Quantcast
Channel: Kehamilan - Tips Untuk Hamil Dan Bersalin
Viewing all 4976 articles
Browse latest View live

Demi Cinta, Lelaki Ini Menabung Selama 2 Tahun Untuk Beli Hadiah Buat Isteri

$
0
0

Hadiah hari jadi untuk isteri tercinta

Semua wanita akan gembira apabila suami mereka membelikan hadiah. 

Saya berpendapat setiap isteri masih ingin menghidupkan semula rasa romantik – memandangkan negara kita ramai peminat K-drama.

Macam mana perasaan anda jika lelaki seperti dalam drama Korea ini benar-benar wujud?

Seorang lelaki bernama Wang yang berasal dari Taiwan baru-baru ini telah merancang selama 2 tahun untuk membeli hadiah hari jadi isterinya.

Walaupun dia bukan orang kaya, dia bertekad untuk menabung dan membeli hadiah yang istimewa.

Menabung untuk beli hadiah di kedai emas Mahua Jewellery

Sumber gambar: Facebook

Pemilik kedai barang kemas Mahua terkejut apabila Wang muncul di depan pintu mereka beberapa hari yang lalu.

Kisah Wang yang dikongsi di Facebook, telah tular dan mendapat perhatian netizens yang kagum dengan dedikasi dan juga cara uniknya menjimatkan wang. Old school betul.

“Sudah agak lambat pada waktu malam ketika pelanggan ini datang ke kedai kami dan bertanya, ‘Adakah anda menerima duit syiling? Saya mahu membeli beberapa barang kemas’.

Apabila kami memberitahunya kami menerima duit syiling, dia terus masuk ke kedai sambil membawa tabung duit berbentuk seekor babi merah yang besar. Ia sangat berat dan pelanggan itu seolah-olah tidak larat untuk mengangkatnya. “

Tabung duit itu sangat penuh dan besar sehingga kelihatan seperti ia akan pecah pada bila-bila masa. 

Untuk mengeluarkan duit syiling daripadanya, Wang terpaksa menggunakan pisau untuk memotong bahagian atas.

Sumber gambar: Facebook

“Dia tuangkan semua duit syiling ke dalam dua bekas untuk dikira oleh 4 kakitangan kami.”

Sumber gambar: Facebook

Sudah lama Wang ingin beli hadiah yang istimewa untuk isteri

Wang memberitahu mereka sudah lama dia ingin membeli hadiah hari jadi yang baik untuk isterinya, jadi dia telah membeli tabung ini untuk menjimatkan wang.

Setiap hari selama 2 tahun dia telah memasukkan duit syiling ke dalam tabung itu. Akhirnya, dia mempunyai duit yang cukup.

Sumber gambar: Facebook

Pemilik kedai emas itu telah berkata ini adalah kali pertama mereka mengalami pengalaman yang begitu sentimental dan menyentuh perasaan.

Mereka semua betul-betul terharu dengan lelaki ini. Mereka telah membantunya memilih kalung emas dan gelang yang cantik sebagai hadiah hari jadi isterinya.

Apabila dia meninggalkan kedai dengan gembira, kakitangan kami berkata, ‘Bertuah isterinya berkahwin dengan orang yang betul. Dia seorang lelaki yang baik dan sangat romantik.”

Sumber gambar: Facebook

Awwwww….

Wang telah mengucapkan terima kasih kepada pemilik kedai dan berkata, 

“Terima kasih atas bantuan anda pada hari itu. Isteri saya sangat suka hadiahnya dan kelihatan sangat cantik apabila memakainya.

Kebanyakkan bank sudah tidak menerima duit syiling tetapi anda telah membantu saya memilih hadiah cantik dengan gembira. Terima kasih.”

Sumber gambar: Facebook

Nak tahu jumlah duit yang dikumpul? TWD 31,400 iaitu lebih kurang RM 4,370!

Banyak tu! Demi cinta, gigih suami ini menabung. Suami kita bila lagi!!?

Sumber: World of Buzz

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Cinta Sejati – Lelaki Ini Menerima Bayi Yang Bukan Darah Dagingnya

The post Demi Cinta, Lelaki Ini Menabung Selama 2 Tahun Untuk Beli Hadiah Buat Isteri appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.


Kanak-Kanak Lelaki Melecur Akibat Sup Panas Yang Dibawa Pelayan Tumpah

$
0
0

Sup panas dibawa pelayan tumpah atas kanak-kanak

Baru-baru ini, tular satu video yang menggerunkan di media sosial.

Dalam video itu, kelihatan sebuah keluarga sedang bersedia untuk makan di sebuah restoran steamboat

Si ayah, ibu dan seorang kanak-kanak lelaki kelihatan bersembang semasa serang pelayan melalui meja mereka dan terjatuh

Dan yang paling teruk, pelayan tersebut sedang membawa sup panas yang tertumpah pada kanak-kanak terbabit!

sup panas tumpah

Foto ehsan: Food Hacks Daily

Kejadian sup tumpah atas kanak-kanak

Seperti yang telah dilaporkan oleh Thai daily, kejadian ini berlaku di sebuah restoran di China.

Rakaman dari kamera litar tertutup menunjukkan sebuah keluarga yang sedang duduk di meja makan. 

Si ayah berada di satu bahagian meja, sementara si ibu dan si anak berada di bahagian yang lagi satu. 

Kanak-kanak lelaki yang dilihat di dalam lingkungan umur 5-10 tahun itu dilihat seronok bersembang namun, dia ditempatkan bersebelahan dengan laluan orang lalu lalang.

Semasa pelayan sedang berjalan menghampiri meja mereka, pelayan itu tergelincir akibat lantai yang licin.

Dia sedang membawa sebekas sup panas dan ia terjatuh ke meja yang diduduki keluarga tadi. Kelihatan si ayah menolak tepi bekas sup tersebut namun sup panas itu sempat terkena kanak-kanak lelaki tersebut.

Si ibu dilihat menarik kanak-kanak lelaki tersebut ke tepi. Ayahnya kemudian bergegas pergi ke anaknya yang kelihatan terkejut dan sakit.

Pelayan itu kemudiannya kelihatan seperti meminta maaf terhadap keluarga tersebut.

Anda boleh menyaksikan video itu seperti di bawah:

Buat masa ini, tiada laporan terkini mengenai kanak-kanak tersebut. Harapnya dia berada di dalam keadaan yang baik.

Kejadian sup panas tumpah atas kanak-kanak – salah siapa?

Selepas video tersebut tular di media sosial, orang ramai mula menuduh sana sini.

Kebanyakkannya menyalahkan ibu bapa kanak-kanak tersebut, kerana membiarkan kanak-kanak tersebut duduk di bahagian laluan.

Dia sepatutnya ditempatkan di bahagian dalam, jauh dari laluan orang lalu lalang kerana kanak-kanak cenderung bergerak ke sana sini dan menyentuh apa sahaja yang dapat dicapai.

Ada juga yang menyalahkan pelayan tersebut. Menurut mereka, pelayan tersebut sepatutnya membawa sup yang tidak terlalu panas dan dipanaskan di meja pelanggan.

Atau pelayan sepatutnya menggunakan troli kecil yang dilihat berada berhampiran meja tersebut.

Tidak terkecuali pihak yang menyalahkan pemilik restoran kerana tidak menyediakan kasut yang selamat kepada pelayannya.

Sebagai orang yang telah menonton video tersebut, saya tidak pasti siapa yang betul-betul bersalah

Mereka kata dunia ialah tempat yang penuh cabaran dan kita sebagai ibu bapa harus bersedia untuk keadaan yang lebih teruk. Sebab itulah, menjadi ibu bapa yang paranoid bukanlah idea yang teruk.

Apa yang perlu dilakukan sekiranya melecur?

Malang tidak berbau, dan daripada mula menunding jari, kita boleh belajar sesuatu dari kejadian ini dan bersedia untuk keadaan yang teruk. 

Sekurang-kurangnya kita akan lebih bersedia untuk berdepan dengan situasi seumpama ini.

Melecur dan terbakar

Kes terbakar adalah akibat objek panas atau api, manakala melecur adalah akibat cecair panas. 

Bagi kedua-dua kes, pengurusannya adalah lebih kurang sama, seperti berikut:

  1. Hapuskan punca. Jika api, padamkan. Jika berpunca dari pakaian, cuba tanggalkan kecuali kulit melekat kepada pakaian tersebut.
  2. Gunakan air sejuk. Tuang air sejuk perlahan-lahan ke atas luka selama 10 hingga 20 minit. Jangan guna ais atau apa-apa cara lain kerana ia mungkin akan menyebabkan luka dijangkiti kuman. 

    Di dalam kes ini, ibu bapa kanak-kanak tersebut sepatutnya membuka pakaiannya dan tuang air pada badannya. Jika baju melekat, tuang air sejuk ke atas pakaiannya.

  3. Analisa luka –
    • saiz luka
    • lokasi luka
    • kedalaman luka
    • luka yang serius, harus terus dibawa ke hospital. Balut luka dengan plastik balutan makanan di dapur bagi mengelakkan jangkitan dan badan kehilangan air.
    • luka yang tidak berapa serius, juga boleh gunakan metod yang sama.

Saya berharap tiada siapa dari di antara kita yang perlu melalui kejadian seperti ini lagi.

Namun, adalah bagus untuk kita tahu dan lebih bersedia menghadapi kejadian seumpama ini.

Sumber: theAsianParent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

11 Tip Pertolongan Cemas Yang Setiap Ibu Bapa Wajib Tahu

The post Kanak-Kanak Lelaki Melecur Akibat Sup Panas Yang Dibawa Pelayan Tumpah appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.

(Video) Episiotomi: Bagaimana Vagina Dibuka Ruang Semasa Bersalin Normal

$
0
0

Prosedur episiotomi

Episiotomi merupakan prosedur yang dilakukan bagi membuka ruang atau laluan dengan memotong di kawasan vagina agar bayi mudah keluar.

Prosedur episiotomi boleh dilakukan jika ibu dan anak dalam keadaan perubatan yang tertentu seperti posisi bayi songsang, bayi terlalu besar hingga bayi tidak dapat keluar,  bayi mengalami stres, proses bersalin terlalu lama atau terlalu cepat.

Episiotomi juga perlu dilakukan jika anda melalui proses bersalin menggunakan alat bantuan seperti vakum atau forsep.

Berikut merupakan video ilustrasi yang menunjukkan bagaimana proses episiotomi dilakukan.

Proses episiotomi dilakukan agar bayi lebih cepat boleh dilahirkan untuk mengurangkan risiko bayi keracunana air ketuban atau terlilit oleh tali pusat. 

Selepas bayi lahir, hasil potongan episiotomi akan dijahit ataupun digam bagi menyambung semula kesan koyakan atau guntingan.

Para ibu akan dibius di kawasan vagina sebelum pemotongan episiotomi dilakukan. Luka bekas episiotomi akan sembuh sepenuhnya dalam jangka masa 3 minggu.

Di Indonesia, 24 jam selepas episiotomi dijalankan, bekas potongan akan dikompres dengan ais. Biasanya jururawat akan membantu melakukannya.

Pengorbanan seorang ibu agar bayi dilahirkan dengan selamat ke dunia, sungguh tidak ternilai. Siapa pun inginkan proses bersalin yang lancar tanpa sebarang kesukaran.

Namun, masih ada keadaan-keadaan tertentu ketika proses bersalin. Demi si kecil, para ibu sanggup melalui apa saja.

