mungkin seorang yang cerdik.

Menurut New York Parenting, kanak-kanak yang pandai selalu menunjukkan minat dalam membaca sebelum mereka masuk ke alam persekolahan lagi!

Apa pandangan anda? Anak-anak ada tunjukkan tanda-tanda ini tak?

Sumber: The Asian Parent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Adakah Si Kecil Memiliki 5 Ciri Anak Bijak Seperti Ini?

The post 11 Tanda Yang Anak Anda Lebih Bijak Dari Kanak-Kanak Lain appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.


Langkah Keselamatan Untuk Guna Baby Bouncer Yang Ibu Bapa Perlu Tahu

$
0
0

Baby bouncer adalah alat yang selalu digunakan oleh ibu bapa untuk menenangkan bayi yang meragam apabila tiada cara lain lagi yang boleh dipakai.

Walaupun ia adalah alat yang sangat membantu, namun ibu bapa harus peka terhadap beberapa langkah keselamatan apabila menggunakannya.

Suruhanjaya Keselamatan Produk Pengguna Amerika Syarikat telah memperbaharui langkah-langkah keselamatan untuk alat ini. Berikut adalah garis panduan yang semua ibu bapa harus tahu:

1. Label amaran pada baby bouncer

Jika ini kali pertama ibu bapa membeli kerusi bouncer baru, anda akan mendapati baby bouncer ini mempunyai pelbagai label amaran.

Flickr

Lokasi label amaran ini sama seperti yang ada pada carseat bayi iaitu di hadapan kerusi berdekatan kepala dan bahu bayi.

Menurut Sandhills Express, piawaian mandatori yang baru telah ditambah dan diluluskan oleh CPSC, bertujuan untuk “mencegah kematian serta kecederaan” pada bayi dan sebagai peringatan untuk ibu bapa yang menggunakan baby bouncer. 

Tambahan label amaran ini adalah akibat jumlah bayi yang cedera  terjatuh dari baby bouncer. 

Hal Ehwal Pengguna melaporkan antara 1 Januari 2006 hingga 6 Julai 2016 saja, terdapat 347 kejadian yang melibatkan kerusi bouncer yang dilaporkan kepada CPSC.

Sebanyak 12 kejadian maut manakala 54 kes kecederaan telah dilaporkan. 

Punca utama kematian adalah kes bayi lemas. 

Ini sebab cara letak bayi yang salah dan tali pinggang keselamatan yang dipasang dengan salah. Ia membenarkan bayi untuk menterbalikkan baby bouncer tersebut, ataupun bouncer itu sendiri jatuh.

2. Garis panduan keselamatan yang penting

Berikut adalah beberapa panduan umum ibu bapa dan penjaga boleh ikut, jika anda memakai baby bouncer:

  • Baby bouncer harus diletak di atas lantai sahaja
  • Jangan letak bouncer di atas permukaan yang lembut, seperti katil kerana ini boleh menyebabkan bayi lemas jika ia diterbalikkan.
  • Sentiasa pastikan tali pinggang keselamatan three-point safety harness dipasang dengan betul, walaupun mereka sedang tidur
  • Jangan terlalu jauh atau meninggalkan bayi anda keseorangan. Pastikan anda masih boleh melihat dan memantau perbuatannya
  • Berhenti menggunakan bouncer sebaik sahaja bayi sudah pandai duduk sendiri, bergolek atau merangkak tanpa bantuan.
  • Berhenti guna bouncer apabila anak mencapai 9kg, atau berat maksimum yang disyorkan.
  • Kebanyakkan bouncer selamat untuk bayi baru lahir tetapi ini tidak bermakna ia selamat untuk bayi pramatang.

3. Baby bouncer dan risiko kejadian asfiksia

Sumber gambar: Flickr

Ibu bapa tidak harus membiarkan anak mereka tidur dalam baby bouncer kerana kajian mendapati tidur dalam carseat, buaian dan baby bouncers boleh menyebabkan kecederaan malah kematian.

Asfiksia atau kejadian lemas merupakan punca utama kematian dalam kes ini. Ini berlaku apabila bayi terlalu muda untuk mengangkat kepala sendiri. 

Ini berlaku apabila bayi terlalu muda untuk mengangkat kepala sendiri.

Bayi berusia bawah 4 bulan mempunyai badan yang “lembik” jadi posisi badannya boleh terganggu jika diletakkan atas bouncer.

Jika dagu bayi berada di atas dadanya, saluran udara boleh mengecil dan menyekat pernafasan bayi.

Menurut Parents, kematian berkaitan tidur dalam bouncer adalah sebab utama kematian bayi yang berusia antara 1 dan 12 bulan.

Bayi dan kanak-kanak kecil mesti dipantau ketika di dalam bouncer apabila mereka terjaga ataupun tidur.

Tempat yang paling selamat untuk bayi adalah untuk tidur berbaring terlentang, di dalam kot dengan tilam yang teguh dan tiada kain cadar yang longgar.

***

Baby bouncer bukan alat yang buruk jika ia digunakan dengan betul dan selamat.

Label amaran seperti yang baru diluluskan oleh CPSC juga membantu mengingatkan ibu bapa tentang langkah-langkah keselamatan yang perlu dipatuhi.

Hati-hati ya ibu bapa semua! Mari sama-sama kita beringat dan mengikuti langkah-langkah keselamatan ini.

Sumber: Romper

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Anak Lemas Tidur Dalam Buaian – Baik Buruk Menggunakan Buaian Bayi

The post Langkah Keselamatan Untuk Guna Baby Bouncer Yang Ibu Bapa Perlu Tahu appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.

Anda Mungkin Perlu Ajar Anak Bersenam Sejak Awal Lagi Kerana Bukti Ini…

$
0
0

Bersenam dan bersukan adalah gaya hidup sihat. Kebaikan menyeluruh boleh diperoleh daripada aktiviti ini termasuk fizikal, sosial, psikologikal dan juga intelektual. 

Namun, individu yang menjadikan aktiviti ini sebagai amalan harian masih pada tahap yang sangat rendah.

Kajian membuktikan satu penemuan hebat! 

Amalan bersenam haruslah diterap daripada usia yang muda. Sumber gambar: Health.mil

Kajian terbaru mendapati kanak-kanak dan remaja yang aktif bersenam dari muda lebih cenderung kekal aktif dan sihat secara fizikal semasa dewasa.

Tetapi tidak semua kanak-kanak atau remaja kekal aktif, maka penyelidik mula mengkaji kaitan antara personaliti mereka dan keberangkalian untuk terus bersenam sehingga mereka tua.

Penyelidik cuba mengenalpasti jika mereka boleh meramal seseorang akan kekal aktif dengan melihat latar belakang dan personaliti orang itu. 

Kajian mendedahkan mereka yang mempunyai minda yang suka cabaran lebih cenderung untuk meneruskan kehidupan aktif sehingga mereka tua.

Dengan penemuan ini, penyelidik berharap mereka boleh menggalakkan masyarakat untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat, lebih akitf dan gemar bersenam.

Peranan ibu bapa dalam gaya hidup sihat

Peranan ibu bapa dalam memupuk tabiat bersenam dan bersukan sangatlah besar.

Mereka boleh mempengaruhi anak-anak melalui persepsi mereka terhadap aktiviti tersebut. Terdapat dua perkara penting yang boleh dibuat oleh ibu bapa di sini:

  1. Amalan bersenam haruslah diterap daripada usia yang muda,
  2. Ibu bapa mampu mempengaruhi sikap anak serta membentuk minda yang suka menyahut cabaran

Dengan kedua-dua sokongan ini dan penemuan kajian di atas, kita secara tidak langsung boleh membaiki taraf kesihatan masyarakat walaupun sedikit demi sedikit. 

Bersukan dan bersenam baik untuk anak

Ibu bapa tidak harus mempunyai persepsi yang menganggap aktiviti jasmani dan bersenam hanya membuang masa, tidak membantu prestasi peperiksaan, tidak sesuai untuk murid perempuan, membazirkan tenaga murid dan cuma untuk bermain sahaja.

Pelajar yang lebih aktif dan cergas akan mempunyai kebolehan intelek yang lebih tinggi berbanding pelajar yang kurang aktif.

Mereka juga akan mempunyai keupayaan untuk mengingati, memberi tumpuan dan kekal fokus yang lebih tinggi.

Tahap kecergasan ini cuma boleh dicapai melalui penglibatan dalam aktiviti bersifat fizikal seperti senaman dan sukan secara berterusan.

Jika ibu bapa menyokong dan mengajar anak untuk kekal aktif dari sekarang, anda juga sedang membentuk kesihatan anak untuk masa depan.

Jika kepentingan kehidupan yang sihat telah disemai oleh ibu bapa, anak berkemungkinan besar akan mengekalkan kehidupan yang sihat sehingga dia tua!

Sumber: Psychology Today dan Utusan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga

Sikap Baik Yang Boleh Dipelajari Dari Aktiviti Bersukan

 

The post Anda Mungkin Perlu Ajar Anak Bersenam Sejak Awal Lagi Kerana Bukti Ini… appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.

Kenapa Suami Mudah Curang Ketika Isteri Sedang Mengandung?

$
0
0

Isu suami curang ketika isteri sedang mengandung bukanlah satu perkara baru. Kita selalu mendengar tentang hal yang menyedihkan ini.

Tidakkah anda tertanya-tanya mengapa ia boleh terjadi? Bukankah sepatutnya berita kehamilan isteri menjadikan kasih sayang si suami semakin mendalam?

Baru-baru ini, komedian Hollywood, Kevin Hart, telah membuat pengakuan yang dia telah berlaku curang di belakang isterinya.

Seperti yang anda dapat teka, isterinya sedang hamil ketika itu!

Ada banyak lagi kisah popular yang menceritakan bagaimana si suami telah mengecewakan hati si isteri yang pada ketika itu sedang mengandungkan anak untuknya!

Kajian tentang kecurangan suami ketika isteri hamil

suami curang ketika isteri mengandung

Sumber: Rebelcircus.com

Menurut ahli psikologi, Robert Rodriguez, pengarang “What’s Your Pregnant Man Thinking?“, seramai 10% kes kecurangan suami berlaku ketika pasangan mereka sedang hamil.

Malah, yang menarik (dan merisaukan!) adalah terdapat satu kajian yang menunjukkan bahawa risiko kecurangan suami adalah sejajar dengan kadar perkembangan bayi dalam kandungan.

Maksudnya, semakin besar kandungan, semakin tinggi risiko untuk si suami berlaku curang di belakang isteri!

Ia berkait dengan kadar kepuasan dalam perhubungan intim suami isteri

Sememangnya, tiada satu sebab mutlak yang boleh menyebabkan seseorang itu curang.

Tetapi, yang pastinya, ada beberapa faktor biasa (faktor dan bukannya alasan!) yang memainkan peranan mengapa lelaki mudah curang terhadap isteri yang sedang hamil.

Contohnya, sifat isteri yang tidak gemar untuk berhubungan intim dengan suami ketika mengandung adalah antara sebab yang mempengaruhi kadar kecurangan.

Pada masa yang sama, si isteri yang sedang sarat mengandung juga berasa tidak selesa dengan rupa bentuk tubuh yang semakin membesar.

Ini telah mempengaruhi keinginan isteri untuk tidak melakukan hubungan seks dengan suami.

suami curang isteri hamil

Sumber: USNews.com

Rasa keyakinan diri rendah ketika hamil

Yang memeranjatkan adalah rasa keyakinan diri para ibu hamil yang rendah ini pula sebenarnya berlawanan dengan kajian yang menunjukkan bahawa kebanyakan suami berasa yang isteri mereka kelihatan sangat menarik secara seksual ketika dirinya sedang hamil!

