Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all 4977 articles
Browse latest View live

Teknik 5S Untuk Hentikan Bayi Anda Menangis Dengan Segera

$
0
0

Jika anda merupakan seorang ibu atau ayah yang tidak cukup tidur akibat bayi yang tidak henti-henti menangis di waktu malam, anda pasti lega setelah membaca artikel teknik 5S yang mengajar cara hentikan bayi menangis dengan segera ini.

Teknik 5S Untuk Hentikan Bayi Menangis

Teknik 5S adalah satu teknik praktikal yang diperkenalkan oleh pakar pediatrik terkenal serta pengarang buku, Dr. Harvey Karp.

Teknik ini berkesan kerana ia memfokuskan kepada cara meniru pergerakan serta bunyi yang boleh didengari oleh bayi ketika mereka berada dalam rahim ibu.

Bayi sebenarnya sudah biasa dengan keadaan sempit dan pelbagai bunyi bising ketika berada dalam kandungan ibunya selama 9 bulan.

Menurut Dr. Karp, inilah sebabnya mengapa bayi mudah untuk meragam apabila diletakkan di dalam bilik yang terlampau sunyi sambil tangan dan kakinya bebas bergerak.

Dengan teknik 5S yang diajar oleh Dr. Karp, ia mencipta semula senario dalam rahim ibu yang cukup selesa bagi bayi anda.

5S tersebut adalah Swaddling (membendung), Stomach/Side Position (berbaring secara meniarap/mengiring), Shush (membuat bunyi bising putih/white noise) , Swing (membuai) dan Suck (menghisap).

Kelima-lima langkah ini perlu dilakukan secara berturut-turut supaya anda boleh menghentikan tangisan dan rengekan si kecil anda dengan segera dan mudah.

1. Swaddling (Membendung)

cara henti bayi menangis

Sumber: The Asian Parent Singapore

Teknik “S” yang pertama adalah swaddling, atau membendung. Melalui cara ini, kita membalut bayi dengan selimut nipis dan memastikan tangannya berada di sisi badannya dan dibalut kemas.

Adalah penting untuk membendung dengan cara yang betul dan melakukannya sebelum waktu tidur.

Cara bendung yang betul membolehkan si kecil anda menggerakkan kakinya dan pada masa yang sama, mengelakkan tangannya daripada bergerak bebas.

Bayi yang telah dibendung juga perlu dibaringkan secara menelentang. Balutannya juga perlu kemas dan ketat kerana selimut yang dibalut longgar mudah tercabut dan meninggikan risiko lemas.

2. Stomach/Side Position (Berbaring secara meniarap atau mengiring)

cara hentikan bayi menangis - baring

Sumber: The Asian Parent Singapore

Cara kedua untuk hentikan bayi menangis dengan segera adalah membaringkan si kecil anda secara meniarap atau mengiring.

Kemudian, anda juga turut menepuk dengan lembut bahagian belakang atau sisinya.

Yang paling penting ketika melakukan teknik “S” yang kedua ini adalah anda tidak boleh meninggalkan bayi anda tidur bersendirian.

Ia dikhuatiri yang posisi tidur sebegini boleh menyebabkan kepalanya tersembam di atas tilam dan mengakibatkan SIDS (kematian bayi secara tiba-tiba) akibat sukar bernafas dan lemas.

3. Shush (Membuat bunyi “shusshhh”)

cara buat bayi henti menangis - white noise

Sumber: Parents.com

Jika anda sudah mencuba teknik “S” pertama dan kedua tetapi si kecil anda masih lagi menangis, mulakan teknik yang ketiga ini – membuat bunyi “shuuusshhhh“.

Ramai ibu bapa tidak tahu bilik yang terlalu sunyi atau senyap tidak akan dapat menenangkan bayi yang sedang merengek.

Mereka sudah biasa dengan bunyi bising ketika berada di dalam rahim ibu. Jadi untuk menghentikan bayi anda daripada menangis, anda perlu membuat white noise, atau bunyi bising putih.

Buat bunyi “shuushhh” di telinga bayi anda dengan kuat ketika dia menangis dan perlahankan suara anda apabila dia mula tenang. Teruskan membuat bunyi ini sehingga anak anda terlena.

4. Swing (Membuai)

cara hentikan bayi menangis - white noise

Sumber: The Asian Parent Singapore

Mendukung dan membuai bayi anda juga adalah antara teknik terbaik untuk hentikan bayi menangis dengan segera.

Dukung si kecil anda dan gerakkan badan anda ke depan dan belakang, atau ke kiri dan ke kanan, dengan perlahan sehinggalah bayi anda tenang dan tertidur.

Anda juga turut boleh membuat bunyi “shuushh” sambil membuaikan si kecil anda.

5. Suck (Menghisap)

cara hentikan bayi menangis - menghisap

Sumber: Babymall.my

Lagi satu kaedah untuk menghentikan tangisan bayi anda adalah dengan memberikan puting (pacifier) atau membiarkannya menghisap jari

Sebenarnya, menghisap puting atau jari adalah satu cara bayi untuk menenangkan dirinya.

Pergerakan mulutnya ketika menghisap dapat memberikan rasa selesa dan seterusnya menghentikan tangisan.

Malah, ia turut menggalakan bayi anda untuk tidur lena.

Jadi, apabila anak kecil anda tidak henti-henti menangis, cuba 5 teknik di atas secara berturut-turut. Salah satu daripadanya pasti dapat menenangkan si kecil anda itu!

Sumber: The Asian Parent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Trik Bapa Ini Menghentikan Bayinya Dari Menangis Menarik Perhatian Ramai

The post Teknik 5S Untuk Hentikan Bayi Anda Menangis Dengan Segera appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.


Bau Bayi Baru Lahir Boleh Buat Ibu Lebih Gembira Dan Ketagih Macam Dadah

$
0
0

Bau bayi baru lahir

Perasan tak bagaimana bau bayi baru lahir sungguh sedap dan menenangkan?

Lagipun, wanita mana yang tak suka bau bayi baru lahir? Kewangian yang terserlah dari bayi baru lahir itu sungguh sedap!

Walaupun bau tersebut boleh hilang selepas 6 minggu kelahiran, namun ibu bapa masih boleh membaunya pada baju dan rambut si manja.

Yang paling menggemparkan, kajian baru-baru ini mendapati bau bayi baru lahir boleh buat ketagihan, sama seperti dadah!

bau bayi baru lahir

Menurut penyelidikan di University of Montreal itu, bau bayi baru lahir amat kuat hingga ia boleh mencetuskan perasaan puas dalam otak orang dewasa.

Cetusan itu sama seperti penagih yang mengambil dadah atau penggemar makanan yang makan makanan kegemarannya.

Ini kerana bau tersebut “menembusi” otak manusia, tidak serupa seperti bau-bau lain.

Dan yang lebih penting, walaupun tiada bayi baru lahir depan seseorang ibu, wanita itu tetap boleh mencium bau tersebut!

Ia dikenali sebagai chemistry antara ibu dan anak.

Apa ada dalam bau bayi baru lahir?

Menurut Dr. Johannes Frasnelli, kandungan molukel dalam wangian bayi baru lahir masih belum dapat dikenalpasti.

Namun, saintis percaya molukel wangian tersebut terdiri daripada cecair amniotik dan bahan putih yang melindungi janin dalam kandungan.

bau bayi baru lahir

Walaupun bayi baru lahir dicuci oleh jururawat, namun molukel tersebut boleh bertahan selama 6 minggu. Ia melekat di kulit dan rambut si manja.

Wangian bayi baru lahir buat ibu bapa lebih gembira

Wangian bayi ini juga dapat mencetuskan kegembiraan dan rasa puas pada ibu bapa. Maka, saintis ingin mengetahui bagaimana ia terjadi.

30 wanita dan ibu (ada bukan ibu juga) diambil sebagai subjek kajian. Bau bayi baru lahir yang melekat di baju tidur si bayi juga diambil. 

Di bawah imbasan fMRI, bau tersebut dilepaskan secara berasingan. Saintis juga memberi wanita-wanita ini menghidu bau udara dan bau ketiga yang tak diketahui.

Subjek kajian mendedahkan bau bayi baru lahir adalah “lebih sedap dan menggembirakan“. Lalu, pengkaji melihat reaksi otak mereka.

Imbasan otak mendapati sistem dalam minda semua wanita itu “sedikit berbeza” selepas menghidu bau bayi baru lahir.

Sebab itu Dr. Frasnelli mendedahkan mengapa ibu bapa baru excited apabila menerima bayi baru

Ini kerana hormon endorfin dan dopamin telah dilepaskan oleh otak. Kedua-dua hormon ini adalah hormon “gembira” yang buat seseorang berasa puas.

Ha… sekarang terjawablah persoalan kita semua kenapa bau si manja ini amat sedap dan boleh buat kita seolah-olah ketagih!

Rupa-rupanya ia memberi kesan pada otak orang dewasa, terumatanya pada ibu bapa baru.

Semoga perkongsian ini menghiburkan. Jom pergi gomol si manja puas-puas sebelum bau itu lesap nanti!

Sumber rujukan: Baby Awesome Team dan Global News

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

9 Fakta Menarik Tentang Bayi Perempuan Yang Akan Buat Anda Terkejut!

 

 

The post Bau Bayi Baru Lahir Boleh Buat Ibu Lebih Gembira Dan Ketagih Macam Dadah appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.

Adakah Anda Akan Terus Minum Air Ini Jika Ia Boleh Sebabkan Kanser?

$
0
0

Minuman penyebab kanser

Siapa sahaja yang tidak kenal air ‘bubble tea‘ yang menjadi kegilaan ramai?

Di dalam pusat membeli belah, di barisan kedai malah gerai bergerak pasti ada terjual minuman ini.

Tapi, pernahkah anda tertanya-tanya sama ada ia selamat untuk diminum/makan atau tidak?

Hasil kajian baru-baru ini menunjukkan bukti yang bertentangan! Air bubble tea mungkin boleh menyebabkan kanser.

Bubble tea merupakan minuman yang sangat popular di Asia dan baru-baru ini telah tersebar ke Eropah.

Apabila pengkaji Jerman menerbitkan kajian tentang bebola ubi (biji bubble) yang berasal dari Taiwan ini mengandungi bahan kimia karsinogenik; mereka secara tidak sengaja telah menuduh Taiwan tidak menguji kualiti produk mereka.

Walaubagaimanapun, produk ini telah diuji secara individual oleh Taiwan dan Singapura dengan keputusan yang ‘pearl’ tersebut selamat dimakan. 

Jadi, adakah anda masih akan minum ‘bubble tea’ setelah mengetahui fakta ini?

‘Bubble tea’ mungkin tidak selamat untuk diminum

Bubble tea telah jadi sungguh popular hingga dimasukkan ke dalam menu McCafe yang terbaru.

Walaubagaimanapun, apabila ‘bubble’ yang diimport dari Taiwan ini diuji sekali lagi; banyak amaran kesihatan telah dikeluarkan memberitahu orang ramai untuk tidak meminum minuman ini.

Bahan kimia yang tidak patut ada di dalam makanan

Laman sesawang Huffington Post telah melaporkan yang para pengkaji Jerman di University Hospital Aachen, menyatakan yang mereka telah menjumpai kesan bahan kimia penyebab kanser di dalam bebola ini.

Para saintis telah menemui polychlorinated biphenyls atau PCBs seperti styrene, acetophenone, dan brominated, bahan kimia yang tidak patut ada di dalam makanan.

Bebola ubi itu telah diambil dari sebuah cawangan yang tidak dinamakan di Jerman.

Tidak jelas sama ada ini adalah kes terperinci atau semua bebola dari Taiwan mempunyai isu yang sama.

Huffington Post juga menyatakan PCB selalunya dijumpai dalam barang elektrik seperti lampu kalamantang yang memang dikenali sebagai penyebab kanser dan masalah terhadap sistem imun, sistem reproduktif dan sistem saraf.

Laporan ini telah menyebabkan amaran kesihatan dikeluarkan selepas amaran bahaya tercekik pada kanak-kanak sebelum ini.