Sumber: theAsianParent Indonesia

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Penjagaan luka bersalin

The post (Video) Episiotomi: Bagaimana Vagina Dibuka Ruang Semasa Bersalin Normal appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.

Kartun Seperti Pokemon Dan SpongeBob “Merosakkan” Kanak-Kanak: Kajian

$
0
0

Kartun Pokemon buat kanak-kanak lebih ganas?

Anda pasti tertanya-tanya takkan kartun comel seperti Pokemon dan SpongeBob SquarePants boleh merosakkan kanak-kanak pula. Tapi bagaimana?

Ha… jangan terkejut dengan penemuan ini. 

Menurut kajian yang dilakukan oleh pakar di Iowa State University, kartun dan filem animasi boleh menyebabkan penonton cilik (seperti kanak-kanak) menjadi lebih ganas!

Ini kerana paparan keganasan yang ada dalam tontonan tersebut.

kartun

Kredit: theAsianparent Singapore

Malah, banyak juga kartun dan filem animasi yang memaparkan keganasan, walaupun ia diklasifikasi sebagai sesuai untuk tontonan kanak-kanak.

Bagaimana kajian ini mendapatkan hasil sedemikian?

Pakar psikologi menganalisis tahap keganasan dalam pelbagai kartun terkenal yang ditonton oleh kanak-kanak dan program kekeluargaan untuk tontonan umum.

Semua kartun ini diklasifikasi oleh televisyen sebagai “fantasi“. Antaranya seperti Pokemon, Buffy the Vampire Slayer, Scooby-Doo dan lain-lain lagi.

Manakala program kekeluargaan yang dipilih adalah seperti Lost dan American Idol.

Hasil kajian mendapati semua kartun mempunyai insiden keganasan setiap jam berbanding program kekeluargaan.

Keganasan ini memberi kesan kepada tingkah laku, perasaan dan perbuatan anak-anak yang menontonnya. 

kartun

Kartun yang ditayang televisyen juga tidak bersesuaian

Malah Profesor Douglas Gentile, pakar psikologi kajian juga membidas sistem televisyen yang dikatakan sengaja melabel sesetengah kartun yang penuh dengan keganasan seperti Pokemon sebagai “fantasi“.

Ini demi membuat duit semata-mata. 

Kanak-kanak mampu menganggap sesetengah karakter kartun sebagai pelakon sebenar. Maka, mereka boleh bertindak ganas mengikut apa yang ditunjukkan karakter dalam Pokemon itu.

Bagaimana pula dengan kartun SpongeBob SquarePants? Apa yang membahayakan?

kartun

Kredit: theAsianparent Singapore

Menurut pakar psikologi kanak-kanak, rancangan kartun dalam bentuk pantas ini boleh mengganggu pemikiran abstrak kanak-kanak.

Tambahan lagi, memori jangka pendek mereka juga boleh terjejas malah kawalan impuls turut terganggu.

Oleh sebab itu hasil kajian mendapati kanak-kanak yang menonton kartun ini tidak dapat menyelesaikan tugasan yang diberi.

Mengapa? Rancangan kartun SpongeBob SquarePants adalah rancangan face-paced yang menukar adegan sekurang-kurangnya setiap 11 saat.

Apabila kanak-kanak menonton kartun yang bergerak secara “pantas” ini, tumpuan mereka boleh terganggu dan mereka tak dapat memberi fokus.

Sebab itu mereka tidak dapat melakukan sesuatu tugasan.

Habis kalau tak tengok kartun, nak tengok apa?

Jangan risau ibu bapa semua. Pendedahan ini bukan untuk mengehadkan tontonan kartun di kalangan anak-anak anda.

Ada pelbagai kartun dan filem animasi yang bermanfaat untuk mereka.

Tapi, kami ingin berkongsi bagaimana kanak-kanak tidak sewajarnya menonton kartun atau filem animasi semata-mata.

Lihatlah bagaimana kartun dan animasi sekarang pun sudah cukup advance untuk memaparkan keganasan buat kanak-kanak. 

kartun

Jadi, adalah tidak salah jika anda membenarkan mereka menonton filem realiti. Contohnya seperti filem muzikal.

Hal ini kerana filem animasi dan kartun juga dibentuk seakan sama seperti filem biasa, tapi dengan pendekatan untuk kanak-kanak.

Apa yang penting adalah kawalan anda.

Menurut pakar terapi di Counselling Clinic Family Services, Vicky Coppens – ibu bapa harus menerangkan sebarang interaksi atau pengajaran dari mana-mana filem animasi dan kartun malah filem realiti buat anak-anak.

Dengan itu baru anak-anak faham apakah realiti dan plot penceritaan. Hal ini juga boleh mengelakkan keganasan yang dipapar dalam kartun tersebut ditiru mereka.

Apa pandangan anda? Ada kartun-kartun lain yang anda rasa tidak sihat buat anak-anak?

Sumber rujukan: The Telegraph, Research Gate, Green Bay Press-Gazette, ABC News dan theAsianparent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

3 kartun yang tidak akan membuatkan anda rasa bersalah membiarkan anak menontonnya

 

 

 

 

The post Kartun Seperti Pokemon Dan SpongeBob “Merosakkan” Kanak-Kanak: Kajian appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.

Wanita Hamil Ini Ditikam Dan Bayi Ditarik Keluar Dari Rahim Oleh Kawan Pada Hari Perkahwinan

$
0
0

Penderitaan wanita hamil ditikam

Seorang wanita hamil telah ditikam dan bayinya dikerat keluar dari rahim oleh rakan wanita tersebut sendiri yang disyaki mempunyai masalah mental

Ashleigh Wade, seorang wanita dari Bronx telah mengajak rakannya yang hamil itu, Angelikque Sutton ke rumah dengan janji ingin memberi hadiah perkahwinan

Sutton yang hamil, sedang dalam perjalanan ke mahkamah untuk menandatangani surat pernikahan dengan tunangnya Patrick Bradley, tetapi beliau pergi ke rumah Wade dulu.

Apabila Sutton tiba, Wade memotong tekaknya supaya dia tidak dapat menjerit dan kemudian mengeluarkan bayi lelaki yang sihat dari rahimnya!

Wanita hamil ini mati dengan ngeri

Gambar Angelikque Sutton sebelum dia dibunuh dengan kejam. Sumber gambar: Facebook

Defendan telah memotong peti suara Cik Sutton,” kata Meredith Holtzman, Penolong Pendakwa Raya Bronx kepada juri semasa pembicaraan.

Cik Sutton tidak dapat berteriak atau mengatakan apa-apa.

Apa yang telah dilakukan oleh defendan kepada Cik Stutton kemudiannya tidak terkata,” tambah Holtzman kepada juri lagi.

Selepas memastikan Sutton tidak dapat berteriak, defendan telah mengambil pisau dapur dan membelah abdomen ibu hamil itu!

Malah, sebaik sahaja dia memotong bahagian abdomen Cik Sutton, defendan telah memotong rahim Cik Sutton dan mengeluarkan bayinya.

Ashleigh Wade ketika dibicarakan di mahkamah. Sumber gambar: Long Room

Pendakwa mendapati Wade telah berpura-pura hamil untuk beberapa bulan sebelum serangan tersebut. 

Bayi Sutton selamat dikeluarkan dari rahim dan Wade mendakwa bayi itu adalah bayinya.

Semasa pendakwa menunjukkan gambar-gambar serangan yang ngeri itu kepada juri, Wade telah menutup mukanya dan kelihatan sedang mengesat air mata. 

Penguam defendan memberitahu juri bahawa perbuatan Wade mungkin disebabkan masalah mental. 

“Mungkin sesuatu yang buruk dan penuh tragedi telah berlaku dalam minda Cik Wade.”

Wade, yang tidak mengaku bersalah, akan dipenjarakan seumur hidup tanpa peluang pembebasan.

Mungkin Wade rasa cemburu dengan kehidupan Sutton hingga sanggup melakukan perbuatan yang terkutuk ini.

Mungkin Wade betul-betul mengalami sakit mental atau kemurungan. Tetapi semuanya sudah terlambat dan nyawa seorang wanita yang bakal menjadi ibu dan isteri telah diragut dengan kejam.

Kami di theAsianparent mengucapkan ribuan takziah kepada keluarga Sutton. Semoga pelaku jenayah ini diberi pembalasan yang setimpal.

Sumber: People dan Long Room

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

5 Tanda Amaran Anak Anda Mungkin Alami Gejala Awal Gangguan Mental

The post Wanita Hamil Ini Ditikam Dan Bayi Ditarik Keluar Dari Rahim Oleh Kawan Pada Hari Perkahwinan appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.

Rahsia Kebahagiaan 32 Tahun Shah Rukh Khan Dan Gauri Bersama

$
0
0

Pasangan bahagia Shah Rukh Khan dan Gauri

Siapa yang tak kenal pasangan ini? Walaupun peminat filem Hindustan sudah biasa melihat Shah Rukh Khan di layar perak dengan Kajol, tapi hakikatnya, beliau sudah 25 tahun berumah tangga bersama Gauri!

Oleh sebab itu, kali ini kami ingin berkongsi rahsia perkahwinan bahagia Shah Rukh Khan dan Gauri pada anda.

Mereka bukan saja sudah berkahwin selama 25 tahun, malah sudah lebih 32 tahun hidup bersama.

Pelbagai pancaroba dan halangan telah mereka hadapi. Dan ini merupakan rahsia bagaimana perkahwinan mereka kekal bahagia hingga kini.

Shah Rukh Khan dan Gauri

Kredit: BollywoodShaadis.com

Gauri adalah segala-galanya

Shah Rukh Khan antara suami yang tak segan memberi kredit pada Gauri, isterinya atas kebahagiaan rumah tangga mereka. 

Lebih-lebih lagi apabila beliau adalah seorang pelakon terkenal. Shah Rukh Khan dipetik mengatakan –

“Susah kalau anda ada pasangan yang merupakan seorang artis. Hidup anda tak lagi melibatkan pasangan saja.

Semua mata di seluruh dunia memerhati tingkah anda. Tapi, Gauri adalah segala-galanya. Sebab dia kami berjaya sekarang.”

3 rahsia perkahwinan bahagia antara SRK dan Gauri

Walaupun mereka berkahwin atas dasar cinta, tapi halangan yang datang tak kurang besar! Cuba bayangkan bagaimana mereka memastikan hubungan ini berkekalan apabila kedua-duanya berlainan agama.

Tambahan lagi, masa mereka baru berkahwin dulu, SRK masih seorang pelakon yang sedang naik. 

Tapi semuanya berjaya diatasi mereka kerana 3 rahsia ini:

1. Cinta lebih agung daripada semua

Shah Rukh Khan dan Gauri

Kredit: BollywoodShaadis.com

Agama tak menjadi batu penghalang untuk menyatukan dua hati. Gauri beragama Hindu dan Shah Rukh Khan beragama Islam.

Keluarga Gauri menentang sekeras-kerasnya hubungan mereka kerana faktor agama. Tambahan lagi, sebab SRK itu artis. 

Tapi, mereka berdua tetap sama-sama cuba meyakinkan keluarga Gauri. Malah, mereka tunjuk betapa serius dan agungnya cinta mereka berdua.

Akhirnya, SRK dan Gauri selamat dikahwin pada tahun 1991.