Akibat keinganan seksual yang berlawanan ini, maka tidak mustahil untuk kita melihat mengapa ramai suami sanggup berlaku curang ketika isterinya sedang mengandung.

Ia adalah akibat daripada pihak suami yang tidak menerima layanan batin yang mencukupi semasa tempoh 9 bulan ini!

Suami “berpuasa” terlalu lama!

Dalam satu temubual, Ashley Madison, pengasas Noel Biderman, pula menjelaskan yang dia percaya bahawa kehamilan sulung untuk para suami isteri cenderung membawa kepada proses “berpuasa batin” yang lama untuk pasangan terbabit.

Beliau merasakan yang pada masa ini, para suami yang tidak menerima layanan sewajarnya amat mudah untuk tersasar dan berlaku curang, walaupun pada lelaki yang tidak pernah memikirkan untuk berlaku curang sebelum ini!

Kerjasama dan persefahaman dua pihak adalah penting

Jadi, para ibu sekalian, berdasarkan fakta dan kajian ini, amat penting untuk kita menjaga dan mempertimbangkan keperluan batin si suami.

Dan, para suami sekalian, anda memerlukan daya ketahanan dan kematangan yang tinggi ketika isteri anda sedang hamil untuk menjamin kebahagiaan rumah tangga anda berdua!

Sumber: Fatherly.com

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Api cinta di antara suami isteri

The post Kenapa Suami Mudah Curang Ketika Isteri Sedang Mengandung? appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.

Rapatkan Hubungan Intim Suami Isteri Dengan Mencari Titik G-Spot Ini!

$
0
0

Pencarian G-Spot pada wanita

Tahukah anda tentang g-spot? G-spot adalah satu “titik” orgasma yang lain dari lain.

Ia tak sama seperti orgasma biasa yang isteri lalui apabila mencapai kepuasan dalam hubungan intim.

Sejak ditemui oleh pakar gyneokologis Jerman, Ernst Grafenberg, titik g-spot sering didebat sebagai hanya mitos dan tak “real”. 

Tapi, kajian mendapati titik g-spot itu sememangnya wujud!

Ia adalah satu tisu spongy yang berada disekeliling urethra. Tisu tersebut dipanggil sebagai span urethral.

g-spot

Kredit: UA Magazine

Kawasan tersebut amat sensitif kerana tisu dipenuhi dengan pembuluh darah dan saraf. Sentuhan yang tepat boleh mendatangkan orgasma yang sungguh memuncak! 

Anda pasti tidak akan melupakan rasa yang dirasai selepas titik g-spot ini berjaya dijumpa dan dirangsang dengan betul.

Bagaimana nak cari g-spot?

Kunci nak dapat kepuasan memuncak dengan memberi tekanan pada titik g-spot adalah: berhenti tanya soalan, tapi mari kita mencuba!

Cuba mencari g-spot adalah perkara yang penting. Ini sebab vulva dan vagina setiap wanita nyata berbeza

Jadi, titik g-spot mungkin berbeza-beza di kalangan semua wanita juga. Cara paling baik nak mencari titik ini adalah dengan mula mencuba pelbagai teknik dalam hubungan seks!

Kami telah sediakan 5 posisi berasmara yang boleh membantu anda mencari titik ini seperti di bawah. Selamat mencuba!

1. Isteri duduk di atas

g-spot

Kredit: NewsThump

Gaya ini membenarkan anda (wanita) yang cari titik g-spot dengan sendiri

Bila duduk di atas suami, anda boleh juga menggerakkan badan bagi membenarkan senjata suami “melanggar” dinding bahagian atas vagina dengan tepat.

2. Gaya missionary

Nampak macam posisi yang membosankan saja… Tapi, sebenarnya gaya missionary bagus untuk merangsang titik g-spot!

Cuba kemut otot pelvik anda semasa dayungan dilakukan. Ia boleh meningkatkan rangsangan pada suami juga!

3. Daripada belakang

2. Rear entry/ doggie style

Tujahan daripada belakang memberi peluang untuk suami mencari g-spot dengan lebih cepat kerana zakar terus mensasarkan bahagian depan dinding vagina.

Untuk lebih asyik, cuba turunkan siku dan badan anda. Angkat punggung sahaja.

4. Cuba gerakan “hentakan” lembut

Anda juga boleh mencuba gerakan “hentakan” secara lembut atas ganas (mengikut kegemaran) apabila dalam posisi missionary.

Hentakan ini memberi rangsangan pada klitoris dan membuatkan senjata suami masuk lebih dalam vagina.

5. Cuba guna mainan untuk hubungan intim suami isteri

4. Get playful with sex toys

Idea ini mungkin akan kedengaran drastik, tapi ia bagus untuk merangsang g-spot isteri. 

Tapi, tanpa permainan ini pun, anda boleh menggunakan imaginasi juga kan?

Hubungan intim yang berkesan untuk merapatkan hubungan suami isteri bukan setakat pada posisi seks saja.

Pasangan kenalah bersatu dari segi mental dan fizikal. Rasa selesa, cinta dan selamat dengan pasangan adalah perkara penting untuk mewujudkan hubungan intim yang seronok.

Next time, cuba rilek dan enjoy dengan sepenuhnya waktu anda dan suami di ranjang. Mana tahu dapat jumpa titik g-spot yang takkan anda lupakan ini!

Selamat mencuba.

Sumber rujukan: theAsianparent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

(Video) 6 Posisi Bermadu Kasih Terbaik Untuk Suami Dengan “Ehem” Saiz Biasa

 

The post Rapatkan Hubungan Intim Suami Isteri Dengan Mencari Titik G-Spot Ini! appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.

Lepas Isteri Curang Dengan Lelaki Lain Di Facebook, Bapa Ini Bawa Anak Bekerja Sekali

$
0
0

Suami ditinggalkan isteri yang curang dengan lelaki lain di Facebook

Rodolfo “Rudy” Pastrana telah ditinggalkan oleh isterinya selepas mengenali seorang lelaki yang baru ditemui di media sosial Facebook.

Disebabkan itu, Rudy tidak mempunyai sesiapa yang boleh membantu menjaga anak lelakinya yang berusia dua tahun. Jadi, Rudy membuat keputusan untuk membawa anaknya bersama mencari rezeki.

Jadi, Rudy membuat keputusan untuk membawa anaknya bersama mencari rezeki.

Hal ini diketahui umum apabila, seorang pengguna laman sosial, Jane Eguillos telah memuat naikkan beberapa foto Rudy bersama anaknya. 

Eguillos bersimpati dengan anak Rudy yang sedang menangis ketika menaiki motor roda tiga yang dibawa oleh Rudy. 

Foto ehsan: Jane Eguillos

Eguillos juga telah berkongsi yang botol susu anak Rudy sudah pecah akibat terjatuh di atas jalan raya dan dilanggar kereta. 

Ketika itu, salah seorang penumpang telah memberikan botol susu milik anaknya kepada Rudy dan mengatakan yang dia boleh membeli yang lain kemudian. 

Rudy sedar akan bahaya yang terdedah pada anaknya.

Walaubagaimanapun, dia tidak mempunyai pilihan lain kerana ibunya juga keluar bekerja sebagai tukang cuci. Jadi, Rudy memilih untuk membawa anaknya di dalam alat penggendong semasa bekerja.

Foto ehsan: Jane Eguillos

Setiap hari, Rudy harus membayar sewa sebanyak lebih kurang RM12.60 ($3) untuk kenderaan motor tiga roda tersebut.

Selain itu, beliau juga harus berjalan sejauh 2 kilometer setiap hari ke rumah tuan kenderaan tersebut. 

Kisah Rudy telah dipaparkan melalui sebuah rancangan realiti yang popular di Filipina iaitu “Kapuso Mo, Jessica Soho”.

Rancangan yang disiarkan setiap minggu ini memaparkan pelbagai kisah realiti, tren dan juga orang yang menarik. Ia juga dihoskan oleh Jessica Soho, salah seorang wartawan yang sering mendapat anugerah di Filipina.

Berikutan penyiaran kisah Rudy ini, beliau telah dihulurkan bantuan dan mempunyai kehidupan yang lebih baik berbanding sebelum ini.

Lihat video dari rancangan Kapuso Mo, Jessica Soho seperti di bawah.

 
Inilah yang dikatakan kasih ayah di bawa ke syurga bukan?
 
Sama-sama kita mendoakan yang terbaik buat Rudy dan anaknya. Semoga dilimpahi dengan rezeki dan dipermudahkan segala urusan kehidupan harian mereka. 
 
 
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
 
Baca juga:

The post Lepas Isteri Curang Dengan Lelaki Lain Di Facebook, Bapa Ini Bawa Anak Bekerja Sekali appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.

Rahsia Awet Muda Ibu Berusia 49 Tahun Ini Hingga Dianggap Kekasih Anak Sendiri!

$
0
0

Rahsia awet muda

Kalau ada yang menyoal boleh ke kita kelihatan awet muda, bergetah dan cantik seperti muda-muda dulu, jawapannya boleh!

Lihat saja wanita bernama Liu Yelin ini.

rahsia awet muda

Kredit: Liu Yelin

Tiada siapa yang menyangka wanita cantik ini sudah berusia hampir 50 tahun. Dan yang paling mengejutkan, lelaki di sebelahnya itu adalah anak lelakinya, bukan kekasih hati beliau!

Oleh sebab rahsia awet mudanya, ramai menganggap beliau dan anak lelakinya yang berusia 22 tahun itu pasangan kekasih.

Mana taknya, lihat saja kecantikan wanita anggun ini! Tiada langsung sebarang kesan kedutan. Sudahlah badan ramping umpama supermodel.

Malah Yelin juga dipetik mengatakan ramai ingin mengetahui rahsia awet muda beliau setelah mengetahui umur sebenarnya.

rahsia awet muda

Kredit: Liu Yelin

Rahsia awet muda ibu hot ini

Jadi, apakah rahsia beliau kekal awet muda sehingga berusia 49 tahun ini? 

Rahsianya adalah dengan bersenam secara rutin sejak 3 dekad lalu. Antara aktiviti bersenam yang paling digemari beliau adalah berenang.

Yelin akan berenang di tasik dan melakukan senaman angkat berat setiap hari. Yelin juga dikatakan paling suka berenang di luar ketika musim sejuk!

rahsia awet muda

Kredit: Liu Yelin

Rupa-rupanya, wanita hebat ini mengekal kecantikan dan rahsia awet muda dengan aktif berenang. 

Beliau pernah berenang di Sungai Yangtse, China dan Sungai Han di Korea Selatan.

Malah, tahun lepas – beliau berenang dari Pulau Pinang ke Selat Melaka! Yang paling hebat, beliau berenang sepanjang 7.45 batu dalam masa 4 jam ya!

Dahsyat, kan?

Mengamalkan senaman untuk kekal awet muda sejak muda lagi

Ibu ini sungguh terkenal di media sosial Weibo dengan hampir 75 ribu pengikut.

Moto yang dipegang oleh beliau sepanjang hidup ini adalah: “Jika anda rasa anda kelihatan tak menarik, ia sebab anda tak mengeluarkan peluh yang mencukupi.”

Gituuuu! Nampaknya kenalah kita rajin bersenam untuk menjaga kesihatan diri dan kekal awet muda seperti beliau, kan?

Yelin juga berkongsi beliau mula bersenam secara aktif sejak berusia 17 tahun lagi. Sebelum ini, beliau bekerja di perpustakaan. 

rahsia awet muda

Kredit: Liu Yelin

Dan antara amalan yang tidak dilupakan oleh beliau setiap tahun adalah amalan menderma darah.

Berenang bagus untuk kekal awet muda

Sebenarnya, aktiviti berenang memang terbukti bagus untuk kekal sihat, dan kekal awet muda seperti Yelin.