Bahaya makan PCBs

Seperti yang dinyatakan di atas, PCBs adalah bahan kimia penyebab kanser di dalam bebola ubi. 

Menurut Universiti Queensland, PCBs boleh menyebabkan kesan teruk kepada pesakit asma.

Wanita yang terdedah kepada PCB sebelum atau semasa hamil boleh melahirkan bayi dengan masalah kesihatan termasuklah masalah IQ yang rendah dan memori yang teruk.

Bayi yang lahir selepas terdedah kepada PCBs juga mempunyai berat yang ringan berbanding bayi lain. Bayi-bayi ini mempunyai saiz kepala yang lebih kecil.

Kebanyakkan kesan PCBs adalah terhadap kanak-kanak

Kanak-kanak yang  terdedah kepada PCBs di usia muda akan mempunyai reaksi terhadap suntikan imunisasi.

Pendedahan jangka masa panjang akan menyebabkan pengumpulan di dalam lemak badan, kerana tidak seperti bahan kimia yang larut air, PCBs tidak keluar dari badan.

Lebih menggerunkan, PCBs boleh dipindahkan dari ibu kepada anak mereka melalui penyusuan ibu.

Jadi, ‘bubble tea’ = kanser atau tidak?

Pengeluar “bubble” Taiwan mengumumkan bahan-bahan yang digunakan dalam pembuatan pearl ini menepati undang-undang dan standard pemakanan Jerman, membuatkan ia selamat untuk dimakan

Ini telah mencantas kenyataan penggunaan bahan kimia penyebab kanser dalam produk terbabit.

Laporan yang telah dilaporkan oleh Huffington Post menyebut secara terperinci ‘pearl’ yang diuji adalah diimport dari Taiwan.

Publisiti buruk ini telah merosakkan perniagaan ‘bubble tea’ di Berlin. 

Bebola ubi ini menggemukkan

Ubi sebenarnya tidak mengandungi lemak, tetapi kalori kosong dan kanji di dalam ‘pearl’ berkait rapat dengan kenaikan berat badan jika individu tidak membakar kalori. 

Satu auns ‘pearl’ mempunyai 100 kalori. Jika anda menambah kalori ‘pearl’ bersama minuman yang anda ambil, ia menjadi satu minuman yang penuh lemak.

Satu cawan air ‘bubble tea’ akan memerlukan anda untuk berjogging selama 12 minit atau berbasikal selama 40 minit.

Sumber: theAsianParent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

10 Minuman Yang Patut Dijauhkan Dari Anak Anda

The post Adakah Anda Akan Terus Minum Air Ini Jika Ia Boleh Sebabkan Kanser? appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.

Rupanya Ini 4 Sebab Kenapa Anda Selalu Tiada Mood (Atau Ada) Untuk Seks…

$
0
0

Mood untuk berhubungan intim dengan pasangan

Jangan tak tahu, sebenarnya ada sebab kenapa anda selalu rasa tiada mood atau ada mood untuk berhubungan seks bersama pasangan.

Mood ini dicetuskan oleh dorongan seksual. Dorongan seksual atau libido, adalah satu perkara yang sukar untuk diukur.

Ia amat subjektif dan berbeza-beza antara individu.

Akan tetapi, sains telah membantu kita untuk mengenalpasti bila seseorang individu ada mood atau tidak untuk melakukan seks!

Apa yang menjejaskan mood ini? Apa yang boleh dipelajari daripada isu ini?

Jom kita semak apa penemuan yang boleh membantu anda mengenali tubuh dan seksualiti diri anda sendiri:

#1 Kitaran haid dan hormon

NCBI menjelaskan keinginan seksual anda dipengaruhi oleh hormon. Hormon ini juga yang ada dalam kitaran haid seorang wanita. 

Ia adalah hormon estrogen dan progesteron

Anda mungkin boleh perasan yang keinginan seksual anda akan membuak-buak beberapa hari sebelum ovulasi

Kemudian selepas ovulasi tamat, mood ini akan turun dengan sendirinya.

Kredit: Natural Cycle

Mood untuk hubungan seks juga boleh terjejas kerana menopaus dan menyusu badan. Ini kerana perubahan hormon yang dialami badan.

Ketika menopaus, estrogen akan menurun dan buat anda rasa tiada mood langsung nak berintiman.

Malah ketika mengandung juga, ramai wanita berasa stress dan kepenatan, hingga tiada mood untuk berhubungan intim.

#2 Masalah fizikal

Menurut Mayo Clinic, keinginan untuk melakukan seks juga boleh dipengaruhi dari masalah fizikal dan pengambilan ubat-ubatan.

Mood anda untuk bersenggama mungkin tiada jika anda mengalami:

  • Kesakitan ketika hubungan seks
  • Masalah perubatan seperti ada penyakit arthritis, kanser, kencing manis, tekanan darah tinggi dan lain-lain
  • Pengambilan ubat anti-depresi atau anti-sawan yang boleh memotong libido
  • Pembedahan – terutamanya di kawasan kemaluan. Ia boleh menjejaskan gambaran badan dan mengurangkan keinginan 
  • Keletihan

#3 Habit gaya hidup

Pengambilan minuman beralkohol yang terlalu banyak juga boleh menjejaskan keinginan seks.

Kredit: Dokteronline.com

Akan tetapi, habit gaya hidup yang tak sihat bukan setakat minum minuman beralkohol saja.

Penat dan kurang tidur juga boleh jadi punca kenapa anda selalu tiada mood. Dapatkan rehat yang mencukupi agar anda lebih bertenaga dan positif.

Merokok dan paparan imej gambar yang salah turut boleh “memotong” mood untuk berasmara!

Tidak dilupa masalah kurang keyakinan diri dan komunikasi yang tak jelas antara pasangan.

Habit ini boleh menyebabkan pasangan hilang kepercayaan antara satu sama lain dan memotong keinginan seksual mereka.

#4 Kesihatan mental

Anda tak sepatutnya menganggap kesihatan mental sebagai satu benda remeh. 

Kajian baru-baru ini mendedahkan kesihatan mental individu boleh terjejas bukan hanya menerusi stress, tapi juga boleh disebabkan oleh kerunsingan dan depresi.

Sebab itu kesihatan mental anda amat penting dan harus sentiasa dijaga. Lebih sihat minda anda, lebih menarik aksi di kamar tidur.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda.

Anda ada perasan waktu-waktu tertentu lain di mana mood untuk seks anda terus tiada atau kurang? Apa pengalaman anda sendiri?

Sumber rujukan: Natural Cycles, Mayo Clinic dan US National Library of Medicine 

Kredit gambar: TheHealthSite.com

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Sebenarnya, Berapa Lama Aksi Di Ranjang Yang Normal Untuk Suami Isteri?

 

The post Rupanya Ini 4 Sebab Kenapa Anda Selalu Tiada Mood (Atau Ada) Untuk Seks… appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.

Isteri Cemburu Ini Bunuh Dan Ratah Makan Wanita Yang Goda Suaminya

$
0
0

Pasangan yang makan orang atau kanibal

Cemburu membawa padah. Seorang isteri dengan agresif membunuh dan meratah makan daging wanita yang cuba menggoda suaminya!

Semuanya bermula begini.

Awal bulan lalu, satu dunia digemparkan dengan berita sepasang suami isteri Rusia mengamalkan aktiviti memakan manusia lain, atau kanibalisme.

Suami isteri itu, Natalia dan Dmitry Baksheeva telah makan daging manusia lain sejak tahun 1999 dan memakan hampir 30 mangsa!

Amalan kejam lagi pelik yang diamalkan mereka itu terbongkar apabila polis menemui sebuah telefon bimbit dengan gambar yang mengerikan.

Gambar itu menunjukkan kepala seorang lelaki dan pelbagai anggota badan lain dalam mulutnya.

makan orang

Kredit: EAST2WEST NEWS

Mangsa terakhir yang berjaya dikenalpasti selepas polis menyerbu rumah pasangan suami isteri itu adalah seorang pelayan wanita, Elena Vashrusheva.

Wanita inilah yang dimakan oleh isteri cemburu tersebut!

Ngeri, kan?

Pasangan suami isteri yang amat mencintai satu sama lain

Menurut The Sun, pihak polis telah menemui pelbagai anggota badan manusia yang disimpan dalam jar jeruk, peti ais dan freezer

Jar jeruk terakhir dalam peti ais memiliki jari-jemari Elena, pelayan malang itu.

Elena dikatakan sedang beramah mesra dan minum alkohol bersama Natalia dan Dmitry.

Tiba-tiba, Natalia menyerang dan membunuh Elena. Dia dan suami kemudiannya makan dan menyimpan Elena.

makan orang

Inilah Elena, mangsa terakhir pasangan yang makan orang

Yang lebih menggemparkan, pasangan ini sebenarnya duduk di sebuah kuaters ketenteraan.

Namun, tiada sesiapa sedar akan perbuatan yang pasangan kanibal ini buat. Tiada siapa pernah masuk ke dalam rumah mereka. 

Setiap kali ada cubaan untuk masuk, Natalia akan berlakon seperti “terganggu” hingga menangis dan menjerit.

makan orang

Inilah Natalia Baksheeva Kredit: EAST2WEST NEWS

Ramai tentera di kuaters itu takut dengan Natalia.

IBT juga melaporkan Natalia yang bekerja sebagai seorang jururawat itu turut menjual daging manusia yang dibunuh.

Daging itu dijual di restauran temparan atau dimasukkan ke dalam pie yang dimasak Natalia.

Dmitry bekerja sebagai penyapu sampah di kuaters terbabit.

makan orang

Dmitri bergaya dengan tukul dan sabit
Kredit: EAST2WEST NEWS

Pihak Kementerian Rusia amat malu dan kesal dengan kes ini, kerana tidak menyedari “perbuatan” yang diamalkan pekerja dalam kuaters bawah jagaannya.

Selepas ditahan, Natalia dan Dmitry tidak dibenarkan duduk sekali. Namun, Dmitry merayu-rayu meminta agar dia dibenarkan jumpa Natalia.

Dia dikatakan “tidak dapat hidup” tanpa Natalia, kerana isterinya itu adalah pasangan dominan.

Atas nama cinta

Nampaknya definisi cinta benar-benar boleh membutakan mata.

Akhbar dan media menggelar pasangan ini sebagai “pasangan kanibal”. 

Penyiasat percaya mereka memengsankan mangsa dengan sedatif. Kemudian, pasangan kanibal ini menyiat kulit mangsa hidup-hidup.

Mereka akan makan, membekukan daging atau menyimpan ia dalam jar bersama-sama saline solution

Aneh lagi menyeramkan. Janganlah cemburu dan cinta kita dibawa hingga segila ini ya…

Sumber rujukan: The Sun dan IBT 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Suami Sembelih Isteri Dan Bakar Diri Sendiri Lepas Pos Gambar Kahwin Di Facebook

 

 

 

 

The post Isteri Cemburu Ini Bunuh Dan Ratah Makan Wanita Yang Goda Suaminya appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.

Ramuan Rahsia Ini Buat Rambut Anda Cepat Panjang & Lebat Dalam Masa 2 Hari!

$
0
0

Rahsia rambut cepat panjang dan lebat

Siapa tak mahu rambut ikal mayang yang panjang lagi lebat? Sudahlah hitam bersinar pula itu.

Bila rambut dikibas-kibaskan, terasa macam pelakon filem Hindustan pula! Hehe.

Tapi, bermacam-macam cara cuba pun, susah juga rambut nak panjang, lebat dan sihat.

Hmm… Sekarang tak payah susah-susah cuba lagi. Kami di theAsianparent menerbangkan ramuan rahsia khas dari India untuk anda!

Ia dikongsi oleh Prachi, seorang vlogger terkenal dari Super Wow Style. Menurut Prachi, petua rahsia ini datang daripada keturunan keluarganya sendiri.

Ha… jangan main-main tau! Ini rahsia turun temurun. 

