Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all 4976 articles
Browse latest View live

Suami Sembelih Isteri Dan Bakar Diri Sendiri Lepas Pos Gambar Kahwin Di Facebook

$
0
0

Tragedi suami sembelih isteri dan bakar diri sendiri

Dengan peredaran zaman yang makin canggih dan pantas, semuanya seperti boleh berlaku dalam sekelip mata.

Dan inilah yang terjadi dalam tragedi menyayat hati ini.

Seorang suami telah mengambil keputusan drastik “menyembelih” isteri sendiri di leher sebelum membunuh dirinya selepas itu.

Suami tersebut, James Barnes, 30 tahun membakar diri di halaman belakang rumah ibunya di London.

suami sembelih isteri

Kredit: Facebook

Polis kemudian pergi ke rumah James dan isteri yang sejauh 20 batu dari tempat kejadian pertama.

Alangkah terkejutnya mereka apabila mendapati di rumah perkongsian suami isteri itu, Amy (isteri) pula ditemui mati dengan kesan kelar dan tikam di leher. 

Polis mempercayai tragedi ngeri ini adalah insiden bunuh kemudian membunuh diri.

Pos gambar kahwin di Facebook

Beberapa jam sebelum membunuh diri, James sempat memuatnaik gambar perkahwinannya pada Mei 2014 di Facebook.

suami sembelih isteri

Kredit: The New York Post

James dan Amy telah berkahwin selama 3 tahun

Manakala Amy pula didapati kerap memuatnaik gambar dirinya “berseorangan” tanpa James di Facebook.

Kejadian ini amat tidak disangka kerana para jiran dan ahli keluarga terdekat mereka mengatakan pasangan ini kelihatan seperti “amat menyayangi antara satu sama lain.”

suami sembelih isteri

Kredit: Facebook

Amy bekerja sebagai seorang jururawat untuk penjagaan bayi baru lahir. 

Media sosial seperti Facebook dan bagaimana ia bahaya untuk kesihatan mental

Bagi saya, kejadian seperti ini membuktikan satu perkara: media sosial bukanlah gambaran sebenar tentang realiti

Memang media sosial seperti Facebook memberi kita peluang untuk lebih berhubung dengan masyarakat, ilmu dan perniagaan. 

Namun, media sosial juga mempunyai keburukan yang tersendiri. Keburukannya adalah konsep realiti yang salah.

Dan kita sebagai pengguna sebenarnya yang menyumbang kepada konsep ini. 

Menurut pakar, kebolehan pengguna untuk mengedit dan memanipulasi media sosial menyebabkan kita buat media sosial sebagai satu platform untuk “menayangkan” versi diri yang ingin kita lihat.

Ia bukan diri kita yang sebenar dan ia boleh mendatangkan pelbagai tanggapan pada masyarakat.

Terlalu obses dengan imej dalam media sosial juga menyebabkan pengguna tidak betul-betul membina hubungan emosi dengan pasangan. 

Lihat video ini untuk memahami bagaimana media sosial merosakkan persepsi realiti pada pengguna dan mengapa kita tak sepatutnya menganggap media sosial sebagai terlalu penting.

Dalam kes ini, James sempat memuatnaik gambar perkahwinannya dengan sweet caption sebelum membunuh isterinya.

James menulis caption ini dalam gambar perkahwinan mereka itu – 

Semuanya kelihatan sempurna. Namun, ia lebih sempurna daripada yang sepatutnya.

Isteri saya telah buat saya jatuh cinta dengannya. Dia amat cantik dengan gaun perkahwinan itu.”

Namun, hal ini tak membuktikan perkahwinan James dan Amy benar-benar bahagia

Guna media sosial untuk kepentingannya saja

Apa yang boleh kita belajar daripada insiden menyayat hati ini? Gunalah media sosial untuk kepentingannya saja.

Faham satu perkara, di sebalik gambar indah yang kita nampak di Instagram, Facebook atau Twitter, pasti ada ketidaksempurnaan yang tidak dimuatnaik.

Kredit: The Cabin Chiang Mai

Jangan ingat semuanya sempurna saja.

Kan lebih bagus kalau pengguna juga memuatnaik sebarang gambar “tidak sempurna” di sebalik semua pos itu?

Atau mungkin kita boleh muatnaik apa yang sebenarnya terjadi. Realiti sebenar!

Yang paling penting – JADI DIRI ANDA SENDIRI.

Semoga kita (pengguna media sosial) mendapat pengajaran daripada perkongsian ini.

Sumber rujukan: New York Post, The Sun, Today Pictures dan NCBI

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga

Tergempar: Seorang Ayah Membunuh Anaknya Secara ‘Live’ Di Facebook Sebelum Membunuh Diri!

 

The post Suami Sembelih Isteri Dan Bakar Diri Sendiri Lepas Pos Gambar Kahwin Di Facebook appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.


Salah Ke Kalau Ibu Baru Bersalin Tidak Mahu Menerima Pelawat?

$
0
0

Saat menjadi ibu baru adalah saat terindah dan sudah pasti setiap ibu ingin menikmati sesi ikatan dengan bayi baru mereka. 

Disamping memerlukan rehat yang secukupnya, banyak juga perubahan dalam kehidupan harian yang memerlukan penyesuaian.

Jadi, bilakah masa sesuai bagi pelawat yang sudah tidak sabar untuk melihat bayi baru anda? 

Ini adalah soalan yang selalu ditanya orang ramai. 

Masa peribadi untuk ibu baru bersalin

Kebanyakkan kawan-kawan akan mengucapkan tahniah dengan menghantar mesej dan bertanya bilakah masa yang sesuai untuk datang melawat

Mereka selalunya menghormati masa peribadi yang diperlukan oleh ibu baru bersalin itu dan hanya akan melawat apabila semua sudah bersedia.

Tetapi hal ini tidak sama dengan ahli keluarga terdekat dan saudara-mara yang pasti akan datang melawat sambil membawa hadiah, sejurus anda melahirkan anak.

Ini bukan soal jika ibu baru itu cukup rehat atau sudah bersedia untuk menerima tetamu ataupun tidak. 

Apakan daya, situasi begini tidak dapat dielakkan. Lagipun, ia bukan budaya kita untuk bersikap tidak ramah dan menghalau siapa-siapa yang sudi melawat.

Budaya barat untuk ibu baru bersalin

Flickr | Bridget Coila

Walau agaimanapun, kebanyakan ibu barat tidak akan teragak-agak untuk meminta agar semua orang termasuk saudara dan ahli keluarga untuk memberi masa peribadi

Ada yang menetapkan rakaman mesej automatik untuk mengucap terima kasih dan meminta semua orang untuk bersabar sehingga mereka sedia menerima tetamu. 

Ada juga ibu bapa baru yang tidak mengumumkan kelahiran anak mereka sehingga beberapa hari kemudian dan pernah berlaku juga, pelawat yang disuruh pulang kerana datang menziarah tanpa memberitahu terlebih dahulu.

Pada pendapat mereka, minggu pertama bersama anak tidak patut dikongsi dan adalah masa khas untuk keluarga sahaja menjalinkan ikatan.

Tidak semua orang akan bersetuju dengan cara ini

Flickr | Hamed Saber

Sudah pasti budaya mereka tidak akan diterima oleh masyarakat Malaysia.

Bayangkan apa yang mungkin berlaku jika ibu baru menghalau ibu mertua!

Pasti ramai yang akan berasa sedih atau tersinggung!

Setiap bayi adalah berita yang menggembirkan. Mereka bagaikan hadiah, berkat dari Tuhan.

Apa salahnya kita berkongsi kegembiraan ini dengan semua orang? Buat apa ibu baru simpan kegembiraan itu? 

Adakah anda tidak suka apabila orang lain ingin meraikan bersama anda?

Mengikut pengalaman saya sendiri, minggu pertama mungkin minggu yang paling mencabar untuk ibu baru, terutamanya jika ibu tersebut perlu menjaga anak di samping menerima tetamu tanpa pertolongan orang lain. 

Ada yang rasa lemah atau letih disebabkan kekurangan tidur. Ada yang masih rasa sakit selepas melahirkan anak

Anda mungkin tidak dapat menghalang tetamu dari datang, tetapi ia tidak salah untuk mengingatkan mereka untuk menelefon sebelum datang melawat. 

Pada pendapat ibu sekalian, bilakah masa yang sesuai untuk menerima pelawat? Kongsi jawapan anda di ruang komen!

Sumber: Stuff.Nz

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: 

Kajian mengatakan tempoh untuk pulih trauma bersalin adalah setahun

The post Salah Ke Kalau Ibu Baru Bersalin Tidak Mahu Menerima Pelawat? appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.

14 Bahan Di Dapur Yang Boleh Merawat Morning Sickness Ketika Wanita Hamil

$
0
0

Morning sickness (mual dan muntah) ketika hamil

Wanita hamil biasanya akan mengalami “morning sickness” pada trimester pertama kehamilan. Morning sickness adalah rasa mual dan muntah ketika hamil.

Walaupun dipanggil sebagai “morning” sickness, tapi gejala ini bukan berlaku pada waktu pagi saja. Pada bila-bila masa pun ibu hamil dapat rasa mual atau muntah.

Tapi selalunya rasa morning sickness akan hilang selepas trimester pertama. Akan tetapi, ada juga ibu-ibu hamil yang mengalami morning sickness teruk, hingga boleh mengancam nyawa!

morning sickness

Ia dikenali sebagai Hyperemesis Gravidum. Kate Middleton antara ibu terkenal yang mengalaminya. 

Walaupun morning sickness tak seteruk hyperemesis gravidum, tapi penat juga asyik rasa mual dan nak muntah.

Jadi, kami ingin berkongsi petua dari Mom Junction ini untuk anda. 

Jom rawat morning sickness dengan 14 bahan semulajadi yang boleh anda dapat di dapur ini:

1. Air masak

Minum air masak dengan banyak untuk mengatasi rasa mual dan nak muntah.

Malah, minum air masak yang mencukupi juga membantu badan anda daripada dehidrasi dan meningkatkan sistem pencernaan.

2. Halia

mual dan muntah

Kredit: iStock

Dalam banyak-banyak bahan semulajadi di dapur yang boleh merawat morning sickness, halia adalah bahan yang paling terbaik!

Ia meningkatkan sistem pencernaan dan mengurangkan asid dalam perut. Nanti, anda takkan lagi pening, mual dan rasa nak muntah.

Anda boleh minum teh halia dengan madu setiap pagi.

3. Daun pudina

Daun pudina mengandungi methanol yang boleh mengelak rasa mual ketika hamil. Sediakan teh pudina dan tambah daun pudina kering ke dalamnya. Minum setiap pagi.

Anda juga boleh menitikkan minyak pati pudina ke sapu tangan. Hidu bila rasa nak muntah.

4. Buah lemon

mual dan muntah

Kredit: iStock

Buah lemon mempunyai aroma yang mampu menenangkan badan anda. Kalau anda rasa mual dan nak muntah, segera bau lemon segar.

Atau anda juga boleh masukkan lemon ke dalam air, tambah madu/gula dan minum setiap pagi. Jangan simpan lemon lama sangat, takut jadi pahit.

5. Oat atau gandum

Bagi yang berselera untuk makan oat (sebab saya tak suka!) atau gandum, cuba makan ia dengan susu setiap jam. Ia dikatakan mampu mengurangkan morning sickness.

6. Cuka epal 

Cuka epal adalah pH neutral yang boleh buat asid gastrik dalam perut jadi semulajadi.

Anda boleh menambah satu sudu madu dalam cuka epal bersama air dan minum ia sebelum tidur atau pada waktu pagi.

7. Vitamin B6

mual dan muntah

Kredit: iStock

Anda boleh ambil makanan tambahan vitamin B6 (minimum 25mg) dan makan beberapa makanan yang kaya dengan vitamin B6 setiap malam.

Antara makanan yang kaya dengan vitamin B6 adalah:

  • beras perang
  • avokado
  • buah pisang
  • ikan 
  • kekacang

8. Brokoli

Brokoli kaya dengan asid folik yang membantu meredakan rasa mual ketika hamil. Anda boleh masukkan brokoli dengan halia, daun pudina dan buat sup!

9. Yogurt

Yogurt kaya dengan vitamin B12 yang amat berkhasiat untuk wanita hamil. Pribiotik ini boleh dimakan dengan buah-buahan segar.

10. Buah kiwi

Buah kiwi, buah pisang dan beri biru amat sedap malah mampu membantu anda dalam hal mual ini! Sedapnya ia juga boleh dimakan dengan madu.

11. Biji cengkih

mual dan muntah

Kredit: iStock

Biji cengkih kaya dengan aroma yang boleh melegakan perut anda. Cuba masukkan biji cengkih dalam teh madu, atau dalam masakan harian anda.