Antaranya kerana berenang boleh meningkatkan kekuatan otot dan membina jisim tulang. Barulah kita kekal sihat walaupun sudah berganjak ke usia emas.

Berenang juga membuatkan semua otot badan individu “bergerak”, berbanding dengan senaman lain. Dan berenang turut terkenal bagus untuk mengelak masalah kardiovaskular seperti sakit jantung.

Nak bakar kalori juga lebih senang dengan aktiviti berenang! Ia sebab senaman ini sama macam anda berlari atas treadmill. 

rahsia awet muda

Kredit: Liu Yelin

Untuk kekal awet muda, air laut membantu mengekalkan kelembapan dan keanjalan kulit.

Jadi sebab itu aktiviti berenang membantu Yelin kekal hot dan sihat sampai berusia 49 tahun!

Ha… macam mana ibu semua? Ada sebarang rahsia awet muda lain yang boleh dikongsi? Bolehlah sama-sama kita cantik dan kekal sihat sampai ke tua, kan…

Sumber rujukan: Boredpanda dan Mail Online

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

13 Bukti Hubungan Seks Buat Wanita Makin Cantik

 

 

 

 

 

 

The post Rahsia Awet Muda Ibu Berusia 49 Tahun Ini Hingga Dianggap Kekasih Anak Sendiri! appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.

Ujian Pemeriksaan Untuk Bayi Baru Lahir, Apa Ibu Bapa Perlu Tahu

$
0
0

Ujian pemeriksaan untuk bayi baru lahir

Ujian pemeriksaan bayi baru lahir adalah ujian yang dilakukan sejurus bayi lahir dan sebelum mereka diberi kelulusan untuk pulang ke rumah.

Ujian ini dapat memeriksa jika bayi anda mempunyai sebarang gangguan atau masalah kesihatan yang serius dan hanya boleh dikesan dengan ujian darah.

Walaupun ujian ini ujian yang diwajibkan oleh Kementerian Kesihatan, namun ianya tidak 100% tepat

Oleh itu, keputusan yang didapati positif mungkin akan diuji semula. Tetapi keputusan yang positif biasanya menunjukkan bayi anda mempunyai penyakit.

Mengambil darah bayi untuk ujian pemeriksaan. Sumber gambar: Youtube

Penyakit yang diuji semasa ujian pemeriksaan

Selain ujian APGAR yang dilakukan selepas kelahiran, beberapa jenis ujian pemeriksaan kecacatan genetik untuk bayi yang baru lahir adalah berbeza-beza iaitu antara 2 sehingga 8 ujian termasuk ujian pendengaran bayi.

Ujian pemeriksaan/saringan yang lengkap boleh mengesan sehingga 40 jenis kecacatan yang mungkin ada pada setiap bayi termasuk:

  • Thyroid Stimulating Hormone (TSH) dan aras hormon tiroid iaitu Thyroxine(T4).
    TSH adalah hormon yang merangsang kalenjar tiroid untuk menghasilkan hormon tiroid manakala hormonThyroxine (T4) adalah hormon tiroid yang bertanggungjawab di dalam proses metabolism badan, pembesaran fizikal dan perkembangan otak.
  • Gangguan hemoglobin. Ujian boleh mengesan anemia sel sabit, hemoglobin C, dan gangguan darah lain.
    Kekurangan sel normal sel darah merah yang teruk boleh menyebabkan kelemahan, kesesakan nafas, bahkan masalah jantung.
  • Gangguan endokrin. Gangguan seperti hiperplasia adrenal kongenital dan hipotiroidisme boleh dikesan. Kedua-dua gangguan boleh menjejaskan kesihatan bayi dengan serius tetapi boleh dirawat.
  • Fibrosis sista. Penyakit ini menjejaskan paru-paru dan organ-organ lain dan memerlukan rawatan awal.
  • Galactosemia. Keadaan ini boleh menyebabkan buta, rencatan mental, dan masalah pertumbuhan jika tidak dirawat.
  • Kekurangan biotinidase. Keadaan ini boleh menyebabkan sawan, masalah pendengaran, gangguan mental, dan masalah sistem imun.
  • Phenylketonuria (PKU). Ini boleh menyebabkan rencatan mental jika tidak mendapat rawatan awal.

G6PD juga boleh dikesan, tetapi darah yang diuji adalah darah dari tali pusat bayi anda.

Bagaimana ujian pemeriksaan dilakukan pada bayi baru lahir?

Sumber: Slide share

Jururawat anak anda membuat insisi kecil pada tumit bayi untuk mendapatkan sedikit darah untuk diuji. 

Bayi biasanya akan diuji di hospital dan tidak lewat daripada 72 jam selepas anda bersalin.

Bayi pramatang dan bayi yang menghadapi masalah semasa kelahiran hanya akan diuji seminggu selepas mereka dilahir, atau lebih awal jika pakar mengesyaki penyakit tertentu.

Jika ujian mendapati anak anda mempunyai sebarang penyakit, pihak hospital akan menghubungi ibu bapa.

Tetapi sekiranya ujian tidak menunjukkan sebarang penyakit, biasanya ibu bapa tidak akan dihubungi. Doktor bayi akan mendapat salinan keputusan ujian bayi anda. 

SumberKPJ dan MyHealth

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Bayi Baru Lahir Meninggal Akibat Dehidrasi

The post Ujian Pemeriksaan Untuk Bayi Baru Lahir, Apa Ibu Bapa Perlu Tahu appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.


5 Tanda Amaran Anak Anda Mungkin Alami Gejala Awal Gangguan Mental

$
0
0

Kanak-kanak dan gangguan mental

Tahukah anda? Kanak-kanak juga boleh mengalami gangguan mental, sama seperti orang dewasa.

Menurut penyelidik di Harvard Medical School, hampir 50 individu dengan kes gangguan mental telah mengalami masalah ini sejak mereka kecil lagi.

Malah, gejala awal bagi gangguan mental pada kanak-kanak mungkin agak berbeza daripada orang dewasa.

Sebab itu ramai ibu bapa yang sukar untuk mengesan gangguan ini pada anak-anak mereka. 

Jumlah kes gangguan mental di kalangan kanak-kanak makin meningkat dengan 1 daripada 5 kanak-kanak akan mengalaminya.

Tapi, sebelum kita mengetahui apakah 5 tanda amaran anak anda mungkin mengalami gangguan mental, mari ketahui apakah itu gangguan mental terlebih dahulu.

gangguan mental kanak-kanak

Kredit: Momjunction

6 gangguan mental yang boleh terjadi pada kanak-kanak

Gangguan mental adalah ketidakupayaan dan gangguan pada minda dan mental seseorang. Antara gangguan mental yang sering dialami kanak-kanak adalah 6 jenis ini:

  • Gangguan sering keresahan – kanak-kanak dengan gangguan ini mungkin akan mengalami obsessive compulsive disorder (OCD), tekanan trauma dan fobia yang boleh mengganggu aktiviti harian mereka.
  • Gangguan perhatian atau hiperaktif (ADHD) – gangguan ini sering kelihatan apabila kanak-kanak tak dapat menumpukan perhatian, hiperaktif dan bersikap kasar.
  • Gangguan autisme – kanak-kanak dengan gangguan ini sukar untuk berkomunikasi dan berinteraksi dengan orang lain secara sosial.
  • Masalah pemakanan – seperti aneroksia, bulimia dan keinginan untuk menguyah juga berbahaya untuk kanak-kanak!
  • Masalah mood/perangai – kanak-kanak juga boleh mengalami kemurungan dan gangguan bipolar yang boleh menjejaskan mood dan perangainya.
  • Schizophrenia – ini merupakan gangguan mental kronik di mana pesakit tidak dapat membezakan realiti (psikosis). 

5 tanda amaran yang harus diperhati oleh ibu bapa

gangguan mental kanak-kanak

Kredit: 24/7 Mental Health Helpline

Ada 5 tanda amaran yang menunjukkan anak anda mungkin mengalami masalah gangguan mental. Jika anda dapat mengesan gejala awal ini dengan lebih awal, ia boleh dirawat.

Kami di theAsianparent telah menyertakan 5 tanda amaran ini dalam bentuk senarai dan video.

Jadi, mari lebih peka dengan anak-anak, melihat 5 tanda amaran berikut:

#1 Perubahan mood lebih dari 2 minggu

Mood swing atau asyik mengubah angin/mood dalam jangka masa lebih daripada 2 minggu merupakan satu petanda penting. 

Jika anak anda hiperaktif dan tiba-tiba kesedihan atau sebaliknya, tanpa penyebab yang jelas – ini mungkin petanda awal gangguan bipolar

Malah menurut laporan American Academi of Child and Adolescent Psychiatry (AACAP), 3.4 juta remaja yang didiagnosis dengan masalah kemurungan pernah mengalami gangguan bipolar.

#2 Sering ketakutan atau terlebih risau

Memang normal kalau kanak-kanak asyik risau dan ketakutan. Biasanya, mereka akan takut dengan gelap, makhluk khayalan dan terpisah dengan penjaga.

Tapi kalau anak anda menunjukkan tanda terlebih takut dan risau, itu mungkin gejala awal gangguan keresahan. Akibatnya, mereka boleh mengalami OCD.

#3 Perubahan perangai yang ekstrem

Kanak-kanak memang selalu menyoal, ingin tahu dan suka memberontak atau menentang. Tapi kadang-kadang, perubahan perangai yang terlalu ekstrem juga adalah tanda berbahaya.

Mereka mungkin mengalami masalah ADHD, kemurungan, gangguan bipolar dan sebagainya. 

gangguan mental kanak-kanak

Kredit: The MGH Clay Center for Young Healthy Minds

#4 Perubahan fizikal yang mendadak

Perubahan fizikal ini tak termasuk ketika anak mencapai usia akil baligh.

Hampir 80% pesakit mental pernah mengalami masalah perubahan fizikal mendadak seperti lebih berat badan dan terlalu kurus.

Perubahan berat badan juga satu petanda masalah kemurungan.

#5 Sukar untuk beri tumpuan

Kanak-kanak yang sukar untuk memberikan tumpuan berpotensi menghidap gangguan mental. Jadi, penting untuk anda kesan tanda-tanda ini agar mereka boleh dirawat dengan segera.

Sukar menumpukan perhatian adalah gejala ADHD dan masalah kemurungan. 

Mari sama-sama kita lebih peka dengan kesihatan anak-anak agar mereka diberi peluang untuk hidup dengan lebih sihat dan cergas.

Sumber rujukan: theAsianparent Singapore, Mayo Clinic dan Detik Health

Kredit gambar: Modernwomenworld.com

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Ketahui 5 Rahsia Mengapa Kanak-Kanak Buat Perangai Pelik Dan Maksudnya

 

The post 5 Tanda Amaran Anak Anda Mungkin Alami Gejala Awal Gangguan Mental appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.

Ramai Ibu Telah Diajar Dengan Cara Penyusuan Susu Badan Yang Salah: Kajian

$
0
0

Semua ibu mahu berikan yang terbaik untuk bayi mereka. Malah ramai yang mengimpikan penyusuan ibu yang eksklusif buat bayi mereka.

Akan tetapi, ramai yang tidak berjaya mencapai impian penyusuan ibu mereka dan 3 kajian baru-baru ini telah menemui apa yang mungkin menjadi puncanya.

Lebih daripada 2 per 3 wanita yang berniat untuk menyusukan bayi mereka secara eksklusif selama tiga bulan tidak berjaya. Antara sebab biasa yang menyumbang kepada hal ini ialah:

  • lekapan yang bermasalah
  • risau tentang produksi susu
  • puting sakit atau luka

Semasa minggu pertama kelahiran, 92% ibu menyusu dilaporkan menghadapi kesukaran yang sama.