2. Keluarga adalah insan nombor satu dalam hidup

Gauri adalah cahaya yang menyinari SRK. Ketika SRK masih bergelut dengan bidang lakonan lagi, Gauri tak pernah berputus asa menyokong suaminya.

Malah, SRK juga amat mementingkan keluarga. Bagi beliau, keluarga adalah nombor satu dalam hidup.

Sebab itu tak kisahlah berapa jauh beliau pergi, berapa terkenal beliau jadi, SRK mempunyai satu hidup peribadi di mana dia merupakan lelaki yang mementingkan keluarga.

Shah Rukh Khan dan Gauri

Kredit: Filmymonkey

Dan Gauri memiliki perhatian beliau sepenuhnya, kalau beliau tak berlakon.

SRK dipetik dalam sebuah temubual mengatakan – 

“Kami sudah kenal lama. Lama sangat dan pelbagai cabaran telah kami lalui. Tapi saya percaya satu perkara. 

Untuk kekal bahagia, pasangan bukan asyik kena berkepit setiap masa. Kena tengok bulan dan sebagainya. 

Cukuplah dengan duduk serumah bersama pasangan. Saya melalui ruang tamu nak ke bilik dan saya nampak Gauri.

Cinta saya takkan pernah padam. Lagipun, kami ada anak-anak yang jadi bukti hubungan romantik kami cukup kukuh, kuat dan mekar.”

Shah Rukh Khan dan Gauri

Keluarga bahagia SRK dan Gauri
Kredit: The Indian Express

3. Teman, kekasih dan pasangan yang sehati sejiwa

Shah Rukh Khan juga mengatakan beliau tak dapat bayang hidupnya tanpa hubungan ini. Gauri dan SRK sudah berkawan, menjadi pasangan kekasih dan sekarang sudah 25 hidup bersama.

Gauri melengkapkan kebahagiaan rumah tangga mereka. Mereka berdua adalah teman, kekasih dan pasangan suami isteri – yang tak dapat dipisahkan.

SRK mengatakan –

Kami kenal sejak tahun 1984 lagi. Sudah 30 tahun lebih kami kenal masing-masing! Dulu kami ke Mumbai saja untuk berbulan madu.

Sekarang kami sudah ada anak. Anak lelaki saya lebih tinggi daripada saya sekarang. Anak gadis kami pasti akan melebihi tinggi Gauri nanti.

Dan kami ada antara satu sama lain. Dah banyak halangan kami lalui. Semuanya memberi pengajaran buat saya dan Gauri. 

Shah Rukh Khan dan Gauri

Kredit: Hindustan Times

Tapi dari situ kami belajar untuk menjayakan perkahwinan ini. Kami adalah teman, kekasih dan pasangan suami isteri yang tak dapat dipisahkan

Kedua-dua pasangan ini sering menyambut ulang tahun perkahwinan mereka pada bulan Oktober. Tahun lepas, SRK turun dari Budapest untuk menyambut ulang tahun tersebut, walaupun sibuk berlakon. 

Mereka juga dikatakan sering menyambut dan menganjurkan majlis Diwali setiap tahun.

Kami mendoakan agar pasangan ini kekal bahagia hingga ke anak cucu. Jom ambil inspirasi daripada kebahagiaan rumah tangga mereka!

Sama-sama kita menyemarakkan hubungan suami isteri dan menjaga ikatan perkahwinan yang suci ini, ya?

Sumber rujukan: theIndusparent

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga

10 Tabiat Yang Ada Pada Pasangan Paling Bahagia

The post Rahsia Kebahagiaan 32 Tahun Shah Rukh Khan Dan Gauri Bersama appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.

Bagaimana Nak Tolak Ajakan Suami Untuk “Bersama” Tanpa Melukakan Hatinya?

$
0
0

Tolak ajakan suami untuk berhubungan seks

Kadang-kadang, kita terlalu penat menguruskan hal kerja dan keluarga hingga tak larat nak berhubungan seks.

Dan waktu itu jugalah suami pun mengajak kita untuk “bersama”. Bagaimana nak cakap tak mahu? Nanti apa kata suami? 

Bagaimana nak jaga hatinya?

Adakah nanti kita berdosa kalau kita kerap kali menolak ajakan suami?

tolak ajakan suami

Suami yang baik pasti akan memahami jika isteri menolak ajakannya untuk bersama. Mungkin atas faktor tiada mood atau kepenatan.

Tapi, isteri juga harus bijak menolak ajakan tersebut, tanpa mencetuskan sebarang salah faham atau mengguris hati suami.

Jom tengok bagaimana anda boleh menolak ajakan suami ini, tanpa melukakan hatinya:

1. Beritahu pasangan terus

Jika anda rasa tiada mood untuk melakukan hubungan intim pada hari-hari tertentu (mungkin sebab sibuk dan sebagainya), cuba berita suami terus.

Jangan tunggu sehingga suami “mengajak” baru anda ingin beritahunya. Nanti, suami akan faham yang hari itu tiada hubungan intim. 

Lagipun, dia takkan salahkan anda apabila anda menolak ajakannya.

tolak ajakan suami

2. Jujur dengan pasangan

Jangan sengaja mereka-reka cerita semata-mata sebab anda tak mahu berintiman. Cakap saja dengan suami kalau anda kepenatan untuk melakukannya.

Tapi, kalau anda memang tiada mood nak berintiman sebab rasa bosan dengan aksi sama, apa kata cuba aksi-aksi ini pula. 

3. Minta suami tanya lagi nanti

Mood ini boleh berubah-ubah. Sekejap anda mahu, sekejap anda tak mahu. 

Jika suami mengajak anda bersama ketika anda tiada mood, apa kata cakap padanya untuk meminta sekejap nanti pula. 

Mana tahu mood anda akan berubah. Jadi, tak payahlah anda terus “memotong” keinginan suami untuk bersama. Chill…

tolak ajakan suami

4. Kadang-kadang, menahan diri daripada melakukan seks juga boleh “merapatkan hubungan”

Hubungan intim antara pasangan suami isteri memang bagus untuk hubungan kalian. Tapi, menahan diri daripada melakukannya juga ada kesan positif!

Anda boleh saja menetapkan hari tertentu di mana kalian hanya boleh bermesra, cuddle manja di atas katil, cakap tentang kehidupan dan sebagainya.

Ambil masa rehat ini bukan bermaksud anda takkan melakukan seks selama-lamanya. Ambil masa berehat ini mampu membuatkan kalian lebih seronok bila bersama kembali, nanti!

tolak ajakan suami

5. Rancang dengan lebih awal

Seperti yang saya cakap tadi, mood kita ini ada naik turunnya. Kadang-kadang, melakukan seks secara spontan tak seronok juga.

Jadi, apa kata anda dan pasangan cuba merancang dengan lebih awal. Dengan cara ini, kalian boleh bersedia untuk ambil mood, dan mood kalian pasti takkan “potong”.

Janganlah susah hati. Tak apa menolak ajakan suami untuk bersama jika anda kepenatan dan sebagainya.

Kalau hubungan intim kalian sudah membosankan pun, ada bermacam-macam cara yang boleh anda lakukan untuk menyemarakkan lagi rasa asyik berasmara itu.

Apa yang penting adalah bijak mengendalikan situasi. Jom sama-sama kita cuba, ya!

Sumber rujukan: theAsianparent Phillipines

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga

Seks Oral Kepada Suami Atau Isteri, Boleh atau Tidak?

The post Bagaimana Nak Tolak Ajakan Suami Untuk “Bersama” Tanpa Melukakan Hatinya? appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.

6 Menu Sarapan Pagi Yang Paling Tidak Berkhasiat di Malaysia

$
0
0

Anda mungkin berasa tidak gembira apabila membaca artikel ini dan mengetahui bahawa menu sarapan pagi kegemaran anda adalah antara makanan yang tidak berkhasiat untuk diambil pada waktu pagi.

Tetapi, jika anda mencuba untuk mengurangkan kadar pengambilan makanan ini setiap pagi, kami pasti anda (serta badan anda) akan berterima kasih kepada kami!

6 Menu Sarapan Paling Tidak Berkhasiat

1. Roti Canai

menu sarapan paling tidak berkhasiat - roti canai

Sumber: The Asian Parent Singapore

Siapa tidak sukakan roti canai, kan?

Ada yang gemarkannya rangup dan ada juga yang gemar untuk makan roti canai bersama dengan kari kambing. Tetapi malangnya, ia tidak bagus untuk badan anda!

Sekeping roti canai mempunyai sebanyak 209 kalori berserta dengan 366 mg sodium (garam!).

Untuk orang dewasa yang sihat, pengambilan sodium yang digalakkan untuk sehari hanyalah 230 mg.

Antara kesan jangka panjang yang bakal terjadi jika anda terus mengambil pemakanan roti canai setiap hari adalah edema dan tekanan darah tinggi.

Apakah itu edema? Ia adalah satu keadaan di mana badan anda akan cenderung menyimpan cecair. 

2. Mee Rebus

menu sarapan paling tidak berkhasiat - mee rebus

Sumber: The Asian Parent Singapore

Ahh…siapa yang tidak gemarkan mee rebus? Dengan kuah pekat berserta mee kuning yang kenyal, ia sememangnya antara makanan kegemaran rakyat Malaysia.

Tetapi, jika anda peminat tegar mee rebus dan sering mengambilnya sebagai sarapan pagi, ketahuilah bahawa ia adalah satu amalan pemakanan yang tidak sihat.

Makanan ini mengandungi 550 kalori dan 2000mg sodium. Malah, mee kuning juga turut mempunyai GI (Glycemic Index) yang tinggi berbanding jenis mee yang lain seperti bihun.

Makanan yang tinggi GI akan menyebabkan tahap gula dalam badan kita meningkat dan menurun dengan cepat.

Jadi, ia adalah lebih baik untuk anda tidak mengambil makanan yang tinggi GI.

Ambillah jenis makanan yang rendah GI supaya gula dapat dirembeskan dalam saluran darah anda secara perlahan-lahan dan anda akan kekal kenyang untuk masa yang lama.

Malah, ukuran pinggang anda yang slim juga pasti akan dapat dikekalkan!

3. Bihun goreng

menu sarapan paling tidak berkhasiat - bihun goreng

Sumber: The Asian Parent Singapore

Ini juga adalah antara makanan yang sering menjadi pilihan rakyat Malaysia untuk sarapan pagi.

Walaupun bihun adalah antara mee yang paling baik untuk diambil, tetapi kandungan daging dan rencah yang dimasukkan ke dalam masakan ini boleh membuatkannya kurang sihat untuk diambil.

Tambahan pula jika si pemasak memasukkan daging proses dan garam atau rencah yang tinggi kandungan MSG.

Secara keseluruhan, bihun goreng yang sarat dengan rencah dan daging mempunyai hampir 1000 kalori!

Ini sudah hampir setengah daripada saranan 2000 kalori sehari! Jika diambil secara berterusan, amat mudah untuk kita naik berat badan.

4. Mufin

menu sarapan paling tidak berkhasiat - mufin

Sumber: The Asian Parent Singapore

Di beberapa bahagian negeri di Malaysia, mufin bukanlah satu kebiasaan untuk sarapan pagi.

Tetapi bagi masyarakat di bandar seperti Lembah Klang, mufin amat mudah untuk diperolehi.

Mufin mungkin nampak kecil dan diambil hanya sebagai pemanis mulut, tetapi ia sebenarnya penuh dengan gula, mentega dan tepung!