12. Spirulina

Siapa suka minum spirulina? Spirulina bukan saja bagus untuk atasi masalah mual dan muntah, malah ia kaya dengan protein dan boleh membantu sistem penghadaman.

Kalau anda tak lalu nak minum spirulina begitu saja, cuba tambah pisang. Sedap! Spirulina juga hadir dalam bentuk tablet.

13. Kacang badam

Boleh kunyah-kunyah kacang badam sebelum anda tidur atau pada waktu pagi!

14. Bawang

Kredit: iStock

Bawang boleh meredakan rasa sensasi nak muntah. Banyakkan makan bawang atau cuba ekstrak jus bawang dan campur dengan halia. 

Tapi, jangan khuatir sangat wahai ibu-ibu hamil.

Morning sickness adalah normal ketika kehamilan, melainkan anda mengalami muntah dan mual yang amat teruk seperti HG.

Ia tidak akan menjejaskan bayi dalam kandungan. Tapi, jom cuba 14 bahan dalam dapur yang kami bagi tadi!

Ada sebarang petua lain lagi yang anda amalkan? 

Sumber rujukan: Mom Junction

Kredit gambar: University of California, Santa Barbara

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Ibu Hamil Jangan Keliru Antara Hyperemesis Gravidarum Dengan Mabuk Hamil Biasa

The post 14 Bahan Di Dapur Yang Boleh Merawat Morning Sickness Ketika Wanita Hamil appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.

Pesan Ibu Ini “Jangan Tangguh Pembedahan Caesar Jika Naluri Rasa Bayi Dalam Bahaya!”

$
0
0

Harapan mahu bersalin secara normal

Adalah harapan hampir setiap ibu hamil untuk melahirkan anak secara normal dan mengelak dari melakukan pembedahan caesar serta masalah kehamilan yang lain.

Baru-baru ini Ayla Heller, 19, telah berkongsi di Facebook tentang kisahnya yang hampir kehilangan bayinya yang tercinta

Kalaulah dia tak menurut apa kata hati dan nalurinya, pasti bayi itu tak berjaya diselamatkan!

Ayla terpaksa melahirkan bayi pertama melalui pembedahan caeser 2 minggu lebih awal, selepas 1 hari tidak merasakan sebarang pergerakan.

Kredit: Baby Center

Bayi tidak bergerak sepanjang hari

Berikut adalah perkongsian Ayla yang akan buat anda terkejut.

“Dari awal pagi lagi saya sudah perasan yang Maddy (bayi dalam kandungan) tidak menendang langsung.

Mungkin hari ini dia kurang aktif kerana keadaan ini juga seringkali berlaku,” tulisnya di media sosial.

Dalton (teman lelaki) juga telah meletakkan tangannya di perut saya dan bertanya jika Maddy telah menendang hari itu. Saya menjadi resah kerana baru sedar Maddy masih belum bergerak sepanjang hari.

Sesetengah artikel yang saya baca dalam talian menasihatkan untuk pergi ke hospital dengan segera,

Yang lain pula mengatakan ini mungkin disebabkan bayi yang kehabisan ruang untuk bergerak dalam perut di akhir kehamilan.”

Akhirnya melakukan pembedahan caesar

Akhirnya, Ayla dan teman lelakinya Dayton bergegas ke hospital selepas ibu Ayla menggesa mereka untuk pergi secepat mungkin. 

Setibanya di hospital, Ayla telah disambungkan pada mesin untuk memantau keadaan anaknya. 

Apabila doktor Ayla tiba, dia telah menjelaskan yang nyawa Maddy dalam bahaya dan Ayla perlu menjalankan pembedahan caesar dengan segera.

Posted by Ayla Heller on Tuesday, 19 September 2017

“Kami dimaklumkan yang kami boleh kehilangan Maddy jika dia tidak dikeluarkan secepat mungkin.

Saya diberikan ubat bius pada tulang belakang dan sebelum Dalton sempat masuk ke bilik, mereka telahpun memulakan pembedahan caesar.

Maddy berjaya dikeluarkan dengan selamat, tetapi dia masih memerlukan bantuan oksigen.”

Gangguan plasenta

“Kira-kira 40 minit selepas pembedahan caeser tersebut, Maddy dan saya dibenarkan kembali ke bilik. 

Mereka beritahu saya yang plasenta saya telah merosot lebih awal, dan berhenti berfungsi.”

Ini telah menghalang Maddy daripada menerima oksigen atau nutrien yang diperlukannya. 

Maddy tidak bergerak kerana terpaksa mengekalkan tenanganya.

Maddy  juga terpaksa diberi titisan IV air glukosa kerana didapati mempunyai gula dalam darah yang rendah ketika dilahirkan.

Akhirnya, Ayla dan Dalton berkongsi pengalaman mereka sebagai amaran kepada ibu bapa lain untuk mengikut naluri dan kata hati mereka. 

Kisah mereka telah dikongsi sebanyak 20,000 kali dan mendapat ribuan komen dari pembaca.

Jangan teragak-agak apabila ianya melibatkan nyawa anak.

Saya hampir tidak pergi ke hospital.

Saya hampir memutuskan untuk menunggu di rumah sehingga pagi untuk melihat jika ada apa-apa perubahan.

Sekiranya saya telah berbuat demikian dan tidak menjalani pembedahan, saya tidak akan mendukung anak kesayangan saya hari ini.” 

Sebab-sebab plasenta merosot lebih awal

Gambar plasenta normal dan placenta yang telah merosot terlalu awal dan lebih dikenali sebagai “Calcified placenta”

Pakar belum mengenalpasti bagaimana keadaan ini boleh berlaku, tetapi kajian menunjukkan masalah ini lebih cenderung melanda:

Komplikasi termasuk:

  • pendarahan teruk selepas kelahiran atau pendarahan selepas bersalin
  • gangguan plasenta
  • bayi pramatang
  • mempunyai bayi dengan skor Apgar yang rendah
  • lahir mati

Apabila ibu bapa rasa ragu-ragu dan kurang pasti apabila mengalami tanda masalah kehamilan, jumpa doktor atau pergi ke hospital dengan segera untuk mendapat pengesahan.

Sumber: Good to Know, Babycenter

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Kematian Bayi Dalam Kandungan – Pengalaman Yang Paling Sedih Untuk Ibu Bapa

The post Pesan Ibu Ini “Jangan Tangguh Pembedahan Caesar Jika Naluri Rasa Bayi Dalam Bahaya!” appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.

Adakah Normal Jika Vagina Keluar Darah Selepas Hubungan Seks Semasa Hamil?

$
0
0

Berhubungan seks ketika hamil

Walaupun ramai wanita hamil kurang berkeyakinan diri untuk melakukan seks ketika hamil, namun sebenarnya hubungan seks ketika hamil adalah selamat malah ia lebih seksi!

Kalau anda nak tahu apa posisi seks ketika hamil yang beri “umph” pada anda dan pasangan, cuba baca artikel ini.

Namun, ada beberapa keadaan yang boleh mencetuskan panik pada ibu hamil ketika bersenggama dengan pasangan.

keluar darah selepas seks semasa hamil

Kredit: TheHealthSite.com

Antaranya apabila ada keluar darah dari vagina selepas berintiman. Alamak! Adakah ia berbahaya?

Adakah ini keguguran?

Jangan risau. Jom kita ketahui dengan lebih lanjut tentang topik ini menerusi perkongsian Mom Junction berikut.

Vagina keluar darah selepas hubungan seks ketika hamil – normal atau tak?

Berita baiknya, pendarahan atau keluar darah selepas hubungan seks ketika hamil adalah normal, jika ia berlaku pada 20 minggu pertama kehamilan.

Ia mungkin disebabkan perubahan hormon, jangkitan dan sebagainya. 

Namun, tak semua pendarahan selepas seks ketika hamil adalah normal. 

Jika vagina anda keluar darah selepas hubungan seks, ketika usia kehamilan mencecah minggu ke-20, ia tidak normal!

Anda perlu segera berjumpa dengan doktor pakar dan mengelak hubungan seks sehingga doktor mengatakan selanjutnya.

Mengapa keluar darah selepas hubungan seks ketika hamil?

Rahim dan servik yang sensitif ketika hamil adalah punca mengapa vagina anda mengeluarkan darah selepas bersenggama.

keluar darah selepas seks semasa hamil

Kredit: Mom Junction

Antara sebab lain mengapa servik menjadi terlalu sensitif adalah kerana:

1. Bekalan darah meningkat

Bekalan darah ke vagina dan servik meningkat selepas anda hamil. Ketika melakukan seks, tekanan akan diberi pada kawasan servik, hingga pendarahan boleh terjadi.

2. Pembentukan saluran darah kecil meningkat

Beberapa saluran darah kecil akan terbentuk semasa anda hamil. Ia untuk memenuhi tuntutan oksigen yang mencukupi buat ibu dan janin dalam kandungan.

Kebanyakan saluran darah kecil itu terbentuk di kawasan vagina dan servik. 

Oleh sebab ia kecil dan halus, saluran darah ia boleh mudah pecah semasa persetubuhan. 

3. Polip serviks

Polip servik adalah satu pertumbuhan yang tidak berbahaya. Ia biasanya terjadi pada servik kerana hormon estrogen yang tinggi.

Polip mengandungi saluran darah kecil yang rapuh dan mudah pecah, punca mengapa terdapat pendarahan ketika bersenggama.

Adakah ini bermaksud keguguran?

Keguguran akibat melakukan seks adalah jarang sekali berlaku.

Ini sebab janin selamat dalam cecair kantung amniotik. Kantung ini akan memelihara bayi dan menyerap sebarang kejutan.

Lagipun, bayi anda terletak jauh daripada kawasan “bersenggama”.

Namun, jika anda mempunyai dinding rahim yang lemah, doktor mungkin akan menyarankan anda menjauhi hubungan seks untuk mengelak keguguran.

keluar darah selepas seks semasa hamil

Kredit: Baby Center

Bagaimana nak elak pendarahan ketika berhubungan seks?

Anda boleh mengurangkan risiko pendarahan ketika berhubungan seks dengan mengikut peraturan ini:

  1. Cuba posisi seks yang lebih selamat – Antaranya seperti posisi missionary tapi dari tepi dan sebagainya.
  2. Seks oral 
  3. Cuba berlembut ketika berhubungan seks sewaktu hamil
  4. Guna minyak pelincir
  5. Guna kondom

Bila anda patut berjumpa doktor?

Anda boleh berjumpa dan memberitahu doktor tentang pendarahan yang terjadi jika anda risau. 

Pakai pad untuk melihat pendarahan jenis apa yang berlaku dan anda boleh memberitahu maklumat ini pada doktor.

Antara tanda-tanda serius yang tak patut anda hiraukan jika ada darah keluar selepas berhubungan seks ketika hamil adalah:

  • Kekejangan atau cramp yang teruk di bahagian bawah abdomen dan di kawasan pelvik
  • Pendarahan dari vagina yang banyak dan kerap
  • Keluar lendir dari vagina yang kelihatan seperti ketulan dan tisu
  • Pening dan rasa ingin pengsan
  • Demam panas
  • Sakit ketika ingin buang air kecil, selepas atau sebelum berhubungan seks

Semoga perkongsian ini berguna untuk anda. Sama-sama kita jaga kesihatan diri demi bayi tercinta, ya!

Sumber rujukan: Mom Junction

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

6 Mitos Tentang Seks Semasa Hamil

 

The post Adakah Normal Jika Vagina Keluar Darah Selepas Hubungan Seks Semasa Hamil? appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.

Cara Ajar Anak Untuk Mengawal Emosi (Panduan Lengkap Ikut Umur)

$
0
0

Manusia dan emosi…

Kita semua dilahirkan dengan emosi

Setiap orang mempunyai 8 emosi utama iaitu : marah, sedih, takut, gembira, rasa minat, terkejut, rasa jijik, dan rasa malu. 

Tapi, kita juga memiliki emosi sekunder.

Emosi sekunder adalah reaksi terhadap lapan emosi utama ini. 

Contohnya, seorang kanak-kanak yang pernah dihukum kerana membuat perangai mungkin akan rasa cemas untuk mengulangi perbuatan itu lagi.

Dalam erti kata lain, cara kita bertindak balas terhadap emosi anak boleh memberi kesan kepada perkembangan emosi mereka.

Kita perlu mengajar anak untuk mengenali perasaan yang mereka alami.

Ini boleh membantu mereka untuk menangani perasaan yang dialami dengan cara yang betul dan diterima orang ramai.

Berikut kami sediakan bagaimana anda boleh mengajar anak-anak mengawal emosi, berdasarkan umur mereka. Jom semak!