Malangnya, kebanyakkan ibu-ibu yang bergelut dengan kesukaran ini fikir satu-satunya cara penyelesaian ialah dengan usaha lebih keras

Ia sungguh memenatkan! Takkan penyusuan ibu tak boleh jadi lebih mudah?

Kredit: Mothering

Daripada menangani satu per satu masalah, gunakan satu pendekatan yang boleh menangani semua masalah ini sekaligus.

Ia boleh dilakukan melalui ‘Natural Breastfeeding’ atau ‘Penyusuan Semulajadi’.

Apakah itu ‘Penyusuan Semulajadi’?

Satu kajian di United Kingdom mendapati posisi penyusuan yang telah diajar kepada ibu-ibu selama ini mungkin menjadi punca kepada masalah yang sentiasa terjadi ini

Apa yang telah ditemui oleh kajian ini? 

Respon bayi yang baru lahir adalah sama macam haiwan mamalia seperti anak kucing – menyusu sambil meniarap.

Jadi, adalah lebih bagus jika bayi menyusu sambil meniarap.

Lihat video tentang ‘breast crawl‘ ini tentang bagaimana seorang bayi yang baru lahir boleh merangkak sendiri mencari payudara ibunya untuk menyusu tanpa bantuan

Video pertama ‘breast crawl’ sebenarnya telah dirakamkan oleh pengkaji Sweden pada tahun 1980-an lagi.

Sungguh menakjubkan melihat bagaimana tanpa bantuan, bayi yang sihat boleh bergerak mencari puting ibunya dan menyusu!

Para saintis telah menemui titik tekanan pada bayi yang apabila di’tekan’ akan meningkatkan lagi koordinasi mereka.

Mereka memanggil ia sebagai Penstabilan Neuromaskular Dinamik atau Dynamic Neuromuscular Stabilization (DNS).

Imej penyusuan susu ibu yang tidak betul

Gambar adalah sangat berkuasa terutamanya gambaran dalam minda kita.

Salah satu penghalang utama kepada penyusuan ibu yang lancar ialah apabila wanita hamil mempunyai imej tentang penyusuan ibu yang tidak betul.

Mungkin gambar ibu sedang duduk sambil memegang bayi dan bayi tersebut sedang menyusu.

penyusuan susu

Kredit: Mothering

Di dalam gambaran ini, ibu tersebut sedang menyusukan bayinya di dalam posisi menyusukan menggunakan botol, dan ia mendatangkan masalah.

Duduk tegak selepas beranak sangat menyakitkan.

Memegang bayi dengan cara begitu melenguhkan tangan anda, menyebabkan leher, kepala dan belakang menjadi tegang serta bayi yang menghisap dengan cara begitu menyebabkan puting menjadi sakit.

Posisi menyusu yang betul amat penting

Penyusuan awal amat penting untuk “mengaktifkan” bayi supaya mereka tahu apa yang perlu dilakukan. 

Titik tekanan pada tulang rusuk, pergelangan tangan, lutut dan atas kaki akan menstabilkan tulang belakang bayi untuk mempunyai lebih kawalan terhadap pergerakkannya bagi menyusu dengan lebih efektif.

Dengan posisi yang biasa kita tahu, ibu dan bayi terpaksa melawan graviti bagi memastikan bayi berada di payudara untuk menyusu.

Jarak yang wujud apabila tangan menjadi lenguh akan mengakibatkan bayi bergelut untuk mencari puting dan menyebabkan kesukaran penyusuan ibu. 

Tambahan pula, di dalam posisi ini, graviti akan mengurangkan respon yang sepatutnya membantu bayi menyusu.

Bagaimana penyusuan semulajadi boleh membantu

Di dalam posisi penyusuan semulajadi, bayi diletakkan secara meniarap di atas badan ibu bagi memastikan sentuhan sepenuhnya.

penyusuan susu

Kredit: Nancy Mohrbacher

Ini akan mengaktifkan titik tekanan bayi serta membaiki koordinasinya untuk penyusuan yang lebih mudah.

Ia bukan sahaja bagus untuk si kecil, malah si ibu juga boleh relaks sementara bayi menyusu dengan kedua tangan bebas dari memegang apa-apa.

Malah graviti membantu bayi memasukkan puting dengan lebih baik tanpa bantuan memegang payudara. 

Sudah tiba masanya penyusuan semulajadi diguna pakai bagi membantu penyusuan ibu yang lebih berjaya pada ibu-ibu.

Mungkin dengan penyusuan semulajadi, masalah yang biasa menjadi batu penghalang kepada penyusuan ibu dapat diatasi.

Jom sama-sama kita cuba!

Sumber: Mothering

Kredit gambar: Mama Natural

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Ibu Yang Sedang Beri Susu Badan Perlu Sokongan “Satu Kampung”!

 

The post Ramai Ibu Telah Diajar Dengan Cara Penyusuan Susu Badan Yang Salah: Kajian appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.

Bila Ibu Bapa Boleh Dapat Mengesan Kecenderungan Anak Jadi Kidal?

$
0
0

Apa itu kidal?

Kidal adalah apabila seseorang terbiasa menggunakan tangan kiri untuk melakukan aktiviti, seperti menulis, makan, atau melakukan kerja yang berat. 

Kira-kira 10% individu di atas Bumi ini adalah kidal.

Fenomena ini berlaku secara semulajadi dan dipengaruhi oleh genetik. Jika anda dan pasangan adalah individu kidal, anak anda mempunyai kemungkinan 45 hingga 50% untuk menjadi kidal juga. 

Bilakah ibu bapa dapat mengesan anak mereka kidal?

Menurut Parents.com, ibu bapa sudah boleh mengesan jika anak mereka kidal atau tidak apabila anak berumur sekitar 2 – 3 tahun.

Kadang-kadang anak mungkin sudah mula menunjukkan tanda-tanda tangan dominan lebih awal dari ini. 

Sesetengah bayi lebih cenderung untuk merebut mainan dengan tangan tertentu dan ada juga kanak-kanak yang menggunakan kedua-dua tangan sehingga mereka mula bersekolah dan belajar menulis.

Semua ini adalah normal.

Tetapi sebelum setahun, bayi anda harus banyak bereksperimen dengan kedua-dua tangannya.

Sekiranya anda mendapati bayi anda sentiasa menggunakan satu tangan lebih kerap daripada tangan yang lain, beritahu doktor. Ini mungkin tanda masalah perkembangan otot pada tangan yang kurang digunakan.

Peranan ibu bapa semasa menyesuaikan diri anak yang kidal

Sama ada anda seorang ibu bapa dengan kecenderungan menggunakan tangan kanan atau kiri, anda sudah tahu seorang anak kidal akan menghadapi beberapa cabaran semasa membesar.

Namun, ini bukan perkara yang tidak baik dan ibu bapa tidak harus memaksa anak mereka untuk ubah dan menggunakan tangan kanan. 

Mereka jarang menghadapi cabaran yang sangat besar dan selalunya dapat menyesuaikan diri ketika menghadapi halangan dalam kegiatan harian. 

Di sini ada contoh bimbingan yang lembut dari ibu bapa yang diperlukan untuk membantu anak menyesuaikan diri.

Anda tak digalakkan untuk membezakan antara tangan kiri dengan tangan kanan anak anda. 

Sebaliknya katakan “gunakan tangan yang paling dekat dengan pintu” atau “berjalan ke arah tingkap,”. Jangan sebut “berjalan ke arah kanan.”

Selain itu, ibu bapa digalakkan berdiri di depan anak semasa menunjuk cara untuk melakukan sesuatu dan tidak di tepinya supaya anak boleh meniru perbuatan ibu bapa dengan lebih senang.

Apabila ibu bapa membimbing anak untuk menyesuaikan diri tanpa mengambil kira penggunaan tangan kiri atau kanan, dan betul atau salah, perlakuan yang kecil seperti ini boleh meringankan tekanan anak dan membantunya rasa diterima. 

Biar anak yang memutuskan tangan mana yang ingin digunakannya. 

Pada mulanya, anak mungkin rasa keliru dengan segalanya, tetapi selepas beberapa ulangan serta dorongan postif, mereka akan membiasakan diri dengan kehidupan harian.

Ibu bapa cuma perlu bersabar dan ulangi cara-cara penempatan tangan sehingga ia menjadi kebiasaan untuk anak.

Kelebihan dalam sukan

Anak kidal mempunyai kelebihan dalam sesetengah sukan kerana jarang kita jumpa orang yang menggunakan tangan kiri. 

Mereka sangat berpotensi dalam sukan jenis seorang lawan seorang seperti tenis, tinju, dan sebagai pembaling dalam permainan besbol.

Cara bermain dengan seorang yang kidal sangat berbeza dari kebanyakkan orang yang menggunakan tangan kanan. 

Biasanya lawan mereka tidak faham mengapa mereka kalah teruk sehingga mereka sedar lawan mereka adalah orang kidal.

Sumber: Parents dan Parent

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

8 Aktiviti Belajar Best Yang Anda Patut Cuba Dengan Anak-Anak

The post Bila Ibu Bapa Boleh Dapat Mengesan Kecenderungan Anak Jadi Kidal? appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.

20 Bohong Sunat Paling Popular Disebut Ibu Bapa. Anda Punya Yang Mana?

$
0
0

Berbohong atau bohong sunat

Kajian mendapati ibu bapa lebih cenderung untuk berbohong sehingga 3 kali sehari apabila mereka menghadapi tekanan.

Walaupun ia hanya bohong sunat, namun ramai ibu bapa mengaku telah berbohong kerana ingin mengelak anak dari menangis dan merengek.

Namun, mereka masih berpendapat penting untuk anak mereka tidak berbohong dan selalu bercakap benar.

Saya pasti ramai di antara kita yang masih ingat amaran ibu bapa semasa kecil lagi.

Pada masa itu, kita percaya kata-kata mereka 100% dan tidak pernah bertanya ataupun ingkar. Tetapi setelah besar, kita mendapati semua amaran itu bohong semata-mata!

Sekarang, tiba giliran kita pula sebagai ibu bapa.

Adakah anda sebagai ibu bapa akan guna cara yang sama untuk mengawal anak-anak? Mari kita kenang-kenangkan beberapa kata-kata bohong yang pernah didengar semasa zaman kanak-kanak kita!

1. Ya, kita hampir sampai

Sudah nak sampai ini pasti paling selalu disebut kan bila anak asyik bertanya bila nak sampai berulang-ulang kali.

2. Kalau tak habiskan nasi di pinggan nanti naik banyak jerawat kat muka

Ini kalau anak tak mahu habiskan nasi dalam pinggannya…

Artikel berkaitan: Pakar Minta Ibu Bapa Jangan Lagi Paksa Anak Habiskan Makanan Dalam Pinggan!

3. Diam. Kalau tidak nanti hantu misai datang

Sumber gambar: Cili Sos

Siapa hantu misai? Entahlah!

4. Makan banyak lobak merah supaya dapat melihat dalam gelap

Memang susah nak suruh anak makan sayur-sayuran. Ini salah satu bohong sunat yang berguna!

5. Jika kamu lambat, mak pergi dulu

Ha, baru kelam kabut nak bersiap, kan!

6. Menonton TV akan merosakkan penglihatan kamu

Mmmm… tipu sunat takpa!