Jumlah gula dalam sebiji mufin boleh mencecah 9 sudu, dan ini adalah 3 sudu lebih daripada saranan pengambilan gula sehari.

5. Granola Bar

menu sarapan paling tidak berkhasiat - granola bars

Sumber: Superhealthykids.com

Ya, anda mungkin terkejut apabila membaca senarai ke-lima untuk menu sarapan paling tidak berkhasiat di Malaysia ini!

Ramai yang menyangka granola bar adalah makanan sihat yang sesuai untuk diambil setiap hari – terutamanya ketika sedang diet.

Sebenarnya, bar bijirin yang diproses seperti ini mengandungi kandungan lemak dan gula yang tinggi, sama seperti bar coklat yang lain!

Jika anda mengambil granola bar setiap pagi, tahap gula dalam darah anda juga mudah untuk turun dan naik, yang menyebabkan anda cenderung berasa letih dan tidak bermaya seharian.

Sebelum membeli bar ini, cuba lihat label nutrisi pada plastik pembalutnya. Anda mungkin terkejut melihat kandungan gula dan lemak yang ada pada makanan ini.

6. Sosej

menu sarapan paling tidak berkhasiat - sosej

Sumber: The Asian Parent Singapore

Anda teringin untuk makan hidangan western yang “sihat” di waktu pagi. Jadi, anda sediakan sosej goreng atau sosej bakar untuk dimakan bersama dengan telur separuh masak dan roti bakar.

Kedengaran seperti satu menu yang sihat, kan? Tetapi, sosej adalah antara makana proses yang tinggi kandungan garam, lemak dan pengawet.

Malah, ia turut mengandungi bahan kimia dikenali sebagai nitries. Jika diambil selalu, bahan ini boleh bertukar menjadi penyebab kanser apabila dihadam!

Jadi, tidak mustahillah jika sosej menjadi antara menu sarapan paling tidak berkhasiat, yang patut anda elakkan pengambilannya.

Bagi menjamin kesihatan anda dan keluarga, pastikan anda mengurangkan pengambilan makanan di atas ya!

Sumber: The Asian Parent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Manfaat mengambil sarapan pagi yang berkhasiat

The post 6 Menu Sarapan Pagi Yang Paling Tidak Berkhasiat di Malaysia appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.


Air Masak Kunci Untuk Turun Berat Badan Dalam Masa 10 Hari, Ibu Harus Cuba!

$
0
0

Selepas hamil atau bersalin, berat badan naik?

Berat badan yang naik selepas hamil dan bersalin merupakan masalah hampir kepada semua ibu-ibu.

Bermacam cara yang dibuat dan diamalkan demi mendapatkan bentuk dan berat badan seperti sebelum hamil kembali

Namun, dalam kesibukan menguruskan anak-anak dan keluarga, idea untuk berusaha keras menurunkan berat badan sering kali terkubur.

Malah, bagi ibu-ibu yang menyusukan anak mereka, rutin diet yang ketat tidak sesuai.

Namun, ibu-ibu tidak lagi perlu risau! Sebab ada cara untuk menurunkan berat dengan mudah di dalam masa 10 hari. Iaitu dengan meminum air masak!

Minum air masak? Bukankah ia satu perkara yang dilakukan setiap hari? Ha, baca dulu cara yang disarankan ini.

Cara mudah menurunkan berat badan

Air merupakan keperluan badan manusia. Hampir 90% komposisi badan manusia terdiri daripada air.

Jika badan kita tidak mendapat bekalan air yang secukupnya, kita akan mudah mendapat masalah kesihatan sama ada dalam jangka masa panjang mahupun pendek. 

Antaranya ialah migrain, batu karang, sinus, rheumatoid arthritis dan darah tinggi.

Ramai yang salah anggap dengan signal badan kita. Rata-rata beranggapan rasa haus sebagai rasa lapar. Jadi, masa yang sepatutnya kita minum air, kita pergi makan makanan, lalu ia menyumbang kepada pertambahan berat badan.

Jadi, masa yang sepatutnya kita minum air, kita pergi makan makanan, lalu ia menyumbang kepada pertambahan berat badan.

Cara mudah untuk menurunkan berat badan di dalam masa 10 hari ialah dengan meminum air masak dengan cara yang betul

Berikut adalah 5 saranan meminum air untuk menurunkan berat badan:

Foto ehsan: FitDay

1. Saat bangun tidur

Sejurus selepas bangun tidur setiap hari, minum 250ml air suam ketika perut masih kosong. Lebih baik jika air tersebut sedikit panas. 

Meminum air di waktu pagi akan menyingkirkan toksin dari badan sepanjang tidur malam. 

Malah, meminum air masak semasa perut kosong juga dapat meningkatkan metabolisma badan untuk menyerap nutrisi serta membantu sistem pencernaan yang baik.

2. Sejam sebelum sarapan

Minum air sebanyak 250 – 500 ml sekitar satu jam sebelum sarapan akan membantu menyediakan sistem pencernaan untuk menyerap nutrisi dari makanan yang akan dimakan.

Foto ehsan: Stylist Magazine

3. Selepas minum teh atau kopi

Selepas habis minum secawan teh atau kopi, segera minum air masak sebanyak 100 – 200 ml.

Kopi dan teh bersifat diuretik, maksudnya akan membuatkan kita ingin terus membuang air kecil. 

Jadi, elakkan badan jadi dehidrasi dengan segera meminum air bagi menggantikan cecair badan yang telah keluar.

4. 20 minit sebelum waktu makan

Selain minum air masak sebelum sarapan, anda juga disarankan untuk minum 250 – 500 ml air 20 minit sebelum makan tengah hari dan makan malam. 

Air masak dapat mengurangkan rasa lapar hingga menyebabkan pengambilan makanan yang lebih sedikit.

5. 2 jam sebelum tidur malam

Minum 300 – 600 ml air masak 2 jam sebelum tidur. Air masak akan membantu memulihkan tenaga yang telah hilang dari aktiviti seharian.

Selain itu, minum air masak akan meningkatkan proses metabolisme yang menyebabkan tubuh badan dapat membakar lebih banyak kalori.

Dengan corak minum air masak seperti ini, awalnya anda akan kerap ke tandas. Namun, lama-kelamaan badan anda akan menyesuaikan sendiri dengan jadual minum anda.

Tidak percaya? Cuba dahulu dan kongsikan hasilnya dengan kami.

Sumber: theAsianParent Indonesia,  Now I’ve Seen EverythingKompasNational Geographic dan klikdokter

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Anda mungkin juga berminat dengan:

Dapatkan Semula Bentuk Badan Ideal Selepas Bersalin Dengan 7 Tip Ini

The post Air Masak Kunci Untuk Turun Berat Badan Dalam Masa 10 Hari, Ibu Harus Cuba! appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.

Surat Indah Bapa “Wahai Anakku, Begini Caranya Melayan Seorang Wanita”

$
0
0

Layanlah seorang wanita begini, anakku…

Selalu bukan kita mendengar yang seorang anak lelaki akan belajar cara melayan seorang wanita melalui ayahnya sendiri?

Betul bukan, dari mana lagi tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi

Tetapi tidak ramai anak yang mempunyai kelebihan untuk mendapat nasihat dari seorang ayah tentang bagaimana melayan seorang wanita.

Laman sesawang The Good Men Project ini telah menyiarkan satu artikel tentang nasihat bagaimana melayan wanita dari seorang ayah kepada anak lelaki.

Mari kita lihat apa nasihat yang diberikan, mana tahu, ada yang sesuai disampaikan kepada anak kita kelak.

Wahai anakku,

Kau kata kau sedang hantar pesanan pada seorang gadis yang ingin kau jumpa nanti.

Ingin ayah bertanya adakah ia sebuah temu janji tetapi ayah takut akan membuatkan kau malu. 

Ayah ingin tahu, bagaimana orangnya, adakah dia baik?

Adakah dia pandai? Muzik apa yang dia suka? Adakah dia seperti ibumu?

Pernah satu ketika dulu, ayah masih ingat. Semua macam suis.

Satu minit seorang gadis itu sangat menyakitkan hati, dan kemudian tiba-tiba apa yang kita mahu ialah bersama mereka.

Terasa seperti semalam kau beritahu yang hanya ibumu seorang sahaja gadis yang tidak menyakitkan hatimu. 

Sejak bila suis tersebut bertukar? Sejak bila kau mula suka pada perempuan?

Ayah rasa tidak penting sekarang bagaimana ia terjadi. Atau bila.

Apa yang penting ialah kau tahu apa yang perlu kau cari, dan paling utama, bagaimana sikapmu bila sudah menjumpainya.

Semasa kau kecil, kau beritahu ibu yang kau ingin mengahwininya apabila dewasa.

Mesti kau tahu sekarang yang ianya mustahil.

Namun ketika itu, kau ingin mengahwini ibu kerana dia mempunyai semua ciri yang kau mahu pada wanita. 

Jika itu adalah benar, kau patut bertanya kepada ayah, kerana ayah yang berjaya mengahwininya. Ayahlah yang pakar di sini.

Kau boleh belajar dari pakar (ayah) supaya kau tak perlu bazirkan masa membuat kesalahan yang ayah pernah buat.

Jangan dapatkan nasihat dari kawanmu. Ingat, “Jika lelaki buta mengetuai lelaki buta, keduanya akan jatuh ke dalam lubang.”

Inilah yang membantu ayah ketika menemui ibumu:

Apa yang harus dicari:

  • Carilah seseorang yang lebih baik darimu. Semudah itu.
  • Carilah seseorang yang kau kagumi, bukan hanya pada kecantikannya, tetapi juga kebijaksanaannya, sikapnya dan cara dia melayan keluarga dan kawan-kawannya.
  • Jika sudah menemui seseorang yang lebih baik darimu, secara automatik, kau ingin menjadi lebih baik di sampingnya.
    Bila kau berusaha untuk menjadi seseorang yang lebih baik untuknya, kau telah membaiki dirimu sendiri.

Tiada perkara lain yang lebih penting. Bukan etniknya, bukan kaumnya, bukan juga berapa ramai kawan atau follower-nya di Instagram. Bukan status sosial atau agamanya.

Tidak penting semua itu.

Tanya kepada dirimu, adakah dia membuatkan kau ingin menjadi seseorang yang lebih baik? Jika jawapannya ialah YA – maka kau sedang bersama dengan orang yang betul.

Apa yang patut dilakukan:

Ia mungkin kedengaran menggelikan, tetapi betul, ayah adalah pakar

Peribadi budiman belum pupus. Perkara mudah yang kau sering dengar setiap masa; membuka pintu, membantu mengangkat barang, menarik kerusi, memberinya jaketmu ketika sejuk. 

Ini semua adalah baik.

Tapi, berikut adalah perincian yang hilang dari generasimu. Contohnya:

  1. Biarkan si dia memesan dahulu dan tunggu makanannya sampai dahulu sebelum mula makan.
  2. Puji dirinya.
  3. Menghormati ibu bapanya. Jangan berkata “Hai, apa cerita.” Tetapi berkata “Selamat pagi encik…”
  4. Hormati ibu bapanya walaupun ketika mereka tidak ada. Walaupun ketika si dia marah dengan mereka, kekal menghormati.
  5. Berikan kejutan tanpa sebab. Seperti bunga, bukan gambar snapchat. 
  6. Pastikan dia selamat sampai ke rumah sebelum pulang.
  7. Berjalan di bahagian luar ketika berjalan bersama.
  8. Buat dia ketawa. Dan beberapa perkata yang sangat penting seperti:
  9. Galakkan dia untuk lebih mencuba (di sekolah atau bersukan)
  10. Cabar dia untuk mencuba perkara baru yang akan meningkatkan dirinya
  11. Hormati pendirian dia setiap masa

Jika kau mampu membuat 80% dari senarai ini, dia akan menyukaimu. Buat 100%, dia akan menyukai dan menghormatimu.