#1 Peringkat bayi 

tip jaga jaga bayi baru lahir

Sumber: Motherandbaby.co.uk

Seorang bayi dipandu oleh perasaan asal yang terbina dalam otak mereka.

Misalnya, seorang bayi akan menangis apabila mendapat rangsangan yang tidak menyenangkan (bunyi bising yang mengejutkan), atau apabila ingin sesuatu (makanan, sentuhan, pelukan).

Bukti menunjukkan dalam 6 bulan pertama, seorang bayi mampu bertindak untuk menenangkan diri dengan menghisap jari apabila menghadapi kesusahan.

Kajian-kajian lain juga mendapati seorang bayi sudahpun mempunyai kemahiran untuk melaraskan diri sendiri dan boleh mendekati atau mengelakkan situasi bergantung kepada kesan emosi mereka.

Peranan ibu bapa:

Kajian terbaru mencadangkan bayi berusia 6-9 bulan akan lebih tenang atau dalam keadaan neutral dengan lebih lama apabila mendengar rakaman lagu atau rakaman ucapan untuk bayi dan orang dewasa.

Nyanyian jauh lebih berkesan untuk menenangkan bayi berusia 10 bulan yang terlebih rangsangan.

Kajian juga mencadangkan lagu (“The Wheels on the Bus” misalnya) adalah lebih berkesan daripada memainkan lagu lullabies untuk menenangkan bayi.

#2 Peringkat kanak-kanak kecil

Apabila anak mencapai usia 1 tahun, mereka mula faham mereka akan mengalami perasaan berlainan apabila menghadapi situasi tertentu.

Terdapat beberapa kajian yang menyatakan rasa takut adalah perasaan yang paling susah untuk kanak-kanak kecil.

Ibu bapa boleh mula mengajar dan menerangkan kepada anak perasaan ini dengan menggunakan bahasa yang sesuai. Galakkan mereka untuk mengenali perasaan yang berbeza dan namanya.

Apabila berusia 2 tahun, mereka sudah dapat menggunakan cara tersendiri untuk menangani perasaan-perasaan  yang sukar serta mengelak dari situasi yang tidak baik.

Peranan ibu bapa:

Ibu bapa boleh mengalih perhatian anak apabila mereka takut atau marah.

Apabila anak lebih besar dan mula memahami perasaan yang mereka alami, mereka juga akan belajar cara untuk  mengendali situasi yang mencabar.

Ibu bapa yang mengajar anak mengenai emosi serta cara untuk bertindak akan menghasilkan anak yang lebih berdikari.

Mereka akan mengendalinya dengan lebih tenang dan tahu perasaan mereka adalah perkara biasa.

Kanak-kanak kecil juga boleh belajar cara-cara untuk mengendali emosi dengan mengikut jejak ibu bapa.

#3 Peringkat kanak-kanak

Kanak-kanak akan mengalami banyak jenis emosi semasa zaman kanak-kanak. Mereka juga akan mengalami lebih banyak emosi sekunder yang bakal mempengaruhi reaksi emosi pada masa akan datang.

Kanak-kanak pada peringkat ini sepatutnya sudah faham dan boleh membezakan antara reaksi yang sesuai dengan reaksi yang tidak sesuai. 

Mungkin ada yang masih akan menghadapi cabaran untuk berkongsi emosi, terutama jika mereka masih mengalami kesukaran untuk mengenalpasti dan menamakan perasaan mereka.

Peranan ibu bapa:

Mengajar anak tentang emosi adalah proses 3 fasa:

  • mengajar mereka untuk mengenalpasti perasaan mereka,
  • mengenal pasti apa yang mencetuskan emosi tersebut, dan
  • mengajar mereka untuk menguruskan emosi mereka sendiri

Apabila anak sedar emosi adalah sesuatu yang normal dan tidak salah, ia akan menjadi lebih senang untuk diurus.

Tetapi ibu bapa memainkan peranan yang penting sebagai contoh untuk anak. 

Mereka akan mengikut cara ibu bapa mengendali emosi, maka kita sebagai ibu bapa perlu menunjukkan cara yang betul dan kurangkan reaksi yang negatif.

Jom cuba sama-sama!

Sumber: Parent.co

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

13 Kata-Kata Yang Disarankan Ahli Psikologi Untuk Menenangkan Anak Yang Sedang Marah

The post Cara Ajar Anak Untuk Mengawal Emosi (Panduan Lengkap Ikut Umur) appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.

10 Cara Atuk Nenek Selalu Kepoh Apabila Ibu Bapa Mengajar Anak

$
0
0

Atuk nenek masuk campur ketika ibu bapa ajar anak

Bukan nak salahkan siapa, lagipun mereka juga pernah menjaga, mengajar anak dan sangat sayang cucu mereka.

Tapi, hampir setiap kali selepas balik dari rumah atuk nenek, pasti anak lebih manja dan kadang-kala kurang berdisiplin. 

Masalah ini timbul apabila atuk nenek tidak mengikut atau menyokong cara kita mengajar anak.

Lebih-lebih lagi kalau mereka suka menyampuk atau “menyelamatkan” cucu yang sedang didisiplinkan.

Ini adalah antara 10 perkara yang selalu dilakukan atuk nenek sehingga memberi cabaran kepada kita sebagai ibu bapa. 

1. Langgar peraturan “jangan beri gula-gula”

Mereka memang suka manjakan cucu, setiap kali jumpa pasti belikan gula-gula, coklat, aiskrim, keropok.

Saya pasti kita juga mempunyai kenangan manis atuk nenek selitkan gula-gula apabila ibu bapa tidak tahu.

Terlalu banyak gula-gula tidak baik untuk kesihatan dan hanya akan menyebabkan anak terlampau aktif apabila balik ke rumah sendiri. 

Artikel berkaitan: 6 Makanan yang Menyebabkan Anak Bodoh dan Menyekat Perkembangan

2. Anak tak perlu tidur tengahari 

Setiap ibu bapa tahu betapa susahnya untuk menjaga anak apabila mereka tidak cukup tidur.

Mereka akan merengek dan membuat perangai

Tetapi mertua atau mak dan ayah kita mungkin jarang berjumpa dengan cucu, dan senang lupa cucu mereka perlu tidur tengahari supaya tidak terlalu letih nanti.

3. Mereka rasa lucu anak kita menjawab balik

Saya paling tidak suka kalau atuk nenek ketawa selepas anak mengatakan sesuatu yang menyindir atau kurang hormat.

Mereka sepatutnya mengajar cucu untuk menghormati orang.

Mungkin sekarang mereka rasa ia kelakar dan mencuit hati … tapi jangan lupa kalau besar nanti, tak cute lagi namanya.

4. Selalu beli hadiah

Apabila atuk nenek belikan hadiah sekali-sekala ia semestinya dihargai!

Tetapi jika mereka belikan mainan setiap kali apabila ke kedai, ini bukan hanya mengajar anak untuk meminta apa sahaja pada bila-bila masa. 

Ini juga tidak mengajar anak untuk bersederhana dan menghargai apa yang mereka sudah ada.

5. Apabila mereka mahu melakukan SEGALANYA

Bukannya kita tidak menghargai pertolongan mereka untuk menjaga anak. 

Saya faham mereka sangat teruja mendapat cucu, terutamanya mereka yang baru naik pangkat jadi datuk dan nenek. 

Tapi apabila mereka terlampau memberi pertolongan sehingga berkeras untuk melakukan segala-galanya boleh menimbulkan perasaan tidak suka.

6. Tidak menghormati jadual anda

Apabila anda meminta mereka bawa anak anda pulang ke rumah untuk makan malam, tapi mereka buat rancangan sendiri dan tidak telefon untuk memberitahu anda.

7. Berhenti tolong anda untuk menjaga anak

Merekalah penjaga yang paling boleh dipercayai dan terbaik untuk anak.

Kita harus menghargai pertolongan mereka. Tetapi jangan lupa, mereka boleh kecil hati dan berhenti menjaga anak apabila kita cuba menasihatkan mereka cara didikan yang betul.

8. Mempersoalkan cara anda mengajar anak

Anda harus bersikap terbuka untuk menerima nasihat daripada ibu bapa dan mertua tentang keibubapaan.

Tetapi apabila mereka menyampuk di depan cucu mereka, ini boleh menimbulkan masalah disiplin antara ibu bapa dengan anak.

Kalau satu melarang, tetapi yang satu lagi kata boleh, ini akan menunjukkan pada anak yang mereka tidak “sepakat”.  

Jelaskan pada mereka jika ada yang tidak mengena, mereka boleh bincang dengan anda nanti.

9. Mereka menyebelahi anak anda

“Tak apa, mereka masih kanak-kanak lagi.” 

Pening. Tolonglah jangan sampuk lagi. Memang ada masanya untuk menyebelahi anak, tetapi kita juga perlu mengajar mereka ada peraturan dan undang-undang yang sudah ditetapkan.

10. Biar cucu mereka buat apa sahaja

Pembentukan disiplin bermula di rumah dan dari kecil. 

Adalah tanggungjawab setiap ibu bapa untuk membentuk akhlak dan disiplin anak mereka.

Atuk nenek perlu sentiasa ingat, tanpa peraturan dan struktur, anak tidak akan belajar cara kelakuan yang betul dan menguasai disiplin diri.

Sumber: WeWoman

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: 

Berhenti Melihat Sahaja Anak-Anak Membuat Kacau – Disiplinkan Mereka!

 

The post 10 Cara Atuk Nenek Selalu Kepoh Apabila Ibu Bapa Mengajar Anak appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.

Isteri Terbukti Rasa Tidak Bahagia Kerana Suami Jarang Buat Benda Ini Di Ranjang…

$
0
0

Punca mengejutkan mengapa isteri tidak bahagia dalam perkahwinan

Ramai yang menganggap senang sebenarnya nak kekalkan kebahagian rumah tangga. Namun, sebenarnya anda salah.

Banyak pasangan berkahwin di luar sana yang tidak bahagia malah ada yang sampai ke tahap berlaku curang di belakang pasangan.

Tapi mengapa pasangan ini tidak bahagia? Terutamanya buat isteri?

Mengkaji mengapa pasangan suami isteri tidak bahagia dalam perkahwinan agak sukar, lebih-lebih lagi ada pelbagai faktor yang boleh jadi punca mengapa suami atau isteri berlaku curang.

Tapi baru-baru ini, kajian menemui punca yang mengejutkan

Menurut kajian tersebut, suami yang kurang (atau tidak pernah) memberikan rangsangan seks oral pada isteri punca mengapa isteri tidak bahagia dalam rumah tangga.

Kredit: Cosmopolitan

Seks oral adalah sejenis rangsangan menggunakan mulut pada kemaluan pasangan.

Kaitan antara seks oral dan kebahagiaan isteri

Penemuan kajian diperoleh daripada tinjauan yang dilakukan laman web Victoria Milan. Seramai 9,107 ahli disoal tentang kebahagian rumah tangga.

Laman web ini mempromosikan perbuatan dating atau “hubungan terlarang” untuk pasangan yang sudah berkahwin.

Berdasarkan tinjauan kajian, 72% isteri didapati tidak bahagia dan memilih untuk curang kerana suami tak melakukan seks oral pada mereka

Akibatnya, hubungan intim mereka terasa hambar dan menjadi punca kenapa ia retak. 

isteri tak bahagia

Kredit: kinkykatieradio.com

Malah, tinjauan juga mendapati ramai lelaki sengaja kurang memberi rangsangan seks oral pada pasangan apabila semakin lama berkahwin.

Dan hal ini terbukti mampu buat isteri semakin tidak bahagia!

Kajian daripada Canadian Journal of Human Sexuality pula mendedahkan suami lebih banyak “menerima” rangsangan seks oral berbanding “memberi“nya pada pasangan.

Hampir 63% lelaki menerima rangsangan oral daripada pasangan, namun hanya 44% wanita saja yang menerima rangsangan ini. 

Tak adil, kan?

Dan kalau anda tertanya-tanya, adakah wanita menyukai rangsangan oral yang diberi pada mereka, jawapannya adalah YA!

Mengapa wanita suka terima rangsangan atau seks oral?

Dalam ayat yang mudah, menerima rangsangan atau seks oral mampu membuatkan seorang wanita mencapai orgasma.

Hampir 70% wanita hanya akan orgasma apabila clitoris (biji kelentit) mereka dirangsang secara langsung, sama ada dengan lidah, tangan atau alat vibrator. 

isteri tak bahagia

Kredit: Ellen Dolgen

Pakar seksologi percaya ia kerana clitoris adalah sumber bagi semua wanita mencapai orgasma, atau rasa puas.

Malah, rangsangan melalui lidah menjadi pilihan paling popular kerana lidah lembut dan panas. Air liur pula adalah pelincir semulajadi yang melancarkan sensasi.