7. Jika kamu buat muka hodoh, nanti wajah kamu akan kekal begitu

8. Jarum suntikan tidak sakit. Ia macam gigit semut je..

9. Anda tidak boleh berbohong

10. Sekiranya anda keluar dengan rambut basah, nanti kepala masuk angin

11. Zaman persekolahan adalah zaman paling baik dalam hidup anda

12. Jika anda telan gula-gula getah, perut perlu dibedah untuk mengeluarkannya

13. Ibu dan ayah bukannya berkelahi, kami cuma berbincang

14. Jangan telan biji buah itu, nanti tumbuh pokok dalam perut

15. Jangan nangis kalau tidak nanti polis/hantu/pengawal keselamatan/uncle tangkap kamu nanti

16. Mesin Slurpee kat 7E dah rosak

17. Jangan balik rumah lepas maghrib nanti hantu kopek culik dan sorok kamu bawah kopek-kopeknye

18. Haiwan kesayangan sudah pindah ke tempat lain

19. Bunyi bising dari bilik tidur? Ayah dan ibu sedang bermain

20. Iklan bermaksud rancang TV itu sudah tamat

Sumber: CiliSos dan Mirror

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Ibu Gigit Anak Untuk Mengajarnya Menggigit Orang Perbuatan Yang Salah

The post 20 Bohong Sunat Paling Popular Disebut Ibu Bapa. Anda Punya Yang Mana? appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.

“Saya Tak Dapat Melakukan Seks Langsung Walaupun Selepas Kahwin…”

$
0
0

Wanita, miss V dan hubungan seks…

Sebak hati membaca nasib wanita malang ini. Tiada wanita yang mahu nasib yang sedemikian. 

Semoga perkongsian ini membuka mata kita tentang kewujudan wanita-wanita kuat yang mengharungi cabaran dahsyat yang digalas.

Ikuti kisah Lara, seorang wanita yang tak dapat melakukan seks walaupun selepas kahwin kerana penyakit kronik di kawasan faraj yang dihidapnya. 

***

Helo. Nama saya Lara dan saya akan bercakap tentang miss V.

Anda pasti terfikir mengapa nak bercakap tentang faraj pula. Tak malu ke? 

Jawapannya, tak. Saya tak malu kerana penyakit kronik ini sungguh menyakitkan. Dan saya atau wanita lain di luar sana yang menghidap penyakit sama tak patut ambil langkah untuk mendiamkan diri lagi.

Ya, ada sakit kronik di kawasan faraj. Saya tak dapat melakukan hubungan seks, walaupun sekali – tanpa rasa sakit yang melampau.

hubungan seks

Kredit: WebMD

Sebab rasa sakit ini, saya terpaksa berbaring di atas katil dengan kain demah. Saya terpaksa meletakkan ketulan ais untuk meredakan kesakitan. 

Faraj saya rasa macam terbakar…. dan kesakitannya amat memeritkan.

Tiada apa yang lawak tentang sakit saya. Saya bukan membesar-besarkan cerita. Saya bukan takut atau nervous nak melakukan hubungan seks.

Tak! Ia benar-benar menyakitkan, kalaulah orang faham.

Tiada jumlah pelincir atau suasana santai sebelum seks yang mampu mengurangkan rasa sakit ini.

Berhenti minta saya cuba posisi seks lain, atau pelincir, atau suasana romantik, atau bawa bertenang dan sebagainya. Itu semua takkan berjaya!

Jadi saya pilih untuk tidak melakukan seks. Tapi…

Cuba bayangkan macam mana saya nak berkahwin? Ada ke lelaki yang akan mengahwini saya kalau mereka tahu saya tak boleh melayani keinginan batin mereka?

hubungan seks

Kredit: The Irish Times

Bagaimana ingin saya jelaskan yang saya mungkin takkan mampu beri mereka zuriat? Adakah saya bukan seorang wanita?

Memikirkan hal itu buat saya sebak. Pasti tiada siapa yang mahukan saya, seorang wanita yang tak cukup sifat ini…

Tapi, itu sebelum saya mula sedar…

Semua orang ada masalah. Semua orang ada cabaran. Itu yang buat kita adalah diri kita. Dan perkahwinan atau cinta bukan bergantung pada seks semata-mata.

Kalau saya jumpa orang yang betul, saya mungkin akan bahagia. 

Dengar macam ayat semangat yang selalu orang muatnaik di Instagram, kan? Tapi betul.

Mungkin saya tak menjumpai pasangan saya lagi sekarang, mungkin sampai bila-bila. Tapi, saya percaya insan yang tepat untuk saya akan menerima diri ini seadanya…

Dan saya jumpa dia akhirnya…

Dia adalah pasangan saya kini. Tentang hubungan seks, kami masih mencuba, demi cinta yang dibina.

Doakan saya dan pasangan ini!

***

Itulah kisah Lara, salah seorang wanita yang mengalami penyakit kronik di kawasan faraj hingga menyukarkan hubungannya dengan pasangan. 

Beliau juga menceritakan kisah hidupnya dalam bentuk video, seperti di bawah. 

Penyakit kronik yang menyakitkan hubungan seks pada wanita

Tahukah anda yang semua wanita berpotensi untuk menghidap penyakit kronik di kawasan faraj?

Pesakit yang mengalami kesakitan kronik di kawasan faraj ini boleh menjadi satu penyakit serius hingga pesakit tak mampu melakukan hubungan intim, walaupun selepas kahwin!

Malah, kesakitan kronik tersebut juga boleh memberi rasa sakit yang melampau sebelum, semasa dan selepas haid.

Terdapat beberapa kesakitan kronik di kawasan faraj, seperti:

  1. Endometriosis
  2. Vaginismus
  3. Vulvodynia
  4. Interstitual Cystitis

1. Endometriosis

Endometriosis adalah salah satu penyakit “senyap” yang tak dibincangkan sesiapa. Namun, hampir 5 juta wanita sengsara dengan penyakit ini!

hubungan seks

Menurut NHS Choice, ia adalah kesakitan akibat tisu endometrium berada di luar tisu. Antara tempat yang boleh terjejas adalah seperti ovari, tiub falopian, perut dan punggung. 

2. Vaginismus

Lebih kurang sama dengan gejala penyakit endometriosis, vaginismus adalah keadaan di mana otot vagina mengecut apabila dimasukkan dengan sesuatu seperti zakar.

Oleh itu, berhubungan intim akan jadi sungguh menyakitkan. Doktor pakar masih belum mengetahui tentang punca kesakitan ini. 

3. Vulvodynia

Vulvodynia adalah rasa sakit kronik di kawasan sekitar pembukaan vagina, labia dan perineum. 

Pesakit boleh mengalami rasa kebas di bahagian vagina dalam keadaan yang lama. 

4. Interstitial cystitis

Ini adalah satu sindrom pundi kencing. Pesakit akan mengalami tekanan di sekitar pundi kencing hingga boleh sakit dan mengalami kejang di bahagian vagina dan otot pelvik.

Yang pasti, keempat-empat penyakit kesakitan kronik di kawasan intim ini sungguh menyeksakan sehingga mangsa tidak dapat melakukan hubungan seks.

Jika anda mengalami beberapa tanda yang merungsingkan, sila berjumpa dengan doktor pakar bagi mendapatkan pemeriksaan. 

Semoga perkongsian ini memberi sedikit manfaat! 

Sumber rujukan: Buzzfeed, NHS Choices, WebMD dan Mayo Clinic

Kredit gambar: Viral Puff

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Vagina Saya Terjatuh/Terkeluar Ketika Melakukan Seks Dan Ini Kisahnya

 

 

 

 

 

The post “Saya Tak Dapat Melakukan Seks Langsung Walaupun Selepas Kahwin…” appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.

Malaikat Kecil Ini Meninggal Dunia Selepas Tengkorak Kepala Retak Akibat Forcep

$
0
0

Amaran pentingSebelum menjalani sebarang prosedur perubatan, ketahui apakah risiko prosedur tersebut daripada pakar.

Kami amat bersimpati atas kehilangan satu lagi nyawa berharga yang tak bersalah ini – Olivia.

Sepanjang 9 bulan seorang ibu mengandung, pelbagai harapan dan impian memenuhi lubuk hatinya.

Pasti dia mahu yang terbaik untuk si manja yang belum lahir itu. Sebab itu dia sanggup makan dengan betul, cuba dapatkan rehat dan tinggalkan semua amalan yang tak sihat demi kesihatan janin.

Tapi, tak pernah terlintas di hati mereka untuk sesuatu yang buruk terjadi ketika ingin bersalin. Terutamanya jika ia bukan atas kesalahan diri sendiri!

bayi mati forcep

Kredit: Facebook

Kepala bayi retak kerana prosedur forcep

Tapi itulah mimpi ngeri yang terpaksa dihadapi ibu ini, Rachel Melancon. Beliau hamil dengan sihat sebelum tiba-tiba tarikh bersalinnya telah terlebih tempoh.

Overdue! Lalu, beliau meminta doktor untuk menjalankan pembedahan c-section. Tambahan pula, bayi tersebut dikatakan besar berbanding badannya yang kecil itu.

Tapi menurut ibu mertua Rachel, pihak hospital tidak menggalakkan pembedahan c-section dijalankan kerana takut akan “meninggalkan” parut.

Jadi, Rachel terpaksa menanti sehingga 18 jam sebelum bersalin. Ketika itu, denyutan nadi bayi dalam kandungan telah meningkat.

Malah, Rachel juga mengalami demam setinggi 103 darjah celcius!

5 jam kemudian, Rachel masih cuba meneran dan bayi tiada tanda-tanda untuk keluar. Pemeriksaan lanjut mendapati bayi berada dalam posisi yang salah.

Jadi doktor cuba mengubah posisi bayi dengan tangannya. Apabila ia juga tak berjaya, forcep terpaksa dilakukan.

Tapi, ketika itu juga sesuatu telah terjadi…

Menurut ibu bapa tersebut, mereka terdengar bunyi “pop” seakan sesuatu retak. Rupa-rupanya, bunyi itu adalah bunyi tengkorak anak mereka!

Selepas tidak berjaya mengeluarkan bayi tidak bersalah itu melalui forcep, Rachel dipaksa untuk melakukan pembedahan c-section, akhirnya.

Olivia Marie, bayi itu dilahirkan dengan tengkorak yang retak dan saraf tunjang patah, mengakibatkan otaknya rosak.

bayi mati forcep

Kredit: Facebook

Yang lebih menyayatkan hati, dia tak dapat diselamatkan. Selepas 5 hari, malaikat kecil ini maut dan pergi untuk selama-lamanya…

Risiko prosedur forceps untuk ibu dan anak

Keretakan tulang atau tengkorak adalah risiko yang paling terkenal bagi prosedur forcep. Sebab itu ibu hamil harus lebih berhati-hati dan mengetahui risiko sebarang prosedur bersalin.

Malah, ibu hamil juga harus tahu bila saat-saat forceps diperlukan.  

Menurut Mayo Clinic, prosedur forcep mungkin diperlukan jika serviks anda sudah terbuka sepenuhnya, membran sudah pecah dan bayi telah turun ke saluran peranakan, namun anda masih tak boleh menolak bayi keluar.

Jadi, prosedur forceps diperlukan untuk menyelamatkan bayi. Namun, c-section juga boleh dijalankan dengan serta-merta.

Akan tetapi, forcep memiliki beberapa risiko pada ibu dan anak, seperti:

  • Kesakitan di perineum – tisu antara faraj dan dubur
  • Koyak di bahagian bawah kemaluan dan luka
  • Sukar untuk kencing
  • Kencing manis jangka pendek dan panjang
  • Anemia (kurang sel darah merah kerana hilang banyak darah)
  • Pundi kencing dan uretra tercedera
  • Pecah rahim 

Untuk bayi pula, antara risiko yang mungkin boleh terjadi termasuklah:

  1. Kecederaan di bahagian muka akibat tekanan daripada forcep
  2. Lemah otot muka secara sementara (facial palsy)
  3. Trauma di kawasan luar mata
  4. Tengkorak retak
  5. Pendarahan dalam tengkorak
  6. Sawan

Ingatlah, anda harus berbincang dengan doktor pakar tentang sebarang kerisauan yang anda takuti.