Menurut Prachi, campuran beberapa ramuan semulajadi boleh buat rambut anda 30-40% lebih panjang daripada sebelumnya.

Malah, Prachi juga suruh anda ambil gambar sebelum dan selepas untuk melihat keberkesanannya!

Untuk lebih mudah memahami apa rahsia ramuan itu, lihat video di bawah:

Apa ramuan khas untuk bagi rambut cepat panjang?

Apa yang anda perlukan untuk buat ramuan khas ini adalah minyak kelapa, minyak kastor, vitamin E, daun lidah buaya dan dua mangkuk (satu kecil dan besar).

Mula-mula, potong daun lidah buaya dan keluarkan gelnya. Kemudian, sapukan daun tersebut di kulit kepala.

Urut kulit kepala perlahan-lahan dan sama rata.

Selepas itu, ambil mangkuk kecil dan masukkan ramuan minyak tadi. Letak satu sudu kecil minyak kastor dan 2 sudu kecil mintak kelapa.

Picit Vitamin E yang boleh diambil dari serum rambut dan masukkan dalam mangkuk.

Ambil mangkuk besar dan masukkan air panas. Letakkan mangkuk kecil berisi minyak itu di atas mangkuk besar. Jangan letak ia atas api, kerana minyak itu boleh terbakar.

Selepas 5 minit, pakai campuran 3 minyak itu ke kepala. 

Urut kulit kepala anda selama 2 hingga 3 minit. Ia penting untuk pengaliran darah bagi mempercepatkan rambut untuk tumbuh.

rambut cepat panjang

Selepas selesai, ikat rambut tersebut dalam kain tuala dan tidur. 

Basuh rambut anda keesokan paginya. Rambut akan mula nampak perubahan dalam masa 2-3 hari. Cubalah!

Berkesan ke? Rambut cepat panjang dan lebat?

Selepas berkongsi petua ini di halaman Youtube miliknya, ramai penonton mencubanya! Rata-rata yang mencuba mengatakan ia berkesan.

Salah seorang rambut pencuba naik hingga 5 inci selepas 3 bulan! Ada juga yang menunjukkan kesan dalam masa sehari!

Rahsianya? Sapukan ramuan minyak tersebut 2x seminggu. 

Apa pandangan anda? Nak cuba tak? 

Sumber rujukan dan gambar: Pop Sugar

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

13 Bukti Hubungan Seks Buat Wanita Makin Cantik

 

The post Ramuan Rahsia Ini Buat Rambut Anda Cepat Panjang & Lebat Dalam Masa 2 Hari! appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.

10 Tip Dan Cara Mengajar Anak Tentang Hemah Tinggi Dari Kecil

$
0
0

Apa itu hemah tinggi?

Hemah tinggi adalah tingkah laku mulia, lemah lembut serta berbudi bahasa yang patut diamalkan oleh semua individu apabila berhubung dengan masyarakat yang lain.

Sebagai ibu bapa, kita bertanggungjawab untuk mendidik anak supaya mereka membesar menjadi orang yang berhemah.

Adalah menjadi harapan setiap ibu bapa, satu hari nanti anak mereka jadi orang dewasa yang baik, jujur, bersimpati, dan berani.

Walaubagaimanapun, sikap hemah tinggi tidak wujud secara semulajadi dalam diri setiap orang.

Didikan dari kecil, oleh ibu bapa tentang kepentingan nilai-nilai ini adalah kunci kejayaan.

Antara benda yang wajib anda ajar anak-anak agar mereka membesar dengan hemah tinggi adalah:

#1 Hormati semua orang tanpa mengira jantina

Sikap hemah tinggi tidak mengenal bangsa dan jantina. Illustrasi oleh Astkhik Rakimova

Menghormati orang lain adalah ciri-ciri penting yang anak harus ada, termasuk menghormati rakan sebaya tanpa mengira jantina.

#2 Jangan takut buat kesalahan

Ibu bapa juga boleh menunjuk sikap hemah tinggi dengan tidak cepat marah apabila anak membuat kesalahanIllustrasi oleh Astkhik Rakimova

Belajar dari kesilapan adalah ciri yang jarang diajar hari ini. Adalah penting untuk belajar dari kegagalan sendiri supaya ia tidak akan diulangi lagi. 

#3 Pengetahuan lebih penting dari markah yang tinggi

Kadang-kadang ibu bapa jadi marah apabila anak balik dengan markah peperiksaan yang tidak memenuhi harapan mereka.

Walaubagaimanapun, markah yang baik tidak selalu menunjukkan pengetahuan dan pemahaman yang baik.

#4 Ibu bapa bukan musuh, anak boleh minta bantuan pada bila-bila masa

Menjadi kawan kepada anak bukan perkara yang mudah, apabila ibu bapa juga perlu tegakkan disiplin pada anak-anak.

Mereka juga mempunyai rakan sendiri, jadi jangan paksa mereka jadi kawan anda jika mereka tidak mahu. 

Sebaliknya tunjukkan yang anda boleh dipercayai, dan anda bersedia menolong mereka jika mereka memerlukannya.

#5 Bersedia untuk mempertahankan harga diri

Sesetengah ibu bapa lebih menghormati pendapat guru atau orang lain dari anak sendiri.

Ini menyebabkan anak-anak rasa tidak puas hati dan tidak berupaya untuk mempertahankan diri sendiri

Jelaskan kepada anak yang tak salah untuk mempertahankan pandangan seseorang dengan cara yang baik dan sopan jika perlu.

#6 Jangan lakukan sesuatu yang anda tidak suka sebab disuruh rakan

Kanak-kanak selalu ingin jadi popular dan akan melakukan apa sahaja untuk rasa diterima di kalangan rakan sebaya.

Berikan contoh peribadi anda untuk menunjukkan anak orang yang jujur dan ikhlas lebih berharga daripada kawan-kawan yang memaksa mereka untuk menentang pendirian sendiri.

#7 Jika tak faham, jangan takut untuk bertanya

Adalah perkara biasa untuk bertanya soalan apabila anda tidak faham

Dan lebih baik bertanya daripada berpura-pura memahami segala-galanya. Masa kanak-kanak adalah masa terbaik untuk menimba ilmu.

#8 Jangan takut beritahu cikgu kalau anda tidak rasa sihat

Kanak-kanak tidak perlu takut untuk memberitahu cikgunya mengenai isu kesihatan.

Kesihatan adalah lebih penting daripada pencapaian yang bagus atau memikirkan adakah cikgu akan marah. 

#9 Hormati alam sekitar

Kita seringkali mengadu jalan kotor dan taman bunga yang dirosakkan.

Sikap hormat pada alam sekitar perlu bermula di rumah. Ia perlu bermula dengan ibu bapa supaya anak-anak akan belajar ciri yang baik ini.

#10 Belajar untuk katakan TIDAK

Ajar anak anda untuk mengatakan “tidak” kepada orang dewasa apabila mereka rasa tidak selesa.

Ini bukan untuk mengajar anak supaya tidak menghormati orang dewasa, tetapi untuk menjaga keselamatan diri mereka.

Ibu bapa perlu membina harga diri anak yang kuat, supaya mereka tidak menjadi orang yang hanya mematuhi sebarang arahan. Keupayaan untuk mengatakan “tidak” boleh mengurangkan risiko grooming oleh pemangsa seks.

Sumber: Astkhik Rakimova untuk Brightside

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

10 Makanan Superfood Untuk Jaga Power Mata Anak

The post 10 Tip Dan Cara Mengajar Anak Tentang Hemah Tinggi Dari Kecil appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.

10 Kuasa Luar Biasa Yang Hebat Dan Hanya Ada Pada Bayi!

$
0
0

Bayi sebenarnya ada kuasa luar biasa, tau!

Bayi sungguh menakjubkan, bukan?

Hanya dengan melihat dan memegang mereka sudah cukup membuatkan kita rasa gembira dan terhibur.

Perasaan yang mereka beri hanya boleh dijelaskan jika anda sendiri berdepan dengan seorang bayi.

Tahukah anda, bayi sebenarnya mempunyai ‘kuasa luar biasa’ yang hanya mereka saja ada?

Ha… jom ikuti perkongsian dari Brightside ini tentang 10 kuasa luar biasa yang hanya ada pada bayi;

1. Mereka tidak menangis

Foto ehsan Wikimedia

Jangan pelik, tapi ini benar. Kita selalu dengar mereka menangis, tapi sebenarnya mereka hanya merengus dan menjerit.

Saluran air mata mereka tertutup jadi mereke tidak boleh mengeluarkan air mata.

2. Mereka rasa lebih baik jika dalam air

Foto ehsan Pixabay

Ini dipanggil refleks menyelam

Ia akan hilang apabila bayi berusia lebih kurang 6 bulan. Apabila bayi direndam dalam air, mereka secara semulajadi menahan nafas kemudian kaki dan tangan mereka mula membuat gerakan berenang.

3. Mereka boleh menelan dan minum pada masa yang sama

Foto ehsan pixabay

Bayi mempunyai pharynx yang lebih tinggi dari orang dewasa.

Jadi, apabila mereka menelan, laluan ke saluran pernafasan tidak tertutup oleh epiglotis. Oleh sebab itu, semasa menelan, bayi masih boleh bernafas dengan mudah.

4. Bersin tanpa henti

Saluran nasal pada bayi baru lahir lebih sempit dari orang dewasa.

Jadi, ia perlu dibersihkan dengan lebih kerap. Disebabkan mereka belum mampu menghembus sendiri, bayi mempunyai refleks yang unik. 

Sebab itulah bayi boleh bersin tanpa henti jika hidung mereka tidak selesa.

5. Mudah tertidur

Foto ehsan Health.mil

Ramai yang fikir bayi memerlukan suasana senyap untuk tidur.

Tapi, sebenarnya, anda pasti akan terkejut bagaimana nyenyaknya mereka tidur walaupun dalam keadaan yang sangat bising seperti muzik yang kuat atau bunyi orang bekerja.

6. Mempunyai dialek tersendiri

Para saintis telah menemui yang bayi menangis mengikut dialek negara mereka. Semasa di dalam rahim mereka sudah terbiasa mendengar suara ibu mereka, jadi mereka belajar dari situ!

7. Mereka boleh merangkak walaupun baru lahir

Foto ehsan max pixel

Bayi yang baru lahir sebenarnya boleh merangkak ke payudara ibu mereka. 

Tapi untuk menjayakan ini anda perlu meletakkan mereka di atas perut ibu dulu. Menurut saintis, bayi baru lahir tertarik dengan bau susu ibu.

8. Mereka sangat fleksibel

Foto ehsan Pixabay

Bayi mempunyai lebih banyak tulang berbanding orang dewasa.

Semasa masih kecil, mereka mempunyai lebih kurang 300 tulang yang akan bergabung menjadi semakin sedikit apabila usia meningkat. 

Jadi, sebelum tulang tersebut bergabung, badan mereka sangat fleksibel (ini memudahkan proses kelahiran).

9. Rambut dan warna mata berubah

Foto ehsan Wikimedia

Semakin usia meningkat, rambut bayi boleh berubah. Rambut asal akan gugur untuk memberi ruang kepada rambut baru untuk tumbuh. 

Dari keperangan boleh jadi hitam, dari kerinting boleh jadi lurus atau sebaliknya.

Begitu juga dengan warna mata mereka.

10. Berat boleh naik 3 kali ganda tapi tak gemuk!

Pada usia setahun pertama hidup mereka, bayi akan berkembang dengan sangat cepat.
 
Semasa dalam tempoh ini, berat mereka boleh naik 3 kali ganda. Namun, mereka tak akan jadi gemuk kerana mereka membesar dengan sangat pesat.
 
Hebat kan anak-anak kita ini?
 
Sumber: Brightside

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

 

The post 10 Kuasa Luar Biasa Yang Hebat Dan Hanya Ada Pada Bayi! appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.


Mengapa Bayi Tidak Menangis Selepas Dilahirkan, Ini Penjelasan Pakar

$
0
0

Suara tangisan bayi menangis selepas ibu bersalin

Bunyi yang paling dinanti-nantikan oleh setiap ibu dalam bilik bersalin adalah suara anak mereka yang menangis dengan kuat.