Untuk mencapai kepuasan dan kenikmatan dalam berhubungan intim, wanita perlu rangsangan yang berterusan dan steady.

Selalunya kalau dengan intercourse sahaja, lelaki akan lebih “mudah tewas” kerana rangsangan sebelum wanita. Jadi, orgasma tidak dicapai oleh wanita tersebut.

Apa yang boleh dipelajari daripada kajian ini?

isteri tak bahagia

Kredit: Infoleet

Sukacita saya mendapati hubungan intim yang sihat akan melahirkan perkahwinan yang lebih sihat.

Rajin-rajinlah mencuba sebarang rangsangan oral yang boleh mengikat dan menyemarakkan rasa cinta antara anda dan pasangan.

Dua-dua puas, barulah bahagia rumah tangga, kan?

Kalau anda setuju dengan hasil kajian ini, jangan lupa beritahu pasangan ya. Sama-sama kita belajar untuk menjaga keharmonian perkahwinan kita.

Sumber rujukan: OK!, Victoria Milan, IOL dan The Canadian Journal of Human Sexuality

Kredit gambar: Getty

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Seks Oral Kepada Suami Atau Isteri, Boleh atau Tidak?

 

 

 

The post Isteri Terbukti Rasa Tidak Bahagia Kerana Suami Jarang Buat Benda Ini Di Ranjang… appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.


Surat Terbuka Untuk Anakku: Maafkan Ibu Kerana Terlalu Garang…

$
0
0

Ibu tahu ibu amat garang dengan kamu

Wahai anak kesayangan ibu,

Ibu ingin beritahu sesuatu yang penting…

Ibu minta maaf.

Kamu diajar dan diingatkan untuk selalu mengakui kesilapanmu.

Namun, ibu sendiri tidak cukup menyebut kata maaf kepadamu.

Ia sentiasa sebaliknya: Ibu memaksa kamu untuk meminta maaf walau untuk perkara kecil. 

“Cakap minta maaf sebab menumpahkan jus!” 

“Cakap minta maaf kerana buat mainan bersepah di lantai!”

“Cakap minta maaf kerana merosakkan gincu ibu!”

Dan sekarang, ibu mengatakkannya kepadamu : Ibu minta maaf.

Kerana ibu amat garang. Cepat marah.

Ibu tegas, ibu garang, ibu tidak sabar, ibu menjerit, marah di tempat awam, ibu cubit pergelangan tanganmu (hingga kadang-kala kamu sakit).

Kredit: 123RF.com

Ibu teringat satu petang bila ibu sangat marah. Kita di pusat membeli-belah, kamu menyilang kaki sambil melompat, bermain mainan imaginasi seorang diri.

Apabila kamu tersadung dan jatuh, ibu terus menjerit, “Ibu dah cakap jalan elok-elok atau nanti jatuh dan cedera!” dan menepis huluran tangan supaya menarikmu berdiri.

Tidak lama kemudian, ibu memarahimu lagi dalam kedai perabot. 

Kamu memanggil ibu, “Ibu! Ada patung menari dalam kotak!” sebelum kamu ambil kotak itu dan ia terjatuh, menyebabkan kaki patung patah dan kotaknya calar.

Selepas membayar ganti rugi kerosakan, ibu menjerit kepadamu,

“Ibu dah cakap jangan pegang apa yang bukan milikmu!” di hadapan pekerja kedai tersebut.

Dan ibu marah lagi sekali semasa makan malam di restoran.

“Oh ibu, saya tertumpahkan air,” kamu mengaku perlahan. 

Ibu tau kamu tahu ibu akan marah, dan memang ibu marah. “Ibu dah cakap minum guna dua tangan! Tengok apa yang kamu dah buat!” marah ibu.

Ibu terlalu taksub dalam membuatkan kamu faham kesalahan yang kamu buat dan ingin memastikan kamu tidak mengulanginya – tetapi setiap kali ibu berkasar denganmu, ibu nampak cahaya redup di mukamu.

Kredit: Mother Nature Network

Kita pulang dan ibu sangat tidak terurus apatah lagi gembira.

Tapi kamu tetap ceria. “Yay, dah sampai rumah!” 

Ketika itu, apa yang ibu mahu ialah waktu rehat darimu.

Beberapa minit kemudian, kamu datang baring di sebelah ibu.

Kamu tersenyum dan masih mahukan ibu walaupun telah dilayan dengan teruk oleh ibu.

Kembali ceria dengan teletahmu, ibu tidak dapat elak dari rasa bersyukur kerana mempunyai anak yang tidak mudah putus asa.

Dan ibu sedar yang itulah rehat yang ibu perlukan, rehat dari diri sendiri.

Ibu tidak mahu jadi ibu seperti itu – panas baran, garang, tidak sabar, menjerit sepanjang masa. 

Ibu tidak mahu perangai buruk ibu menjadi kebiasaan di matamu, untuk kamu terima dan rasa itulah seorang ibu. Sebab ia bukan.

Ibu akan berubah dan sentiasa mengingatkan diri yang kamu hanyalah seorang kanak-kanak. 

Hanya 4 tahun. Pada usia ini, memang biasa untuk kamu membuat salah dan menguji keupayaan kamu – termasuklah kesabaran ibu.

Bagaimana lagi untuk kamu bezakan apa yang betul dan salah?

Apa lagi cara yang lebih baik untuk belajar kesan tindakanmu? Melainkan untuk buat dan melalui sendiri?

Ibu bapa mahu melindungi anak dari segala keburukan, namun kadang-kala mereka tidak sedar merekalah yang mendatangkan keburukan jika membiarkan anak belajar sendiri.

Kerisauan yang melampau dan cepat marah mungkin sebenarnya berniat baik, tapi ibu harus belajar untuk relaks.

Dari menjadikan ayat “kan ibu dah kata…” sebagai kebiasaan, ibu harus tukar kepada “adakah kamu ok?

Tetapi sekarang, tiga perkataan yang penting untuk ibu katakan pada kamu hari ini:

“Ibu minta maaf.”

Dan tidak kira berapa kali ibu melampaui batas, ingat perkataan ini lebih penting dan ibu akan sentiasa luahkan sepenuh hati, minda dan jiwa:

“Ibu sayang kamu.”

Sumber: theAsianParent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Luahan Bapa Ini Selepas Anaknya Meninggal Dunia Sungguh Menyentuh Hati!

The post Surat Terbuka Untuk Anakku: Maafkan Ibu Kerana Terlalu Garang… appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.

4 Strategi Untuk Ibu Bapa Jika Anak Selalu Kata TIDAK dan TAKNAK!

$
0
0

Kenapa anak-anak suka cakap “tidak” atau “taknak”

Kanak-kanak kecil tidak suka mendengar perkataan “tidak” sepanjang masa seperti orang lain. 

Tapi, cuba anda kira berapa kali kita sebagai ibu bapa menggunakan kata-kata negatif seperti “tidak”, “jangan” dan arahan-arahan lain setiap hari? 

Bila anda sudah mengiranya, nda masih hairan mengapa kanak-kanak kecil akan melakukan benda sama?

Contohnya situasi ini –

***

Ibu: Nak pergi rumah nenek tak?

Anak: Tak nak!

Ibu: Kamu suka pergi rumah nenek, kan?

Anak: Tidak!

Ibu: Kenapa tak suka?

 
Dan perbualan antara anda dengan anak mati begitu sahaja. Ataupun mereka akan buat perangai.

Tapi kanak-kanak kecil suka menegaskan pendirian dan kebebasan mereka dalam banyak cara ketika membesar. 

Namun, jika mereka masih menunjukkan perangai yang negatif, ini 4 petua untuk mengajar mereka jadi lebih positif.

1. Tukar cara anda bercakap dengan mereka

Cermin diri dulu dan tengok cara kita bercakap dengan mereka

Adakah kita selalu sebut “tidak” atau “tidak boleh”? Tahukah anda yang kita boleh mempengaruhi perangai dan cara mereka bercakap?

Jika anak selalu dengar ayat “jangan sentuh itu” atau “berhenti, ibu dah kata tak boleh“, mereka pasti akan rasa meluat juga. 

Jadi tukar cara anda memberi amaran. Sebagai contoh, anda boleh katakan, “Cuba gunakan suara yang tenang,” daripada kata, “Jangan menjerit!

2. Beri arahan, jangan tanya

Sebagai contoh, beritahu anak ia sudah tiba masa untuk mandi dan bukannya bertanya, “Kamu nak mandi sekarang?” 

Cara ini tidak akan beri peluang untuk anak-anak menjawab permintaan anda.

3. Berkompromi

Jika anda memberi sedikit kebebasan untuk anak-anak membuat keputusan, mereka mungkin akan rasa dia dapat mengawal situasi yang dialami.

Ibu bapa boleh berkompromi dengan memberi anak 2 pilihan. Jangan beri terlalu banyak pilihan, kerana ia hanya akan mengelirukan mereka dan menyusahkan ibu bapa pula.

4. Berikan sedikit kelonggaran

Anak akan sering menjerit TIDAK kerana dia tidak dapat sedikit kelonggaran atau kuasa untuk membuat pilihan

Cuba beri sedikit kelonggaran dan anda mungkin akan mendapati mereka akan kurang menyebut perkataan negatif.

Kalau anak mati-mati mahu pakai gaun supaya nampak cantik macam princess, walaupun seluar panjang lebih sesuai… biarkan dia pakai sahajalah.

Suka sebut perkataaan TIDAK dan TAKNAK hanya satu fasa sahaja

Ibu bapa jangan bimbang, jika semua ini gagal juga, jangan lupa ini cuma satu fasa sahaja dan akan berkurang apabila anak membesar. 

Tetapi teruskan galakan untuk anak-anak guna kata-kata yang lebih positif dan semak cara diri anda bercakap dengan anak.

Mudah-mudahan apabila fasa ini tamat, mereka akan menjadi anak yang lebih positif dan mendengar kata.

Sumber: Babyology

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Ibu Bapa, Berhenti Tanya “Kenapa” Jika Mahu Anak Dengar Cakap Anda Bila Dia Buat Perangai

The post 4 Strategi Untuk Ibu Bapa Jika Anak Selalu Kata TIDAK dan TAKNAK! appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.

Wanita Dera Pembantu Rumah Hingga Lunyai Dengan Lesung Batu Didapati Bersalah

$
0
0

Majikan dera pembantu rumah

Ini bukan kali pertama kita dengar kisah majikan mendera pembantu rumah sendiri

Entah di mana belas ehsan terhadap manusia lain, hingga ada sesetengah individu sanggup mendera pekerja mereka dengan alasan “mereka hanya pembantu rumah yang bodoh dan wajar dimarah dengan teruk“.

Di Singapura, seorang wanita didapati bersalah atas 12 tuduhan mendera dan memukul pembantu rumah Indonesiannya sejak 5 tahun lalu.

Zariah Mohd Ali, 56 tahun – didapati bersalah dan suaminya, Mohamad Dahlan, mengesahkan kes penderaan domestik yang dilakukan si isteri.

dera pembantu rumah

Inilah majikan tersebut. Kredit: The Straits Times

Pembantu rumah didera dengan teruk guna peralatan dalam rumah

Zariah menggunakan pelbagai peralatan rumah seperti tukul, pemotong (chopper), batang buluh dan lesung batu untuk memukul dan mendera pembantu rumah Indonesiannya. 

Malah, suami dia juga didapati bersalah apabila memukul kepala pembantu rumah itu, Khanifah dengan periuk memasak di rumah mereka.

Menurut laporan Channel News Asia, Zariah telah memukul belakang kepala dan mulut Khanifah dengan tukul. Malah, dia juga membelasah telinga kiri pembantu rumah malang itu dengan batang buluh.

dera pembantu rumah

Kredit: Lowe’s

Khanifah juga dipukul di dahi dan kepala dengan lesung batu, ditikam di bahu dengan gunting, ditoreh dengan pemotong di tangan dan jari kelingkingnya dipatahkan.

Wanita malang itu berasal dari Indonesia dan datang ke Singapura buat pertama kali pada penghujung tahun 2011.

Menurut beliau, pada mulanya – keluarga itu melayannya dengan elok. Namun pada akhir bulan Jun 2012, Zariah mula menunjukkan sikap berlainan

Majikannya itu dilaporkan kerap kali memarahi dan menderanya secara fizikal. Malah, Zariah pernah memukul kepala Khanifah dengan tukul sebanyak 5 kali!

Bagaimana penderaan bermula di rumah itu

Ada satu ketika, Khanifah tengah mencuci tandas sebelum Zariah datang memarahinya kerana tidak mencuci tandas dengan bersih dan terlalu lembab bekerja.