Apa yang tidak patut dilakukan:

Bukan di dalam turutan tertentu – JANGAN lakukan perkara-perkara ini:

  1. Lawak yang menyakitkan
  2. Kentut atau sendawa dengan sengaja. Seperti bagaiman kau takkan pergi ke depan cikgu untuk kentut dan sendawa di depan mukanya, jangan lakukannya kepada dia. Ianya tidak sopan. Simpan untuk kawan-kawanmu.

  3. Jangan lakukan sebarang kejahatan kepadanya, keluarganya atau kawan-kawannya. Di depannya atau dibelakangnya. Hormat.

  4. Mengecewakannya. Jika kau perlu pergi atau buat sesuatu, buat. Jangan dengan sengaja mengecewakannya. Perempuan sukakan lelaki dewasa bukan budak lelaki. Lelaki dewasa berpegang pada janji.

  5. Merenung telefonmu. Jangan mesej, bercakap. Jika kau bersamanya, pastikan matamu memandangnya, bukan teknologi.
  6. Menipu dan menyorok. Jika kau membuat salah, mengaku. Berubah, perbaiki dan maju.  Jika kau lakukan ini, dia akan memaafkanmu.

  7. Memalukan atau memperkecilkannya. Jika dia membuat salah, maafkan dengan ikhlas. Jangan berdendam, memalukan atau memperkecilkannya.

  8. Mengumpat tentang orang lain. Walaupun jika dia melakukannya, jangan libatkan diri. Jangan tegur dia untuk tidak melakukannya, dengar apa yang dia katakan. Dia mungkin akan marah pada awalnya, lama-kelamaan dia akan menghormatimu.

Teman wanitamu mungkin tidak akan menjadi isterimu, tetapi jika kau mengikut nasihat ini, kau akan membina hubungan persahabatan yang berpanjangan.

Dan mungkin, gadis seterusnya yang kau jumpa akan menjadi seperti ibumu.

” Cinta ialah kesabaran dan kebaikan; cinta tidak cemburu atau iri hati; ia tidak sombong atau kasar.

Ia tidak mementingkan diri atau penuh benci; ia tidak gembira atas kesalahan, tetapi gembira dengan kebenaran.”

Yang menyayangimu,

Ayah

Nasihat ini adalah am untuk anak lelaki. Apa yang baik, ambil dan amalkan. Ia merupakan nasihat penuh kasih sayang dari seorang ayah terhadap anak lelakinya.

Dengan harapan, anaknya tidak mengulangi kesilapannya. Dan terinspirasi untuk menjadi lelaki yang budiman (gentleman). Jadi ibu bapa, jom ambil yang baik serta amalkan.

Baca juga: 

Luahan Bapa Ini Selepas Anaknya Meninggal Dunia Sungguh Menyentuh Hati!

Sumber: theAsianParent Indonesia, The Good Men Project

The post Surat Indah Bapa “Wahai Anakku, Begini Caranya Melayan Seorang Wanita” appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.

Suami Sering Paksa Saya Berhubungan Intim, Adakah Ini Rogol Dalam Perkahwinan?

$
0
0

Rogol dalam perkahwinan?

Rogol dalam perkahwinan. Ramai yang tidak tahu tentang hal ini.

Sebelum anda merasakan terma ini mengarut, baca dulu kisah tragik di bawah.

(Nama pengadu disembunyikan atas permintaan)

****

Hanya selepas lebih banyak kes seumpama ini dipaparkan di televisyen, barulah saya sedar yang saya mungkin salah seorang mangsa rogol dalam perkahwinan.

Saya seorang gadis dari perkampungan kecil dan saya adalah dari keluarga yang mementingkan akademik. 

Ayah merupakan seorang guru di sebuah sekolah kampung dan saya telah menamatkan graduasi di universiti yang lebih kurang 50km dari kampung saya di tengah Bihar, India.

Gadis-gadis dalam komuniti saya menjalani kehidupan yang terlindung…

Gadis-gadis dalam komuniti saya menjalani kehidupan yang terlindung.

Jadi untuk ada kawan lelaki atau keluar bersama teman lelaki adalah tidak wujud

Kami membesar dalam keadaan yang ditindas. Jadi saya dan kawan saya menganggap perkahwinan adalah mempunyai pasangan semasa tidur dan ia membuatkan kami rasa seram sejuk.

Anda perlu faham, yang tiada seorang pun di antara kami berenam (kumpulan saya) pernah disentuh oleh lelaki.

Secara semulajadi, selepas berkahwin, kawan-kawan saya akan bergurau dan mengejek saya tentang malam pertama saya.

Apabila saya memberitahu mereka yang suami saya seperti suka sangat mendesak kerana ingin melakukan hubungan intim sehingga empat kali pada malam yang sama, mereka semua hanya ketawa. 

Mereka kata yang saya harus bersyukur kerana suami saya mempunyai “selera” yang bagus.

Kredit: YourTango

Semakin masa berlalu, saya terfikir adakah saya betul-betul beruntung.

Memang suami saya mempunyai selera yang besar untuk seks. 

Dia berkeras untuk kami bersama setiap hari, kadang kala di waktu pagi di mana saya sibuk dan kelam kabut kerana saya perlu memberi bayi berusia enam bulan minum susu.

Enggan memakai pelindung

Bukan itu sahaja, dia enggan memakai pelindung menyebabkan saya yang terpaksa makan pil-pil perancang kehamilan. 

Kalau hari saya penat dan tiada mood untuk seks, dia memberitahu saya untuk menutup mata dan baring saja sementara dia memuaskan dirinya.

Dan pada hari saya datang haid, dia akan jadi biadap dan sering marah. Kadang-kala dia tetap mahu bersama dengan saya kemudian merungut tentang haid. 

Dia juga langsung tidak mengambil berat tentang kesihatan saya.

Semasa saya melahirkan bayi kami, doktor memberi nasihat untuk tidak melakukan hubungan intim kerana luka jahitan.

Namun dia hanya boleh bersabar selama 2 hari sebelum mengadakan hubungan seks semasa saya sedang sakit dan masih berdarah.

Kredit: india.com

Kemudian selama sebulan dia sering marah-marah akibat tidak dapat memuaskan diri sendiri kerana saya masih berdarah. 

Saya mengadu dengan doktor wanita di klinik, kerana saya rasa sungguh lemah dan tidak bermaya hingga saya menangis semasa kami mengadakan hubungan seks.

Doktor telah menyarankan saya untuk mengambil kalsium bagi mengurangkan rasa sakit semasa mengadakan hubungan seks. 

Dia juga menyarankan saya mengambil madu dan air kelapa sebelum tidur kerana ini akan membantu mood saya.

Hal ini telah berlarutan selama dua tahun dan memikir tentang seks membuatkan saya murung. 

Dia hanya menyuruh saya turut menikmati seks bersama dengannya kerana ramai suami lain yang memilih untuk mendapatkan kepuasan seperti ini di luar perkahwinan.

Patutkah saya bertahan dengan ini, kerana risau suami saya akan mendapatkan kepuasan di luar?

Adakah anda rasa yang ini adalah rogol dalam perkahwinan? Apa yang patut saya lakukan? Tolong saya!

Disiarkan dengan izin: The Indus Parent

Sumber: theAsianParent Philippines

Kredit gambar: Daily Pakistan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Rogol dalam perkahwinan = rogol atau tidak?

The post Suami Sering Paksa Saya Berhubungan Intim, Adakah Ini Rogol Dalam Perkahwinan? appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.

Demi Isteri Dan Anak, Lelaki Korea Ini Mengubah Diri; Lihat Transformasinya!

$
0
0

Semuanya demi isteri dan anak…

Hugh Gwon dan Nichola Gwon merupakan pasangan suami isteri yang telah mengasaskan komik popular ‘My Korean Husband’.

Disebabkan Hugh orang Korea, mereka menamakan komik mereka ‘My Korean Husband’.

Hugh Gwon baru-baru ini telah membuat transformasi yang hebat pada badannya. Semuanya demi isteri tercinta dan anak yang bakal ditimang nanti.

Sebenarnya, Hugh memang sudah lama ingin menurunkan berat badan supaya badan lebih sihat namun tidak berjaya mendapat motivasi yang boleh membuatkannya kekal ingin berubah. 

Namun, apabila mereka mula merancang untuk mempunyai anak, kesukaran rawatan IVF yang dijalani isterinya, membuatkan Hugh benar-benar terinspirasi.

Apabila saya melihat kesukaran yang dilaluinya, dan pergelutan yang dihadapi badannya, saya ingin lakukan sesuatu untuknya.”

Mereka telah melalui kegagalan IVF dan doktor mengatakan ianya adalah kes yang sukar.

Serta Hugh mengalami masalah kesihatan akibat berat badannya. 

Hugh memikirkan apa yang boleh dilakukannya dan terfikir yang mereka akan mempunyai peluang lebih cerah jika dia menurunkan berat badan.

Hasil sebuah kajian menunjukkan senaman terutamanya senaman kardio seperti berjogging, akan meningkatkan kualiti sperma seorang lelaki.

Maklumat ini menambah dorongan Hugh untuk lebih bertekad menurunkan berat badan sebanyak mungkin.

Hugh menamakan projek khasnya sebagai ‘The Last Chance“. Dan selepas enam bulan dengan projeknya ini, dia berjaya menurunkan lebih 20 kg.

Semua hasil pemakanan yang sihat, senaman dan sokongan isteri tercinta.

Foto dari facebook : my korean husband

Bagi mencapai matlamatnya, Hugh telah mendapatkan bantuan seorang pelatih peribadi.

Sebelum ini, Hugh telah cuba mengurangkan makanan tidak sihat dan alkohol.

Namun gagal jika dia bersama rakan-rakan. Tetapi kali ini, Hugh berjaya dengan sokongan dan masakan makanan sihat oleh isterinya.

Apabila kelihatan hampir tidak berjaya. Hugh akan merengus kecewa. Namun isterinya sungguh memahami, bersabar dengan kerenahnya dan tetap memberi sepenuh sokongan. 

Walhal isterinya yang sedang hamil.

Foto dari facebook : my korean husband

Hugh menggunakan YouTube sebagai platform Vblog-nya dan mendokumentasikan perjalanannya mencapai matlamatnya.

Hugh juga telah membuat sesi fotografi bagi membuat profil ‘badannya’ dan mendokumentasikan kejayaannya.

Foto sebelum dan selepas Hugh sungguh mengagumkan.

Perubahan Hugh telah memberi inspirasi dan harapan kepada ramai orang. Dan untuk itu, Hugh dan pelatih peribadinya, Yoojin telah membuat satu Facebook khas, The Last Chance bagi membantu mereka yang ingin berubah.

Foto dari facebook : my korean husband

Selain menunjukkan berita baik tentang perubahannya yang positif, Hugh dan Nichola juga telah mengumumkan yang mereka bakal menimang cahaya mata sulung mereka November ini.

Pasangan ini telah menunjukkan yang tiada apa adalah mustahil sekiranya anda benar-benar bertekad untuk melakukannya.