Marahnya bunyi!” gurau jururawat bertugas sambil ketawa dan mengatakan – “paru-paru dia baik dan sihat!

Tangisan anak yang lantang biasanya menunjukkan bayi itu dalam keadaan baik dan sihat.

Tapi apa pula maksudnya jika bayi anda tidak menangis ketika mereka dilahirkan?

Ini adalah beberapa penjelasan pakar:

#1 Kekurangan oksigen

Sumber gambar: Youtube

Menurut Dr Yvonne Bohn, OB-GYN di Providence Pusat Kesihatan Saint John di Santa Monica, California –

Bayi mungkin tidak menangis dengan segera akibat kesan ubat bius yang diberi kepada ibu, atau tali pusat yang berada di sekeliling leher ataupun ibu yang telah menolak untuk masa yang lama.

Semua ini boleh mengurangkan oksigen kepada bayi.

#2 Peralihan ke kehidupan di luar rahim

Bayi memerlukan masa untuk beralih dari kehidupan dalam rahim ke kehidupan di luar rahim.

Yang penting, bayi mempunyai denyutan jantung yang baik, otot yang baik, dan warna yang normal, tangisan yang lambat sedikit adalah perkara biasa.

Jururawat akan melakukan beberapa perkara untuk merangsang bayi agar dia menangis, seperti menggosok belakang bayi, mengeringkan bayi dengan kain, dan menyedut cecair keluar dari mulut dan hidungnya.

#3 Menangis kerana perubahan suhu

Dr. Allison Hill, OB-GYN berdaftar dan pengarang Your Pregnancy, Your Way berkata, seorang bayi biasanya akan menangis kerana mereka terdedah pada bilik yang sejuk dan sensasi yang tidak dikenali. 

Fungsi menangis adalah untuk mengembangkan paru-paru bayi, serta membuang lendir dan cairan amniotik yang terperangkap di dalamnya.

Abby Reichardt, seorang bidan di Florida School of Traditional Midwifery menambah seorang bayi tidak perlu menangis jika respirasi dan denyutan mereka adalah normal. 

“Tetapi tangisan mereka meyakinkan kita yang mereka sedang bernafas dengan baik.”

#4 Sentuhan kulit ke kulit

Sumber gambar: Flickr | Nelson Kwok

“Bayi yang dapat sentuhan kulit ke kulit untuk masa yang lama dengan ibu mereka, sejurus selepas mereka dilahirkan biasanya akan kurang menangis berbanding bayi yang dipisahkan dari ibu mereka untuk dimandi, diukur, atau diletakkan dalam pemerhatian segera,” kata Carley Mendes, pakar pemakanan holistik yang berdaftar, pendidik kelahiran, dan pakar di The Tot.

Suhu dan keadaan bilik yang terang,  juga boleh mempengaruhi tindak balas mereka.

Bilik yang hangat dengan lampu malap dan suara yang tenang boleh membantu peralihan bayi yang lebih selesa.

#5 Personaliti bayi

Dr. Salli Tazuke, OB-GYN dan pengarah pusat perubatan Colorado untuk ubat pembiakan di San Francisco, California berkata semasa tempoh kehidupan bayi, dia akan menangis untuk menandakan keperluan atau ketidakselesaan, seperti kelaparan, lampin kotor, ataupun sakit gas kolik

Tetapi ia ikut perangai bayi,” katanya.

Sesetengah bayi lebih sensitif atau lebih cepat marah akan menangis dengan lebih banyak.

Secara purata, bayi baru lahir akan menangis sebanyak 2 jam sehari, menurut Babycenter.

Tetapi antara saat kelahiran dan bayi yang berusia 6 minggu, tangisan mereka boleh meningkat hingga ke 3 jam sehari

Ibu bapa akan terbiasa dengan tangisan mereka dan belajar mengenali keperluan anak dari cara mereka menangis.

Namun, tangisan bayi yang terlalu sedikit atau terlalu banyak mungkin petanda masalah kesihatan seperti apnea atau penyakit lain.

Sesetengah bayi juga perlu bangun lebih kerap untuk menyusu supaya tidak dehidrasi

Ibu bapa perlu pandai membezakan antara apa yang normal dan tidak normal apabila mereka sudah biasa dengan perangai anak mereka.

Sekiranya anda rasa tangisan bayi anda jauh dari normal, dapatkan nasihat pakar.

Sumber: Romper

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Trik Bapa Ini Menghentikan Bayinya Dari Menangis Menarik Perhatian Ramai

The post Mengapa Bayi Tidak Menangis Selepas Dilahirkan, Ini Penjelasan Pakar appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.

Emosi Apakah Yang Menusuk Ini Apabila Lihat Anak Semakin Membesar?

$
0
0

Jadi ibu bapa mengajar pelbagai emosi

Pengalaman keibubapaan penuh dengan pelbagai emosi

Contohnya hati rasa lega lepas dengar tangisan anak saat dia lahir.

Hati penuh dengan kasih sayang apabila mendukung si kecil itu untuk kali pertama. Hati teruja apabila melihat anak mengambil langkah pertamanya dan mula berjalan.

Ya Tuhan…

Anda masih ingat masa anda cuba hamil? Perasaan ketika anda melihat dua garisan yang terang pada keputusan ujian kehamilan anda?

Imbasan kali pertama atau kali pertama anda dapat merasakan pergerakan bayi dalam kandungan? 

Pernahkah anda rasa kagum kerana ada nyawa sedang berkembang  dalam rahim? Adakah anda rasa bersyukur kerana ditakdirkan menjadi ibu kepada pertama hati ini?

Dari peringkat bayi sehinggalah sekarang, masa itu telah berjalan dengan sekelip mata. Tanpa sedar, mereka kini semakin besar.

Apabila saya masuk ke bilik mereka, saya tersenyum melihat karenah kedua-dua anak saya yang tidur macam bersilat atas katil.

“Hmm, sudah macam tak muat lagi katil ini. Nanti kena belikan yang baru…”

Tiba-tiba, saya rasa panik dan badan saya diselubungi rasa sayu yang menusuk hati.

Pada mulanya saya tidak faham emosi yang dialami. Tapi lama-lama baru saya sedar, anak-anak saya sudah besar. Tidak lama lagi, mereka tidak akan memerlukan saya….

Mengapa emosi ini menusuk hati?

Tiada lagi suara comel yang suka baby talk

Hilang semua lemak montel pada lengan dan kaki. Saya rindu cium bau kepala bayi yang semakin kurang.

Saya masih ingat lagi rupa wajah kecil yang dibalut dengan kain bedung dalam dakapan. Sudikah anak duduk atas paha saya lagi? 

Apabila saya melihat anak-anak saya membesar, saya dapat merasakan emosi yang pahit dan manis.

Ya, memang pengalaman ibu bapa tidak semuanya manis. Kadang-kadang ia boleh melibatkan emosi yang sayu juga.

Anak ibu, janganlah terlalu cepat membesar…

Kita selalu dengar ibu-ibu mengadu, “jangan membesar terlalu cepat” – ini bukan cliché, ini apa yang semua ibu mahu!

Kanak-kanak akan membesar dengan sangat cepat dan satu-satu cara untuk menghadapi rasa sayu ini adalah dengan menikmati masa bersama anak anda sekarang.

Berhenti seketika.

Jangan biarkan kesibukan urusan harian menghalang anda daripada meluangkan masa dengan anak.

Jangan mengejar kemewahan sehingga anak diabaikan. Ambil kesempatan ini apabila mereka masih kecil.

Tangkap memori-memori ini dan simpan dalam hati.

Anda mungkin sedang cuba menghabiskan kerja apabila anak datang dengan permintaan yang kecil.

Jangan tidak mengendahkan mereka. Dengar apa yang dikatakan. 

Renung mukanya yang teruja dan penuh emosi apabila dia menceritakan sesuatu yang menarik. 

Ingat mukanya yang gembira kerana berjaya mendapat perhatian sepenuhnya dari anda. Dia rasa penting, dia rasa disayangi.

Apabila mereka minta didukung, dipeluk dan dicium, jangan tolakkan permintaannya. 

Jangan suruh anak buat sesuatu dengan cepat kerana anda kesuntukan masa.

Sekarang masanya. Apabila sudah besar nanti, tak ada lagi kemewahan ini.

Pengalaman sebagai ibu bapa penuh dengan pelbagai emosi. Yang manis, yang pahit dan yang sayu, semua emosi ini tidak dapat dielakkan.

Seperti kegembiraan, kebanggaan dan kasih sayang yang tidak terhingga.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

“Toddlerwearing”: Mengapa Saya Masih Mengendong Anak Saya

The post Emosi Apakah Yang Menusuk Ini Apabila Lihat Anak Semakin Membesar? appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.

5 Cara Untuk Buat Urusan Membeli Barang Dapur Dengan Anak Lebih Mudah

$
0
0

Bila nak pergi ke supermarket dan menyelesaikan urusan membeli barang dapur, atau grocery shopping, mulalah kita memikirkan seribu satu hal yang mungkin akan terjadi, jika kita bawa anak-anak sekali.

Pasti ada antara anak kecil kita itu yang akan meragam, meminta itu ini, dan tunjuk tantrum di lantai supermarket.

Tapi, tak perlu gusar, ibu ayah sekalian. Ikuti tip membeli barang dapur bersama anak-anak yang kami kongsikan di bawah.

Urusan membeli-belah anda itu pasti akan berjalan lancar dan lebih produktif, tanpa sebarang drama atau rengekan anak kecil!

5 tip membeli barang dapur bersama anak-anak

1. Menetapkan masa yang sesuai

tip beli belah barang dapur

Sumber: The-mom.com

Kalau boleh, rancang masa yang sesuai untuk kita pergi beli barang dapur. Cuba elakkan pergi ke supermarket dengan anak-anak ketika mereka lapar atau mengantuk.

Ini adalah resipi yang membawa kepada tantrum dan sifat meragam. Malah, anda juga perlu pertimbangkan waktu yang kurang sibuk.

Pergilah di awal pagi. Jika tidak pun, awal tengah hari sebelum supermarket menjadi semakin sesak.

Anak kecil mudah berasa rimas dengan keadaan hiruk-pikuk di kedai yang sibuk dan penuh dengan orang ramai!

2. Tetapkan peraturan

Sewaktu di rumah atau di dalam kereta, terangkan dengan lembut peraturan yang perlu mereka patuhi.

Terangkan dengan jelas apa yang mereka boleh dan tidak boleh buat semasa berada di supermarket nanti. Contohnya, beritahu anak yang dia tidak boleh menjerit atau berlari jauh dari anda ketika di kedai nanti.

Terangkan dengan jelas yang mereka akan menerima hukuman jika melanggar peraturan ini.

Antara contoh hukuman adalah mereka tidak dapat mengikut anda ke supermarket semasa trip membeli barang dapur yang seterusnya.

Jadi, bagaimana pula jika anak anda patuh pada peraturan? Sudah pasti anda juga perlu memberikan ganjaran sebagai galakan.

Yang penting, jika anda sudah berjanji akan memberikannya sesuatu sebagai hadiah, jangan dimungkiri janji itu. Jika tidak, sukar untuk anak anda percaya kata-kata anda lagi!

3. Beri tugasan membeli-belah kepada anak anda

tip membeli belah barang dapur dengan anak

Sumber: Bdsgiatri.info

Jika anak anda sudah besar sedikit dan boleh berfikir dengan baik, berikan tugasan membeli-belah yang mudah kepadanya.

Mungkin dia boleh ditugaskan untuk menulis senarai barangan, membantu anda mencari beberapa barangan, menolak troli, atau membantu mengambil barang dari rak kedai.

Dengan tugasan ini, anak anda bukan sahaja tidak akan meragam atau buat perangai, malah memupuk rasa tanggungjawab dan membantu mempertingkatkan kemahiran membaca dan menulisnya.