Zariah juga memukul kepala pembantu rumah itu dengan kuat, menggunakan tukul, hingga berdarah.

dera pembantu rumah

Kredit: Under The Angsana Tree

Sudahlah didera, beliau juga tidak dirawat dan hanya diberi pad untuk memberhentikan pendarahan.

Belum sembuh luka dibelasah dengan tukul itu, Khanifah sekali lagi dipukul pada kejadian yang berbeza pula.

Khanifah menjelaskan Zariah pernah menggunakan tukul untuk memukul mulutnya sebanyak 2 kali. Akibat pukulan itu, mulut Khanifah bengkak, gusinya berdarah dan giginya tercabut.

Malah, Khanifah juga ditikam dengan gunting di bahu sebanyak 5 kali dalam kejadian yang berbeza!

Penderaan yang tiada henti…

Pernah satu ketika, Khanifah sibuk menyiang ikan di dapur. Majikannya itu tiba-tiba datang memarahi dirinya dan mengelar tangan Khanifah dengan pisau pemotong.

Semua kejadian penderaan ini terbongkar apabila Khanifah dihantar pulang ke Indonesia pada bulan Disember tahun lepas.

Ketika itu, lebam di muka dan kepalanya disorok dengan mekap dan Khanifah dipaksa memakai baju tangan panjang, seluar dan tudung sebelum menaiki kapal terbang.

Zariah juga menyuruh Khanifah memakai spek mata untuk menyembunyikan kesan lebam.

Sebelum ini, Khanifah tiada peluang untuk melarikan diri kerana majikannya sering mengunci pintu dan tingkap rumah. Malah, pembantu rumah itu juga “disorok” dalam tandas dapur jika ada tetamu yang datang ke rumah Zariah.

Setibanya di Indonesia, Khanifah yang tidak tahan dengan penderaan tersebut akhirnya membuka mulut.

Penderaan yang sungguh menyeksakan! Semoga keadilan mengheret pesalah ini ke muka keadilan yang sebenar.

Sumber rujukan: Channel News Asia dan The New Paper

Gambar sekadar hiasan.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Suami sering cabul pembantu rumah dan dera isteri OKU

 

The post Wanita Dera Pembantu Rumah Hingga Lunyai Dengan Lesung Batu Didapati Bersalah appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.

10 Cara Untuk Berhenti Jerit Pada Anak – Teknik Menenangkan Diri

$
0
0

Kebanyakkan ibu bapa sering mengalami masalah untuk mengekalkan ketenangan diri dan tidak cepat naik marah, terutamanya pada anak-anak mereka.

Apabila kita tiada kekuatan fizikal dan mental untuk melakukannya, sudah pasti kita sering akan terlepas kawalan dan akhirnya, menjerit pada anak di atas setiap kesilapan mereka.

Jika anda adalah seperti yang disebut di atas, mungkin sudah sampai masanya untuk anda belajar cara berhenti jerit pada anak dan mula kuasai teknik menenangkan diri.

Percayalah, jika anda dapat mengurangkan kecenderungan anda untuk menjerit pada anak-anak, ia akan membawa manfaat besar kepada diri sendiri, dan juga pada psikologi si kecil juga.

Ikuti tip yang kami kongsikan di bawah ini dan lihat perbezaan positif pada diri dan ahli keluarga anda!

10 cara untuk berhenti jerit pada anak

1. Ketahui tanda-tanda biasa kemarahan

cara berhenti jerit pada anak kawal marah - 1

Sumber: The Asian Parent Singapore

Mengenalpasti tanda kemarahan dalam diri kita adalah satu usaha permulaan yang baik.

Apabila anda dapat rasa isyarat yang anda akan mula naik angin, maka bertambah mudahlah untuk anda mengawal diri.

Antara tanda biasa apabila seseorang itu naik marah adalah rasa berat pada dada, pemikiran negatif mula muncul di fikiran anda, anda mula berubah intonasi suara (semakin tinggi).

Mungkin juga anda mula mengetap gigi, menggenggam penumbuk, dan berpeluh. Jika anda perasan akan tanda ini, segeralah ingatkan diri supaya bertenang.

2. Ingatkan diri yang anda tidak akan menjerit

Pada masa ini, anda sudah boleh mula mengingatkan diri (atau bercakap pada diri sendiri) yang anda akan kekal bertenang, tidak akan menaikkan suara, dan tidak sesekali akan menjerit pada anak anda.

Sebenarnya, jika anda bertenang, turunkan badan pada aras ketinggian anak anda, terangkan apa kesalahan mereka dan kenapa ia mengecewakan anda, ia sudah cukup untuk membuat si kecil anda faham.

Ingatkan diri anda sentiasa yang menjerit tidak akan membawa apa-apa kebaikan pada anda serta anak anda.

3. Lambatkan rasa kemarahan yang meluap dalam diri anda

cara berhenti jerit pada anak - 6

Sumber: The Asian Parent Singapore

Antara cara berhenti jerit pada anak yang boleh anda buat adalah anda perlu lambatkan rasa marah dalam diri anda.

Bagaimana? Jika anda sedang marah ketika berdiri, cari kerusi dan duduk. Jika anda berasa marah ketika duduk, beredar dari tempat tersebut dan pergilah berbaring.

Anda juga boleh melakukan kiraan sehingga 20. Nampak seperti agak kelakar, tapi percayalah, ia dapat mengelakkan dari rasa marah yang membuak-buak!

Selain itu, jika anda beragama Islam, pergilah ambil air wudhu. Air wudhu pasti dapat memadamkan api kemarahan!

4. Mula belajar untuk berlapang dada

Langkah ini adalah satu usaha jangka masa panjang yang perlu anda lakukan. Ini supaya anda tidak lagi akan menjadi seorang ibu atau ayah yang sangat senang naik angin.

Dengan belajar untuk berlapang dada terhadap anak-anak, semakin mudah untuk kita mengawal diri dan tidak cepat untuk memarahi mereka.

Kita perlu belajar untuk menjadi tidak terlalu sensitif dan hanya memfokuskan pada kesilapan anak-anak.

Kita perlu sedar yang anak kita itu masih dalam proses mendewasakan diri dan belum matang. Maka, sudah pasti mereka tidak dapat mengelak dari melakukan kesalahan.

5. Lihat dalam mata anak

cara berhenti jerit pada anak kawal marah - 3

Sumber: The Asian Parent Singapore

Lagi satu teknik menenangkan diri dan cara berhenti menjerit pada anak adalah dengan melihat ke dalam mata anak anda.

Sebenarnya, dengan memanggil anak anda (yang sedang takut dan tahu yang dirinya bakal dimarahi) datang dekat dengan anda, dan dengan anda melihat ke dalam matanya, rasa tenang akan datang dengan sendiri.

Anda akan nampak diri anda dalam matanya. Rasa tenang mula hadir dan anda sedar bahawa memarahinya secara menjerit tidak akan memberi sebarang faedah.

Cubalah!

6. Kawal diri dengan menarik nafas dalam-dalam

Antara sebab praktikal kenapa anda perlu menarik nafas dalam-dalam apabila rasa yang anda bakal naik angin dan ingin menjerit pada anak anda adalah: susah sebenarnya nak menjerit dan bernafas panjang pada masa yang sama.

Jadi, teknik menarik nafas panjang sebenarnya sangat membantu untuk menghalang anda daripada menempik dan memekik dalam rumah!

7. Buat benda yang berlawanan – berbisik!

cara berhenti jerit pada anak kawal marah

Sumber: The Asian Parent Singapore

Ini mat saleh panggil “reverse psychology“. Berbanding menjerit, cuba sesuatu yang lain iaitu menegur anak anda secara berbisik ke telinganya.

Manfaat yang pertama adalah dengan cara ini, si kecil anda akan berada dekat dengan anda.

Anda pula mungkin lebih bertenang apabila mengawal suara daripada tinggi kepada rendah secara sedar.

Manfaat yang kedua adalah, apabila anda berbisik, anak anda perlu mencuba sedaya upaya untuk mendengar dan memahami bisikan anda.

Lebih mudah untuk si kecil anda mengingati teguran anda apabila dia memberikan penumpuan tinggi seperti ini.

Cuba anda menjerit – lagi dia tutup telinga adalah!

8. Gunakan mantra atau berzikir

Teknik yang diajar oleh para psikologi barat adalah supaya kita menyebut mantra secara kuat apabila kita mula rasa hendak marah dan menjerit pada anak.

Antara contohnya adalah: “Maafkan dia. Dia baru 3 tahun.”

Dan, mantra ini perlu diulang beberapa kali sehingga ia masuk ke minda anda dan anda sedar yang tiada gunanya marah pada kanak-kanak yang baru berusia 3 tahun!

Untuk ibu ayah yang beragama Islam, tambah ketenangan diri dengan beristighfar dan berzikir ketika marah. 

9. Tetapkan peraturan dengan anak-anak

cara berhenti jerit pada anak kawal marah

Sumber: The Asian Parent Singapore

Ini lagi satu “hack” yang boleh anda cuba di rumah untuk elak dari memekik pada anak bila mereka buat salah.

Ketika anda tenang, tetapkan peraturan dengan anak anda. Beritahunya beberapa kesalahan yang anda sangat “pantang” jika dia buat.

Contohnya: “Ibu cukup marah kalau kamu conteng dinding. Jangan buat ya perangai begini. Ibu senang naik angin kalau ibu nampak kamu conteng dinding.

Dengan peringatan sebegini, si kecil anda akan berfikir dua kali sebelum melakukan perkara yang anda “pantang” lihat itu!

10. Fahami anak-anak

Jika langkah di atas adalah tentang anak anda memahami perangai atau sifat anda, langkah yang terakhir ini memerlukan usaha dari pihak anda pula.

Fahamilah sifat anak anda. Anda fikir anda kenal anak. Tapi, perlu diingatkan juga yang dirinya sedang membesar.

Dia sedang mengenal dunia dan mengeksplorasi minat dan keinginan dirinya. Dia belum tahu mana satu yang betul dan mana satu yang salah.

Dengan memahami dirinya, maka akan mudahlah untuk anda memaafkan anak kecil anda itu, apabila dia tersilap langkah.

Dan yang lebih penting, dengan memahami si kecil anda, senang untuk anda menegur kesilapannya secara tenang dan berhemah, tanpa menjerit dan menyakiti hatinya.

Jadi, ibu ayah sekalian, cuba 10 langkah menenangkan diri dan cara berhenti jerit pada anak yang dikongsikan di atas. Kemudian, kongsikan dengan kami sama ada ia berkesan atau tidak ya!

Sumber: The Asian Parent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Cara mendidik anak-anak supaya mendengar kata

The post 10 Cara Untuk Berhenti Jerit Pada Anak – Teknik Menenangkan Diri appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.

Wanita Terselamat Dari Kanser Serviks Ini Beri Amaran Simptom Yang Tak Patut Diabaikan

$
0
0

Simptom kanser serviks yang tak patut diabaikan!

Sakit perut adalah sesuatu yang dianggap normal oleh sesiapa. 

Sakit perut di sini bermakna kejang akibat datang haid hinggalah kembung perut yang tidak selesa.

Namun, bagi Carla Bradbury yang berusia 46 tahun, ia adalah tanda sesuatu yang sangat serius – kanser serviks.

Semasa Carla diberikan air bergas di sambutan hari lahirnya, dia sangka sakit perutnya datang kerana terlalu banyak air bergas, jadi dia tidak pergi berjumpa doktor. 

Kemudian dia juga mengalami sedikit pendarahan di antara haid yang membuatkan dia menyangka itu hanyalah hormon.

Kredit: Live Healthy

Namun apabila sakitnya menjadi lebih teruk, Carla pergi berjumpa doktor di mana dia diberikan ujian ‘pap smear‘.

Hasil ujian tersebut menunjukan sesuatu yang tidak normal, menyebabkan dia perlu rawatan lanjut.

Ujian pap smear yang tidak normal

Salah seorang doktor telah mengatakan ia sebagai endometriosis. Dan ketika Carla hendak mendapatkan ujian lanjut, mereka telah mengenal pasti masalahya – kanser.

Keputusan MRI mengesahkan yang Carla menghidap kanser tahap 3B, ini bermakna kanser tersebut telah merebak dari serviks ke bahagian sekeliling.

Saiz tumor Carla sungguh besar, sebesar buah plum.

Doktor mengatakan yang dia hanya mempunyai 50% peluang untuk terselamat. 

Malah disebabkan saiz tumor yang besar, ia melekat pada dinding pelviknya jadi doktor tidak dapat membuat pembedahan untuk mengeluarkan tumor tersebut.

Carla menggunakan rawatan kemoterapi dan radioterapi yang akhirnya berjaya menyelamatkannya.