Malah, anda juga perlu tahu apa-apa maklumat tentang proses bersalin untuk sentiasa bersedia dengan apa-apa cabaran.

Semoga bayi ini tenang di sisi Tuhan sekarang. Takziah diucapkan.

Anda ada pengalaman ngeri sepanjang prosedur forcep? Kongsikan dengan kami di bawah!

Sumber rujukan: theAsianparent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Penelitian: Risiko Melahirkan dengan Forceps atau Vakum Lebih Tinggi dari Cesar

The post Malaikat Kecil Ini Meninggal Dunia Selepas Tengkorak Kepala Retak Akibat Forcep appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.

Kareena Kapoor, Ibu Kepada Bayi Taimur, Sukar Imbangkan Keluarga Dan Kerjaya

$
0
0

Kareena Kapoor hadapi cabaran sebagai ibu baru

Menjadi ibu buat pertama kali bukanlah satu tugas yang mudah.

Dan, apabila anda juga seorang selebriti popular, sudah pasti segala penumpuan akan diberikan kepada anda. Itulah yang berlaku kepada ibu baru, Kareena Kapoor Khan.

Pelakon Bollywood popular ini sudah pun bergelar ibu kepada bayi comel (dan popular di India!) bernama Taimur.

Kini, dia masih dalam fasa membiasakan diri dengan gelaran baru yang ditimangnya itu.

Pelakon berumur 36 tahun ini dilaporkan menjalani rakaman iklan bersama kakaknya, Karisma Kapoor, dan ibunya, Babita.

Semasa rakaman, Kareena telah berkongsi kisah tentang masalah dirinya dalam mengimbangkan masa antara kerjaya dan kehidupan berkeluarga.

saif ali khan kareena

Sumber: Timesofindia.com

“Ia sukar sebab Taimur masih kecil”

Ketika berkongsi tentang susah payahnya menjadi seorang ibu, Kareena berkata:

“Dulu mudah untuk menguruskan kehidupan profesional dan peribadi saya. Tetapi, sekarang lebih sukar sebab Taimur masih kecil. Saya masih cuba mencari keseimbangan.”

Beliau menambah bahawa walaupun ia susah, tetapi beliau semakin selesa dengan gelaran ibu yang disandangnya.

Keluarga sebagai penguat semangat dan pemberi sokongan

“Saif dan keluarga saya banyak membantu.”

Kareena turut berkata yang menjadi seorang ibu telah membuatkan dirinya menjadi seorang wanita yang kuat.

“Saya sangat berbangga kerana dapat berkahwin, kekal berdikari dan bekerja. Saya bawa tugas saya dengan penuh bangga dan penghormatan. Walaupun sudah berkahwin, saya masih bekerja dan mempunyai identiti saya yang tersendiri.”

Walaupun Kareena bergelut untuk menyeimbangkan masa antara kerjaya lakonan dan menguruskan keluarga kecilnya itu, beliau tidak mahu berhenti kerja.

Malah, dia ingin terus bekerja supaya anaknya, Taimur, dapat belajar tentang kekuatan wanita yang mempunyai karier dan menjaga keluarga pada masa yang sama.

kareena kapoor taimur

Sumber: Timesofindia.com

Taimur membesar melihat wanita bekerjaya

“Taimur akan membesar melihat saya, makciknya (Karisma), dan neneknya bekerja untuk menampung keperluan keluarga.

Harapnya, dia akan membesar dan membina rasa hormat pada wanita yang bekerja dan membantu keluarga. “

Kareena berasakan yang setiap ibu yang baru menimang cahaya mata memerlukan sokongan dan kasih sayang dari keluarga terdekat.

Suami merupakan antara orang penting yang patut membantu para ibu yang sedang bergelut untuk mengimbangkan antara keluarga dan kerja.

Ibu bekerja boleh jadi contoh positif untuk anak-anak

Ramai yang menyangka ibu bekerja tidak dapat memberikan banyak penumpuan pada anak-anak.

Mereka kononnya terlalu sibuk dengan kerja, sehinggakan anak terabai di rumah. 

Namun sebenarnya, jika si ibu pandai membahagikan masa dan mengetahui kepentingan utamanya, para ibu bekerja boleh menjadi role model dan contoh terbaik untuk anak-anak.

Ini adalah sebabnya:

saif kareena taimur

Sumber: Freepressjournal.in

3 cara ibu bekerja dapat menjadi contoh untuk anak mereka

1. Mereka menjadi sumber inspirasi

Ibu bekerja boleh mengajar anak mereka tentang kepentingan menguruskan masa.

Malah, ia turut boleh mengajar anak-anak tentang kepentingan kerjaya, supaya anak perempuan dapat mencontohinya serta anak lelaki dapat memahami tentang keperluannya.

2. Mereka melahirkan anak yang berdikari

Apabila anak-anak membesar dan melihat ibu mereka menguruskan hal dan masalah kerja serta rumah tangga pada masa yang sama, mereka akan faham erti kematangan dan berdikari.

Apabila ibu tiada di rumah untuk membuat segala benda untuk mereka, anak-anak pasti akan mengambil beberapa tugas ibu dan membantu dalam hal memasak, mengemas, mahupun menjaga adik-adik.

3. Mereka melahirkan anak-anak yang mementingkan akademik

Ibu yang bekerja juga cenderung untuk membesarkan anak-anak yang berjaya dari segi akademik. Kajian ada membuktikan tentang hal ini.

Kenapa ini cenderung untuk terjadi? Ia adalah kerana ibu yang bekerja faham tentang kepentingan pendidikan dan boleh mempengaruhi anak-anak mereka untuk lebih cemerlang di sekolah.

Ibu yang berusaha demi anak-anak – sama ada di pejabat atau di rumah – adalah ibu yang hebat!

Segala penerangan di atas tidaklah bermakna yang ibu yang menjadi suri rumah tidak dapat menghasilkan anak-anak yang berjaya. 

Cumanya, artikel ini ingin mengetengahkan beberapa perkara positif jika ibu di luar sana memilih untuk menjadi ibu bekerjaya dan tahu bagaimana untuk menyeimbangkan antara hal pejabat dan hal rumah tangga!

Bagaimana pula dengan anda? Adakah anda ibu yang bekerja atau suri rumah yang banyak meluangkan masa bersama anak-anak?

Sumber: The Indus Parent

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

8 Perkara Yang Selalu Dikatakan Kepada Ibu Bekerja Yang Membuatkan Mereka Rasa Dihakimi

The post Kareena Kapoor, Ibu Kepada Bayi Taimur, Sukar Imbangkan Keluarga Dan Kerjaya appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.


Bila Dan Bagaimana Nak Guna Pelindung Puting (Nipple Shield) Ketika Menyusu?

$
0
0

Salah satu masalah yang sering kali dihadapi oleh ibu-ibu yang menyusukan anak mereka dengan susu badan ialah luka atau sakit pada puting

Dan salah satu penyelesaian yang sering disarankan ialah dengan menggunakan pelindung puting (nipple shield).

Apakah itu pelindung puting?

Di dalam bahasa mudah, ia adalah puting tiruan yang dipakaikan pada payudara semasa penyusuan.

Foto ehsan: Youtube

Pelindung puting selalunya diperbuat daripada silikon, getah atau lateks. Malah terdapat juga negara yang menjual pelindung puting yang diperbuat dari kaca dan lilin.

Pelindung putih akan melitupi kawasan areola payudara. Ia mempunyai lubang kecil yang membolehkan susu mengalir keluar semasa bayi sedang menyusu.

Mengapa perlu nipple shield ini?

Selain melindungi puting dan membantu penyusuan ibu, berikut adalah beberapa fungsi penting yang mengapa nipple shield ini amat berguna:

  1. Membantu mengurangkan masalah lekapan semasa menyusu. Ini kerana pelindung puting akan membuatkan puting lebih timbul serta susu lebih mudah masuk ke dalam mulut bayi.
  2. Bagi bayi yang lahir pramatang, pelindung puting akan membantu mereka melekap dengan lebih baik. Malah ibu dengan bayi pramatang digalakkan menggunakan pelindung puting untuk beberapa minggu bagi membantu penyusuan mereka. Namun, penggunaan pelindung puting ini hanyalah sementara.
  3. Puting yang sakit. Memang masalah biasa di dalam penyusuan di mana puting sakit atau luka. Penggunaan nipple shield ini dapat mengurangkan rasa sakit.

    Foto ehsan: Youtube

  4. Penggunaan pelindung puting juga disarankan digunakan secara bergilir bagi mengelakkan kekeliruan puting
  5. Penggunaan pelindung puting disarankan digunakan hanya selepas beberapa hari kelahiran. Ini kerana bayi mungkin tidak pandai menghisap melalui pelindung puting. Dan jika bayi enggan menghisap susu, boleh membawa kepada masalah bengkak susu.

Bagaimana nak guna pelindung puting?

Untuk ibu menyusu yang masih kurang pasti bagaimana ingin menggunakan nipple shield ini, jom semak langkah-langkah di bawah:

  • Pastikan pelindung puting telah dicuci terlebih dulu. (Pelindung puting mestilah dicuci setiap kali digunakan).
  • Guna pelindung puting yang kering.
  • Guna saiz yang bersesuaian. Puting yang semakin sakit selepas menggunakan pelindung puting beerti saiz pelindung puting itu tidak sesuai dengan anda.

Berikut adalah bagaimana cara memakai pelindung puting:

  • Terbalikkan sedikit bahagian dalam pelindung puting dan letakkan bahagian tengah pelindung puting di puting anda.
  • Selepas itu, betulkan pelindung puting hingga menutupi bahagian areola. Puting anda akan kelihatan seolah-olah dalam pelindung puting ini.
  • Lembabkan pelindung puting dengan susu
  • Urut payudara agar sedikit susu keluar di hujung pelindung puting supaya dapat membantu bayi anda menyusu.

Ini rupa pelindung puting sebelum dipasang:

Before Putting Nipple Shield

Foto ehsan: Mom Junction

Selepas pelindung puting dipasang:

After Putting Nipple Shield

Foto ehsan: Mom Junction

Apa perkara penting yang perlu anda tahu?

  1. Material jenis silikon adalah jenis yang baik untuk digunakan kerana tahan lebih lama dan mudah dicuci.
  2. Penggunaan pelindung puting tidak akan mengganggu pengeluaran susu ibu.

Pernahkah anda menggunakan pelindung puting? Kongsikan pengalaman atau tip anda tentang penggunaan pelindung puting.

Sumber: Mom Junction

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Anda mungkin juga berminat dengan

Faktor mengapa penyusuan ibu boleh gagal

 

The post Bila Dan Bagaimana Nak Guna Pelindung Puting (Nipple Shield) Ketika Menyusu? appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.

Panduan Lengkap: Tumbesaran Dan Milestone Anak Anda Yang Berusia 12 Bulan

$
0
0

Masa sangat pantas berlalu. Anak anda yang dahulunya masih bayi dan kecil kini telah pun menjadi anak yang pandai duduk dan berjalan.

Anda mula berasa nostalgik dan bergenang air mata bila mengenangkan masa yang berlalu, namun jangan lupa masih ada banyak keseronokan yang akan menanti anak anda yang semakin membesar dewasa.

Mari lihat panduan lengkap tentang tumbesaran (milestone) apabila anak anda mencecah usia 12 bulan:

#1 Perkembangan Fizikal

Pada usia 12 bulan, anak kecil anda akan mula mencecah berat antara 8 dan 10kg dan berukuran antaran 70 sehingga 77cm. Tetapi, jangan risau jika si kecil anda sedikit berbeza dengan ukuran standard ini.