4. Bersiap sedia dengan kelengkapan

Lagi satu tip membeli barang dapur bersama anak-anak yang boleh anda ikuti adalah membuat persediaan yang mencukupi sebelum bertolak ke supermarket atau ke kedai.

Napkin, tisu, sepersalinan baju, mainan, snek – apa sahaja yang membolehkan anak kecil anda kekal selesa dan terhibur sepanjang anda membeli-belah barang dapur di kedai!

5. Jangan berputus asa jika anak tunjuk tantrum

 Sumber: The-mom.com

Sumber: Birminghammail.co.uk

Ini tip yang ramai ibu bapa tidak tahu. Jika anak anda meragam di supermarket dan mula berbaring, menangis di lantai sehingga anda rasa malu dan mahu menyorok muka, jangan berputus asa.

Jangan batalkan trip membeli-belah itu dan jangan pulang ke rumah! Kenapa? Ia hanya akan membuatkan anak anda sedar yang kuasa ada di tangannya.

Mungkin jika dia berasa bosan ketika trip yang seterusnya, mudah saja untuk dia mula buat perangai, kerana dia tahu ibu atau ayahnya akan segera pulang ke rumah!

Jadi, apa yang anda boleh buat sebaliknya adalah sama ada membiarkan dia terus dengan tantrumnya (penat nanti, berhentilah tu!) atau anda boleh mengangkat dan membawanya ke luar sehingga dia lebih tenang.

Dengan mengamalkan 5 tip praktikal di atas, pasti urusan membeli barang dapur anda bersama anak-anak akan lebih lancar dan menyeronokkan. Cubalah ya!

Sumber: The Asian Parent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

10 Tip Mudah Untuk Ibu Bapa Atasi Tantrum – Perangai Anak Mengamuk

The post 5 Cara Untuk Buat Urusan Membeli Barang Dapur Dengan Anak Lebih Mudah appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.

13 Cara Melayan Isteri Dengan Baik, Mereka Kan Teman Anda Sehidup Semati!

$
0
0

Hubungan suami isteri

Apabila bercakap tentang perhubungan suami isteri, pasti ramai antara kita yang sudah faham tentang apa yang perlu dilakukan dan apa yang tidak patut dilakukan.

Namun, dengan segala tip dan nasihat yang kita perolehi melalui pembacaan buku, blog, artikel, dan sebagainya, berapa banyakkah antara tip berikut yang telah kita amalkan?

Sudah menjadi lumrah manusia untuk mudah lupa. Jadi, dalam artikel ini, kami ingin berkongsi semula dengan anda antara perkara-perkara yang anda, si suami mithali, patut lakukan pada isteri anda.

13 cara melayan isteri dengan baik

1. Panggil isteri dengan nama yang baik-baik

cara layan isteri dengan baik

Sumber: Soundvision.com

Sebagai seorang wanita, isteri anda suka dimanjakan. Salah satu cara untuk memanjakannya adalah dengan memberi gelaran yang baik-baik buat si isteri.

Panggilan mesra seperti “sayang”, “manja”, dan “baby” sememangnya gelaran masa kini yang cukup sweet untuk diberikan pada isteri.

Bukankah Rasulullah juga memanggil isterinya, Aisyah, dengan gelaran pendek lagi manja “Aish”?

2. Bergurau senda dengan isteri

Apabila pulang dari kerja, muka itu janganlah serius sangat. Perbanyakkan bergurau dengan isteri yang seharian terperap di rumah dengan anak-anak.

Bukankah Rasulullah juga bergurau senda dan bermain-main dengan isterinya? Siap berlumba lari dengan Aisyah lagi!

3. Melayan isteri dengan lembut dan baik

Suami mithali juga pasti akan berlembut dan berbaik dengan isteri. Wanita yang akan menjadi teman sehidup dan semati itu pasti tidak akan dikasari secara fizikal mahupun emosi.

Bukankah itu antara nasihat utama dalam khutbah terakhir Rasulullah?

4. Membuat “pemanas badan” sebelum berhubungan intim dengan isteri

tip layan isteri

Sumber: Parhlo.com

Kepuasan isteri juga patut diambil berat oleh suami yang baik hati. Hubungan intim antara suami isteri bukan semata-mata untuk melempiaskan keinginan si lelaki sahaja.

Wanita juga ingin dibelai terlebih dahulu sebelum bersama dengan suami. Malah dihujungnya juga, dipastikan  isteri turut berasa puas.

Bukankah ini saranan Rasulullah dalam hubungan rumah tangga?

5. Membantu hal kerja rumah

Antara tip cara melayan isteri dengan baik adalah si suami juga patut membantu isteri dalam hal urusan rumah tangga.

Mengemas rumah, memasak, memandikan anak, membasuh pinggan adalah antara perkara yang anda boleh buat ketika di rumah, dan tidak mengharapkan si isteri seorang sahaja.

Bukankah ini antara sunnah Rasulullah juga?

6. Memuliakan dan melayan ibu bapanya dengan baik

Tiada yang lebih bermakna dalam hidup si isteri melainkan apabila melihat suami mereka melayan ibu dan ayahnya dengan penuh hormat dan baik.

Ayah sekalian, selalulah menelefon dan bertanya khabar ibu dan bapa mertuamu. Ambil tahu tentang kebajikan mereka.

Berikan mereka hadiah sekali sekala dan gembirakan hati mereka. Bukankah mereka juga umpama ibu bapa sendiri?

7. Sentiasa mengucapkan terima kasih pada isteri

Bilakah kali terakhir anda mengucapkan terima kasih pada isteri atas bantuannya? Kebanyakan hal urusan rumah tangga ditanggungnya sendiri tatkala anda sibuk bekerja di pejabat.

Hilangkan rasa penat mereka dengan ucapan mudah dari bibir anda: “Terima kasih, sayang.”

Pasti dia akan terlupa tentang rasa letih dan susahnya menguruskan hal anak-anak seorang diri di rumah apabila mendengar ucapan ikhlas anda itu.

8. Didik dan tegur mereka secara berhemah

cara layan isteri ikut sunnah

Sumber: Muslimvillage.com

Melayan isteri dengan baik bukanlah bermaksud anda terlupa langsung untuk mendidik dan menegur isteri.

Suami mithali bukan suami yang dayus. Berikan didikan agama dan moral pada isteri. Sebelum menegur, berikan pengiktirafan kepada kebaikannya dengan kata pujian.

Kemudian, berikan kata teguran secara lembut dan berhemah yang dapat menjadikan isteri anda insan solehah.

9. Jaga kebersihan diri

Sebagai suami, jangan selalu mengharapkan isteri yang cantik dan wangi di rumah, tapi lalai tentang kebersihan diri sendiri.

Pastikan mulut anda tidak berbau (terutamanya jika anda merokok), badan anda tidak berbau peluh, dan baju anda tidak kotor serta selekeh.

Lebih-lebih lagi sewaktu anda menghampiri isteri dan menuntut hak batin!

10. Bersembanglah dengan isteri

Ketika duduk di meja makan sama ada di rumah atau di restoran, bersembanglah dengan isteri. Banyakkan berbual tentang topik yang menarik dengannya.

Janganlah kita menjadi pasangan yang hanya melihat telefon masing-masing ketika bersama. Terasa dingin sekali apabila dipandang oleh orang luar!

11. Telefon isteri ketika anda keluar rumah

Apabila seharian anda sibuk di pejabat dan tidak berjumpa dengan isteri berjam-jam lamanya, ambillah sedikit masa untuk menelefon isteri.

Tanyakan tentang hari-harinya. Pasti hati si isteri berbunga-bunga dapat mendengar suara anda yang lembut dan penuh rasa ingin tahu itu.

12. Lakukan aktiviti menarik bersama-sama

tip cara layan isteri dengan baik

Sumber: Shutterstock

Para suami sekalian, janganlah kita menjadi insan yang hanya ralit dengan konvoi motor besar atau aktiviti futsal kita di hujung minggu. Anak-anak dan isteri pula terperap di rumah.

Luangkanlah masa berkualiti bersama isteri anda. Memasak, makan luar, solat membaca Al-Qur’an, mandi, pergi joging, dan berkebun sama-sama, itu adalah antara penguat ikatan antara suami dan isteri.

13. Selalu mendoakan isteri

Dalam setiap tadahan doa anda selepas solat, jangan lupa untuk diselitkan nama isteri. Titipkan buatnya doa yang indah-indah.

Mintalah pada Tuhan semoga isteri anda akan terus menjadi penyejuk mata, penenang hati, dan penguat iman anda.

Bukankah doa sebagai seorang suami itu baik di sisi Tuhanmu?

Jadilah suami mithali sejati – Bila ada, disyukuri, bila tiada, dirindui.

Para suami sekalian, apabila anda melakukan 13 tip cara melayan isteri di atas, ia bukanlah bermakna yang anda akan terlalu memanjakan isteri. Tidak sama sekali.

Malah, jika anda melakukan perkara tersebut kepadanya, pasti dia akan memulangkan dengan tingkah laku dan perbuatan yang lebih manis lagi.

Tak percaya? Sila cuba di rumah dan nanti, kongsikan dengan kami apa kesan positif yang anda nikmati apabila anda melayan isteri anda dengan baik!

Anda setuju tak wahai isteri-isteri sekalian?

Sumber: Perkongsian FB

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

6 Perangai Isteri Yang Buat Suami Makin Sayang Dan Jatuh Cinta Setiap Hari

The post 13 Cara Melayan Isteri Dengan Baik, Mereka Kan Teman Anda Sehidup Semati! appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.

Apa Yang Boleh Sebabkan Saluran Air Mata Bayi Tersekat Dan Cara Rawatannya?

$
0
0

Pernahkah ibu bapa perasan bayi baru lahir anda ada kesan tahi mata kering yang banyak serta ada bendalir yang keluar dari saluran air matanya? 

Ataupun ada bendalir yang keluar dari mata hingga bayi anda tidak dapat membuka mata? Anak anda mungkin mengalami masalah saluran air mata tersekat

Apakah yang menyebabkan saluran air mata tersekat?

Sumber gambar: The Happy Hospitalist

Ibu bapa tidak perlu bimbang kerana keadaan ini adalah keadaan biasa di kalangan bayi baru lahir.

Saluran air mata boleh tersekat kerana ia tidak dibuka sepenuhnya ketika anak dilahirkan.

Apabila bendalir dari mata tersekat dan tidak dapat keluar, ini boleh menyebabkan keradangan.

Keradangan akan menghasilkan nanah yang membentuk lapisan keras seperti kerak pada mata apabila ia kering. Inilah sebab mengapa bayi anda susah membuka mata.

Cara rawatan untuk masalah ini

Cara rawatan untuk saluran air mata yang tersekat sangatlah senang

Berikut adalah beberapa langkah yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk merawat keadaan ini:

Dr. Sweeney Dorhman sedang menunjukkan cara untuk mengurut bahagian saluran mata bayi. Sumber: eyedolatryblog.com

  1. Guna air bersih yang suam dan kain/kapas lembut untuk mencuci kawasan mata bayi. Dengan perlahan-lahan, gosokkan kain basah dari dalam ke luar, pada mata bayi untuk menanggalkan bekas nanah dan kerak kering pada permukaan mata.
    Ulang beberapa kali sehingga kawasan saluran mata bayi anda bersih.
  2. Satu cara lain adalah untuk mengurut dengan perlahan-lahan kawasan berdekatan dengan saluran air mata. Salur air mata terletak di bawah sudut hidung, dan anda boleh menggunakan jari untuk mengurutkan bahagian ini dengan gerakan melingkar ke arah hidung.
    Ini boleh membantu membuka saluran air mata dan mengeluarkan sebarang bendalir yang tersekat di dalam. Pastikan tangan anda bersih terlebih dahulu.
  3. Susu ibu juga boleh merawat saluran air mata yang tersekat. Anda hanya perlu beberapa titisan susu ibu pada jari yang bersih, kemudian dengan perlahan-lahan urut sudut hidung mata anak, berhampiran saluran air mata.
    Susu ibu mempunyai sifat antibiotik dan boleh membantu melawan jangkitan. Ia adalah cara yang lebih baik untuk merawat bayi baru lahir berbanding dengan menggunakan ubat antibiotik.
  4. Jika saluran mata bayi anda masih tersekat selepas mencuba semua langkah-langkah di atas, dan anak masih rasa tidak selesa, bawa dia berjumpa dengan pakar. Biasanya, doktor akan memberi ubat serta tips untuk merawat keadaan ini.