Pentingnya ujian pap smear

Lima tahun selepas didiagnosis, Carla kini hampir bebas. Dan dia mempunyai mesej penting untuk wanita di luar sana.

Seperti ramai wanita, Carla tidak menjalankan ujian pap smear secara berkala – dan dia memohon agar wanita lain tidak berbuat demikian.

Kredit: MediFee.com

Padanya, leceh untuk meluangkan masa membuat temujanji dan hadir membuat ujian pap smear. 

Kini, dia sedar kepentingan ujian ini. Ujian saringan kanser serviks menyelamatkan ribuan nyawa setiap tahun.

Setiap tahun di UK, 3000 wanita telah didiagnosis dengan kanser serviks, namun satu daripada 4 wanita tetap memilih untuk mengelak daripada membuat ujian pap smear.

Malangnya tanda kanser serviks tidaklah selalu jelas pada peringkat awal dan ada keputusan pap smear yang tidak normal adalah tanda awal kanser.

Menurut Kajian Kanser UK, ujian pap smear membantu menyelamatkan ribuan nyawa kerana ia dapat mengesan tumor sebelum ia menjadi kanser. 

Wanita di dalam lingkungan usia 25-64 tahun yang telah berdaftar dengan klinik kesihatan, secara automatik akan dijemput untuk membuatkan ujian saringan.

Ujian sekali seumur hidup

Kanser Carla muncul secara mengejut tetapi ia telah menjadikannya lebih kuat dan dia tidak takut akan apa-apa lagi.

Selepas kehilangan 2 orang sahabat akibat kanser tahun ini, salah seorangnya ialah sahabat yang menjalani rawatan kanser bersamanya, Carla kini sedang bersiap untuk mengambil bahagian di dalam Stand Up To Cancer’s Great Canoe Challenge

Dia akan mengayuh di dalam maraton selama 5 hari untuk meningkatkan kesedaran dan derma.

Sumber: Prima dan country living

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Beberapa Jam Selepas Melahirkan Kembar, Ibu Berpenyakit Kanser Serviks Meninggal Dunia

 

 

The post Wanita Terselamat Dari Kanser Serviks Ini Beri Amaran Simptom Yang Tak Patut Diabaikan appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.

9 Jenis Ibu Mertua Yang Mencabar Dan Cara Menghadapi Kerenah Mereka

$
0
0

Ragam ibu mertua…

Semua pengantin baru mengharapkan mereka dapat ibu mertua jenis yang baik, penyabar, akan menerima dan menyayangi mereka.

Namun jika ia sudah nasib anda mendapat ibu mertua yang mencabar, ini mungkin boleh memberi kesan antara hubungan anda dengan suami.

Kredit: IamExpat

Tapi jangan risau lagi wahai suami isteri semua.

Mungkin Tina B. Tessina, PhD (AKA “Dr Romance”), ahli psikoterapi dan pengarang How to be Happy Partners: Working it out Together, dapat membantu.

Di bawah, dia berkongsi petua terbaik untuk mengendali situasi yang mencabar bersama mertua dan cara untuk memastikan kedamaian di rumah. 

1. Ibu mertua cemburu

Saya pasti semua orang kenal ibu mertua jenis ini.

Ibu mertua ini bukan jenis yang pemurah. Dia selalu suka mengkritik perbuatan anda kerana rasa dirinya telah diganti dalam kehidupan anaknya.

Dia juga selalu bersaing dengan anda kerana itu cara dia melayan semua wanita lain.

Apa patut anda buat: Cara terbaik dan paling berkesan dalam mengendali ibu mertua jenis ini adalah dengan berdiam dan tidak bertindak balas atau cuba mempertahankan diri.

Buat seolah-olah dia telah mengatakan sesuatu yang tidak disegani dan jangan endahkan kata-katanya.

Pandang mukanya, senyum dan jangan katakan apa-apa.

Ada kemungkinan selepas 30 saat yang tidak selesa, dia mungkin juga akan menghentikan perbuatannya (buat masa ini!) dan berhenti membuat kacau antara anda dan suami.

2. Ibu mertua yang selalu nak bersama suami anda

Apa patut anda buat: Anda dan pasangan perlu bincang bersama bagaimana untuk membahagi masa semasa cuti bersama keluarga masing-masing. 

Selepas membuat keputusan, beritahu mertua anda dengan baik dan lembut tapi pastikan anda juga tegas dalam keputusan anda. 

Ibu mertua anda perlu menerima kenyataan yang anaknya mempunyai keluarga baru sekarang, dan keluarga anda juga sangat penting.

3. Ibu mertua yang kepoh

Semua dia nak ajar dan kongkong, termasuk perbelanjaan wang, hal keibubapaan, isu kesihatan, rakan dan rumah anda.
 
Apa patut anda buat: Biar dia cakap dan anda jawab “ya” dan “hmm”. dan biarkan sahaja, lagipun ini bukan masalah besar.
 
Jangan rasa seperti anda perlu melakukan segala-galanya supaya dia gembira, kerana ini jalan penyelesaian yang tidak berkesudahan dan mengecewakan, percayalah!

4. Ibu mertua yang suka mengawal

Walaupun berniat baik, malangnya ibu mertua ini belum pandai melepaskan tangan dan akan cuba melakukan segala-galanya untuk anda.
 
Walaupun ini nampak bagus pada mulanya, terutamanya jika dia membantu dengan bayaran pendahuluan rumah baru, membeli kereta, menjaga cucu atau menyelamatkan anda daripada masalah kewangan.
 
Dia mungkin mempunyai niat lain akan meminta balasan daripada anda satu hari nanti. 

5. Ibu mertua yang suka minta wang

Ibu mertua yang selalu tidak ada duit dan mahu meminjam wang atau membuat anda menandatangani perjanjian pinjaman wang, dan lain-lain amat bahaya.

Ini boleh merumitkan keadaan terutamanya apabila anda tiada ikatan darah dengan mertua anda. Sudah tentu mertua boleh meminjam dari anak sendiri, tetapi anda berdua mesti menetapkan had itu bersama-sama.

6. Yang suka berleter

Dia akan buat hal dengan berleter apabila situasi tidak mengikut apa yang dia harapkan.

Apa patut anda buat: Anda perlu ingat untuk mempertahankan diri dan mencari jalan untuk melindungi perkahwinan anda dari tingkah lakunya yang bersifat negatif.

Jika anda atau pasangan anda sentiasa dipaksa untuk mengikut kehendaknya, ini boleh merosakkan hubungan anda.

Anda sepatutnya orang utama dalam kehidupan anda berdua sekarang. 

7. Mertua yang suka menghakimi

Jika mertua anda tidak meluluskan cara anda mengendalikan wang, membesarkan anak, membahagi kerja, berpakaian, dan pasangan anda juga dipengaruhi oleh pendapat itu, ini boleh merosakkan hubungan dengan suami. 

Mereka perlu ingat yang anda dan pasangan sudah dewasa dan mereka tidak sepatutnya memberitahu anda apa yang perlu dilakukan. Anda yang membuat keputusan sekarang!

8. Ibu mertua yang terlalu terlibat

Dia sangat sayang cucu tetapi hanya mahu menjaga dan mendidik mereka ikut cara dia dan tidak mahu menyokong cara anda.

Apa patut anda buat: Jangan bertengkar dengan pasangan anda mengenai ini.

Anda boleh menetapkan masa anak untuk bersama datuk nenek mereka.

Ajar disiplin akan jadi rumit, jika tidak mendapat kerjasama dan sokongan sekeluarga.

9. Ibu mertua yang suka buat drama

Kesiannya… kalau dah nasib mendapatkan ibu mertua yang suka berdrama sudah pasti keadaan di rumah sangat tegang. 

Jika anda dan pasangan anda selalu bertengkar akibat ibu mertua, mungkin anda berdua perlu jumpa kaunselor untuk menyelesaikan masalah ini. Kalau boleh, pergi cepat, sebelum hubungan anda dan pasangan anda semakin terjejas.

Apa pandangan anda? Ada lagi pelbagai kerenah atau ibu mertua yang mencabar dan tip untuk mengendali mereka? 

Sumber: Brides

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Suami Ini Membela Isteri Di Hadapan Mertua Bila Rumah Tidak Kemas

The post 9 Jenis Ibu Mertua Yang Mencabar Dan Cara Menghadapi Kerenah Mereka appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.

11 Produk Kecantikan Yang Berbahaya Jika Digunakan Secara Berlebihan

$
0
0

Anda pengemar produk kecantikan? Hati-hati apabila menggunakannya kerana sesetengah produk kecantikan boleh merbahayakan kesihatan jika digunakan secara berlebihan.

Jom semak apakah antara 11 produk kecantikan yang berbahaya untuk anda jika diguna secara berlebihan, seperti di bawah ini:

1. Losyen untuk buat kulit perang

“Walaupun tidak kuat, bahan-bahan dalam losyen ini (DHA dan erythrulose) tak dapat dikenalpasti.

Warna kulit selepas guna produk ini adalah hasil dari reaksi enzimatik kepada oksigen.

Anda tidak digalakkan untuk menyapu losyen ini setiap hari. Adalah lebih selamat jika anda menggunakannya hanya sekali dalam 2 hari“- Ashleigh Ciucci

2. Primer muka

Kebanyakan primer diperbuat daripada silikon dan silikon ini akan berada di atas permukaan kulit anda.

Kredit: NetDoctor

Fungsinya adalah untuk melicinkan kulit dan untuk mengurangkan liang-liang roma yang besar.

Tapi tahukah anda ia juga boleh memerangkap peluh dan minyak di dalam liang dan menyebabkan jerawat?

“Jangan pakai primer setiap hari dan hanya gunakan produk kecantikan ini untuk majlis khas. Di samping itu, pastikan anda guna pembersih muka yang boleh menghilangkan silikon pada muka. “- Allan Avendaño

3. Produk kecantikan dengan bahan Retinol

Retinol datang dalam formula yang berbeza-beza di pasaran, dan anda pasti akan melihat ramai iklan yang menyarankan produk ini.

Namun, jika produk tersebut tidak disahkan selamat oleh pakar dermatologi yang berdaftar, kandungan retinol dalamnya mungkin terlalu kuat sehingga boleh mengelupaskan kulit atau menyebabkan kulit rasa terbakar.

Pengguna produk ini biasanya akan mengalami kulit kering apabila mula menggunakan retinol. Kandungan retinol yang selamat adalah 0.5 sahaja, sekali atau dua kali seminggu. ” – Dr. Kim Nichols, Perunding Dermatologi Avon.

4. Syampu dengan agen penjernih

Kredit: Huffington Post

Saya suka menggunakan syampu dengan agen penjernih untuk membersihkan semua pembentukan silicon, minyak dan mineral yang menyebabkan rambut kurang berkilau.

Tapi, tidak kira apa jenama syampu yang anda pilih, jangan gunakannya terlalu kerap kerana ia boleh menghapuskan minyak semulajadi rambut.

Tanpa sebum, rambut anda akan jadi terlalu kering dan rosak. Wanita harus menggunakan syampu dua kali sebulan atau- mungkin seminggu sekali jika diperlukan, tetapi tidak lebih daripada itu. “- Derek Yuen.

5. Berus pencuci muka

Sekarang orang sangat suka berus muka seperti Clarisonic kerana mereka merasakan muka mereka lebih bersih.

Sebenarnya, berus lembut ini agak kasar untuk kulit dan boleh menyebabkan jerawat, kulit kering, dan juga keadaan dan gejala keradangan seperti psoriasis, rosacea, atau ekzema.

Wanita boleh menggunakan produk ini beberapa hari seminggu apabila memakai bahan solek yang lebih tebal. Tetapi jangan gunakannya setiap hari. ” – Dr. Kim Nichols, Perunding Dermatologi Avon.

6. Petroleum Jelly

Petroleum jelly boleh menenangkan kawasan keradangan atau luka, tetapi ia tidak menyerap ke dalam kulit.

Ini boleh menghalang kelembapan tambahan atau kelembapan semulajadi dari menembusi ke kulit.

Ia juga boleh menyebabkan kulit menjadi lebih kering dan bukan jalan penyelesaian jangka lama yang baik – Allan Avendaño

7. Mask rambut

Biasanya masik rambut disapu ke rambut dan dibiarkan selama 10 minit sebelum dibilas.

Anda akan mendapati rambut anda direhidrasi dan rasa lembut dengan serta merta.

Tetapi anda perlu berhati-hati ketika menggunakan produk kecantikan ini. Jika anda menggunakannya lebih dari sekali seminggu, rambut akan jadi berminyak, berat dan susah digayakan- Derek Yuen

8. Lip balm yang ada ubat

Produk bibir yang ada ubat bagus untuk bibir yang kering.