Perkembangan kanak-kanak memang berbeza secara individual. Ada yang mula melangkah pada usia setahun.

Tetapi, seperti milestone yang lain, ada sesetengah kanak-kanak dapat berjalan lebih cepat dan ada juga yang sedikit lambat; mereka hanya mula melangkah sebaik sahaja mereka dapat berdiri dengan stabil.

perkembangan berjalan anak 12 bulan

Sumber: Asian Parent Singapore

Antara tanda yang anda perlu beri perhatian adalah apabila anak kecil anda mula pandai berdiri dan bertatih sambil memegang pada hujung sofa atau meja.

Sebaik sahaja si kecil itu boleh melangkah dari satu tempat ke satu tempat lain tanpa berpaut pada objek, dia akan mula berjalan tidak lama lagi.

Dan bercakap tentang objek, pada usia 12 bulan ini, anak anda akan gemar bermain games seperti memasukan objek ke dalam kotak dan mengosongkannya semula.

Kadang-kadang, dia juga suka menggeledah beg anda! Ini adalah petanda baik kerana ini menunjukkan yang tumbesarannya sedang berkembang.

Si kecil itu membina kemahiran motor atau pergerakan dirinya. Anda juga akan dapat melihat anak anda mula menggunakan sebelah tangan – kanan atau kiri.

Pada waktu ini juga, dia patut mula boleh memegang botolnya sendiri, menyuap makan sendiri menggunakan tangan, dan memakai baju sendiri.

Apabila ototnya mula bertambah kuat, anak anda juga akan meneroka pelbagai permainan baru. 

Membaling objek, menolak baby walker, dan memanjat sofa adalah antara kegemarannya. Malah, jika anda memberinya bola, si kecil anda juga akan bermain dan menggoleknya.

#2 Perkembangan kognitif

Pada usia 12 bulan sebegini, perkembangan kanak-kanak adalah bertumpu pada dunia luar.

Anak anda akan mula sedar yang dia tinggal di dunia yang serba luas dan menarik untuk diterokai.

Jika sebelum ini dia lebih gemar didukung, kini dia akan mula ingin bebas dan mahu berjalan sendiri.

Pada waktu ini juga, daya memori dan ingatannya akan berkembang. Ini adalah waktu yang sesuai untuk anda memperkenalkan bentuk dan warna.

Dia mungkin akan mengambil sedikit masa untuk memahami semua ini, tapi lambat laun, dia pasti dapat memahaminya juga!

Penerokaan dunia luar juga akan membawa kepada penerokaan tentang kemampuan dirinya.

Anak anda akan mula faham yang tindakannya akan menghasilkan reaksi, terutama dari ibu bapanya.

Dia akan sedar yang dia mampu untuk membuatkan sesuatu berlaku. Jadi, dia akan mula mencampak barang untuk melihat apa terjadi, atau mencucuk mata anda untuk lihat reaksi anda!

Dia juga akan mula mampu menunjuk ke arah benda yang diminatinya atau yang dia mahu. Pada waktu ini, bermulalah hubungan komunikasi dua arah!

perkembangan anak kecil 12 bulan

Sumber: Asian Parent Singapore

Pada waktu ini juga akan bermula momen dan sangat indah yang sungguh mencairkan hati. Anak anda akan mula pandai melambai tangan dan blow kisses!

Tapi, itu tidak bermakna yang dia cukup matang untuk lihat anda beredar atau keluar tanpa membawanya, si kecil itu pasti menangis!

#3 Perkembangan Sosial dan Emosi

Penerokaan dunia juga semakin menarik, tetapi agak menakutkan pada masa yang sama. Dunia menjadi semakin luas untuknya!

Dia sedang membesar tapi masih mahu anda berada dekat dengannya.

Sambil meneroka, dia akan terus melihat sekeliling untuk memastikan anda berada berhampiran dengannya.

Pada usia 12 bulan, anak anda akan mula pandai menangis jika anda meninggalkannya di daycare.

Jangan risau, ini adalah sebahagian daripada perkembangan emosinya. Anak anda akan mula mengenal dan membezakan orang di sekelilingnya.

Anda tidak perlu memaksanya untuk pandai bersosial. Biarkan dia membiasakan diri dengan orang lain secara perlahan-lahan, mengikut rentak dirinya.

Antara perkara positif pada usia ini adalah anak kecil anda akan mula pandai untuk berhubungan dengan orang lain, selain ibu bapanya. Dia akan ada keinginan untuk mendekatkan diri dengan kanak-kanak lain.

Dia akan mula pandai untuk mendekatkan diri dengan kanak-kanak lain. Mungkin dia akan memberikan mainannya pada bayi lain yang berada berhampiran dengannya. Dia sudah pandai untuk berkawan!

Yang paling menyeronokkan adalah dia akan mula pandai untuk memeluk dan mencium anda.

Semasa bayi anda membesar menjadi kanak-kanak, dia akan terus memerlukan kehadiran dan bantuan anda.

Biarkan dia meneroka dan mencuba perkara baru, tapi pastikan anda ada berhampiran untuk memastikan keselamatannya.

Dia mungkin akan terus mahu makan dan menyuap sendiri menggunakan tangan (dan membuat sepah pada masa yang sama). Dia juga mahu mengenakan kasutnya sendiri.

Rasa berdikari pada usia ini adalah antara tanda pertama yang dia bakal menjadi semakin cekal dan “degil”.

Dia mahu melakukan segalanya sendiri dan akan berasa marah (dan rimas) jika anda membantunya.

Biarkan dia terus mencuba segalanya sendiri dan tunggu sehingga dia memerlukan bantuan anda.

tumbesaran anak 12 bulan

Sumber: Asian Parent Singapore

Selain itu, pada ketika ini, dia akan mula menjadi “big boy” atau “big girl“.

Kalau anda melihat dia memukul kanak-kanak lain, tidak mahu berkongsi dan mula sentiasa “melekat” dengan permainan kegemaran, puting atau objek lain, itu adalah perkara normal dan anda tidak perlu risau.

Ia adalah sebahagian daripada perkembangan kanak-kanak.

Apa yang anda perlu buat adalah memperbetulkan dirinya, tetapi bukan secara disiplin yang tegas – anak anda masih belum faham cara untuk berinteraksi secara baik lagi.

#4 Perkembangan Pertuturan dan Bahasa

Perkembangan memori adalah langkah penting untuk mula belajar bercakap. Otak anak anda semakin ligat berfungsi dan mula menangkap pelbagai perkataan yang anda ucap kepadanya.

Otaknya juga semakin sibuk dan mula mengaitkan antara objek dengan perkataan yang anda ucapkan.

Perkembangan vokabularinya bermaksud yang dia akan dapat memahami arahan mudah dan ringkas tidak lama lagi.

Mungkin pada usia 12 bulan ini, anak anda akan mampu memberi respon kepada frasa-frasa pendek seperti “ambil bola” atau “minum susu”.

Terutamanya jika anda turut membantu sambil bercakap dan menunjuk ke arah objek yang berkaitan.

Kanak-kanak juga mula memberi respon dengan lebih baik jika anda tunduk dan membuat eye contact dengannya.

Ramai kanak-kanak pada usia ini juga sudah boleh bertutur satu atau dua perkataan seperti “mama”, “ayah”, atau “susu”.

Dia akan berlatih bercakap sambil meniru perkataan yang anda ucapkan atau meniru bunyi haiwan yang dia dengar. Contohnya, “meow”!

Berikan perhatian anda kepada anak pada usia ini kerana anda mungkin turut dapat mengesannya bertutur dengan intonasi, seperti meninggi suara apabila marah.

Untuk semakin mahir bercakap, anak anda perlu menyebut perkataan dengan menggunakan otot kecil pada mulutnya.

Pada ketika ini, anak anda hanya mampu memberi fokus kepada pergerakan otot besar pada mulutnya.

Yang pastinya, dia akan kurang bercakap ketika dia sedang belajar berjalan. Ini kerana dia sedang memfokuskan dirinya supaya tidak terjatuh!

Pada waktu ini, berhenti bercakap dengannya. Malah, berlatih berjalan mudah membuatnya penat.

Jadi, buatlah aktiviti menenangkan seperti membacakannya buku atau bercerita kepadanya.

#5 Kesihatan dan Nutrisi

Usia 12 bulan juga adalah masa untuk dirinya menerima dos vaksin MMR (measles, mumps dan rubella).

Dia juga memerlukan perlindungan daripada gejala pnemococcal. Imunisasi untuk demam campak dan diphteria selalunya adalah wajib bagi kebanyakan negara.

milestone kanak-kanak 12 bulan

Sumber: Asian Parent Singapore

Pada usia ini, anak kecil anda akan mula memilih makanan. Disebabkan dia semakin banyak bergerak, dia akan mudah untuk hilang minat untuk makan.

Anda tidak perlu risau akan hal ini kerana ia juga adalah sebahagian daripada perkembangan dirinya. Dia pasti akan makan juga apabila dia lapar.

Memaksanya untuk makan hanya akan membuatkan si kecil itu semakin degil.

Pada usia setahun, ususnya telah terbina secara penuh. Ini bermakna, anda mula boleh memperkenalkan kepadanya susu lembu.

Perhatikan tanda-tanda alahan pada susu laktos. Ia selalunya sementara, kerana mungkin badannya sedang membiasakan diri dengan produk dairi.

Keju dan yogurt adalah antara produk dairi yang boleh anda berikan kepada si kecil anda.

Tip untuk ibu ayah

Tip penting buat anda, ibu ayah, ketika perkembangan anak anda pada usia 12 bulan adalah: anda perlu sentiasa bersedia dengan kamera bagi merakam beberapa perkara “first time” yang bakal anak anda buat pada umur ini.

Contohnya: jangan terlepas merakam beberapa langkah kaki pertama dalam hidupnya semasa dia sedang belajar berjalan!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Tahap Perkembangan (Milestone) Bayi 0-12 Bulan Dalam Jadual

The post Panduan Lengkap: Tumbesaran Dan Milestone Anak Anda Yang Berusia 12 Bulan appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.

7 Benda Yang Buat Anda Rasa Emo Dan Sedih Semasa Hamil. Meluat Betul No.4!

$
0
0

Apabila anda mengetahui diri ini hamil…

Hamil buat kali pertama adalah berita yang paling manis dalam kehidupan seorang wanita.

Namun pengalaman semasa hamil tidak semuanya sama untuk setiap wanita. Sesetengah wanita akan mengalami kehamilan yang lancar dan bebas cabaran; malah ada yang nampak semakin cantik!

Tapi ada juga ibu hamil yang mengalami pelbagai cabaran.

Di samping perubahan fizikal bentuk badan, terdapat juga wanita hamil yang dilanda rasa mual serta masalah kehamilan lain.

Tambahan pula ibu hamil sedang mengalami perubahan hormon yang boleh menyebabkan wanita itu lebih emo dan rasa sedih tanpa sebab.

Mari kita lihat 7 benda yang boleh menyebabkan wanita asyik rasa sedih atau emo semasa hamil:

#1 Melasma dan jerawat

Melasma adalah salah satu masalah kulit yang paling biasa semasa mengandung dan ia juga dikenali sebagai topeng kehamilan.

Ia disebabkan oleh peningkatan paras estrogen yang menggalakkan melanin yang berlebihan.

Tanda melasma adalah kesan kulit yang gelap dan biasanya muncul di bahagian hidung, atas bibir, dahi, dan pipi. Ini boleh menyebabkan wanita itu rasa tidak cantik serta mengurangkan keyakinan diri seorang wanita.

Tapi jangan bersedih. Keadaan ini biasanya hilang selepas kehamilan. Tanya doktor anda untuk produk kecantikan selamat yang boleh membantu anda merawatnya.