Sumber: Parenting.com

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Misteri Kanak-Kanak Menangis Air Mata Darah

The post Apa Yang Boleh Sebabkan Saluran Air Mata Bayi Tersekat Dan Cara Rawatannya? appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.

“Saya Pernah Terjatuhkan Anak Saya, Dan Perasaan Bersalah Ini Takkan Hilang!”

$
0
0

Anak terjatuh dari pangkuan saya

Semua ibu bapa ingin yang terbaik untuk anak-anak mereka. Sebab itu kita sanggup buat apa saja demi si manja tercinta.

Tapi, ibu mana yang rasa tak bersalah jika dia tahu dia telah melakukan sesuatu yang tidak cukup baik untuk anak-anak?

Contohnya seperti ibu ini. Beliau rasa sungguh menyesal dan bersalah kerana pernah menjatuhkan anaknya 2 tahun lalu.

terjatuh anak

Rasa bersalah yang dipendam oleh beliau tidak dapat dipadam hingga ke hari ini.

Namun, ada sesuatu yang ingin dibicarakan oleh ibu ini pada ibu-ibu yang lain. 

Menerusi post yang mengharukan di Facebook, Liz Mannnegren cuba sehabis baik untuk memberi kata-kata berikut pada ibu bapa di luar sana.

Hari ini genap 2 tahun hari yang paling saya tak dapat lupakan. Hari yang paling pahit buat saya. 

Saya terjatuhkan anak kesayangan saya dan tengkorak kepalanya retak!

Today marks an anniversary that's painful to remember. Two years ago, I dropped my baby. And he fractured his…

Posted by MommyMannegren on Tuesday, 26 September 2017

Menjadi ibu bukanlah satu tugas yang mudah

Ya, saya masih rasa bersalah sehingga hari ini.

Umpama mimpi ngeri, anak yang sedang didukung di tangannya tiba-tiba terbalik dan terjatuh! Ya Allah!

Saya tak dapat bayangkan apa reaksi saya jika perkara ini terjadi. 

Liz pantas membawa anaknya ke wad kecemasan. Sejak hari itu, beliau menganggap hari-hari yang mendatang sebagai amat mencabar dan menakutkan.

Namun, ada sesuatu yang menyebabkan Liz berfikir dua kali tentang tugasnya sebagai seorang ibu

Ketika menerima rawatan di hospital, seorang jururawat yang baik hati datang menenangkan Liz. 

Jururawat itu berkata kejadian seperti ini sering berlaku

Saya pun pernah terjatuhkan anak saya, tapi lebih teruk, ia di parking lot!” ujar jururawat itu sambil tersenyum pahit. 

Jururawat itu memahami betapa hati seorang ibu rasa amat bersalah gara-gara kejadian seperti ini. Namun, ia tak mampu membuang rasa itu dalam hati Liz.

Liz terlalu berkeras dengan dirinya. Beliau merasakan dirinya adalah ibu yang paling teruk dalam dunia!

Tapi, kata-kata jururawat itu membuka semula hati Liz. Katanya –

“Tugas jadi seorang ibu bukan mudah. Kita akan cuba sehabis baik, tapi kita juga harus terima yang kita tak boleh buat semuanya.

Ada hari yang sukar. Kita sebagai ibu bapa tak dapat melindungi anak-anak dari semuanya. 

terjatuh anak

Hari ini kita rasa macam kita ibu yang paling teruk, ini hari yang paling pahit. 

Tapi, bukan semua hari akan jadi pahit. Kemalangan terjadi. Kehidupan ini sungguh rapuh. Sebab itu jangan ambil mudah setiap hari.

Cubalah jadi yang terbaik walaupun ia sukar. Kalau anda melakukan kesilapan, belajar daripadanya! 

Percayalah, anda bukan seorang ibu yang paling teruk di dunia.

Hargai hari anda dengan anak secukupnya. Gomol mereka sepuas-puasnya. 

Tugas ibu bukan pada satu hari saja

Ingatlah ibu-ibu di luar sana. Ya, rasa bersalah dalam diri takkan pernah hilang kalau kita pernah melakukan sesuatu yang tidak cukup bagus pada anak-anak.

Tapi tugas anda sebagai seorang ibu bukan dilihat pada satu perbuatan saja. Semua perbuatan anda sebagai seorang ibu dikira!

Anda mungkin nampak diri sendiri sebagai seorang ibu yang gagal atau seorang ibu yang biar anak sendiri terjatuh.

Akan tetapi, anak-anak memandang anda sebagai “ibu” yang dikasihinya. Ibu yang mendukungnya selepas terjatuh.

Berilah mereka kasih sayang yang secukupnya, kerana anda bukan ibu yang teruk, tapi anda ibu yang belajar dari kesilapan anda!

Semoga perkongsian ini membuka mata anda untuk lebih menyayangi si manja dan jangan terlalu keras dengan diri sendiri. 

Tidak salah untuk anda belajar daripada kesilapan. Apa pun, mana ada ibu bapa yang sempurna di muka Bumi ini.

Sumber rujukan: Popsugar

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Bayi jatuh dua kali dari tempat tidur lalu meninggal, peringatan untuk para ibu bapa

 

The post “Saya Pernah Terjatuhkan Anak Saya, Dan Perasaan Bersalah Ini Takkan Hilang!” appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.

Ada Kulapuk Hitam Pada Mainan Bayi, Perlukah Saya Bimbang?

$
0
0

Kulapuk hitam pada mainan bayi

Ibu bapa pernah tengok kulapuk hitam pada mainan anak?

Kadang-kadang ia kelihatan seperti bintik-bintik hitam pada permukaan mainan dan ada yang tumbuh dalam mainan mandi seperti itik kuning yang famous itu.

Mainan tab mandi yang penuh dengan kulapuk hitam. Sumber: yummygreenmummy

Setiap ibu bapa pasti sudah tahu, mainan bayi selalunya dalam keadaan yang basah.

Ia mungkin disebabkan fasa bayi suka memasukkan benda ke dalam mulut mahupun mainan tab mandi yang selalu dalam keadaan lembap. 

Jadi, mainan ini cenderung untuk tumbuh kulapuk hitam.

Bintik-bintik hitam dan rupanya yang nampak kotor mungkin akan menakutkan ibu bapa, tapi adakah ia boleh menimbulkan bahaya kesihatan sebenar pada bayi dan kanak-kanak?

Walaupun teether dan mainan tab mandi boleh tumbuh kulapuk hitam, ia tidak membahayakan kerana jumlah yang tumbuh sedikit sahaja, kata ahli pediatrik Kimberly Giuliano, MD.

Secara am, kulapuk hitam jenis ini tidak akan mendatang kesan yang buruk kepada kanak-kanak yang sihat.

Sistem pertahanan badan yang normal mampu melawan sebarang penyakit yang disebabkannya. 

Lagipun kulapuk hitam wujud di persekitaran kita dan tidak hanya wujud pada mainan seperti ini. “

Bilakah kulapuk hitam membahayakan?

Ia hanya boleh memberi kesan kepada kanak-kanak yang mempunyai alahan atau sistem pertahanan badan yang lemah .

Kanak-kanak dengan alahan boleh mengalami gejala seperti batuk-batuk atau mata yang gatal. 

Ibu bapa cuma perlu lebih berhati-hati jika mempunyai anak yang sedang menjalani rawatan chemo, memakan ubat-ubatan tertentu atau pernah menerima pemindahan organ kerana mereka mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat jangkitan.

Kulapuk hitam boleh tumbuh di mana sahaja adanya kelembapan dan kegelapan, jadi ibu bapa perlu pastikan teether atau mainan yang selalu dalam keadaan basah dikeringkan

Berita baiknya ialah kebanyakkan mainan-mainan ini senang dibersihkan

Cara yang paling baik untuk membersihkan mainan ini adalah mengelapkan dengan air suam yang dicampur dengan sedikit sabun ataupun sedikit larutan peluntur.

Elakkan kawasan-kawasan berlubang di mana kelembapan berpotensi untuk masuk.

Tetapi saya tidak suka menggunakan sabun dan peluntur pada mainan bayi kerana ia boleh meninggalkan bahan-bahan kimia

Untuk teether, anda boleh rendamkan dalam larutan air panas, masukkan sedikit cuka dan soda bikarbonat. Bilas dengan air, kemudian keringkan.

Teether dan mainan-mainan yang lama

Teether yang selalu dalam keadaan basah lebih cenderung untuk tumbuh bintik-bintik hitam. Sumber gambar: Pinterest

Dr. Giuliano menyarankan ibu bapa untuk mengganti teether serta mainan lain jika ia sudah lama disimpan.

Jika mainan itu sudah mempunyai bau yang pelik, baik buang saja. 

Semak bungkusan mainan untuk langkah-langkah penjagaan sebelum membuangnya. Sekiranya bungkusan mainan itu telah dibuang, periksa laman web pengeluar.

Sumber: Cleveland Clinic

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

8 Tip Untuk Mengemas Permainan Kepunyaan Anak

The post Ada Kulapuk Hitam Pada Mainan Bayi, Perlukah Saya Bimbang? appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.


6 Perkara “Selfish” Yang Para Ibu Patut Buat Untuk Diri Sendiri

$
0
0

Perkara “selfish” yang patut ibu buat untuk diri sendiri

Ada sesetengah wanita, apabila menjadi ibu, kebanyakkan aspek tentang dirinya tidak lagi menjadi keutamaan. Suami dan anak-anak sering mendapat tempat pertama.

Ini bukanlah suatu perkara yang memeranjatkan. Kini, kita semakin rasa bertanggungjawab tentang kehidupan insan istimewa dalam hidup kita yang memerlukan perhatian seorang isteri dan ibu.

Tapi, ini tidak bermakna yang seorang ibu itu patut berhenti memberikan perhatian kepada keperluan diri. Malah, amat penting untuk mereka terus memanjakan diri secara fizikal, emosi dan mental.

Ia supaya mereka dapat terus menjadi seorang isteri dan ibu yang baik.

Malangnya, ramai antara kita yang menganggap apabila seorang ibu itu memanjakan dirinya, itu bermakna dia sedang berlaku “selfish”, atau mementingkan diri sendiri.

Dalam artikel Family Share, seorang ibu, Hannah Rose, berkongsi cerita. Padanya, golongan ibu patut melakukan beberapa perkara “selfish” berikut:

1. Pergi berurut di spa

me time untuk ibu - spa

Sumber: Blueskydreamers.com

Selepas berpenat-lelah seharian tanpa henti menguruskan hal rumah dan anak-anak, ibu-ibu sememangnya layak untuk menerima urutan dan sesi spa yang menenangkan.

Ia dapat melembutkan semula otot-otot yang tegang. Malah, para ibu dapat berehat seketika daripada hiruk-pikuk dan jeritan anak-anak di rumah.

Anda boleh pilih sama ada untuk menikmati sesi berurut di spa secara berseorangan, atau untuk lebih meriah, ajak rakan perempuan anda yang lain!

2. Beli barang (mahal) yang diingini

Ibu-ibu memang selalu tidak berkira apabila ia melibatkan barang anak-anak dan juga, kadang-kadang barang suami.

Tetapi, apabila ia adalah tentang barang yang diingini untuk diri sendiri, kita selalu melupakan keinginan kita dengan menganggapnya tidak penting dan tidak perlu dibeli.

Sekali-sekala, apa salahnya anda beli barangan yang anda inginkan, demi kepuasan diri sendiri. Ingatlah, diri anda yang gembira akan pasti dapat menggembirakan orang lain!