Tapi berhenti menggunakannya apabila bibir anda sudah sembuh kerana kulit pada bibir boleh ketagih kepada formula berubat dan akan bergantung kepada produk itu setiap masa”- Joy Fennell

9. Gincu matte tahan lama

Pigmen dan daya tahan lipstik matte boleh tinggal di permukaan kulit bibir untuk masa yang lama dan mengeringkannya.

Cuci gincu dari bibir dengan menggunakan minyak kelapa agar ia tidak mengeringkan kulit bibir.

Berhenti guna gincu tahan lama berapa hari seminggu dan kembali memakai gincu biasa untuk mengekalkan bibir yang cantik – Molly Greenwald

10. Peluntur

Pelanggan biasanya tidak sedar liang-liang pada kulit kepala sama seperti liang-liang di wajah kita.

Peluntur adalah bahan kimia yang kuat dan boleh menjejaskan kulit malah saiz liang kepala.

Ia juga boleh menyebabkan rambut semulajadi yang cantik menjadi kering dan rapuh.

Saya selalu cadangkan glaze rambut dan tidak peluntur. Serum untuk mencerahkan rambut adalah pilihan yang lebih baik dan boleh mengurangkan rambut senang jatuh. – Dr. Kim Nichols, Perunding Dermatologi Avon.

11. Sambungan bulu mata palsu

Wanita yang memakai sambungan bulu mata palsu selalu kelihatan hebat terutamanya untuk acara istimewa, seperti perkahwinan.

Walaupun sambungan bulu mata ini diiklankan sebagai ‘organik’, ia masih perlu digam ke bulu mata asal anda.

Akhirnya bulu mata asal anda senang jatuh dan boleh patah. Hadkan penggunaan sambungan bulu mata palsu  ” – Dr. Kim Nichols, Perunding Dermatologi Avon.

Sumber: Pop Sugar

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

11 Rahsia Kecantikan Yang Pakar Dan Industri Kecantikan Tidak Mahu Anda Tahu

 

The post 11 Produk Kecantikan Yang Berbahaya Jika Digunakan Secara Berlebihan appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.


[Video] 6 Teknik Yang Buat Isteri Mudah Capai Orgasma Atau Klimaks

$
0
0

Capai orgasma ketika bersenggama dengan pasangan

Topik senggama lagi? Jangan salah faham. Di Timur, topik seperti ini memang sensitif.

Namun, bak kata pakar perbidanan dan sakit puan, Datuk Dr. Nor Ashikin Mokhtar – kita sepatutnya memandang isu ini dari perspektif pendidikan kesihatan

Pernah dengar perumpamaan mengatakan isteri yang bahagia akan buat rumah tangga lebih bahagia?

Perumpamaan itu tepat. Pertama, pasangan boleh membahagiakan isteri dengan membuatkan mereka mencapai orgasma atau klimaks.

Walaupun ada pelbagai anggapan “semua orang sudah tahu tentang seks, ia tak payah diajar”, tapi tahukah anda yang hanya 25% wanita Malaysia saja yang pernah mencapai orgasma?

Orgasma adalah “kemuncak” kepuasan syahwat selepas berintiman dengan pasangan. 

capai orgasma

Kredit: The Independent

Menurut kajian yang dijalankan Durex pada tahun 2008, hanya 25% wanita mencapai klimaks berbanding lelaki sebanyak 62%.

Kenapa wanita di Malaysia kurang mencapai kepuasan ini? Dr Nor Ashikin berkata ia mungkin sebab kepercayaan masyarakat kita.

“Oleh sebab pendidikan seks tak dibincangkan secara terbuka, ramai wanita tidak tahu gambaran sebenar tentang hubungan seksual yang sewajarnya.”

Sebenarnya, banyak kes ketidakpuasan di ranjang. Cuma kes ini “disembunyi” diam-diam dan dihindari.

Jika anda gagal mencapai orgasma, cuba beberapa posisi senggama ini yang menjanjikan kepuasan klimaks:

1. Doggy Style

capai orgasma

 

Posisi doggy boleh membuatkan senjata suami masuk lebih dalam.

Cara yang lebih bagus, isteri harus membuka laluan dan membenarkan suami lebih rapat dan kakinya di antara kaki isteri.

Biarkan suami memulakan dayungan.

2. Doggy Style tapi cara berbeza

capai orgasma

Orgasma atau klimaks juga lebih mudah tercapai jika anda terus dengan gaya doggy style, tapi ubah sedikit posisinya.

Contohnya seperti sedikit “menunduk” ke hadapan.

Untuk lebih cepat mencapai klimaks, suami boleh mencium leher dan merangsang isteri dari belakang.

3. Posisi kaki X

capai orgasma

Untuk lebih kreatif, anda boleh guna kaunter dapur, eja atau kerusi dengan gaya ini. Naikkan kedua-dua kaki anda ke bahu suami dan silangkan kaki.

Percayalah, penetrasi ini lain macam! 

Agar lebih panas, anda juga boleh merangsang tubuh suami dengan meramas pinggulnya yang dekat dengan anda itu.

Jangan lupa eye to eye atau kata-kata pembakar seperti betapa isteri adalah wanita paling cantik dan seksi di dunia…

4. Spooning

capai orgasma

Anda dan pasangan boleh cuba posisi ini jika tubuh anda lebih kecil dan pendek daripada suami.

Posisikan tubuh badan dalam gaya mengiring, dan biar suami mendekati anda perlahan-lahan dari belakang. 

Jangan lupa merangsang isteri dari belakang juga, ya!

5. Isteri di atas

Dalam rumah tangga mungkin suami adalah king. Tapi dalam gaya ini, isteri pula queen yang boleh buat apa saja!

Sambil ambil posisi ini, anda boleh sengaja mencium dan memeluk isteri sambil memulakan dayungan. 

Posisi ini akan beri kuasa pada isteri untuk mencari titik g-spot padanya. Lebih bijak isteri merangsang, lebih cepat klimaks akan tercapai!

6. Kaki di atas

Angkat punggung dan kaki, lalu letakkan ia di bahu suami. Dengan begini, suami dapat mendayung “lebih dalam”.

Isteri juga boleh bergerak mengikut irama agar mencapai lebih kepuasan.

Untuk lebih jelas tentang 6 posisi senggama yang menjanjikan isteri mudah mencapai orgasma atau klimaks ini, anda dan pasangan boleh tonton video di bawah.

Jangan lupa untuk suarakan buah fikiran anda tentang posisi-posisi ini pada pasangan. Ini sebab hubungan seks yang berjaya memerlukan cinta dan kerjasama.

Barulah perkahwinan anda pun lebih sihat!

Seks memang benda semulajadi yang mudah dan tidak perlu diajar sebanyak berulang kali.

Tapi dengan memperkayakan pilihan dan variasi posisi seks, kehidupan anda akan lebih mengghairahkan!

Sumber rujukan: theAsianparent Indonesia

Kredit gambar: Huffington Post

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

11 kesalahan seks yang dilakukan oleh wanita

 

 

The post [Video] 6 Teknik Yang Buat Isteri Mudah Capai Orgasma Atau Klimaks appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.

Ibu Biar Bayi Demam Kuning Maut Tanpa Rawatan Kerana “Tuhan Pilih Anaknya”

$
0
0

Ibu bapa biar bayi baru lahir mati kerana demam kuning

Sepasang ibu bapa dari Michigan, AS baru-baru ini telah didakwa atas kesalahan membunuh bayi baru lahir mereka dengan sengaja.

Kedua-dua pasangan itu, Rachel dan Joshua Piland – dikatakan enggan merawat anak perempuan mereka, Abigail walaupun selepas bidan mengesahkan anaknya itu menghidap demam kuning.

Menurut laporan pihak polis, Rachel dan Joshua menolak saranan bidan untuk membawa Abigail ke hospital kerana menganggap “Tuhan telah menentukan segala-galanya.”

Jadi, Rachel mengatakan “Tuhan tidak melakukan kesilapan” dengan memilih Abigail untuk terkena demam kuning.

Inilah ibu Abigail, Rachel

Selepas maut di tangan ibu bapa sendiri, pihak polis mendedahkan maklumat lanjut tentang kes ini. 

Abigail dilahirkan di rumah keluarganya pada 6 Februari lalu. Seorang bidan dan dua orang pembantu ditugaskan menjaga dan menguruskan proses bersalin Rachel.

Selepas selamat melahirkan anak, Abigail kelihatan sihat. 

Namun, keesokan harinya, bidan tersebut mendapati Abigail dijangkiti demam kuning

Demam kuning pada bayi baru lahir

Demam kuning tersebut menyebabkan kulit bayi baru lahir bertukar kekuning-kuningan

Ia biasanya terjadi pada minggu pertama selepas seseorang bayi selamat dilahirkan. 

Demam kuning berpunca kerana bayi menghasilkan bilirubin, sejenis pigmen dalam sel darah merah secara berlebihan.

Kredit: Ayurveda and Yoga

Kebanyakan kes demam kuning memang memerlukan rawatan lanjut kerana ia boleh menyebabkan kerosakan otak

Bidan yang mula risau dengan keadaan Abigail meminta Rachel segera membawa bayi tersebut ke hospital.

Namun menurut Detektif Peter Scaccia:

“Rachel menolak saranan tersebut kerana menganggap ini semua takdir, dan Tuhan telah memilih Abigail untuk terkena demam kuning.”

Yang lebih menyedihkan, bayi baru lahir itu tidak diberi makanan yang sewajarnya, malah mengalami batuk berdarah!

Sudahlah kesihatannya semakin tenat, Rachel juga umpama tidak tahu apa yang harus dilakukan.

Adakah patut dia meletakkan Abigail berhampiran tingkap, dengan hanya memakai lampin, untuk memastikan bayi itu “panas”!

Keadaan Abigail semakin parah

Polis menambah, keadaan Abigail semakin parah pada 9 Februari dan ibu Rachel merayu-rayu meminta anaknya membawa Abigail ke hospital.

Akan tetapi, Rachel dan suami masih dengan keputusan mereka. Mereka tidak mahu membawa Abigail mendapatkan rawatan.

Ini pula adalah si bapa, Joshua

Keesokan paginya, Abigail maut dijemput Ilahi.

Pihak polis dimaklumkan dengan kematian bayi baru lahir itu selepas abang Rachel menghubungi polis dari California.

Apabila pasukan polis selamat tiba di tempat kejadian, mereka melihat Abigail terbaring di atas katil tanpa sebarang tanda-tanda ingin dibawa ke hospital.

Pemeriksaan post-mortem mendapati Abigail maut kerana hiperbilirubinemia dan kernicterus yang berkaitan demam kuning.

Malah menurut pakar pemeriksaan, jika Abigail dibawa menerima rawatan, beliau boleh diselamatkan.

Ya Allah…

Kasihan nasib bayi baru lahir ini. Tenanglah kau di sana, sayang.

Pasangan ibu bapa terbabit telah ditahan dan didakwa dengan pertuduhan sengaja membunuh secara beramai-ramai.

Mereka boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 15 tahun jika disabitkan kesalahan. 

Ya, memang ajal maut di tangan Tuhan, namun sewajarnya kedua-dua ibu bapa ini tidak patut membiarkan anak mereka maut tanpa menerima sebarang rawatan.

Semoga perkongsian ini memberi pengajaran kepada kita semua.

Sumber rujukan: Mirror dan The Independent

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Kredit gambar: Langsing Police Department

Baca juga:

Seorang Ibu Cuba Rawatan Yang Belum Diuji Demi Merawat Anaknya

 

The post Ibu Biar Bayi Demam Kuning Maut Tanpa Rawatan Kerana “Tuhan Pilih Anaknya” appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.

Ibu Ini Bakal Masuk Penjara Kerana Bertegas Tidak Mahu Memvaksin Anak

$
0
0

Ibu tidak mahu beri vaksin pada anak

Rebecca Bredow, seorang ibu dari Michigan, bakal dipenjarakan kerana tidak mematuhi perintah mahkamah untuk memvaksin anaknya.

Namun, ibu tersebut didapati tidak menyesal, malah mengatakan – 

Saya lebih rela dipenjarakan dari memvaksin anak saya kerana saya betul-betul tidak menyokong perbuatan ini!” kata Bredow dalam temubualnya dengan ABC News.

Selepas memilih untuk tidak memvaksin anak disebabkan cara vaksin itu dikumpulkan, bekas suami Bredow telah membawanya ke mahkamah untuk menyelesaikan perkara itu.

Rebecca didapati berang dengan tindakan bekas suaminya itu. 

Saya sangat marah, dan rasa seperti dipaksa. Hak saya sebagai ibu telah dirampaskan. Mengapa semua orang sokong pilihan bapanya untuk beri vaksin? Bagaimana dengan pilihan saya sebagai ibu?”