Foto dari facebook : my korean husband

Baca juga Dapatkan Semula Bentuk Badan Ideal Selepas Bersalin Dengan 7 Tip Ini

Sumber: independent uk, huffington post, facebook mykoreanhusband

 

The post Demi Isteri Dan Anak, Lelaki Korea Ini Mengubah Diri; Lihat Transformasinya! appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.

Akan Datang: Kondom Nasi Lemak Sebagai Pilihan Perancang Keluarga Yang Baru

$
0
0

Kondom nasi lemak

Ya, anda tak salah membacanya. Sebuah syarikat industri pembuatan kondom terbesar di dunia Karex – akan mengeluarkan satu lagi perisa kondom yang unik – kondom berperisa nasi lemak.

Sebelum ini, syarikat tersebut telah mengeluarkan kondom yang berperisa durian.

Bila ditanya, kenapa nasi lemak menjadi pilihan?

Menurut Ketua Eksekutif Karex, Goh Miah Kiat, nasi lemak menjadi pilihan untuk menyatupadukan masyarakat di Malaysia.

Ialah… siapa yang tak pernah makan nasi lemak dekat Malaysia ini?

kondom nasi lemak

Kredit: Wikimedia Commons

Tak kisahlah India, Cina atau Melayu, semua menggemari nasi lemak. Makanan ini merupakan santapan waktu pagi yang sungguh terkenal!

Jadi, apa salahnya mengeluarkan kondom berperisa eksotik seperti nasi lemak. 

Syarikat itu mensasarkan pengeluaran kondom limited edition tersebut pada bulan November atau Disember tahun ini. 

Perkongsian ini dikongsi bukan untuk menggalakkan hubungan intim sebelum berkahwin

Umum tahu tentang penggunaan kondom. Kondom adalah salah satu perancang keluarga yang boleh digunakan oleh pasangan yang sudah berkahwin.

kondom nasi lemak

Kredit: AFP

Penggunaan kondom dalam perkahwinan

Malah, kajian oleh Consumer Insight Africa juga mendapati 47% bilangan pasangan berkahwin yang merancang keluarga memilih untuk menggunakan kondom.

Ini menjadikan kondom sebagai antara alat perancang keluarga yang paling popular di kalangan pasangan berkahwin. 

Jadi, tak salah menggunakan kondom sebagai alternatif untuk merancang keluarga. Lagipun, ada beberapa faedah yang dibawa dalam pemakaian kondom ketika bersetubuh.

4 kelebihan menggunakan kondom sebagai perancang keluarga

Kajian yang dijalankan juga cuba mengenalpasti mengapa pasangan yang sudah berkahwin memilih untuk memakai kondom ketika bersenggama.

kondom nasi lemak

Kredit: Daily Mail

Menurut kajian, pemakaian kondom ini ada beberapa kelebihan, contohnya seperti:

1. Tak menjejaskan tubuh badan

Perancang kontraseptif lain mempunyai beberapa risiko penting yang boleh menjejaskan kesihatan tubuh badan. 

Antaranya seperti masalah penyakit kardiovaskular, strok dan loya yang teruk. Tapi tidak buat kondom. Kondom tak menjejaskan tubuh badan anda langsung.

2. Suami dapat tahan lebih lama

Tidak ramai suami yang mampu bertahan sehingga isteri mencapai klimaks. Namun, dengan penggunaan kondom, permainan di ranjang boleh dipanjangkan!

Ini berikutan kerana kondom mengurangkan sentuhan kulit-ke-kulit antara pasangan, lalu suami dapat mengawal rangsangan yang diterima.

Jika anda mahu aksi yang lebih panas di ranjang, mungkin anda patut cuba menggunakan kondom, hehe.

3. Sesi yang bersepah

Ada pasangan yang tidak gemar sesi berasmara yang agak “bersepah“. Sebab itu mereka memilih untuk menggunakan kondom.

Kondom dikatakan mampu meminimumkan gangguan untuk mengemas selepas bersenggama.

4. Ada isteri yang alah dengan air mani

Kajian yang dijalankan oleh seorang pensyarah sains reproduktif di Machester Metropolitan mendapati hampir 12% wanita mengalami alahan dengan air mani.

Ia mengakibatkan kejutan anaphylactic yang boleh mengancam nyawa jika badan terlalu hipersensatif.

Akibat alahan ini, wanita tersebut boleh mengalami kerengsaan, gatal-gatal, sakit ketika ingin kencing dan ekzema. 

Ha… macam mana? Anda dan pasangan nak cuba tak kondom nasi lemak yang akan menerjah pasaran kelak?

Mana tahu aroma nasi lemak ini menaikkan aksi di ranjang!

Sumber rujukan: The Straits Times dan SDE

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Harga Perancang Keluarga Di Malaysia

 

The post Akan Datang: Kondom Nasi Lemak Sebagai Pilihan Perancang Keluarga Yang Baru appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.

Wanita Ini Tidak Tahu Dirinya Hamil Hinggalah 2 Minggu Sebelum Bersalin!

$
0
0

Wanita tidak tahu diri hamil

Apabila mendengar kisah tentang wanita yang tidak tahu mereka hamil, pasti setiap orang akan mengambarkan wanita yang berbadan besar.

Mengapa?

Kerana ini adalah satu-satunya cara kehamilan tidak dapat dikesan secara fizikal, terutamanya jika wanita tersebut tidak menunjukkan tanda-tanda hamil yang lain.

Tetapi bagi wanita ini Kate Hudson, beliau tidak berbadan besar.

Wanita yang berumur 22 tahun dari Melbourne ini hanya sedar tentang kehamilannya 2 minggu sebelum dia bersalin.

Ketika hamil, Hudson sedang bercuti dengan rakan-rakannya di Eropah.

Gambar Kate Hudson, dalam trimester ketiganya. Sumber gambar: Instagram

Menurut blog The Young Mummy yang mula-mula kongsi kisah ini, Hudson mengandung hampir 38 minggu dan tidak sedar dirinya hamil.

“Saya tidak mengalami sebarang tanda yang jelas sepanjang masa. Saya masih datang haid seperti biasa, tidak mual, tidak mabuk hamil dan cuma naik berat badan sedikit sahaja.

Jadi, tidak pernah terlintas di fikiran yang saya sedang mengandung.

Saya cuma sembelit menjelang akhir kehamilan itu dan naik saiz coli dari cup C ke D, ” kata Hudson memberitahu blogger Sophie Shaw, yang pergi ke universiti bersamanya.

Ini kes yang jarang berlaku, tapi tidak mustahil

Profesor Michael Permezel, presiden The Royal Australian and New Zealand College of Obstetricians and Gynaecologists berkongsi pengalamannya: daripada 6000 kelahiran setahun, dia akan jumpa 2 – 3 kes melibatkan wanita yang tidak tahu mereka mengandung.

Baru tempoh hari, Fairfax Media melaporkan kisah seorang wanita dari Sydney (Kim Walsh) yang telah melahirkan anak di Hospital Fairfield 2 1/2 jam selepas berjumpa doktor kerana sakit perut.

Ia jarang berlaku kepada wanita dengan berat badan yang normal dan lebih biasa berlaku kepada wanita yang berbadan besar,” kata Profesor Permezel. 

Hamil dengan perut yang sangat kecil

Aaron, pasangan Kate dan anak mereka bernama Mason. Sumber gambar: Instagram

Perut Hudson dilaporkan sangat kecil dan dia dibenarkan menaiki pesawat dari Eropah walaupun sudah mengandung 38 minggu.

Kebanyakkan wanita dalam trimester ketiga perlu membawa surat kelulusan dari doktor sebelum menaiki kapal terbang.

Profesor Permezel berkata ramai wanita mempunyai haid yang tidak tetap dan mungkin tidak akan mengalami mabuk hamil.

Jadi satu-satunya tanda kehamilan adalah pembesaran perut.

Sekiranya bayi dalam kandungan tidak besar, maka perut wanita hamil juga tidak akan membesar dengan banyak.

Selalunya, selepas ini wanita pasti akan tahu bahawa dia sedang mengandung. Tetapi terdapat juga kes di mana ada yang langsung tidak tahu mereka sedang hamil,” katanya.

Walaupun kebanyakan wanita jelas hamil, ramai juga yang mampu menyembunyinya, atau tidak tahu sehingga tiba masa untuk melahirkan anak.

Wanita hamil yang obes

Profesor Andrew Korda, seorang perunding emeritus dalam obstetrik dan ginekologi di Hospital Royal Prince Alfred berkata keadaan ini seringkali berlaku di kalangan wanita yang obes.

Ini kerana mereka tidak dapat melihat perubahan saiz perut dan sesetengah wanita obes tidak dapat merasakan pergerakkan janin di dalam kandungan.

Tambahan pula kitaran haid yang tidak tetap, kemungkinan untuk tidak tahu mereka hamil adalah sangat tinggi.

Rahim condong ke belakang 

Menurut The Daily Mail, Hudson hanya sedar yang dia mempunyai rahim yang condong apabila berjumpa doktor. 

Ini telah menyebabkan bayinya berkembang ke arah rektum dan tidak menghala ke depan dan keluar dari pelvis.

Profesor Korda berkata kira-kira 20% wanita mempunyai rahim yang condong ke belakang dan ini mungkin sebab mengapa perut ibu hamil tidak menonjol.

Tetapi ia bukanlah keadaan yang serius dan tidak akan memberi kesan kepada kehamilan.

Rahim wanita akan berubah kedudukan dan kembali ke tempat asal menghala ke depan pada sekitar 16 minggu ke dalam kehamilan.

Sumber: SMH

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Ibu Hamil Jangan Keliru Antara Hyperemesis Gravidarum Dengan Mabuk Hamil Biasa

The post Wanita Ini Tidak Tahu Dirinya Hamil Hinggalah 2 Minggu Sebelum Bersalin! appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.

Jika Anak Alami Penderaan Emosi Masa Kecil, Mereka Akan Membesar Seperti Ini

$
0
0

Penderaan emosi sewaktu kecil memberi kesan

Bagaimana cara kita dilayan ketika masih kanak-kanak akan membentuk siapa diri kita semasa dewasa. 

Sebab itulah apabila kita membesarkan seorang kanak-kanak, kita sebenarnya membesarkan siapa yang dia akan jadi kelak.

Pengalaman semasa membesar akan menjadi asas bagaimana perilaku kita sebagai orang dewasa.

Bagi orang yang pernah mengalami penderaan emosi, mereka berkelakukan lain dari mereka yang tidak melaluinya. 

Kredit: Huffington Post

Impak dari penderaan ini, kadang-kala terlalu serius hingga memberi kesan terhadap hubungan dengan orang lain di masa hadapan.

Jika anda pernah mengalami penderaan emosi, anda mungkin dapat mengaitkan perilaku dan simptom berikut.
 
Ia merupakan antara kesan yang dialami akibat dari penderaan emosi.

8 kesan akibat penderaan emosi semasa kecil

1.Memendam amarah: Selalunya, mereka yang pernah mengalami penderaan emosi tidak tahu bagaimana menangani rasa marah atau sedih.

Kredit: Google Plus

Mereka tidak tahu bagaimana untuk meluahkan dengan cara yang sihat jadi, mereka memilih untuk memendam hingga kadang-kala ‘meletus’.

2.Tidak mempertahankan diri: Akibat dari sering didera secara emosi, mereka sukar untuk mempertahankan diri sendiri. Mereka menjadi takut untuk mengambil tindakan dan sering mengelakkan konflik.
 