3. Cuti berdua dengan suami

perkara ibu patut buat - honeymoon suami

Sumber: Telegraph.co.uk

Apabila kita ada anak, selalunya percutian keluarga itu akan lebih menjurus kepada aktiviti dan kehendak anak-anak.

Jarang sekali si ibu dapat melakukan perkara yang digemarinya (*ehem*shopping*ehem*) kerana bagi anak-anak, itu aktiviti yang membosankan.

Jadi, amat penting untuk si ibu pergi bercuti secara berdua dengan suami sahaja.

Ia bukan sahaja bermanfaat untuk wanita tersebut, di mana dia dapat berehat seketika daripada tugas “ibu”, malah dapat mengeratkan hubungan suami isteri. Ia adalah ala-ala honeymoon kedua! 

4. Bersosial dan berjumpa kawan

Hubungan emosi dengan orang lain masih lagi penting buat para ibu. Hidupnya tidak sepatutnya hanya terperap di rumah sahaja.

Perhubungan sosial antara ibu dan rakan perempuannya dapat memberikan perspektif segar dan meluaskan pemikirannya.

Jadi sekali-sekala, pergilah keluar dengan rakan dan rehatkan diri dengan melakukan aktiviti bersama-sama dengan kawan-kawan perempuan anda.

5. Ada hobi baru

perkara ibu patut buat - writing bloggin

Sumber: Stuffweblog.com

Selain itu, antara perkara ibu patut buat adalah mempunyai hobi yang dapat menggembirakan hati.

Jika anda suka menulis, jadikan ia hobi dan masukkan dalam rutin harian anda. Kalau anda gemar bermain boling, curi masa untuk melakukannya (dengan suami sewaktu berdating berdua!).

Hobi-hobi sihat sebegini sebenarnya membantu mengekalkan tahap emosi dan mental yang sejahtera.

6. Ambil gambar sendiri atau berdua dengan suami

Apabila sudah menjadi ibu, sudah pasti smartphone kita akan penuh dengan gambar keluarga dan anak-anak.

Bagaimana pula dengan gambar anda seorang? Atau, adakah anda ada mengambil gambar berdua dengan suami, tanpa anak-anak?

Lakukan aktiviti “selfie” seorang atau berdua dengan suami. Ia dapat membantu meningkatkan keyakinan diri anda!

Sumber: The Asian Parent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Para Ibu Sekalian, Jom Ambil Sedikit “Me Time” untuk Bersendirian dan Berehat

The post 6 Perkara “Selfish” Yang Para Ibu Patut Buat Untuk Diri Sendiri appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.

Lelaki Ini Berkongsi Pengalamannya Tentang Rezeki Ada Anak Atau Tak

$
0
0

Rezeki dapat anak atau tak

Bagi pasangan yang sudah berkahwin, antara soalan sensitif untuk ditanya atau dibincangkan ialah soal anak. 

Iyalah, kita hanya merancang, namun rezeki itu dari Dia. Tapi ini tidak bermakna kita tidak boleh berusaha.

Encik Izzat Ismail dan isterinya merupakan salah satu pasangan yang diuji dengan dugaan lambat mendapat cahaya mata.

Dan beliau telah berkongsi tentang pengalaman ikhtiarnya dalam mendapatkan cahaya mata ini. Ikuti perkongsiannya dalam FB tempoh hari, seperti berikut:

Berdasarkan perkongsian ini, Izzat telah menceritakan peringkat-peringkat yang beliau dan isteri telah lalui dalam proses mendapatkan cahaya mata. 

Peringatan:, dapatkan nasihat doktor pakar sebelum membuat keputusan untuk mengambil apa-apa tindakan.

#1 Pemeriksaan doktor

Adalah penting sebelum membuat keputusan untuk mengambil apa-apa tindakan bagi cuba mendapatkan cahaya mata, dapatkan padangan doktor pakar dulu. 

Di dalam kes ini, adalah penting untuk kedua suami dan isteri membuat pemeriksaan. Kebolehan untuk mengandung bukanlah hanya bergantung pada keadaan wanita sahaja.

Kadang-kala sperma lelaki yang bermasalah juga boleh menyebabkan kurangnya kebarangkalian untuk hamil. 

Jadi untuk pemeriksaan, lelaki harus memberikan air mani untuk diuji. Melalui ujian yang dikenali sebagai SFA (ujian analisis air mani), tahap kesuburan seorang lelaki akan dinilai.

Bagi wanita pula, terdapat beberapa ujian yang harus dilalui, seperti:

1. Ujian darah untuk mengetahui paras hormon.

2. Lakukan imbasan pelvis untuk melihat sekiranya terdapat sesuatu yang tidak normal pada rahim, seperti ‘cyst’ pada kilang telur. 

rezeki anak

Kredit: Facebook

3. Pemeriksaan tiub fallopio untuk mengetahui sama ada tiub tersumbat ataupun tidak. Terdapat dua kaedah umum:

i) HSG (Hysterosalpingogram). Kaedah ujian ini ialah di mana cecair khas akan dimasukkan melalui pangkal rahim dan beberapa imbasan x-ray bahagian pelvis diambil untuk mengetahui sama ada saluran peranakan tersumbat ataupun tidak.

ii) Diagnostik Lap and Dye test. Ini adalah pembedahan di mana pesakit akan diberi bius penuh dan teropong kamera akan dimasukkan melalui hirisan halus pada bahagian pusat. Bahagian dalam perut, rahim dan saluran peranakan dapat dilihat dengan jelas untuk mengetahui punca ketidaksuburan. Dalam waktu yang sama, cecair khas boleh dimasukkan melalui faraj dan seterusnya saluran peranakan untuk mengetahui sama ada ia tersumbat.

#2 Rawatan

Setelah masalah dapat dikenal pasti, barulah doktor pakar akan mencadangkan rawatan yang sesuai dengan diagnosis. 

Rawatan berperingkat dan bergantung kepada masalah yang dihadapi oleh pasangan tersebut. Berdasarkan informasi dari Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), terdapat lima jenis rawatan kesuburan di Malaysia.

 Namun, lazimnya ia merangkumi 3 jenis ini:

1. Ubat Kesuburan

Ubat ini akan membantu merangsang proses ovulasi dengan meningkatkan rembesan hormon FSH (follicle stimulating hormone) dan LH (luteinizing hormone). 

Ubat popular akan disarankan oleh doktor adalah Clomid.

Doktor akan menyarankan isteri mengambil ubat ini pada hari ke-3 datang haid selama 5 hari.

Kemudian doktor akan memantau perkembangan folikel pada hari ke-12 melalui ‘vaginal ultrasound’. 

 2. Kaedah IUI

Permanian beradas atau teknik IUI (Intra Uterine Insemination) dilakukan dengan memindahkan sperma lelaki yang bergerak pantas terus ke dalam rahim wanita melalui satu tiub halus sewaktu ovulasi hampir berlaku.

Prosedur ini boleh dilakukan sekiranya salah satu tiub fallopian tidak tersumbat.

Doktor akan mengesyorkan kaedah ini jika wanita itu mempunyai ketidaksuburan yang tidak dapat dijelaskan dan ovulasi yang normal.

Prosedur ini juga dilakukan sekiranya lelaki mempunyai masalah mati pucuk atau ejakulasi pra-matang atau sperma yang tidak terlalu bermasalah.

Dalam kaedah ini, doktor akan memberi preskrispsi ubat kesuburan merangsang folikel dan dipantau untuk waktu kesuburan.

Suami pula perlu menyediakan sampel sperma semasa hari prosedur dan hanya sperma yang sihat akan dipilih dan dipindahkan terus ke dalam rahim melalui tiub kecil.

Kaedah ini dilihat mempunyai peratusan keberkesanan yang lebih tinggi pada pasangan yang lebih muda.

3. Teknik Bantuan Konsepsi

Sekiranya teknik IUI tidak berjaya, Teknik Bantuan Konsepsi atau Assisted Reproductive Technology (ART) akan dikenalkan.

Ia adalah di mana persenyawaan telur dan sperma akan dilakukan di luar tubuh badan sebelum disuntik ke dalam rahim wanita.

Terdapat dua teknik di dalam teknik bantuan konsepsi, iaitu:

i. IVF

Persenyawaan in-vitro (IVF) dilakukan dengan cara mensenyawakan sampel sperma dan telur di dalam makmal.

Kemudian embrio yang terhasil akan dipindahkan dalam rahim wanita. Doktor akan mencadangkan kaedah ini sekiranya:

  • terdapat masalah pada tiub fallopian
  • masalah kitaran ovulasi
  • masalah endometriosis

Isteri akan diminta supaya mengambil ubat kesuburan untuk mendapatkan beberapa telur.

Kemudian, doktor akan memilih telur yang sihat untuk menjadi sampel melalui teknik ultrasound dan pembedahan kecil.

Dalam peringkat ‘insemination’, telur dan sperma pasangan akan digabungkan dan disimpan di makmal untuk pemerhatian.

Sekiranya berjaya, hasil gabungan tersebut akan bertukar menjadi embrio dan akan dipindahkan ke dalam rahim.

ii. ICSI

Intra Cytoplasmatic Sperm Injection di mana doktor akan mencadangkan kaedah ini sekiranya:

  • bilangan sperma rendah
  • sperma tidak mampu memasuki telur dengan sendiri

Proses ini dilakukan apabila satu sperma disuntik ke dalam telur dengan menggunakan alat manipulasi mikro.

Kemudian sama seperti IVF, hasil yang berjaya akan bertukar menjadi embrio dan dipindahkan ke dalam rahim.

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda. Sama-samalah mencuba dan jangan berputus asa, ya!

Sumber: Sinar Harian, Facebook Izzat Ismail, dan LPPKN

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Program IVFKasih kos rendah untuk pasangan yang ingin hamil

 

The post Lelaki Ini Berkongsi Pengalamannya Tentang Rezeki Ada Anak Atau Tak appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.

6 Cara Kreatif Untuk Mendisiplinkan Anak Anda

$
0
0

Apa cara mendisiplinkan anak yang betul?

Mendisiplinkan anak-anak sememangnya satu perkara yang mencabar.

Tapi, ramai ibu bapa berpengalaman di luar sana yang melakukan beberapa helah praktikal dan cara kreatif untuk mendisiplinkan anak mereka dalam beberapa situasi yang berlainan.

Jika anda masih mencari cara-cara menarik dan tidak terlalu tegas dalam mendisiplinkan anak anda, jom baca 6 tip di bawah ini.

Ia pasti dapat membantu!

1. Guna kaedah pelukan

cara disiplinkan anak - pelukan

Sumber: Parentmap.com

Ketika mendisiplinkan anak, anda tidak perlu terlalu kasar atau bak seorang komander askar. Cukup dengan memberikan satu pelukan mesra kepada anak anda!

Cara ini amat berkesan untuk anak anda yang masih kecil. Jika dia tidak mahu mendengar nasihat anda, cuba berikannya tunjuk ajar sambil memeluk erat dirinya.

Atau, jika anak anda mula tunjuk tantrum, peluk anak kecil anda sekuat-kuatnya dan biarkan dia tenang dalam dakapan anda.

Malah, taktik ini juga berkesan untuk anak-anak anda yang saling bergaduh. Apa yang anda boleh buat adalah minta mereka untuk saling berpelukan.

Biar mereka melihat wajah masing-masing, memohon maaf dan saling bertukar ucapan sayang.

Pada mulanya, mereka mungkin berasa pelik atau kekok, tapi lama-lama ia akan menjadi rutin biasa. Cuba ya!

2. Kaedah berdiri atas (satu) kaki sendiri

Sebagai ibu dan ayah, kita mahu anak kita berdisiplin dan pandai berdikari, kan?

Kita mahu mereka boleh berdiri atas kaki sendiri.

Haaa, apa kata anda gabungkan kedua-dua ini dalam cara mendisiplinkan anak anda?

Jika anda perasan yang anak-anak anda mula bergaduh sesama sendiri, suruh mereka menghadap antara satu sama lain sambil berdiri atas satu kaki (ala-ala burung flamingo).