Sesetengah ibu bapa tidak memvaksin anak atas sebab-sebab keagamaan, pendirian peribadi, serta masalah perubatan

Pengetahuan tentang vaksin dalam talian

Menurut Bredow, dia telah banyak membaca mengenai suntikan vaksin di dalam talian dan memutus untuk menangguhkan jadual vaksin anaknya.

Perbuatan ini tidak salah di sisi undang-undang negeri Michigan kerana ibu bapa masih dibenarkan untuk meminta pengecualian atas sebab-sebab keagamaan, pendirian peribadi, serta masalah perubatan.

Tetapi dalam hal ini, hakim Oakland yang akan menentukannya.

Namun, kurang jelas berapa lama ibu kepada anak yang baru 2 tahun itu akan dipenjarakan, jika disabitkan kesalahan.

Kepentingan vaksin

Ibu bapa yang memutuskan untuk tidak memvaksin anak akan mendedahkan mereka kepada pelbagai penyakit

Walaupun banyak spekulasi yang membimbangkan berhubung imunisasi, penyakit autisme dan masalah-masalah lain, vaksin telah membantu menyelamatkan nyawa ramai kanak-kanak.

Malah, ini antara sebab mengapa bayi dan kanak-kanak harus mengambil suntikan vaksin untuk melindungi imunisasinya:

  • Imunisasi memberi faedah kesihatan pada kanak-kanak kerana ia dapat mengelak jangkitan pelbagai penyakit berjangkit serius yang boleh mengakibatkan kecacatan dan kematian.
  • Kebanyakan penyakit berjangkit tidak mempunyai rawatan khusus dan boleh mengakibatkan kesan sampingan dan komplikasi yang teruk dan kekal.
  • Imunisasi juga dapat mengelak kesengsaraan yang dialami oleh kanak-kanak itu.
  • Imunisasi dapat mengelak daripada berlakunya kejadian epidemik dan wabak penyakit berjangkit.
  • Imunisasi juga dapat mengurangkan/membasmi sesetengah penyakit seperti polio, neonatal tetanus dan difteria.

Dengan hanya melakukan penyelidikan dan menimba ilmu dari internet, ini tidak akan menjadikan anda seorang pakar perubatan yang berkelayakan.

Ini soal hidup dan mati, kerana anak yang tidak divaksin tidak terlindung dari pelbagai penyakit.

Rujuk kepada doktor berdaftar sebelum anda membuat sebarang keputusan yang mungkin boleh mengancam nyawa anak anda.

Sumber: Popsugar

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: 

12 Soalan Penting Tentang Suntikan Vaksin Yang Wajib Diketahui Ibu Bapa

 

The post Ibu Ini Bakal Masuk Penjara Kerana Bertegas Tidak Mahu Memvaksin Anak appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.

Untuk Ibu-Ibu Yang Tak Bahagia Dalam Perkahwinan Namun Kekal Demi Anak

$
0
0

Kekal dalam perkahwinan atau mahu minta cerai?

Sudah lama perkataan cerai bermain di fikiran kerana terlalu lama berada dalam perkahwinan yang tidak bahagia

Ia begitu lama hingga anda sudah lupa erti gembira dan tiada sesiapa yang tahu perasaan yang disimpan dalam hati.

Di luar, anda berdua kelihatan seperti pasangan bahagia tapi anda tak dapat menipu saudara-mara atau kawan rapat.

Saya pasti anak-anak yang lebih besar boleh lihat dengan mata sendiri dan tahu ibu mereka tidak bahagia.

Anda tidak minta cerai dari suami demi anak-anak, kerana ini perbuatan yang sepatutnya dibuat oleh seorang ibu. 

Kredit: Huffington Post

Anda rasa tidak adil untuk memilih kebahagiaan diri, jadi anda membuat keputusan mengekalkan hubungan dengan suami dan berusaha untuk memberi kebahagiaan kepada anak-anak.

Akhirnya, siapa yang sengsara?  

Kemurungan anda boleh jadi kemurungan anak juga!

Menurut laporan pada 2009 oleh Majlis Penyelidikan Kebangsaan dan Institut Perubatan, kemurungan ibu bapa dikaitkan dengan tanda awal kanak-kanak dengan masalah perangai serta kurang nilai diri.

Kanak-kanak boleh ada masalah perangai serta kurang nilai diri jika ibu tidak minta cerai dan kekal dalam perkahwinan yang tidak bahagia

Seorang ibu yang kekal dalam perkahwinan yang tidak bahagia demi kebahagiaan anak ini tidak semestinya menguntungkan anak-anak.

Jika anda sudah lama menyimpan perasaan yang terluka, takkan anak tidak tahu.

Anda mahu anak rasa bertanggungjawab untuk kesedihan anda? Jangan lakukan ini kepada mereka – atau diri sendiri.

Anda boleh melakukannya

Anda boleh menguruskan rumah tangga dengan usaha sendiri.

Ramai ibu-ibu tunggal yang berjaya membesarkan anak sambil bekerja dan menguruskan rumah.

Mungkin ambil sedikit masa untuk membina pendapatan sendiri jika anda belum pernah bekerja.

Tapi jika anda mengambil langkah demi langkah, anda boleh minta cerai dari suami dan membina kehidupan baru.

Adakah jalan ini jalan yang mudah? Sudah tentu ia sukar pada mulanya, tapi tiada yang senang atau free di dunia ini.

Jika anda bekerja, cuba langsaikan semua hutang anda dan asingkan wang simpanan.

Jika anda tidak bekerja, dapatkan bantuan rakan-rakan untuk mengemaskinikan resume anda.

Jangan berputus asa kerana anda sudah lama tidak bekerja

Apa-apa pun boleh dilakukan. Anda perlu memutuskan jalan mana yang lebih sukar. 

Anda mahu sengsara dan rasa terperangkap atau bebas walaupun perjuangannya susah?

Sudahkah anda dan pasangan dapatkan pertolongan?

Sudahkah anda berdua mencuba kaunseling perkahwinan atau kaunseling individu?

Mungkin masih ada harapan untuk mengubah diri anda atau keadaan perkahwinan anda. Hanya anda yang tahu.

Langkah pertama adalah berbincang dengan pasangan.

Jika anda sudah memberi cadangan dan mereka tidak mahu pergi, anda masih boleh pergi bersendirian

Mungkin kaunseling akan memberi anda semangat keberanian untuk membuat perubahan kehidupan yang baik, sama ada untuk minta cerai ataupun tidak.

Jangan pura-pura tiada masalah

Apabila anda ‘berlakon’ setiap hari seolah-olah tiada masalah dalam perkahwinan anda, ia sebenarnya sangat bahaya untuk anak-anak.

Bayangkan mereka dalam situasi anda.

Anda mahu lihat mereka kekal dalam perkahwinan yang tidak bahagia?

Jika jawapannya tidak, anda perlu menceraikan diri dari kesengsaraan ini juga.

Ajar anak ini bukannya rupa perkahwinan bahagia dan ini bukannya rupa cinta yang sihat.

Akhirnya .. cerai atau tidak?

Tidak kira apa pilihan anda keputusan untuk cerai, atau terapi perseorangan – ia tidak perlu berterusan begini. 

Anda bertanggungjawab untuk kebahagiaan dan nasib sendiri. Tunjukkan kepada anak-anak yang menjaga diri dan menjaga hati diri sendiri adalah penting, supaya apabila mereka besar nanti, mereka akan melakukan perkara yang sama.

Sumber: Popsugar

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

10 Tanda Amaran Perkahwinan Anda Suami Isteri Mungkin Ada Masalah

The post Untuk Ibu-Ibu Yang Tak Bahagia Dalam Perkahwinan Namun Kekal Demi Anak appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.

Gambar Viral Ini Mengajar Netizan Agar Jangan Mudah Menghukum!

$
0
0

Gambar viral yang menghukum seorang ibu tak bersalah

Satu gambar telah viral di media sosial baru-baru ini.

Gambar tersebut menunjukkan seorang ibu kelihatan sibuk bermain telefon pintarnya di ruang menunggu lapangan terbang sementara bayinya dibiarkan di atas lantai.

Semasa gambar tersebut jadi viral buat pertama kali di Facebook, ramai netizen yang jadi ‘keyboard warrior‘ dan mengecam ibu ini. 

Dalam sekelip mata, gambar tersebut telah dikongsi oleh ribuan orang dengan komen-komen yang sangat kejam terhadap si ibu.

Ibu dalam gambar tersebut ialah Molly Lensing yang berasal dari Illinois, Amerika Syarikat bersama anak perempuannya, Anastasia.

Gambar yang diviralkan

Sudahlah gambar itu diambil tanpa izin, jadi viral dan menghantui Molly! Molly sangat terpukul dengan komen-komen buli akibat salah faham netizen terhadapnya.

Di dalam gambar itu ditulis sepotong ayat dari Albert Einstein yang berbunyi ,

I fear the day that technology will take on our humanity. .. the world will be populated by a generation of idiots.”  

Ia bermaksud, “Aku risau satu hari nanti, teknologi akan mengambil alih kemanusiaan… dunia akan dipenuhi dengan generasi bodoh.”

Gambar tersebut telah menjadikan Molly sebagai topik perkongsian netizen. 

Perkara yang sebenarnya terjadi

Hari tersebut, di Corolado, Molly dan Anastasia yang baru berusia 2 bulan terpaksa duduk di lapangan terbang selama 20 jam

Mereka ingin pulang ke rumah dari melawat saudara.

Penerbangan mereka kemudian dibatalkan dan mereka terpaksa menempah penerbangan baru. 

Letih dengan keadaan tersebut, tambahan pula bersama dengan anak yang baru berusia 2 bulan, Molly berehat sebentar dengan meletak Anastasia di lantai beralaskan selimut.

Oleh kerana belum sampai ke rumah, ahli keluarga Molly mula risau dan menghubungi Molly secara berterusan telefon bimbitnya.

Memikirkan untuk tidak membuat semua orang risau, Molly menjawab mesej mereka.

Menurut Molly, “Saya bernasib malang kerana sistem komputer di lapangan terbang rosak. Ketika itu saya sangat penat dan mahu duduk bersama anak saya yang berusia 2 bulan.”

Molly juga menyatakan kepada Today yang dia telah mendukung Anastasia selama berjam-jam.

Lengannya sudah lenguh mendukung terlalu lama dan anaknya juga lenguh didukung.

Ramai yang telah menghukumnya sebagai seorang ibu yang kejam akibat gambar viral itu. Malah ramai yang mengatakan yang Molly tidak layak menjadi ibu!

Setelah beberapa bulan stress akibat kejadian itu, Molly jadi takut dengan respon orang di sekelilingnya.

Apatah lagi Molly merupakan seorang jururawat yang mengendalikan bayi. Dia takut akan dinilai oleh kawan-kawan dan rakan sekerjanya.

Tetapi Molly bernasib baik, kerana kawan-kawan dan rakan sekerjanya tidak terpengaruh dengan gambar tersebut.

Mereka percaya yang Molly bukanlah seperti yang ditunjuk di dalam internet. Tetapi, respon orang asing yang menyerang privasi dirinya telah mengganggu kehidupan Molly.

Molly Lensing bersama suami dan anak-anaknys

Jangan mudah menghukum

Ini adalah sesuatu yang sangat teruk dan tidak seharusnya terjadi.

Supaya kejadian ini tidak terjadi lagi, mari kita amallkan perkara berikut:

  1. Utamakan rasa empati berbanding berprasangka buruk apabila melihat sesuatu.
    Jika anda betul-betul prihatin, hulurkan bantuan, bukannya fitnah di media sosial.
  2. Hormati privasi orang lain sebelum mengambil atau menyebarkan gambar orang. Apatah lagi jika ia mendatangkan lebih banyak perkara negatif.
  3. Memalukan orang lain bukanlah tindakan yang bijak. Ia adalah satu jenis buli yang boleh menyebabkan kemurungan. Bayangkan jika kita dituduh akan sesuatu yang buruk dan kita tidak melakukannya?
  4. Jangan sesekali merasakan diri kita lebih baik dari orang lain terutamanya di dalam dunia keibubapaan.
    Kita tidak tahu apa yang mereka telah lalui, malah ia adalah biasa untuk ibu bapa juga melakukan kesalahan tanpa sengaja. Berhenti menghukum!

Kini Molly sedang berusaha untuk melupakan peristiwa di lapangan terbang dan gambar viralnya itu. Semoga kejadian ini tidak terjadi kepada kita pula.

Sumber: theAsianParent Indonesia

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

8 Kata-Kata Indah Tentang Tugas Ibu Bapa Dari Mendiang Princess Diana

The post Gambar Viral Ini Mengajar Netizan Agar Jangan Mudah Menghukum! appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.

Viewing all 4976 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>