3.Selalu mengambil hati: Mereka akan lebih memilih untuk memuaskan hati orang lain berbanding diri sendiri kerena pengalaman yang menakutkan.
 
4. Keresahan atau kemurungan: Akibat terlalu banyak memendam rasa dan emosi, mereka sering kali mempunyai masalah keresahan atau kemurungan.

Kredit: Therapy in London

5. Terlampau pemalu: Akibat sering terpaksa berdiam diri, mereka tidak mempunyai keyakinan untuk bergaul dengan orang lain.

6. Sering menyalahkan diri sendiri: Walaupun bukan mereka yang bersalah, mereka akan memilih untuk menyalahkan diri sendiri.

Akibatnya, mereka menjadi takut untuk mengambil risiko dengan apa yang mereka benar-benar mahukan.

7. Membuli diri sendiri: Sentiasa memikir yang buruk tentang diri sendiri hingga menjatuhkan diri sendiri. Kerana sudah terbiasa diperlekehkan.

8. Memerlukan pujian: Akibat sering didera, mereka rasa seperti perlu dipuji apabila melakukan sesuatu tugasan. Ini kerana mereka sudah terbiasa direndahkan.

Dari sudut sebagai seorang ibu atau bapa, lihat saja bagaimana penderaan emosi boleh memberi kesan terhadap seseorang untuk jangka masa yang lama.

Berhati-hatilah dalam mendidik anak-anak. Jangan sampai emosi mereka terdera.

Jika ada di antara anda yang pernah mengalami penderaan emosi dan mengalami simptom di atas, janganlah malu untuk mendapatkan bantuan.

Kesihatan mental adalah sama penting seperti kesihatan fizikal.

Sumber: Providr

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Kesihatan mental, dapatkan bantuan di peringkat awal

 

 

The post Jika Anak Alami Penderaan Emosi Masa Kecil, Mereka Akan Membesar Seperti Ini appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.


14 Tanda Amaran Gula Dalam Darah Anda Tinggi & Cara Untuk Turunkannya

$
0
0

Amaran gula dalam darah anda mungkin tinggi!

Sangat penting untuk mengenali tanda-tanda amaran jika gula dalam darah tinggi (hiperglikemia) dan cara untuk sentiasa memantau paras gula dalam darah anda.

Tanda-tandanya senang dikenal pasti dan harus dirawat secepat mungkin supaya ia tidak membahayakan kesihatan anda. 

Tanda-tanda yang dialami mungkin berbeza bergantung kepada individu. Kita akan bincangkan tanda-tanda paling biasa yang memerlukan perhatian.

Hiperglikemia berkembang apabila badan tidak dapat menghasilkan insulin yang mencukupi atau tidak boleh menggunakannya dengan betul. 

Kredit: Livestrong.com

Insulin adalah hormon yang dikeluarkan oleh pankreas untuk mengawal kepekatan glukosa dalam darah, di mana ia digunakan sebagai tenaga. 

Walau bagaimanapun, jika anda kekurangan insulin, glukosa tidak boleh diserap ke dalam aliran darah.

Jika ini berlaku untuk tempoh yang berpanjangan, ia boleh memudaratkan beberapa bahagian badan seperti buah pinggang, saluran darah, sistem saraf, mata dan meninggalkan kerosakan yang kekal.

Sebab-sebab mengapa paras gula dalam darah naik

Berikut adalah sebab-sebab mengapa paras gula dalam darah anda boleh naik:

Cara untuk bersenam dengan anak. Sumber gambar: DoDLive

Peningkatan paras gula darah tidak semestinya bermakna anda penghidap kencing manis, walaupun ia adalah satu tanda penyakit tersebut. 

Di bawah adalah tanda-tanda paras gula dalam darah anda tinggi:

  • Kerap membuang air kecil, terutama pada waktu malam;
  • Penglihatan kabur;
  • Mulut kering;
  • Dahaga;
  • Mati pucuk;
  • Tidak dapat memberi tumpuan;
  • Penyembuhan luka yang perlahan;
  • Jangkitan berulang;
  • Masalah penghadaman;
  • Peningkatkan selera makan;
  • Masalah saraf;
  • Kulit kering dan gatal;
  • Penambahan lemak pada perut dan berat badan

Sumber gambar: Flickr

Bagaimana untuk memantau paras gula dalam darah?

Untuk mengawal paras gula dalam darah anda, adalah sangat penting untuk mengetahui apa makanan yang boleh dimakan dan apa yang patut dielakkan seperti makanan dengan indeks Glycemic yang tinggi.

Indeks Glycemic(GI) adalah skala yang menunjukkan jumlah karbohidrat dalam makanan, yang dapat meningkatkan kadar gula dalam darah anda. 

Semakin tinggi jumlah GI, semakin besar risiko paras gula dalam darah tinggi.

Skala ini bermula dari 0-100 dan makanan di antara 0-54 dianggap makanan dengan skala Glycemic rendah.

Berikut adalah senarai makanan dengan skala GI buat makanan tersebut.

Senarai makanan GI rendah yang boleh dimakan dengan sederhana:

1 telur: 6
1 Cawan brokoli: 10
1 Cawan hummus: 6
1 Cawan kacang: 15
1 Cawan kacang gajus: 22
1 Cawan ceri: 22
1 Cawan yogurt: 23
1 Bawang sederhana bersaiz: 10
1 Epal bersaiz sederhana: 38
1 sosej daging ayam belanda: 28
1 Cawan spageti: 42
1 Cawan anggur hijau: 46
1 Cawan kacang: 54
220 gr. jus tomato: 38
220 gr. jus nanas: 46
1 lobak merah: 47
1 oren: 48
1 anggur: 50
1 pisang: 52

Makanan dengan GI antara 55-69:

1 Cawan beras merah: 55
1 hidangan mac’n’cheese: 64
1 sudu madu: 55
1 Cawan oat: 55
1 Cawan beras putih: 64

Makanan dengan GI Tinggi dan harus dielakkan:

2 cawan popcorn: 70
1 keping roti putih: 70
1 donat: 76
Kentang bakar bersaiz sederhana: 85
1 hidangan kepingan jagung (cornflakes): 92
50 gr. glukosa: 100

Cara pemakanan individu boleh mempengaruhi kesihatan mereka secara umum. 

Jika anda perasan anda sedang mengalami tanda-tanda hiperglikemia, ubah tabiat pemakanan dan kerap melakukan senaman badan sebelum ia menjadi satu masalah yang serius.

Sumber: Hangover-cure

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: 

Anak Mungkin Obese Jika Ibu Hamil Selalu Minum Air Gas

The post 14 Tanda Amaran Gula Dalam Darah Anda Tinggi & Cara Untuk Turunkannya appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.

Inilah Sebab Mengapa Anda Perlu Letak Anak Anda Dalam ‘Car Seat’

$
0
0

Tragedi ini sebagai pengajaran anda perlu letak anak dalam car seat

Ianya merupakan hari yang biasa bagi ibu ini, Jenna Casado Rabberman.

Beliau adalah ibu kepada dua orang anak lelaki– yang bongsu berusia 6 minggu dan yang paling tua berusia hampir 3 tahun. 

Seperti biasa, pada hari Isnin (25 Septermber), Jenna pergi menjemput anak sulungnya dari pra sekolah dan telah berhenti hanya beberapa minit untuk membeli susu.

Kemudian sesuatu terjadi.

Sebuah kereta datang dengan laju melanggar lampu isyarat merah dan melanggar kereta Jenna – yang teruknya, anak-anak Jenna masih berada dalam kereta!

Sumber: Facebook Jenna Casado Rabberman

Jelas Jenna:

Seseorang telah memecut melanggar lampu isyarat merah dan melanggar kami. 

Anda tidak akan terfikir ia akan terjadi kepada diri anda. 

Anak-anak saya selamat tanpa sebarang calar namun para ahli paramedik memberitahu kami yang ia mungkin boleh jadi berbeza…

Jadi apakah yang telah menyelamatkan anak-anaknya? Siapa yang telah menyelamatkan mereka?

SATU-SATUNYA sebab mengapa anak Jenna terselamat tanpa sebarang calar dari kemalangan yang teruk ini ialah kerana Jenna meluangkan masa tambahan selama dua minit untuk memastikan anak-anaknya duduk dalam car seat mereka dengan betul dan selamat.

Kata ibu yang bersyukur itu –

“INILAH sebabnya mengapa anda perlu letak anak dalam car seat dengan betul setiap kali menaiki kenderaan. 

Walaupun mereka menjerit nak keluar atau merungut tali keselamatan terlalu ketat, atau tidak suka menghadap belakang.”

Keretanya tidak dapat diselamatkan, namun Jenna dan anak-anak selamat. Serta terima kasih kepada carseat mereka (Graco dan Chicco).

Jenna juga berkata – 

“Saya tidak menyangka perkongsian ini akan dilihat oleh ramai orang!

Saya sebenarnya memuat naik status ini untuk keluarga dan rakan-rakan, tetapi saya berharap ia mampu menyelamatkan nyawa dengan membuatkan seseorang berfikir dua kali tentang memakaikan carseat untuk anak mereka.”

Keselamatan carseat untuk kanak-kanak: Tip untuk ibu bapa

Ibu ayah, kita selalu menekankan pentingnya memakaikan tali pinggang keledar pada anak anda dengan betul dan setiap masa semasa berada dalam kenderaan, atau ketika duduk dalam carseat yang sesuai

Perkongsian Jenna telah menjelaskan lagi kepentingan ini.

Sila ingat tip keselamatan carseat ini:

  • Carseat kanak-kanak haruslah sentiasa dipasang pada tempat duduk belakang.
  • JANGAN sesekali duduk di tempat duduk belakang memegang atau menyusukan anak kecil.
  • Jika pertama kali memasang carseat, dapatkan bantuan pakar (penjual atau konsultasi).
  • Jangan membeli carseat yang telah digunakan (kerana anda tidak tahu sejarah kemalangannya)
  • Bayi baru lahir hingga sekurang-kurangnya setahun (lebih kurang 10 kg) harus diletakkan memandang ke belakang.
  • Pastikan tali pinggang keledar dipasang dengan betul.
  • Tali pinggang keledar mestilah di atas bahu anak anda, tidak terlalu longgar atau ketat. Pastikan hanya muat satu jari anda di dada anak anda.
  • Kanak-kanak yang lebih besar juga harus menggunakan carseat atau booster seat. Kerana tali pinggang keledar kereta hanya sesuai untuk orang dewasa (sekurang-kurangnya ketinggian 5 kaki dan berat 35kg)
  • Jangan sesekali meletakkan tali pinggang keledar di bawah ketiak atau belakang mereka.

Sumber: theAsianParent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Jenis-Jenis Car Seat Untuk Bayi dan Kanak-Kanak

 

The post Inilah Sebab Mengapa Anda Perlu Letak Anak Anda Dalam ‘Car Seat’ appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.

“Mak Marah Kamu Ke Tadi? Jangan Nangis, Nanti Nenek Marah Dia Balik!”

$
0
0

Apabila nenek “menyampuk” ketika anda mendisiplinkan anak

Baru-baru ini saya melawat rumah kawan saya.

Pada masa itu, suami serta datuk nenek kawan saya itu juga ada di rumah.

Kawan saya baru saja menyuruh anaknya berhenti tengok tv dan pergi bermain di luar rumah, kerana dia sudah lama sangat menonton televisyen

Anaknya yang berumur 3 tahun tidak mahu mendengar kata lalu membuat perangai di depan semua orang.