Biarkan mereka kekal dalam posisi ini sehinggalah mereka berbaik, mula bekerjasama dan dapat mencari penyelesaian untuk berbaik semula.

Mungkin pada mulanya, cara ini nampak remeh, tapi tunggu sehingga seminit dua. Pasti anak-anak anda akan mula tergelak dan bergurau antara satu sama lain (ketika cuba untuk menjatuhkan adik atau abangnya itu!)

Dengan cara ini, mereka akan cepat berbaik dan menjadi mesra antara satu sama lain.

3. Kaedah mencuci tingkap

cara mendisiplinkan anak - cuci tingkap

Sumber: The Asian Parent Singapore

Saya pernah terdengar yang ada beberapa ibu membuatkan anak-anak mereka mencuci tingkap apabila anak mereka buat perangai atau tidak berdisiplin.

Ibu ini akan menyuruh anaknya mencuci tingkap yang sama sehingga ianya benar-benar berkilat! 

Teknik ini sangat sesuai untuk anak yang selalu bergaduh. Jadi, apabila mereka diminta untuk mencuci tingkap bersama-sama, ia mengajar nilai kerjasama.

Malah, mungkin mereka juga akan saling bergurau dan mula mencampak air antara satu sama lain dan bergelak ketawa! 

The post 6 Cara Kreatif Untuk Mendisiplinkan Anak Anda appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.

Kenapa Anda Tidak Patut Bawa Anak Ketika Pergi Bercuti?

$
0
0

Antara persoalan yang sentiasa bermain di fikiran ibu ayah adalah sama ada untuk membawa anak-anak bersama ketika percutian yang seterusnya.

Setiap orang sudah pasti ada pendapat masing-masing. Namun, ibu ini, Nicole Yi, ada pendapatnya yang tersendiri.

Baginya, anda tidak patut membawa anak kecil anda sekali ketika bercuti

Kenapa? Jom baca penerangan darinya.

Patutkah anda bawa anak kecil bercuti?

***

Percutian saya yang terbaru adalah pada bulan lepas, di mana saya telah pergi ke Cabo.

Sebelum percutian itu, sudah lama rasanya saya tidak berehat dan melancong (kira-kira 11 tahun yang lepas!).

Antara memori indah dalam hidup adalah ketika saya mengikuti percutian keluarga sewaktu saya di sekolah rendah.

Ibu, ayah, dan saya sangat seronok ketika menaiki kapal cruise dan melancong ke pelbagai tempat. Saya masih ingat sehingga ke hari ini.

Tetapi, ketika saya masih budak kecil, kira-kira 4 ke 5 tahun, saya tidak dapat mengingati satu pun percutian keluarga yang saya telah pergi.

perlukah bawa anak kecil ketika bercuti

Sumber: Popsugar.com

Cancun, Jamaica, serta Hawaii – saya tiada memori mengenainya!

Saya hanya tahu saya telah pergi bercuti ke tempat ini hanya setelah saya melihatnya dalam foto album keluarga saya.

Baru-baru ini, saya ada berbual dengan rakan sekerja dan rakan rapat tentang hal ini. Kami semua dalam golongan usia 20-an.

Yang menariknya, kami semua bersetuju yang kami harap ibu bapa kami membawa kami berjalan-jalan ketika kami sudah besar, dan bukannya sewaktu kami masih bayi atau anak kecil.

Apabila saya melihat keluarga bersama bayi kecil mereka di airport, saya tak dapat elak dari berfikir, “Membazirnya bercuti bawa anak kecil!”.

Sewaktu saya menunggu giliran untuk menaiki kapal terbang ke San Francisco, sepasang ibu ayah sedang sibuk bersembang tentang bagaimana dia dan anaknya (berusia 4 dan 5 tahun) telah bercuti ke banyak tempat.

Saya memang kagum kerana mereka sudi membawa anak mereka berjalan-jalan.

Tetapi, berapa banyakkah antara memori ini yang dapat diingati oleh anak kecilnya itu?

Sebab bagi saya, jika itu saya, saya sedar yang saya masih terlalu kecil untuk memahami percutian tersebut dan menghayatinya.

patutkah bawa bayi ketika bercuti

Sumber: Momtricks.com

Cadangan jika anda ingin bawa bayi atau anak kecil bercuti

Apa yang saya ingin sarankan di sini adalah: jika anda merancang untuk percutian keluarga yang “gempak”, tunggulah sehingga anak anda besar sedikit untuk memahami dan menikmatinya.

Sebolehnya apabila mereka sudah masuk ke sekolah.

Ya, saya faham. Kadangkala, percutian itu lebih kepada untuk ibu bapa, dan bukannya untuk anak kecil mereka.

Tetapi, jika tujuan utama anda membawa anak anda pergi bercuti adalah untuk mencipta memori kanak-kanak yang indah untuk anak-anak anda, tunggulah sehingga dia besar sedikit.

Saya bukanlah meminta anda, ibu ayah sekalian, untuk terus menghentikan segala percutian ketika anak anda kecil.

Cumanya, saya merasakan yang percutian besar-besaran seperti keluar melancong ke luar negara berhari-hari lamanya perlu ditangguhkan dahulu.

Anak kecil anda terlalu kecil untuk memahami betapa hebatnya destinasi anda itu.

Sebaliknya, tumpukan kepada untuk meluangkan masa berkualiti dengan anak-anak kecil anda. Dan, ini boleh dilakukan di rumah atau melancong di dalam negara sahaja.

Itulah perkara yang lebih penting, saya rasa.

***

Jadi, bagaimana ibu ayah sekalian? Anda bersetuju dengan pendapatnya? Mari berkongsi pandangan di ruangan komen ya!

Sumber: Popsugar.com

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Tips Melancong Dengan Anak Kecil

The post Kenapa Anda Tidak Patut Bawa Anak Ketika Pergi Bercuti? appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.

10 Fakta Menarik & Pelik Tentang Seks Yang Sengaja Disorokkan Dari Anda

$
0
0

10 fakta menarik tentang seks yang disorok sejarah

Anda suka baca tentang sejarah dan pelbagai fakta menarik? Nampaknya anda telah sampai di artikel yang betul.

Selepas habis membaca artikel ini, anda pasti akan rasa amat terkejut lagi pelik dengan pelbagai perkara yang anda tidak tahu ini – seks.

Di Malaysia, seks mungkin adalah satu topik taboo yang sengaja tidak dibincangkan secara terbuka. 

Namun, ia tak bermaksud netizen tidak berhak untuk mengetahui sebarang perkara berilmiah tentang topik ini.

Hari ini, saya akan membawa 10 fakta menarik lagi pelik tentang seks yang sengaja disorokkan dari anda. 

Jangan terkejut dan tergamam selepas habis membaca, ya! Hehe

1. Permaisuri Rusia pada abad ke-18 upah pekerja untuk “geletek” kaki agar beliau turn on

fakta tentang seks

Kredit: theobscene.tumblr.com

Ha… ada kerjaya sebagai penggeletek kaki, rupanya!

Permaisuri Rusia, Catherine dan wanita lain seperti Anna Leopoldovna pernah mengupah gadis dan eunuch (lelaki yang tiada zakar) untuk menaikkan mood mereka berasmara bersama suami, dengan menggeletek kaki.

2. Cincin untuk zakar dibuat dari bulu mata kambing

fakta tentang seks

Kredit: Aliexpress

Cincin untuk zakar memang amat terkenal masa pemerintahan Song dan Jin di China (zaman 1200). 

Tapi, sebenarnya ia dibuat dari bulu mata kambing, macam gambar di atas!

3. Dildo dibuat dari batu

fakta tentang seks

Kredit: World Archaeology Prehistory Museum – Blaubergen

Jangan tergelak pula baca fakta ini, ya!

Memang betul, dulu masyarakat menggunakan dildo yang dibuat dari batu. Ia dijumpai dalam gua Hohle Fels di Jerman sekitar 28,000 tahun lalu.

Tapi sekarang, dildo sudah “dilembut” dan lebih “panas” daripada batu ini. Oh tahukah anda nama “dildo” itu sebenarnya berasal dari nama orang Itali?

4. Gambar bogel sering diambil dulu

Ramai yang menyangka orang zaman dulu tak advance dan tidak berani

Tapi, tahukah anda yang sejak kamera sudah wujud, sudah ramai masyarakat mengambil gambar-gambar bogel?

Ada gambar yang memperlihatkan aksi berasmara antara lelaki atau antara lesbian juga, tau!

5. Doktor zaman Victoria kena “melancap” pesakit

fakta tentang seks

Sony Pictures

Dulu, histeria dikenali sebagai perangai wanita yang seringkali risau, tak boleh duduk diam dan gementar. 

Namun, doktor pada zaman Victoria telah menemui jalan penyelesaian bagi masalah histeria ini. Ia adalah urutan di pelvik dengan jari (fingering, ke!)

Jika dilakukan dengan betul, sindrom histeria boleh hilang, umppp…

6. Boleh beli buku panduan seks pada abad ke-18 di London

Dulu, rumah dan bidang pelacuran dibenarkan. Jadi, ada pelbagai buku panduan seks yang sengaja diterbitkan setiap tahun.

Buku panduan ini bukan biasa-biasa tau! Ia umpama katalog yang memaparkan harga, umur, teknik dan ulasan sesetengah wanita yang menawarkan perkhidmatan seks.

7. Rome ada 45 rumah pelacuran dan isyarat tersendiri

If they'd been open in the mornings, no one would have bothered to go to work. Prostitution was fully legal in Rome, and men would also offer their services. At one point, a census showed there were 32,000 sex workers operating in the city. "Road signs" shaped like penises pointed the way to the nearest pleasure house.

Percaya atau tidak, pada 300 Sebelum Masihi, Rome ada lebih kurang 45 rumah pelacuran

Ia tak boleh dibuka pada waktu pagi sebab nanti semua pekerja tak mahu pergi bekerja. Yang lebih pelik, ada tanda isyarat aneh di setiap jalan yang menunjukkan gambar “zakar”.

Tanda isyarat ini untuk beritahu dekat mana rumah ayam yang terdekat.

8. Wanita zaman Roman ambil peluh gladiator 

Kalau zaman sekarang, kita akan memuja artis-artis (k-pop ke). Dulu, wanita zaman Roman memuja gladiator.

Sebab itu mereka sanggup mengambil peluh gladiator tersebut untuk dijadikan minyak wangi atau pelincir.

9. Roman guna token khas untuk bayar khidmat seks

To defeat the language barrier faced by soldiers stationed throughout the Empire, the army came up with these tokens, which featured a full range of sexual activities and positions. The coins (spintriae) had different values based on the sexual activity depicted. All the soldiers had to do was point and pay. Clever.

Inilah token khas yang sengaja digunakan mereka. 

Token khas ini terpaksa dibuat kerana masyarakat waktu itu masih menghadapi masalah sukar untuk faham pertuturan orang lain. 

Tapi dengan token ini, askar-askar hanya perlu tunjuk aksi apa mereka “mahu” dan bayar. Pandai!

10. Teknik wanita terhormat Medieval menipu “ujian dara atau tidak”

Wanita terhormat Medieval perlu kekal sebagai anak dara hinggalah mereka berkahwin. Tapi, sebenarnya mereka ada teknik sendiri untuk menipu ujian dara atau tidak.

Caranya, mereka perlu meletakkan lintah di labia (bibir vagina). Nanti, darah akan keluar dan mengaburi mata lelaki yang menganggap ia adalah darah kerana masih dara.

Ha… macam mana? Terkejut tak baca fakta-fakta menarik lagi pelik tentang seks ini? 

Ia hanyalah satu perkongsian untuk hiburan. Jangan ambil serius sangat, ya!

Sumber rujukan: Buzzfeed

Kredit gambar: Flickr

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

8 Mitos Tentang Seks Menurut Pakar Terapi Seks

 

 

The post 10 Fakta Menarik & Pelik Tentang Seks Yang Sengaja Disorokkan Dari Anda appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.

Viewing all 4977 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>