#2 Tidak dapat makan makanan kegemaran

Tidak boleh makan sashimi. Tidak boleh makan keju lembut. Kena kurang makan durian. Kena kurang minum kopi. SEDIHNYA! Hmmm….

Artikel berkaitan: 5 Makanan Mengejutkan Yang Patut Dielakkan Apabila Hamil

#3 “Saya tak dapat lihat kaki saya? Saya rasa sangat kekok!!!”

“Bang, kuku kaki saya kotor tak?” “Bang, boleh tolong lap lotion dekat kaki?” “Bang tolong, saya tidak dapat angkat kaki!”

Hmm… mana tak sedih?

#4 Tidak diberi tempat duduk dalam LRT/Bas/Monorel/Komuter

Sumber gambar: Herald Sun

Ini saya pernah alami sendiri. Tak ada seorang pun yang menawarkan tempat duduk mereka. Bukan sedih, tetapi marah sangat! Ramai juga orang yang kurang berhemah!

Artikel berkaitan : 6 Cara Wanita Bolek Elak Insiden Terjatuh Ketika Hamil

#5 Besarnya perut!

Dan awak nak cakap saya nampak gemuk juga kan? Tau takpe…

#6 Kaki tidak muat dalam kasut kegemaran 

Kaki membengkak adalah fenomena biasa bagi ibu yang mengandung. 

Perubahan hormon yang mendadak ketika mengandung boleh menyebabkan kaki ibu rasa kebas dan bengkak sehingga menyukarkan aktiviti harian mereka.

Sesetengah wanita mungkin akan tambah saiz kaki selepas hamil dan tidak boleh muat dalam kasut saiz lama.

#7 Bulan terakhir hamil berlalu dengan lambat dan rasa seperti 10000000 tahun

Kenapa setiap bulan kehamilan rasa sama saja sehingga ke bulan terakhir kehamilan? 

Bila anak nak keluar? Berjalan pun sudah macam penguin. Kenapa bulan ini berlalu dengan sangat lambat?!

Jangan risau, anda hampir ke penghujungnya. Anda akan jumpa anak tersayang tidak lama lagi dan memegangnya dalam dakapanmu.

Masa itu, ianya bukan tangisan sedih lagi tetapi titisan air mata gembira! 

Ala, mana tisu saya tadi…

Sumber: Healthy Mummy dan Vkool

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: 

7 Masalah Kecantikan Selepas Bersalin Dan Cara Penyelesaiannya

The post 7 Benda Yang Buat Anda Rasa Emo Dan Sedih Semasa Hamil. Meluat Betul No.4! appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.

Berapa Usia Yang Terlalu Tua Untuk Seorang Wanita Mengandung?

$
0
0

Ibu pertama kali mengandung pada usia 63 tahun

Baru-baru ini seorang wanita dari Australia selamat melahirkan anaknya pada usia 63 tahun selepas menjalani IVF di luar negara.

Jarang ada wanita yang mengandung kali pertama atau boleh hamil secara normal pada usia ini tanpa pertolongan IVF.

Tetapi wajarkah wanita tunggu sehingga mereka berusia 50-60 tahun untuk hamil? Ataupun dalam lingkungan usia 40 tahun? Apakah risiko-risiko terhadap ibu dan janin?

Sistem pembiakan wanita

Keupayaan seorang wanita untuk mengandung ada hadnya.

Ketika dilahirkan, seorang bayi perempuan sudah mempunyai sekitar 1 – 2 juta telur yang disimpan dalam ovarinya.

Kebanyakkan telur ini akan mati di dalam ovari dan apabila dia baligh, hanya kira-kira 300,000 biji telur sahaja yang tinggal.

Dan cuma kira-kira 500 telur saja yang akan dilepaskan setiap bulan sepanjang pembiakan seorang wanita.

Mana-mana telur yang tinggal juga akan mati secara beransur-ansur sehingga wanita itu putus haid.

Sungguhpun ramai wanita sudah tahu fakta ini, tekanan sosial dan faktor kewangan telah menyebabkan mereka kahwin dan mendirikan rumah tangga dengan lebih lewat.

Ini bermaksud, proses kehamilan juga mungkin agak lambat untuk seseorang isteri.

Risiko mengandung pada usia yang lebih tua

Terdapat beberapa risiko yang terpaksa dihadapi oleh ibu yang hamil pada usia yang agak lanjut. Antaranya ialah:

  • 2 kali lebih risiko untuk mengalami kehamilan pra-eklampsia berbanding dengan wanita mengandung di bawah usia 30 tahun (5% berbanding 2%)
  • risiko kencing manis (5-10 % berbanding dengan 1-2.5%).
  • berkemungkinan tinggi untuk melahirkan anak secara pembedahan caeser
  • risiko kematian semasa mengandung dan ketika melahirkan anak
  • lebih cenderung untuk mengalami komplikasi seperti pendarahan dan darah beku, 6 minggu selepas kelahiran.
  • risiko bayi lahir mati
  • risiko keguguran
  • bayi dilahirkan terlalu awal (sebelum 36 minggu) dan mempunyai berat badan kelahiran yang rendah. Kedua-dua ini boleh menyumbang kepada masalah perkembangan paru-paru, obesiti dan risiko kencing manis apabila mereka dewasa nanti.

Berapakah umur yang selamat untuk hamil?

Walaupun had usia untuk rawatan IVF di Malaysia tidak jelas, namun kebanyakan klinik di Australia tidak akan merawat wanita hamil yang berusia lebih dari 50 tahun. 

Terdapat bukti baru yang menunjukkan kehamilan selepas usia ini akan memberi tekanan tambahan kepada jantung serta saluran darah dan menyebabkan ibu-ibu ini lebih cenderung mengalami strok nanti.

Selain itu, peluang untuk hamil setiap bulan (tanpa IVF) pada usia 30, adalah kira-kira 20% saja. Pada usia 40 pula, peluang untuk hamil hanya sekitar 5% dan akan berkurang setiap tahun.

Menurut pakar, risiko kehamilan paling rendah apabila wanita mengandung dalam lingkungan 20 tahun.

Wanita dalam kumpulan umur ini jarang menghidap masalah kesihatan seperti obesiti dan penyakit kencing manis yang boleh memberi kesan negatif kepada kehamilan.

Apabila wanita semakin tua, kualiti telurnya juga akan menurun. Kualiti telur yang tidak baik boleh menyebabkan masalah genetik dan mengakibatkan keguguran dan kecacatan.

Kesimpulannya, keputusan untuk hamil lebih lambat adalah keputusan yang memberi banyak risiko. Adakah anda sanggup menanggung akibatnya?

Apa pendapat anda?

Sumber: SBS dan WebMD

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: 

Program IVFKasih kos rendah untuk pasangan yang ingin hamil

The post Berapa Usia Yang Terlalu Tua Untuk Seorang Wanita Mengandung? appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.

Wanita Juga Boleh Curang Dengan Pasangan Dan Ini Antara 5 Sebabnya…

$
0
0

Wanita juga boleh curang?

Mungkin kita jarang mendengar berita seorang wanita berlaku curang pada pasangannya. Ini kerana hati wanita ini lain.

Apabila mereka sudah jatuh cinta dengan seseorang, datanglah badai apa sekalipun, hati ini tetap milik lelaki itu.

Tapi, lumrah manusia tak menjanjikan seorang wanita untuk takkan berlaku curang.

wanita curang

Kredit: womensinfidelity.com

Ada juga yang berlaku curang di belakang pasangan. Dan kali ini, kami di theAsianparent akan mengupas mengapa wanita juga boleh berlaku curang dan apakah sebab-sebabnya.

Ini bukan bermakna anda langsung tak boleh mempercayai pasangan yang curang, tapi belajarlah daripada kesilapan dan mari kukuhkan lagi ikatan cinta dalam perkahwinan.

5 sebab mengapa wanita curang dan menipu pasangan

1. Jarak jauh dengan pasangan

Tipulah andai anda kata jarak di antara anda dan pasangan tak jadi satu batu penghalang. Siapa yang tak rindu suami apabila berjauhan?

wanita curang

Lebih-lebih pula kalau pasangan itu berjauhan kerana sibuk bekerja. Pekerjaan yang mengkehendaki pasangan berada jauh dari rumah akan jadi satu masalah dalam hubungan.

Bila makin berjauhan, siapa dapat mengagak cinta dalam hati ini tak boleh berubah?

Bagaimana kalau tiba-tiba ada “orang” yang sengaja datang ingin mengganggu perkahwinan dan mengisi kekosongan?

Apapun, cinta antara pasangan dan anda kena selalu dipupuk untuk kekal marak dan bahagia.

2. Balas dendam!

Kadang-kadang, suami yang berlaku curang di belakang isteri dulu. Bila sudah kantoi, balas dendam dengan cara yang sama mungkin jadi pilihan si isteri.

wanita curang

Ini sebab mereka mahu suami tahu betapa sakitnya hati dicurangai dan apa rasanya…

Mungkin alasan balas dendam boleh meredakan kemarahan, tapi itu juga sebenarnya tanda-tanda hubungan perkahwinan kalian sudah mula ada masalah.

3. Melakukan sesuatu yang “terlarang”

Lumrah manusia suka melakukan sesuatu yang dilarang. Lagi perbuatan tersebut mendatangkan kemudaratan, lagi kita nak buat.

wanita curang

Curang atau menipu pasangan salah satu perbuatan yang tak sihat dalam perkahwinan, namun ia tetap terjadi. 

Kadang-kadang ia sebab faktor luaran seperti ada teman sekerja yang datang mengganggu. Atau pasangan yang curang itu sendiri yang “sengaja” ingin merasa buat sesuatu yang salah.

4. Seks, namun bukan untuk suka-suka saja!

Jangan ingat semua pasangan berkahwin puas ketika di ranjang. Ada pelbagai faktor yang boleh menyumbang kenapa rasa puas ini tak berjaya dicapai.

wanita curang

Apabila nafsu tak dipenuhi, mulalah berlaku sesuatu yang tak diingini.

Lelaki biasanya akan curang kerana rasa diri tak dihargai sepenuhnya. Manakala, wanita pula didapati berlaku curang kerana keperluan seks mereka tak dipenuhi secukupnya.

Hubungan imtim yang “kurang” antara pasangan boleh jadi satu racun yang berbisa!

5. Mahukan perhatian

Umum tahu yang wanita memang gemar akan perhatian. Selagi anda tak beri mereka perhatian yang diingini, selagi itulah mereka akan menuntutnya.

wanita curang

Tapi, tak semua wanita nak sangat perhatian sampai sanggup melakukan pelbagai perkara. Cukuplah dengan hanya mendengar luahan hati dan masalahnya.

Namun, apabila mereka merasakan pasangan mengabaikan mereka, tak mahu lagi dengan luahan hati dan sebagainya, mereka mula rasa tak dihormati.

Setiap hubungan berbeza-beza. Akan tetapi, apa yang pasti, setiap pasangan perlu mengeluarkan usaha untuk menyokong dan memahami pasangan masing-masing.

Barulah terciptanya satu “ikatan” unik. Tapi, kalau ia tak dicapai, hubungan anda mungkin boleh berada dalam bahaya.

Apa pendapat anda? Mungkinkah ada sebab-sebab lain lagi yang boleh menjadi punca dan faktor kenapa sesetengah perkahwinan tak dapat diselamatkan kerana pasangan curang?

Kongsikan dengan kami. Kami ingin mendalaminya dengan lebih lanjut.

Sumber rujukan: theAsianparent Singapore

Kredit gambar: AskMen

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Kenapa Lelaki Suka Curang Walaupun Sudah Berkahwin?

 

The post Wanita Juga Boleh Curang Dengan Pasangan Dan Ini Antara 5 Sebabnya… appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.

Viewing all 4975 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>