Kawan saya terus padamkan televisyen itu dan seperti yang disangkakan, anaknya terus menangis.

Sumber gambar: Flickr| Ellie Nakazawa

Ketika itu, nenek kesayangan terus masuk bilik dan memeluk cucunya lalu bertanya kenapa dia menangis. 

Si cucu terus menunjukkan ke arah ibunya, kononnya ‘pesalah‘ dalam situasi ini.

“Mak marah kamu ke tadi? Jangan nangis, nanti nenek marah dia balik!”

Semua yang berada dalam bilik itu mendengar kata-kata nenek tersebut, tapi tidak seorang pun melakukan apa-apa.

Saya turut diam sahaja, tapi saya teringatkan diri sendiri yang pernah terjebat dalam situasi yang sama.

Sudah banyak kali saya dijadikan “pesalah” kerana mendisiplinkan anak saya sendiri!

Adakah ini cara yang betul?

Kawan saya cuma tidak mahu anaknya menonton terlalu banyak televisyen kerana ia tidak baik untuk matanya.

Bermain di luar juga lebih baik dari menonton TV sepanjang hari.

Pada masa itu, tidak ada seorang pun yang mengambil tanggungjawab untuk mendisiplinkan anak dan menyuruhnya untuk berhenti.

Ibu bapa perlu membuat keputusan bersama-sama untuk mendisiplinkan anak

Orang lain yang dalam bilik yang sama contohnya, nenek datuk serta ahli keluarga lain, perlu memberi sokongan kepada ibu bapa yang sedang mendisiplinkan anak ataupun berdiam sahaja.

Tetapi anehnya, dalam masyarakat kita, seorang ibu selalu disalahkan apabila anak melakukan sesuatu. Semuanya tanggungjawab seorang ibu. 

“Macam Ayahnya!”

Jika anak itu lakukan yang terbaik, mereka akan mengambil kredit dan katakan “Pandai dia! Macam Ayahnya!”. 

Tetapi apabila seorang anak mempunyai perangai atau kelakuan yang tidak begitu baik, ibu biasanya akan dipersalahkan kerana tidak mengajar dan mendidik anak dengan baik.

Mengapa keluarga tidak memberi sokongan kepada ibu ketika dia sedang mengajar anaknya? Terutamanya apabila ibu itu tahu apa yang terbaik untuk anaknya?

Mungkin ramai yang akan padang remeh kejadian si nenek yang menyampuk semasa ibu sedang mendisiplinkan anak, tetapi tahukah anda in akan mendatangkan kesan negatif pada anak?

Anak akan belajar untuk tidak mengendah dan menghormati ibunya. Anak akan belajar untuk mencari jalan keluar apabila didisiplinkan dan tidak mengikuti arahan. 

Keluarga yang saling memahami dan memberi sokongan boleh membantu seorang ibu untuk mengajar dan mendidik anak dengan lebih efektif.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Kajian: Anak Akan Lebih Berkelakuan Baik Jika Ibu Ajar Disiplin Dengan Tegas

The post “Mak Marah Kamu Ke Tadi? Jangan Nangis, Nanti Nenek Marah Dia Balik!” appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.

Perkahwinan Boleh Tentukan Sama Ada Jantung Anda Sihat Atau Tidak: Bukti Kajian

$
0
0

Kesihatan jantung dan perkahwinan bahagia

Nampaknya perkahwinan benar-benar boleh menentukan kesihatan jantung seseorang individu. 

Semakin sihat dan bahagia sesebuah perkahwinan, semakin rendah risiko pasangan terbabit menghidap penyakit jantung, pembunuh nombor 1 dunia. 

Manakala pasangan yang sudah bercerai atau masih bujang pula lebih terbuka untuk menghidap penyakit jantung seperti koronari aterosklerosis.

Mengapa? Dan bagaimana perkahwinan boleh menjejaskan kesihatan jantung? 

Menurut kajian Profesor Timothy Smith dan Brian Baucom dari University of Utah, perkahwinan yang bahagia dan sihat bukan saja menentukan kesihatan jantung, malah kesihatan keseluruhan seseorang individu!

Pasangan yang bahagia dalam sesebuah perkahwinan akan makan dengan lebih sihat, lebih bijak menangani stres dan tidur dengan mencukupi.

perkahwinan

Sebuah kajian dijalankan untuk membuktikan hal tersebut. Seramai 114 pasangan suami isteri dijadikan subjek kajian. 

Mereka diperhati ketika bergaduh. Setiap interaksi mereka direkod dan kesihatan jantung mereka diuji. 

Pasangan yang berinteraksi dan bergaduh secara ganas dan tak konstruktif memiliki kecendurangan untuk menghidap koronari aterosklerosis.

Penyakit kardiovaskular (jantung) sering terjadi pada individu dengan masalah depresi, keresahan, kemarahan, pesimis dan PTSD.

Pesakit-pesakit ini juga terbukti tiada hubungan yang sihat lagi rapat. Tekanan daripada perkahwinan yang tak sihat menyebabkan serangan jantung dan sebagainya, kerana tabiat buruk dalam menangani stres.

perkahwinan

Kredit: The Independent

Ia seperti merokok, kurang bersenam dan mengamalkan diet yang tak sihat.

Kesihatan keseluruhan juga bergantung pada perkahwinan yang bahagia

Perkahwinan yang bahagia juga terbukti bukan saja menjadi punca penyakit kardiovaskular, malah menentukan kesihatan keseluruhan pasangan.

Ini kerana pasangan anda boleh menentukan habit kalian. Kalau pasangan merokok dan makan makanan tidak berkhasiat, pasti pasangan satu lagi akan mengikutnya.

Untuk pasangan yang tidak bahagia pula, mereka akan lebih cenderung mempunyai tabiat buruk untuk menangani tekanan seperti merokok dan sebagainya.

perkahwinan

Pakar mendapati pasangan yang bahagia akan menjaga pasangannya dengan lebih elok. Mereka akan mengingatkan pasangan bila waktu untuk ambil ubat (jika ada). 

Malah, pasangan bahagia juga akan lebih terurus dengan mampu mengingati temujanji dengan doktor untuk menjaga kesihatan.

Begitu juga dengan tidur. Pasangan yang bahagia jarang menghadapi insomnia

Ini kerana mereka biasanya jarang bergaduh, boleh kembali ke rumah dari tempat kerja dengan tenang dan boleh bernafas dengan lebih efisyen. 

Gangguan tidur dan insomnia boleh menjadi penentu kepada kesihatan jantung. 

Yang lebih menggemparkan, perkahwinan bahagia juga boleh menyelamatkan anda dari sebarang penyakit yang tak diketahui!

Bagaimana?

perkahwinan

Begini – menurut Smith lagi, biasanya doktor bergantung kepada laporan peribadi kita tentang tanda-tanda penyakit yang mungkin kita alami.

Namun, sebenarnya ramai individu yang berbohong bila menjawab soalan doktor. 

Kebanyakkannya akan cakap mereka gemar bersenam atau tidak merasa sakit apa-apa. Sedangkan perkara yang betul adalah sebaliknya.

Dari sini datangnya kelebihan perkahwinan yang bahagia. Pasangan boleh memberi perspektif baru atau yang benar kepada doktor. 

Tapi, ini tak bermaksud perkahwinan adalah “magic bullet” untuk lari dari sebarang penyakit.

Namun, perkahwinan yang bahagia mampu mendorong penjagaan kesihatan yang lebih sihat

Secara peribadi, saya berpendapat perkahwinan bahagia memang boleh menentukan kesihatan kita. 

Apabila sudah sehati sejiwa, anda pasti mahu diri sendiri malah pasangan berpeluang untuk menghabiskan masa berdua bersama, selama-lamanya. Kunci di sini adalah kesihatan.

Sumber rujukan: Time, APA, American Psychological Association dan NCBI

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Suami Yang Mengahwini Isteri “Chubby” 10 Kali Lebih Bahagia (Menurut Sains!)

 

 

 

 

The post Perkahwinan Boleh Tentukan Sama Ada Jantung Anda Sihat Atau Tidak: Bukti Kajian appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.

Sebenarnya, Berapa Lama Aksi Di Ranjang Yang Normal Untuk Suami Isteri?

$
0
0

Berapa lama aksi di ranjang antara suami isteri?

Hubungan intim antara pasangan suami isteri tak bertahan selama mana yang kita semua sangka, sebenarnya!

Anda pasti terkejut dengan penemuan yang baru dijumpai ini. 

Berdasarkan maklumat yang dikumpul oleh aplikasi Lovely daripada 432 pasangan suami isteri dan 2000 hubungan seks, aksi di ranjang secara purata hanya bertahan selama 12 minit saja.

12 minit? Nampak macam pendek sangat, kan? 

ranjang

Tapi, itu hanya jumlah waktu yang diambil untuk bersama. Ia tidak termasuk dengan aksi foreplay, atau masa yang diambil ketika menukar posisi.

Akan tetapi, jangkaan masa tersebut masih boleh jadi lebih sekejap atau lebih lama daripada 12 minit.

Berapa lama aksi di ranjang bukan penting pun

Walaubagaimanapun, berapa lama aksi di ranjang bukanlah satu faktor yang paling penting dalam mencapai kenikmatan bersama pasangan.

Ada pelbagai faktor lain lagi yang mampu menjanjikan pengalaman di ranjang yang menyeronokkan untuk pasangan. 

Antaranya seperti pencarian titik g-spot dan kejutan-kejutan manis yang mampu menyemarakkan keintiman.

ranjang

Kepuasan yang dinikmati kedua-dua pasangan adalah perkara yang membentuk ikatan unik antara suami isteri. Jadi, jangan risau sangat tentang berapa lama aksi di ranjang itu!

Namun, kalau anda atau pasangan risau tentang prestasi ketika bersama, apa kata cuba tip ini:

#1 Jelajah “daerah” yang jarang dijelajah

Jangan sesekali lupa “daerah-daerah” tertentu yang mampu merangsang keinginan pasangan.

Antaranya seperti leher, kaki, bahagian belakang badan dan telinga. Semua daerah ini sensitif dan boleh merangsang seksual.

Urutan juga satu cara yang mampu menaikkan mood pasangan.

#2 Seks oral

Untuk mereka yang sukakan kelainan, bolehlah cuba seks oral – terutamanya kalau mahu mencapai orgasma yang takkan dapat dilupakan!

Kredit: Freepik

#3 Jangan takut untuk cuba perkara baru

Jangan hadkan pilihan anda untuk berasmara. Cuba pelbagai posisi baru untuk meneroka apa yang sesuai dan mengghairahkan buat anda dan pasangan.

#4 Komunikasi

Komunikasi adalah kunci penting dalam kebahagiaan rumah tangga. Jangan takut untuk beritahu pasangan apa yang anda suka dan mahu.

Penting untuk sentiasa berbincang dan menyoal pasangan tentang keinginan seksnya, agar ia boleh dipenuhi. Tidaklah pasangan bosan!

Sumber: theAsianparent Philippines

Kredit gambar: MeetMindful

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

6 Posisi Seks Yang Buat Wanita Kelihatan Makin Seksi Dan Menarik

 

 

The post Sebenarnya, Berapa Lama Aksi Di Ranjang Yang Normal Untuk Suami Isteri? appeared first on Malaysian Parenting and Motherhood advice.

Viewing all 4976 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>